cadangan penubuhan kelab robotik di sekolah menengah
Post on 18-Jun-2015
1.487 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
CADANGAN PENUBUHAN KELAB ROBOTIK DI SEKOLAH MENENGAH
1. PENGENALAN
Teks ini ialah justifikasi berkenaan cadangan penubuhan kelab robotik di Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini. Cadangan ini mengkehendaki pembelian
set kurikulum dan kit robot hasil produk Lego, yang telah digunakan secara meluas di
seluruh pelusuk dunia. Sesetengah orang memandang sinis penggunaan Lego sebagai
medium pembelajaran tetapi faktanya ialah pada ketika ini produk Lego telah dibuktikan
sebagai bahan material yang ideal di dalam menjana kreativiti selain memantapkan
kefahaman dan pengetahuan pelajar berkenaan matematik dan sains. Cadangan ini
juga menggariskan tentang tujuan dan kepentingan penubuhan kelab robotik, teknologi
yang diperlukan serta perancangan sistem kurikulum yang sesuai. Mewujudkan kelab
robotik di sekolah secara jelasnya mampu menghasilkan pelajar yang berdaya saing,
berketrampilan serta berkemahiran tinggi di dalam bidang sains & teknologi.
Di zaman yang serba pantas ini, skil yang terpenting yang mampu menjamin kecerahan
masa depan pelajar ialah kebolehan untuk berfikir secara kreatif. Untuk membolehkan
pelajar mendapat pekerjaan yang baik, lebih-lebih lagi pekerjaan berteraskan kepada
teknologi, mereka mestilah mempunyai skil bekerja secara berkumpulan, mampu
berdikari di dalam menyelesaikan permasalahan dan juga mampu memahami sesebuah
sistem yang kompleks. Oleh kerana itu, amat penting untuk pelajar diperkenalkan
kepada asas-asas teknologi masa hadapan dan didedahkan dengan sedikit-sebanyak
kemahiran yang membolehkan mereka menyesuaikan diri untuk bekerja di dalam
suasana teknologi moden.
1
Pembinaan robot adalah satu kaedah berinteraktif yang membolehkan pelajar
mempelopori skil-skil baru selain memberi mereka peluang untuk mencuba pelbagai
kaedah penyelesaian bagi satu-satu permasalahan yang diberikan. Proses
pembelajaran yang menyeronokkan ini mampu meningkatkan kreativiti dan motivasi diri
pelajar serta melegakan tekanan mereka.
2. KEPERLUAN TEKNOLOGI
Teknologi yang akan digunapakai oleh kelab ini ialah robot Lego NXT beserta perisian
Lego Mindstorm NXT. Robot dan perisian ini dijual secara pakej sebagai NXT Robotics
Engineering II – Getting Started Package. Pakej ini menyediakan 12 set robot Lego NXT
yang boleh digunakan oleh 24 orang pelajar (1 set – 2 orang), sebuah perisian Lego
Mindstorm NXT dan juga sistem kurikulum yang menyediakan material pembelajaran
untuk topik-topik seperti pengaturcaraan, sistem & sensor di dalam konteks projek
berasaskan sains yang sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah menengah.
3. KONTEKS KURIKULUM
Sistem kurikulum kelab ini direka khas untuk pelajar-pelajar sekolah menengah, bermula
dari tingkatan 1 sehinggalah tingkatan 5. Di bawah ialah elemen-elemen akademik yang
akan diterapkan di dalam sistem kurikulum kelab:
3.1 Sains:
Daya Graviti
Pengumpulan Maklumat Saintifik
Penyelesaian Masalah
Penyelidikan Saintifik
Tenaga Potensi & Kinetik
2
3.2 Matematik:
Pengumpulan & Pengurusan Data
Penyelesaian Masalah
Pengaplikasian Konsep Matematik
Permodelan Matematik
3.3 Teknologi:
Kreativiti & Inovasi
Komunikasi & Kolaborasi
Pemikiran Secara Kritis
Penyelesaian Masalah
Menganalisa & Membuat Keputusan
4. PERANCANGAN AKTIVITI
4.1 Pembelajaran Interaktif
Kit robot Lego NXT adalah sebuah medium yang sangat ideal untuk seseorang mula
mempelajari asas pembinaan robot. Seseorang dalam konteks ayat di atas tidak
merujuk kepada pelajar sekolah menengah semata-mata, akan tetapi juga untuk pelajar-
pelajar di institusi pengajian tinggi dan juga individu-individu yang bukan dari aliran
teknikal tetapi meminati robot (penggemar robot). Walaupun bentuk fizikal robot
keluaran Lego agak keanak-anakkan (penuh warna-warni), akan tetapi tahap kesukaran
kit robot ini bukanlah sesuatu yang boleh diperlekehkan. Untuk membina robot
menggunakan kit robot Lego, pelajar perlulah mempunyai pengetahuan asas yang
kukuh dalam sains dan matematik, selain daripada diberi tunjuk ajar mengenai kaedah
pembinaan berasaskan blok-blok Lego. Berkenaan dengan perisian pula, pelajar
3
mestilah tahu sedikit-sebanyak cara untuk menggunakan Lego Mindstorm NXT bagi
tujuan pemprograman dan pengaturcaraan. Oleh itu, sistem kurikulum yang disediakan
di dalam pakej kit robot, seperti yang dinyatakan di atas, akan digunakan sepenuhnya
bagi melengkapi diri pelajar dengan asas-asas kepada pembinaan robot menggunakan
kit robot Lego, pengaplikasian matematik & sains serta pengaturcaraan. Sudah pastinya
proses pembelajaran akan berlangsung di dalam suasana yang praktikal, interaktif &
kondusif di mana setiap kumpulan yang dianggotai oleh maksimum dua orang pelajar
akan dibekalkan dengan satu set robot Lego NXT.
Jadual di bawah menunjukkan unit-unit aktiviti yang akan digunapakai sebagai silibus di
dalam kurikulum kelab. Segala material serta perincian aktiviti ada di dalam pakej kit
robot NXT Robotics Engineering II – Getting Started Package:
Minggu Aktiviti Tugasan
1 Full Speed Ahead Bangunkan persekitaran
pengaturcaraan, program robot dan
melaksanakan program asas robot
2 The Wheels and Distance Investigation Mengkaji hubungan di antara saiz
roda dan juga jarak yang dilalui oleh
robot berdasarkan kepada bilangan
pusingan roda.
3 The Right Face Membina dua buah program yang
berbeza yang mana setiap satu
menggerakkan robot pada arah
yang berbeza
4
4 The Measured Turns Investigation Mengkaji hubungan di antara
geometri robot, pusingan motor dan
juga magnitude pusingan robot
5 The Clap On, Clap Off Pengenalan kepada sensor bunyi
serta pengaplikasiannya
6 The Frequency and Amplitude Exploration Mengkaji sifat-sifat gelombang bunyi
7 The Follow the Guidelines Membina & melaksanakan program
asas line-following
8 Faster Line Tracking Exploration Mengkaji faktor-faktor yang
signifikan di dalam proses line-
tracking dan menggariskan kaedah
yang boleh digunakan untuk
memperbaiki program line-following
9 Obstacle Detection Membina & melaksanakan program
yang membolehkan robot
bertindakbalas terhadap dua
rangsangan yang berlainan jenis
10 Field of View Investigation Mengkaji kegunaan & sifat-sifat
sensor ultrasonic
11 The Get in Gear Mengkaji kaedah untuk menukar
sistem gear robot serta kesan
penggunaan nisbah gear yang
berbeza terhadap pergerakan robot
12 Gears and Speed Investigation Mengkaji hubungan di antara nisbah
gear dan kelajuan robot
5
4.2 Penyelidikan & Pembangunan
Setelah pelajar dibekalkan dengan ilmu asas yang lengkap berkenaan pembinaan robot
Lego NXT, aktiviti-aktiviti berteraskan penyelidikan akan dimulakan. Dalam fasa ini,
berdasarkan kepada sumber yang ada dilengkapi dengan bimbingan fasilitator, setiap
kumpulan diminta untuk merekacipta robot mengikut spesifikasi yang diberikan. Di
dalam fasa yang sama, pelajar akan didedahkan dengan asas-asas bekerja secara
berkumpulan, kemahiran melakukan penyelidikan bermatlamatkan kepada penyelesaian
masalah, pengaplikasian konsep-konsep matematik & sains serta kemahiran
mendokumentasikan hasil kerja. Berdasarkan kepada testimoni-testimoni yang dicedok
daripada beberapa sumber, proses pembelajaran yang berlangsung di dalam fasa ini
sangat mencabar minda & kebolehan pelajar, mampu menerapkan pelbagai kemahiran
generik serta yang pastinya menyeronokkan.
4.3 Pertandingan
Bagi meningkatkan nilai-nilai kompetitif dan kompetensi pelajar di dalam kemahiran
pembinaan robot berasaskan kit robot Lego NXT, pertandingan-pertandingan rasmi
akan diadakan sesama ahli kelab. Di dalam melaksanakan usaha untuk
memperkenalkan bidang robotik kepada komuniti, pertandingan sebegini akan
dipertontonkan secara umum kepada warga sekolah. Ini dapat meningkatkan motivasi
pelajar untuk menyertai kelab robotik selain daripada mampu menaikkan nama baik
kelab. Selain daripada pertandingan dalaman, kelab juga akan menghantar wakil bagi
menyertai sebarang pertandingan luar yang berkaitan dengan robotik. Sudah pasti,
nama baik sekolah dapat dijulang jika wakil sekolah beraksi cemerlang.
6
4.4 Penilaian
Selain daripada melalui pertandingan, samada dalaman atau luaran, setiap ahli kelab
akan dinilai secara kuantitatif melalui kuiz, ujian teoritikal & praktikal serta penglibatan di
dalam kelab. Ini adalah penting bagi memastikan kualiti diri ahli kelab dapat sekurang-
kurangnya dikekalkan. Selain itu, dengan adanya medium penilaian sebegini, ahli kelab
akan lebih bermotivasi di dalam mengikuti aktiviti-aktiviti kelab selain dapat
mengekalkan persaingan yang sihat sesama ahli.
4.5 Aktiviti Lanjutan
Aktiviti-aktiviti asas sangat sesuai untuk dilaksanakan di dalam fasa awalan, iaitu
semasa proses pengenalan & pendedahan umum terhadap kit robot Lego. Bagi pelajar
yang sudah mula mahir, aktiviti asas dianggap tidak lagi relevan dan pelajar-pelajar ini
akan mula mengharapkan sesuatu yang berlainan dan lebih mencabar. Oleh itu, ada
beberapa aktiviti lanjutan yang yang ingin dicadangkan di dalam teks proposal ini, yang
dijangka dapat memenuhi selera pelajar-pelajar mahir, iaitu:
Rekaan & Pembinaan Robot Berautonomi
Robot Berbilang Agen
Robot SLAM (Simultaneous Localization & Mapping)
Robot Perang Automatik
Robot Humanoid
5. PELAN CADANGAN BILIK OPERASI KELAB
7
Rajah 1 : Pelan Cadangan Bilik Operasi
Rajah 1 menunjukkan pelan cadangan bagi pembinaan bilik operasi kelab. 6 buah
workstation akan digunakan bagi membolehkan kesemua ahli kelab melakukan aktiviti
dengan jayanya. Setiap workstation mampu menampung 2 kumpulan (4 orang pelajar)
dan perlu dilengkapi dengan 2 buah komputer peribadi (sebuah PC bagi setiap
kumpulan) dan beberapa palam sambungan terus ke bekalan kuasa. Sebuah meja
beserta dengan sebuah komputer peribadi juga perlu disediakan untuk kegunaan
fasilitator bagi memudahkan perjalanan proses pembelajaran, pengajaran dan
perlaksanaan aktiviti. LCD projektor juga memainkan peranan yang sangat penting di
dalam sesi pembelajaran lebih-lebih lagi untuk menunjukkan demonstrasi penggunaan
perisian yang digunakan. Dengan adanya projektor, penyampaian ilmu berasaskan
Powerpoint & Flash dapat dilakukan, menjadikan suasana kelas lebih interaktif &
menyeronokkan. Bagi menjadikan bilik operasi kelab lebih teratur dan kemas, sebuah
almari akan digunakan sebagai tempat penyimpanan alatan milik kelab.
6. KELENGKAPAN KIT ROBOT LEGO
8
Kit robot keluaran Lego telah dipilih sebagai material utama aktiviti kelab ini kerana
pakej produk yang ditawarkan adalah sangat lengkap, dijual pada harga berpatutan dan
sesuai untuk pelajar sekolah menengah. Pada ketika ini, berpuluh ribu sekolah &
institusi pengajian tinggi di seluruh dunia menggunakan kit robot Lego sebagai asas
kepada aktiviti-aktiviti makmal mereka. Apabila ditanyakan pendapat berkenaan kit robot
Lego kepada seseorang yang telah merasai sendiri pengalaman mempelajari asas
robotik dengan kit tersebut, kita boleh jangka 3 perkataan yang pastinya akan
diperkatakan olehnya: mencabar, menyeronokkan & merangsang kreativiti.
Bagi menampung perlaksanaan aktiviti kelab untuk 24 orang pelajar, pakej NXT
Robotics Engineering II – Getting Started Package telah dipilih. Pakej ini
mengandungi:
12 set Lego Mindstorm Education NXT Base Set
Sebuah perisian Lego Mindstorms Education NXT
Sebuah perisian NXT Robotics Engineering I Curriculum
Sebuah perisian Guided Research Curriculum
Lesen Tapak
Rajah 2: NXT Robotics Engineering II
9
Bagi setiap Lego Mindstorm Education NXT Base Set, ada 431 elemen disertakan di
dalamnya meliputi:
Blok Pintar NXT
Bateri litium dan pengecaj
3 motor servo
Sebuah sensor peka cahaya, sensor bunyi dan sensor ultrasonic
2 sensor peka sentuh
3 sensor pengesan putaran
10 wayar kabel pelbagai fungsi
Kabel USB
Ratusan elemen pembinaan Technic
Plastik penyimpanan
Rajah 3: Education NXT Base Set
Perisian Lego Mindstorms Education NXT dibina berdasarkan enjin LabVIEW hasil
produk National Instrument. Pengaturcaraan menggunakan perisian ini adalah
berasaskan kepada grafik dan ikon. Oleh itu, tahap kesukaran untuk mempelajari
konsep dan teknik pengaturcaraan tidak begitu tinggi dan sesuai untuk kegunaan pelajar
sekolah menengah. Turut dimuatkan di dalam perisian ini ialah Robot Educator, iaitu
10
satu set tutorial beranimasi sebanyak 40 siri yang dihasilkan bertujuan untuk membantu
pelajar mempelajari cara-cara membina dan memprogram robot secara efektif. Robot
Educator boleh digunakan sebagai alatan pengajaran yang serba mudah dan lengkap
NXT Robotics Engineering I Curriculum ialah sebuah sistem kurikulum yang
memfokus kepada pengenalan terhadap sistem Lego Mindstorms Education NXT dan
juga konsep-konsep asas robot. Pelajar akan didedahkan kepada aktiviti-aktiviti
berkenaan dengan pengaturcaraan, sistem, kawalan, sensor, suap-balik dan banyak
lagi.
Guided Research Curriculum ialah sebuah sistem kurikulum lanjutan yang menyediakan
perincian dan material bagi tiga buah projek yang besar, iaitu Sistem Pencarian
Automatik, Robot Pemantau dan Robot Pengukur Pokok. Ketiga-tiga projek ini
melibatkan aktiviti-aktiviti rekaan dan penyelidikan berasaskan kejuruteraan.
Memudahkan lagi proses perlaksanaan aktiviti, segala garis panduan yang berkaitan
ada disertakan dengan lengkap di dalam sistem kurikulum ini. Guided Research
Curriculum banyak memfokus kepada rekaan bermotivasi, teknologi komunikasi,
pemetaan dan banyak lagi. Aktiviti yang disediakan di dalam sistem ini merangkumi
topic-topik yang kritikal seperti sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Secara
keseluruhan, sistem kurikulum ini terbahagi kepada dua, iaitu bahagian fasilitator dan
juga bahagian pelajar. Bahagian fasilitator mengandungi pelbagai material yang boleh
mempermudahkan proses pengajaran, seperti tips, nota, rubric penilaian dan lain-lain.
Bahagian pelajar pula dilengkapi dengan video tutorial, arahan perlaksanaan aktiviti
berinteraktif, material-material berkaitan pengaturcaraan dan banyak lagi. Segala ini
boleh didapati di dalam hanya sebuah sistem dan apabila ianya dipadankan dengan
medium aktiviti yang praktikal, interaktif & menyeronokkan iaitu kit robot Lego, maka
11
terhasillah sebuah sistem pembelajaran yang mampu menjana kecemerlangan pelajar
secara intensif dan progresif tanpa mewujudkan tekanan di dalam diri mereka.
Lesen Tapak ialah permit kebenaran untuk menggunakan perisian robot kit Lego secara
sah dan komersial.
Sebagai pelengkap, 6 Education Resource Set akan digunakan di dalam perlaksanaan
aktiviti kelab. Menggunakan set-set ini, pelajar boleh membina robot yang lebih besar &
kompleks. Di dalam setiap set, ada lebih 650 elemen yang pelbagai jenis. Maka jika
dipadankan dengan Lego Mindstorm Education NXT Base Set, pelajar akan
memperolehi lebih banyak sumber bagi tujuan rekaan & pembinaan dan apa yang
menjadi batasan hanyalah imaginasi.
Rajah 4: Education Resource Set
Di dalam setiap Lego Mindstorm Education NXT Base Set, ada disertakan 8 buah
sensor yang pelbagai iaitu sensor peka cahaya, sensor bunyi, sensor ultrasonic, sensor
peka sentuh dan sensor pengesan putaran. Selain daripada yang dinyatakan di atas,
Technic juga ada menyediakan beberapa sensor add-on (tidak termasuk di dalam pakej)
yang sangat mudah dan berguna di dalam pembinaan robot pada tahap sederhana dan
tinggi, iaitu seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah:
12
Sensor Kegunaan Gambar
1 HiTechnic Compass Sensor Bertindak sebagai kompas
digital, membolehkan robot
bergerak secara efektif
2 HiTechnic Color Sensor Mengenalpasti jenis warna
bagi satu-satu benda
3 HiTechnic Acceleration Sensor Mengukur pecutan pada tiga
paksi, iaitu paksi –x, -y, dan -z
4 HiTechnic IRSeeker Sensor Terdiri daripada satu set
pengesan cahaya IR,
memberikan sudut pandangan
135 darjah bertujuan
mengesan lokasi sumber
cahaya IR
Pembinaan robot menggunakan kit keluaran Lego boleh dibahagikan kepada 3 proses
iaitu rekaan, pembinaan chasis, pengaturcaraan. Rekaan ialah proses merekacipta
robot berdasarkan kepada spesifikasi yang diberikan. Dalam fasa ini, apa yang pelajar
perlukan hanyalah kertas & pensil dan berdasarkan kepada kreativiti serta imaginasi
semata-mata, mereka perlu menghasilkan pelan penyelesaian yang praktikal dan
bersesuaian dengan permasalahan yang dihadapi. Selepas siap rekaan, pelajar perlulah
merealisasikan pelan mereka dengan membina chasis/badan robot berdasarkan kepada
rekaan yang telah mereka hasilkan. Chasis akan dibina menggunakan komponen-
13
komponen yang disertakan di dalam kit robot Lego. Fasa kedua ini memerlukan kerja
yang teliti dan kesabaran diri bagi memastikan chasis yang dibina adalah seperti apa
yang diingini. Selepas semua perkara berkenaan perkakasan dilengkapkan, tiba giliran
pelajar menulis aturcara/program untuk robot yang telah dibina. Memprogram robot
sama seperti memberi ‘nyawa’ kepada robot tersebut. Segala perlakuan, fungsi dan sifat
robot bergantung sepenuhnya kepada program yang telah dimuatkan ke dalamnya.
Pada hakikatnya, menulis program adalah bahagian yang paling susah di dalam proses
membina sesebuah robot yang lengkap. Akan tetapi, gabungan di antara bahasa
pengaturcaraan NXT-G dan juga perisian Lego Mindstorm Education NXT yang
berkuasa tinggi menjadikan tugas pengaturcaraan sebagai sesuatu yang sangat ringkas
dan mudah. NXT-G ialah sebuah bahasa pengaturcaraan yang berasaskan kepada ikon
& grafik yang menjadikan tugas penulisan program sebagai suatu proses yang interaktif
dan intuitif.
14
Rajah 5: 'Snapshot' daripada perisian Lego Mindstorm Education NXT
7. CADANGAN STRUKTUR ORGANISASI KELAB
15
Rajah di atas menggambarkan struktur organisasi kelab yang dicadangkan manakala
jadual di bawah menyenaraikan setiap jawatan yang ada di dalam struktur beserta
dengan tanggungjawab yang dipikul dan bilangan kekosongan jawatan.
Jawatan Tanggungjawab Kekosongan
1 Pengurus Besar Mengetuai keseluruhan organisasi 1
2 Ketua Arkitek Perisian Mengetuai aktiviti melibatkan perisian 1
3 Pengurus Maklumat Mengetuai aktiviti pencarian informasi 1
4 Ketua Jurutera Mengetuai aktiviti pembinaan fizikal 1
5 Jurutera Perisian Mereka program & menulis dokumentasi 4
6 Pengaturcara Menulis program & melakukan pemprograman 4
7 Pegawai Maklumat Mencari & menguruskan informasi 2
8 Pegawai Tadbir Menguruskan hal pentadbiran organisasi 2
9 Jurutera Elektrik Melakukan tugasan melibatkan isu elektrikal 4
10 Jurutera Mekanikal Melakukan tugasan melibatkan isu mekanikal 4
8. CADANGAN PERUNTUKAN BAGI TUJUAN PEMBINAAN KELAB
Jadual di bawah menyenaraikan item-item yang dicadangkan untuk dibeli bagi
pembinaan kelab robotik. Untuk memastikan perbelanjaan yang dikeluarkan berada
dalam lingkungan yang efisyen, item-item ini akan dibeli secara on-line daripada
pengedar kit robot Lego di Amerika Syarikat. Ingin dijelaskan di sini bahawa harga di
bawah merujuk kepada harga yang telah ditukarkan secara terus daripada matawang
USD (US Dollar) kepada MYR (Malaysian Ringgit). Maka, caj penghantaran perlu
dibayar berasingan.
Item Penjelasan Harga
Seunit
(RM)
Bil Harga
(RM)
16
1 Set Meja Fasilitator Untuk kegunaan fasilitator semasa
perlaksanaan aktiviti kelab
500 1 500
2 NXT Robotics
Engineering II –
Getting Started
Package
Terdiri daripada 12 set robot Lego
NXT, perisian Lego Mindstorm
NXT, sistem kurikulum, material
utama bagi perlaksanaan aktiviti
12,000 1 12,000
3 Education
Resource Set
Pelengkap kepada pakej NXT
Robotics Engineering II
230 6 1,380
4 Acceleration
Sensor
Sensor tambahan, untuk
mengukur pecutan robot
155 3 465
5 Color Sensor Sensor tambahan, mengenalpasti
jenis warna sesuatu benda
155 3 465
6 Compass Sensor Sensor tambahan, bertindak
sebagai kompas digital robot
155 3 465
7 IRSeeker Sensor Sensor tambahan, mengesan
lokasi sumber cahaya IR
130 3 390
8 NXT Robotics
Competititon
Workbook
Buku rujukan berkaitan
pertandingan
81 1 81
9 Lego Mindstorm
NXT Idea Book
Buku rujukan tahap asas 100 1 100
10 Advanced NXT-The
Da Vinci Inventions
Book
Buku rujukan tahap lanjutan 115 1 115
11 Komputer Peribadi Untuk menampung penggunaan 1,500 13 16,500
17
perisian Lego Mindstorm
12 Set Projektor Untuk memudahkan demo
daripada fasilitator, membolehkan
penyampaian ilmu dibuat dalam
bentuk Powerpoint atau Flash
6,000 1 6,000
13 Workstation Tapak kepada perlaksanaan
aktiviti kelab
1,500 6 9,000
14 Pusat
Penyimpanan
Alatan
Tempat storan alatan dan
komponen milik kelab
1,000 1 1,000
15 Sistem Penghawa
Dingin
Mewujudkan persekitaran yang
baik dan kondusif
3,000 1 3,000
Jumlah Keseluruhan (RM) 51,461
Untuk tatapan semata-mata, gambar-gambar di bawah menunjukkan robot-robot yang
boleh dibina menggunakan set kit robot Lego:
9. BERKENAAN PENULIS
Mohammad Nazry Abdul Salam telah menerima ijazah sarjana muda kejuruteraan
(komputer) daripada Universiti Teknologi Malaysia dengan kepujian kelas pertama pada
tahun 2008. Pada masa ini, dia bekerja sebagai tutor di Jabatan Mikroelektronik &
18
Kejuruteraan Komputer, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia
Skudai. Bidang penyelidikan yang diminatinya ialah SLAM (simultaneous localization &
mapping), HRI (human-robot interaction), HCI (human-computer interaction), sistem
terbenam masa nyata & robotik.
10. RUJUKAN
Edward J. Moskal, “Adding Robotics To Your Computer Science Curriculum”, Saint
Peter’s College, 2008.
Kathy Wiese, “Robot Curriculum Middle School”, Lesley University, 2007.
Meadhra and Stouffer, “Lego Mindstorms: for Dummies”, Wiley, John & Sons, 2000.
Toye and B. Williams, “Introduction To Robotics”, Wright Patterson Air Force Base.
19
top related