buletin ramadhan 01
Post on 13-Sep-2015
250 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
-
Taddarus Al-Quran 3 Ramadhan. SMK Chini Timur. Seramai hampir 50 pelajar lelaki dan perempuan me-mulakan program Taddarus Al-Quran sem-pena bulan ramadhan kali ini. Mereka diba-hagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan tersebut dibimbing oleh guru-guru yang mahir dalam tajwid. Pro-gram ini telah menjadi tradisi di sekolah ini
lebih dari 10 tahun yang lalu. Mereka terdiri dari pelajar tingkatan satu sehingga tingka-tan 5. Di samping dapat meningkatkan ama-lan dalam buran ramadhan ini, ianya juga dapat memperbaiki bacaan Al-Quran masing-masing. Menurut Penyelaras Bina Insan sekolah, Encik Norhamadi, pengli-batan pelajar masih lagi berkurangan. Be-liau berharap lebih ramai lagi pelajar yang mengambil bahagian dalam program ini.
WAKTU BERBUKA DAN IMSAK BAGI
KAWASAN CHINI TIMUR 1 RAMADHAN ( 29 JUN ) 7:22 PM /5:29 AM 2-5 RAMAHADAN (30 -3 JUL) 7.22 PM / 5.30 AM
-
AJK BINA INSAN SMKCT
-
SEJARAH PUASA RAMADHAN Puasa Ramadhan merupakan puasa yang diwajibkan bagi umat muslim di seluruh dunia untuk melaksana-kannya. Puasa Ramadhan dalam per-jalanan sejarahnya cukup menarik jika
dikaji lebih mendalam.
Berbagai pertanyaan mungkin saja pernah terlintas di benak Anda ten-tang bilakah ibadah Puasa Ramadhan mulai disyariatkan? Bagaimana model puasa yang dilakukan umat islam per-tama kali? Sejarah Puasa Ramadhan pertama kali di syariatkan Puasa Ramadhan mulai disyariatkan
pada tanggal 10 Sya`ban tahun kedua Hijrah atau satu setengah tahun sete-lah umat islam berhijrah dari Mekah ke Madinah, atau setelah umat Islam diperintahkan untuk memindahkan kiblatnya dari masjid Al- Aqsa ke Mas-jidil Haram. Perintah puasa ramadhan ini didasar-kan pada firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 183. Dari ayat terse-but dapat dipahami bahwa puasa telah
dilakukan sebelum masa kerasulan Muhammad saw. Hanya saja prakti-
knya tidak seperti yang kita lakukan sekarang ini. Setelah ayat tersebut turun, Puasa
Ramadhan menjadi kewajiban yang harus dilaksanakan oleh umat muslim
selama satu bulan dengan memenuhi syarat dan dan rukun yang telah di
syariatkan. Model Puasa Ramadhan yang Per-tama Kali Dilakukan Umat Islam Puasa pertama kali yang dilaksanakan Rasulullah saw adalah puasa bulan Asyura`, yaitu puasa yang dilakukan masyarakat Quraisy ketika itu dan setibanya di Madinah, Nabi pun me-merintahkan berpuasa pada bulan itu.
Setelah turun perintah berpuasa pada
bulan Ramadhan, Rasulullah memerin-tahkan para sahabatnya untuk ber-puasa bagi siapa saja yang menghen-dakinya. Saat itu, umat muslim boleh berpuasa dan boleh juga tidak, dan bagi mereka yang tidak berpuasa di-wajibkan untuk membayar fidyah Selanjutnya puasa Ramadhan menjadi kewajiban bagi setiap muslim, kecuali bagi mereka yang mempunyai uzur syarI.
-
FADHILAT PUASA DI BULAN RAMADHAN
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi yang mempertemukan
kita dengan bulan Ramadhan yang mulia. Tetamu
Allah yang cuma datang setahun sekali. Ramadhan
kali ini sebenarnya berbeza dengan Ramadhan yang
lalu kerana usia kita semakin bertambah. Sebab itu-
lah kita sepatutnya lebih merasai kehangatan
Ramadhan kali ini dengan menambahkan amalan
dan kebaikan berbanding dari Ramadhan sebelum-
nya.Ambillah peluang Ramadhan yang tiba pada ta-
hun ini, kerana besar kemungkinan kita tidak akan
menemuinya pada tahun hadapan.
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh
keimanan dan pengharapan, akan diampunkan
segala dosa-dosanya yang terdahulu." ( Riwayat al-
Bukhari dan Muslim )
" Semua amalan anak Adam digandakan kebai-
kannya sepuluh kali ganda serupa dengannya
hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla
berkata: " Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku
dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka
meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-
Ku." Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua
kegembiraan: kegembiraan berbuka puasa dan ke-
gembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau
busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana ber-
puasa lebih wangi di sisi Allah S.W.T" ( Riwayat al-
Bukhari dan Muslim )
Sedarkah kita menjalani ibadah puasa dapat me-
latih diri dan membentuk sifat-sifat terpuji. Anta-
ranya:
* sifat ikhlas
Puasa merupakan ibadah yang paling hampir den-
gan makna keihklasan bagi seorang hamba. Ini ker-
ana ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba
dan tuhannya. seorang yang berpuasa boleh ber-
buka tanpa diketahui oleh orang lain, tetapi kerana
ketaqwaannya kepada Allah yang mengetahui zahir
dan batinnya, dan kerana mengharapkan pahala dan
redha Allah, ia tidak melakukannya. Itulah sebabnya
ibadat ini lebih istimewa dari yang lain. sifat inilah
yang paling berharga dalam kehidupan seorang
muslim kerana amalan yang tidak disertai dengan
keikhlasan tidak diterima oleh Allah dan tidak mem-
buahkan hasil.
* Kekentalan jiwa
Puasa memaksa kita meninggalkan keinginan nafsu
syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalal-
kan kepada kita untuk melakukannya selain Ramad-
han. Ini mendidik kita lebih tegas dan meninggalkan
perkara yang sememangnya telah diharamkan oleh
syariat di luar bulan Ramadhan.
* Sabar
Puasa melatih kita supaya dalam berhadapan den-
gan keinginan diri dan godaan luaran sepanjang
Ramadhan. Sabar seperti ini amat perlu dalam ber-
hadapan dengan segala kemungkinan dalam ke-
hidupan.
* Memelihara fizikal
Puasa menyebabkan kita terpaksa memelihara pe-
rut, mata, telinga, lidah, tangan dan kaki dari
perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
* Prihatin dan belas kasihan
Puasa melahirkan rasa prihatin dan belas kasihan
kepada fakir miskin, lantaran itulah disyariatkan za-
kat fitrah pada bulan ini untuk menguatkan lagi
perasaan tersebut. Perasaan ini adalah titik tolak
kepada rasa tanggungjawab untuk melakukan pem-
baikan dalam masyarakat.
* Membuka hijab antara diri dengan Allah
Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan beru-
paya membersihkan roh dan hati. Dengan itu terbu-
kalah hijab antara hamba dengan tuhannya.
* Mengenali erti kejayaan sebenar
Puasa mengajar mukmin erti kejayaan sebenar. Bu-
kanlah harta atau kedudukan menjadi kayu pengu-
kur kepada kejayaan tetapi tercapainya matlamat
yang telah digariskan oleh Allah adalah kejayaan
yang hakiki. Orang yang berpuasa akan mem-
perolehi dua kejayaan, pertama ketika berbuka dan
kedua ketika menemui tuhannya.
* Rasa belas dan lemah lembut
Rasulullah s.a.w. mengajar umatnya, apabila seseo-
rang mencaci atau memperli orang berpuasa, maka
hendaklah ia berkata " Aku berpuasa!." Seorang
mukmin yang hakiki amat berhajat kepada latihan
seperti ini, kerana tidak mungkin dakwah dapat
disebarkan dengan kekerasan. Bahkan ia memerlu-
kan sikap berlapang dada dan kemam-
puan menahan diri dari perasaan
marah. Permusuhan dan perbalahan
tidak sedikitpun mendatangkan keun-
tungan kepada dakwah, bahkan me-
rugikan masa dan tenaga.
top related