bulanmerdeka kertaskerja
Post on 02-Aug-2015
51 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN LUNAS JAYA
09600 LUNASKEDAH
KERTAS KERJA
SAMBUTAN BULAN
KEMERDEKAAN 2014
Peringkat Sekolah
ANJURAN BERSAMA
Unit KokurikulumUnit Bimbingan & Kaunseling
Panitia Bahasa MelayuPanitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Panitia Pendidikan Seni VisualPanitia Muzik
Panitia Sejarah
Pendahuluan
Unit Kokurikulum dengan kerjasama beberapa
panitia iaitu Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan,
Panitia Pendidikan Muzik, Panitia Pendidikan Seni Visual,
Panitia Sejarah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling akan
mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi
takwim SK Lunas Jaya bagi tahun 2014. Justeru, Pihak
sekolah mengambil inisiatif untuk mengadakan beberapa
aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan. Sambutan
Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan
semua murid iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 serta Pra
Sekolah dan Pendidikan Khas. Aktiviti-aktiviti yang
dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang
dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan
kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk
hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan
guru-guru SK Lunas Jaya.
Matlamat
Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena
sambutan kemerdekaan adalah bagi memupuk semangat
patriotisme dan cintakan negara di samping mencungkil
bakat terpendam murid-murid SK Lunas Jaya secara
menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti
potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik SK
Lunas Jaya di peringkat yang lebih tinggi seperti
pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.
Objektif
1. Murid-murid dapat menghayati peristiwa
kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat
kemerdekaan yang mereka kecapi kini.
2. Murid-murid dapat menghayati makna
kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkannya.
3. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang
kemerdekaan dan berterima kasih kepadanya.
4. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu
padu antara kaum dan menghayati tema kemerdekaan
sepenuhnya.
Tarikh
Sepanjang Bulan Kemerdekaan
Kumpulan Sasaran
Semua murid SK Lunas Jaya
Strategi
Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan
ini akan melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh.
Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan
semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak
menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.
Perancangan Aktiviti
Rujuk Lampiran 1
Jawatankuasa Program
Rujuk Lampiran 2
Anggaran Pendapatan
Rujuk Lampiran 3
Penutup
Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Lunas Jaya ini
memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak
bagi meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam
usaha membentuk imej sekolah yang postif.
Disediakan oleh,
............................................................ (NOR ZALINA BINTI MAT LAZIM)Penyelaras Sambutan Bulan KemerdekaanPeringkat Sekolah,SK Lunas Jaya
Disahkan oleh’
……………………………………………..
Lampiran 1
PERANCANGAN AKTIVITI
Bil Aktiviti Cadangan Tarikh 1. Majlis Pelancaran(Perhimpunan)- Bacaan Doa- Nyanyian Lagu Rasmi- Ucapan Perasmian oleh Tn Guru Besar.- Persembahan Murid (Puisi Merdeka)- Nyanyian Lagu Merdeka
24 Ogos 2014 (Ahad)
2. Pertandingan Membina
Model Merdeka
(Semua Murid)
Selepas
Majlis Pelancaran
(Dilaksanakan
di dalam Kelas)
3. Pertandingan Menghias
Kelas
Sepanjang Bulan
Merdeka
4. Kuiz Waktu Perhimpunan
pagi
5. Menghias Basikal Merdeka Minggu Ambang
Merdeka
6. Pertandingan Lagu Patriotik
Tahap 1 – Koir
Tahap 2 – Duet Lagu
Patriotik
3 dan 4 September
2014
(Perhimpunan Pagi )
7. Pertandingan Deklamasi
Sajak –Tahap 2
1 dan 2 September
2014
(Perhimpunan Pagi)
8. Pertandingan Pakaian
Beragam – Pra Sekolah
Hari Penutup
9. Pertandingan Mewarna Kelas
PPKI
Sepanjang Bulan
Merdeka
1
0.
Majlis Penutup Bulan
Kemerdekaan
24 September 2014
(Rabu)
(Di dalam Dewan)
Lampiran 2
AHLI JAWATANKUASA
Penasihat : Tn. Hj. Azizan bin Hj. Md. Saad ( Guru Besar )
Pengerusi : En. Zanari bin Zainon (Penolong Kanan
Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1: En. Mohamad Shamim bin Mohd Yusoff
(Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 2 : En. Abdul Kamil bin Omar (Penolong
Kanan Petang)
Penyelaras : Pn. Nor Zalina binti Mat Lazim
Setiausaha : Pn. Nurzehan binti Abdul Hamid
Penolong Setiausaha : Pn. Jamaliah bt. Yahya
Juruacara Majlis Penutup : Pn. Khairiza binti Khalidin
Hadiah : Pn. Nurzehan binti Abd Hamid
AJK Aktiviti
1. Menghias Kelas : Pn. Norhamizon bt. Sarif
2. Kuiz : Pn. Zainab bt. Ariffin
3. Menghias Basikal : Cik Nor Arimah bt. Ariffin
4. Pertandingan Deklamasi Sajak : : Pn. Zainab binti Abdul
Rahman
5. Pertandingan Lagu Patriotik : Pn. Norazeah bt. Yusoff
6. Mewarna Kelas PPKI : Yuzi Azwa bt. Yaamat
7. Pakaian Beragam : Pn. Zaharah binti Ismail
Dokumentasi : Pn. Ruhani Ahmad
Siaraya : En. Kamaruzzaman bin Majid
Persiapan Tempat (Dewan) : En. Mohamad Jasmi bin Jaafar
Disiplin Kawalan Murid : Tn. Hj. Ahmad Termizi bin Salleh
Lampiran 3
Anggaran Perbelanjaan
Bi
l
Perkara Jumlah
(RM)
1. Model Merdeka 2650.0
0
2. Banner 70.00
3. Hadiah
Menghias Kelas –RM30 x 1 = RM30
Model Merdeka – RM3 x 25 kelas = RM75
Menghias Basikal-RM 5x3 = RM15
Lagu Patriotik –Tahap 1(koir) –RM30x3 =
RM90
Tahap 2(duet) – RM10x3 = RM30
Kuiz – RM10 x 4 = RM40
Mewarna PPKI – RM3 x 3 = RM9
Pertandingan Sajak (Tahap 2) – RM5 x 3 =
RM15
Pertandingan Pakaian Beragam –RM5x3 =
RM15
319.00
4. Runcit 61.00
JUMLAH 3100.0
0
Anggaran Pendapatan
Anggaran pendapatan diperolehi dari kewangan unit
kokurikulum dan panitia-panitia yang terlibat.
top related