building rating dictionary (brd) -...
Post on 15-Jun-2019
309 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BUILDING
RATING
DICTIONARY
(BRD)
UNTUK
PEMERIKSAAN PENILAIAN KEADAAN BANGUNAN
2012
BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN SENGGARA CAWANGAN KEJURUTERAAN SENGGARA
KERAJAAN MALAYSIA
JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
i
Bil Kandungan Muka Surat
Definisi ii
Singkatan iii
1.0 Pengenalan 1
2.0 Latar Belakang 1
3.0 Objektif 2
4.0 Skop 2
5.0 Penggunaan Dokumen 2
6.0 Peranan dan Tanggungjawab 3
6.1 Pengarah Bahagian
6.2 Ketua Pasukan Pemeriksa Bangunan
6.3 Pasukan Pemeriksa Bangunan
7.0 Kecacatan / Kerosakan Bangunan 3
7.1 Pengenalan
7.2 Jenis – Jenis Kecacatan / Kerosakan Bangunan
8.0 Tahap Penilaian Keadaan Bangunan 17
8.1 Pengenalan
8.2 Keterangan / Kehendak
9.0 Tahap Penilaian Keutamaan 23
9.1 Pengenalan
9.2 Keterangan / Kehendak
9.3 Proses Kerja
10.0 Penutup 28
11.0 Rujukan 28
KANDUNGAN
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
ii
Aset Bangunan - Sesuatu binaan bangunan dan semua komponen serta fasiliti
berkaitan yang terdapat di dalam sesuatu premis.
Binaan Luar - Binaan Luar merupakan suatu binaan yang berada di dalam
premis yang tidak termasuk dalam takrifan blok.
Blok - Blok merupakan bangunan atau suatu binaan yang mempunyai
bumbung, dinding, pintu masuk dan boleh diakses dengan
sempurna dalam sesuatu premis.
Daftar Aset
Khusus
- Daftar Aset Khusus (DAK) merupakan satu struktur kod
berperingkat (tahap kedua) dalam pendaftaran aset sesebuah
premis.
Daftar Premis
Aset
- Daftar Premis Aset (DPA) merupakan satu struktur kod
berperingkat (tahap pertama) dalam pendaftaran sesebuah
premis aset.
Pasukan
Pemeriksa
Bangunan
- Pasukan yang dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja
pemeriksaan awalan keadaan bangunan
Pegawai
Pengawal
- Pegawai yang diberi tanggungjawab dalam perbelanjaan wang
kerajaan sebagaimana takrifan Arahan Perbendaharaan
Pihak Pelaksana - Kementerian, jabatan termasuk badan berkanun atau pihak luar
yang telah dipilih/dilantik untuk menguruskan pelaksanaan
pengurusan aset.
Premis
-
Sesuatu tapak tanah yang menempatkan bangunan dan
kawasan berkaitan.
DEFINISI
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
iii
SB - Sangat Baik
B - Baik
S - Sederhana
K - Kritikal
SK - Sangat Kritikal
Pb - Pembaikan
Pm - Pemulihan
Pg - Penggantian
N - Normal
R - Rutin
SINGKATAN
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
1
Pemeriksaan keadaan bangunan adalah merupakan pemeriksaan awalan
secara visual yang perlu dijalankan bagi memberi gambaran keadaan
keseluruhan bangunan. Pemeriksaan keadaan bangunan adalah satu keperluan
dan ianya dijalankan secara berkala dan berdasarkan permintaan
kementerian/jabatan/agensi. Laporan pemeriksaan tersebut merupakan
dokumen sokongan kepada Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA)
Kerajaan khususnya:-
Bab C – Penerimaan & Pendaftaran Aset
Bab D – Operasi & Penyenggaraan Aset
Bab E – Penilaian Keadaan/Prestasi Aset
Bab F – Pemulihan, Ubah suai dan Naiktaraf Aset
Bab G – Pelupusan Aset
Penarafan sesebuah bangunan kerajaan bergantung kepada penilaian oleh
pemeriksa bangunan yang terdiri daripada pelbagai disiplin. Sebahagian besar
pengetahuan dan kemahiran pemeriksa bangunan diperolehi semasa
menjalankan kerja-kerja pemeriksaan secara hands on berbanding latihan
secara teori. Ini mengakibatkan penilaian yang dilaksanakan tidak seragam
bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman seseorang pemeriksa
bangunan. Hasilnya, data yang diperolehi adalah tidak tepat.
Oleh yang demikian, satu rujukan khusus iaitu Building Rating Dictionary perlu
diwujudkan sebagai panduan dalam membuat penilaian berkaitan dengan jenis-
jenis kecacatan/kerosakan yang ditemui semasa kerja-kerja pemeriksaan
keadaan bangunan dijalankan.
1.0 PENGENALAN
2.0 LATAR BELAKANG
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
2
Dokumen ini diwujudkan bertujuan untuk:-
(i) Menjadi panduan kepada pemeriksa bangunan dalam membuat penilaian
yang seragam dalam aspek pelaksanaan pemeriksaan keadaan
bangunan.
(ii) Memastikan maklumat yang dikumpul adalah lengkap, seragam dan
berintegriti.
(iii) Menyediakan laporan yang lengkap dan tepat ke arah pengurusan aset
yang optimum.
(i) Bangunan kerajaan yang melibatkan komponen:-
a) Awam dan Struktur;
b) Sistem Mekanikal; dan
c) Sistem Elektrikal
(ii) Pemeriksaan keadaan bangunan dilaksanakan secara visual sahaja dan
tidak melibatkan pemeriksaan secara terperinci.
Dokumen ini merupakan dokumen sokongan kepada Garis Panduan
Pemeriksaan Penilaian Keadaan Bangunan, khusus untuk menjelaskan jenis-
jenis kecacatan/kerosakan bangunan, faktor kemungkinan penyebab, tahap
keadaan bangunan dan tahap keutamaan tindakan terhadap
kecacatan/kerosakan.
3.0 OBJEKTIF
4.0 SKOP
5.0 PENGGUNAAN DOKUMEN
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
3
6.1 Pengarah Berkenaan
a) Melantik Ketua Pasukan Pemeriksa Bangunan
b) Meluluskan laporan Pemeriksaan Keadaan Bangunan
6.2 Ketua Pasukan Pemeriksa Bangunan
a) Menubuh Pasukan Pemeriksa Bangunan
b) Menyelaras aktiviti Pemeriksaan Keadaan Bangunan
c) Menyemak laporan Pemeriksaan Keadaan Bangunan
6.3 Pasukan Pemeriksa Bangunan
a) Menyediakan pelan pemeriksaan bangunan
b) Menjalankan kerja-kerja Pemeriksaan Keadaan Bangunan
c) Menyediakan laporan Pemeriksaan Keadaan Bangunan
Nota:
Keahlian adalah terdiri daripada pelbagai disiplin (senibina, awam, mekanikal,
elektrikal dan ukur bangunan).
7.1 Latarbelakang
Semua bangunan adalah terdedah kepada masalah kecacatan/kerosakan.
Semakin lama sesuatu bangunan itu terbiar maka akan bertambah cepat dan
lebih banyak lagi masalah kecacatan/kerosakan berlaku.
Dalam tempoh masa tertentu, masalah kecacatan akan timbul apabila mana-
mana struktur, fabrik, elemen ataupun kemasan bangunan menjadi luntur,
kekuatan dan mutunya menurun serta tidak lagi berada pada tahap yang asal.
Manakala, masalah kerosakan bangunan juga dapat dilihat apabila mana-mana
pelekapan atau peralatan bangunan tidak lagi dapat berfungsi sepenuhnya.
6.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
7.0 JENIS-JENIS KECACATAN/KEROSAKAN
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
4
Masalah kecacatan boleh berakhir dengan kerosakan, tetapi masalah kerosakan
tidak semestinya bermula dengan kecacatan. Oleh yang demikian, adalah
sangat penting seseorang pemeriksa bangunan berkebolehan untuk menilai
bangunan yang mengalami kecacatan/kerosakan tersebut. Hasil laporan yang
dikeluarkan hendaklah memberi penekanan terhadap tindakan yang perlu
diambil oleh pemilik bangunan.
Dokumen ini dilengkapi dengan beberapa contoh, kategori dan penyebab
masalah kecacatan/kerosakan yang kerap ditemui. Bagi memudahkan kerja-
kerja pasukan pemeriksa bangunan, dokumen ini hendaklah menjadi rujukan
dalam aktiviti – aktiviti pemeriksaan bangunan dan penyediaan laporannya.
7.2 Jenis-Jenis Kecacatan/Kerosakan Bangunan
Secara amnya kecacatan/kerosakan pada elemen/bahan/komponen bangunan
dapat dibahagikan kepada beberapa kategori. Terdapat beberapa faktor
kemungkinan penyebab yang menjadi punca kecacatan/kerosakan tersebut.
Jadual - jadual berikut menunjukkan kategori dan punca kecacatan/kerosakan
yang kerap ditemui pada bangunan.
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
5
Jadual 1: Kategori Kecacatan/Kerosakan – Bocor
Bocor – berlaku kerana masalah air hujan, sistem bekalan air yang
dipasang dalam bangunan dan daripada air buangan.
Bil Elemen/Bahan/Komponen
yang mengalami
kecacatan/kerosakan
Punca Kecacatan/Kerosakan
1 Bumbung Bumbung lama yang telah reput atau
rosak, lubang paku pada bumbung
yang renggang.
Kerja memasang bumbung yang tidak
tepat.
Bahan dan campuran konkrit tidak
sempurna pada bumbung rata dan
menjadi poros.
Pengedap (return seal) bumbung
tidak berfungsi atau tidak mencukupi.
Kedudukan bumbung senget kerana
struktur bumbung telah rosak, patah
atau reput.
2 Talang bumbung Tersumbat oleh kotoran atau daun-
daun.
Usia terlalu lama.
Penyambung tanggal.
Saiz talang kecil.
Pendakap tanggal.
3 Struktur longkang Longkang patah.
Asas lembut atau mendap.
Masalah penyambungan longkang.
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
6
4 Tangki simpanan air Bebola rosak atau tanggal.
Tangki berkarat.
Penyambung kepingan atau bracing
tangki tanggal.
Tapak tangki (plinth) rosak atau
patah.
5 Paip sistem bekalan air dan
sistem kumbahan/buangan
Usia paip yang telah lama.
Penyambung tanggal.
Patah
Pemasangan tidak sempurna.
Paip tersumbat.
Mendapan asas yang tidak sekata
Jadual 2: Kategori Kecacatan/Kerosakan – Herot
Herot – berlaku pada kebanyakan bahan-bahan daripada kayu dan logam
atau kerangka yang diperbuat daripada kedua-dua bahan tersebut.
Bil Elemen/Bahan/Komponen
yang mengalami
kecacatan/kerosakan
Punca Kecacatan/Kerosakan
1 Kerangka pintu dan tingkap Beban tidak seimbang di atasnya.
Pemasangan tidak sempurna.
Mendapan asas yang tidak sekata.
Gelegar atau rasuk beralih.
Rangka kayu mengecut.
Tiada lintel.
2 Kerangka kayu dan
penyambung
Meleding oleh cuaca dan rangka
yang nipis
3 Papan Meleding oleh cuaca.
Pemasangan tidak sempurna. (cth:
skru/paku tidak mencukupi)
4 Kerangka - kerangka logam Daya mampatan atau regangan yang
tinggi/tidak seimbang.
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
7
Jadual 3: Kategori Kecacatan/Kerosakan – Karat
Karat – berlaku pada bahan-bahan binaan yang diperbuat daripada logam,
terutama besi. Karat lebih cepat berlaku di tempat pengoksidaan tinggi,
persekitaran yang lembap dan terdedah kepada bahan sodium (Na).
Bil Elemen/Bahan/Komponen
yang mengalami
kecacatan/kerosakan
Punca Kecacatan/Kerosakan
1 Paku penyangkut bumbung
/ genting slate
Terdedah kepada panas dan hujan.
Usia yang terlalu lama.
2 Kerangka logam termasuk
susur tangga, grill balkoni,
grill pintu dan tingkap
Tidak disalut atau dicat.
Terkena asid atau garam.
Salutan atau cat tanggal.
Terdedah pada air atau kelembapan
yang tinggi.
Terkena najis binatang atau unggas
3 Pelekapan bangunan Salah guna.
Tidak disalut atau cat
Terdedah kepada panas dan hujan
4 Talang bumbung dan salur
tegak air hujan
Usia yang terlalu lama.
Tidak disalut atau cat.
Cat tanggal
Jadual 4: Kategori Kecacatan/Kerosakan – Kelupas dan Kelopek
Kelupas dan kelopek – berlaku pada bahan-bahan atau elemen bangunan
yang disalut ataupun bercat
Bil Elemen/Bahan/Komponen
yang mengalami
kecacatan/kerosakan
Punca Kecacatan/Kerosakan
1 Kertas dinding (kelopek) Usia yang terlalu lama.
Vandalisma.
Dinding lembab.
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
8
2 Dinding, siling, rangka pintu
dan tingkap (cat kelupas)
Usia yang terlalu lama.
Lapisan cat baru ke atas lapisan cat
lama tidak sesuai. (Kaedah mengecat
yang tidak menepati spesifikasi)
Perubahan cuaca.
Jadual 5: Kategori Kecacatan/Kerosakan – Reput dan Kulat
Reput dan kulat – berlaku pada komponen atau bahan binaan diperbuat
daripada kayu dan batu bata.
Bil Elemen/Bahan/Komponen
yang mengalami
kecacatan/kerosakan
Punca Kecacatan/Kerosakan
1 Lantai bilik air Paip air buangan bocor.
Lantai sentiasa basah dan berair. (Air
bertakung)
Saluran air keluar tersumbat.
Pembinaan lantai yang tidak
sempurna.
Berliang (porous)
2 Lantai konkrit Terdedah kepada kelembapan.
Saluran paip bocor.
3 Pintu, tingkap atau papan
muka (fascia)
Terdedah kepada panas dan hujan.
Bahan binaan berkualiti rendah.
Serangan kulat dan makhluk perosak.
4 Lantai dapur Sinki bocor.
Saluran paip bocor
5 Papan skirting Lembapan dinding terutama lantai
bawah.
Serangan kulat dan makhluk perosak.
6 Permaidani Resapan air daripada lantai.
Tempias hujan.
Saluran paip bocor
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
9
7 Kemasan lantai jenis parket
(parquet)
Resapan air daripada lantai.
Tempias hujan.
Saluran paip bocor.
Kualiti kayu parket (parquet)
Serangan kulat dan makhluk perosak.
Pemasangan tidak sempurna.
8 Dinding bata Kualiti bata rendah.
Sentiasa terdedah kepada air hujan.
9 Lantai papan Bumbung bocor.
Resapan air daripada tanah kepada
kayu lapik (wallplates) atau tiang
yang lembab.
Serangan kulat dan makhluk perosak.
10 Kayu ambang (lintel) Terdedah kepada panas dan hujan.
Talang bumbung (tersumbat, bocor
atau tidak mengikut kehendak
rekabentuk) yang menyebabkan
limpahan air.
11 Kayu gelegar, alang atau
rasuk
Saluran paip bocor
Sentiasa terdedah kepada air hujan.
Kualiti kayu rendah.
Serangan kulat dan makhluk perosak.
Jadual 6: Kategori Kecacatan/Kerosakan – Lembab
Lembab – berpunca daripada kandungan air di dalam komponen
bangunan terutama pada dinding dan lantai
Bil Elemen/Bahan/Komponen
yang mengalami
kecacatan/kerosakan
Punca Kecacatan/Kerosakan
1 Bahagian dinding bawah
(aras bawah sahaja)
Resapan air daripada tanah akibat
kelemahan kerja pembinaan.
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
10
Tiada atau kurang bahan lapisan kalis
air.
Kebocoran paip.
Resapan air daripada persekitaran.
Kawasan sentiasa terdedah kepada
banjir.
Tempias hujan.
Masalah kondensasi disebabkan
sistem penyaman udara
2 Bahagian dinding tengah Tempias hujan.
Kebocoran paip.
Tiada atau kurang bahan lapisan kalis
air.
Masalah kondensasi disebabkan
sistem penyaman udara
3 Bahagian dinding atas
(aras paling atas)
Tempias hujan.
Talang bumbung bocor atau air
melimpah.
Tiada atau kurang bahan lapisan kalis
air.
Masalah kondensasi disebabkan
sistem penyaman udara
4 Bahagian siling Bumbung bocor. (aras paling atas)
Tangki simpanan air bocor. (aras
paling atas)
Kebocoran paip.
Masalah kondensasi disebabkan
sistem penyaman udara
5 Bahagian bawah lantai Resapan air daripada tanah akibat
kelemahan kerja pembinaan.
Kebocoran paip.
6 Lantai/dinding berhampiran
tandas
Kebocoran paip.
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
11
Paip air buangan/kumbahan
tersumbat.
7 Dinding ruangan di dalam
siling
Tiada flashing di antara dinding luar
dengan bumbung.
8 Lantai/dinding aras bawah
tanah (basement)
Tiada atau kurang bahan lapisan kalis
air.
Kebocoran paip.
Paras air bawah tanah yang tinggi.
Jadual 7: Kategori Kecacatan/Kerosakan – Lentur atau Lendut
Lentur atau lendut – berlaku disebabkan oleh beban pada kebanyakan
bahan binaan daripada kayu, keluli dan konkrit
Bil Elemen/Bahan/Komponen
yang mengalami
kecacatan/kerosakan
Punca Kecacatan/Kerosakan
1 Lantai kayu/konkrit Jarak alang atau rasuk terlalu besar
akibat kelemahan kerja
rekabentuk/pembinaan.
Bahan yang tidak memenuhi
kehendak spesifikasi. (cth: Saiz,
kualiti dll.)
Beban berlebihan.
2 Pelapik/alas tangki (plinth) Penggunaan pelapik/alas yang tidak
sesuai.
Jarak pelapik/alas yang besar.
Pelapik/alas kayu basah akibat
kebocoran tangki.
Beban berlebihan.
3 Gegulung bumbung
(purlins)
Jarak antara kerangka bumbung yang
terlalu besar.
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
12
Gegulung yang tidak menepati
kehendak spesifikasi. (cth: Saiz,
kualiti dll.)
Beban berlebihan.
Kayu gegulung basah akibat
kebocoran.
Jadual 8: Kategori Kecacatan/Kerosakan – Mendap
Mendap – berlaku kepada asas atau tapak bangunan melibatkan lantai,
apron atau longkang perimeter bangunan
Bil Elemen/Bahan/Komponen
yang mengalami
kecacatan/kerosakan
Punca Kecacatan/Kerosakan
1 Lantai dan struktur Keupayaan galas tanah (soil bearing
capacity) lemah.
Bancuhan konkrit dan mampatan
tanah yang tidak memenuhi
kehendak spesifikasi.
Kegagalan asas bangunan.
Lantai konkrit tiada tetulang.
Gegaran berdekatan
Hakisan tanah
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
13
Jadual 9: Kategori Kecacatan/Kerosakan – Pemeluwapan
Pemeluwapan – Proses kondensasi di mana wap air terbentuk pada
permukaan sesuatu pelekapan akibat daripada perbezaan terlalu besar di
antara suhu dalaman dan suhu persekitaran.
Bil Elemen/Bahan/Komponen
yang mengalami
kecacatan/kerosakan
Punca Kecacatan/Kerosakan
1 Di dalam ruang siling Penyusupan (infiltration) udara luar
yang berlebihan.
Ketiadaan bahan penebat atau bahan
penebat yang telah rosak pada
sistem penyaman udara.
Tangki yang tidak bertutup di atas
siling.
2 Permukaan dinding
Perbezaan suhu antara bilik/ruang
yang terlalu besar.
3 Setor, ruang atau bilik
bawah tanah
Pengaliran udara yang kurang
sempurna.
Terdapat air bertakung disebabkan
paras air bawah tanah yang tinggi.
Jadual 10: Kategori Kecacatan/Kerosakan – Renggang dan Tanggal
Renggang dan tanggal – berlaku kepada binaan berbentuk lekapan, sama
ada lekapan di luar ataupun di dalam bangunan
Bil Elemen/Bahan/Komponen
yang mengalami
kecacatan/kerosakan
Punca Kecacatan/Kerosakan
1 Bahagian bumbung Kayu gegulung (purlins) meleding.
Kerangka bumbung rosak.
Pemasangan bumbung yang tidak
memenuhi kehendak spesifikasi. (cth:
Saiz/bahan/jarak rentang/jarak luang
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
14
di antara kekuda dll.)
Tiupan angin kencang.
2 Kepingan flashing Pemasangan flashing yang tidak
memenuhi kehendak spesifikasi. (cth:
paku yang tidak mencukupi, saiz
flashing kecil dll.)
Tiupan angin kencang.
4 Susur tangan Vandalisma.
Pemasangan susur tangan yang tidak
memenuhi kehendak spesifikasi. (cth:
Pengikat yang ditanam terlalu cetek,
Bolt & nut yang tidak sesuai dll.)
5 Lepaan dinding Kaedah melepa yang tidak memenuhi
kehendak spesifikasi (cth: Bancuhan
lepaan terlalu kering, lepaan terlalu
tebal dll.)
Usia yang terlalu lama.
Jadual 11: Kategori Kecacatan/Kerosakan – Retak
Retak – Berlaku pada komponen bangunan. Di antara jenis – jenis retak
adalah seperti retak rerambut dan retak besar. Keretakan yang berlaku
boleh menjejaskan struktur bangunan bergantung kepada tahap
keretakan tersebut samada kritikal atau tidak.
Bil Elemen/Bahan/Komponen
yang mengalami
kecacatan/kerosakan
Punca Kecacatan/Kerosakan
1 Semua jenis dinding dan
struktur menegak
Akibat mendapan. (rujuk jadual 8)
Binaan yang tidak memenuhi
kehendak spesifikasi. (cth: bancuhan
mortar, rangka pintu/tingkap yang
tidak dilengkapi lintel dll.)
Beban berlebihan.
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
15
Kelemahan rekabentuk/kerja
pembinaan. (cth: tiada stiffener dll.)
Akar pokok.
2 Struktur gelegar, alang atau
rasuk
Akibat mendapan (rujuk jadual 8)
Binaan yang tidak memenuhi
kehendak spesifikasi.
Beban berlebihan.
Kelemahan rekabentuk/kerja
pembinaan.
3 Lepaan dinding Kaedah melepa yang tidak memenuhi
kehendak spesifikasi (cth: Bancuhan
lepaan, lepaan terlalu tebal dll.)
Usia yang terlalu lama.
4 Apron/kaki lima bangunan Akibat mendapan. (rujuk jadual 8)
Akar pokok
Binaan yang tidak memenuhi
kehendak spesifikasi. (cth: bancuhan
konkrit dll.)
5 Lantai Akibat mendapan. (rujuk jadual 8)
Tiada expansion joint (bagi lantai
pasang siap.)
Kelemahan rekabentuk/kerja
pembinaan.
6 Bumbung rata (flat roof) Faktor cuaca.
Kelemahan rekabentuk/kerja
pembinaan.
Penyusupan air ke dalam konkrit.
Akibat mendapan. (rujuk jadual 8)
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
16
Jadual 12: Kategori Kecacatan/Kerosakan – Tersumbat
Tersumbat – berlaku kepada kebanyakan sistem perpaipan, sama ada
paip bekalan air masuk ataupun paip air buangan
Bil Elemen/Bahan/Komponen
yang mengalami
kecacatan/kerosakan
Punca Kecacatan/Kerosakan
1 Saluran paip bekalan air
masuk/air buangan
Kekotoran/sisa buangan dalam
saluran paip.
2 Saluran tegak air hujan
Daun-daun, bendasing dan sampah
sarap.
Paip bengkok.
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
17
8.1 Pengenalan
Tahap Penilaian Keadaan Bangunan adalah penilaian yang akan diberikan oleh
pemeriksa bangunan berdasarkan tahap keadaan semasa bangunan
berdasarkan pemeriksaan secara visual dan ujian ringkas di tapak. Jadual 8.1
merupakan jadual Tahap Penilaian Keadaan Bangunan yang mengandungi
skala penilaian cemerlang, baik, sederhana, lemah dan sangat lemah.
Jadual 13: Jadual Tahap Penilaian Keadaan Bangunan
Gred Skala Penilaian
Ringkasan Huraian
5 Sangat Baik SB Tiada kecacatan, keadaan aset sangat baik dan boleh berfungsi dengan baik.
4 Baik B Terdapat kecacatan/kerosakan yang kecil, keadaan aset baik dan boleh berfungsi dengan baik.
3 Sederhana S Terdapat kecacatan/kerosakan yang besar, keadaan aset sederhana dan masih lagi boleh berfungsi tetapi perlu dipantau.
2 Kritikal K Keadaan aset lemah, aset tidak dapat berfungsi mengikut tahap perkhidmatan dipersetujui.
1 Sangat
Kritikal
SK Keadaan aset sangat lemah, elemen tidak berfungsi atau risiko yang boleh menyebabkan kecelakaan dan/atau kecederaan.
8.0 TAHAP PENILAIAN KEADAAN BANGUNAN
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
18
8.2 Keterangan / Kehendak
Gred Skala Pemeriksaan
Ringkasan Huraian
5 Sangat Baik SB Tiada kecacatan, keadaan aset sangat baik dan boleh berfungsi dengan baik
Keadaan aset semasa pemeriksaan dijalankan berfungsi dan memenuhi tujuan
rekabentuk, penampilan/fizikal tiada kecacatan, kemas, bersih, senggaraan
sangat baik, beroperasi dengan sangat baik, aset baru atau aset yang baru
diganti.
Gred Skala Pemeriksaan
Ringkasan Huraian
4 Baik B Terdapat kecacatan/kerosakan yang kecil, keadaan aset baik dan boleh berfungsi dengan baik
Keadaan aset semasa pemeriksaan dijalankan adalah seperti berikut :-
berfungsi dengan kecacatan/kerosakan yang minimum;
memenuhi tujuan rekabentuk;
operasi dan penyenggaraan yang baik;
tidak usang (obsolescence) dan mampu memenuhi keperluan
perkhidmatan;
terdapat kecacatan/kerosakan kecil;
terdapat kehausan dan kelusuhan yang minimum
Gred Skala Pemeriksaan
Ringkasan Huraian
3 Sederhana S Terdapat kecacatan/kerosakan yang besar, keadaan aset sederhana dan masih lagi boleh berfungsi tetapi perlu dipantau
Keadaan aset semasa pemeriksaan dijalankan terdapat kecacatan/kerosakan
yang besar, keadaan aset sederhana dan masih lagi boleh berfungsi tetapi perlu
dipantau. Kecacatan/kerosakan major adalah merujuk kepada keadaan berikut :-
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
19
Aset berfungsi dengan kecacatan/kerosakan yang sederhana; contohnya
dalam satu bilik yang mempunyai 3 alat penghawa dingin, 2 daripadanya
berfungsi mengikut penetapan suhu, manakala 1 lagi tidak berfungsi.
Keadaan aset ini adalah sederhana kerana aset masih lagi berfungsi.
Aset beroperasi dengan memuaskan;
Aset masih memenuhi tujuan rekabentuk;
Ada kecacatan, terdapat kehausan dan kelusuhan yang maksimum;
Usang dan masih boleh memberikan perkhidmatan
Perlu dipantau pula merujuk kepada pemantauan dari segi keselamatan,
kesihatan dan keselesaan dalam penyampaian perkhidmatan, keselamatan aset
itu sendiri dan persekitaran.
Gred Skala Pemeriksaan
Ringkasan Huraian
2 Lemah L Keadaan aset lemah, aset tidak dapat berfungsi mengikut tahap perkhidmatan dipersetujui
Keadaan aset semasa pemeriksaan dijalankan adalah lemah, aset tidak dapat
berfungsi mengikut tahap perkhidmatan dipersetujui. Keadaan aset lemah
adalah merujuk kepada perkara-perkara berikut :-
Operasi dan penyenggaraan yang lemah;
Tidak memenuhi keperluan perundangan;
Keadaan aset teruk dan tidak digunakan lagi (impak perubahan
teknologi);
Prestasi aset menurun hingga memberi kesan terhadap pengguna.
Impak keadaan aset adalah berisiko terhadap keselamatan, kesihatan,
keselesaan dalam penyampaian, contoh ruang yang terbatas,
penggunaan bahan binaan yang bahaya, pencemaran dan kegagalan
struktur;
Sukar mendapatkan alat ganti (dari aspek kebolehsenggaraan);
Sangat memerlukan peralatan atau kepakaran/perkhidmatan khusus
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
20
Gred Skala Pemeriksaan
Ringkasan Huraian
1 Sangat
Lemah
SL Keadaan aset sangat lemah, elemen tidak berfungsi atau risiko yang boleh menyebabkan kecelakaan dan/atau kecederaan
Keadaan aset semasa pemeriksaan dijalankan adalah sangat lemah, elemen
tidak berfungsi atau risiko yang boleh mendatangkan kecelakaan dan/atau
kecederaan. Keadaan aset sangat lemah juga merujuk kepada perkara-perkara
berikut :-
Keadaan aset sangat usang dan tidak berfungsi, tidak mengikut
perubahan teknologi terhadap penggunaan masa hadapan;
Gagal memenuhi keperluan perundangan (akta/peraturan)
Dari segi kebolehsenggaraan, tiada akses dan tiada alat ganti untuk
membolehkan aset tersebut disenggara;
Gagal ujian (keboleharapan) untuk menentukan konsistensi dalam
keupayaan penyampaian perkhidmatan.
Tidak layak untuk penghunian ataupun penggunaan biasa
Mendatangkan kemudaratan, kecederaan, ketidakselesaan, menjejaskan
kesihatan dan mengakibatkan kematian kepada pengguna/penghuni
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
21
Jadual di bawah menunjukkan contoh tahap kecacatan/kerosakan yang berlaku
pada bangunan dan bagaimana keadaan dinilai.
Jadual 14: Tahap Kecacatan/Kerosakan Pada Bangunan
Kecacatan/ Kerosakan
Tahap Kecacatan/Kerosakan
1 (SK)
2 (K)
3 (S)
4 (B)
5 (SB)
Retak pada konkrit pra tegangan akibat beban berlebihan
Lebar 1-3mm
berserta dengan pecahan konkrit
(with some spalling)
Lebar 0.3-1mm
Lebar 0.1-0.3mm
Lebar 0.05-0.1mm
Lebar <0.05mm
Retak pada konkrit bertetulang akibat beban berlebihan
Lebar >5mm berserta dengan pecahan
konkrit yang lebih besar
(with widespread
spalling)
Lebar >1-5mm berserta dengan pecahan konkrit
(with some spalling)
Lebar >0.3-1mm
Lebar 0.1-0.3mm
Lebar <0.1mm
Retak pada konkrit tidak bertetulang
Lebar >25mm berserta dengan pecahan konkrit
(with
spalling)
Lebar >20-25mm
Lebar >10-20mm
Lebar 1-10mm
Lebar <1mm
Retak akibat pengecutan atau pemendapan
Banyak retakan besar
Beberapa retakan besar
Banyak retakan kecil
Beberapa retakan kecil
Retakan kecil
Pecahan konkrit (Spalling)
Melebihi 150mm (Areas larger than 150mm)
Kedalaman melebihi 20mm dan panjang atau lebar tidak melebihi 150mm (More than 20mm in depth and 150mm in greatest dimension)
Kedalaman tidak melebihi 20mm dan panjang atau lebar tidak melebihi 50mm (Not greater than 20mm in depth and 50mm in any dimension)
Jelas kelihatan
(Clearly
noticeable)
Tidak jelas kelihatan
(Barely
noticeable)
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
22
Keruping (Scaling)
Kehilangan partikel agregat kasar berserta dengan mortar pada kedalaman melebihi 20mm. (Loss of coarse aggregate particles as well as mortar, generally to a depth greater than 20mm)
Kehilangan permukaan mortar pada kedalaman 5-10mm berserta dengan kehilangan mortar di sekeliling partikel agregat pada kedalaman 10-20mm. (Loss of surface mortar 5 to 10mm in depth with some loss of mortar surrounding aggregate particles 10 to 20mm in depth)
Kehilangan permukaan mortar pada kedalaman 5-10mm dan mendedahkan agregat kasar (Loss of surface mortar 5 to 10mm in depth and exposure of coarse aggregate)
Kehilangan permukaan mortar tanpa mendedahkan agregat kasar (Loss of surface mortar without exposure of coarse aggregate)
Tidak jelas kelihatan
(Barely
noticeable)
Agregat terkeluar (Pop-out)
Diameter lubang melebihi 50mm (Holes >50mm in diameter)
Diameter Lubang antara 10-50mm (Holes between 10 and 50mm in diameter)
Diameter lubang sehingga 10mm (Holes up to 10mm in diameter)
Jelas kelihatan
(Noticeable)
Tidak jelas kelihatan
(Barely
noticeable)
Pengaratan besi bertetulang Reinforcement corrosion
Kesan karat yang teruk dan pecahan konkrit sepanjang besi tetulang (Heavy rust stains and spalling along line of bars)
Kesan karat yang teruk dan retak sepanjang besi tetulang (Heavy rust stains and cracking along line of bars)
Kesan karat yang teruk (Heavy rust stains)
Terdapat sedikit kesan
karat
(Light rust stains)
Kesan karat tidak jelas kelihatan
(Barely
noticeable)
Nota: Jadual di atas adalah sebagai panduan sahaja. Perakuan daripada jurutera pakar
diperlukan
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
23
Walau bagaimanapun pemeriksaan secara terperinci untuk sebarang
kecacatan/kerosakan yang berlaku pada struktur bangunan mesti dijalankan
oleh pasukan pemeriksa pakar.
9.1 Pengenalan
Tahap penilaian keutamaan tindakan terhadap kecacatan/kerosakan adalah
penilaian yang diberi oleh pemeriksa bangunan berkaitan kecacatan/kerosakan
yang ditemui. Ini akan menentukan tindakan yang perlu diambil sama ada
normal, rutin, pembaikan, pemulihan ataupun penggantian seperti di Jadual 15.
Jadual 15: Tahap Penilaian Keutamaan Tindakan Terhadap Kecacatan/Kerosakan
Skala Penilaian
Tahap Penilaian
Keutamaan
Ringkasan Huraian
5 Normal
N Tiada tanda kecacatan/kerosakan; komponen/elemen disenggara dengan baik
4 Rutin
R Kecacatan/kerosakan perlu dipantau, dibaiki dan diganti untuk mengelakkan kecacatan/kerosakan yang lebih serius
3 Pembaikan
Pb Kecacatan/kerosakan memerlukan pembaikan besar, perlu dibaiki dan diganti
2 Pemulihan
Pm Kecacatan/kerosakan serius, keperluan pembaikan yang mendesak, perlu segera dan serta-merta
1 Penggantian
Pg Elemen/struktur tidak berfungsi; memerlukan pemeriksaan terperinci pakar
9.0 TAHAP PENILAIAN KEUTAMAAN TINDAKAN TERHADAP
KECACATAN/KEROSAKAN
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
24
9.2 Keterangan/Kehendak
Tahap Penilaian
Keutamaan
Skala Penilaian
Ringkasan Huraian
Normal 5 N Tiada tanda kecacatan/kerosakan; komponen/elemen disenggara dengan baik
Keutamaan tindakan Normal (N) bermaksud tiada kecacatan terhadap
penampilan/fizikal aset. Aset juga berada dalam keadaan kemas, bersih,
berfungsi dan disenggara dengan baik. Selain daripada itu, ia juga merangkumi
perkara-perkara berikut :-
Memenuhi keperluan perundangan dalam aspek keselamatan, kesihatan
dan alam sekitar;
Kebolehfungsian aset memenuhi tujuan reka bentuk dan beroperasi serta
disenggara dengan baik; dan
Keboleharapan aset untuk mencapai tahap perkhidmatan yang
dipersetujui secara konsisten.
Tahap Penilaian
Keutamaan
Skala Penilaian
Ringkasan Huraian
Rutin 4 R Kecacatan/kerosakan perlu dipantau, dibaiki dan diganti untuk mengelakkan kecacatan/kerosakan yang lebih serius
Keutamaan tindakan Rutin (R) bermaksud terdapat kecacatan/kerosakan pada
aset yang perlu dipantau, dibaiki dan diganti bagi mengelakkan
kecacatan/kerosakan yang lebih serius. Ini bermakna aset berpotensi untuk
mengalami kemerosotan dan memerlukan kerja-kerja pembaikan kecil. Selain
daripada itu keutamaan tindakan ini juga merangkumi perkara-perkara berikut :-
Memenuhi keperluan perundangan dalam aspek keselamatan, kesihatan
dan alam sekitar; dan
Memenuhi keperluan perkhidmatan dan tujuan rekabentuk, berfungsi
dengan kecacatan/kerosakan yang minimum.
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
25
Tahap Penilaian
Keutamaan
Skala Penilaian
Ringkasan Huraian
Pembaikan
3 Pb Kecacatan/kerosakan memerlukan pembaikan besar, perlu dibaiki dan diganti
Keutamaan tindakan Pembaikan (Pb) bermaksud terdapat kecacatan/kerosakan
pada aset yang memerlukan pembaikan yang besar. Aset perlu dibaiki dan
diganti bagi mengelakkan kecacatan/kerosakan yang lebih serius. Selain
daripada itu, keutamaan tindakan pembaikan ini juga merangkumi perkara –
perkara berikut:-
Memenuhi keperluan perundangan dalam aspek keselamatan, kesihatan
dan alam sekitar sekiranya kerja pembaikan dilaksanakan;
Keadaan aset mengakibatkan gangguan terhadap operasi harian.
Tahap Penilaian
Keutamaan
Skala Penilaian
Ringkasan Huraian
Pemulihan
2 Pm Kecacatan/kerosakan serius, keperluan pembaikan yang mendesak, perlu segera dan serta-merta
Keutamaan tindakan Pemulihan (Pm) bermaksud terdapat kecacatan/kerosakan
yang serius pada aset. Pembaikan segera perlu dijalankan bagi mengelakkan
berlakunya kejadian yang tidak diingini. Selain daripada itu, keutamaan tindakan
pemulihan ini juga merangkumi perkara – perkara berikut:-
Tidak memenuhi keperluan perundangan dalam aspek keselamatan,
kesihatan dan alam sekitar; dan
Aset gagal berfungsi dengan baik menyebabkan berlakunya risiko
kemalangan.
Tahap Penilaian
Keutamaan
Skala Penilaian
Ringkasan Huraian
Penggantian
1 Pg Elemen/struktur tidak berfungsi; memerlukan pemeriksaan terperinci pakar
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
26
Keutamaan tindakan Penggantian (Pg) bermaksud elemen/struktur tidak
berfungsi dan perlu dibuat penggantian segera bagi mengelakkan kos
pembaikan/pemulihan yang terlalu tinggi. Selain daripada itu, keutamaan
tindakan penggantian ini juga merangkumi perkara – perkara berikut:-
Tidak memenuhi keperluan perundangan dalam aspek keselamatan,
kesihatan dan alam sekitar; dan
Aset tidak berfungsi sepenuhnya.
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
27
9.3 Proses Kerja
CARTA ALIRAN PROSES KERJA PEMERIKSAAN PENILAIAN KEADAAN BANGUNAN
Sedia laporan awalan
keadaan bangunan
Pasukan Pemeriksa
Bangunan
Kemuka laporan kepada
Pengarah BPKS untuk
kelulusan dan tindakan
susulan
Laksana pemeriksaan
awalan keadaan bangunan Pasukan Pemeriksa
Bangunan
Pengarah
Berkenaan
JKR/BS-1
Mula
Pasukan Pemeriksa
Bangunan
Lantik Pasukan Pemeriksa
JKR/BS-2
Carta Aliran Tindakan
Laksana Kajian awalan
bangunan
Sedia senarai semak,
peralatan dan keperluan
sumber
Lampiran / Rujukan
Pasukan Pemeriksa
Bangunan
Pasukan Pemeriksa
Bangunan
Pasukan PakarLaksana pemeriksaan
perincian
Laporan terperinci pakar
Tamat
Pasukan Pakar
Jabatan Kerja Raya | Building Rating Dictionary
28
Berpandukan kepada Building Rating Dictionary ini, adalah diharapkan
pemeriksa bangunan dapat melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan bangunan
dengan seragam. Walau bagaimanapun, dokumen ini bukanlah bersifat mutlak
dan boleh diperkukuhkan lagi dari semasa ke semasa.
Manual Pengurusan Aset Menyeluruh Kerajaan (MPAM);
Tatacara Daftar Premis Aset (DPA);
Tatacara Daftar Aset Khusus (DAK);
Garis Panduan Piawaian Pengekodan Aset Tak Alih (PiPATA);
Manual For Structural Inspection And Appraisal For Building;
Buildings Department (Hong Kong) : Building Maintenance Guidebook;
dan
Panduan Kerja-Kerja Pemeriksaan Kecacatan Bangunan
11.0 RUJUKAN
10.0 PENUTUP
top related