borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan...
Post on 14-Jul-2019
243 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 ( Pind. 1/97 )
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Catatan : * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesisini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secarapenyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,atau laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL : CIRI DAN GAYA PEMIKIRAN KEUSAHAWANAN DALAMKALANGAN PELAJAR PUSAT KOKURIKULUMKEUSAHAWANAN UTM
SESI PENGAJIAN : 2009/2010
Saya NURUL HIDAYAH BINTI ADNAN______ _
mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah )* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( √)
SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSIA RASMI 1972 )
TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan )
√ TIDAK TERHADDisahkan oleh
____________________________ _____________________________( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA )
Alamat Tetap :BT 4 BLOCK G SAWAH SEMPADAN,TANJONG KARANG, DR HJ MOHD ANUAR ABDUL RAHMANSELANGOR. NAMA PENYELIA
Tarikh : 23 APRIL 2010 Tarikh : 23 APRIL 2010
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup) “
Tandatangan : …………………………………..
Nama Penyelia : DR. HJ. MOHD ANUAR B. ABDUL RAHMAN
Tarikh : APRIL 2010
i
CIRI DAN GAYA PEMIKIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN
PELAJAR PUSAT KOKURIKULUM KEUSAHAWANAN UTM
NURUL HIDAYAH BINTI ADNAN
Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2010
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ...............................................
Nama Penulis : Nurul Hidayah Adnan
Tarikh : 23 April 2010
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayahanda dan Bondaku,,
Adnan b. Garau
Marsida bt. Mokhtar
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik
perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini
telah ku tunaikan jua.
Buat kekanda dan adinda-adindaku,
Mohd Ammin b. Adnan
Nurul Syuhadah bt Adnan
Nurul Farahin bt Adnan
Dan buat tunang tersayang yang sentiasa memberi dorongan dan nasihat
Mohamad Nor Azlan Darno
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuan dan doronganmu
tidak termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang
Maha Mengetahui dan membalasnya serta maafkanlah segala
kekhilafan yang lalu.
iv
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah, berkat rahmat dan keizinan-Nya yang telah memberi
semangat dan ketenangan kepada saya dalam menyiapkan projek penyelidikan ini bagi
memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan Kemahiran Hidup.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya kalungkan kepada
penyelia saya, Dr. Hj. Mohd Anuar Bin Abdul Rahman yang telah banyak memberi
bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan motivasi yang amat berguna dalam usaha untuk
menyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya
jadikan sebagai panduan dan pegangan dalam meneruskan cabaran hari mendatang.
Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang pernah membimbing,
rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam menyiapkan penyelidikan ini, semoga segala jasa baik yang diberikan
mendapat keberkatan di dalam kehidupan kalian semua, InsyaAllah.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini bertujuan mengenalpasti tahap ciri keusahawanan dan gaya
pemikiran keusahawanan dalam kalangan pelajar kursus Kokurikulum Keusahawanan
UTM. Kajian juga bertujuan melihat perbezaan ciri keusahawanan dan gaya pemikiran
keusahawanan berdasarkan jantina dan bidang pengkhususan pelajar, di samping melihat
hubungan kedua-dua pembolehubah tersebut. Kajian ini menggunakan soal selidik yang
mengandungi 52 item sebagai instrumen kajian. Nilai Alpha Cronbach
kebolehpercayaan soal selidik bagi ciri keusahawanan 0.96 dan gaya pemikiran
keusahawanan 0.963. Responden kajian ini terdiri daripada 85 orang pelajar yang sedang
mengikuti Kokurikulum Keusahawanan. Hasil kajian mendapati ciri keusahawanan dan
gaya pemikiran keusahawanan pelajar pada tahap tinggi. Manakala tidak terdapat
perbezaan ciri keusahawanan dan gaya pemikiran keusahawanan berdasarkan jantina.
Sebaliknya terdapat perbezaan ciri keusahawanan dan gaya pemikiran keusahawanan
berdasarkan bidang pengkhususan. Hasil kajian juga mendapati terdapatnya hubungan
yang positif kuat di antara ciri keusahawanan dan gaya pemikiran keusahawana dalam
kalangan pelajar. Oleh yang demikian kajian mencadangkan supaya pihak Pusat
Kokurikulum membanyakkan aktiviti penyelesaian masalah dan aktiviti-aktiviti yang
dapat membina keyakinan diri pelajar untuk menjadi usahawan.
vi
ABSTRACT
The aims of this descriptive study are to identify the level of entrepreneur
characteristic and thinking style among UTM students in Co-curriculum entrepreneur
course. This study is also to identify the differences between entrepreneur characteristic
and thinking style based on gender and student specialization. The study will also look
into the relationship between both of the variables. The study which has 52 items used
questionnaire as instrument. The Alpha Cronbach reliability of the questionnaire show
the entrepreneur characteristic reliability is 0.96 and thinking style is 0.963. The
respondent in this study were 85 students from the entrepreneur Co-curriculum class.
The results of the study showed that the level of entrepreneur characteristic and thinking
style are high. Meanwhile there are no differences between genders in entrepreneur
characteristic and thinking style. On the other hand, there are differences in entrepreneur
characteristic and thinking style among students based on specialization. Therefore it is
recommended to the Co-curriculum unit to increase more problem solving and of self
confidence activities among students as the preparation for them to become an
entrepreneur.
vii
KANDUNGAN
BAB
BAB
TAJUK
PENGESAHAN
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SANARAI RAJAH
SENARAI LAMPIRAN
MUKA SURAT
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xii
xiv
xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1
3
6
7
viii
2
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Hipotesis Kajian
1.7 Rasional Kajian
1.8 Kepentingan Kajian
1.9 Skop Kajian
1.10 Kerangka Kajian
1.11 Definisi Kajian
1.11.1 Keusahawanan
1.11.2 Ciri-Ciri Keusahawanan
1.11.3 Gaya Pemikiran Keusahawanan
1.11.4 Pelajar UTM
1.12 Penutup
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Usahawan Dan Keusahawanan
2.3 Ciri-Ciri Keusahawanan
2.4 Gaya Pemikiran Keusahawanan
2.4.1 Kreatif Dan Inovatif
2.4.2 Pembentukan Organisasi Mengurus Dan
Menanggung Risiko
2.4.3 Peminpin Dan Mempunyai Gaya Kepimpinan
2.9 Kajian Lepas
2.9.1 Kajian Dalam Negara
2.9.2 Kajian Luar
2.10 Penutup
7
8
8
9
10
9
11
12
11
13
13
14
15
16
20
21
21
22
22
23
23
24
26
ix
3
4
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Tempat Kajian
3.4 Populasi Kajian
3.5 Instrumen Kajian
3.6 Kajian Rintis
3.7 Prosedur Kajian
3.8 Analisis Data
3.9 Penutup
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Analisis Data Bahagian A: Latar Belakang Responden
4.3 Analisis Berdasarkan Persoalan Dan Hipotesis Kajian
4.3.1 Tahap Ciri-ciri Keusahawanan Yang Di Miliki
Pelajar
4.3.2 Tahap Gaya Pemikiran Keusahawanan Yang Di
Miliki Pelajar
4.3.3 Perbezaan Ciri Keusahawanan Berdasarkan Jantina
4.3.4 Perbezaan Gaya Pemikiran Keusahawanan
Berdasarkan Jantina
4.3.5 Perbezaan Ciri Keusahawanan Berdasarkan Bidang
Pengkhususan
27
28
28
29
29
32
33
36
36
39
39
46
53
53
54
x
5
4.3.6 Perbezaan Gaya Pemikiran Keusahawanan
Berdasarkan Bidang Pengkhususan
4.3.7 Hubungan Di Antara Ciri Keusahawanan Dengan
Gaya Pemikiran Keusahawanan
4.4 Penutup
RUMUSAN, PERBINCANGAN, DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Rumusan
5.3 Perbincangan Dan Kesimpulan
5.3.1 Ciri Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar
Subjek Keusahawanan Ko-Kurikulum
5.3.2 Gaya Pemikiran Keusahawanan Dalam Kalangan
Pelajar Subjek Keusahawanan Ko-Kurikulum
5.3.3 Hubungan Ciri Keusahawanan Dengan Gaya
Pemikiran Keusahawanan
5.4 Cadangan Tindakan
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
5.6 Penutup
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
55
56
57
58
59
61
61
65
68
69
70
71
72
82
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL
1.1
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
TAJUK
Pertumbuhan KDNK
Item-Item Soalan Ciri-ciri Keusahawanan Serta Cara
Pemarkatan
Item-iten Soalan Gaya Pemikiran Keusahawanan Serta
Cara Pemarkatan
Kaedah Penganalisaan Data Berdasarkan Kepada
Persoalan Kajian
Tahap Pengukuran Min
Jadual Klasifikasi Kekuatan Kolerasi
Taburan Responden Berdasarkan Jantina
Taburan Responden Berdasarkan Bangsa
Taburan Responden Beradsarkan Agama
Taburan Responden Berdasarkan Bidang Pengkhususan
Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan Ibu Bapa
Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman Berniaga
Analisis Keseluruhan Ciri-ciri Keusahawanan Pelajar
Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi
Ciri Berorentasikan Matlamat
Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi
Ciri Membuat Perancangan
Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi
Ciri Keyakinan Diri
HALAMAN
2
31
32
34
34
35
37
37
38
38
38
39
40
41
42
43
xii
4.11
4.12
4.13
4.14
4.15
4.16
4.17
4.18
4.19
4.20
Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi
Ciri Menyelesaikan Masalah
Analisis Keseluruhan Gaya Pemikiran Keusahawanan
Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi
Gaya Pemikiran Kreatif dan Inovatif
Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min
BagiGaya Pemikiran Pembentukan Organisasi
Mengurus Dan Menanggung Risiko
Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi
Gaya Pemikiran Pemimpin dan Mempunyai Gaya
Kepimpinan
Analisis Ujian-t Terhadap Ciri-ciri Keusahawanan
Berdasarkan Jantina
Analisis Ujian-t Terhadap Gaya Pemikiran
Keusahawanan Berdasarkan Jantina
Analisis Ujian-t Terhadap Ciri-ciri Keusahawanan
Berdasarkan Bidang Pengkhususan
Analisis Ujian-t Terhadap Gaya Pemikiran Berdasarkan
Bidang Pengkhususan
Nilai Kolerasi Ciri Keusahawanan Dengan Gaya
Pemikiran Keusahawanan
45
46
48
50
52
53
54
54
54
56
xiii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH
1.1
PERKARA
Kerangka Konsep Kajian
MUKA SURAT
11
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
A
PERKARA
Borang Soal Selidik
MUKA SURAT
82
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada masa kini bidang keusahawanan bukan lagi menjadi suatu bidang yang
asing bagi masyarakat kita. Menurut laporan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia,
aktiviti perniagaan yang didaftarkan di pejabat pendaftaran perniagaan sepanjang tahun
2001 menunjukkan bahawa daripada sebelas jenis usaha niaga, perniagaan makanan dan
minuman mencatatkan statistik pendaftaran tertinggi bagi sepanjang tahun. Menurut
Zafir dan Fazilah (2003) pula, jenis-jenis usahawan yang telah dibangunkan ialah
usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais.
Dalam memburu matlamat untuk menceburi bidang keusahawanan, secara
keseluruhan usahawan perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Tiada
siapa yang dapat menjamin bahawa sesuatu perniagaan itu pasti akan memberikan
pulangan yang memberangsangkan sepanjang masa. Usahawan seharusnya berani
menerima cabaran dan sentiasa berusaha untuk menghadapi kemungkinan dan mengurus
risiko cabaran ke arah kejayaan. Dalam cabaran dunia perniagaan bukan mudah untuk
mencapai kejayaan, namun tidak pula mustahil untuk memperolehi kecemerlangan.
Dewan Ekonomi (Mei, 2001) melaporkan usahawan perlu terlebih dahulu mengenal diri
sendiri, kemahiran yang dimiliki dan juga gabungan ilmu pengetahuan bagi membentuk
formula membuat keputusan yang bijak ke arah mencipta kejayaan peniagaannya.
2
Oleh yang demikian seorang usahawan perlu memiliki wawasan yang selaras
dengan keupayaan dan kemahiran yang dimiliki.
Dewan Ekonomi (Mac, 2001) melaporkan sejak 43 tahun yang lalu formula
pembangunan negara Malaysia telah bermula. Asas formula pimpinan terulung negara
melibatkan evolusi sejarah pembinaan negara yang unik, termasuk keupayaan berdaya
saing, pelopor ekonomi dunia dan mapan menangani arus globalisasi. Berdasarkan
Jadual 1.1 menunjukkan negara Malaysia berpotensi mengalami pertumbuhan ekonomi
terpantas di Asia menerusi faktor kekuatan permintaan domestik dan pertambahan
secara berterusan eksport negara. (G.K Goh, Sept. 2000)
Jadual 1.1 : Pertumbuhan KDNK (%)
Negara 1999 2000 2020*
Malaysia 5.6 8.7 9.8
Singapura 5.4 8.8 9.0
Thailand 4.2 5.5 6.0
Filipina 3.3 3.5 5.0
Indonesia 0.3 3.9 4.0
Nota:*anggaran. Sumber:( G.K Goh, Sept, 2001 ) singapura
Dalam mengekalkan dan merangsang terus pertumbuhan ekonomi pelbagai
usaha telah dijalankan seperti meningkatkan pelaburan domestik dan perdagangan
serantau telah memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk menembusi pasaran
antarabangsa. Dalam hal ini terbukti peranan yang dimainkan oleh bidang keusahwanan
adalah faktor-faktor penting dalam memajukan dan membangunkan masyarakat dan
negara (Khaairuddin, 1996). Menurut Siti Nobayah (1997) pula bidang perniagaan
adalah sebuah bidang yang mulia. Oleh itu seorang usahawan adalah bertuah kerana
memilih bidang perniagaan.
3
Bidang keusahawanan pada hari ini semakin mencabar dan tercabar. Jumlah
usahawan bertambah dan berkembang dengan pesat menjadikan persaingan dunia
perniagaan semakin sengit. Seorang usahawan yang berjaya tidak takut dengan
persaingan Dewan Ekonomi (Februari, 2000). Oleh itu, semangat untuk menjadi seorang
usahawan yang berjaya haruslah diterapkan didalam diri pelajar supaya berani dan
mampu menceburi bidang keusahawanan dan bukan hanya mengharapkan makan gaji
semata-mata.
1.2 Latar Belakang Masalah
Bidang keusahawanan penting dibangunkan untuk menuju status negara maju
menjelang tahun 2020. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor (1999) melaporkan
sebanyak 60 peratus sumber tenaga di negara ini amat diperlukan dan seharusnya perlu
dibangunkan bagi memenuhi keperluan ssosio-ekonomi negara. Berdasarkan kandungan
yang terdapat di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970 menyatakan
berkaitan dengan penyusunan semula ekonomi dan membasmi kemiskinan. Penyusunan
semula ekonomi adalah lebih kepada untuk menyeimbangkan peratusan penglibatan
rakyat negara ini ke dalam bidang perniagaan mengikut bangsa. Oleh itu, jelas sekali di
sini bahawa betapa pentingnya bidang keusahawanan dan mempunyai skop yang luas
(Faridah, 2002).
Dalam perkembangan dunia global ini peranan usahawan dan bidang
keusahawanan adalah menjadi semakin penting. Selari dengan kefahaman Islam aktiviti
keusahawanan adalah ibadah fardu kifayah yang dilaksanakan mengikut syarak dan nilai
murni. Menurut Ab. Aziz (2000), setiap manusia berpeluang untuk menjadi usahawan,
mereka hanya perlu tahu mengembangkan ciri inovasi, kreativiti, berani menanggung
risiko dengan kesungguhan bekerja bagi membangunkan dan memaksimumkan potensi
diri denagn memanfaatkan peluang yang ada. Selain itu terdapat tiga dimensi yang boleh
dijadikan asas untuk menilai ciri-ciri keusahawanan di dalam diri seseorang usahawan
4
iaitu dari segi kemahiran, nilai dan pengetahuan. Usahawan yang ingin berjaya mestilah
sentiasa berusaha bersungguh untuk berjaya (Zaharuddin,1995).
Dalam Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan pendekatan
yang dilakukan untuk membudayakan keusahawanan dalam kalangan mahasiswa di
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang adalah dengan melaksanakan
pembangunan kemahiran keusahawanan. Semua mahasiswa pengajian diploma di UiTM
Pulau Pinang diwajibkan mengambil kursus Keusahawanan (Fairus, 2008). Ini adalah
jelas sekali pentingnya penerapan ciri dan seterusnya memupuk gaya pemikiran
keusahawanan di kalangan mahasiswa. Perkaitan mahasiswa dalam bidang
keusahawanan jelas dapat dilihat apabila mereka banyak melaksanakan program-
program yang berbentuk keusahawanan. Menurut Mutakhir (1997), Universiti Utara
Malaysia (UUM) contohnya, telah mengiktiraf program-program berbentuk keusahawan
sebagai aktiviti ko-kurikulum yang diberi kredit. Ini terbukti menunujukkan bahawa
golongan mahasiswa berpotensi mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan gaya pemikiran
keusahawanan yang tinggi.
Pihak universiti telah menganjurkan pelbagai program-program yang
berunsurkan keusahawanan. Ini selari dengan falsafah UTM bahawa graduan yang
berminat dalam bidang perniagaan haruslah memperolehi pendedahan kepada kemahiran
dan pengetahuan yang mencukupi berkaitan bidang keusahawanan dan perniagaan bagi
menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia perniagaan luar . Selain itu dengan menceburi
bidang keusahawan juga dapat menyelesaikan masalah pengangguran di kalangan
mahasiswa. Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia
(PMUKM), Sarfarizal Md Saad, berkata usahawan adalah seseorang yang memiliki sifat
kreatif dan inovatif kerana ia akan membawa kepada penciptaan barangan baru dalam
dunia pasaran. Mahasiswa yang mahu menceburi bidang berkenaan perlu lebih agresif
dan berdaya saing. Menurutnya juga, mahasiswa juga perlu memiliki imej kendiri yang
baik dan positif. Imej kendiri yang positif seperti yakin, berani dan jujur perlu ada dalam
diri usahawan muda kerana tanpanya, kita akan menjadi lemah, begitu juga dengan
orang keliling. Mahasiswa perlu mencabar potensi dan sikap serta membuang segala
5
sifat negatif. Dengan menyingkirkan semua sikap negatif itu, ia akan memberi kesan
baik terhadap perniagaan dijalankan. Di samping itu, bidang keusahawanan memang
mempunyai potensi cerah jika dilakukan secara serius. Jika mahu berjaya, mahasiswa
perlu membuang mentaliti bergelar ‘pegawai’ kerana ia hanya merugikan diri sendiri.
Namun begitu dalam apa juga bidang yang diceburi, tidak semua orang akan
berjaya. Begitu juga dengan bidang keusahawanan, ada sesetengah usahawan akan
berjaya dan ada juga yang akan menghadapi kegagalan. Cita-cita untuk menjadi
usahawan berjaya adalah impian setiap individu yang menceburi bidang perniagaan.
Oleh itu, berbagai cabaran harus di tempuhi sebelum mengecap kejayaan yang
diimpikan. Walaupun fakta menunjukkan peningkatan bilangan usahawan semakin
meningkat di Malaysia, namun tidak kurang juga ada yang menghadapi kegagalan.
Setiap individu akan menghadapi cabaran yang berbeza-beza, bergantung kepada jenis
perniagaan, jenis usahawan, saiz perniagaan, tempat, masa dan lain-lain lagi.
Umumnya cabaran yang harus dilalui oleh seseorang usahawan boleh
dibahagikan kepada diri, keluarga dan alam sekitar (Yep Putih, 1985). Kajian dan temu
bual yang dijalankan ke atas individu-individu yang telah berjaya dan cemerlang dalam
perniagaan kebanyakkannya menunjukkan mereka ini pernah mengalami kegagalan
dalam perniagaan sekurang-kurangnya sekali, sebelum mereka bangkit kembali untuk
memulakan semula perniagaan mereka. Menurut Osborne (1995), ramai usahawan gagal
dan 90% perniagaan yang dimulakan di USA telah ditutup dalam jangka masa 10 tahun.
Salah satu faktor yang boleh membawa kegagalan dalam bidang keusahawanan
ialah sikap seseorang dan sikap seseorang boleh dikategorikan sebagai disiplin kerja,
etika dan juga rasa tanggungjawab. Oleh sebab usahawan bekerja sendiri, sesetengah
orang tidak dapat mendisiplinkan diri sendiri. Bekerja sesuka hati, tidak menepati masa
untuk sesuatu temu janji, tidak memenuhi janji, tidak membayar hutang adalah antara
sikap negatif usahawan yang tidak berdisiplin, tidak beretika dan tidak
bertanggungjawab.
6
Banyak kajian menunjukkan ramai usahawan bumiputera gagal kerana
kekurangan ilmu pengetahuan dan pengalaman di dalam bidang yang diceburi. Di
antaranya berkaitan dengan kekurangan pengalaman dalam pengurusan, kelemahan
pengurusan kewangan, kelemahan pengurusan aliran tunai, kelemahan pengawalan
perniagaan, kesilapan pemilihan tempat perniagaan, perbelanjaan tidak terkawal, kurang
komitmen, perbelanjaan yang melebihi kemampuan serta hilang fokus. Itu di antara
sebab-sebab mengapa ramai usahawan bumiputera gagal dalam bidang keusahawanan.
Menurut Suiabah, Azlah, Hishamuddin, Rozeyta, Syaharizatul dan Rosilla (2004)
walaupun pelbagai kemudahan dan bantuan telah diberikan dalam bentuk kewangan dan
kemudahan peralatan tetapi masih ramai usahawan yang gagal dalam bidang
keusahawanan. Oleh itu, bantuan kerajaan bukanlah jaminan terhadap kejayaan
seseorang usahawan sebaliknya sikap dan nilai diri merupakan faktor utama yang
menyumbang kepada kejayaan (Usahawan Sukses, Mei-Jun 2000).
Usaha kerajaan yang semakin rancak untuk melahir dan memajukan usahawan
selaras dengan pelbagai inisiatif berkaitan bidang keusahawanan yang di jalankan di
institusi pengajian tinggi. Kerajaan mengharapkan pelajar lepasan universiti mampu
untuk menjadi usahawan. Keadaan ini telah mendorong penyelidik dijalankan menjurus
kepada bidang keusahawanan.
1.3 Pernyataan Masalah
Pelbagai usaha dan galakkan kerajaan telah di jalankan khususnya di institusi
pengajian tinggi untuk melahirkan usahawan. Maka, terbukti perkembangan bidang
keusahawan yang positif adalah yang di harapkan oleh kerajaan. Oleh itu, UTM telah
menyahut seruan kerajaan, terdapat pelbagai usaha yang di lakukan untuk melahirkan
usahawan. Salah satunya adalah dengan mewujudkan kelab keusahawanan sebagai salah
satu pilihan subjek di Pusat Kokurikulm untuk pelajar-pelajar UTM dan telah lama
wujud tetapi tidak ramai keluaran pelajar UTM yang menjadi usahawan.
7
Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti ciri-ciri keusahawanan dan
gaya pemikiran keusahawanan pelajar UTM mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan
gaya pemikiran keusahawanan. Justeru itu, kajian ini akan mengkaji dengan lebih
mendalam dan terperinci mengenai ciri-ciri dan gaya pemikiran keusahawanan yang
dimilik oleh pelajar yang mengikuti kursus keusahawanan di Pusat Kokurikulum di
UTM Skudai.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:
i) Mengenalpasti tahap ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh pelajar.
ii) Mengetahui tahap gaya pemikiran keusahawanan di kalangan pelajar.
iii) Melihat perbezaan ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh pelajar
berdasarkan jantina dan bidang pengkhususan.
iv) Melihat perbezaan gaya pemikiran keusahawanan yang dimiliki oleh
pelajar berdasarkan jantina dan bidang pengkhususan.
v) Melihat hubungan antara ciri-ciri keusahawanan dengan gaya pemikiran
keusahawanan.
8
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumbalas beberapa
persoalan seperti yang berikut:
i) Apakah tahap ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh pelajar?
ii) Apakah tahap gaya pemikiran keusahawanan yang dimiliki pelajar?
iii) Adakah terdapat perbezaan ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh
pelajar berdasarkan jantina dan bidang pengkhususan?
iv) Adakah terdapat perbezaan gaya pemikiran keusahawanan yang dimiliki
oleh pelajar berdasarkan jantina dan bidang pengkhususan?
v) Adakah terdapat hubungan antara ciri-ciri keusahawanan dengan gaya
pemikiran keusahawanan?
top related