bm tahun 3 kata tanya.pptx

Post on 06-Feb-2016

212 Views

Category:

Documents

28 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KATA TANYA

Kata Tanya

Di mana

Mengapa

Bila

Siapa

Apa

Bagaimanakah

Kata Tanya

• Kata Tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu.

• Ayat untuk menanyakan sesuatu dan diakhiri oleh tanda Tanya (?) dalam tulisan.

Contoh penggunaan kata tanya

a) Apa - menanyakan benda atau haiwan

Contoh: - Apakah pekerjaan ayah awak?- Apakah yang ada di dalam kotak itu?

b) Siapa –menanyakan orang atau nama orang

–Contoh: • Siapakah nama adik kamu?• Siapakah yang menelefon Encik Rosli

tadi?

• c) Mengapa –menanyakan sebab

Contoh: - Mengapakah kamu menangis?- Mengapakah Julia tidak keluar makan?

d) Bila –menanyakan masa dan waktu

Contoh: –Bilakah kamu akan bertolak ke Melaka?–Bilakah dia akan sampai?

e) Di mana –menanyakan tempat

• Contoh: –Di manakah letaknya Kedai Runcit Pak

Amid?– Di manakah kemalangan itu berlaku?

f) Bagaimana – menanyakan tentang keadaan atau

caraContoh: – Bagaimanakah keadaan ibu kamu?– Bagaimanakah caranya membuat kek

lapis?

Pada cuti persekolahan yang lalu, Cikgu Anum membawa kami melawat ke Tugu Peringatan Negara. Tugu itu terletak di Kuala Lumpur berdekatan dengan bangunan Parlimen.

Menurut Cikgu Anum, tugu itu dibina untuk mengingati jasa askar-askar yang telah terkorban kerana menjaga keamanan negara. Lima buah patung askar di bahagian atas menandakan kemenangan mereka mengalahkan musuh. Dua buah patung yang terbaring di bahagian bawah pula menandakan musuh-musuh negara yang telah dikalahkan?

Selepas mendengar penerangan Cikgu Anum, barulah kami tahu tujuan tugu itu dibina. Kami bersyukur kerana dapat hidup di negara yang aman dan makmur.

1 432 5Slide 16

1. Bilakah Cikgu Anum membawa anak muridnya melawat Tugu Peringatan Negara?– Cikgu Anum membawa anak muridnya

melawat Tugu Peringatan Negara pada cuti persekolahan yang lalu.

2. Di manakah letaknya Tugu Peringatan Negara?– Tugu Peringatan Negara terletak di Kuala Lumpur

berdekatan dengan bangunan Parlimen.

3. Mengapakah Tugu Peringatan Negara dibina?– Tugu Peringatan Negara dibina untuk mengingati

jasa askar-askar yang terkorban.

4. Apakah maksud lima buah patung askar di bahagian atas tugu?– Lima buah patung askar di bahagian atas tugu

bermaksud kemenangan askar mengalahkan musuh.

5. Bagaimanakah perasaan mereka apabila dapat hidup di negara yang aman dan makmur?– Mereka berasa bersyukur kerana dapat hidup di

negara yang aman dan makmur.

LATIHANBINA AYAT TANYA

LATIH TUBI

Rumusan

Kata Tanya

Di mana

Mengapa

Bila

Siapa

Apa

Bagaimanakah

Nilai murni • Hormat-menghormati• Menghargai• Patriotisme

top related