biodata allahyarham muhammad thani bin shaaban

Post on 30-Sep-2015

104 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Pengasas KRS

TRANSCRIPT

  • wmariffin@gmail.com

    BIODATA ALLAHYARHAM MUHAMMAD THANI BIN SHAABAN PENGASAS KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA

    Dilahirkan di Teluk Kumbar Pulau Pinang pada 9 Disember 1963. Merupakan anak

    bongsu daripada dua orang adik beradik. Bapanya Shaaban bin Daud adalah bekas

    Guru Besar di SK Teluk Kumbar Pulau Pinang. Bondanya Norma Binti Abdul Rahman

    adalah suri rumah sepenuh masa. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Kumbar dan

    menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Raja Tun Uda, Bayan Lepas, Pulau

    Pinang. Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum. Minatnya

    dalam bidang pendidikan terserlah apabila beliau telah berjaya menamatkan Kursus

    Perguruan Asas di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor Bharu pada 28

    Februari 1985 .Seterusnya beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat ijazah di

    Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam dan Sejarah. Beliau memulakan

    perkhidmatan awalnya sebagai guru di SMK Raja Abdullah dan meneruskan sebagai

    guru siswazah di SM Sains Selangor dan SM Sains Hulu Selangor, Ulu Yam.

    Beliau merupakan tokoh yang berjasa dalam bidang pendidikan apabila

    mencetuskan idea penubuhan Kadet Remaja Sekolah Malaysia. Kadet Remaja

    Sekolah telah ditubuhkan di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong Kuala

    Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera

    Islam. Matlamat utama penubuhannya adalah melahirkan pelajar cemerlang yang

    beriman, berilmu, berakhlak mulia dan bersemangat patriotik serta berketrampilan

    selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    ke arah menjayakan Wawasan 2020.

    Penubuhan Kadet Remaja Sekolah secara rasmi dan bernaung di bawah

    Kementerian Pelajaran telah diusahakan oleh beliau pada 10 Ogos 1993. Tanggal 13

    September 1993, satu pertemuan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan

    Mohd Zahid Mohd Nordin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bersama Muhammad

    Thani Shaaban dan rakan-rakan pengasas iaitu Encik Ahmad Farazila Abdul Ghani

    dari SMK Tmn Tun Dr Ismail, En Anuar Abd Aziz dari SMK Seri Titiwangsa .Tesis

    mengenai pasukan ini telah dibentangkan. Hasilnya ,sebuah jawatankuasa kecil telah

    dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet . Sementaraitu taklimat dan pendedahan

    kepada pengarah-pengarah bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia yang

    dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri telah mencadangkan nama pasukan ini

    ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah yang keahliannya terbuka kepada semua kaum.

    Pada 20 Jun 1995, upacara pelancaran KRS telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri

    Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Di atas jasa dan pengorbanan beliau, sehingga

    kini KRS telah bertapak di semua sekolah seluruh Malaysia dengan keahlian seramai

    280 ribu lebih pelajar. Muhammad Thani Shaaban ,Pengasas KRS Malaysia telah

    menyahut seruan ilahi pada hari Khamis 10 April 2003, meninggalkan seorang balu dan

    empat orang cahayamata. Jasanya harum mewangi semoga Allahyarham ditempatkan

    bersama-sama para shuhada dan salihin . Amin yarabbal alamiin

top related