bhg. c (2).ppt

Post on 09-Dec-2015

260 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Tulis beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

C1 C2 C3 C4 C5

L1 L2 L3 L4 L5 L6 L7 L8 L9 L10

L12 L13 L14 L15 L16 L17 L18 L19 L20L11

Loceng waktu terakhir berbunyi. Anuar mengambil basikal lalu mengayuh menuju ke rumahnya. Sampai sahaja di rumah, diapun meletakkan basikal di tempat yang disediakan. Dia memberi salam sambil menanggalkan kasut dan stoking lalu meletakkannya di rak kasut. Setelah ibunya membuka pintu, dia bersalaman lalu mencium tangan ibunya.

Dia ke bilik untuk menyimpan beg dan menukar pakaian. Setelah selesai, dia terus ke dapur untuk membantu ibunya menghidangkan makanan tengah hari. Selesai makan , dia membantu ibu membersihkan meja makan. Selepas itu, dia bersiap ke sekolah agama pula.

Pulang dari sekolah agama, dia terus mandi dan bersembahyang. Selepas makan malam, dia terus ke meja belajar untuk mengulang kaji tanpa menunggu arahan daripada sesiapa.

berdisiplin rajin

Mementingkan kebersihan

taat berdikari

Contoh 1Menghormati ibu

berdisiplin : agar hidup teratur dan sempurna

menghormati ibu : telah membesarkan kita

rajin : membantu ibu, meringankan beban kerja ibu

mementingkan kebersihan : agar hidup sihat

taat : taat kepada suruhan Allah balasannya syurga

berdikari : jangan mengharapkan bantuan orang lain

Sebagai pelajar , kita mestilah berdisiplin agar hidup kita teratur, sempurna, dan berjaya. Sebagai seorang anak pula kita mestilah menghormati ibu bapa. Selain itu, kita perlulah rajin membantu ibu dan ayah. Untuk memastikan tubuh kita sihat, kita seharusnya menjaga kebersihan diri. Sebagai umat Islam pula, kita harus taat kepada suruhan-Nya. Sikap berdikari Anuar juga patut kita contohi.

56 patah perkataan

Yusri murid yang nakal. Dia suka mengusik kawan-kawannya dengan menyembunyikan barang-barang mereka. Kelakuannya itu tidak disukai oleh kawan-kawannya.

Pada suatu hari, Yusri membawa buku cerita yang baru dibeli oleh ibunya ke sekolah. Dia ingin menunjukkan buku cerita tersebut kepada kawan-kawannya. Selepas tamat sekolah, dia teringat akan buku ceritanya. Puas dia mencari, namun dia tidak menjumpai buku tersebut. Yusri menangis kerana takut dimarahi oleh ibunya nanti. Kawan-kawannya menolong dia mencari buku cerita itu. Mereka mencari di sekitar kawasan sekolah. Akhirnya mereka menjumpai buku cerita tersebut di dewan sekolah. Yusri mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawannya. Dia terhutang budi kepada kawan-kawannya. Barulah dia menyedari bertapa susahnya hati seseorang jika kehilangan barang.

jangan menganggu kawan

menolong kawan

tanda penghargaaninsaf menjaga

harta sendiri

Contoh 2jauhi sikap suka menunjuk-nunjuk

jangan menganggu kawan : tidak disukai oleh kawan-kawan

suka menunjuk-nunjuk : sikap buruk yang merugikan diri (jauhi)

menjaga harta sendiri : agar tidak hilang

menolong kawan : kita juga memerlukan pertolongan

berterima kasih : sebagai tanda penghargaan

insaf : jangan ulangi perlakuan yang lama

Kita janganlah suka menganggu kawan kerana sikap kita itu tidak disukai oleh kawan-kawan. Sikap suka menunjuk-nunjuk juga harus kita jauhi. Selain itu, kita perlulah menjaga harta kita dengan baik.Kita juga perlulah membantu mereka yang mengalami kesusahan . Setelah mendapat pertolongan kita haruslah mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan atas pertolongan mereka.

Aminah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba, beliau dihampiri seorang pengemis. Pengemis itu meminta wang daripada Aminah. Aminah telah memberikan wang syiling baki wang sakunya kepada pengemis itu. Pengemis itu mengucapkan terima kasih sebelum pergi.

Apabila bas sekolahnya tiba, Aminah beratur sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang kepada murid-murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang murid tahun dua membuang sampah melalui tingkap bas. Dia telah menegur budak itu dan memberitahunya bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan.

rajinbaik hati

bertolak-ansur berani & bertanggungjawab

Contoh 3berdisiplin

rajin : membaca buku sambil menunggu bas

baik hati : memberi wang syiling baki wang sakunya

berdisiplin : tidak berebut-rebut

bertolak-ansur : memberi peluang murid yang kecil

berani & bertanggungjawab : menegur

Aminah ialah seorang murid yang baik hati. Di samping itu, dia juga rajin. Seterusnya, Aminah juga berdisiplin serta bertolak- ansur kerana beratur dan membiarkan murid-murid yang lebih kecil menaiki bas dahulu. Selain itu, Aminah juga berani dan bertanggungjawab apabila menegur murid membuang sampah melalui tingkap bas.

Hamdan bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikalnya untuk pergi ke sekolah tanpa bersalaman dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghiraukan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan ketika itu.

Sesampainya di hadapan sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan. Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Sedang semua murid menyanyikan lagu “Negaraku”, dia masih berlari untuk masuk ke dalam barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi tumpang oleh rakan untuk pulang ke rumah.

tidur awalbersarapan

mengikuti peraturan

menjaga harta

berdiri tegak

Contoh 4mesti bersalaman

tidur awal : jangan menonton televisyen hingga larut malam

bersarapan : dapat menumpukan perhatian semasa belajar

mesti bersalaman : menghormati ibu, meminta restu

mengikut peraturan : agar tidak berlaku kemalangan

menjaga harta : agar tidak hilang

berdiri tegak : menghormati lagu kebangsaan

Sebagai seorang pelajar kita hendaklah tidur awal. Kita juga perlu bersarapan sebelum pergi ke sekolah. Bersalaman dengan ibu bapa sebelum pergi ke sekolah perlu kita jadikan amalan. Kita mesti patuh kepada undang-undang jalan raya agar tidak berlaku kemalangan. Semasa lagu Negaraku dinyanyikan, kita mestilah berdiri tegak.

Buah delima pelbagai rasa,Dipetik sebelum waktu senja;Dari kecil hinggalah dewasa,Ibu bapa membelai penuh manja.

Dalam sungai dipasang bubu,Masuk seekor anak kelisa;Sungguh mulia jasamu ibu,Sepanjang hayat dikenang sentiasa.

Limau kasturi jangan dilupa,Beli juga sebungkus asam jawa;Tidakku lupa padamu bapa,

Sanggup berkorban harta dan nyawa.

Kacang dicampur santan kelapa,Nasi berulam pucuk pegaga;Terima kasih ibu dan bapa,Bersyukur kita hidup bahagia.

Mengenang jasa

Kesyukuran

menghargai

Kasih sayangBertanggungjawab

Contoh 5

Berdasarkan puisi, ibu bapa membela anaknya dengan penuh kasih sayang. Sebagai anak, kita hendaklah mengenang jasa ibu dan bapa. Di samping itu, ibu bapa juga merupakan orang yang bertanggungjawab kerana membesarkan kita dengan sempurna. Oleh itu, kita hendaklah bersyukur kepada Tuhan kerana mempunyai ibu bapa yang baik. Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati mereka.

Tulis beberapa faedah / kebaikan yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

C1 C2 C3 C4 C5

Sulaiman ialah seorang murid yang rajin membaca. Kerajinannya membaca menyebabkan dia pintar. Dia selalu dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru di dalam kelas termasuklah soalan pengetahuan am. Oleh sebab itu, dia sering dipilih mewakili sekolah dalam pertandingan kuiz dan berjaya mengharumkan nama sekolah hingga ke peringkat negeri. Karangan Sulaiman juga selalu dijadikan contoh oleh guru Bahasa Melayunya.

Selepas makan pada waktu rehat, dia selalu masuk ke perpustakaan untuk membaca surat khabar. Pada waktu lapang pula, dia gemar membaca buku. Dia membaca buku cerita sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Jika tidak faham makna sesuatu perkataan dalam bahasa Inggeris itu, dia akan merujuk kamus. Tidak hairanlah dia dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Kerana kerajinannya membaca buku, dia telah diberikan anugerah Nilam oleh guru.

pandai

menang pertandingan

murid contoh

mengisi masa lapangmahir

bahasa Inggeris

dapat anugerah

Contoh 1Faedah

Membaca

pandai : dapat banyak ilmu

menang : menang pertandingan dan mengharumkan nama sekolah

murid contoh : kerana rajin dan pandai

mengisi masa lapang : dengan perkara yang berfaedah

mahir bahasa Inggeris : kerana rajin membaca dan merujuk kamus

anugerah : penghargaan daripada guru

Rajin membaca akan menjadikan kita pandai dan banyak ilmu. Kita juga akan mengharumkan nama sekolah jika berjaya dalam pertandingan. Jadikan membaca sebagai hobi untuk mengisi masa lapang. Hobi seperti ini amat besar faedahnya. Kita akan dapat menguasai bahasa Inggeris jika rajin membaca buku dalam bahasa Inggeris . Kita juga akan dapat Anugerah Nilam di sekolah.

Setiap pagi, saya bersama Rahmat dan Salim bertolak dari rumah ke sekolah pada jam 6.50 pagi. Kami berbasikal bersama-sama meredah keheningan pagi. Kami melalui bahu jalan dan tidak bersaing-saing antara satu sama lain demi menjaga keselamatan. Ketika menghampiri simpang empat, kami lebih berhati-hati.

Tiba-tiba seorang perempuan tua dalam keadaan terbongkok-bongkok melintas jalan tanpa menoleh kiri dan kanan. Kami berasa terkejut. Nasib baik brek basikal kami masih berfungsi dengan baik. Perempuan itu terjatuh di tengah jalan. Saya segera melompat turun dari basikal lalu meluru mendapatkan perempuan tua itu.

Kami memimpin perempuan tua itu ke seberang jalan. Perempuan tua itu mengucapkan terima kasih kepada kami. Kami berasa gembira kerana dapat menolong orang yang dalam kesusahan.

Latihan 1

Latihan 2

Farid terlewat ke sekolah kerana lambat bangun. Malam tadi, Farid menonton televisyen sehingga lewat malam. Farid tidak sempat bersarapan.

Dia terus mengayuh basikalnya dengan laju menuju ke sekolah. Di sebuah selekoh yang tajam, dia terjatuh lalu lututnya tercedera. Namun, dia tetap meneruskan perjalanan ke sekolah. Pada hari itu, sekolah Farid mengadakan perhimpunan mingguan. Semasa menyanyikan lagu “Negaraku”, Farid tidak bermaya lalu pengsan.

Guru yang bertugas telah membawa Farid ke bilik rawatan. Setelah sedar, Farid mengucapkan terima kasih kepada guru yang telah membantunya itu.

Mulai hari itu Farid tidak lagi menonton televisyen hingga larut malam. Dia sentiasa bangun awal dan bersarapan sebelum pergi ke sekolah.

Latihan 3

Apabila balik dari sekolah, Liza mengeluarkan buku-buku barunya dari beg. Kakaknya berkata, “Biar kakak tolong kamu balut buku-buku itu,” Liza menjawab, “Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.”

Liza merupakan anak yang suka menolong ibu dan ahli keluarganya yang lain. Liza selalu menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk, melipat kain dan mengemas rumah.

Setiap pagi sebelum mandi, dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya.

Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka.

Latihan 4

Ahmad ialah posmen di sebuah pejabat pos. Dia mempunyai seorang isteri dan dua orang anak. Dia juga turut memelihara ibunya yang sudah tua. Sejak ibunya diserang sakit, kehidupan sehariannya menjadi sibuk. Awal pagi dia sudah menghidupkan motosikalnya untuk menghantar dua orang anaknya ke sekolah. Pulang daripada menghantar anaknya, Ahmad akan memandikan ibunya yang sakit. Isterinya pula membantu Ahmad menyediakan makan dan minum untuk ibu mertuanya itu. Selepas itu baharulah Ahmad pergi ke tempat kerja.

Dia sentiasa sampai awal di tempat kerja dan terus memulakan tugas dengan menyusun semua surat yang perlu dihantar. Dia akan memastikan surat-surat yang dihantar sampai ke tempat yang dialamatkan. Dia juga amat menghormati ketua dan rakan setugasnya. Setelah berkhidmat selama 10 tahun, dia telah dinaikkan pangkat.

Sejak kematian ayahnya setahun yang lalu, Rosmah tinggal bersama-sama ibu dan dua orang adiknya. Setiap hari, dia bangun pada pukul 5.00 pagi kerana membantu ibunya membuat nasi lemak untuk dijual.

Setelah itu, Rosmah mengejutkan adik-adiknya dan membantu mereka bersiap untuk ke sekolah. Selepas bersarapan, Rosmah pergi ke sekolah bersama-sama dua adik kesayangannya itu.

Apabila balik dari sekolah, Rosmah menghidangkan makanan yang telah dimasak ibunya untuk makan tengah hari adik-adiknya. Ibunya tiada di rumah kerana bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai runcit.

Pada sebelah malam, Rosmah tidak lupa mengulang kaji pelajaran bersama adik-adiknya. Dia berusaha bersungguh-sungguh supaya berjaya cemerlang dalam UPSR.

Latihan 5

Setiap pagi, Prajeet pergi ke sekolah seawal pukul 6.30 pagi. Dia ingin cepat sampai di sekolah kerana hendak bermain dengan kawan-kawannya. Oleh sebab mahu cepat, dia selalu tidak bersarapan pagi walaupun ibunya telah menyediakan sarapan kegemarannya, nasi lemak.

Ibunya selalu menasihati Prajeet supaya makan dulu sebelum ke sekolah. Ibunya juga memberitahu kesannya jika tidak bersarapan pagi. Walaupun begitu, Prajeet tidak memperdulikannya.

Selain tidak bersarapan pagi, Prajeet juga selalu tidak makan pada waktu rehat. Dia habiskan masa rehat itu dengan bermain.

Pada suatu hari, ketika mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani, Prajeet pengsan. Doktor mengesahkan Prajeet mengalami gastrik. Sejak peristiwa itu, Prajeet menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya. Dia berjanji akan bersarapan pagi dan makan mengikut waktu.

Latihan 6

Azim sedang leka menonton televisyen. Ibunya datang lalu menyuruhnya segera masuk tidur kerana hari sudah lewat malam. Ibu tidak mahu Azim terlewat ke sekolah. Azim segera mematikan suis televisyen. Namun begitu, sebaik sahaja ibunya masuk ke bilik, Azim secara senyap-senyap kembali menonton televisyen. Azim tidak mahu terlepas peluang menyaksikan rancangan gusti yang memang menjadi kegemarannya.

Keesokannya, Azim terasa amat berat untuk bangun. Sudah dua kali ibu Azim mengejutkannya, namun Azim masih terus berselimut. Azim tersentak apabila matanya terpandang jarum jam yang sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Azim bingkas bangun lalu tergesa-gesa bersiap. Dia hampir-hampir tersungkur apabila kakinya terlanggar bucu katil.

Sampai di sekolah, loceng sudah lama berbunyi. Azim ternampak seorang pengawas dengan buku catatan di tangannya. Azim memasamkan mukanya apabila pengawas mencatat namanya. Kali ini tentu dia akan didenda lagi.

Latihan 7

Ayah Saiful telah meninggal dunia. Sejak itu, kehidupan Saiful bersama ibu dan dua orang adiknya bergantung kepada usaha mereka. Walaupun hidup serba kepayahan, Saiful dan adik-adiknya sentiasa tenang dan tabah. Saiful sentiasa membantu ibunya melakukan pelbagai kerja untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Setiap hari, selepas balik dari sekolah, Saiful akan membantu ibunya menjual kiuh-muih di warung tidak jauh dari rumah mereka. Walaupun kepenatan kerana melakukan pelbagai kerja, Saiful tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai murid. Dia sentiasa cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Justeru, tidak hairanlah Saiful sentiasa menerima pelbagai bantuan daripada rakan, guru dan persatuan bagi membantu membiayai perbelanjaan persekolahannya. Malah Saiful sering menjadi contoh oleh guru-guru kerana dia adalah murid cemerlang di sekolah.

Sebagai abang, Saiful juga akan sentiasa memberikan bimbingan kepada adik-adiknya dalam pelajaran. Saiful mahu memastikan adik-adiknya juga cemerlang sepertinya.

Latihan 8

Latihan 9

Pada suatu hari, Hamid pergi ke pasar. Dia dilanggar oleh sebuah motosikal ketika hendak melintas jalan. Kaki kirinya patah. Banyak orang menyaksikan kemalangan itu termasuk rakannya Amin.

Amin berlari ke pondok telefon. Dia menelefon polis dan ambulans. Hamid dibawa ke hospital. Penunggang motosikal itu pula membuat laporan polis. Doktor dan jururawat merawat Hamid. Kakinya yang patah terpaksa disimen. Dia terpaksa tinggal di hospital selama dua minggu. Dia tidak dapat pergi ke sekolah.

Hamid menyesal kerana terburu-buru ketika hendak melintas jalan. Dia sepatutnya menggunakan jejantas ataupun lintasan pejalan kaki apabila melintas jalan. Selepas kejadian pada hari tersebut, Hamid sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya. Dia tidak mahu kemalangan yang menimpanya berulang.

Latihan 10

Di Asia, Nordin Jadi terkenal sebagai juara acara lumba lari 400 meter. Di Malaysia, beliau terkenal sebagai pelari terpantas. Begitulah kejayaan yang dicapai oleh Nordin Jadi dalam bidang olahraga. Minatnya dalam bidang olahraga bermula sejak sekolah rendah lagi. Beliau mendapat galakan daripada guru-gurunya di Sekolah Kebangsaan Paya Mas, Tangkak.

Kemudian Nordin melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Tun Mamat, Tangkak. Ketika itu beliau berlatih dengan tekun dan gigih. Beliau mempunyai keyakinan bahawa usaha yang tekun dan gigih pasti memperoleh kejayaan.

Kegigihan beliau telah mendapat perhatian pegawa-pegawai sukan. Beliau telah dipilih mewakili negara ke Kejohanan Sukan Sekolah Asean. Penglibatan beliau dalam bidang olahraga telah mengharumkan nama negara di seluruh Asia.

Kejayaan yang diperoleh tidak menjadikan Nordin Jadi lupa daratan. Beliau masih tekun berlatih dan sentiasa mendengar nasihat jurulatih walaupun sudah bergelar juara.

Latihan 11

Rizal dan Hafiz berjalan ke pondok telefon untuk membuat panggilan kepada rakan mereka. Malangnya apabila mereka tiba di situ, mereka berasa hampa kerana telefon di pondok itu telah rosak. Di dinding pondok telefon itu juga terdapat beberapa kesan contengan. Mereka dapat mengagak perbuatan itu dilakukan oleh beberapa orang budak nakal yang tidak bertanggungjawab.

Mereka berdua pernah terlihat beberapa orang budak nakal yang bermain-main di situ ketika mereka pulang dari sekolah. Mereka berdua bercadang untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa. Mereka berharap setelah laporan itu dibuat, pihak berkuasa akan mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada budak-budak yang tidak bertanggungjawab itu. Kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan sepatutnya dijaga oleh semua golongan untuk kemudahan semua penduduk.

Latihan 12

Mari makan sejemput pulut, Pulut dimakan dengan kari;Ilmu pengetahuan wajib dituntut,Hidup sejahtera kemudian hari.

Anak dara menjual jamu,Jamu dibuat oleh Cik Siti;Semasa kita menuntut ilmu,Suruhan guru mesti dituruti.

Masak nasi ayam belada,Lada digaul bersama hati;Jika ilmu penuh di dada,Ke mana pergi akan dihormati.

Enak sungguh ketupat nona,Kuah kacang dimasak pekat;Gunalah ilmu secara bijaksana,Kelak hidup sentiasa berkat.

Resepi kuih ciptaan Encik Ramu,Ramuan diguna penuh rahsia;Jangan jemu menuntut ilmu,Amalkan sentiasa sepanjang usia.

Pokok semalu tumbuh melata,Dibawa orang mudik ke hulu;Fikir dahulu sebelum berkata,Agar tidak mendapat malu.

Indah bersinar di dalam kota,Nampak berseri kilau cahaya;Bercakap benar amalan kita,Itulah tanda orang mulia.

Buah berangan di dalam kota,Buat santapan tuan puteri;Jangan kita kata mengata,Bimbang menimpa diri sendiri.

Sungguh cantik burung kenari,Berdada kuning berparuh perang;Kalau sombong meninggi diri,Ke mana pergi dibenci orang.

Berjuta bintang satu bulan,Hening malam indah bercahaya;Tenang dan sabar jadi amalan,Agar hidup tetap berjaya.

Latihan 13

Sudah jenuh menangkap ruan,Duduk rehat buat seketika;Buku penuh ilmu pengetahuan,Jangan biarkan dimakan usia.

Makan duku bersama rakan,Sambil makan sambil bercerita;Bacalah buku janganlah bosan,Kejayaan tentu menanti kita.

Terbang enggang tinggi di awan,Hinggap sebentar di kayu ara;Masa senggang diisikan bacaan,Tidak dibuang dengan sia-sia.

Kalau pergi ke negeri Arab,Jangan pergi waktu senja;Jadikan buku teman akrab,Sentiasa di samping ke mana saja.

Duduk berbual di dalam balai,Berbual-bual bersama rakan;Ilmu pengetahuan amat bernilai,Untuk kita mencapai kejayaan.

Latihan 14

Latihan 15

Makan nasi bersayur labu,Medan selera Restoran Mamat;Dengarlah segala nasihat ibu,Semoga hidup akan selamat.

Tok Aki memanjat kelapa,Santan diambil memasak peria;Ikutlah nasihat ibu dan bapa,Tentu hidupmu akan bahagia.

Makan roti dengan sekaya,Minum kopi bersama rakan;Kalau kita sudah berjaya,Ayah dan ibu jangan dilupakan.

Lukisan cantik serta berwarna,Untuk pameran esok dan lusa.Jadilah anak yang berguna,Mengenang budi dan berjasa.

Panglima Awang gagah berani,Mengawal kampung menjaga keluarga;Ingatlah kawan amanah ini,Kasih ibu bapa sangat berharga.

Latihan 16

Setiap hari, Salim membawa adiknya ke taman permainan di hadapan rumahnya. Pada suatu petang, semasa tiba di sana mereka berasa terkejut apabila melihat keadaan di taman permainan itu. Salim dan adiknya ingin bermain buaian. Mereka terkejut apabila melihat tali buaian itu terbelit dan hampir putus. Rupa-rupanya perbuatan itu dilakukan oleh sekumpulan budak nakal yang sedang bergaduh di taman permainan.

Selepas itu, Salim berpindah pula ke papan gelongsor. Malangnya, papan gelongsor itu telah diconteng dengan kapur dan pen penanda. Salim berasa sedih dan kecewa apabila melihat keadaan itu. Salim mengambil keputusan untuk melaporkan kejadian itu kepada Ketua Kampungnya.

Dia pergi ke pondok telefon awam yang berhampiran. Salim berasa terkejut apabila melihat telefon itu telah dirosakkan. Akhirnya, Salim bertekad pulang ke rumah untuk memberitahu apa yang berlaku kepada ibu dan bapanya. 

Latihan 17Berbilang bangsa berpadu eratJiran tetangga harus sepakatSegala usaha biar muafakatAgar hidup mendapat berkat

Tegur menegur amalan terpujiHindarkan segala amalan kejiJangan mencaci sesama sendiriKelak hidup sentiasa dibenci

Hidup berjiran asas perpaduanBergaul mesra bertukar fikiranJadikan ia sebagai pedomanHidup bahagia masa hadapan

Bersama-sama jaga keamananSaling memahami sesama jiranElakkan perpecahan dan

persengketaanSupaya hidup dalam kesejahteraan

Latihan 18

Izmir seisi keluarga pulang ke kampung mereka di Kuala Kangsar, Perak. Dia pulang dengan menaiki kereta. Sebelum memulakan perjalanan, terlebih dahulu ayah Izmir memeriksa keadaan keretanya. Setelah pasti semuanya berada dalam keadaan selamat, mereka pun memulakan perjalanan.

Di sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan, Izmir terpukau melihat keindahan Banjaran Titiwangsa yang melatari pemandangan. Selepas lebih tiga jam di perjalanan, merekapun sampai di kampung mereka. Izmir bersalaman dengan neneknya sambil menghulurkan buah tangan yang dibawanya.

Latihan 19 Taman Seri Murni merupakan taman yang terkenal di daerah ini. Taman ini terkenal kerana kebersihan dan aktiviti-aktiviti yang diadakan. Walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang kaum namun mereka sentiasa bersatu padu. Mereka hidup dengan harmoni.

Setiap dua bulan, mereka akan turun ke taman tersebut untuk membersihkan kawasan taman itu. Mereka membersihkan longkang-longkang supaya pengaliran air tidak tersekat. Air yang tersekat boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk. Aktiviti yang mereka lakukan dapat mengatasi masalah kekotoran taman, mereka juga dapat mengenali jiran setaman.

Aktiviti senam robik diadakan setiap hari Ahad. Dengan senaman ini kesihatan penduduk terjamin. Setiap bulan pula diadakan pemeriksaan kesihatan percuma oleh dua orang doktor yang mempunyai klinik di situ. Pemeriksaan kesihatan ini merupakan satu cara mereka menabur bakti kepada penduduk setempat.

Latihan 20 “Kau bacalah buku Ah Long, jangan asyik menonton televisyen saja . Peperiksaan dah semakin hampir. Kau taknak berjaya ke macam anak Mak Cik Melah jiran kita tu,” rungut Puan Swee Mooi pada anaknya.“Alah mak ni, bisinglah. Tahulah saya nak baca buku.” Saban hari begitulah sikap Ah Long. Penat menonton dia berbasikal merayau-rayau bersama kawan-kawannya. Senja baru dia pulang. Nasihat ibu langsung tidak dihiraukannya. Suatu petang, Ah Long diajak berlumba. Dia yang pantang dicabar menyahut ajakan kawannya itu. Ah Long mengayuh basikal dengan lajunya. Malang tidak berbau. Ah Long hilang kawalan apabila terlanggar seekor anjing yang melintas secara tiba-tiba. “Makkkk ........!”

”Anak encik perlu menjalani beberapa ujian kerana otaknya mengalami sedikit gegaran akibat terhentak pada batang pokok semasa kemalangan itu. Dia akan sedar sedikit hari lagi. Sama-samalah kita berdoa,” pujuk doktor muda itu kepada Puan Swee Mooi sekeluarga. Air mata Puan Swee Mooi mengalir laju.

Pergi ke pasar bersama Cik Zaitun,Hendak membeli si ikan parang;

Hidup mesti bersopan santun,Supaya kita tidak dibenci orang.

Dayung sampan ke Tasik Cini , Peluh mengalir nampak di dahi;

Perkara baik kita teladani, Yang buruk kita jauhi.

Nanas ditanam di tepi paya,Lalu dijual di pinggir kota;Rajin berusaha pasti berjaya,Malas bekerja membawa derita.

Bunga kiambang sungguh

menawan, Kembang mekar di pagi hari; Kalau dapat mengapai awan, Jangan pula meninggi diri.

Buah labu si buah kundur, Banyak tumbuh di Pulau Indah;

Perahu terlajak boleh diundur, Terlajak kata membawa padah.

Latihan 21

top related