beriman kepada qada dan qadar

Post on 03-Feb-2016

218 Views

Category:

Documents

16 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

iman Kepada Qada Dan Qadar

TRANSCRIPT

BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR

IMAN DAN KEHIDUPAN

Pengertian Qada

Qada ialah ketentuan sesuatu perkara yang telah, sedang atau akan berlaku ke atas seseorang. Kesemuanya telah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi.

Pengertian Qadar

Qadar ialah pelaksanaan ke atas ketentuan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk kesemuanya telah ditentukan oleh Allah sejak azali.

Dalil naqli qada ( surah Luqman : 29 )

Maksudnya: Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam ( silih berganti ) dan ia memudahkan matahari dan bulan ( untuk faedah makhluk-makhluknya ),tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk sesuatu masa yang telah ditetapkan dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Dalil naqli qadar ( surah Qamar : 49)

Maksudnya :-

Sesungguhnya kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir ( yang telah ditentukan )

Jenis-Jenis Qada

Qada mubram

Qada muallaq

Qada mubram ialah sesuatu yang ditentukan oleh Allah SWT dan tidak berubah. Contohnya mati.

Qada muallaq ialah ketentuan Allah SWT terhadap sesuatu yang sesuai dengan usaha dan ikhtiar manusia. Contohnya sesorang yang berusaha disertai dengan doa, dia akan berjaya.

Perkara-perkara yang berkaitan dengan qada dan

qadar.

IKHLAS

Hikmah Beriman Kepada Qada Dan Qadar

• Bersifat sabar menghadapi ujian

• Ikhlas dalam setiap perbuatan

• Ikhlas dengan ketentuan Allah

• Bertambah sifat merendah diri kepada Allah

• Motivasi diri untuk berusaha

• Berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan amalan kebaikan

Kesan Beriman kepada Qada dan Qadar.

Tidak mudah putus asa.

Allah memberi ketenteraman hati.

Redha dengan perkara-perkara yang berlaku.

Tidak menyalahkan Allah.

Bertambah usaha dan sentiasa patuh kepada Allah.

Sabar menempuh dugaan.

Akibat tidak beriman dengan

Qada dan Qadar Allah.

Malas berusaha.

Mudah putus asa.

Jauh daripada rahmat Allah.

Suka menyalahkan orang lain.

Tidak pernah bersyukur.

Kesimpulannya:-

• Kita wajib beriman kepada Qada dan Qadar.

• Sebagai umat Islam yang patuh kepada perintah Allah kita hendaklah menjadikan Qada dan Qadar itu panduan hidup kita.

• Sesungguhnya Allah telah menetapkan sesuatu kejadian dan ia dibuktikan dengan pelaksanaan kejadian tersebut.

Sekian terima kasih

top related