berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan
Post on 19-Jan-2017
271 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERSPEKTIF PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN KEMAHIRANBERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSEJARAH DI SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN KES nr DAERAH
HILIRPERAK
BAHARUDDIN BIN JABAR
JABATAN SE.JARAHFAKULTI SAINS SOSfAL DAN KEMANUSIAANUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIMPERAK
KOD PENYELIDIKAN : 02-07-03-05
2006
ABSTRAK
PERSPEKTIF PELAJAR TERHADAP PENGA.JARAN KEMAHIRANBERFIKJR ARAS TINGGI DALAM PENGA.JARAN DAN PEMBELAJARANSEJARAH DJ SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN KES DJ DAERAH
HILIR PERAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi dalampengajaran dan pcmbelajaran Sejarah. Kajian juga bertujuan melihat kaedah
pengajaran dan bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran kemahiran berfikiraras tinggi dalam pengajaran sejarah. Kajian ini menggunakan kaedah survey dan datauntuk kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri
daripada 396 orang peJajar tingkatan empat daripada sepuluh buah sekolah menengahdi Daerah Hilir Perak, Perak. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical
Package for Social Science «'iPSS) versi 11.5. Dapatan kajian menunjukkan gurumelaksanakan kemahiran bcrfikir aras tinggi bagi sctiap item. Walau bagaimanapun,tahap pelaksanaannya itu berbeza mengikut item kerana terdapat item yang berada
pada skor min tahap tinggi (2.67 - 4.00) dan juga terdapat item yang berada pada skormin tahap sedcrhana (1.34 - 2.66). Tidak ada item yang diuji berada pada skor min
tahap rendah (0 - 1.33). Dari scgi kaedah pengajaran untuk mengembangkankemahiran berfikir aras tinggi, kajian mcndapati pclbagai kaedah digunakan denganitem berada pada skor min tahap tinggi (2.67 - 4.00) dan tahap sederhana (1.34 -
2.66). Tidak ada item yang diuji berada pada skor min tahap rendah (0 - 1.33). Akhirsekali, kajian mendapati pelbagai bahan digunakan untuk mengembangkan kemahiranberfikir aras tinggi dengan skor min tahap sederhana (1.34 - 2.66). Tidak ada item
yang diuji berada pada skor min tahap tinggi (2.67 - 4.00) dan tahap rendah (0 -
1.33).
II
STUDENTS PERSPECTIVE TOWARDS HIGH ORDER THINKING SKILLSIN TEACHING AND LEARNING HISTORY IN SECONDARYSCHOOLS: A CASE ST{]J)Y IN HILIR PERAK DISTRICT
ABSTRACT
The purpose of this study was to observe the implementation of the high order
thinking skills in the teaching and learning of history. This study was also aimed to
observe methods and materials used in the leaching of high order thinking skills in
history. Survey methods was used in this study and data were collected usingquestionnaires. 396 form four studcnts of ten secondary schools in J lilir Perak
District, Perak were used as the samples. Data were analysed using 'Statistical
Package for Social Science' (.';;PSS) version 11.5. The results of this study showedthat teachers implemented the high order thinking skills in each items. llowever, the
implementation was different according to each items, because there were items thatscored at higher mean level (2.67 - 4.00) and items scored at moderate level (1.34 -
2.66). No item scored at lower level (0 - 1.33). The results of the teaching methods
implemented showed that various of methods used with items scored at higher meanlevel (2.67 - 4.00) and items scored at moderate level (1.34 - 2.66). No item scoredat lower level (0 - 1.33). Finally, the results of this study showed that various ofmaterials used with items scored at moderate level (1.34 - 2.66). No item scored at
higher mean level (2.67 - 4.00) and lower level (0 - 1.33).
III
PENGHARGAAN
Bismillahhirrahmanirrahim
Syukur ke had rat Allah S.W.t. kerana dcngan taufik dan hidayahNya, projck
penyelidikan ini berjaya discmpurnakan dalam tempoh yang ditetapkan.
Penyelidik merakamkan ucapan terirna kasih yang tidak terhingga kepada
Univcrsiti Pcndidikan Sultan Idris (UPSI) kerana rncmbcri 'kcbcnaran dan mcluluskan
geran pcnyelidikan (Kod Penyelidikan 02-07-03-05) bagi menjalankan projek
penyclidikan Perspektif Pclajar Terhadap Pcngajaran Kcmahiran Berfikir Aras Tinggi
dalam Pengajaran dan Pembclajaran Sejarah di Sckolah Menengah: Satu Kajian Kes
di Daerah Hilir Perak. Tanpa kebcnaran dan geran berkenaan, sudah tentu projck
penyelidikan ini rncnghadapi banyak rintangan untuk disempurnakan.
Pada kesernpatan ini, penyelidik mcrakamkan ucapan terima kasih kepada
Bahagian Perancangan dan Pcnyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kemcnterioan
Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak kerana mernberi kebenaran
kepada penyelidik rnenjalankan projek penyclidikan ini.
Ucapan terima kasih Juga ditujukan kepada pengetua sckolah-sekolah
yang tcrlibat kerana memberi kerjasama semasa projek penyclidikan ini dijalankan.
Kepada guru-guru sejarah di sckolah-sekolah yang tcrlibat dalam projek penyclidikan
ini, terima kasih diucapkan kerana tclah mcmbcrikan kerjasama yang Hilla! baik.
IV
Tidak lupa, penyelidik merakamkan ucapan terima kasih kepada pelajar-pelajar
yang telah memberi respons kepada soal selidik yang dikemukakan.
Ucapan terima kasih seterusnya penyelidik tujukan kepada kakitangan
perpustakaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, kakitangan Perpustakaan Fakulti
Pendidikan Universiti Malaya dan kakitangan Perpustakaan Universiti Malaya atas
segala bantuan yang dihulurkan.
Akhir sekali, kepada mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam membantu penyelidik menyiapkan projek penyclidikan ini,
ucapan terima kasih diucapkan.
Sekian.
Baharuddin bin .Jabar
Jabatan SejarahFakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjong Malirn,Perak .
.Jun 2006
v
lSI KANDUNGAN
Halaman
JUDUL
ABSTRAK II
ABSTRACT III
PENGHARGAAN IV
lSI KANDUNGAN VI
SENARAI JADUAL VIII
BAHAGIAN I: PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian
1.2 Pernyataan Masalah 4
1.3 Tujuan Kajian 5
1.4 Soalan Kajian 6
1.5 Kepentingan Kajian 6
1.6 Batasan Kajian 8
1.7 Definisi Istilah 8
BAHAGIAN II : SOROTAN LITERATUR lO
VI
Z CBAHAGIAN HI : KAEDAH PENYELIDIKAN
3.1 Rekabentuk Kajian 16
3.2 Populasi Kajian 16
3.3 Instrumen Kajian 23
3.4 Prosedur Pungutan Data 24
3.5 Prosedur Analisis Data 25
BAHAGIAN IV : ANALISIS DATA
BAHAGIAN V:
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
4.1 Dapatan Kajian 27
RUMUSAN
5.1
5.2
5.3
Ringkasan Kajian
Perbincangan
Cadangan
79
80
96
100
VII
SENARAI JADUAL
No. Jadual Halaman
Taburan Sampel Kajian Mengikut Sekolah 18
2 Taburan Sampel Kajian Mcngikut Lokasi Sekolah 19
3 Taburan Sampel Kajian Mengikut Jantina 20
4 Taburan Sampcl Kajian Mcngikut Bangsa 21
5
6.
7
8.1
8.2
8.3
8.4
8.5
Taburan Sarnpel Kajian Mengikut Gred Matapelajaran Sejarahdalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
22
Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran Mata
Pelajaran Sejarah29
Pelaksanaan Kemahiran I3erfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran Mata
Pelajaran Sejarah Mengikut Kekuatan Min42
Kaedah Sumbangsaran dalam Mengembangkan Kemahiran BerfikirAras Tinggi
46
Kaedah Penerangan/Syarahan dalarn Mengembangkan KemahiranBerfikir Aras Tinggi
49
Kaedah Penyelidikan dalam Mengcmbangkan Kemahiran BerfikirAras Tinggi
51
Kaedah Perbincangan dalam Mcngembangkan Kemahiran BerfikirAras Tinggi
54
Kacdah Kuiz dalam Mcngcmbangkan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi
8.6 Kaedah Penyoalan dalam Mengemhangkan Kemahiran Berfikir Aras
VIII
Tinggi 59
9 Kacdah Pengajaran dalam Mcngcmbangkan Kemahiran Berfikir ArasTinggi Mengikut Kekuatan Min
61
10.1 Penggunaan Bahan Gambar dalam Mengembangkan KemahiranBerfikir Aras Tinggi
65
10.2 Pcnggunaan Bahan Gambarajah dalam Mcngembangkan KemahiranBerfikir Aras Tinggi
66
10.3 Penggunaan Bahan Transparensi dalam Mengembangkan KemahiranBerfikir Aras Tinggi
67
lOA Penggunaan Bahan Model dalam Mengembangkan KemahiranBerfikir Aras Tinggi
68
10.5 Penggunaan Bahan Internet dalam Mengembangkan Kemahiran 69Bcrfikir Aras Tinggi
10.6 Penggunaan Bahan Carta dalam Mengembangkan Kemahiran Berfikir 70Aras Tinggi
10.7 Penggunaan Bahan Peta dalam Mengembangkan Kemahiran Berfikir 71Aras Tinggi
10.8 Penggunaan Bahan ladual dalarn Mengembangkan Kernahiran 72Berfikir Aras Tinggi
10.9 Penggunaan Bahan Pita Video dalam Mengembangkan Kemahiran 73Berfikir Aras Tinggi
10.10 Pcnggunaan Bahan Pita Rakaman dalam Mengernbangkan Kemahiran 74Berfikir Aras Tinggi
10.lt Penggunaan Bahan Siaid dalarn Mengembangkan Kemahiran Berfikir 75Aras Tinggi
IX
10.12
II
Penggunaan Bahan Kertas Edaran dalam MengembangkanKemahiran Berfikir Aras Tinggi
Penggunaan Bahan dalam Mengembangkan KemahiranBerfikir Aras Tinggi Mengikut Kekuatan Min
x
76
77
BAHAGIAN I
PENGENALAN
1.0 Latar Belakang Kajian
Mata pelajaran Sejarah dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
memperlihatkan kesepaduan unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai. Unsur
pengetahuan melibatkan pemahaman pelajar terhadap perkembangan masyarakat dan
negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Keupayaan memahami dan menghayati
sejarah dapat mengembangkan kemahiran dan memupuk nilai-nilai seperti semangat setia
kepada negara.
Kemahiran berftkir ialah satu daripada beberapa kemahiran yang boleh
dikembangkan dalam pendidikan sejarah. Kemahiran berfikir juga membolehkan
pemahaman tentang sejarah dapat dihasilkan. Apa yang dimaksudkan dengan
pemahaman sejarah ialah pemahaman tentang aktiviti manusia masa silam secara kreatif,
imaginatif dan penuh dengan ftkiran (Aini Hassan, t 994). Sehubungan itu, dalam
konteks pcmbelajaran scjarah, pclajar-pelajar dibimbing untuk menganalisis dan mcnilai
fakta sejarah secara rasional. Pelajar juga digalakkan mengaitkan peristiwa lalu yang
telah difahami dengan hakikat sernasa.
Menurut Jasbir Sarjit Singh (1977), terdapat dua jenis keperluan kemahiran
berfikir dalam pendidikan Sejarah. Dua jenis keperluan tersebut ialah keperluan
masyarakat moden dan keperluan ciri-ciri pengajian sejarah. Keperluan masyarakat
moden dijelaskan sebagai kebolehan dan kemah iran yang diperlukan dalam kehidupan
moden seperti kebolehan menilai, membuat pertimbangan, membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah. Keperluan ciri-ciri pengajian sejarah pula adalah kebolehan
seseorang pelajar membuat pentafsiran sejarah, mengenalpasti dan menimbangkan
kebolehpercayaan sumber-sumber sejarah, membezakan antara fakta daripada fiksyen,
propaganda atau prasangka serta membuat kesimpulan. Kemahiran-kemahiran ini
melibatkan kebolehan seseorang pelajar untuk berfikir. Tegasnya kemahiran berfikir
penting dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah kerana ia dapat membantu pelajar
memahami fakta-fakta sejarah.
Selain daripada kepentingan di atas, kemahiran berfikir juga dapat
mengembangkan aspek afektif kerana aspek kognitif dan afektif adalah saling berkaitan.
Dengan adanya kebolehan dan keupayaan untuk berfikir, unsur-unsur afektif dapat
difahami dan dihayati dengan lebih baik.
Berdasarkan perbincangan di atas, adalah jelas bahawa kemahiran berfikir amat
penting dalam pendidikan Sejarah. Kebolehan pel ajar menguasai kemahiran berfikir
dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap sejarah dengan cara melibatkan
pelbagai tindakan berfikir untuk memahami maklumat seperti cuba memisahkan antara
fakta dan pendapat, membuat perbandingan, membuat pengkelasan, mencari perkaitan
2
membolehkan nilai-nilai mumi diterapkan dan seterusnya dihayati. Justeru itu,
dan menentukan kesahihan. Pemahaman terhadap isu-isu dan peristiwa sejarah akan
kemahiran berfikir dapat menyumbangkan dalam usaha untuk mencapai matlamat
pendidikan sejarah iaitu untuk mewujudkan perasaan bangga dan cintakan tanah air.
Banyak yang telah dibincangkan tentang kemah iran berfikir secara umum seperti
di atas. Namun, apa yang diperlukan dalam pendidikan sejarah sebenamya ialah
kernahiran berfikir aras tinggi yang mernerlukan penggunaan rninda secara rneluas kerana
individu perlu rnembuat interpretasi dan rnenganalisis pelbagai fakta dan maklumat yang
terdapat dalam sejarah.
Abdul Rahim Abdul Rashid (1999) menyatakan bahawa pengajaran sejarah di
sekolah-sekolah perlu memberi perhatian berat terhadap kepentingan menganalisis dan
rnencungkil isu-isu kritikal sama ada yang tersurat mahupun isu-isu yang tersirat dalam
sejarah sesuatu bangsa dan negara. Pembelajaran sejarah perlu bersifat kritis dan
mencabar pemikiran pelajar untuk memaharni sejarah daripada perspektif kritikal,
8anyak isu kritikal dalam sejarah perlu didedahkan supaya pelajar dapat rnernahami dan
menghayati sejarah sebagai satu bidang intelektual dan satu bidang sains sosial yang
penting dalam kehidupan mereka. Sernua ini tentunya memerlukan satu bentuk pemikiran
aras tinggi yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar.
Kemahiran berfikir aras tinggi juga penting dalam pendidikan sejarah kerana
pendidikan sejarah bukan sekadar menyampaikan fakta-fakta sejarah sahaja tetapi yang
3
lebih penting ianya melibatkan pemahaman yang mendalam terhadap peristiwa-peristiwa
masa lalu dan bagaimana peristiwa-peristiwa masa lalu itu dapat membantu individu
memahami keadaan masa kini, membuat sesuatu keputusan dam menyelesaikan masalah
berasaskan pengalaman sejarah. Kesemua ini memerlukan individu mempunyai
kemah iran berfikir aras tinggi dan tentunya pelajar perlu diajar bagaimana untuk
menguasai kemahiran ini.
1.2 Pernyataan Masalah
Kemahiran berfikir merupakan satu daripada kemah iran yang dikembangkan seiring
dengan aspek pengetahuan dan nilai dalam semua mata pelajaran. Dalam kurikulum
mata pelajaran Sejarah KBSM, meningkatkan kemahiran berfikir dinyatakan dalam
sebahagian daripada objektif pcndidikan Sejarah iaitu untuk membolehkan pelajar
menganalisis, mcrumus dan menilai fakta-fakta sejarah negara secara rasional dan
meningkatkan daya pemikiran dan kematangan yang berasaskan iktibar daripada
pengalaman Sejarah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Berdasarkan pernyataan
ini, adalah jelas bahawa kemah iran berfikir yang dimaksudkan itu melibatkan apa yang
dikatakan sebagai kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran ini perlu dilaksanakan
oleh guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah.
Pengajaran kemah iran berfikir telah diperkenalkan dalam semua mata pelajaran
sekolah di Malaysia. Namun begitu dari segi pelaksanaannya, khasnya bagi mata
pelajaran Sejarah terutama sekali yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi, masih
4
kurang diamalkan. Beberapa andaian dibuat tentang sebab-sebab pengajaran kemahiran
berfikir tidak dipraktikkan. Antaranya ialah, andaian bahawa pelajar perlu menguasai
fakta sebelum diajar dengan kemahiran berfikir dan penekanan peperiksaan yang
mementingkan pengujian kebolehan pelajar mengingat kembali fakta (Phillips, t 992).
Pendekatan soalan dalam peperiksaan juga turut berubah. Lebih banyak soalan
yang berbentuk kemah iran berfikir akan dikemukakan dalam semua peperiksaan awam di
sekolah. Penekanan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi dalam proses pengajaran
dan pembelajaran Sejarah tidak lagi boleh diabaikan. Justeru itu, adalah penting untuk
pengkaji melihat sejauh manakah kemahiran berfikir aras tinggi 101 diberi penekanan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
1.3 Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat pengajaran kemah iran berfikir aras tinggi dalam
pengajaran dan pembelajaran sejarah. Kemahiran berfikir aras tinggi yang dimaksudkan
merujuk kepada tiga aras tertinggi dalam Taksonomi Bloom iaitu analisis, sintesis dan
pcnilaian. Pengkaji akan meninjau sejauh manakah guru-guru mata pelajaran sejarah
melaksanakan kemah iran berfikir aras tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Sejarah di bilik darjah. Kajian juga ingin melihat kaedah pengajaran dan bahan
kurikulum yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
memgembangkan kemah iran berfikir aras tinggi.
5
1.4 Soalan Kajian
Secara khusus, kajian ini adalah untuk menjawab soalan-soalan berikut ;-
I. Sejauh manakah kemah iran berfikir aras tinggi dilaksanakan oleh guru dalam
pengajaran mata pelajaran Sejarah?
2. Apakah kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru-guru sejarah dalam
mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi?
3. Apakah bahan-bahan kurikulum yang digunakan oleh guru-guru sejarah dalam
proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengembangkan kemahiran berfikir aras
tinggi?
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian-kajian tentang kemahiran berfikir terutama sekali kemah iran berfikir aras tinggi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran masih kurang dijalankan di Malaysia. Akibat
daripada kekurangan kajian ini, guru-guru berasa ragu-ragu untuk melaksanakan
pengajaran kemahiran berfikir di sekolah kerana tidak pasti sama ada pengajaran
kemahiran berfikir boleh meningkatkan pencapaian akademik pelajar (Phillips, 1992).
Oleh itu dapatan kajian ini diharapkan dapat meningkatkan keyakinan para
pendidik, terutama sekali yang terlibat dalam pendidikan sejarah untuk melaksanakan
pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi di sekolah-sekolah. Para pendidik juga boleh
memanfaatkan kajian ini dari segi pemilihan strategi dan pendekatan pengajaran
6
berfikir seharusnya dikembangkan dalam domain pembelajaran mudd. Aktiviti
kemah iran berfikir aras tinggi dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran.
Pelajar-pelajar yang berkebolehan menguasai kemahiran berfikir terutama sekali
kemah iran berfikir aras tinggi sudah tentu akan dapat berfikir dengan lebih matang dan
berfikir terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan. Selain itu, pelajar-pelajar
juga berkemampuan untuk membuat pertimbangan dan penilaian tentang kebaikan dan
keburukan sesuatu perkara dari segi amalan, nilai, sikap dan norma hidup dalam konteks
negara kita.
Penguasaan kemah iran berfikir juga akan dapat mernbantu para pelajar dalam
pencapaian akademik mereka. Tambahan pula, orientasi pepcriksaan awam pada masa
kini banyak mengemukakan soalan-soalan yang menekankan kemahiran berfikir.
Sehubungan itu, Abdul Rahim Abdul Rashid (J999b) menjelaskan bahawa kemahiran
pembelajaran murid juga hendaklah dirangka dan dilaksanakan supaya dapat membina
kemah iran berfikir.
Dapatan kajian ini juga berguna kepada pihak-pihak lain. Pentadbir sekolah
misalnya boleh menggunakan dapatan kajian ini untuk menggalakkan dan membimbing
guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi dalam sernua
mata pelajaran. Selain itu, dapatan kajian juga dapat memberi maklumat tentang
kesesuaian strategi pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi dan keberkesanannya
7
1.6 Batasan Kajian
terhadap pencapaian akademik pelajar dan ini dapat membantu institusi yang melatih
bakal guru untuk membaiki mutu latihan. Selain memberi pendedahan dalam aspek
pedagogi, bakal-bakal guru perlu digalakkan untuk merujuk kepada kajian seumpama ini
supaya mereka dapat memikirkan cara pengajaran dan pembelajaran agar dapat dilakukan
dengan lebih berkesan.
Bidang kajian hanya terbatas kepada kemahiran berfikir aras tinggi. Pengkaji merujuk
kemahiran berfikir aras tinggi ini kepada tiga aras terakhir dalam Taksonomi Bloom iaitu
anal isis, sintesis dan penilaian. Dari segi sampel kajian pula, sampel kajian terdiri
daripada pclajar tingkatan empat di sckolah-sekolah rnenengah di Daerah Hilir Perak,
Perak.
1.7 Definisi Istilah
1.7.1 Perspektif
Perspektif dalarn kajian ini merujuk kepada pandangan sebagairnana definisi yang
diberikan oleh Kamus Dewan (1989).
8
1.7.2 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam kajian ini merujuk kepada tiga tahap terakhir dalam
Taksonomi Bloom iaitu anal isis, sintesis dan penilaian.
9
\BAHAGIAN 11
SOROTAN LITERATUR
Berfikir melibatkan beberapa komponen yang penting iaitu operasi mental, pengetahuan
dan sikap.: Operasi berfikir boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kognitif dan
metakognitif. Operasi kognitif digunakan untuk mencari makna yang meliputi pertama
kemah iran yang tersendiri dan ringkas seperti kemahiran pemprosesan iaitu menganalisis
dan mensintesis, penaakulan dan pemikiran kritis dan kreatif dan kedua, meliputi proses
atau strategi yang kompleks, seperti membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Operasi metakognitif pula meliputi proses yang menggerakkan dan mengawal kemahiran
dan proses kognitif. Metakognisi juga dikenali sebagai berfikir tentang pemikiran.
Menurut Phillips (1997) pula, kognisi ialah kemahiran berfikir yang digunakan
dalam pemcrolehan, pemprosesan dan mengingat kernbali rnaklurnat yang dipcrolehi
rnelalui deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan rnenghidu. Maklumat yang
diterima dipadan, dibanding dan diklasifikasikan dengan maklumat yang tersimpan dalam
ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Metakognisi pula merupakan fungsi
eksekutif yang mengurus dan mengawal bagairnana seseorang menggunakan mindanya
dan ianya merupakan peringkat pernikiran yang paling tinggi dan canggih.
to
Bloom (1974) pula menyatakan 'penilaian ' bolch dianggap sebagai pemikiran
kritis yang melibatkan idea, objek dan peristiwa yang cuba diperolehi melalui pemilihan
kriteria tertentu. Ini jelas terdapat dalam tiga peringkat terakhir hiraki taksonomi Bloom
iaitu peringkat anal isis, sintesis dan penilaian.
Sehubungan itu, kemah iran berfikir haruslah diutamakan dalam sistem pendidikan
di negara kita kerana ia amat berkait dengan fungsi otak dan minda individu khususnya
para pelajar. Kemahiran berfikir aras tinggi dapat membantu seseorang itu membuat
keputusan, menyelesaikan masalah, mendapat idea-idea baru, meringankan atau
mengurangkan beban kerja, mengurangkan pembaziran masa dan menjadikan kehidupan
lebih bermakna.
Seterusnya bagi Phillips (1996), beliau menyatakan berfikiran kritis
menggabungkan dua perkara iaitu kebolehan atau skill dan sikap. Kebolehan dikaitkan
dengan aspek kognitif manakala sikap pula dikaitkan dengan aspek keberkesanan. Beliau
juga membuat pengkelasan kemah iran berfikir meliputi kemahiran mengkelas,
mencadangkan alternati f, membina konsep, mengesan kesahan atau kebolehpercayaan,
membuat inferens menganalisis hubung kait, membeza sebab dan kesan, mengaplikasi,
membeza fakta dan andaian, menilai, membuat generalisasi, membeza, membanding,
membuat ramalan, memerhati dan menguji hipotesis.
I l
pelajar memberi bukti untuk menyokong kesimpulan mereka.
menunjukkan kumpulan eksprimen lebih aktif dalam perbincangan.
Dapatan kaj ian
Ramai ahli akademik berpendapat bahawa kemah iran berfikir boleh diajar.
Nikerson et al. (1985) misalnya menganggap bahawa kemahiran berfikir boleh diajar
kerana ia merupakan satu kemah iran, sarna seperti kernahiran-kernahiran lain.
Satu siri kajian tentang kemah iran berfikir telah dijalankan oleh Hudgins dan
Edelman (1988). Dengan menggunakan kaedah eksperimen, Hudgins dan Edelman cuba
membuktikan sama ada kebolehan berfikir secara kritis dapat ditingkatkan melalui
pengajaran guru ketika mengendalikan perbincangan kumpulan kecil. Sepuluh orang
guru telah dipilih dan diberi latihan untuk mengendalikan kumpulan perbicangan. Guru
telah diarah untuk mengurangkan amalan memberi maklumat dan cuba menggalakkan
Dalam kajian berikutnya, Hudgins dan Edelmen (1988) telah menggunakan
pelajar gred empat dan lima di sebuah sekolah sebagai sampel. Kajian dijalankan untuk
menentukan sarna ada pelajar dalam kumpulan eksperimen dapat mengaplikasikan
pelbagai kemah iran berfikir kritis, menggunakan maklumat yang ada, dan dapat
menjawab soalan dengan lebih baik. Pelajar dalam kumpulan eksperimen telah dilatih
dengan kemahiran berfikir secara arahan kendiri melalui pelajaran yang melibatkan
pelbagai jenis kemahiran menaakul seperti memberi definisi, deduktif, menganalisis
propaganda dan membuat inferens. Kaedah main peranan telah digunakan, iaitu pelajar
diberi peranan tertentu dengan tujuan supaya menyedari tugas serta proses pemikiran
mereka. Dapatan kajian menunjukkan kemah iran berfikir dapat ditingkatkan. Pelajar-
12
Di Malaysia, kajian telah dijalankan oleh Krishnaveni (1988). Dalam kajiannya
terhadap 66 pelajar Sekolah Tunku Ampuan Durah, Seremban, Krishnaveni (1988)
mendapati 33 orang pelajar dalam kumpulan eksperimen yang diberi tugasan kerja rumah
berkait dengan kemahiran kritis dapat mencapai keputusan yang lebih baik dalam mata
pelajaran Fizik berbanding dengan kumpulan kawalan.
pelajar dalam kumpulan eksperimen dapat meningkatkan pencapaian dalam tiga perkara
yang diuji iaitu mengaplikasikan kemahiran berfikir kritis, dapat menggunakan maklumat
yang ada, dan jawapan soalan mereka lebih berkualiti berbanding dengan kumpulan
kawalan.
Seterusnya, Sivanesan (1996) telah membuat kajian kemahiran berfikir dalam
penyelesaian masalah matematik bagi pelajar tahun enam dengan jumlah sampel seramai
lapan puluh orang. Dalam kajiannya itu, beliau telah memilih para pelajar dari tiga kelas
dengan pelbagai kebolehan yang datang dari bandar dan luar bandar serta berlainan etnik.
Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa pencapaian pelajar adalah lebih baik dalam
ujian objektif berbanding dengan ujian subjektif dalam semua kemahiran berfikir dalam
penyelesaian masalah matematik.
Kemahiran berfikir dalam pendidikan sejarah dapat dikaitkan dengan kajian
Maxim (1995) yang menyatakan meningkatkan pemikiran kritis kerap dijelaskan sebagai
objektif akhir dalam pendidikan Sains Sosial (Maxim, 1995). Pendidikan Sejarah sebagai
satu daripada mata pelajaran dalam bidang Sains Sosial tidak terkecuali daripada
13
kenyataan ini. Melalui pendidikan Sejarah, pelajar diharapkan boleh menganalisis,
merumus dan menilai fakta-fakta sejarah negara secara rasional dan kritis (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2003). Kemahiran berfikir secara kritis dalam pendidikan Sejarah
dapat dikembangkan melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran seperti memahami konsep
konsep sejarah, mentafsir dan mengesahkan fakta-fakta sejarah, serta mencari bukti-bukti
sejarah.
Abd. Rahim Abd.Rashid (1997) berpendapat bahawa pembelajaran menggunakan
konsep merupakan bahagian yang amat mustahak dalam proses berfikir. Menurut beliau,
daya pemikiran boleh dibentuk apabila pelajar cuba memahami sesuatu konsep dengan
cara mcmbuat pcngelasan atau pengkategorian.
Omar Mohd. Hashim (1992) pula mengatakan bahawa membentuk pemikiran
kritis merupakan satu daripada aspek yang mendasari Falsafah Pendidikan Sejarah.
Pemikiran kritis boleh ditingkatkan dengan eara membimbing pelajar menganalisis,
mensintesis dan menilai fakta. Pertanyaan mengenai kebenaran atau kesahihan fakta
sejarah yang diajukan oleh para pelajar adalah satu pendekatan ke arah pemikiran kritis
kerana untuk rnenjelaskan tentang sesuatu kebenaran.
Berdasarkan perbineangan di atas, dapatlah dikatakan bahawa banyak kajian telah
dijalankan tentang kemahiran berfikir sarna ada di dalam ataupun di luar negara yang
melibatkan juga kemahiran berfikir aras tinggi. Berdasarkan kajian-kajian berkenaan,
adalah jelas bahawa pengajaran kernahiran berfikir termasuklah kemahiran berfikir aras
14
top related