bentang moral en aziz.pptx

Post on 25-Dec-2015

242 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

APLIKASI KEMAHIRAN DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN MORAL

Pembelajaran Berasaskan Teori Of Constraint Pembelajaran Aktif Pembelajaran Kontekstualisme Pembelajaran Konstruktivisme Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif Kemahiran Kajian Masa Depan Integrasi Kecerdasan Emosi (KKE) dalam pengajaran Pendidikan Moral

DISEDIAKAN OLEH:MASNI BT SHABIRU

SURIANI BT MAHAMUDZURIANI BT MOHD RAHNI

PEMBELAJARAN BERASASKAN TEORI OF

CONSTRAINT

TOC merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada guru dan murid agar dapat menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Pendidikan Moral sekaligus menimbulkan minat murid.

TOC merupakan teknik kemahiran Pemikiran dan penyelesaian masalah berdasarkan pemikirann yang logic dan sistematik. Ianya merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.

Apakah TOC?

Menerusi teknik TOC murid dan guruberupaya: Mencapai matlamat Pengajaran dan

pembelajaran. Dapat meyelesaikan masalah dengan

berkesan Membuat keputusan bersama-sama

dengan rasa tanggungjawab Dapat berkomunikasi dengan baik

Kelebihan TOC

3 kemahiran dapat digabungjalinkan melaluiTOC iaitu:

Kemahiran berfikiran secara kreatif Kemahiran berfikir secara kritis Kemahiran generik

1. Teknik Awan (The Cloud) Teknik ini melibatkan beberapa penekanan iaitu: Kehendak (2 kehendak yang bertentangan di mana

wujudnya konflik ) Keperluan (apa yang hendak dicapai berdasarkan

kehendak) Anggapan (penentu kepada cara untuk memenuhi

keperluan yang berdasarkan keperluan) Matlamat bersama (matlamat yang hendak dicapai

berdasarkan keperluan) Penyelesaian `Win-win’ (penyelesaian yang dibuat

supaya kedua-dua dan matlamat bersama Berjaya dicapai)

Teknik-teknik TOC

2. Teknik Sebab dan Akibat (Cause & Effect)

Sebab dan akibat menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea, kejadian mengakibatkan kesan-kesan yang negative. Dengan ini murid akan sedar akan kesan-kesan negatif daripada sesuatu tindakan atau tingkah laku. Teknik ini juga memberi cara untuk menyatakan kesan-kesan itu.

Sebab Kesan

contoh

KOTOR

BUSUK

TIDAK CANTIK

SEMAK

CANTIK

BERSIH

SELESA

CERIA

KEMPEN GOTONG ROYONG

MEMBERSIHKAN KANTIN

Dengan selesainya perbincangan secara berpasangan/berkumpulan, mereka boleh menulis karangan atau membuat persembahan di hadapan kelas. Ini akan membuatkan suasana menjadi lebih menarik terutamanya dalam subjek Pendidikan Moral.

3.Teknik Mencita-citakan Kejayaan (Ambitious Targets Collaboratively)

Teknik ini merupakan satu teknik yang sesuai diaplikasikan dalam subjek Pendidikan Moral. Teknik ini membolehkan seorang murid atau secara berkumpulan dalam mencapai sesuatu matlamat. Teknik ini juga dapat membina semangat berkumpulan untuk mencapai kejayaan melalui motivasi dan perancangan strategik yang melibatkan persetujuan ahli kumpulan.

Langkah-langkah: Mengenal pasti matlamat yang diingini. Mengenalpasti cabaran-cabaran yang akan

dihadapi sebelum matlamat itu boleh dicapai.

Cadangkan langkah penting dan cara bagaimana cabaran-cabaran ini boleh diatasi.

Susunkan cara-cara menghadapi cabaran-cabaran mengikut keutamaan.

Berikan langkah-langkah sesuai yang boleh diambil untuk menangani cabaran itu.

PEMBELAJARAN AKTIF

Pembelajaran Aktif merupakan satu pembejaran yang menyeronokkan terutama bagi subjek Pendidikan Moral. Guru digalakkan menukar daripada pembelajaran pasif ke pembelajaran aktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Dalam melaksanakan pembelajaran aktif inovasi dan kreativiti guru perlu dalam melaksanakan satu aktiviti pelajaran aktif.

Pengajaran Aktif merupakan satu pendekatan di mana murid berinteraksi dengan bahan pengajaran dan murid berinteraksi dengan individu lain. Pengajaran Aktif memberikan peluang kepada murid untuk berinteraksi dengan apa yang dipelajari. Guru bertindak sebagai fasilitator dan membimbing dalam mendapatkan jawapan.

Maksud Pembelajaran Aktif

1. Minute Papers Memberi peluang kepada murid untuk sintesis

pengetahuan mereka dan menanya soalan yang tidak terjawab seperti mengapakah kita perlu bergotong-royong di kawasan perumahan? Apakah yang akan berlaku di kawasan persekitaran rumah jika kita tidak menjalankan aktiviti gotong-royong? Ceritakan perasaan anda sekiranya kawasan perumahan anda kotor?

Berikan beberapa minit untuk murid berfikir bagi memberikan jawapan secara bertulis atau lisan.

Contoh aktiviti-aktiviti Pengajaran Aktif

Teknik ini melibatkan seluruh kelas mengambil bahagian. Guru memperkenalkan apa yang perlu dipelajari dan meminta input dari murid yang akan dicatat oleh guru di papan tulis.

Vandalisme seperti merosakkan tandas awam akan mencetuskan idea dan percambahan fikiran di dalam diri murid.

Guru akan menerima semua idea murid yang pada mulanya mungkin salah atau betul dan akan dicatatkan di papann tulis. Murid akan memberikan pelbagai jawapan dan kritikan dan akhirnya guru bersama-sama murid akan berbincang. Guru akan menjelaskan apa yang patut dan tidak patut terhadap topik yang diberikan.

2. Brainstorming

Aktiviti permainan berbentuk padankan, pertandingan. Menyambung atau menyelesaikan puzzle, mencari perkataan tersembunyi dan sebagainya.

3. Permainan

Kerja kumpulan menghendaki semua ahli bekerjasama dalam menyelesaikan satu tugasan yang diberikan. Setiap ahli akan bersuara, berkongsi pendapat dan mengembangkan pembelajaran.

4. Kerja kumpulan

Perbahasan menggalakkan murid berfikir pelbagai perspektif tentang sesuatu isu. Murid diberi masa untuk berbincang tentang isu persekitaran dan berbahas dengan guru dan rakan. Guru bertindak sebagai fasilitator sahaja.

5. Perbahasan

Ia menggunakan kisah sebenar untuk menerangkan apa yang berlaku dalam sesuatu masyarakat, keluarga, sekolah atau individu akan menggalakkan murid mengintegrasikan pengetahuan yang diperolehi dalam bilik darjah dengan pengetahuan sebenar, tindakan dan akibat sesuatu tindakan.

6. Kajian Kes

Melibatkan ramai murid untuk melakonkan situasi pencemaran sungai di mana murid-murid memegang watak-watak seperti beg palstik, kotak minuman, botol, hidangan air dan 2 budak nakal. Guru menyediakan skrip dan melibatkan murid secara aktif dalam lakonan.

7. Lakonan

1. Arahan berpusatkan murid Guru perlu sensitif terhadap perkembangan

murid selain daripada mengetahui latar belakang mereka serta pengetahuan sedia ada murid untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.

Ciri-ciri pembelajaran aktif

2. Komuniti diskusi Peluang kolaborasi dan bertukar idea antara

murid dengan murid, murid dengan guru, murid dengan warga sekolah, akan diberi kepada murid. Pengajaran Aktif juga dapat memotivasikan murid.

3. Refleksi Murid diberi masa untuk membuat refleksi

atas maklumat yang diterima semasa sesi Pengajaran dan pembelajaran. Guru yang kreatif dan inovatif boleh membantu murid membuat refleksi dengan pelbagai cara.

4. Berkongsi tanggungjawab dalam proses

pembelajaran Guru perlu membantu murid agar

bertanggungjawab terhadap pembelajaran dengan memberi bimbingan dalam bertindak dan berinteraksi dengan pembelajaran sendiri.

5. Kesalahan sebagai perkakas untuk

pembelajaran Apabila kesalahan dipandang daripada

perspektif posi tif murid tidak akan takut membuat kesalahan atau mengambil risiko apabila melaksanakan sesuatu aktiviti. Ia merupakan langkah semula jadi untuk pengalaman yang baru.

6. Peranan guru sebagai fasilitator Peranan guru bukan setakat menyampaikan

ilmu tetapi perlu kreatif dalam mengembangkan pemikiran kritis dalam kreatif dalam membantu murid menyelesaikan masalah.

PEMBELAJARAN KONTEKSTUALISME

Satu kaedah pembelajaran yg menggabungkan isi kandungan dgn pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan melibatkan aktiviti hand-on dan mind-on.

Definisi

dapat proses maklumat baru dgn cara yg bermakna dlm rangka minda.

maklumat disampaikan dlm konteks pelbagai dan bermakna

guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran.

Ciri-ciri:

PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Pengetahuan, idea, konsep dibina secara aktif oleh individu yg berfikir berdasarkan pengetahuan sedia ada melalui proses metakognitif.

Definisi

Penglibatan- simulasi perasaan ingin tahu Penjelajahan – guna pendetakan Inkuiri

utk menjelajah dan menyiasat Penerangan- definisi konsep dan

penyataan Penghuraian – menghubungkait sesuatu

kemahiran / konsep Penilaian – menilai pemahaman pelajar

melalui demotrasi pemhaman dan kemahiran.

Ciri-ciri:

Fasilitator, pembimbing, mengenalpasti masalah, berfikiran terbuka, mencabar persepsi murid, beri masa yg secukupnya, tahu melaksanakan pembelajran koperatif.

Peranan guru

sikap bertanggungjawab , mempunyai inisiatif kemuka isu , adakan perbincangan , mencabar hipotesis yg telah dibuat, perlu mempunyai kemahiran maklumat dan penggunaan teknologi .

Peranan murid

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN

KREATIF

APAKAH BERFIKIR ?

Berfikir ...

... melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.

(Mayer, 1977)

… merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.

(Fraenkel, 1980)

… ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan.

(Beyer, 1984)

Pengertian berfikir

Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.

Produk

Proses

PROSES BERFIKIR

PengetahuanPengetahuan

Sikap / NilaiSikap / NilaiKemahiranKognitif

KemahiranKognitif

MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR

KEMAHIRANBERFIKIR

KEMAHIRANBERFIKIR

- menjana idea- menghubung kait- membuat inferens- meramal- membuat hipotesis- mensintesis- mengitlak- membuat gambaran

mental- menganalogi- mereka cipta

STRATEGIBERFIKIR

STRATEGIBERFIKIR

MENAAKULMENAAKUL

- mencirikan- membanding dan

membezakan- mengumpul dan mengelas- membuat urutan- menyusun mengikut keutamaan- menganalisis- mengesan kecondongan- menilai- membuat kesimpulan

KEMAHIRANKRITIS

KEMAHIRANKRITIS

KEMAHIRANKREATIF

KEMAHIRANKREATIF

- mengkonsepsi- menyelesaikan masalah- membuat keputusan

Pelbagai Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif.

Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada.

Pendekatan Akselerasi Kognitif Pendekatan Berasaskan Otak Pendekatan Berasaskan Falsafah

Sumber: Fisher, R (2005)

Bagaimana mengajar Kemahiran Berfikir di kelas PM?

Persediaan stimuli konkrit untuk pemikiran, berhadapan dengan masalah

Konflik kognitif menyediakan cabaran untuk minda

Dialog sosial konstruksi dengan lain Refleksi metakognisi tentang bagaimana

menyelesaikan masalah Mengaitkan apa yang dipelajari dengan

aspek lain Sumber: Adey & Shayer

(2002)

Pendekatan Akselerasi Kognitif

Pembelajaran Aselerated (VAK: visual, auditory, kinaesthetic) De Bono

Pendekatan Berasaskan Otak

Topi putih: Pengetahuan

Topi biru: Matlamat

Topi hijau: Kreativiti/Idea

Topi kuning: Manfaat

Topi hitam: Masalah

Topi merah: Perasaan

Pemikiran bahawa kita semua mempercayai apa yang kita fikirkan adalah terhadap kebenaran.

Pemikiran bahawa kita sendiri mungkin perlu menganalisis kemoralan diri sendiri; selalunya individu lain yang dilihat sebagai bersalah, mementingkan diri sendiri atau tidak bermoral.

Hubung kait antara PM dan Pemikiran Kritikal

Pemikiran kritikal diperlukan untuk menyelesaikan situasi di mana minda akan membantu kita membezakan perkara yang bermoral dan sebaliknya serta membantu kita mengembangkan “insights”.

Kemahiran berfikir secara kritikal diperlukan untuk melihat gambaran yang sebenar dalam pelbagai masyarakat dan amalan nilai dalam kehidupan harian.

Hubung kait di antara PM dan Pemikiran Kritikal

Pemikiran kritikal membantu kita:- mengembangkan kod moral kita sendiri,

kerana ia membantu kita berfikir untuk diri sendiri dan,

- bersikap rasional apabila mengadili diri sendiri dan orang lain.

Hubung kait di antara PM dan Pemikiran Kritikal

Pemikiran yang jelas dan intelektual. Meningkatkan keupayaan untuk memahami,

mengkonstruk dan mengkritik dalam penyelesaian konflik moral.

Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, fikir secara kreatif dan menyampaikan idea secara jelas dan efektif.

Mengurangkan kemungkinan membuat keputusan yang salah dan berasa malu (guilt and shame).

Kepentingan Pemikiran Kritikal dalam PM

Pemikiran kritikal tidak boleh dipaksa ke atas seseorang.

Kemahiran berfikir secara kritikal memerlukan:

- Tahap pemahaman intelektual yang tinggi.- Tahap penaakulan moral yang tinggi.- Pemikiran yang jelas dan terbuka.- Pertimbangan yang tidak bias. Gabungan elemen di atas membawa

kepada kemoralan yang baik dan terpuji.

Cara meningkatkan kemahiran berfikir secara kritikal dalam diri kita

Kita perlu memikir secara mendalam dan jujur tentang kemoralan diri sendiri.

Membuka minda kita terhadap kontradiksi moral dalam diri sendiri atau menganalisis apa yang menyebabkan kita menjadi egosentrik dan tidak bermoral ialah tanggungjawab yang berat.

Kebanyakan kita mengelakkan pemikiran kritikal disebabkan oleh kesan daripada pemikiran di atas.

Cabaran dalam menjadi guru PM yang berfikir secara kritikal

Pemikiran kritikal membantu dalam menggabungkan aspek penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral.

Guru PM yang berfikiran kritikal dapat meningkatkan tahap moral sensitiviti dan moral “insight” dalam diri masing-masing.

Guru yang dapat berfikir secara kritikal dapat membantu mengembangkan tahap pemikiran kritikal dalam murid-murid.

Kesimpulan

KAJIAN MASA DEPAN (KMD)

  Kajian masa depan ialah satu pendekatan

pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum.

Konsep Kajian Masa Depan (KMD)

Pengajaran berasaskan KMD merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan.

KMD dapat dianalogikan seperti kita yang sedang memandu kereta.

Sepanjang pemanduan itu, kita sering dikejutkan dengan perkara-perkara yang tidak dijangka

Sebagai contoh, ketika sedang memandu, tiba-tiba seorang kanak-kanak melintas di hadapan kereta kita.

Oleh itu, sepanjang pemanduan, kita haruslah peka dan sentiasa berwaspada.

Masa depan sangat dinamik kerana sentiasa berubah. Masalah yang berlaku pada masa depan lazimnya kompleks dan penyelesaiannya bersifat global.

Walau bagaimanapun, KMD lebih berciri saintifik kerana dapat diuji, boleh diulangi, dan dapat diramal.

Pembelajaran berasaskan KMD diperkenalkan untuk mendidik generasi baharu supaya menghadapi cabaran dan perubahan. Pembelajaran berasaskan KMD merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan untuk menghasilkan generasi masa depan yang berkeyakinan, berupaya, dan bertanggungjawab. KMD yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran akan:

Rasional Pengajaran Kajian Masa Depan

◦Membina generasi masa depan◦Menghasilkan tenaga manusia yang berfikir

◦Menjangka masalah dan membuat pilihan yang baik

◦Membawa anjakan paradigma

KMD yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran akan:

oBerfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa depan

◦Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan

◦Membina sikap dan nilai tentang masa depan

◦Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan

◦Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan

Objektif Kajian Masa Depan

Pelajar menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu sehingga ke masa kini dan meramalkan keadaan pada masa hadapan.

Pedagogi ini berpusatkan pelajar dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral, pendidikan alam sekitar dan sejarah.

Strategi Kajian Masa Depan

Murid diminta membaca sebuah cerita dan membuat ramalan berdasarkan cerita yang diberikan.

Contoh cerita ‘Arnab Yang Pemalas’. Murid diminta membuat ramalan apa yang

akan terjadi kepada arnab tersebut.

Contoh aktiviti KMD dalam PM

ARNAB YANG PEMALAS

Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” kata arnab lagi. Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab membuat sarang. “Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.” Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,” kata arnab.

Integrasi Kecerdasan Emosi (KKE) dalam

pengajaran Pendidikan Moral

Dalam konteks kecerdasan emosi, kompetensi bermaksud kecekapan atau kelayakan untuk menguruskan kecerdasan emosi diri dengan sempurna.

Patricia (1996)  Kompetensi merupakan ciri potensi individu yang

membolehkannya menghasilkan prestasi yang tinggi untuk sesuatu tugas, peranan atau dalam sesuatu situasi.

 Whiddett dan Hollyfords (2003) Tingkah laku yang didemonstrasikan oleh individu secara

aktif atas kerja yang ditugaskan di bawah konteks organisasinya.  

Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi(KKE)

Ciri-ciri kecekapan menggunakan kecerdasan emosi diri yang melibatkan kemahiran empati, intrapersonal dan interpersonal, termasuk kemahiran sosial.

Pengertian

Model Empat Cabang Kompetensi Kecerdasan Emosi Mayer & Salovery

Rubrik Kompetensi Kecerdasan Emosi

Pengenapastian Kecerdasan Emosi

Cabang Literasi Emosi Kompetensi Kecerdasan Emosi

1. Persepsi dan Ekspresi

    Emosi

Keupayaan mengenal pasti dan menunjukkan dengan ekspresi yang tepat

2. Penggunaan Emosi Keupayaan menggunakan emosi secara membina dalam proses membuat keputusan yang wajar.

3. Pemahan Emosi Keupayaan memahami maksud yang sebenar terhadap pelbagai emosi di dalam situasi yang nyata, agar boleh menggunakannya untuk membina komunikasi berkesan dalam interaksi sosial.

4. Pengurusan Emosi Keupayaan mengurus emosi supaya literasi emosi daripada aspek personal dan sosial dapat dipertingkatkan.

Mengikut Howard Gardner, potensi manusia mempunyai lapan kecerdasan.

 Antara lapan jenis kecerdasan yang dikenal pasti oleh Howard Gardner, kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal adalah jenis kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan emosi.

Kepentingan EQ

Kecerdasan interpersonal  merupakan kecerdasan interaksi sosial termasuk kerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan.

Kecerdasan intrapersonal  ialah ilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap agama, refleksi kendiri, dan mendisiplinkan diri serta kesedaran terhadap perasaan diri

1. Memahami Emosi diri sendiri2. Mengurus Emosi3. Memanfaatkan Emosi4. Empati – Membaca Emosi5. Mengurus hubungan

Kepentingan Kecerdasan Emosi Murid

1. Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik2. Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan3. Menggunakan Teknik Menyoal4. Menggunakan Percakapan yang sesuai5. Menggunakan Strategi Berpusatkan Murid6. Mewujudkan Suasana Interaksi yang Kondusif

dalam Bilik Darjah7. Membantu Murid Bermasalah8. Mengajar dengan sikap penyayang9. Gunakan Ganjaran  sebagai galakan dan

motivasi pembelajaran

Cara Guru Membantu Murid Mengurus Emosi Diri

 

top related