bentang kertas kerja

Upload: m-ma-nurna

Post on 05-Jan-2016

296 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bakat siswa 1 malaysia

TRANSCRIPT

Parent Bill of Rights

Nurul Naemah Bt. A. WahabUniversiti Pendidikan Sultan Idris SANG WAHABI MENCARI TUHAN DAN VERTIGO TINNITUS: BUKTI TAABUDIYYAH DALAM SOSIOLOGI MELAYU.

Kertas ini bertujuan menganalisis dua cerpen yang dipilih di dalam kumpulan cerpen Sepi Makin Memanjang (2013) karya Azizi Haji Abdullah. Kedua-dua karya yang dipilih bertajuk Sang Wahabi Mencari Tuhan dan Vertigo Tinnitus. teori Taabudiyyah yang diperkenalkan oleh Sasterawan tempatan negara iaitu Mana Sikana telah digunakan.Pendekatan Sosiologi Melayu turut digunakan untuk membantu kekuatan esei kritikan ini.PengenalanSinopsisSang wahabi dituduh penganut fahaman Wahabiah oleh orang kampungnya kerana mengamalkan amalan yang bertentangan dengan orang kampungnya. Sang wahabi mahu membawa pendekatan baharu untuk mengajak masyarakatnya mencari Tuhan . Oleh itu, dia telah membawa diri ke dalam rimba dengan biolanya kononnya ingin mencari Tuhan menggunakan biolanya. Sinopsis Sang Wahabi Mencari Tuhan.SambunganKetika berada di rimba, bunyi-bunyi alam telah membuatkan Sang Wahabi dapat merasakan Tuhan berada di hadapannya, yang sedang memerhatikan ketauhidannya .Akhirnya, dengan berbekalkan sifat percayanya dengan berdakwah melalui biolanya , dia pulang ke tempatnya untuk mengajar masyarakatnya untuk mengenal Tuhan melalui gesekan biolanya.

Sinopsis Vertigo TinnitusKisah Sakunta yang telah menghidap satu penyakit yang pelik di namakan vertigo Tinnitus. Vertigo Tinnitus merupakan satu bentuk penyakit gangguan keseimbangan dalam telinga dan seterusnya menyebabkan dia hilang keseimbangan. Sakunta bukan sahaja terdengar bunyi desingan malahan bunyi suara-suara yang seakan-akan mengejeknya, ketawa serta mengeluarkan kata-kata kasar kepadanya. Dengan bantuan seorang Imam, penyakit Vertigo Tinnitus disebabkan rohani Sakunta yang lemah serta sifat ego dan kebongkakannya berjaya dirungkai dan dicari jalan penyelesaian.Sakunta akhirnya sedar akan silap yang dihasilkan olehnya dirinya sendiri dan ingin kembali ke tempat tunggul yang pernah disepaknya untuk tujuan meminta maaf kepada alam semula jadi yang dimusnahkan dan telah dimaki hamunnya.

SambunganKekuatan Teori Taabudiyyah sebagai Teori Sastera Islam Menurut Mana Sikana dalam bukunya bertajuk Dari Barat Ke Timur: Teori dan Kritikan Sastera , Sastera Islam telah muncul bersama-sama kedatangan agama Islam ke Alam MelayuKesedaran untuk kembali kepada sastera Islam dibincangkan dalam Seminar Sastera Islam di Terengganu pada tahun 1973. Sambungan..Terdapat dua buah teori yang mendapat kedudukan dalam kalangan khalayak, iaitu teori takmilah dan teori taabudiyyah. Mana Sikana dalam bukunya Dari Barat Ke Timur: Teori dan Kritikan Sastera (2013a) berpendapat antara teori taabudiyyah dengan takmilah mempunyai konsep prisip yang sedikit berbeza, meskipun ia berasal daripada sumber yang sama, iaitu al-Quran dan Sunnah.Teori sastera taabudiyyah lebih mendekati prinsip Islam yang umum dan sederhana, yang berprinsipkan teras kritikan sastera Islam yang dibina sejak zaman Rasulullah S. A.W sehingga ke zaman pemerintahan Bani Umaiyah dan Abbasiyah. Teori takmilah pula lebih cenderung dan mirip kepada teori sastera bersifat sufi, yang menjadi tujuan atau falsafahnya ialah pembentukan insan al-kamil.

Sambungan..Erti Pendekatan Sosiologi Melayu.Pendekatan berbentuk kemasyarakatan yang lebih bersifat kontekstual atau ekstrinsik. Pendekatan ini lebih membicarakan aspek luaran teks, seperti sudut latar pengarang, meneliti hubungan, peranan dan fungsi sastera terhadap masyarakat Melayu (Mana Sikana, 2013b). Sambungan..Pendekatan sosiologi jika dikaji secara mendalam akan memperlihatkan suatu skop yang amat luas dalam bidang sastera. Pendekatan sosiologi hanya tertumpu kepada sosio budaya Melayu yang dinamakan sebagai pendekatan sosiologi Melayu.

Prinsip Teori Taabudiyyah dan Pendekatan Sosiologidalam karya.Fasa Teori TaabudiyyahPengukuhan AkidahPembentukan Akhlak IslamiahPrinsip Teori Taabudiyyah1. Latar Belakang2. Isi karya3. Teknik Penulisan4. Kesan dan fungsi Karya.Kaitan Latar Belakang Pengarang dan Idealisme Kepengarangannya

Kaitan Latar Belakang Pengarang dan Idealisme KepengarangannyaLatar belakang pengarang seperti riwayat hidup pengarang, kemasyarakatan, pendidikan, alam sekitarnya dan nilai hidup yang diamalkan oleh pengarang akan dibicarakan. Mohd Mansor Abdullah (2013) di dalam kertas kajiannya bertajuk Pemikiran Azizi dalam Empat Dramanya , Azizi Haji Abdullah juga merupakan pengarang yang cenderung ke arah pengalihan pengaruh latar belakangnya ke dalam setiap teks karya yang diciptanya.Latar BelakangAzizi Haji Abdullah dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda, Kedah pada 4 April 1942. Dibesarkan oleh ayahnya Haji Abdullah, iaitu seorang Tok Imam di kampung yang berlatarbelakangkan desa permai yang teletak di tepi bukit dan dikelilingi sawah bendang. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan kemudian ke Sekolah Agama Dairatul Maarif Al Wataniah, Kepala Batas, Pulau Pinang. Sepanjang era kerjayanya, Azizi Haji Abdullah berkhidmat sebagai guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Sungai Taka, Serdang, Kedah bermula tahun1965 sehingga tahun 1997. Selepas bersara dalam dunia pendidikan, Azizi Haji Abdullah telah menjadi Editor Utusan Pengguna terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Di samping itu, beliau juga merupakan penulis kolum beberapa buah majalah dan akhbar (Abdul Rahman Abdul Aziz, 2013).Beliau juga menimba ilmu kepengarangan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dengan asuhan beberapa orang tokoh sasterawan di sana.

Latar BelakangPrinsip Teori Taabudiyyah dan Sosiologi Melayu dalam Sang Wahabi Mencari TuhanIsi KaryaTeknik PenulisanKesan atau fungsi karyaPengertian isi merujuk kepada persoalan seperti tema, pemikiran, ideologi, premis dan falsafah agama yang digunakan oleh penulis.Isi karya yang ditonjolkan oleh penulis dalam karya isi adalah mengenai persoalan akidah yang berasaskan fahaman Wahabiah. Isi KaryaContoh:Sang Wahabi telah terikut-ikut fahaman Wahabi setelah pulang daripada belajar di Jordan dan Mesir.Persoalan utama yang menjadi konflik di dalam cerita ini apabila masyarakat tempatan tidak menerima amalan yang telah diamalkan olehnya kerana terbawa-bawa dengan fahaman Wahabi terbabit. Hubungan Sosio-budaya Melayu dengan persoalanMasyarakat Melayu Islam yang berada di sekeliling Sang Wahabi bersikap prejudis dengan segala perbuatan yang diamalkan oleh Sang Wahabi dianggap menyalahi etika atau bertentangan dengan ajaran agama. Teknik PenulisanEstetika karya melalui gambaran:Gambaran diolah dengan sempurna oleh penulis dengan cara meyakinkan para pembaca supaya timbul perasaan realistik bagi situasi yang di alami Sang Wahabi. Contoh:Subhanallah lalu dia terbisik sendiri. Gesekannya tidak sia-sia mencari Tuhan. Dengan seluruh perasaannya, dia menolak dan menarik tali biolanya dengan jari terketar-ketar, menggeletar, dengan siku-menyiku dan apitan bahu dengan dagu. Dia telah membentuk rasa dan jiwanya sendiri. Dirasakannya ada semacam perasaan yang kian menjelma halus, melalui gesekan. (Azizi Haji Abdullah,2013: 19)Teknik PenulisanBentuk teknik penulisan yang tertumpu kepada bahasanya dan pada verifikasi serta majas-majas.Penulis cenderung menyampaikan gambarannya dengan bahasa prosa (nasr) atau simbol (ramzi) Penggunaan stilistik atau gaya bahasa yang menjadi hiasan dalam cerpen tersebut seperti hiperbola, analogi, metafora, tasybih (simile) serta lain-lain lagi. Contoh:.. Bahu kanannya melonjak bagaikan bonggol kecil. Rasa-rasanya dia sangat taqarrub dengan Rab. Dia pun menelaah Rubbubiah. Menyusul pula pertumbuhan rasa dan zauqnya seperti kanak-kanak normal. Dirunutnya sungguh-sungguh. Terasa seperti ibunya bersenandung mesra. Terasa seperti seorang perempuan, Paulina Koch, yang mengajar Einstein menggesek biola dihadapannya. (Azizi Haji Abdullah,2013: 24)Teknik PenulisanMengutamakan penggunaan;-Lohgat bahasa tidak formal.-Ayat yang berulang-ulang -Ayat yang pendek-pendek Bagi membolehkan pembaca dominan yang terdiri daripada masyarakat melayu dapat memahami dengan mudahContoh: Aneh, tidak ada sesiapa pun yang mengganggu. Ada asap putih berat, mengangkat diri sendiri dan hilang tidak semena-mena. Kehijauan pokok sangat menenteramkan. Ada curam sungai yang air jernih mengalir. Berjajaran pokok-pokok tinggi seperti memagari tebing. (Azizi Haji Abdullah,2013: 18)

Pengukuhan akidah umat Islam.Contoh:Gambaran perjalanan seorang Muslim iaitu watak Sang Wahabi yang cuba mencari pendekatan untuk lebih mendekatkan dirinya dengan Tuhan. Dalam pencariannya, Sang Wahabi tidak berputus asa selagi tidak merasakan wujud sifat ketauhidan Tuhan dalam dirinya.Kesan atau fungsi karyaMenyalurkan kepada pembaca mengenai kepercayaan kepada kekuasaan Tuhan. Contoh:Gambaran aspek alam yang indah bagi membuktikan sifat kekuasaan Tuhan yang menciptakan alam semulajadi. Hal ini selaras dengan tuntutan rukun iman yang pertama iaitu percaya kepada Tuhan. Kesan atau fungsi karyaPrinsip Teori Taabudiyyah dan Sosiologi Melayu dalam Vertigo TinnitusIsi KaryaTeknik PenulisanKesan atau fungsi karyaContoh:Sakunta telah digambarkan oleh penulis sebagai seorang yang mempunyai keperibadian yang bongkak.Tema utama yang ingin disampaikan oleh penulis adalah mengenai isu tasawwuf atau moral Isi KaryaContoh:.. Yang dijemput bukan fakir miskin, tetapi rakan-rakan cendekiawan, ilmuwan, sarjana, politikawan, dan profesor, di samping memberitahu bahawa dia telah khatam segala buku di perpustakaannya. (Azizi Haji Abdullah,2013: 191)

Persoalan seterusnya mengenai sikap mengasing-asingkan taraf darjat hidup. Isi KaryaHubungan Tema dan persoalan dengan Sosio-budaya Melayu.Sikap tidak merendah diri atas nikmat sebagaimana yang digambar di dalam petikan tersebut bukanlah ajaran atau nilai moraliti yang telah diterapkan dalam warisan bangsa Melayu itu sendiri. Hal ini dapat dibuktikan melalui pelbagai peribahasa telah dicipta bagi menolak sikap sombong dan tidak merendah diri ini. Penulis telah menggunakan estetika bahasa Islam bagi melahirkan dasar tentang makna. Segala unsur yang diaplikasikan oleh penulis berbentuk lafaz, fasahah, dan balaghahnya berpuncak kepada makna yang ingin disampaikan. Teknik PenulisanContoh: ...Astaghfirullahal Azim... Kali ini dia mengagumi dirinya sendiri. Entah mengapakah tiba-tiba dia merasai begitu. Ego dan ujub serta riak tiba-tiba singgah di sudut kalbunya. Hanya sanya yang jelas, dia terasa sudah sampai masanya dia berasa berbangga kerana sudah dapat menduduki Madaarij yang teratas dan sudah mampu menggapai beberapa buah buku yang dikehendakinya. (Azizi Haji Abdullah,2013:209)Contoh:Penggunaan ayat dialog seperti hoi! Dan celaka yang menunjukkan gambaran yang bersifat realistik kepada pembaca. Penulis turut menggunakan teknik penulisan yang amat dekat dengan masyarakat melayu sendiri. Penggunaan istilah-istilah yang dianggap kasar dalam masyarakat melayu memperlihatkan keadaan realisme yang sering berlaku dalam komuniti melayu sendiri. Teknik PenulisanContoh:Sakunta ditimpa balasan atas masalah yang ditimbulkan atas sikap bongkaknya kepada persekitaran sekelilingnya. Setelah menyedari kesalahan yang diciptanya sendiri, barulah Sakunta insaf dan memahami erti merendah diri dengan persekitaran dan juga alam sekeliling. Betapa pentingnya sikap merendah diri sesama insan, masyarakat dan juga alam. Penulis ingin menyampaikan pentingnya pengukuhan moraliti serta rohaniah seseorang individu muslim bagi melahirkan insan yang berakhlak mulia. Kesan atau fungsi karyaKesimpulanTeori Sastera tempatan berunsurkan Islam mempunyai sifat dan cirinya yang tersendiri bagi mengukuhkan dan menguatkan pengaplikasiannya dalam dunia sastera Melayu. Dengan teori dan kritikan Islam yang telah diperkenalkan dan dikembangkan oleh para pengkaji sastera tempatan membantu mempertingkatkan mutu serta keperibadian tersendiri seni Sastera Melayu berunsurkan Islam. Sekian TerimaKasih