bahasamelayukomunikatif11-130315102924-phpapp02
Post on 16-Jan-2016
230 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1WAJ3115
PEMBENTANGAN KUMPULAN 7 AHLI : DEVIN XAVIOUR A/L JOSEPH ALBERT
REVATHY A/P MANICKAMTIVIYAA A/P MUTHUSAMYTRESHIE PUNGA ANAK SABANG
WACAN
A
1.0 DEFINISI
5.0 KEUTUHAN WACANA
4.0 PENANDA WACANA
3.0 JENIS WACANA
2.0 CIRI WACANA
1.0 DEFINISI WACANA
A. ASMAH HAJI OMAR, 1986
Wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa
oleh penutur atau penulis, iaitu sistem bahasa dan
unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang
menyumbang kearah menjadikan pertuturan atau
tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna
dalam berkomunikasi.
B. Harimurti Kridalaksana,1982
Wacana ini direalisasikan dalam bentuk
karangan yang utuh (novel, buku, siri
ensiklopedia dan sebagainya), paragraf,
kalimat atau kata yang membawa amanat
yang lengkap.
C.TEKS PRA-U STPM
Wacana didefinisikan sebagai unit bahasa yang
mempunyai kesantunan fikiran yang utuh dan
melebihi batas ayat. Dalam hierarki bahasa,
wacana terletak pada tingkat yang tertinggi,
iaitu hadir selepas tingkat ayat.
D. Abd Razak Bin Hassan Penanda wacana ialah perkataan ataupun
rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.
E. Kamus Dewan Edisi KeempatPenanda dapat didefinisikan sebagai sesuatu yang digunakan sebagai tanda. Selain itu, Wacana pula ditakrifkan sebagai kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Penanda wacana merupakan kata, rangkai kata, atau frasa yang menunjukkan pertalian, hujah, dan buah fikiran. Fungsi penanda wacana ialah menjadi penyambung antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana.
2.0 CIRI-CIRI WACANA
A. Mempunyai tema B. Bermotif C. Gaya bahasa D. Kohesi dan koherens E. Tiada ayat tautologiF. Elemen-elemen yang logikal dan realistikG. Terdiri daripada andaian (subjek) dan inferensi (komen/aseri)
A. MEMPUNYAI TEMA Pengarang atau penulis berkesempatan
menentukan etika dan prosedur penghasilan penulisan.
B. BERMOTIF Penulisan bertujuan untuk pembaca menilai
dan mengenalpasti hubungan hasil bacaan dengan pembaca.
C. GAYA BAHASA Karya menggunakan gaya bahasa yang sesuai
kepada para pembaca. Adakalanya, gaya bahasa yang digunakan mampu menimbulkan kesan dialek sosial (laras bahasa biasa) dalam pertuturan.
D. KOHESI DAN KOHERENS Ayat-ayat dihubungkan dengan menggunakan
penanda wacana agar ayat-ayat tersebut berkohensi (makna tautan) dan koherens (logik).
E. TIADA AYAT TAUTOLOGI Ayat tautologi (ayat yang sudah dinyatakan
sebelumnya) tidak perlu diulang.
F. ELEMEN-ELEMEN YANG LOGIKAL DAN REALISTIK Hasil penulisan perlulah bersifat kenyataan, logik dan realistik, bukanlah rekaan individu semata-mata.
G.TERDIRI DARIPADA ANDAIAN (SUBJEK) DAN INFERENSI (KOMEN/ASERI)
Contoh: Kucing Parsi itu comel. ↓ ↓ ANDAIAN INFERENSI Kebiasaannya satu ayat hanya mempunyai satu inferensi
sahaja. Tetapi adakalanya andaian dapat ditentukan oleh pembaca tanpa ditulis.
Contoh : Keluar!
3.0 JENIS WACANA
A. Wacana Lisan
B. Wacana Tulisan
A. WACANA LISAN• Dihasilkan melalui media lisan – pembicara/penutur
dengan pendengar
• Komunikasi yang terlibat – komunikasi interaktif/langsung
• Melibatkan pembicara/penutur dan pendengar secara langsung
• Penyampaian maklumat – ekspresi wajah, nada suara dan gerak badan
• Contoh: perbualan, temu ramah, ceramah,pidato, ucapan, siaran radio dan televisyen
B. WACANA TULISAN• Disampaikan secara bertulis
• Komunikasi tidak langsung – komunikasi satu arah
• Melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca
• Penulis tidak akan mendapat respon secara langsung daripada pembaca – penulis tidak berhadapan dengan pembaca semasa wacana tersebut dihasilkan
• Wacana tulisan selalunya disunting terlebih bagi menghasilkan tulisan yang berkualiti
• Pembaca perlu membaca teks – untuk memahami maksud yang ingin disampaikan oleh penulis/pengarang
• Contoh: akhbar, majalah, buku dan novel
4.0 PENANDA WACANA
Bermaksud kata, rangkai kata atau frasa yang menunjukkan pertalian hujah dan buah fikiran. Digunakan untuk memantapkan lagi keutuhan wacana bagi mengaitkan perenggan dengan perenggan.
CONTOH
A. Tambahan selanjutnya, seterusnya, selain itu, di samping
itu, tambahan lagi, demikian juga, begitu juga
B. Tambahan dan Penegasan lebih-lebih lagi, tambahan pula, malah, malahan, bahkan, lagipun
C.Sebab, Kesan atau Lanjutanoleh sebab itu, dengan itu, dengan demikian, jadi,sebagai akibatnya, sebagai,hasilnya
D. Pertentangan namun begitu, namun demikian, bagaimanapun, walaupun, akan tetapi, sungguhpun
E. Perkaitansehubungan dengan itu, dalam hal ini, berhubung dengan, dari segi, sejajar dengan, selaras dengan, merujuk kepada
F. Waktusebelum itu, kini, pada masa ini, sementara itu, kemudian, pada waktu yang sama, lama-kelamaan, akhirnya
G. Tempat disini, di sana, di samping, berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan
H. Contoh misalnya, sebagai contoh, contohnya
I. Perbandingan dalam hal yang demikian, sebagaimana, seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan
J. Pernyataan semulayakni, dengan kata lain
K. Tujuan dan Maksuduntuk tujuan ini, hal ini bermaksud, hal ini bererti, hal ini membawa pengertian, maksudnya
L. Urutan pertama, kedua, selepas itu, kemudian,
akhirnya
M.Harapansemoga, moga-moga, mudah-mudahan
N.Rumusankesimpulannya, akhir kata, sebagai penutup, sebagai rumusan, secara keseluruhannya
O. Pendahuluansebagai pendahuluan, sebagai permulaan, mulanya, pertamanya, sebagai mukadimah
P. Singkatanringkasnya, pendek kata, secara ringkasnya
Q.Penekanan atau Penegasansesungguhnya, sebenarnya, sememangnya, tentulah, pastilah, jelaslah, tidak dapat dinafikan.
R. Generalisasi pada umumnya, secara amnya, secara umumnya
S. Bahasa Klasik hatta, maka, syahadan, adapun, alkisah, kalakian, sebermula, sekali peristiwa, arakian
5.0 KEUTUHAN WACANA
Asmah Haji Omar, 1986Keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis yang menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi.
Terdapat dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh:
1) Terdapatnya runtuhan atau koheren, (kesinambungan idea yang menjadikan wacana itu suatu teks yang bermakna dan dapat difahami)
2) Wujudnya tautan atau kohesi, (keserasian hubungan antara suatu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain).
Keutuhan wacana dapat dianalisis daripada wujudnya hubungan daripada aspek semantik, leksikal, dan gramatikal antara bahagian dalam sesuatu wacana.
Satu aspek yang penting kerana ini menentukan apakah sesuatu itu boleh dianggap sebagai wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur.
CONTOH
• “ Biarpun belum menjangkau tiga tahun namun ada kejayaan yang dilakar dalam laporan Kajian Separuh Penggal yang diperincikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat. Antaranya kejayaan mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi negara pada kadar yang membanggakan iaitu 6.1 peratus setahun. ”
Contoh ayat di atas dianggap sebagai satu wacana yang utuh kerana ayat ini mempunyai hubungan dari aspek semantik iaitu kaitan sebab dan hasil . Hubungan ini dapat dilihat daripada contoh ayat iaitu “ laporan Kajian Separuh Penggal. ” merupakan sebab manakala ayat “ mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi negara ” merupakan hasil.
• “ Di sebalik perit jerih kerajaan melaksanakan program kesejahteraan rakyat dan menangani krisis harga minyak, sokongan padu rakyat amat diperlukan. Tanpa sokongan rakyat, segala projek serta program yang amat sempurna di atas kertas tidak akan dilaksanakan dengan berkesan.”
Contoh ayat di atas dianggap sebagai satu wacana yang utuh kerana ayat ini mempunyai hubungan dari aspek semantik iaitu kaitan syarat dan hasil . Hubungan ini dapat dilihat daripada contoh ayat di atas “ sokongan padu rakyat amat diperlukan ” merupakan syarat manakala contoh hasil ialah “ segala projek serta program yang amat sempurna di atas kertas tidak akan dilaksanakan dengan berkesan. ”
• “ Sememangnya memilih projek berjiwa rakyat sebagai keutamaan adalah tepat terutama dalam keadaan rakyat terpaksa menanggung kesan kenaikan harga minyak global yang sedikit sebanyak menjejaskan rutin perbelanjaan mereka. Apatah lagi sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel berkuatkuasa 6 Jun lalu, rakyat tertunggu-tunggu apakah pelan perlindungan atau jaringan keselamatan untuk mereka.”
Contoh ayat di atas dianggap sebagai satu wacana yang utuh kerana ayat ini mempunyai hubungan dari aspek semantik iaitu hubungan memperkuatkan isi . Hubungan ini dapat dilihat daripada contoh ayat di atas.
• “ Begitu juga dengan peningkatan pendapatan perkapita, pengurangan defisit fiskal Negara, penurunan kadar kemiskinan serta pengurangan jurang ekonomi antara kumpulan etnik, antara wilayah dan antara Bandar dan luar Bandar. ”
Berdasarkan ayat di atas, terdapat penanda wacana yang digunakan yang menjadikan ayat ini dianggap sebagai wacana yang dilihat berdasarkan hubungan dari aspek gramatikal . Kata serta dan dan ialah penanda wacana jenis tambahan yang berperanan sebagai penghubung ayat dengan ayat yang sebelumnya.
• “ Rakyat juga mesti bijak menilai kesungguhan kerajaan untuk memastikan keharmonian Negara yang rakyatnya berbilang kaum ini terus dipelihara.”
Contoh ayat di atas adalah sebuah wacana yang dilihat melalui hubungan dari aspek fonologis . Perkataan mesti menunjukkan penegasan dalam ayat.
RUJUKANWacana. (2005). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-4 online.Dimuat turun dari
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wacana pada 7/2/2013
Abd. Hassan, (1993), Bahasa Kiasan Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 40, 907-913
Kamus Linguistik (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
top related