bahasamelayu thn3

Post on 02-Jun-2015

1.805 Views

Category:

Education

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BAHASA MELAYUBAHASA MELAYU

Tahun : 3 WawasanTajuk : Kata Adjektif (Kata Sifat)

Maksud Kata AdjektifMaksud Kata AdjektifKata adjektif ialah perkataan yang digunakan untuk menerangkan kata nama.Contoh kata adjektif ialah baik, murah,rendah, dan cantik.

Jenis – Jenis Kata AdjektifJenis – Jenis Kata Adjektif

1. Kata Adjektif Bentuk2. Kata Adjektif Perasaan3. Kata Adjektif Warna4. Kata Adjektif Ukuran5. Kata Adjektif Jarak6. Kata Adjektif Waktu7. Kata Adjektif Sifatan/Keadaan8. Kata Adjektif Pancaindera9. Kata Adjektif Cara

Kata Adjektif KeadaanKata Adjektif KeadaanContohnya;Baik, tegak, gopoh, pandai,takut, sihat,

kasar

Contoh ayat;1. Penghulu yang baik hati itu sangat

dihormati oleh penduduk kampung.2. Semua murid berdiri tegak semasa

lagu “Negaraku” dimainkan.3. Kerja yang dilakukan secara gopoh

tidak akan sempurna jadinya.

Kata Adjektif WarnaKata Adjektif WarnaContohnya; Biru, putih,

hitam,ungu,perang,jingga.

Contoh ayat;1. Karangan itu hendaklah ditulis pada

kertas putih.2. Kasut hitam yang dipakainya itu

dibuat daripada kulit buaya.3. Semua peserta kem motivasi itu

memakai pakaian seragam berwarna biru.

Kata Adjektif UkuranKata Adjektif UkuranContohnya;Kecil, panjang, tebal, kerdil, tinggi,

rendah.

Contoh ayat;1. Rumah kecil di hujung sawah itu

kepunyaan Pak Leman.2. Dia menjolok buah itu dengan galah

panjang.3. Kamus Dewan ialah kamus yang tebal.

Kata Adjektif BentukKata Adjektif BentukContohnya;Bujur, buncit, lurus, bengkok, lekuk,

lonjong

Contoh ayat;1. Meja makan itu berbentuk empat segi

bujur.2. Perut Hasan semakin buncit kerana

sudah lama tidak bersenam.3. Lukis garis lurus untuk menyambung

kedua – dua titik itu.

Kata Adjektif JarakKata Adjektif Jarak

Contohnya; Jauh, hampir, dekat, nyaris, rapat, sebelah

Contoh ayat:1. Sekolahnya terletak sangat jauh dari

rumahnya.2. Rumah yang hampir sekali dengan

masjid ialah rumah rumah Ali.3. Tempat kemalangan itu dekat dengan

sekolah saya.

Kata Adjektif WaktuKata Adjektif WaktuContohnya;Baru, lama, segera, silam, lambat,

cepat

Contoh ayat;1. Mereka memakai baju baru ke majlis

hari jadi itu.2. Encik Murad suka mendengar lagu –

lagu lama nyanyian P.Ramlee.3. Di bandar itu terdapat banyak

restoran yang menjual makanan segera.

Kata Adjektif PerasaanKata Adjektif Perasaan

Contohnya;Kecewa, rindu, segan, gembira, ragu, sayang

Contoh ayat;1. Encik Lim sangat kecewa dengan

keputusan PMR anaknya.2. Dia rindu akan anaknya yang sedang

belajar di luar negara.3. Orang itu sesat jalan kerana segan hendak

bertanya.

Kata Adjektif CaraKata Adjektif CaraContohnya;Deras, laju, segera, sering, lincah,

perlahan

Contoh ayat;1. Pengaliran air itu sangat deras selepas

hujan lebat.2. Bot laju itu direka khas untuk

pertandingan.3. Tindakan yang segera daripada pihak

berkuasa amatlah diharapkan.

Kata Adjektif PancainderaKata Adjektif PancainderaContohnya;Pahit, manis, busuk, kasar, merdu,

tampan

Contoh ayat;1. Sabrina tidak mahu makan ubat batuk

yang pahit itu.2. Wajah manis gadis itu sungguh

menawan hati.3. Bau busuk dari kilang itu mengganggu

penduduk kampung.

LatihanLatihan

Arahan : Isi tempat kosong dalam ayat – ayat di bawah dengan kata adjektif yang paling sesuai.

1. Kedengaran suara jeritan ________ meminta tolong.

2. Seorang wanita tua berjalan ________ hendak menaiki bas.

3. Kotak itu terlalu ________ untuk diangkat oleh murid – murid.

4. Bau bunga telur itu ________ benar.5. Murid – murid berdiri ________ menyanyi

lagu “Negaraku”.6. Percakapan ________ sahaja akan

dipercayai.7. Rasa ________ duduk menunggu di sini.8. Tutur kata ________ budak itu menarik

sesiapa yang mendengarnya.9. Lelaki ________ itu ialah Ustaz Jefri.10. Suara ________ penyanyi itu memukau

semua penonton.

11. Gadis ________ yang mengiklankan sabun dalam televisyen itu ialah kakak saya.

12. Aziz gagal dalam peperiksaan kerana ________ belajar.

13. Emak berasa ________ kerana kurang sihat.

14. Cikgu Yusri memuji Awang kerana dia membuat kerja dengan ________.

15. Kucing itu menjilat pinggan itu sampai ________.

16. Doktor telah menasihati Faridah supaya tidak mengambil makanan yang _______ kerana dia mengidap penyakit diabetes.

17. Sazali dan abangnya menjalankan perniagaan secara ________ sahaja.

18. “Rasa sup itu ________ kerana emak terlupa membubuh garam,” kata Siti kepada ibunya.

--Selamat Mencuba --

top related