bahan 2 dimensi dan 3 dimensiatikahawang.weebly.com/uploads/2/1/3/1/21315422/t6_bahan_2_dan… ·...

Post on 16-Nov-2020

14 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BAHAN 2 DIMENSI

DAN

3 DIMENSI

BBM dalam 2D dan 3D yang tidak menggunakan kuasa

elektrik dalam persembahan

• Bahan 2D atau dua dimensi adalah bahan-bahan visual

yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas

sekeping kertas atau permukaan rata.

Jenis-jenis bahan 2D yang dapat digunakan di dalam bilik

darjah termasuklah:

a. Gambar

b. Grafik

c. Carta

d. Peta

f. Poster

g. Kad imbasan

GAMBAR / GAMBAR FOTO

Gambar sama ada dalam bentuk hitam atau putih atau

berwarna merupakan gambaran sebenar rupa bentuk

manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan

dengan kamera di atas kertas foto atau filem.

PANDUAN Untuk alat bantu mengajar gunakan gambar foto yang besar agar

dapat dilihat dengan jelas oleh semua murid dalam kelas.

Semasa digunakan, letak gambar foto di atas alas atau pemegang

atau kaki diletakkan di atas papan kapur, supaya gambar foto

berkedudukan tegap.

Hadkan jumlah gambar foto yang bakal digunakan pada satu-satu

masa.

Gunakan satu gambar pada satu-satu ketika agar perhatian murid

tidak terganggu kerana terlalu banyak visual.

Cuba tarik perhatian murid dengan memberi soalan-soalan yang

bersangkutan dengan gambar foto yang dipamerkan.

GRAFIK

Grafik adalah gambar-gambar yang dilukis

dalam bentuk hitam putih atau berwarna-

warni

Semasa menggunakan grafik, guru

haruslah berhati-hati kerana telah terbukti

berlakunya perbezaan interpretasi

mengenai mesej yang berlainan mengenai

maksud sesuatu grafik yang dilihatnya.

PANDUAN

Guru mestilah sentiasa memberi

pandangan semasa grafik digunakan agar

bahan tersebut boleh mencapai objektif

yang diperlukan.

Semakin rendah tahap penerimaan murid,

semakin banyaklah panduan dan bimbingan

yang diperlukan untuk memastikan mesej

yang betul diterima daripada sebarang

grafik yang digunakan.

Carta pada amnya merupakan kumpulan

gambar rajah yang menunjukkan acara-acara

yang kompleks atau perkara-pekara yang telah

berlaku dalam jangka masa tertentu.

Carta selalunya mempunyai satu sifat utama,

iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun

aliran perubahan sesuatu.

CARTA

JENIS-JENIS CARTA

Carta Organisasi

Carta Klasifikasi

Carta Masa

Carta Jadual

Carta Urutan

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi yang menunjukan hubungan atau

rantaiaan pentadbiran ataupun pemerintahan di dalam

sesuatu organisasi kumpulan dan sebagainya.

CARTA KLASIFIKASI

Carta klasifikasi digunakan untuk mengkelaskan atau

menunjukan kategori bahan-bahan tertentu, peristiwa,

sepsis dan taksonomi haiwan atau tumbuhan mengikut

sifat, kumpulan dan sebagainya.

CARTA MASA

Carta masa mengambarkan hubungan masa dan

peristiwa, berguna untuk meringkaskan masa satu siri

peristiwa yang telah berlaku.

CARTA JADUAL

Carta jadual menunjukkan keterangan berdata atau

bernilai yang memberi penjelasan mengenai masa waktu

suatu perkara atau peristiwa akan berlaku.

JADUAL PENGGUNAAN PSS MENGIKUT SUBJEK BAGI 2013

MINGGU

TARIKH SUBJEK CATATAN

1 3/1/2013 - 5/1/2013 BAHASA MELAYU TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5

2 8/1/2013 - 12/1/2013 BAHASA INGGERIS TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5

3 15/01/2013 - 19/01/2013 BAHASA MELAYU TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5

4 22/01/2013 - 26/01/2013 BAHASA INGGERIS TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5

5 29/01/2013 - 2/2/2013 BAHASA MELAYU TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5

6 5/2/2013 - 9/2/2013 BAHASA INGGERIS TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5

7 12/2/2013 - 16/02/2013 BAHASA MELAYU TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5

8 19/02/2013 - 23/02/2013 BAHASA INGGERIS TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5

9 26/02/2013 - 2/3/2013 BAHASA MELAYU TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5

CARTA URUTAN

Carta urutan menggambarkan

satu siri urutan atau sekuen atau

prosedur atau tatacara atau

aliran suatu proses atau tindakan

tertentu.

Carta ini selalunya dibuat

mendatar agar

perkembangannya mudah diikuti

serta difahami langkah-langkah

satu persatu.

GRAF

Gambaran visual mengenai satu set nilai data yang

dapat memberi penerangan boleh tampak mengenai

hubungan dan perubahan-perubahan yang berlaku pada

set data itu.

• Pemilihan jenis graf untuk digunakan di dalam bilik darjah

bergantung kepada dua faktor penting.

• Kadar kesukaran fakta atau data yang hendak disampaikan

tahap kefahaman atau penerimaan murid.

JENIS – JENIS GRAF

Graf Bar atau Batang

Graf Gambar atau Piktograf

Graf Bulat atau Pie

Graf Garisan

GRAF BAR Data-data ditukar menjadi blok atau selinder yang

mempunyai nilai-nilai tertentu. Selalunya graf ini

dilukis menegak, dimana skala menegak

menunjukan perubahan kuantiti

Untuk pastikan tidak ada kekeliruan mesej berlaku,

ini adalah baik jika ketebalan atau lebar blok yang

dibuat itu dilukis dengan menggunakan sukatan

unit yang serupa. Graf Bar adalah mudah dibaca

dan amat sesuai untuk murid tahap rendah.

GRAF PIKTOGRAF

Dalam garaf ini data-data

ditukar menjadi gambar atau

simbol ringkas yang

membawa nilai-nilai tertentu.

Untuk memastikan tidak

berlaku sebarang kekeliruan,

adalah lebih baik andainya

guru dapat menulis unit nilai

seiap gambar atau simbol

yang digunakan itu dengan

jelas dan nyata.

GRAF BULAT / PIE CHART

Satu bulatan dilukis dan bulatan itu dibahagikan kepada

beberapa bahagian atau segmen. Setiap satu segmen

merupakan sebahagian ataupun peratus daripada nilai

utama satu set data.

Graf jenis ini adalah untuk diterjemahkan jika data nilai

utamanya boleh difahami oleh murid-murid.

JAN

FEB

MAR

APR

MEI

JUN

JUL

OGO

SEPT

OKT

NOV

GRAF GARISAN

Graf ini merupakan graf yang paling tepat dan paling

kompleks.

Graf garis di tulis berpandukan kepada dua paksi

bersudut tepat. Setiap paksi membawa skala-skala

masing-masing.

Titik ditandakan mengikut koordinat pada satu set nilai

data-data. Kemudian titik-titik disambungkan dengan

garis lurus atau garis lengkung.

Graf garisan dapat menunjukkan perubahan atau

perkembangan unit-unit data dalam 2 dimensi seperti 2

atau lebih unit data berubah atau berkembang mengikut

jangka masa tertentu.

GRAF GARISAN

0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

50

JAN FEB MAR APR MEI JUN JUL OGO SEPT OKT NOV

Series1

POSTER

Satu rekabentuk bergambar yang biasanya simbolik dan

menyatakan tujuannya dengan cara yang paling tepat

serta ringkas.

Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang

mengabungkan penggunaaan garisan-garisan, huruf-

huruf serta warna-warna di dalam satu persembahan

visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej

tertentu.

BAHAN TIGA DIMENSI

(3D)

Bahan 3D atau Tiga Dimensi

adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta

menyerupai bahan yang sebenar.

BAHAN – BAHAN 3D

Realia

Model

Diorama

Akuarium dan terrarium

Boneka

‘Mobile

Topeng

REALIA

1) Realia Asli

merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih

hidup seperti cacing tanah, belalang dan sebagainya,

ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan hidup)

seperti mesin, jentera dan lain-lain.

2) Realia Awet

Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan

disimpan didalam bendalir kimia. Contoh, ikan

dan serangga.

3) Spesimen

Ini merupakan sampel atau contoh hidupan yang

dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu

yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang

lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut.

Biasanya spesimen didapati dalam bentuk bahan

awetan.

Contohnya kutu daun dan udang.

MODEL

Model adalah binaan rupa bentuk

bahan atau benda asal yang

mungkin diperbuat daripada bahan

keras seperti tanah liat, plastisin dan

getah.

PECAHAN JENIS MODEL

Model dan Model Olok-Olok:

Bahan 3D yang mewakili struktur,

rupa bentuk atau bagaimana

sesuatu itu berfungsi.

MODEL BERSKALA

Model berskala ialah model bahan yang diperbuat

dalam saiz yang sama besar dengan benda asal

ataupun dalam saiz yang lebih kecil.

Ia berpandukan kepada skala pembesaran atau

pengecilan tertentu.

Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda

yang asal. Contohnya keretapi dan kapal terbang

MODEL OLOK-OLOK

Model olok-olok merupakan model yang diubahsuai

daripada rupa bentuk benda yang sebenarnya,

untuk menunjukan pergerakan atau perjalanan

kerja pada benda asal itu.

Biasanya model olok-olok ini dibuat lebih besar

daripada keadaan asal tanpa menghiraukan skala

pembesaran tertentu tetapi masih dapat

menunjukan keadaan asal yang sebenarnya.

Contoh:model enjin keretapi dan neraca.

MODEL KERATAN RENTAS

Model besar yang menunjukkan keratan rentas

pada satu bahagian tertentu untuk memperlihatkan

rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut.

Ianya selalu digunakan dengan meluas dalam

subjek sains.

Contohnya: kulit manusia / daun

DIORAMA

Diorama adalah satu persembahan pameran model-

model yang disusun rapi supaya dapat

menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu

situasi pemandangan asal.

Contoh: pemandangan-pemandangan atau keadaan

semasa zaman silam.

DIORAMA

AKUARIUM & TERRARIUM

Akuarium ialah tempat untuk memelihara hidupan dalam

air.

Terrarium pula ialah tempat untuk memelihara hidupan

kecil atas tanah.

BONEKA @ PATUNG

Boneka boleh digunakan sebagai alat Bantu mengajar

yang berkesan terutama untuk pelajaran Bahasa atau

Pendidikan Moral

JENIS – JENIS BONEKA

Beberapa jenis boneka boleh dihasilkan untuk

kegunaan guru termasuklah

Boneka Sarung Tangan

Boneka Lidi

Wayang Kulit

Boneka Bertali

Topeng

BONEKA SARUNG TANGAN

Sarung tangan boleh digubah menjada bahan dan

anggota boneka.

Jari dimasukkan ke dalam sarung tangan untuk

mengerakkan anggota boneka

BONEKA LIDI

Diperbuat dari bahan keras @ tebal.

Lidi panjang diletakkan pada badan boneka @

anggota

Boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi laun

digoyangkan

WAYANG KULIT

Rupa boneka dilukis pada kulit tebal, diwarna dan

dipotong

Lidi halus diletakkan pada anggota boneka

Dimainkan di belakang skrin putih

BONEKA BERTALI

Boneka bertali atu “marionette” diperbuat dari

bahan keras seperti plaster of Paris atau kayu.

Tali-tali halus disambung kepada bahagian-

bahagian boneka

TOPENG

Topeng boleh diperbuat dari kertas.

Sesuai dalam situasi main peranan dalam subjek

Bahasa dan Pendidikan Moral

top related