bab 2 - prinsip prinsip pembelajaran

Post on 08-Jun-2015

8.248 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

PGSR 2008

TRANSCRIPT

Prinsip-prinsip Pembelajaran

ZULELAWATI BUJANG

JIP – IPTAR 2008

Konsep Pengajaran & Pembelajaran

• Pengajaran melibatkan guru, manakala pembelajaran melibatkan pelajar.

Pengajaran

• Secara umumnya, pengajaran adalah proses berorientasikan matlamat yang dirancang terlebih dahulu.

• Kamarudin (1993) mengatakan pengajaran adalah suatu proses pengendalian urusan bagi membolehkan pelajar mengetahui atau menyempurnakan sesuatu yang mereka tidak dapat lakukan sendiri sebelum ini.

• Pengajaran ialah aktiviti bermatlamat yang dilakukan oleh guru secara sengaja dan disedari bagi membantu pembelajaran.

Pembelajaran

• Perubahan tingkah laku individu disebabkan oleh pengalaman (Slavin, 1997).

• Woodfolk (1998) pula berpendapat pembelajaran berlaku apabila pengalaman secara relatifnya menghasilkan perubahan kekal dalam pengetahuan dan tingkah laku.

• Crow dan Crow (1980) berpendapat pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap.

Prinsip-prinsip Pembelajaran

• Menurut Gagne, terdapat lapan komponen:

Penglibatan secara aktif

• Murid mesti melibatkan diri secara aktif ketika aktiviti pengajaran.

• Maklumat bukan disampaikan, tetapi murid itu sendiri yang mencarinya.

Perkaitan dan corak

• Murid berpeluang membina, menguji dan mencuba semula apa yang dipelajari.

• Mereka akan mewujudkan suasana yang bermakna terhadap aktiviti pembelajaran yang mempunyai kaitan dan bentuk yang tertentu.

Pembelajaran Informal

• Pembelajaran yang bukan berlaku di bilik darjah secara formal.

• Berlaku di luar kelas - di mana-mana sahaja, dan pada bila-bila masa.

• Kisah seorang pemuda.

Pengalaman langsung

• Pengalaman langsung dalam konteks yang sebenarnya diperlukan supaya dapat mengubah tanggapan atau andaian yang salah tentang sesuatu.

Situasi mendesak

• Sekiranya pengajaran adalah dalam situasi yang mendesak, dengan pengalaman secara langsung – dengan sesuatu yang benar-benar berlaku – maka pembelajaran tersebut akan lebih mencabar dan menarik bagi diri pelajar itu.

Maklum balas berterusan

• Menekankan kepentingan insentif bagi membentuk tindakan berterusan.

• Murid sepatutnya memperolehnya daripada guru dan rakan-rakannya.

• Kemampuan belajar dengan sebaik-baiknya akan diperoleh.

Suasana yang menyeronokkan

• Tindak balas berterusan yang sangat efektif jika sesuatu isi pengajaran itu disampaikan dengan suasana yang menyeronokkan.

Refleksi

• Merupakan elemen utama.

• Murid dapat mengawal pembelajaran mereka.

• Dapat meningkatkan kemahiran penilaian kendiri untuk melihat semula apa yang telah dibuat dan apakah yang perlu dibaiki.

Konsep refleksi

• ….merupakan satu respons kepada pengalaman lampau melalui satu penelitian secara sedar sebagai asas membuat penilaian dan keputusan serta sebagai sumber dalam perancangan dan tindakan..

Richard, J.C.

Reflection is not telling people about your experience but reflection is about what the experience means to you.

Konsep refleksi

• Terima kasih.

Jenis-jenis Pembelajaran

• Kemahiran intelek

• Strategi kognitif

• Maklumat Verbal

• Kemahiran psikomotor

• Sikap

Kemahiran intelek

• Diskriminasi

• Konsep konkrit

• Definisi konsep

• Peraturan

• Peraturan aras tinggi

Konsep konkrit

• Mengenal pasti tahap-tahap objek yang konkrit, peristiwa dll

• Contoh: Ambil semua cokelat M & M yang berwarna hijau di dalam balang tersebut

Mentakrifkan konsep

• mengklasifikasikan contoh-contoh baru tentang peristiwa atau idea berdasarkan takrifan mereka : “She sells sea shells” sebagai aliterasi.

Peraturan

• Mengaplikasikan satu cara untuk menyelesaikan tahap masalah.

• Dengan menggunakan kaedah “Bentuk T”, selamatkan kawan anda yang karam bersama-sama dengan kayaknya.

Peraturan aras tinggi

• Mengaplikasikan kombinasi baru untuk menyelesaikan masalah yang kompleks.

• Contoh: Hasilkan baki perbelanjaan untuk sesebuah organisasi

Diskriminasi

• Membezakan objek, simbol, rupa, bunyi dan sebagainya:

• Mendengar pitch yang berbeza dengan menggunakan alat-alat muzik.

Strategi Kognitif

• Menggunakan kaedah personal untuk membimbing cara belajar, berfikir, bertindak, dan memahami perasaan.

• Contohnya: memikirkan perancangan korporat untuk membaiki hubungan dengan kostumer

Maklumat Verbal

• Meminta untuk menyenaraikan pengajaran yang baru disampaikan seperti fakta, konsep, prinsip-prinsip, dan prosedur.

• Contoh: Senaraikan simpton awal penyakit Aids yang telah dijelaskan tadi.

Kemahiran psikomotor

• Melaksanakan aktiviti untuk melihat pencapaian seseorang ketika menggunakan kekuatan fizikal.

• Contoh: Menyelam, larian di belapan dll

Sikap

• Pilih tindakan yang ditentukan sendiri berdasarkan pemahaman dan perasaan tentang sesuatu.

• Contoh: Membuat latihan setiap hari sebagai salah satu usaha ke arah menanam sikap mementingkan tindakan perlindungan kesihatan.

• Terima kasih.

Konsep prinsip

• Sesuatu yang harus ada dalam diri guru untuk menggalakkan proses belajar pelajar itu, atau syarat-syarat yang sepatutnya ada dalam melibatkan aktiviti pembelajaran.

• Kita tidak boleh mendakwa bahawa kaedah kita yang terbaik.

• Hal ini kerana manusia itu berbeza, kena guna pelbagai prinsip pembelajaran, atau gabungan prinsip yang harus ada

Refleksi

• Oleh kerana manusia itu berbeza, kita kena menggunakan pelbagai prinsip pembelajaran, atau gabungan prinsip-prinsip yang ada – iaitu sesuai dengan suasana tersebut.

Refleksi

• Menunjukkan bahawa prinsip pembelajaran itu banyak dan kita sendiri pun ada prinsip kita sendiri.

JERI

• Gabungkan intelektual, psikomotor, emosi, rohani

Ayam – intelek

• Ayam jantan, ayam betina, berkokok, sabung ayam, bulu ayam, bontot ayam, kepak ayam, menggoreng ayam, merebus ayam, hati ayam, kaki ayam, leher ayam.

• Tidur-tidur ayam, bapa ayam, carik-carik bulu ayam, kaki ayam, ayam tambatan, cakar-cakar ayam dll

Ayam - psikomotor

• Menangkap ayam, merebus ayam, menggoreng ayam, mencabut bulu ayam, memotong ayam dll

Ayam - emosi

• Bau tahi ayam, takut darah, mengejar ayam, kena kejar ayam dll

Ayam - rohani

• Menyembelih ayam, baca doa sebelum makan hidangan ayam.

top related