prinsip-prinsipinsurans pd form 5 bab 2

19

Upload: nurmala-bt-jamaludin

Post on 18-Dec-2015

29 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

prinsip perakaunan

TRANSCRIPT

  • Prinsip Kepentingan Boleh Diinsuranskanmesti memiliki harta atau nyawa yang hendak diinsuranskan mempunyai kepentingan ekonomi atas harta atau nyawa yang hendak diinsuranskan.

  • Contoh : Kes 1

    Ahmad bekerja di Kuala Lumpur. Dia menyewa rumah berhampiran dengan kilang tempatnya bekerja. Abang Ahmad turut tinggal di rumah yang sama tetapi abangnya bekerja di sebuah syarikat pengangkutan di Shah Alam.

    Berdasarkan situasi di atas, bolehkah Ahmad menginsuranskan rumah sewa dan nyawa abangnya. Mengapa?

  • Prinsip Penuh Percaya Mutlak

  • Contoh : Kes 2

    Ah Meng mempunyai sebuah bangunan. Dia telah menginsuranskan bangunannya daripada kebakaran tetapi dia tidak menyatakan bangunan itu digunakan untuk menyimpan mercun dan bunga api. Pada suatu hari, bangunan itu terbakar disebabkan bunga api tersebut.

    Berdasarkan situasi di atas, bolehkah Ah Meng menuntut pampasan daripada Insurer. Mengapa?

  • Prinsip Indemniti

  • Tujuan Indemniti

  • Prinsip tambahan indemniti

  • Pengecualian prinsip indemniti :

    Melibatkan semua kontrak insurans kecuali insurans hayat dan insurans kemalangan.

    Sebabnya kecacatan anggota dan kehilangan nyawa tidak dapat diganti atau tidak dapat ditentukan dengan tepat.

    Prinsip indemniti

  • Contoh : Kes 3

    Arumugam telah menginsuranskan bangunan kedainya yang berharga RM150,000 untuk RM130,000. Pada suatu hari, bangunan itu terbakar dan musnah. Kos untuk membina semula bangunan itu ialah RM170,000.

    Berdasarkan situasi di atas, berapakah jumlah ganti rugi yang akan diterima Arumugam. Mengapa?

  • Contoh : Kes 4

    Kereta Ainun telah musnah dalam satu kemalangan. Sehubungan itu, insurer telah membayar ganti rugi sebanyak RM12,000 mengikut jumlah sebagaimana yang telah diinsuranskan oleh Ainun. Selepas itu, besi buruk (kereta Ainun tadi) dijual oleh insurer dengan harga RM500.

    Berdasarkan situasi di atas, siapakah yang berhak ke atas duit jualan besi buruk (kereta Ainun yang musnah). Mengapa?

  • Contoh : Kes 5

    Jane telah menginsuranskan kedainya sebanyak RM120,000 dengan empat insurer. Pada satu hari, kedainya hangus terbakar.

    Berdasarkan situasi di atas, berapakah jumlah ganti rugi yang akan Jane terima dan berapakah pula sumbangan yang akan diberikan oleh setiap insurer. Mengapa?

  • Contoh : Kes 6

    Azlan telah menginsuranskan wang syarikatnya daripada rompakan yang berlaku dalam kedainya. Pada satu hari, semasa dalam perjalanan ke bank untuk menyimpan wang keuntungan syarikatnya, Azlan telah dirompak.

    Berdasarkan situasi di atas, bolehkah Azlan menuntut ganti rugi daripada insurer. Mengapa?

  • Prinsip Takaful

  • Perbezaan antara takaful dengan insurans konvensional

    BilTakafulInsurans konvensional1.Berasaskan hukum syarak: prinsip MudharabahBerdasarkan 3 prinsip insurans : Kepentingan boleh insurans. Penuh percaya mutlak Indemniti2.Tidak mempunyai unsur gharrar. cara premium dikumpulkan dan dilaburkan dijelaskan. keuntungan dibahagikan ikut nisbah yang dipersetujui. Islam - semua yang berlaku adalah takdir Allah dan mustahil mendapat ganti rugi kecuali melalui persediaan berkongsi keuntungan.Mempunyai unsur gharrar. cara premium dilaburkan dan sumber ganti rugi tidak dinyatakan. premium dilaburkan dalam projek yang bercanggah dengan hukum Islam kesamaran boleh menimbulkan kesangsian dalam kalangan umat Islam.

  • Perbezaan antara takaful dengan insurans konvensional

    BilTakafulInsurans konvensional3.Tidak wujud unsur riba. peserta akan dibayar bahagian simpanannya yang ditambah dengan keuntungan daripada pelaburan.Mempunyai unsur riba. menerima bunga atas pinjaman yang diberi kepada insured.

    4.Tidak mempunyai unsur maisir. melabur dalam aktiviti ekonomi yang tidak bersifat perjudian dan halal. premium dimasukkan ke dalam 2 akuan :Akaun peserta.Akaun khas peserta. bayaran berdasarkan simpanan yang terkumpul dalam kedua-dua akaun dan bukannya mengikut jumlah yang diinsuranskan.Mempunyai unsur maisir, terutamanya insurans hayat. pampasan yang besar walaupun sumbangan premium adalah sedikit. pelaburan dalam aktiviti ekonomi yang berunsur perjudian dan keluaran yang haram disisi Islam :minumam keras.pusat perjudian.

  • Kesimpulan

    BilPrinsipCiri-ciri1.Kepentingan boleh insurans Mesti memiliki harta.Tidak boleh menginsuranskan harta orang lain.Mengelakkan orang lain mendapatkan keuntungan.2.Penuh percaya mutlakInsured mestilah memberikan maklumat yang tepat.Insurans akan terbatal jika maklumat palsu.3.IndemnitiSumbanganSubrogasi

    (c) Doktrin sebab hampiranDibayar ganti rugi mengikut kerugian sebenarCaruman berganda.Mengambil alih tempat insured apabila insurans telah dibayar.Insurans dibayar atas risiko yang telah diinsuranskan sahaja.4.TakafulSalin bertanggungjawabSaling bekerjasamaSaling lindung-melindungiElakkan - Gharar, Riba, Maisir.Berpandukan MudharabahBersetuju saling membantu antara satu sama lain.Bersetuju untuk bekerjasama antara satu sama lain.Bersetuju untuk saling lindung-melindungi.

    *