bab 1 penyiasatan saintifik
Post on 15-Apr-2017
840 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik
Mengenal pasti masalah
Mengenal pasti pemboleh ubah
Membuat hipotesis
Mengawal pemboleh ubah
Merancang penyiasatan
Menjalankan penyiasatan
• Mengumpul data• Menganalisis data• Mentafsir data• Membuat
kesimpulan• Perbincangan
Menulis laporan
LANGKAH-LANGKAH DALAM PENYIASATAN SAINTIFIK
Langkah 1 : Mengenal pasti masalah
• Menggunakan semua deria iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau.
• Contoh: -Kenapa paku berkarat? -Kenapa suhu meningkat apabila dipanaskan? -Kenapa bubur durian menjadi basi selepas dibiarkan terdedah selama beberapa hari?• Membuat inferens ialah proses membuat tafsiran yang logik
pada peringkat awal penyiasatan bagi menerangkan sesuatu pemerhatian.
Langkah 2: Mengenal pasti pemboleh ubah• Pemboleh ubah ialah faktor yang boleh diubah atau
dimanipulasikan apabila melakukan penyiasatan saintifik.• Pemboleh ubah mesti dikenal pasti dahulu sebelum
membuat hipotesis.• Pemboleh ubah mestilah berkaitan dengan masalah yang
dikaji iaitu faktor-faktor yang boleh mempengaruhi hasil penyiasatan.
• Contoh: masa, jisim, suhu, warna larutan, isipadu dan panjang
• Cuba kenal pasti pemboleh ubah yang terdapat dalam rajah di bawah
Langkah 3: Membuat hipotesis• Hipotesis ialah suatu pernyataan umum atau jawapan yang
mungkin kepada masalah yang disiasat.• Hipotesis hendaklah berasaskan pemerhatian yang dilakukan.• Hipotesis mestilah boleh diuji melalui eksperimen.• Semasa membuat hipotesis, kita mencari perhubungan antara
pemboleh ubah yang dimanipulasi dan pemboleh ubah yang bergerak balas.
• Contoh:
Semakin tinggi suhu air, semakin pendek masa yang diambil untuk garam larut sepenuhnya.
Pemboleh ubah dimanipulasi
Pemboleh ubah yang bergerak balas
Langkah 4 : Mengawal pemboleh ubah
• Terdapat tiga (3) jenis pemboleh ubah: i. pemboleh ubah dimanipulasikan ii. Pemboleh ubah bergerak balas iii. Pemboleh ubah dimalarkan
Langkah 5: Merancang penyiasatan• Apabila hipotesis dan semua pemboleh ubah dikenal pasti, proses
penyiasatan perlu dirancang.1. Senaraikan semua bahan dan radas yang diperlukan untuk
menjalankan eksperimen.2. Rancang bagaimana untuk mengawal pemboleh ubah yang
dimalarkan dan pemboleh ubah yang dimanipulasikan.3. Pastikan hanya SATU pemboleh ubah dimanipulasi yang dipilih. 4. Rancang bagaimana untuk mengukur pemboleh ubah bergerak
balas.5. Tentukan cara untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data.• Jadual biasanya digunakan untuk merekod data. Graf boleh
digunakan untuk memaparkan keputusan eksperimen.
Langkah 6: Menjalankan penyiasatan
i. Mengumpul data – data ialah maklumat yang dikumpul semasa menjalankan penyiasatan. Ada dua (2) jenis data iaitu data kuantitatif (contoh kuantiti bahan yang digunakan, suhu, panjang, masa yang diambil dan lain-lain) dan data kualitatif (contoh bentuk dan warna)
ii. Menganalisis data – membanding data berasaskan kriteria, mengelaskan objek/peristiwa, menyusun, menghubungkaitkan data dan mengenal pasti hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah yang berbeza. Data kuantitatif digunakan untuk membina jadual, carta atau graf.
iii. Mentafsir data – menggunakan jadual, carta atau graf.
iv. Membuat kesimpulan – Ia dibuat berdasarkan data eksperimen. Ia hendaklah dibuat secara adil, jelas dan tepat.iv. Perbincangan – Ia bertujuan untuk memberi penjelasan tentang mengapa sesuatu eksperimen gagal menguji hipotesis; menyatakan sebarang masalah yang dialami sepanjang eksperimen; memberi perhatian kepada sebarang penemuan baharu semasa eksperimen; dan mencadangkan cara untuk memperbaiki ketepatan eksperimen.
Langkah 7 : Menulis laporan
• Laporan ditulis setelah menyiapkan eksperimen. Format menulis laporan:
i. Tujuan vii. Prosedur ii. Pernyataan masalah viii. Keputusan / Pemerhatianiii. Pemboleh ubah ix. Analisis iv. Hipotesis x. Kesimpulan v. Radas xi. Perbincangan vi. Bahan
AKTIVITI PERBINCANGAN KUMPULAN• Jalankan satu eksperimen untuk mengkaji hubungan antara panjang
bandul dan tempoh ayunan. Laraskan panjang bandul, l pada 20.0 cm, 30.0 cm, 40.0 cm, 50.0 cm dan 60.0 cm. Ukur dan rekod masa yang diambil bagi 20 ayunan.
• Tujuan :• Pernyataan masalah :• Hipotesis:• Pemboleh ubah :• Radas dan bahan :• Prosedur:• Keputusan :• Kesimpulan :
Keputusan:
Panjang bandul , l/cm 20.0 30.0 40.0 50.0 60.0
Masa bagi 20 ayunan, t/s 16.0 24.0 27.0 30.0 33.0
Tempoh ayunan, T/s=t/20 0.80 1.20 1.35 1.50 1.65
Keputusan dalam jadual menunjukkan apabila panjang bandul bertambah, lebih masa yang diambil untuk menghasilkan satu ayunan lengkap. Bolehkah anda ramalkan masa yang diambil untuk menghasilkan 20 ayunan lengkap jika panjang bandul ialah 90.0 cm?
Jadual : Panjang bandul lawan tempoh ayunan
KBAT
top related