automasi pejabat (bkp 103) - mesin ricih

Post on 23-Jun-2015

4.744 Views

Category:

Education

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

SILIBUS KV KURSUS BKP

TRANSCRIPT

MESIN RICIH / RICIH (Paper Shredder Machine)

PENGENALAN

Pencipta mesin ricih ialah Abbot Augustus Low yang berasal daripada Piercefield, New York.

Mesin ricih merupakan sebuah mesin yang dicipta untuk menghapuskan maklumat dengan cara memotong atau merincih kertas menjadi kepingan atau cebisan kecil.

Tujuan maklumat/dokumen tersebut dirincih adalah bagi mengelakkan berlakunya kes-kes kecurian maklumat atau ancaman kecurian identiti.

Ia biasa digunakan oleh organisasi kerajaan, perniagaan, syarikat swasta dan individu perseorangan.

Bahan yang biasa diricih adalah penyata akaun bank, penyata kad kredit, cek peribadi, kad kredit, maklumat sulit syarikat dan sebagainya.

MESIN RICIH / RICIH (Paper Shredder Machine)

MERINCIH SELAIN DARIPADA KERTAS

JENIS-JENIS MESIN RICIH

Potongan confetti.

Potongan jalur.

Potongan serpihan seperti bentuk berlian, salji atau serbuk.

Keperluan menggunakan merin ricih jalur atau serpihan adalah bergantung kepada keperluan keselamatan dokumen tesebut.

JENIS-JENIS MESIN RICIH

Arahan penggunaan & keselamatan mesin ricih.

Baca manual pengguna sebelum menggunakan mesin ricih kerana reka bentuk mesin ricih adalah berbeza-beza.

Pastikan sama ada mesin ricih tersebut mempunyai bekas sampah sebelum anda menggunakanya

Tempat merincih dokumen berbentuk kertas adalah berbeza dengan bahan lain seperti kad ATM atau CD.

Semak manual pengguna untuk menentukan helaian kertas yang boleh dirincih pada satu-satu masa.

Jangan memaksa kertas masuk ke tempat ricih.

Kosongkan tempat sampah setelah selesai merincaih atau tempat sampah telah penuh.

TIPS MERINCIH

Elakkan memaksa kertas semasa merincih.

Dilarang meletakkan jari pada mata mesin rincih.

Sapukan minyak pelincir pada mata mesin ricih bagi

meningkatkan prestasi mesin tersebut.

Elakkan merincih sampul surat kerana terdapat gam pada sampul

surat.

Periksa kertas yang ingin dirincih agar tidak terdapat klip kertas

atau dawai kokot.

1. http://suite101.com/article/paper-shredder-machines---instructions-and-tips-a200475

2. http://www.ehow.com/list_6513879_types-paper-shredders.html

3. http://en.wikipedia.org/wiki/Paper_shredder#Types

top related