assignment pkp 1
Post on 13-Aug-2015
780 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
ALAMAN PENGAKUA
Subjek:
PKP 3111
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN
Pensyarah:
PUAN LIEW FEE LAN
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,
Kuala Lipis, Pahang.
Disediakan oleh:
SANGITHA A/P SADAYAN (890215- 06- 5504)
SUMATHI A/P RAJANTHIRAN (870911- 01- 5166)
Unit Pemulihan Bahasa Tamil, Ambilan Januari 2009
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
Kampus Tengku Ampuan Afzan,Kuala Lipis, Pahang.
(Pemulihan Bahasa Tamil Pendidikan Rendah)
Tarikh: 25 APRIL 2011
HALAMAN PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : Sumathi Rajanthiran
Tarikh : 25 April 2011
HALAMAN PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : SANGITHA SADAYAN
Tarikh : 25 APRIL 2011
PENGHARGAAN
Selamat Sejahtera dan Salam Bahagia. Saya Sangitha Sadayan dan Sumathi
Rajantharan dari unit Pemulihan ( BT ). Terlebih dahulu kami ingin berterima kasih
Tuhan disebabkan tugasan projek yang telah diberikan kepada kami dapat disiapkan
walaupun pelbagai masalah dan rintangan telah kami tempuhi dalam menyudahkan
tugasan ini dengan berjaya.
Seterusnya, terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Pn.Liew Fee Lan kerana
atas bantuan dan tunjuk ajarnya dapatlah kami mencari jalan penyelesaian dan
seterusnya memberikan pengajaran yang berkesan untuk menyiapkan tugasan ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sekelas yang telah banyak membantu
kami ketika kami berada dalam kesusahan untuk menyiapkan tugasan ini sama ada
secara langsung ataupun tidak.
Jutaan terima kasih juga kepada keluarga kami yang banyak memberi dorongan
serta semangat agar kami dapat menyudahkan tugasan ini dengan jayanya.Sebagai
penutup kami sudahi dengan harapan agar dengan melaksanakan tugasan ini kami
dapat mengambil segala yang positif dan jadikan pengajaran terhadap segala yang
negatif.Sekian,terima kasih.
SANGITHA SADAYAN
SUMATHI RAJANTHIRAN
PENGENALAN
Program Pemulihan Khas merupakan suatu usaha pendidikan untuk mengatasi
kesulitan murid- murid dalam pembelajaran. Sejarah kewujudannya bermula pada
tahun 1965 dengan penempatan gureu terlatih khas pertama di sekolah rendah di
Selangor. Penekanan terhadap pendidikan Pemulihan Khas seterusnya dibuat apabila
Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) dan dilanjutkan lagi dengan pelaksanaan KSSR mulai 2011.
Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira disamping
penekanan terhadap perbezaan individu adalah antara asas dalam pelaksanaan
pendidikan pemulihan. Dalam pelaksanaan pendidikan pemulihan telah timbul banyak
isu sama ada dari pihak sekolah, masyarakat, Guru Pemulihan Khas malah murid
Pemulihan Khas.
BIL PERKARA
1 Surat Akuan
2 Penghargaan
3 Pengenalan
4 Soalan 1 – Melengkapkan tugasan- tugasan berkaitan kuliah mengikut arahan dan jadual yang ditetapkan.
5 Soalan 2 – Menjelaskan pertimbangan yang perlu diambil dalam pendidikan murid- murid pemulihan dari aspek perbezaan individu, kompetensi kendiri dan kompetensi sosial dalam grafik yang sesuai.
6 Soalan 3 – Membuat perbandingan pengurusan Program Pendidikan Pemulihan dengan kelas biasa dan program bermasalah pembelajaran dari aspek kelayakan guru, jadual waktu, peruntukan guru dan tanggungjawab atau tugas guru dalam grafik yang sesuai.
7 Soalan 4 – Melawat ke sekolah dan mendapatkan maklumat- maklumat mengenai program- program yang berkaitan dengan Pendidikan Pemulihan yang dilaksanakan di sekolah misalnya, IPP2M, IPP3M, KIA-2M, LINUS, PROTIM dan lain- lain program yang berkaitan.
8 Soalan 5 – Membuat perbandingan program- program yang berkaitan denggan Pendidikan Pemulihan yang dilaksanakan di sekolah misalnya, IPP2M, IPP3M, KIA-2M, LINUS, PROTIM dan lain- lain program yang berkaitan dalam grafik yang sesuai.
9 Soalan 6 – Menghuraikan peranan dan penglibatan pelbagai pihak dalam program Pendidikan Pemulihan, termasuklah kementerian, jabatan pelajaran negeri, jabatan pelajaran daerah, pihak sekolah, ibubapa dan NGO.
10 Soalan 7 – (Tugasan Individu) Berdasarkan pelaksanaan program pendidikan pemulihan di sekolah rendah, pilih satu isu yang berkait dengan masalah pembelajaran murid pemulihan. Meneliti dan menjelaskan isu tersebut dalam bentuk kajian.
11 Soalan 8 – Menerangkan trenda pelaksanaan program pemulihan sekolah rendah berlandasan pelaksanaan KSSR dalam bentuk esei (500 perkataan).
12 Refleksi
13 Bibliografi
14 Lampiran
Pertimbangan yang perlu diambil dalam
pendidikan murid- murid pemulihan dari
aspek perbezaan individu
Hasil pembelajaran yang
ditentukan oleh guru hendaklah
berasaskan keupayaan dan
kemampuan murid pemulihan.
Guru perlu menentukan hasil
pembelajaran secara spesifik
kepada setiap murid
pemulihan.
Guru perlu kreatif menyediakan
pelbagai strategi dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran bagi
memastikan murid- murid pemulihan
mencapai objektif masing- masing.
Guru perlu mahir dalam dalam cara
penyampaian sesuatu isi pelajaran
dengan menarik dan mengikut
perbezaan individu supaya murid
pemulihan lebih jelas.
Guru perlu menggunakan bahan
audio visual, ICT, bahan maujud dan
sebagainya bagi menarik minat
belajar dalam kalangan murid
pemulihan yang perbezaan tahap
kefahaman.
Guru juga harus menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai
dengan kumpulan yang berbeza keupayaan supaya murid yang
lambat tidak terus tertinggal dan murid yang pandai tidak merasa
bosan.
Pertimbangan yang perlu
diambil dalam pendidikan
murid- murid pemulihan dari
aspek kompetensi kendiri
Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran
mengikut perbezaan gaya belajar murid-
murid. Ini dapat membangkitkan kesedaran
kendiri untuk belajar,
Guru perlu mewujudkan suasana
pembelajaran yang akses kendiri kerana
suasana seperti ini dapat mendorong
kesedaran belajar kepada murid- murid
pemulihan.
Guru perlu mewujudkan
kiosk- kiosk untuk murid-
murid pemulihan belajar
secara berdikari.
Contohnya, kiosk
pengurusan diri dapat
menolong murid untuk
mengurus secara sendiri.
Guru harus menitik
beratkan unsur- unsur
atau kemahiran-
kemahiran yang
melibatkan murid untuk
berfikir dan membuat
secara berdikari.
Guru harus menyemaikan nilai- niali
murni yang dapat memotivasikan
murid- murid pemulihan untuk berjaya
dalam pendidikan.
Guru perlu diberi motivasi atau dorongan
untuk menerapkan motivasi instrik dalam
setiap murid- murid pemulihan untuk belajar.
Pertimbangan yang perlu diambil dalam
pendidikan murid- murid pemulihan dari aspek
kompetensi sosial
Guru juga harus menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai
dengan kumpulan yang berbeza keupayaan supaya murid-
murid pemulihan dapat berkomunikasi dan mempelajari
daripada murid – murid lain dalam kumpulan.
Guru perlu merancang kaedah kumpulan semasa
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran untuk
meningkatkan kemahiran sosial dalam kalangan murid- murid
pemulihan.
Guru perlu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
dua hala, iaitu guru mengajar sambil bertanya soalan kepada
murid manakala murid menjawab atau respon terhadap
pengajaran guru. Ini dapat meningkatkan kemahiran sosial
dan berkomunikasi.
Perbandingan program- program yang berkaitan dengan Pendidikan Pemulihan yang dilaksanakan sekolah
misalnya, IPP2M, IPP3M, KIA- 2M,LINUS DAN PROTIM
Aspek
Program
IPP2M IPP3M KIA- 2M PROTIM LINUS
Maksud IPP2M adalah satu
alat untuk
mengesan dan
mengenal pasti
sama ada
seseorang murid itu
memerlukan
bantuan atau
perkhidmatan
tambahan dari guru
di Kelas Program
Pemulihan atau
program Pemulihan
Dalam Bilik Darjah
(KBSR).
IPP3M ini adalah
dibina untuk guru-
guru dapat
menentukan tahap
pencapaian
penguasaan 3M
setiap murid yang
mengikuti pengajaran
dan
pembelajarannya.
KPM telah
melancarkan
Program Kelas
Intervensi Awal
Membaca dan
Menulis (KIA2M)
pada bulan Jun
2006, iaitu program
pengajaran-
pembelajaran
untuk memastikan
semua murid
sekolah rendah
boleh membaca
dan menulis dalam
BM.
Program
Pemulihan 3M
yang dirancang
untuk membantu
murid Tahun 6
menguasai
kemahiran asas
3M.
Instrumen
Saringan Literasi
dan Numerasi
(Literacy and
Numeracy
Screening atau
LINUS) direka
bentuk
berdasarkan 12
konstruk asas
literasi dan
numerasi sejajar
dengan definisi
yang telah
ditetapkan oleh
(BPK).
Perlaksanaan Murid Tahun 1 yang Menentukan Murid- murid yang Program ini Selepas Saringan,
belum menguasai
2M akan dikesan
dengan
menggunakan
Program KIA2M.
Bagi murid yang
gagal dalam ujian
KIA2M akan
diberikan pendidikan
Pemulihan dalam
kelass Khas
manakala murid
yang lulus KIA2M
akan belajar di
Kelas KBSR dan
menerima
pengajaran
mengikut sukatan
Bahasa Melayu
KBSR.
kumpulan murid
yang perlu
mengikuti program
pemulihan khas,
memberikan
maklumat tentang
tindakan yang patut
diambil untuk
membantu murid
yang berkenaan.
gagal ujian
penapisan akan
dilatih khusus untuk
menguasai
kemahiran asas
membaca dan
menulis. Murid-
murid ini
dikehendaki
memduduki Ujian
Penapisan sebelum
dilepaskan tetapi
bagi murid yang
gagal Ujian
Pelepasan Tiga,
mereka akan
dimasukkan ke
kelas pemulihan
pada tahun
berikutnya.
dilaksanakan di
semua sekolah
kebangsaan dan
sekolah jenis
kebangsaan.
Program
pemulihan
kemahiran
membaca dan
menulis perlu
dijalankan, iaitu
pada waktu
Bahasa Melayu,
tetapi diberi
pilihan
meksanakan
pemulihan
kemahiran
mengira untuk
Sekolah Jenis
Kebangsaan.
murid yang
menguasaikonstruk
1 hingga 8 dianggap
telah menguasai
asas literasi. Murid
ini akan meruskan
pembelajaran di
kelas arus perdana.
Murid yang hanya
menguasai konstruk
1 dan konstruk 2
sahaja akan
ditempatkan ke
Program LINUS.
Murid yang
menguasai konstruk
3 hingga 7 akan
meneruskan
pembelajaran di
kelas arus perdana
tetapi akan
menduduki Saringan
2.
Kumpulan Murid- murid Murid- murid Murid- murid Murid- murid Murid- murid
Sasaran Tahun 1 Tahun 1 Tahun 1 Tahun 6 Tahun 1
Kandungan Membaca
Mengira
Membaca
Menulis
Mengira
Membaca
Menulis
Membaca
Menulis
Mengira
Membaca
Menulis
Mengira
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, PISMP Pemulihan Bahasa Tamil ,
Kajian Keberkesanan Ujian Diagnostik Pengamatan Di Sekolah Rendah, Kuala Lipis:
1.0 Latar Belakang
1.1 Di Malaysia pendidikan pemulihan/ program pemulihan khas disediakan untuk
membantu murid mengatasi masalah kelemahan menguasai kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira (3M). Tanpa bantuan guru pemulihan,
mereka akan gagal membina keyakinan diri untuk belajar dan mencari
pengalaman yang mengembirakan di sekolah, dan mereka juga mungkin
tercicir dari sistem persekolahan lebih awal lagi.
1.2 Dalam tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum ini merupakan satu
usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan yang member fokus
kepada penguasaan 3M dan penekanan kepada pendidikan pemulihan.
1.3 Ujian diagnostik memainkan peranan yang penting dalam program pemulihan
khas. Ia dapat membantu guru mengenal pasti secara khusus kesulitan –
kesulitan yang hadapi oleh murid. Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai
peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah yang dialami ketika
belajar. Selain itu, mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai
sesuatu kemahiran.
2.0 Pernyataan Masalah
2.1 Kebanyakkan murid pemulihan mengalami masalah dalam pengamatan.
Pengamatan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kemahiran penglihatan,
kemahiran pendengaran dan kemahiran kinestatik dan taktil. Murid- murid
pemulihan mengalami kesukaran dalam kemahiran penglihartan dan
pendengaran.
2.2 Banyak faktor yang mempengaruhi kesukaran dalam menguasai kemahiran
pendengaran dan penglihatan. Antara faktor penglihatan ialah ketidakbolehan
membeza kedudukan sesuatu bentuk huruf dan nombor, ketidakbolehan
mengenal sesuatu benda atau objek nombor, perkataan atau ayat,
ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk huruf, nombor , perkataan atau
ayat, ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah dan sebagainya.
2.3 Punca- punca kelemahan pengamatan kanak- kanak terbahagi kepada 2
faktor, iaitu faktor internal dan factor external. Kurang minat, tekanan emosi,
kerosakan penglihatan dan pendengaran merupakan faktor internal.
Manakala, faktor external ialah kurang pendedahan dan kurang rangsangan
(dorongan) terhadap kemahiran pengamatan.
3.0 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan ujian diagnostik pengamatan di
sekolah rendah.
4.0 Soalan Kajian
i. Adakah ujian diagnostik pengamatan yang diberikan sesuai atau tidak?
ii. Adakah intervensi yang digunakan sesuai dengan masalah murid?
5.0 Metadologi Kajian
Kajian ini melibatkan seorang murid pemulihan yang mengikuti program pemulihan
khas. Pada mulanya, Pre- Test Ujian Dignostik Pengamatan telah diberikan kepada
murid tersebut untuk mengenal pasti secara khusus masalah yang oleh murid. Ini
dapat membantu mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu
kemahiran. Selain itu, ia dapat membantu untuk merancang program pengajaran
yang khusus atau Rancangan Pelajaran Individu (RPI) kepada murid tersebut
dengan lebih tepat dan sistematik. Selepas menjalankan pengajaran individu
kepada murid tersebut selama sebulan, akhirnya diberikan ujian dignostik
pengamatan dengan kemahiran- kemahiran tertentu sebagai Post Test.
5.1 Instrumen Kajian
Dua jenis instrumen digunakan untuk tujuan mengenal pasti masalah iaitu:
1) Ujian Diagnostik Pengamatan
2) Senarai Semak
5.2 Prosedur Kajian
Dipilih seorang murid untuk menjalankan ujian diagnostik pengamatan. Melalui
uiian dignostik pengamatan tersebut dapat mengenal pasti punca kegagalan
murid untuk menguasai kemahiran pengamatan. Selain itu, telah mengumpul
maklumat mengenai ciri- ciri murid pemulihan berdasarkan senarai semak. Ini
telah membantu untuk lebih mengenali murid tersebut dengan terperinci.
Melalui dapatan ujian dignostik pengamatan, guru telah mengetahui murid
tersebut gagal menguasai mazing atau cari jalan keluar. Guru merancang dan
membina bahan bantu mengajar yang bersesuai mengikut tahap murid. Selepas
setiap Rancangan Pengajaran Individu (RPI), guru memberi lembaran kerja
sebagai aktiviti pengukuhan murid. Selepas sebulan, guru memberi Post Test
untuk mengetahui keberkesanan intervensi yang digunakan untuk mengatasi
masalah pengamatan murid.
5.3 Analisis Data
Kajian dianalisis dengan menggunakan Pre- Test Ujian Diagnostik Pengamatan
dan Post Test Ujian Diagnostik Pengamatan. Hasil daripada Post Test Ujian
Diagnostik Pengamatan, murid gagal menguasai kemahiran penglihatan dari
aspek mazing atau cari jalan keluar. Murid menjadi keliru dan gelisah semasa
membuat ujian diagnostik dalam kemahiran ini.
Guru dapat melihat perkembangan yang ketara selepas menjalankan
Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Setiap lembaran kerja, murid membuat
dengan baik dan kemas. Hasil daripada Post Test Ujian Diagnostik pengamatan
yang dijalankan didapati murid telah boleh membuat kemahiran mazing atau
mencari jalan keluar pada aras tinggi. Setiap data atau ujian beserta lembaran
kerja dikemukakan.
6.0 Dapatan Kajian
6.1 Ujian Diagnostik Pengamatan yang diberikan amat sesuai digunakan untuk
mengesan kelemahan murid secara terperinci.
6.2 Intervensi yang digunakan sesuai dengan masalah murid. Masalah murid
dapat diatasi dengan Rancangan Pengajaran Individu (RPI).
6.3 Lembaran kerja yang diberikan telah mengukuhkan penguasaan murid
terhadap kemahiran mazing atau mencari jalan keluar.
7.0 Cadangan
Antara cadangan yang dikemukakan dalam kajian ini ialah:
7.1 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membina ujian diagnostik
pengamatan yang mempunyai ketiga- tiga aras dan diedarkan di seluruh
sekolah di Malaysia.
7.2 Mengadakan kursus- kursus atau bengkel- bengkel mengenai ujian Diagnostik
pengamatan dan strategi menjalankan kemahiran pengamatan.
7.3 Menilai dan memantau perlaksanaan ujian diagnostik pengamatan di setiap
sekolah untuk menambahbaik ujian diagnostik
7.4 Merancang dan mengedarkan prosedur perlaksanaan ujian diagnostic
pengamatan kepada setiap guru pemulihan.
Trenda pelaksanaan program pemulihan sekolah rendah berlandasan
pelaksanaan KSSR
Satu daripada ‘Minister Key Performance Indicators (MPKI)’ Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) ialah ‘semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas
literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti
pendidikan rendah pada akhir tahun 2012’.
Pernyataan MPKI tersebut menuntut diadakan satu mekanisme untuk
menentukan sama ada MPKI itu dapat dicapai atau tidak. Disamping itu, hal ini juga
dapat dijadikan asas untuk mengenalpasti murid yang tidak melepasi standard prestasi
Literasi dan Numerasi, supaya diagnosis dijalankan tentang apa yang tidak dikuasai,
mengapa tidak dikuasai dan bagaimana pemulihan dapat dilaksanakan supaya pada
akhirnya semua murid berupaya untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas
tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.
Lembaga Peperiksaan (LP) telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan
instrumen saringan. Tujuan penghasilan instrumen ini adalah untuk mengesan dan
mengenal pasti murid yang tidak menguasai asas literasi dan numerasi sepanjang tiga
tahun mengikuti pendidikan rendah di Malaysia.
Instrumen Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening
atau LINUS) direka bentuk berdasarkan 12 konstruk asas literasi dan numerasi sejajar
dengan definisi yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).
Semua instrumen saringan mengukur konstruk yang sama. Item bagi setiap instrumen
dibina berdasarkan kedalaman kandungan (depth of the content) yang akur dengan
perkara yang dipelajari oleh murid dalam tahun berkenaan.
Berdasarkan respons yang diterima sama ada dari sekolah, media massa, NGO,
masyarakat, ibu bapa atau orang perseorangan membayangkan bahawa ramai dalam
kalangan murid Tahun 1 yang belum menguasai saringan, mereka dianggarkan 50%
hingga 70%. Ini kerana instrumen yang dibina sukar untuk murid Tahun 1. Pembinaan
instrumen saringan dibina mengikut teori dan konsep pentaksiran dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Bagi pendapat saya, instrumen harus dibina mengikut tahap atau aras pelajar
Tahun 1. Contohnya, Konstruk 2: keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka
ini merupakan konstruk yang aras tinggi dan mengambil masa yang lama untuk
mengajar kepada murid Tahun 1. Murid- murid Tahun 1 mengambil masa yang lama
iaitu 1 ½ bulan untuk membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan. Selepas murid-
muris menguasai huruf, guru akan mengajar suku kata terbuka bagi setiap huruf
konsonan. Ini akan melambatkan proses pengajaran kemahiran atau konstruk lain.
Murid- murid Tahun 1 selalunya menghadapi masalah untuk mengenal sebutan suku
kata terbuka. Guru perlu merancang dan melaksanakan pelbagai kaedah untuk
meningkat kefahaman terhadap kemahiran ini. Ini akan mengambil masa yang lama
iaitu 2 bulan.
Faktor yang menyebabkan kelambatan penguasaan adalah murid- murid tidak
mengikut tadika ebelum memasuki Tahun 1. Selain itu, pada bulan Mac murid- murid
Tahun 1 perlu menduduki saringan Konstruk 1 dan Konstruk 2, Maka, murid- murid
Tahun 1 sememangnya tidak akan mengusai saringan. Seterusnya, murid- murid yang
tidak mengusai Konstruk 1 dan 2 akan dikenali sebagai sebagai LInus Tegar dan
dimasuki kelas pemulihan. Murid- murid mempelajari Linus di kelas pemulihan sehingga
mereka menguasainya, Manakala, murid- murid Tahun 1 yang menguasai Konstruk 1
dan 2 tetapi tidak menguasai Konstruk 3 hingga 8 akan mempelajari Linus di kelas
biasa, Murid- murid Tahun 1 yang menguasai Konstruk 1 hingga 8 akan mengikuti
pembelajaran mengikut sukatana KSSR Bahasa Melayu. Mereka dikenali sebagai arus
perdana.
Murid- murid Tahun 1 yang tidak mengusai Konstruk 3 hingga 8 akan
mempelajari di kelas arus perdana bersama murid –murid arus perdana. Guru perlu
menulis 2 Rancangan Pelajaran Harian (RPH) untuk dua jenis kumpulan. Disinilah
kedua- dua kumpulan murid akan diabaikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini kerana guru perlu mengajar kedua- dua kumpulan secara serentak.
Semasa guru mengajar murid- murid arus perdana, murid- murid Linus akan
terabai. Ini kerana terdapat beberapa kemahiran dalam Linus yang perlu dikuasai oleh
murid. Setiap murid mempunyai kelemahan yang berbeza dalam setiap konstruk. Ini
akan menyukarkan guru untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
REFLEKSI
Saya Sangitha Sadayan telah membuat satu tugasan yang berkaitan dengan Isu
dan Trenda dalam Pendidikan Pemulihan yang di berikan oleh pensyarah saya Pn.
Liew Fee Lan.
Tugasan ini merupakan tugasan kumpulan. Saya bersama rakan saya Sumathi
Rajanthiran, telah membuat tugas ini. Sebelum memulakan tugasan, kami
mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada pensyarah kami agar kami memahami
tugasan kami dengan sempurna. Kami juga telah merujuk beberapa buku supaya kami
mampu menepati segala kretiria yang kami perlu untuk menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya, kami mengumpul maklumat mengenai tugasan ini. Kami juga telah
mengumpul maklumat dari sekolah dengan memberikan ujian diagnostik Pengamatan
kepada murid- murid pemulihan bagi mengenal pasti masalah mereka.
Semasa saya membuat tugasan ini, saya mendapati banyak perkara yang perlu
saya pelajari mengenai topik ini. Saya juga menghadapi masalah dalam mengumpul
maklumat kerana tiada kemudahan internet yang sempurna di institut perguruan ini.
Saya juga terpaksa mengumpul maklumat daripada buku-buku tbagi memastikan
kesahihan maklumat yang saya perolehi.
Saya merancang Rancangan Pengajaran Individu (RPI) dan menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran terhadap murid menghadapi masalah dalam
pengamatan. Saya juga sedar bahawa guru harus menggunakan kaedah - kaedah
pengajaran yang menarik minat dan merangkumi tahap mereka agar merea tidak
berasa bosan dalam pelajaran. Ia menjadi tanggungjawab setiap guru.
Pada penghujung tugasan ini, saya berasa sangat gembira kerana mereka yang
berada disamping saya memberikan rangsangan dan kerjasama yang bagus untuk
saya menyiapkan tugasan ini. Mereka tidak menolak untuk menolong saya setiap kali
saya memerlukan pertolongan mereka.
Saya mendapati tugasan ini memberikan satu peluang yang sangat baik kepada
saya untuk belajar dan mencari maklumat dengan cara yang berkesan. Saya juga
belajar erti kerjasama dan persahabatan. Hubungan antara kawan-kawan saya menjadi
lebih erat. Tugasan ini memberikan peluang kepada saya untuk belajar matapelajaran
ini dengan lebih mendalam.
Saya juga belajar mengenai kaedah-kaedah berkesan untuk mengajar murid-
murid yang mengalami masalah pengamatan. Saya mendapati masalah pengamatan
harus dibendung agar murid-murid dapat meneruskan pembelajaran mereka.
Pengetahuan yang saya perolehi mengenai isu dan trenda murid pemulihan
merupakan sesuatu yang sangat berfaedah kepada saya untuk membantu kanak-kanak
pemulihan mengatasi masalah pengamatan. Ia menjadi satu tanggungjawab untuk
setiap guru pemulihan untuk membantu mereka.
Sekian, terima kasih.
BORANG KOLABORASI KERJA KURSUS
NAMA PELAJAR : SANGITHA SADAYAN
SUMATHI RAJANTHIRAN
UNIT : PISMP PEM ( BT )
SEMESTER : 5
MATA PELAJARAN : ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN
PEMULIHAN
PENSYARAH PEMBIMBING : PN.LIEW FEE LAN
TARIKHPERKARA YANG
DIBINCANGKANCATATAN T/TANGAN
28.02.2011
Menerima soalan tugasan
dan taklimat daripada
pensyarah, Pn.Liew
Tugasan perlu dihantar
selewat-lewatnya pada
25 April 2011
03.03.2011Memahami kehendak
soalan tugasan
Membuat jadual
rangka kerja
24.03.2011Mencari maklumat di
pusat sumber dan buku
mencetak bahan yang
terkumpul membuat
nota ringkas
27.03.2011 Mengumpulkan maklumat menyusun bahan yang
diperolehi
menganalisis bahan
mengikut kehendak
soalan
membuat pemilihan
bagi bahan yang
hendak digunakan
12.04.2011Mengenal pasti isi-isi yang
hendak digunakan
memasukkan isi yang
telah dianalisis.
25.04.2011
menyerahkan tugasan
yang telah disiapkan
kepada pensyarah
pembimbing.
memasukkan bahan
dan maklumat yang
baru diperolehi
BIBLIOGRAFI
Kamaruddin bin Hj Hassan, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa,
Penerbitan Sarjana, 1986.
Surayah Zaidon, Haslinda Md.Ali. Penilaian dalam pendidikan prasekolah.
Kuala Lumpur. Percetakan Zafar Sdn. Bhd. 2009.
Manual Instrumen Senarai Semak Disleksia. Kuala Lumpur. Kementerian
Pendidikan Malaysia. Percetakan Selaseh Sdn. Bhd. 2003
Buku Maklumat Pendidikan Khas. Kuala Lumpur. Jabatan Pendidikan
khas. 2007
Margaret A. R , Lynne K.L., & Janet W.L. (1989). Reading Problems:
Assessment and Teaching Strategies. New Jersey: Prentice Hall.
DR.REID LYON (1995)CHILD DEVELOPMENT AND BEHAVIOR BRANCH ( NATIONAL
INSTITUTES OF HEALTH )
www.google.com
Nota dari Pn. Liew
top related