asia tenggara abad ke 9 hingga ke

Post on 03-Dec-2015

287 Views

Category:

Documents

22 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

y

TRANSCRIPT

ASIA TENGGARA ABAD KE 9 HINGGA KE 18 (HSA3023)

TUGASAN KUMPULAN:MUHAMMAD AMIR BIN ANUAR D20121058867MUHAMMAD SHAFIQ BIN MOHD SHUKRI D20121058846MUHAMMAD FIRDAUS BIN SAFARUDDIN D20121058779NOOR AZWAN BIN AZMI D20121058807WAN MOHD AFIQ BIN WAN MOHD ZAWAWI D20121058790

PENSYARAH : - DR. ADNAN BIN JUSOH - EN. YUNUS BIN SAUMAN

KUMPULAN : B

-Soalan 5- Bandingkan perubahan atau kemajuan yang dicapai oleh

kerajaan Sukhotai dan Ayuthia dari aspek politik, ekonomi dan

sosial masyarakatnya. 

ASPEK SOSIAL -Kerajaan Ayuthia-

Berkembang dengan pesat selepas Bromo Traikolat ( 1448- 1488) diangkat selepas pemerintah.

Pengaruh agama Buddha sangat dominan.

Masyarakatnya menganut agama Buddha.

Rajanya mencukur kepala untuk menjadi sami.

Pengaruh agama sangat kuat sehinggakan Rajanya sanggup menjadi sami tokong.

Wujud sistem sosial dalam masyarakat iaitu sistem piramid.

GOLONGAN NAI

GOLONGAN PHRAISOMA & PHRAI LUANG

GOLONGAN HAMBA

Menggunakan pengkelasan sakdina (markah darjat)

Sistem sosial piramid menggunakan konsep agama Buddha iaitu konsep bun (pahala) dan bab (dosa)

Setiap orang mampu untuk memperoleh pahala masing- masing dengan cara tersendiri.

Kepercayaan yang kuat pada Buddha menyebabkan masyarakat terikat pada sistem sosial.

Dalam perhubungan luar, Ayuthia memjalinkan hubungan luar dengan pelbagai kerajaan.

Hubungan luar berasaskan perdagangan.

Hubungan diplomatik dengan kerajaan kepulauan Indonesia.

Contoh : Acheh, Jambi, Banten, Palembang.

Ekonomi yang pesat menyebabkan pelabuhan Ayuthia yang menghadap Laut China Selatan sentiasa sibuk dan menjadi terkenal pada abad ke 17.

Sistem dan undang- undang baru diperkenalkan oleh Raja Trailok.

Berkaitan dengan taraf atau kedudukan kelas- kelas bagi masyarakatnya.

Undang- undang ini menentukan keluasaan tanah yang boleh dimiliki seseorang.

Golongan bawahan berhak mendapat tanah seluas 10 ekar sahaja.

Seorang Cho Pya boleh memiliki tanah seluas 4000 ekar.

Sistem pembayaran gaji diperkenalkan

Pendapatan mereka berdasarkan peraturan Sakdina

Seorang kakitangan berhak mendapat tanah berdasarkan peraturan Sakdina.

Bagi mereka-mereka yang berada di peringkat bawah, tanah-tanah adalah masih banyak untuk semua orang dan tiada seorang yang tidak mampu untuk menyara diri.

Raja Trailok mewujudkan jawatan baru iaitu Maha Uparat.

Orang pertama yang memegang jawatan ini ialah Putera Jatta.

Mempunyai separuh hak yang dimiliki raja yang memerintah.

Diberikan tanah 10 kali lebih luas daripada pegawai kerajaan.

Jawatan ini dianugerahkan kepada anak raja yang sulung.

Undang- undang Istana ( Kot Montien Ban) diperkemaskan ketika pemerintahan Raja Trailok.

memperkemaskan sistem perkanunan dan pentafsiran adat.

Kot Montien Ban terkandung tentang penghantaran ufti- ufti oleh negeri- negeri jajahan.

Terkandung darjah yang dimiliki orang istana, pengaturcaraan upacara, pembahagian tugas dan menetapkan denda dan hukuman.

-Kerajaan Sukhotai- Corak kehidupan masyarakat

bersifat homogen Berpegang pada kepercayaan lama. Menjalankan ekonomi sara iaitu

menangkap ikan, berkebun dan memburu.

Meningkatkan hubungan sosial dengan hubungan perkahwinan dengan negara lain.

Membina sebuah biara kuil kerajaan dan biara Buddha di Wat Mahathat.

Aspek sosial berkembang pada pemerintahan Rama Kamheng.

Rama Kamheng mengekalkan organisasi sami- sami Brahman di Mahkamah. Organisasi

Bertanggungjawab untuk menasihatinya berkaitan hal ehwal tataurus negara, aspek-aspek teknikal, mengawal selia kalendar dan horoskop, serta menguruskan perjalanan festival berayun.

Berjaya mengangkat kedudukan sosial Brahmin.

Agama Budha Pali yang bercorak fahaman Sinhala dijadikan agama rasmi bagi masyarakat Sukhotai.

Masyarakat Sukhotai juga mempercayai unsur animisme. Mereka percaya akan Khao Luang,iaitu sebuah bukit di Sukhotai mampu memelihara keamanan negeri.

Bukit tersebut ditunggu oleh hantu yang paling penting dalam negeri iaitu Pra Khap

Rama Kamheng membina patung-patung penguasa yang menjadi simbol semangat atau roh kepada masyarakat Thai.

Perkembangan bahasa juga bermula dalam pemerintahan Rama Kamhaeng

Tujuannya adalah membentuk satu bahasa rasmi bagi membolehkan rakyatnya bertutur dalam bahasa Mon Khmer.

Lo Tai yang menggantikan bapanya Rama Kamheng.

Menyumbang terhadap agama Buddha dan membina banyak tapak kaki Buddha (Buddhapada).

Sifat alimnya itu mebuatkannya mendapat jolokan gelaran Dharmaraja.

ASPEK POLITIK-Kerajaan Sukhotai-

Telah muncul di Lembah Chao Phraya dan wujud pada pertengahan abad ke-13.

Kerajaan Sukhotai telah menolak pengaruh Khmer.

Memulakan suatu pemerintah yang bebas daripada belenggu kuasa-kuasa asing.

Pemerintah yang pertama ialah Raja Si Indrathit dan diteruskan oleh anaknya selaku pewaris tampuk pemerintahan iaitu Raja Ramkhamhaeng

Pengasas kerajaan Sukhotai adalah Sri Indraditya yang memulakan pemerintahan pada tahun 1238 M.

Berjaya mengekalkan kuasa di kawasan yang terletak di antara Sungai Nan dan Ping untuk tiga dekad berturut-turut.

Raja Ramkhamhaeng menggalakkan penggunaan sistem penulisan Thai yang berasaskan Thai moden.

Abjad tersebut telah digunakan selama 700 tahun tanpa hampir sebarang perubahan.

Sukhotai telah meningkatkan kuasa politiknya dan bangkit untuk menjadi pusat politik dan budaya kepada Thai di Lembah Chao Phraya.

Ramkhamhaeng juga berupaya mengembangkan kawasan kerajaan Sukhotai meliputi Delta Chao Phraya, Luang Prabang di Laos dan sebahagian daripada Semenanjung Malaysia.

Pada pertengahan abad ke-15 kerajaan Sukhotai telah ditawan oleh kerajaan yang lebih berkuasa iaitu kerajaan Ayuthia.

Raja yang terakhir dalam kerajaan Sukhotai ialah Mahadharma IV.

-Kerajaan Ayuthia- Kerajaan Ayuthia berkuasa agama

Buddha berkembang dengan terutama melalui golongan pemerintah.

Meletakkan golongan sami Buddha di tempat yang teratas dalam segala urusan pentadbiran.

Kerajaan Ayuthia juga menggunakan pendekatan agama Buddha, iaitu raja menjadi dewa raja direstui oleh konsep dan upacara Brahman.

Ajaran Buddha Theravada ini memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan pentadbiran kerajaan Ayuthia

Membawa pengaruh ke dalam undang-undang dalam institusi pentadbiran kerajaan Ayuthia.

Etika Kanun Diraja Buddha telah diwujudkan dan menjadi undang-undang rasmi bagi kerajaan Siam.

ASPEK EKONOMI -Kerajaan Sukhotai-

Kegiatan ekonomi di Sukhotai berkembang kepada pelbagai jenis kegiatan

Mengamalkan ekonomi sara diri, berskala kecil dan lebih tertumpu kepada kegiatan pertanian.

Aktiviti pertanian dan berkebun seperti menanam buah manga, asam, nangka, dan sirih-pinang serta kelapa dijalankan di sekitar kota bertembok iaitu Sukhotai sebagai sumber makanan dan untuk mengindahkan sekitar kota berkenaan.

Sukhotai bukan negara yang ssubur berbanding dengan kerajaan-kerajan atau kerajaan lain di sebelah utara atau daratan delta Chao Phraya.

Keluasan dataran rendahnya adalah terhad berbanding kawasan berbukit yang luas.

Penanaman padi pula hanya ditanam mengikut keperluan tempatan sahaja.

-Kerajaan Ayuthia-

Konsep sistem ekonomi berteraskan alam iaitu hasil pemburuan dan memungut makanan di mana-mana sahaja.

Sistem ekonomi juga berkait rapat dengan sistem agama Buddha.

Wat merupakan pusat perkembangan bagi golongan petani.

Perniagaan patung-patung Buddha atau lambang suci hindu-buddha yang dibawa dari negara Cina turut berlaku.

Menggalakkan lagi perdagangan dan memantapkan lagi sistem ekonomi Ayuthia.

Kayu gaharu dan cendana bagi upacara sembahyang turut didagangkan.

Kesimpulan

o Kebangkitan Kerajaan Sukhotai adalah disebabkan oleh tekanan yang wujud akibat tentangan yang diberikan oleh Kerajaan Khmer.

o Pengaruh Buddha amat jelas sekali dalam bidang politik,ekonomi dan sosial masyarakat tempatan di Ayuthia.

o Pengaruh yang dibawa ini telah membawa kerajaan Ayuthia menjadi sebuah kerajaan yang kukuh sebelum mengalami kejatuhan pada abad ke-18.

top related