asas seni reka ruang

Post on 26-Jan-2016

299 Views

Category:

Documents

10 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

ASR RUANG

TRANSCRIPT

ASAS SENI REKAUNSUR SENI : RUANG

PENGENALAN

• Ruang ialah jarak di Antara dua objek

• Objek sama saiz akan kelihatan kecil apabila berada dibelakang meanakala sebaliknya nampak besar apabila berada di hadapan

• Warna bagi objek hadapan jelas manakala warna bagi objek belakang nampak kabur penggunaan warnanaya

• Warna, jalinan, rupa, bentuk dan garisan mempunyai kekuatan yang membantu mewujudkan ilusi ruang dalam karya.

JENIS-JENIS RUANGRuang fizikal

• Terbahagi kepada dua iaitu ruang fizikal dan ruang ilusi

• Ruang fizikal wujud di persekitaran sebanar dan terbahagi kepada dua iaitu:

a) ruang terbuka - ruang bagi kawasan lapang seperti padang, taman bunga,

pantai dan lain-lain.

b) ruang tertutup - ruang bagi kawasan yang sempit seperti di dalam bilik atau di

dalam sesebuah bangunan.

JENIS-JENIS RUANGRuang ilusi

• wujud dalam karya seni seperti lukisan,catan,cetakan dan grafik.

• Ruang ilusi terbahagi kepada tiga, iaitu:

(a) Ruang dalam- ruang yang memperlihatkan kesan perspektif hasil

daripada penggunaan elemen asas seni reka seperti dalam catan lanskap.

(b) Ruang cetek - ruang dalam kawasan terbatas seperti di dalam bilik.

(c) Ruang rata - karya seni visual yang memperlihatkan olahan pada satah atau

permukaan yang sama.

Ruang Dalam

Ruang Cetek

Ruang Rata

RUANG DALAM PERSPEKTIF

• Objek yang sama saiz apabila berada di hadapan kelihatan lebih besar daripada objek di belakang.

• Perspektif wujud melalui penggunaan ton warna dan elemen seni reka yang lain. perspektif terbahagi kepada tiga jenis,iaitu:

a) satu titik lenyap

b) dua titik lenyap

c) tiga titik lenyap

Perpektif Satu Titik Lenyap

Perspektif Dua Titik Lenyap

Perspektif Tiga Titik Lenyap

top related