asas pembuatan produk
Post on 12-Dec-2014
250 Views
Preview:
TRANSCRIPT
ASAS PEMBINAAN
PRODUK
TUJUAN ATAU FUNGSI KERJA
PERKEMBANGAN IDEA
PENYUSUNAN IDEA
LAKARAN KERJA DAN LUKISAN
KERJA
PEMBINAAN PROJEK
5 PERINGKAT
Peringkat 1: Tujuan atau fungsi kerja-Standard
ukuran-Faktor ergonomik
RekaciptaRekacipta ialah penghasilan sesuatu produk baru daripada idea sendiri atau produk yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
Pengenalpastian MasalahMerupakan langkah pertama dalam proses reka cipta. Projek yang dibina dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Langkah-langkah pengenalpastian masalah adalah seperti berikut:
Mengenalpasti MasalahMasalah ini bolehlah kita dapati daripada kejadian yang telah berlaku dan menyebabkan kita menghadapi masalah ataupun masalah yang berlaku di sekeliling kita. Masalah yang dikenalpasti haruslah boleh dinyatakan dengan jelas dan boleh diselesaikan.
Mengumpul Maklumat dan DataBoleh dilakukan dengan cara-cara yang berikut:
Pengalaman sendiri Membuat soal selidik Melakukan pemerhatian Melayari internet Bimbingan guru Pembacaan dan penyelidikan Lawatan belajar
Menganalisis MaklumatUntuk mendapat satu rumusan tentang maklumat yang telah dicari. Kita perlu mengkaji kelebihan dan kekurangan maklumat-maklumat yang telah dicari. Langkah ini menolong kita mencetus idea baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Menyenaraikan Idea Penyelesaian MasalahBoleh dikatakan dengan aktiviti-aktiviti seperti perbincangan kumpulan, sumbangsaran, peta minda dan membuat lakaran projek yang boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Pemilihan IdeaMerupakan proses membuat pilihan idea daripada idea-idea yang telah disenaraikan . Faktor-faktor penting bagi pemilihan idea ialah :
1. Keupayaan kendiri2. Pengetahuan dan kemahiran sedia
ada3. Kepentingan produk4. Cara pembuatan5. Mesra alam6. Bahan dan komponen
Pemilihan Reka Bentuk
Fungsi Reka Bentuk
Kesesuaian Bahan
Kaedah Pembinaa
n
Ketahanan Kos
Kemasan Keselamatan
Nilai Komersial
SEJARAH SI UNIT
Unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal, digunakan sebagai faktor untuk
menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat. Unit ukuran adalah antara peralatan yang terawal
dicipta manusia. Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda: pembinaan tempat kediaman bagi bentuk dan saiz yang
sesuai, rekaan pakaian, atau penurakan bahan makanan.
Sistem yang seragam bagi berat dan ukuran yang terawal diketahui nampaknya telah dicipta pada
abad ke-4 SM dan ke-3 SM di kalangan masyarakat Mesopotamia, Mesir dan Lembah Indus, dan
mungkin juga Elam di Parsi.
Ukuran Asas Kabinet Dapur
Ketinggian-ketinggianA - Ketinggian table top kabinet dapur dari lantai ke permukaan kerja: 34 inciB - Ketinggian bar counter dari lantai ke permukaan bar: 42 inciC - Ketinggian wall unit (kabinet atas) dari lantai bermula pada paras: 60 inciD - Ketinggian wall unit (kabinet atas) yang standard: 24 inci
Kedalaman-kedalamanE - Kedalaman table top kabinet dapur dari depan ke belakang: 24 inciF - Kedalaman wall unit (kabinet atas) dari depan ke belakang: 12 inciG - Kedalaman bar counter: 16 - 24 inci
Anggaran Ukuran-ukuran Lebar Perkakas dapur
Berikut adalah antara ukuran “standard” perkakasan yang biasa dipasang di dapur:-
• Sinki stainless steel dua bowl: 36 inci
• Sinki stainless steel satu bowl besar: 25 inci
• Ketuhar Elektrik bina-dalam: 23.5 inci
• Peti sejuk kecil: 24 inci • Peti sejuk sederhana: 27 inci
• Peti sejuk besar: 35 inci
• Ketuhar gelombang mikro bina-dalam: 23.5 inci
• Hob dapur: 29 inci Hood dapur (slim): 29 inci
• Hood dapur normal: 35 inci • Rak pengering pinggan: 24/30 inci
• Mesin basuh: 24 inci
Standard
Ukuran
Sistem Unit Antarabangsa(SI)
Satu piawai sejagat
Bentuk sistem
metrik yang
sedang diterima
guna seluruh dunia
ERGONOMIK
ERGONOMIK
FAKTOR
DEFINISI
ERGONOMIK
DEFINISI
FAKTOR
APlLIKASI
Bidang yang berkaitan
dengan matlamat memberi
ciri keselesaan, kecekapan,
keselamatan, dan senang
guna kepada mesin yang
digunakan oleh manusia.
Sinonim kejuruteraan
insan.
DEFINISI
FAKTOR
APlLIKASI
• Berkaitan dengan rekabentuk produk
supaya sesuai dengan pengguna.
• Faktor ergonomik merupakan salah satu
faktor yang mempengaruhi
sesebuah produk itu dari pandangan
pengguna.
ERGONOMIK
DEFINISI
FAKTOR
APlLIKASI
Jika ia dihasilkan dengan mempunyai tahap ergonomik yang tinggi, produk tersebut akan memberi persepsi yang positif pengguna terhadap produk tersebut.
ERGONOMIK
DEFINISI
FAKTOR
APlLIKASI
•Penggunaan bahan yang sesuai•Tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna•Sesuai dengan persekitaran dan fizikal pengguna•Saiz dan ketinggian
ERGONOMIK
DEFINISI
FAKTOR
APlLIKASI
•Meningkatkan produktiviti dan kualiti•Mengurangkan kesilapan manusia, kemalangan semasa kerja, keletihan dan tekanan•Mengoptimakan penggunaan masa
ERGONOMIK
-Keseimbangan reka bentuk (Nisbah )-Bahan-bahan-Pembinaan produk: Jenis penyambungan-Kemasan-Keselarasan: Kesesuaian reka bentukdan warna dengan faktor persekitaran
PERINGKAT 2 : PERKEMBANGAN IDEA
Nisbah
Setelah memutuskan fungsi-fungsi yang tepat bagi kerja yang telah siap dan setelah menimbangkan sebarang
ukuran tertentu atau ukuran standard yang terlibat,
hendaklah difikirkan pula, nisbahnya
’Adakah ia kelihatan sesuai?’ Adalah satu soalan yang baik disoalkan pada peringkat ini.
Kesimpulan kepada masalah ini ialah dengan menggunakan kayu yang cukup tebal atau cukup lebar supaya ia cukup kuat untuk membuat sesuatu
kerja itu.
Nisbah ialah kadar atau keseimbangan di antara panjang, tinggi
dan lebar).
BAHAN-BAHAN
Pemilihan bahan-bahan tertentu untuk sesuatu kerja bergantung pada dua faktor utama:
Tujuan atau fungsi kerja yang siap (seseorang tidak akan
menggunakan kayu mahogany untuk membuat pagar taman dan
juga tidak menggunakan kayu lembut bergred murah di mana
kemasan bergilap terhias dengan cantik)
Kesesuaian fizikal bahan-bahan. Papan blok mungkin sesuai untuk dibuat bahagian atas
meja tetapi tidak sesuai untuk kaki meja atau bingkai pintu. Kayu padu adalah sesuai untuk membuat rel dan sebagainya tetapi tidaklah
sebaik papan lapis jika berkehendakkan sekeping bahagian atas meja yang yang
besar dan ringan. Papan lapis bergred kalis air boleh digunakan bagi membuat sampan, tetapi papan keras bergred standard yang
kalis air tidak boleh digunakan.
PEMBINAAN
Kaedah pembinaan – tanggam atau pemasangan semua bahagian kerja itu bergantung pada:
Bahan yang digunakan. Biasanya digunakan tanggam
tradisional (standard) bagi kayu-kayu semulajadi, tetapi kadang-kadang teknik dan
perekat khas diperlukan untuk mengeluarkan papan.
Jenis kerja kayu – membina almari, menanggam atau kerja-kerja kayu kasar. Anda boleh menanggam bajang (tetapi jangan dipakukan) sisi-sisi
almari kayu yang digilap. Paku hanya sesuai digunakan bagi
membuat kotak.
Kerap kali rupa benda kerja yang direkabentuk dengan baik menjadi rosak kerana hiasan-
hiasan yang tidak bersesuaian.
Jika bahagian atas sebuah meja diperbuat daripada kayu yang mempunyai hiasan yang cantik, adalah tidak sesuai jika kita terlalu banyak mengukir, memvenir atau menatah, untuk mewarnanya atau cuba mengubah rupa bentuk asal yang menarik itu.
HIASAN DAN KEMASAN
Walaubagaimana berguna dan menarik sesuatu benda kerja
yang siap, perlu diingat bahawa ia hendaklah selaras dengan lain-lain benda dan
mestilah sesuai dengan keadaan sekelilingnya
Sebuah almari yang dicat warna hijau terang atau kuning misalnya akan kelihatan menarik jika diletakkan di dinding dapur tetapi ia akan tidak seimbang jika dipadankan dengan hamparan berwarna biru dan bersama perabot dari bahan kayu mahogany.
HARMONI
Peringkat 3: Penyusunan idea
Setelah kerja menganalisis idea terpilih dijalankan,
proses penghalusan perlu dijalankan sebelum
mengambil keputusan memilih idea yang terbaik.
Contoh-contoh lakaran produk akan dilukiskan
semula mengikut ukuran berskala.
Tujuan dilukis semula adalah untuk menganalisis spesifikasi sebenar produk,
ukuran dimensi kritikal, pengiraan ukuran serta pemasangan bahagian-bahagian yang kritikal.
Idea yang terpilih seterusnya diperhalus dengan mengambilkira
faktor-faktor seperti kaedah pemasangan,
bahan yang digunakan, saiz serta ciri-ciri
keselamatan.
-Lukisan ortografik-Lukisan isometri-Lukisan perspektif -Lukisan persembahan
Peringkat 4: Lakaran kerja dan lukisan kerja
.
Peringkat ini adalah proses akhir dalam kerja
mereka bentuk.
Pada peringkat ini, reka bentuk produk yang dimuktamatkan akan menjadi kenyataan
Bagi mendapatkan spesifikasi produk yang
lengkap serta proses pembuatan yang terlibat, lukisan projek mestilah
dibuat.
Terdapat beberapa jenis lukisan yang perlu disediakan mengikut tujuan dan fungsinya.
Lukisan bentuk rata yang biasa digunakan untuk merekodkan dan menyampaikan idea. Ia adalah satu set lukisan yang menggabungkan beberapa pandangan bagi sesuatu objek yang mengandungi pandangan hadapan, pendangan sisi dan pelan.
Contoh lukisan ortografik
Lukisan ortografik
Satu lukisan pandangan yang dilukis bagi menunjukkan keadaan sesuatu objek itu dengan lebih jelas dan lebih mudah difahami. Lukisan isometrik ini berasaskan tiga paksi utama iaitu satu paksi tegak dan dua paksi bersudut 30o dari paksi mendatar berskala penuh.
Contoh lukisan isometrik
Lukisan isometrik
Lukisan yang membolehkan pelbagai bentuk dilukis dengan cepat dan medah. Kesemua bentuk lukisan ini hampir menyerupai bentuk atau rupa sebenar produk yang telah siap. Apabila objek dilukis dalam perspektif, kita akan nampak :•Garisan selari kelihatan seperti menumpu apabila bertambah jauh daripada kita.•Objek yang sama saiz akan nampak menjadi bertambah kecil saiznya apabila semakin jauh daripada kita.
Contoh lukisan perspektif
Lukisan perspektif
Lukisan yang digunakan pada peringkat akhir penyampaian idea reka bentuk. Lukisan ini menggambarkan keadaan sebenar rupa bentuk sesuatu produk. Dalam lukisan persembahan ini juga kita boleh memasukkan maklumat-maklumat tambahan yang berkaitan seperti bahan dan jenis kemasan yang digunakan. Lukisan persembahan juga digunakan dalam mempromosikan sesuatu produk. Untuk tujuan itu, lukisan ini disampaikan dengan lebih menarik dan realistik bagi menarik perhatian pengguna.
Contoh lukisan persembahan
Lukisan persembahan
-Merancang kerja-Carta gantt-Bahan-Kemasan
Peringkat 5: Pembinaan projek
Peringkat terakhir dalam pembinaan produk yang melibatkan perancangan dan penyusunan langkah-langkah kerja membuat atau menghasilkan produk dari awal sehingga terhasil produk yang dikehendaki.
Merancang kerja
Suatu langkah yang penting dan perlu dilaksanakan sebelum sesuatu proses
pembinaan produk dimulakan
Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kehilangan masa dan kos
akibat dari kesilapan dalam penyusunan langkah kerja
Merancang kerja juga dapat membantu untuk
penetapan masa sesuatu produk dapat disiapkan
Terdapat berbagai kaedah merancang kerja, antara
kaedah yang selalu digunakan adalah dengan pembinaan Carta Gantt.
Carta Gant
Merupakan salah satu teknik kawalan masa dan kos yang sering
digunakan untuk pembuatan produk.
Carta ini digunakan kerana mudah
disediakan serta mudah difahami
Ia terdiri dari satu lajur aktiviti pada sebelah kiri dan lajur tempoh masa pada sebelah kanan.
Unit masa boleh menggunakan hari
atau minggu
Carta ini disediakan terlebih dahulu
dengan menyenaraikan
semua aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek
mengikut turutan yang betul.
Pembahagian jangka masa bagi setiap aktiviti
dilukis dalam bentuk bar dari kiri ke kanan.
Bahan
Pemilihan bahan untuk sesuatu pembuatan produk dilakukan semasa peringkat
perkembangan idea.
Dalam peringkat merancang kerja, semua bahan yang
diperlukan perlu didapatkan sebelum projek dapat
dimulakan.
Jumlah atau kuantiti bahan yang diperlukan juga
ditetapkan pada peringkat ini.
Penyediaan awal bahan akan mengelakkan masa
melahu yang panjang akibat menunggu ketibaan
pesanan.
Kemasan
Dalam pembinaan produk, proses kemasan yang
dipilih hendaklah merangkumi kaedah membuat kemasan.
Ini bermaksud persediaan prasarana yang sesuai
untuk kerja kemasan perlu disediakan awal dan
sesuai dengan produk.
Ini dapat mengelakkan berlakunya pembaziran,
menjamin kualiti kemasan dan menjimatkan masa.
top related