arahan tugasan titas 3 januari 2011

Post on 30-Jun-2015

594 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Nota Tamadun Islam dan Tamadun Asia, TITAS

TRANSCRIPT

ARAHAN TUGASANSKP2203 TAMADUN

ISLAM dan TAMADUN ASIA (TITAS)

Semester Kedua 2010/2011

Dr. Amini Amir Bin Abdullah

ARAHAN TUGASAN KURSUS

1.    Tugasan terbahagi kepada 3: i. Tugasan ulasan artikel dalam jurnal. (10 markah) ii. Tugasan penulisan esei berkaitan isu semasa dalam

tamadun Islam ataupun tamadun Asia. (10 markah) Iii. Tugasan pembentangan dalam bentuk powerpoint

salah satu daripada tugasan di atas. (10 markah) 2. Tugasan adalah secara berkumpulan berbilang kaum

(ke arah integrasi nasional). Ahli kumpulan mestilah tidak melebihi 5 orang. Kecuali markah pembentangan, markah komponen lain berdasarkan kumpulan.

Arahan Khusus Tugasan Penulisan Esei (Tugasan 1)

1. Pilih apa-apa tajuk berkaitan dengan isu semasa mencakupi aspek ketamadunan Islam atau Asia.

2. Dapatkan pengesahan pensyarah terlebih dahulu. 3. Dapatkan 5 rujukan utama untuk tujuan penulisan. 4. Tugasan mestilah ditulis dalam bahasa Melayu

dan bertulisan tangan dengan tidak melebihi 20 halaman dan tidak kurang daripada 15 halaman.

Arahan Khusus Penulisan Ulasan Artikel Dalam Jurnal (Tugasan 2)

1. Pilih mana-mana artikel dalam jurnal berbahasa Inggeris.

2. Artikel dalam jurnal mestilah berbahasa Inggeris; akan tetapi diulas ke dalam bahasa Malaysia dengan tidak kurang daripada 5 halaman.

3. Terjemahkan dahulu artikel tersebut sebelum diulas.

4. Sebelum diulas, setiap artikel dalam jurnal mestilah mendapat kelulusan saya terlebih dahulu.

Rangka kandungan ringkas (contents outline) (Tugasan 1 sahaja) seperti berikut:

Prakata Penghargaan Kandungan dan halaman 1. Pendahuluan 2. Definisi 3. Permasalahan dan Persoalan Kajian

Sambungan

4. Kaedah Penyelidikan 5. Isi-isi Penting 6. Cadangan/Saranan 7. Kesimpulan 8. Bibliografi * Mesti disertakan footnote bagi setiap petikan, fakta

atau maklumat.

Contoh Melakukan Prakata dan Penghargaan

Sila layari:

www://aminiamir.blogspot.com

Gunakan kertas A4 yang mempunyai garisan.

Bertulisan tangan yang kemas dan mudah dibaca.

Ditulis oleh salah seorang ahli kumpulan yang elok tulisannya.

BAHAGIAN PERMULAAN MESTI MEMPUNYAI PRAKATA: SETIAP PENULIS MESTI SUMBANG SATU PRAKATA SEKURANG-KURANGNYA 500 PERKATAAN.

PRAKATA INI MENCERITAKAN PENGALAMAN MELAKUKAN ASSIGNMENT, FAEDAH DAN ILMU YANG DIPEROLEHI, KERJASAMA BERKUMPULAN, KESUKARAN DAN KEPAYAHAN, CABARAN DAN RINTANGAN, BIDANG TUGAS SETIAP AHLI KUMPULAN, RESPONS KELUARGA DAN RAKAN.

Gunakan kertas A4 yang mempunyai garisan.

Bertulisan tangan yang kemas dan mudah dibaca.

Ditulis secara individu. Tidak memerlukan penulisan prakata. Ulasan mestilah tidak melebihi 3 mukasurat.

Nyatakan nama, nombor matriks dan program serta tajuk sebenar artikel tersebut dan nama jurnal di halaman hadapan ulasan.

Untuk pengesahan jurnal, kirimkan kepada amini@putra.upm.edu.my

Persembahan Dalam Perisian Powerpoint

1. Pilih sama ada tugasan 1 ataupun tugasan 2 untuk tujuan pembentangan.

2. Sediakan slide yang mengandungi tidak kurang daripada 10 slide untuk dibentangkan.

3. Masa bagi pembentangan ialah 15 minit sahaja.

4. Markah terbaik akan diberikan kepada pembentangan terbaik.

5. Markah pembentangan berdasarkan individu.

6. Ketua kumpulan akan mengagihkan pembentangan mengikut individu dalam kumpulannya.

7. Pembentangan akan bermula pada 8 Mac 2010.

Tarikh Akhir Penghantaran Tugasan

Tarikh akhir penghantaran tugasan ialah pada minggu kelapan iaitu pada 1 Mac 2011. Kedua tugasan mestilah dihantar serentak.

PEMBAHAGIAN MARKAH

Tugasan esei dan tugasan ulasan jurnal akan dinilai berdasarkan peratusan berikut:

       Isi                               60%        Gaya & Bahasa         30%        Rujukan                     10%              

Bonus 10% diberikan untuk maklumat/laporan lawatan institusi, industri, wawancara dan soal selidik.

LEWAT!!!

Penghantaran lewat: Markah akan ditolak pada kadar 5% sehari kelewatan.

TAJUK-TAJUK TUGASAN

1. Tamadun Islam di China: Sejarah, Institusi Sosial Serta Sains dan Teknologi

2. Impak Negatif dan Positif Pengaruh Tamadun Barat Terhadap Tamadun Islam, Cina dan India Dalam Aspek Sosial.

3. Tamadun Islam di India: Sejarah, Institusi Sosial Serta Sains dan Teknologi

4. Penerapan Nilai-nilai Positif Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia. Ke Arah Pembinaan Tamadun Malaysia

5. Penerapan Nilai-nilai Murni Dalam Pendekatan Islam Hadhari Yang Menyumbang Kepada Pembangunan dan Kemajuan Negara.

6. Impak dan Sumbangan Tamadun Cina Kepada Tamadun Dunia Dari Segi Ekonomi, Industri dan Perdagangan.

7. Ciri-ciri Utama Tamadun Melayu, Seni Bina, Seni Landskap, Perubatan dan Teknologi. Bincangkan.

8. Konsep Wasatiyyah (Kesederhanaan) Dalam Konteks Perkembangan Tamadun Islam.

9. Konsep Wasatiyyah (Kesederhanaan) Dalam Konteks Masyarakat Islam.

TAJUK-TAJUK TUGASAN

10. Penekanan Pendekatan Islam Hadhari Dalam Konteks Kemajuan Sains dan Teknologi.

11. Pengaruh Budaya Barat di Kalangan Masyarakat Islam dan Bukan Islam Serta Kesan-kesannya Terhadap Ekonomi, Pendidikan dan Sosial di Malaysia.

12. Sumbangan Tamadun Cina Kepada Bidang Kejuruteraan.

13. Sumbangan Tamadun India Kepada Bidang Kejuruteraan.

14. Sumbangan Tamadun Islam Kepada Bidang Kejuruteraan.

15. Malaysia sebagai hub produk halal.16. Malaysia sebagai hub kewangan Islam.17. Dialog Antara Tamadun: Apa, Bila dan

Bagaimana?18. Pembangunan Islam di Malaysia: 1957-201019. Kreativiti dan Inovasi Dalam Pembangunan

Tamadun (Sama ada tamadun Islam, Cina atau India)

Tajuk-tajuk Tugasan

20. KESAN-KESAN SERANGAN PERISTIWA 11 SEPTEMBER 2001 DI AS KE ATAS HUBUNGAN MUSLIM-NON-MUSLIM SECARA GLOBAL DAN IMPAK MASA HADAPAN.

21. ANCAMAN GLOBALISASI TERHADAP MASYARAKAT ISLAM: SATU KAJIAN GLOBAL.

22. MATAWANG DINAR SEBAGAI MEDIUM PERDAGANGAN NEGARA-NEGARA ISLAM: RASIONALITI DAN PRAKTIKALITI

23. ISTILAH ALLAH BUKAN HAK MILIK EKSKLUSIF AGAMA ISLAM. BINCANGKAN.

Tajuk-Tajuk Tugasan

24. ISLAM DAN SAINS PERSEKITARAN. MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF UNTUK MASA HADAPAN.

25. ISLAM MEMENTINGKAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN. BINCANGKAN.

26. PEMAKANAN YANG BAIK, BERKUALITI LAGI HALAL PENTING UNTUK KESEJAHTERAAN MASYARAKAT. BINCANGKAN.

Tajuk-Tajuk Tugasan

27. Gagasan 1Malaysia dan Perspektif Islam.

28. Bagaimana Mengatasi Masalah Sosial?

29. Masalah Integriti di Malaysia. Bincangkan.

30. Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Pembangunan Tamadun. Bincangkan.

31. MEB, PTN dan NKRA Dari Perspektif Tamadun. Bincangkan.

KUIZ

1. Kuiz akan dijalankan pada bila-bila masa sahaja.

2. Pastikan anda hadir pada hari kuiz dijalankan.

3. 5 markah akan diberikan kepada mereka yang menjawab semua soalan dengan tepat.

4. Ketidakhadiran bermakna tiada markah diberikan.

KEHADIRAN/PENGLIBATAN Kehadiran penuh (14 minggu) akan diberikan

markah penuh 5 markah. Jadi, jangan ponteng kuliah kecuali bagi kes

kecemasan dan kesihatan. Bagi kes kesihatan, sila dapatkan MC daripada

Pusat Kesihatan Universiti. Penglibatan pula bermaksud keaktifan pelajar

dalam kuliah, kehadiran kuliah dan berjumpa dengan saya berbincang masalah akademik atau pembelajaran.

Markah kehadiran dan penglibatan akan dicampur bersekali.

Laporan Lawatan Institusi: Apa Yang Harus Dilakukan?

1. Lokasi lawatan. 2. Pendahuluan 3. Dapatkan maklumat organisasi. 4. Carta dan Struktur Organisasi. 5. Skop tugas dan tanggungjawab

organisasi. 6. Misi, Visi dan Matlamat Organisasi. 7. Piagam Pelanggan.

Sambungan…

8. Sebarang bahan bercetak seperti brosur, newsletter, buletin, akhbar rasmi, buku panduan, risalah, phamplets, handbill, buku percuma dan seumpamanya.

9. Gambar peserta lawatan di lokasi. 10. Senarai aktiviti dan program

organisasi yang dilawati. Tambahan: Surat Kebenaran

Menjalankan Penyelidikan diberikan percuma.

Blog Dr. Amini Amir Abdullah

Followers Dalam Blog Saya

Download Artikel Untuk Meluaskan Pengetahuan

Download Artikel Untuk Meluaskan Pengetahuan

Contoh Halaman Hadapan Tugasan

top related