anak soleh idaman ibubapa
Post on 03-Jun-2018
331 Views
Preview:
TRANSCRIPT
8/13/2019 Anak Soleh Idaman Ibubapa
http://slidepdf.com/reader/full/anak-soleh-idaman-ibubapa 1/9
Anak Soleh Idaman Ibubapa
Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada
Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan
sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh
Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita
mengkhianatinya.
Justeru itu, Islam tampil sebagai model terbaik memberi bimbingan dan panduan kepada
manusia dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia dan dirahmati serta diredhai Allah s.w.t.
Maka, mimbar Jumaat pada hari ini ingin mengajak para jamaah sekelian untuk menghayati
tajuk khutbah Jumaat berjudul “Anak Solah Merupakan Idaman Ibu Bapa “.
Sidang hadirin yang dikasihi Allah,
Kita semua sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya
dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar
hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat
membantu kita sampai ke alam akhirat.
Sabda Rasulullah s.a.w :
” مت ننآ نن نت ت نن ان ت ن تن نن ن آج ج ن ن ج نن ن ننج ن آن ج نج ن .“ ن نMaksudnya : “ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga
perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan
kepadanya”.
Oleh itu, sekiranya kita berhasrat dan mengidamkan untuk mendapat zuriat yang terbaik dan
soleh, maka kita mestilah memberikan pendidikan yang sempurna kepada mereka yang
berkaitan dengan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.
Justeru itu, proses mendidik anak agar benar-benar menjadi anak yang soleh merupakan suatu
tugas dan tanggungjawab yang besar serta mencabar kepada setiap ibu bapa, terutamanyadalam dunia hari ini yang serba canggih sedikit sebanyak telah mempengaruhi corak
8/13/2019 Anak Soleh Idaman Ibubapa
http://slidepdf.com/reader/full/anak-soleh-idaman-ibubapa 3/9
Keempat : Hendaklah Diberi Penekanan Dari Sudut Akhlak
Memiliki akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap
keperibadian seorang muslim sejati. Dengan memiliki akhlak yang terpuji menyebabkan
seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding dengan orang yang memiliki
akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat. Kerana itulah, junjungan besarnabi Muhammmad s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Selain itu, dengan memiliki akhlak yang mulia merupakan amalan yang paling berat dalam
timbangan dihari akhirat berbanding dengan akhlak tercela yang akan melambatkan proses
hisab dihadapan Allah s.w.t. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :
ت ت ءنى ننن ز
ن ن ن دن عج ت ت نن
( رذي ت ( تهMaksudnya : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seseorang
hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang mulia ”.
Kelima : Memastikan Makanan Anak-Anak Dari Sumber Yang Halal
Setiap ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak
merupakan makanan dari sumber yang halal serta menjauhi dari sumber-sumber yang subhah,
apatah lagi dari sumber yang haram seperti rasuah, riba, penipuan dan sebagainya.
Kerana makanan yang bersumberkan dari rezeki yang halal bukan sahaja membawa
keberkatan tetapi sebenarnya dapat melahirkan zuriat yang pintar dan sehat. Dan akhirnya
mendorong seseorang kearah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat Allah diakhirat. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168 :
Yang bermaksud : “ Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang
terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana
sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu ”.
Sidang hadirin Dirahmati Allah Sekelian
Marilah sama-sama kita memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak kita, demi
melihat generasi yang terbaik dimasa hadapan. Korbanlah sedikit masa dan harta untukmereka, berikan kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta
8/13/2019 Anak Soleh Idaman Ibubapa
http://slidepdf.com/reader/full/anak-soleh-idaman-ibubapa 4/9
mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa
mereka berkawan, kemana mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya.
Ini semua membuktikan kita telah melaksanakan amanah Allah s.w.t. terhadap anak-anak
dengan baik dan sempurna.
Kelima-lima perkara yang telah disebut tadi amat penting diberi perhatian untuk membinainsane yang sempurna dan merupakan modal insane yang akan memainkan peranan untuk
membangun masyarakat dan Negara yang maju mengikut acuan kita sendiri menjelang tahun
2020 akan datang.
ر ت ش ت ل آت Maksudnya : “ Dan orang orang yang berkata: ” wahai Tuhan kami, anugerahkanlahkepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah
kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.
( Surah al-Furqan : 74 )
Anak Soleh dan SolehahBismillahirrahmanirrahim…
Anak Soleh….
1 ) Mentaati kedua ibu bapa
Anak yang soleh dan solehah ini sentiasa mentaati ibu bapa mereka selagi mana ia tidak terkeluardari syarak…Kita yang sebagai anak ni adakah sentiasa mentaati kedua ibubapa kita ??? cube kitarenung dan muhasabah balik diri kita…adakah kita pernah menaikkan suara di depan merekaataupun kita pernah menyakiti hati mereka ???Moga-moga kita tidak tergolong didalam golongan di atas…
Firman ALLAH di dalam surah AL-ISRAA‟ ayat yang ke 23 juzuk yang ke 15 yang bermaksud : “ DanRabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain DIA ( ALLAH ) danhendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa mu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang
dari keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ ah “ dan janganlah kamu membentakmereka dan ucapkanlah kepada mereka ucapan yang mulia “.
Disini dapat kita melihat betapa untuk kita hendak menjadi anak yang soleh dan solehah perlumengelakkan diri kita daripada berlaku kasar kepada kedua ibubapa kita apatah lagi meninggikansuara dihadapan mereka ketika mereka sudah lanjut usia…sentiasalah kita berdoa kepada keduaibubapa kita dengan doa yang setiap kali kita baca selepas selesai solat : “ Ya Allah, ampunilahdosaku dan dosa kedua ibubapaku , kasihani mereka sepertimana mereka mengasihiku danmendidikku sejak kecil lagi “.amiin…
2 ) Tingkahlaku dijaga dan akhlak dipelihara.
Anak soleh dan solehah sentiasa menjaga tingkah laku daripada melakukan perkara-perkara yangboleh mengaibkan diri…apatah lagi melakukan perkara yang boleh mendatangkan malu kepada
8/13/2019 Anak Soleh Idaman Ibubapa
http://slidepdf.com/reader/full/anak-soleh-idaman-ibubapa 5/9
keluarga…Tidak dinafikan manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa terutama dosa kecil yangkadang kala kita tidak perasaan perkara yang kita buat itu mendatang dosa…tetapi ALLAH itu MahaPengampun…apabila kita melakukan dosa , cepat-cepat kita beristiqfar dan memohon ampunkepada Yang Maha Esa…Untuk menjadi anak yang soleh dan solehah perlu kita menjaga akhlakkita,kerana akhlak merupakan faktor utama untuk menjadi anak yang soleh dan solehah, jika akhlakkita tidak dijaga tidak mungkin kita akan menjadi anak yang soleh dan solehah…
3 ) Amalan dijaga kerana Yang Maha Esa
Anak yang soleh dan solehah perlu menjaga amalan , dan amalan itu adalah semata-mata keranaYang Maha Esa…Kadang-kadang kita sebagai manusia ini juga ada culas didalam melakukanamalan kepada Allah terutamanya di dalam solat…untuk menjadi anak yang solehah dan solehahperlu mendahulukan perkara yang wajib seperti solat diawal waktu…macam mane kita mahu menjadianak yang soleh dan solehah jika solat kita tidak dijaga…apabila solat kita dijaga insyaAllah,amalan – amalan kita akan menjadi lebih teratur…selain itu juga untuk menjadianak soleh dan solehah ialah perlu menjadikan al-quran sebagai sahabat karib dikala senang dansusah…sentiasa basahi lidah dengan al-quran dan zikrullah…insyaAllah,untuk menjadi anak yangsoleh dan solehah ada didalam setiap diri setiap mereka yang bergelar anak.
4 ) Tiada cinta selain cinta kepada Allah, Tiada rindu selain rindu kepada Rasulullah
Cinta merupakan fitrah bagi setiap manusia kerana manusia sememangnya memerlukan pasangan ,Bagi anak yang soleh dan solehah, cinta Allah mengatasi cinta segala-galanya…apabila cinta Allahtelah bertakhta dihati, cinta kepada Rasulullah adalah cinta seterusnya dan cinta ibubapa selepasitu…tiada istilah couple bagi setiap insan yang belum berkahwin kerana ia adalah nafsu semata-mata…bercinta selepas kahwin adalah nikmat yang paling berharga bagi setiap pasangan itu…olehitu, bagi pasangan yang telah telanjur bercinta apa kata halalkan perhubungan itu denganperkahwinan…nak jadi anak soleh dan solehah tak ??? Bila bercinta , mesti ada perasaan rindukan??? Persoalannya, adakah rindu kita pada Rasulullah lebih lagi ataupun rindu pada kekasihmengatasi segala-galanya ??? Perkara ini sebenarnya tidak dapat dinafikan bilamana kita melihatsendiri anak-anak muda kita bilamana teknologi semakin canggih, perasaan itu boleh diluahkanmelalui pelbagai cara seperti di handphone melalui „sms‟…yahoo messenger dan sebagainya…tetapi
kita kena ingat, biarlah rindu pada Rasulullah mengatasi segala-galanya…itulah ciri-ciri ingin menjadianak soleh dan solehah.
5 ) Kasih sayang hanya pada ibubapa, Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi…
Anak soleh dan solehah perlu meletakkan kasih saying ibubapa yang paling utama daripada kasihsayang selain mereka kerana tanpa mereka tidak mungkin kita dilahirkan kedunia ini.Kita bolehmelihat pengorbanan seorang ibu yang menanggung keperitan dan kepayahan mengandungkan kitaselama 9 bulan 10 hari.Ibu jugalah yang sanggup bersengkang mata apabila anak tidak tido malamapatah lagi jika anak itu sakit,ibu jugalah yang akan menjaga kita.Jadi betapa kita wajib memberikankasih sayang kepada ibu kita.Bapa juga tidak kurangnya,mencari rezeki untuk memberi makankepada anak-anak dan menghantar anak-anak untuk menuntut ilmu.Apakah kita tidak merasakanbetapa besar pengorbanan bapa kepada setiap anak…
Guru merupakan ibubapa kedua kita apabila berada disekolah…tiada guru yang mengajar anakmurid mereka untuk bersikap biadap apatah lagi mengajar perkara – perkara yang tidakberfaedah…mereka semua mahu anak-anak murid mereka berjaya dan menjadi insan yang bergunauntuk keluarga dan masyarakat..itulah sifat bagi seorang anak soleh dan solehah iaitu mengasihi danmenghormati guru-guru.
Anak soleh dan solehah juga perlu mengasihi teman-teman, tetapi sebelum itu biarlah mencari temanyang memberikan faedah kepada kita dengan saling ingat mengingati antara satu sama lain…bukansekadar kawan biasa…sanggup berkorban dikala susah dan senang…itulah sebaik-baik teman…
Pesanan untuk anak lelaki
Buat anak lelaki…tanggungjawab sebagai anak lelaki lebih besar daripada anak perempuan…keranaapabila seseorang bapa telah kembali bertemu dengan Maha Pencipta, maka anak lelakilah yang
8/13/2019 Anak Soleh Idaman Ibubapa
http://slidepdf.com/reader/full/anak-soleh-idaman-ibubapa 6/9
perlu memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga…menjaga ibu dan keluarga…Oleh itu,apayang perlu anak lelaki buat adalah, perlu mendalami ilmu terutama ilmu agama…jika kita melihatpada zaman sekarang, apabila berlaku kematian keluarga, terutama ibu bapa, ada anak-anak yangtelah menswastakan untuk menguruskan jenazah ibu bapa mereka, anak-anak hanya perlumembayar…ini bukanlah ciri-ciri dan sifat-sifat anak yang soleh dan solehah…justeru itu perlulahanak lelaki perlu mendalami ilmu agama…anak lelaki juga perlu menjadi imam didalam solat
sekiranya ibubapa suruh, bilamana solat berjemaah dirumah, keakraban dan kebahagian dalamkeluarga itu terpancar…anak lelaki juga perlu menjaga dan membimbing keluarga terutama yang adakakak atau adik perempuan…tanggungjawab anak lelaki adalah memastikan mereka ini menjagaaurat dan batas-batas pergaulan.
Pesanan untuk anak perempuan
Buat anak perempuan, tanggungjawab anda tidaklah seberat tanggungjawab anak lelaki, tetapitidaklah anda sebagai anak perempuan mengambil kesempatan daripada itu…anak perempuan perlumenjaga aurat dan batas pergaulan mereka…dari segi aurat, anak perempuan perlu melabuhkantudung hingga ke dada dan tidak memakai pakaian yang menjolok mata ataupun pakaian yangketat…sesungguhnya bilaman seorang anak perempuan itu melakukan dosa , bukan sahaja diri
sendiri yang menanggung dosa, tetapi bapa juga menanggung dosa anak perempuan itu…apakahanda tidak ada rasa kasih sayang kepada seorang bapa??? Amat kejam kepada mereka yangmelakukan perkara sedemikian…ingatlah, sesungguhnya amat mudah mereka yang bergelar wanitaitu untuk masuk syurga dan amat mudah juga untuk masuk ke neraka…ambillah untuk mudah masuksyurga dengan sentiasa mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya…untuk memilihcalon suami, carilah calon suami yang bukan sahaja tahu asas dalam agama tetapi mampumembimbing seorang isteri…yang boleh menjadi imam dalam keluarga, dan mampubertanggungjawab dalam keluarga….
“ Anak soleh dan solehah sebagai harta, hai ibubapa kami pertama anda, tidak jemu berdoa , agar
sejahtera terpelihara”.
Baiti Jannati ” ( Rumahku Syurgaku ). Satu gambaran bahawa rumahlah segala-galanya bermula dan tempat
untuk kita dapat mengecapi kebahgiaan. ” Syurga itu di bawah tapak kaki ibu “ , hadis dari Al-Tabarani. Hadis
ini pula memberitahu bahawa kecemerlangan kehidupan seseorang itu bermula dengan mendampingi dan
melayani kehendak seorang ibu. Rumah dan i bu dikaitkan dengan syurga …… suatu tempat yang menjadi idaman
semua manusia yang beriman. Untuk mendapatkan syurga bukanlah semudah membeli barang. Ianya ” priceless
“. Hanya mereka yang bertakwa dan beriman yang layak mendapatkannya. Dari sini jelas dapat dilihat bahawa
semua yang baik itu berpunca dari rumah yang didiami oleh seorang ibu atau bapa serta anak-anaknya.
Rumahlah institusi pendidikan pertama bagi anak-anak.
Kata pepatah, ” Melentur buluh biarlah dari rebungnya “. Samalah juga bila mendidik anak-anak. Semua nilai-
nilai yang mulia dalam Islam perlu diterapkan kepada anak-anak seawal yang mungkin. Janganlah kita biarkan
mereka terbiasa dengan sifat-sifat yang negatif semasa kecil kerana ini akan menyulitkan kita
memperbetulkannya apabila remaja kelak. Wujudkanlah suasana “solehah” dalam rumah agar anak -anak tidak
kekok dengan amalan-amalan dan cara hidup seorang muslim yang sebenarnya. Tarbiyah tidak cukup dengan
hanya secara teori tetapi memerlukan amalan -amalan yang berterusan. Kita boleh hantar anak-anak ke sekolah
agama untuk mendapatkan ilmu Islam, tetapi apakah kita yakin mereka mampu mempergunakannya dalam
8/13/2019 Anak Soleh Idaman Ibubapa
http://slidepdf.com/reader/full/anak-soleh-idaman-ibubapa 7/9
kehidupan mereka? Disinilah peranan ibu-bapa dalam membimbing anak-anak mereka dengan menjalani dan
sekaligus memberi gambaran kehidupan yang diredhai oleh Allah SWT.
Peranan Ibu-bapa
Apabila membincangkan tajuk ini kita tidak boleh lari daripada membicarakan tentang peranan dan
tanggungjawab ibu-bapa dalam mendidik dan mentarbiyah anak-anak. Ibu-bapa perlulah melihat anak-anak
dalam kontek yang bebeza-beza agar timbul rasa keinsafan dalam diri dan rasa bersyukur terhadap anugerah
Allah SWT ini. Cuba lihat bagaimana keadaan pasangan-pasangan yang tidak dikurniakan anak…… betapa
„kepinginnya‟ mereka kepada anak -anak.
1. Anak sebagai anugerah, bukan rezeki kerana tidak semua orang dapat anak sepertimana rezeki-rezeki yang
lain. Semua orang tanpa terkecuali mendapat rezeki masing-masing….. cuma banyak dan sedikit saja yang
membezakannya.
2. Anak adalah perhiasan hidup.
مل م ب ن نحل لح ا
(surah Al-Kahfi: 46)
Maksudnya : Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia….
Pasangan -pasangan yang akan mendapat anak juga digalakkan berdoa seperti dibawah:
“Rabbi habli mil ladunka zurriyatan tai -yibatan innaka samee-ud-Dua”
„Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami’.
Jika seorang anak itu dianggap sebagai perhiasan, maka sudah semestinya ia perlu dijaga dengan baik, digilap
selalu agar sentiasa kelihatan cantik dan indah. Anak itu juga menjadi suatu yang sangat berharga kepada kedua
ibu-bapa. Oleh kerana itu menjadi kewajipan para ibu dan bapa menyusun dan mengatur tarbiyah anak-anak
supaya mereka menjadi anak-anak yang indah akhlaknya menurut nilai-nilai Islam. Didiklah mereka menjadi
insan yang disukai oleh orang ramai sebagaimana indahnya sebutir mutiara, tiada siapa yang membencinya.
3. Anak adalah amanah, satu tanggungjawab yang perlu dipikul oleh ibu-bapa. Tanggungjawab ini tidak akan
dapat dijalankan dengan sempurna tanpa bantuan daripada anak-anak. Maksudnya, anak-anak juga perlu ada
perasaan tanggungjawab terhadap kedua ibu-bapa. Anak-anak yang bermasalah akan menyukarkan ibu-bapanya
menjalankan tanggungjawab mereka .
4. Anak adalah ujian. Anggaplah kerenah anak-anak yang menimbulkan berbagai-bagai masalah itu sebagai satu
ujian daripada Allah SWT. Ibu-bapa yang terpaksa berdepan dengan anak-anak yang seperti ini haruslah banyak
8/13/2019 Anak Soleh Idaman Ibubapa
http://slidepdf.com/reader/full/anak-soleh-idaman-ibubapa 8/9
bersabar . Berdoa dan bermunajat untuk anak-anak agar mereka diberi hidayah dan petunjuk daripada Allah
SWT. Jangan sekali-kali mendoakan keburukan terhadap anak-anak apabila dalam keadaan marah, takut-takut
doanya termakbul ketika itu.
Maksud hadis:
Jangan meminta keburukan terhadap diri kamu, atau anak-anak kamu atau harta kamu, dikhuatiri Allah
SWT menjawab kata-katamu pada ketika itu.
5. Anak adalah pewaris. Pertama, anak akan mewarisi harta pusaka yang ditinggalkan. Kedua, anak juga akan
mewarisi agama dan perjuangan ibu-bapa. Anak-anak mestilah dididik agar membelanjakan harta yang diwarisi
di jalan Allah SWT. Begitu juga dengan agama, anak-anak perlu diberitahu betapa pentingnya mempertahan dan
memperjuangkan agama Islam yang dianutinya.
6. Anak sebagai penerus amal soleh. Doa anak kepada ibu -bapa walaupun sesudah mati diterima oleh Allah
SWT. Lain-lain Amal yang boleh dibuat oleh seorang anak terhadap ibu-bapanya yang telah meninggal dunia
seperti bersedekah bagi pihak mereka dan menjelaskan hutang-hutang mereka samada dengan Allah maupun
dengan manusia lain.
Hadis daripada Sahih Muslim:
From Abu Hurayrah, may Allah be pleased with him, that the Messenger of Allah said:
ل نم ا ن ن ل ل ب ل م ن لح ل ن ا ل نم ا ن ن ن ن ن
(When a son of Adam dies, his deeds cease apart from three: a righteous child who will pray for him, knowledge
from which others may benefit after him, or ongoing charity.)
Makna hadis:
Apablia seorang anak Adam meninggal segala amalannya terputus kecuali tiga: anak yang soleh yang akan
mendoakan untuknya, ilmu yang manusia mendapat manfaat darinya dan sedekah yang berterusan.
Bersyukurlah ibu-bapa yang dikurniakan anak, tidak kira dalam keadaan apa pun mereka itu berada…. yang bijak
, yang kurang cerdik, yang kacak, yang tidak cantik, yang sempurna, yang kurang upaya, yang berakhlak, yang
panjang akal dan sebagainya. Mereka telah diamanahkan kepada kita, maka lindungilah mereka dan penuhilah
keperluan-keperluan mereka setakat yang termampu. Semua itu bermula di rumah….jangan harapkan pihak
sekolah atau pengasuh melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya kita pikul.
8/13/2019 Anak Soleh Idaman Ibubapa
http://slidepdf.com/reader/full/anak-soleh-idaman-ibubapa 9/9
Bagi pihak anak-anak pula bersyukurlah dengan apa yang telah disediakan oleh kedua ibu-bapa. Jika kita terasa
apa yang didapati daripada ibu-bapa itu masih belum mencukupi keperluan, cuba bayangkan mereka yang tidak
ada ibu-bapa langsung. Jadilah anak yang tahu membalas jasa kedua ibu-bapa bagi menandakan kesyukuran kita
terhadap mereka.
top related