adat asal orang iban

Post on 19-Jun-2015

8.317 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Nukilan

Nut’s

Adat Orang Iban Asli

Adat merupakan perbuatan yang betul dan perlu untuk mengekalkan akhlak moral agar mampu mewujudkan masyarakat yang harmoni.

Pelanggaran adat juga membawa maksud penyalah dan pesalah perlulah dihukum berdasarkan penghakiman kepada ketua adat.

Hukuman yang dikenakan adalah berupa denda dan pembalasan saksama dan digelar ukum.

Buku adat atau lebih dikenali sebagai tunggu dibuat bagi merekodkan kesalahan yang dibuat oleh orang Iban. (Richards 1963).

Definisi Adat Iban

Kesalahan adat juga akan menyebabkan samengat siga (roh yang jahat) berkeliaran dan memerelukan upacara ritual untuk menghalangnya.

Sekiranya, hukuman tidak setimpal, orang Iban percaya musibah akan berlaku dan musibah ini dilakukan oleh hantu, contohnya antu rua (hantu sial yang menyebabkan kematian dan kemiskinan).

Pelanggaran adat juga menyebabkan kecederaan dalaman, kehilangan harta benda dan terkena sial sepanjang hidup.

Adat perkahwinanAdat kelahiranAdat kematianUpacara miring

Adat Iban

Usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua tahun kerana dalam usia yang sebegini, pihak lelaki telah bersedia untuk berkahwin.

Bagi pihak si gadis - tiada umur khusus yang ditetapkan.

Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban ialah perkahwinan yang mematuhi kehendak adat.

Pihak yang melanggar mana-mana adat perkahwinan dikehendaki membayar denda untuk mengelakkan pasangan suami isteri ditimpa kesusahan.

Adat Perkahwinan

Anggota keluarga itu besar - anak-anak mereka lambat dikahwinkan.

Anggota keluarga di rumah itu kecil - anak-anak mereka akan dikahwinkan secepat mungkin dengan harapan menantu dapat membantu keluarga membuat kerja-kerja tertentu.

Dibuat selepas tiga keadaan:1. Lelaki telah ngayap pada perempuan itu.2. Hasil perjodohan kedua orang tua

pengantin.3. Pilihan secara rawak oleh orang tua

pengantin.Perkahwinan biasanya ditentukan oleh

pengantin lelaki.

Nanya Indu (Merisik)

Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis - ibu bapanya atau wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik.

Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum.

Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian dan sebagainya.

Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu menggalakkan.

Pihak lelaki pergi ke rumah pihak perempuan untuk menjemput perempuan ke rumah untuk bertunang.

Pihak lelaki perlulah berpakaian kemas dan perlu mandi dulu sebelum naik ke rumah pihak perempuan – tolak bala.

Pihak lelaki perlulah memukul gendang dan tawak (bergendang) dengan kuat – mengelakkan burung – burung jahat, hantu hutan dan hantu keranggas (hantu pengacau majlis) mendengar mereka merisik.

Ngambi Indu (Merisik)

Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang dan paling ramai dua puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua.

Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian atau mas kahwin serta lain-lain yang berkaitan.

Setelah mencapai kata sepakat - ayah pihak lelaki menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan.

Kedua belah pihak akan berbincang tentang tarikh dan hari perkahwinan.

Sebelum mula, keadaan mesti senyap – adat.Wakil kedua pihak akan berbincang tentang

tarikh perkahwinan dan mereka wajib minum air tuak sebelum mula berbincang – dikenali sebagai ai ansah (air peransang).

Dimulakan dengan beramban (pantun berirama Iban) – mesti ikut rentak.

Melah Pinang (Bertunang)

Dibuat oleh tuai rumah - untuk mengetahui sejauh mana perbincangan semasa bertunang.

Sekiranya pengantin ada hubungan kekeluargaan, denda akan dikenakan kepada mereka. Selepas itu barulah ibu bapa pengantin perempuan meminta berian.

Selepas mencapai persetujuan – penentuan tarikh perkahwinan dibuat.

Proses membelah pinang dibuat - simbolik pertunangan.

Mulai saat itu - perempuan itu tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna lain selain tunangnya.

Betusut (Penentuan Tarikh)

Seorang perempuan akan membawa keluar tepak sirih dan kemudian membelah pinang tersebut .

Pecahan pinang itu akan menentukan tempoh masa pengantin perempuan wajib tinggal di rumah suaminya.

Kemudian seorang lemambang atau bomoh akan mengadakan upacara menidurkan anak dan mengejutkan anak itu semula dengan beberapa rangkap pantun.

Seterusnya pinang tersebut akan diagihkan kepada tetamu dan diberi sarapan pagi.

Membelah Pinang

Upacara perkahwinan telah dianggap tamat dengan menjalankan adat ini sekiranya tiada kesalahan adat yang dilakukan oleh kedua belah pihak.

Ada kesalahan adat - pengantin akan mandi di sungai untuk membersihkan diri

Mereka perlu memegang sehelai kain yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan semasa perkahwinan itu akan hilang pada setiap individu.

Selepas mandi - mereka menyembelih seekor babi sebagai korban dan juga sebagai penebus dosa pengantin.

Setelah menyucikan diri, pasangan pengantin akan memakai pakaian masing-masing untuk pergi ke rumah pengantin lelaki pula.

Di sepanjang jalan, rombongan perlu kelihatan gembira kerana segala kesalahan telah dihapuskan.

Wakil itu membawa beberapa utas tali bersimpul yang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan dilangsungkan.

Lima simpulan - perkahwinan itu akan berlangsung dalam masa lima hari lagi.

Wakil khas akan meninggalkan tali bersimpul itu kepada tuai rumah atau ketua rumah panjang yang bertanggungjawab membuka simpulan tali itu setiap hari.

Dua atau tiga hari kemudian wakil pihak lelaki akan memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga.

Sampai di tangga rumah panjang, kepala rombongan pengantin lelaki dipelawa menyembelih seekor babi sebagai penghormatan.

Tembakan senapang akan kedengaran secara balas-membalas.

Di kepala tangga rumah itu pula - terdapat rangka yang berbentuk seperti kota.

Ketua rombongan pengantin lelaki terlebih dahulu terpaksa membuka tiga buah kota iaitu di kepala tangga, di tengah rumah dan di hujung rumah.

Majlis Perkahwinan

Setelah itu, rombongan pihak lelaki di kalangan kaum wanita akan masuk ke bilik pengantin perempuan, manakala yang lelaki duduk di ruai.

Tetamu perempuan hanya dapat masuk ke dalam bilik pengantin perempuan dengan menggunakan bahasa berirama untuk membuka pintu bilik yang dipalang dengan lembing dan ditutup oleh pua kumbu.

Para tetamu seterusnya akan dijamu dengan sejenis arak iaitu tuak dan pelbagai jenis air seperti air haus, air dahaga dan air untung.

Sambil itu mereka akan bergurau senda dan beramai-ramai menyanyikan lagu dan memukul gendang.

Mereka juga akan berpusing di rumah selama tiga kali.

Pihak perempuan juga meminta bayaran memecah tangga iaitu sebilah beliung, bayaran pembuka pintu iaitu sebatang lembing, bayaran pembuka kelambu iaitu sebilah pedang dan pemberian kecil yang lain.

Pihak lelaki pula meminta pencuci kaki , sebuah tempayan, sepasang tempat menggantung gong, penolak haluan iaitu sebatang sumpitan, kajang perahu iaitu sehelai kain pua kumbu dan beberapa pemberian kecil lagi.

Selepas menjelaskan segala berian, mereka menetapkan pula syarat berhubung dengan berian sekiranya berlaku perceraian.

Sekiranya perceraian disebabkan oleh pihak lelaki, si suami wajib membayar balik berian yang diterimanya dahulu dan tambahan sebanyak RM50 sebagai denda.

Pada sebelah malamnya - kedua pengantin diiringi oleh pengapit masing-masing dan akan disandingkan di atas gong atau kerusi yang dialas kain tenun.

Pasangan ini akan disaksikan oleh hadirin di rumah panjang tersebut.

Seterusnya seseorang yang dipanggil tukang ganyang akan memulakan upacara. Ayam yang telah diikat kakinya kemudian dilepaskan dan mentera pun dibaca.

Ayam yang telah disembelih itu akan diambil darahnya untuk disemah kepada pengantin (juga dikenali sebagai proses bebiau)

Istiadat ini akan diakhiri dengan jamuan makan dan minum.

Persandingan

Selepas mengadakan majlis di rumah pengantin lelaki, sekali lagi majlis diadakan di rumah pengantin perempuan.

Sungguhpun mereka telah sah sebagai pasangan suami isteri - mereka tidak boleh tidur bersama.

Si suami masih tidur di ruai iaitu di bilik tetamu. Sebarang bunyi-bunyian yang didengar sepanjang

berada di situ akan mempunyai maksud yang tersendiri samada baik atau sebaliknya.

Ada pasangan yang terpaksa dipisahkan buat sementara waktu kerana mendapat petanda buruk.

Terbahagi kepada beberapa peringkat:1. Berpantang2. Berdiang/bersalai3. Tanggal pusat4. Menamakan bayi5. Mandi sungai6. Berkhatan

Adat Kelahiran

Wanita Iban akan berpantang selama tiga puluh hari selepas melahirkan anak.

Ibu akan diberi makan nasi dan ikan salai atau ikan kering yang kadang-kadang dicampur dengan pucuk paku dan buah pulur (timun Iban).

Semua makanan tersebut pula perlu dicampurkan dengan halia atau air rebusan halia supaya dapat memanaskan badan.

Berpantang

Si ibu perlu duduk dekat dengan unggun api. Kayu yang digunakan untuk unggun api ini mestilah dari jenis kayu yang baik.

Jenis kayu yang lazim digunakan ialah kayu malam, manding atau langsat.

Kayu-kayu ini juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit ibu yang baru bersalin.

Kayu yang digunakan basah atau dari jenis beracun, dibimbangi asapnya akan memudaratkan si ibu dan bayi.

Si ibu perlu berdiang atau bersalai selama empat puluh satu hari.

Dalam tempoh itu, si ibu perlu menggariskan kapur pada tiang atau dinding rumah untuk menghitung hari kelahiran.

Berdiang/Bersalai

Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal pusat iaitu ketika bayi berusia empat hari.

Bayi tersebut akan dibawa oleh nenek atau saudara perempuannya ke tanju (luar anjung) untuk melihat matahari sambil mulut bayi tersebut dirasakan dengan garam.

Pada masa itu juga, doa atau mentera dibacakan agar kesihatan bayi sentiasa terpelihara.

Tanggal Pusat

Kaum Iban begitu mementingkan adat memberi nama .Nama yang baik dan elok mempunyai kesan ke atas masa

hadapan kanak-kanak tersebut. Sebelum memberi nama yang rasmi, anak-anak kaum Iban akan

diberi nama timangan. Bayi yang baru lahir itu seterusnya akan diberi nama sempena

nama salah seorang daripada nenek moyangnya yang pernah berjasa dan handal.

Tujuannya supaya bayi itu akan mewarisi jasa serta mengikut jejak langkah nenek moyangnya itu.

Seterusnya upacara memilih nama akan dijalankan di mana kepalan nasi akan diletak di atas papan yang tertulis nama-nama yang dipilih itu.

Kemudian seekor ayam akan dilepaskan untuk membuat pilihan dan ini dikenali sebagai Manok Tawai.

Menamakan Bayi

Manok Tawai

Dijalankan semasa bayi itu berumur satu bulan dan adat ini dijalankan bagi membiasakan bayi dengan air sungai.

Permulaannya, jiran-jiran akan dimaklumkan untuk meraikan adat tersebut dengan meriah.

Dua orang lelaki akan membawa seekor ayam dan panji-panji.

Kebiasaannya mereka ini ditugaskan membaca mentera dan menetak air sungai.

Dua orang perempuan pula akan mengiringi lelaki tersebut.

Bayi tersebut dipakaikan kain pua belantan dan kumpulan itu akan diikuti pula oleh orang ramai.

Mandi Sungai

Doa atau mentera dibaca meminta supaya bayi itu menjadi orang yang sempurna dan berguna.

Sebaik sahaja mentera dibaca, dua orang lelaki tadi akan menetak air dan ayam disembelih.

Nama bayi juga akan diumumkan ketika itu. Bagi bayi lelaki, sayap ayam akan diikat dengan

benang merah yang digantung pada galah berayang.

Bagi bayi perempuan pula - benang tersebut digantung pada galah laletan.

Selepas bayi dimandikan, dia akan dibawa pulang sambil gendang dipalu.

Bayi itu akan dipangku dan pemangku duduk di atas tawak atau gong yang diletakkan di tengah-tengah ruai.

Kemudian, bayi dan pemangkunya diselimutkan dengan kain pua kumbu dan disiram dengan air rendaman batu penawar burung, cincin emas atau wang ringgit lama.

Selepas upacara mandi selesai, tetamu-tetamu akan dijamu dengan air tuak dan makanan yang ringkas. Upacara ini diakhiri dengan kenduri mandi anak (jamuan ringkas).

Kanak-kanak lelaki kaum Iban akan berkhatan ketika berumur sepuluh tahun.

Berkhatan lazimnya dilakukan secara senyap dan tidak disertai dengan kenduri.

Kanak-kanak yang tidak berkhatan akan digelar sebagai lelaki kulup di kalangan kaum Iban.

Berkhatan

Terbahagi kepada tiga fasa:a) Semasa kematianb) Semasa pengebumianc) Selepas kematian

Adat Kematian

Orang Iban menguruskan mayat dengan penuh kemuliaan. Semua saudara mara dan sahabat handai menghadiri

upacara itu.Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja mendapati

seseorang itu mati ialah merapatkan mulutnya dan ini dilakukan oleh ahli keluarganya.

Kemudian mayat dimandikan, disikat dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya.

Kedua-dua pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu.

Jika tidak, dipercayai - hantu si mati akan membawa pulang roh si mati.

Kemudian mayat diletakkan di tengah-tengah rumah panjang dan dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat.

Semasa Kematian

Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan.

Barang-barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia keduanya kelak (dunia selepas mati).

Mayat itu juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian.Seterusnya, seorang wanita yang mahir ditugaskan

membaca doa - roh si mati dipercayai dapat dibawa ke syurga tanpa sebarang halangan.

Doa itu akan dibaca berterusan sehinggalah mayat dibawa keluar dari rumah panjang.

Sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan, orang tua-tua akan berbincang tentang jangka masa berkabung dan berpantang.

Mayat itu kemudiannya ditaburi beras supaya petara (Tuhan) tidak menyiksa mayat itu.

Setelah kawasan kubur ditetapkan, seekor ayam dikorbankan di atasnya.

Darah ayam itu dikatakan sebagai persembahan kepada sempulang gana (Tuhan Dunia Kedua) supaya menerima mayat itu.

Kaum wanita dilarang memasuki kawasan perkuburan.

Lubang kubur digali tanpa menggunakan sebarang senjata tajam.

Hanya tangan dan kayu sahaja yang boleh digunakan. Biasanya lubang itu sedalam tiga kaki sahaja kerana

penggali kubur tidak boleh memasuki lubang itu.

Semasa Pengebumian

Daun atau rumput hijau dielakkan daripada memasuki lubang itu.

Jika daun atau rumput itu turut terkubur, mereka percaya roh si mati akan mengganggu orang yang masih hidup.

Sebuah pondok kayu dibina di atas kubur untuk melindungi kubur.

Barang-barang tertentu kepunyaan si mati diletakkan di dalam pondok itu.

Umpamanya, jika si mati seorang pahlawan, senjata kepunyaannya diletakkan di situ.

Masa berkabung bermula sebaik sahaja pengebumian selesai.

Tempoh berkabung ialah tiga bulan bagi keluarga si mati dan sebulan bagi penghuni rumah panjang tersebut.

Dalam tempoh itu - unggun api dinyalakan di luar rumah selama tiga malam.

Jika tidak, dipercayai roh si mati akan pulang ke rumah dan mengganggu orang yang masih hidup.

Mereka dilarang mengadakan sebarang majlis hiburan.

Ahli keluarga si mati juga dilarang memakai barang kemas dan pakaian bewarna-warni.

Selepas Kematian

Setelah tempoh berkabung tamat - seorang lelaki yang dihormati dijemput untuk menjalankan upacara ngetas ulit sebagai tanda tamat berkabung.

Tidak beberapa lama kemudian upacara bercerai bunga dijalankan supaya roh si mati berada di dalam keadaan aman.

Manang atau dukun menyanyi sepanjang malam meminta supaya petara memisahkan roh si mati daripada roh orang yang masih hidup.

Perpisahan tersebut akan berkekalan selepas Gawai Antu (gawai orang mati) diselenggarakan.

Tujuan:1. Memberi kehormatan kepada Petara (Tuhan), Orang

Panggau & Bunsu Antu (roh suci) dan Petara Aki-Ini (roh nenek moyang)

2. Berterima kasih kepada Tuhan atas berkat dan bantuan.

3. Memnita berkat, kekayaan, nasib baik, kesihatan yang baik, kegembiraan, serta keaamanan dan kesejahteraan.

4. Buat niat (hajat).5. Meminta kejayaan dan pertolongan sebelum bekerja.6. Meminta ampun atas kesalahan yang dibuat dan

memohon perlindungan dari segala yang jahat.

Upacara Miring

Miring

o Ubi kayu dan pembungkusnya (daun apong)·            

o pinang, sirih, kapur, gambir.o Nasi putih yang telah masak.o Garam.o Nasi manis.o Ketupat.o Nasi pulut.o Kek beras.

Bahan-Bahan Miring

o Sagun (tepung beras).o Pisang.o Beras kuning.o Letup (nasi himpit).o Telur ayam.o Telaga (gelas berisi air tuak)o Bulu ayam yang telah dicabut dan dijampi

yang kemudiannya direndam dalam darah.

1. Sengalang Burong – Petara Peperangan. Gawai Burong diadakan.

2. Raja Simpulang Gana –PetaraTanaman (padi). Gawai Umai diadakan.

3. Raja Menjaya & Ini Andan - Petara Kesihatan. Gawai sakit diadakan.

4. Anda Mara –Petara Kekayaan. Gawai Pangkong Tiang diadakan.5. Selampandai – Petara Jodoh. Gawai Melah Pinang diadakan.6. Raja Semarugah – Petara Tanah (meminta berkat untuk

membuat rumah atau kebun di tanah baharu).7. Keling and orang Panggau – Petara Perlindungan. Meminta

perlindungan.8. Bunsu Antu – Petara Mimpi. Memberi mimpi dan petanda.9. Petara Aki Ini – Roh nenek moyang. Gawai Dayak diadakan.

Petara (Tuhan)

1. Menyediakan bahan-bahan piring.2. Sembahyangkan piring (minta diberkati sepanjang

miring)3. Bahagikan piring kepada beberapa bahagian, terpulang

dengan jumlah petara yang dipuja.4. Membacakan Sampi (mantera).5. Tinggalkan piring di bilik, ruai (serambi), panggau

(tempat menyimpan perhiasan rumah), tanju (anjung serambi), kebun dan di tepi air, bergantung kepada majlis. Jika diletakkan di rumah, simpan di sebalik pua kumbu selama tiga dan ke atas (bergantung kepada keramaian).

6. Jika petara menunaikan hajat peminta, upacara kesyukuran akan dibuat.

Proses Miring

Pembahagian Bahan-Bahan Miring

Upacara Miring

Sa, dua, tiga, empat, lima, enam,

tu-u-u-joh!Ho—o—ha! Ho—o—o—ha!

Ho-—o—o—-ha!Terima Kasih

top related