adab memberi dan menerima hadiah serta sedekah

Post on 15-Aug-2015

80 Views

Category:

Education

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PENDIDIKAN ISLAMBAB37

ADAB MEMBERI DAN MENERIMA HADIAH

SERTA SEDEKAH

GALAKKAN MEMBERI HADIAH DAN SEDEKAH

Allah mengalakkan kita mensedekahkan sebahagian rezeki yang dikurniakan Allah kepada kita. Hukum bersedekah ialah sunat.Firman Allah :Surah al-baqarah, 2:245Maksudnya : siapakah yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah menggandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jua yang menyempit dan meluaskan (pemberian rezeki), dan kepada dialah kamu semua dikembalikan.

Rasulullah S.A.W. menggalakkan kita memberi hadiah. Amalan ini boleh mengeratkan lagi hubungan . Sabda Rasulullah S.A.W.

Maksudnya : daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah bersabda : bertukar-tukar hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang.

KELEBIHAN MEMBERI HADIAH DAN SEDEKAH

(1)Mendapat ganjaran Allah(2)Disukai oleh manusia (3)Rezeki akan bertambah

JENIS-JENIS SEDEKAH

(1)SENYUMANSenyuman yang ikhlas adalah satu sedekah. Kita

berjumpa dengan saudara kita dengan wajah yang manis akan memberikan kegembiraan kepadanya. Senyuman juga boleh mengeratkan hubungan.

(2) AMAR MAKRUF NAHI MUNGKARMelaksanakan amar makruf dan nahi mungkar

adalah satu sedekah. Mengajak saudara kita kearah kebaikan dan mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran akan menyelamatkan mereka daripada neraka.

(3) MENYELESAIKAN MASALAH ORANG LAINDalam hadis, Rasulullah menerangkan

kepada kita bahawa menunjuk jalan kepada orang yang sesat merupakan sedekah. Sekiranya kita menyelesaikan kesusahan dan melepaskan saudara kita daripada kesempitan, maka ia dikira sedekah.

(4) MEMBUANG PERKARA YANG MENGHALANG DIJALAN

Kita membuang benda-benda yang menghalang dan menyusahkan orang ramai dijalan juga adalah sedekah.

(5) WANG ATAU HARTAKita mensedekahkan wang atau

harta kepada orang yang memerlukan.

(6) KHIDMATSedekah juga dapat dilakukan

dengan menolong orang yang memerlukan pertolongan.

ADAB-ADAB MEMBERI SEDEKAH DAN HADIAH

(1)IKHLASSedekah dan hadiah yang diberikan

hendaklah diberi dengan niat yang ikhlas kerana Allah S.W.T. tanpa mengharapkan balasan daripada makhluk sama ada pujian atau wang ringgit.

(2)TIDAK MENGUNGKIT SEMULA BARANG YANG TELAH DIBERIKAN

Sikap mengungkit akan menghapuskan pahala.

(3) MEMBERI BARANG YANG DISAYANGI Untuk mendapatkan ganjaran yang besar

daripada sedekah yang kita lakukan, kita hendaklah mensedekahkan barang yang kita sayangi.

Firman Allah :Surah al-imran, 3:92Maksudnya : kamu tidak akan sekali-kali

mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan. Sebahagian dari apa yang kamu sayangi…

PENGHAYATAN

(1)Allah telah mengurniakan kita dengan pelbagai nikmat yang berbentuk kesihatan dan kesenangan. Oleh itu, kita hendaklah mengembalikan sedekah sama ada dalam bentuk wang, masa atau tenaga.

(2)Kita hendaklah memberi hadiah kepada kedua ibubapa bagi menghargai jas amereka membesar dan mendidik kita.

top related