aceh berjihad dan perang batak
Post on 30-Jun-2015
5.683 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERANG ACEH
Perang Aceh ialah perang antara Kesultanan Aceh dengan Belanda antara tahun 1873 hingga tahun 1904. Kesultanan Aceh menyerah kalah kepada Belanda pada tahun 1904 akan tetapi tentangan rakyat Aceh terhadap Belanda berlanjutan dengan perang gerila. Perang Aceh juga dikenali sebagai Perang Belanda ataupun Perang Kafir. Perang Aceh merupakan sebahagian daripada siri pertempuran pada kurun ke-19 yang memantapkan pemerintahan Belanda ke atas Indonesia moden.
Latar belakang
Pada sebahagian besar abad ke-19, kemerdekaan Aceh dijamin oleh Perjanjian
Inggeris-Belanda 1814 dan juga taraf Aceh sebagai negeri naungan Empayar
Uthmaniyyah semenjak abad ke-16. Pada tahun 1820-an Aceh menjadi kuasa politik
dan perdagangan serantau, dan membekalkan separuh daripada bekalan lada
hitam dunia yang meningkatkan pendapatan dan pengaruh raja-raja feudal
tempatan.[8] Permintaan bagi lada hitam yang meningkat di Eropah dan Amerika
Syarikat membawa kepada pergeseran bersenjata antara pihak British, Perancis dan
Amerika. Di bawah pemerintahan Sultan Tuanku Ibrahim(1838–1870), Kesultanan
Aceh berjaya mengawal raja-raja tempatan dan memanjangkan kuasa kesultanan ke
pantai timur.[8]Namun, pengembangan kuasa Aceh di utara membawa
pertembungan dengan pihak Belanda yang sedang meluaskan pemerintahan
kolonialisme di Sumatera.[8]
Berikutan pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 serta perubahan dalam laluan
perkapalan, pihak British dan Belanda memeterai Treati Sumatera Inggeris-Belanda
1871 yang menamatkan tuntutan British terhadap Sumatera dan membenarkan
Belanda memperluaskan pengaruh mereka terhadap Asia Tenggara maritim sambil
menggalas tanggung jawab menangani aktiviti-aktiviti lanun.[3] Sebagai balasan,
pihak British memperoleh kawalan ke atas Dutch Gold Coast di Afrika dan hak
perdagangan yang sama dengan Belanda di Siak.[7] Keinginan Belanda memperluas
wilayah didorong oleh kehadiran sumber asli, terutamanya lada hitam dan minyak,
dan juga untuk menghapuskan kuasa negara tempatan. Belanda juga ingin
mengelak kuasa kolonial lain, khususnya Britain dan Perancis, daripada
berkembang di Asia Tenggara.[9]
Strategi
Pihak Belanda mencuba strategi demi strategi dalam waktu beberapa dasawarsa.
Pada tahun 1873 mereka mencuba dengan satu serangan pantas, namun gagal.
kemudian mereka mencuba kepungan laut, perdamaian, berkumpul dalam barisan
kota-kota, dan kemudian pembendungan secara pasif. Mereka tidak berjaya.
Dengan perbelanjaan yang menghampiri 15 ke 20 juta guilder setahun, keadaan ini
nyaris-nyaris menjadikan kerajaan kolonial muflis.[10]
Serangan Belanda pertama
Pada tahun 1873, rundingan dijalankan antara wakil-wakil Kesultanan Aceh dengan
konsul tempatan AS berkaitan kemungkinan pengwujudan sebuah treati dwipihak.[7] Pihak Belanda melihat ini sebagai pelanggaran perjanjian yang lebih awal dengan
pihak British yang dimeterai pada tahun 1871, dan menggunakan kesempatan ini
bagi merampas Aceh secara ketenteraan.[1] Sebuah ekspidisi di bawah
perintah Mejar Jeneral Johan Harmen Rudolf Köhler dihantar pada 26 Mac 1873,
dan peperangan bermula apabila Belanda membedil ibu kota Kesultanan
Aceh, Banda Aceh, dengan tembakan meriam dari kapal perang Cidatel van
Antwerpen. Pada 8 April 1873, angkatan Belanda mendarat di Pantai Ceureumen,
dan berjaya menawan daerah-daerah pesisiran pantai.[7] Sememangnya niat
Belanda untuk menyerang dan merampas istana Sultan yang sekaligus akan
membawa kepada penaklukan Aceh. Sultan meminta, dan berkemungkinan besar
menerima, bantuan daripada Itali dan United Kingdom di Singapura. Walau apapun,
tentera Aceh diperbesar dan dipermoden, dan kekuatannya dianggarkan antara
10,000 dan 100,000 anggota.[7] Pihak Belanda melakukan beberapa kesilapan taktik
akibat memandang rendah kebolehan ketenteraan Aceh, dan mengalami kerugian
termasuklah kematian Kohler dan 60 anggota.[7] Kekalahan ini menjejaskan
semangat dan martabat Belanda.[3]
Pihak Belanda terpaksa berundur dan kemudian meletakkan kepungan laut terhadap
Aceh. Dalam percubaannya bagi mengekalkan kemerdekaan Aceh, Sultan Mahmud
meminta pertolongan kuasa-kuasa Barat yang lain, dan juga Empayar Uthmaniyyah,
namun tidak diindahkan. Sementara Konsul Amerika bersimpati, kerajaan Amerika
tetap berkecuali. Pihak Uthmaniyyah pula tidak mampu membantu kerana
kedudukannya yang lemah di persada politik antarabangsa. Dalam masa yang sama
pihak British enggan membantu ekoran perjanjian mereka dengan Belanda
sementara Perancis juga tidak mahu membantu.[4]
Serangan Belanda kedua
Tentara VOC Aceh setelah peperangan selesai
Pada November 1873, ekspedisi kedua terdiri daripada 13,000 tentera yang
diketuai Jeneral Jan van Swieten dihantar ke Aceh.[11] Serangan berbetulan dengan
peletusan penyakit taun yang mengorbankan beribu orang di kedua-dua belah pihak.[4] Menjelang bulan Januari 1874, keadaan yang bertambah buruk memaksa Sultan
Mahmud Syah dan para pengikutnya meninggalkan Banda Aceh dan berundur ke
darat. Dalam masa yang sama, tentera Belanda menakluk ibu kota Aceh dan juga
istana Sultan. Ini mendorong tanggapan pihak Belanda bahawa mereka telah
menang. Pihak penakluk Belanda kemudianya memansuhkan Kesultanan Aceh dan
mengisytiharkan bahawa Aceh diilhakkan kepada Hindia Timur Belanda.[4]
Berikutan kemangkatan Sultan Mahmud akibat penyakit taun, orang Aceh
menobatkan cucu kecil Tuanku Ibrahim, bernama Tuanku Muhammad Daud Syah,
sebagai Sultan dengan gelaran Sultan Ibrahim Mansur Syah (memerintah 1874–
1903). Mereka meneruskan perjuangan di kawasan bukit bukau dan hutan rimba
selama sepuluh tahun, dengan kerugian besar pada kedua-dua pihak.[4] Pada
lingkungan tahun 1880 pihak Belanda menukar strategi dan daripada meneruskan
peperangan, mereka menumpukan perhatian kepada strategi mempertahankan
kawasan-kawasan yang telah mereka takluk, yakni kawasan-kawasan yang terbatas
kepada ibu kota (Banda Aceh), [3] dan pekan pelabuhan Ulee Lheue. Kepungan laut
Belanda berjaya memaksa uleebelang(hulubalang) menandatangani treati-treati
yang memanjangkan kawalan Belanda terhadap kawasan-kawasan pesisiran. Walau
bagaimanapun, hulubalang-hulubalang kemudiannya menggunakan pendapatan
yang dipulangkan kepada mereka bagi membiayai angkatan pembangkang Aceh.
Campur tangan Belanda mengakibatkan kehilangan nyawa beribu-ribu anggota
tentera Belanda dan membebankan perbelanjaan kerajaan kolonial. Pada 13
Oktober 1880 kerajaan kolonial mengisytiharkan bahawa perang telah berakhir dan
meletakkan kerajaan awam, namun masih berbelanja besar demi mengekalkan
kawalan di kawasan-kawasan yang ditaklukinya. Dalam percubaan untuk meraih
sokongan orang Aceh, pihak Belanda membina Masjid Raya Baiturrahman sebagai
tanda perdamaian.[3]
Jihad
1883 – 1900-an
Perang bermula sekali lagi pada tahun 1883, apabila kapal British Nisero terkandas
di kawasan yang tidak dikawal Belanda di Aceh. Seorang pembesar tempatan
meminta wang tebusan daripada kedua-dua British dan Belanda dan, dengan
tekanan kuat British, pihak Belanda terpaksa mencuba membebaskan anak-anak
kapal. Berikutan kegagalan percubaan menyelamat oleh pihak Belanda (seorang
pembesar tempatan, Teuku Umar, enggan membantu selepas diminta Belanda)
pihak Belanda bersama-sama British menyerang daerah itu. Sultan kemudiannya
menyerahkan sandera dan memerima sejumlah bayaran besar sebagai balasan.[12]
Menteri Perang Belanda, August Weitzel, sekali lagi mengisytiharkan perang
terhadap Aceh, dan, seperti sebelumnya, peperangan berlanjutan tanpa banyak
kemajuan. Berdepan dengan musuh yang lebih maju dari segi teknologi, pihak Aceh
memilih jalan perang gerila, khususnya dengan menggunakan perangkap dan
serang hendap. Tentera Belanda membalas dengan menghapuskan kampung-
kampung dan membunuh kedua-dua para tawanan dan orang kampung
sekali. [13] Pada tahun 1884, pihak Belanda bertindak dengan mengundurkan
kesemua anggota tentera mereka ke dalam barisan kubu di persekitaran Banda
Aceh.[3] Pihak Belanda juga mencuba mendapatkan khidmat pembesar tempatan:
Teuku Umar diupah dengan wang tunai, candu, dan persenjataan. Umar diberi
gelaran "Panglima Prang Besar".
Penaklukan Kuto Reh pada 14 Jun 1904, mengakibatkan beratus orang Aceh
terkorban
Umar sebaliknya menggelar dirinya "Teuku Djohan Pahlawan" dan pada 1 Januari
1894 Umar mendapat bantuan Belanda bagi membina bala tenteranya. Namun dua
tahun kemudian, daripada membantu pihak Belanda menundukkan kawasan
dalaman Aceh, Umar menyerang Belanda dengan tentera baharunya. Peristiwa ini
dicatatkan dalam rekod sejarah Belanda sebagai Het verraad van Teukoe
Oemar(pembelotan Teuku Umar). Bermula dari pertengahan 1880-an, pucuk
pimpinan tentera Aceh dikuasai ulama, termasuk Tengku Chik di Tiro(Muhammad
Saman), yang mengetengahkan konsep Jihad melalui khutbah dan teks yang
dikenali sebagai "hikayat" ataupun cerita puisi. Pejuang Aceh melihat diri mereka
sebagai mujahid yang memerangi "penceroboh kafir".[1] Pada waktu ini Perang Aceh
menjadi tanda tentangan Muslim terhadap imperialisme Barat. [2]
Pada tahun 1892 dan 1893, Aceh kekal merdeka, walaupun Belanda cuba
menakluknya. Mejar Jeneral JB van Heutsz, seorang ketua tentera kolonial, menulis
siri rencana berkenaan Aceh. Beliau disokong Dr Christiaan Snouck
Hurgronje daripada Universiti Leiden, pada masa itu seorang pakar Islam Belanda.
Hurgronje berjaya mendapat kepercayaan ramai ketua Aceh dan mengumpul
perisikan tentang kegiatan jemaah Haji Aceh bagi pihak kerajaan Belanda.[2] Kerjanya menjadi rahsia rasmi buat beberapa tahun. Dalam analisis Hurgronje
tentang masyarakat Aceh (lihat di bawah), beliau memperkecilkan peranan Sultan
dan berhujah bahawa perhatian harus diberikan kepada ketua-ketua turun-temurun,
yakni Ulee Balang, yang difikirnya dapat dipercayai sebagai pentadbir tempatan.
Tentang ulama pula, beliau berhujah bahawa golongan ini tidak boleh dipercayai
atau dipujuk agar bekerjasama, dan harus dihapuskan. Sebagai sebahagian
dasar pecah dan perintah, Hurgronje menggesa kerajaan Belanda memperbesarkan
ruang antara ulama dan bangsawan Aceh.[2]
Pada tahun 1894 penghulu Hasan Mustafa juga membantu menghentikan
pertempuran dengan mengeluarkan fatwa yang menyuruh orang Islam tunduk
kepada kerajaan kolonial Belanda.[14]
Siasatan Snouck Hurgronje
Untuk mengalahkan pertahanan Aceh, pihak Belanda mengguna tenaga seorang
pengkaji, Dr Snouck Hurgronje, yang menyamar selama dua tahun di pedalaman
Aceh bagi meneliti kemasyarakatan dan ketatanegaraan Aceh. Hasil kerjanya itu
dibukukan dengan judul Rakyat Aceh (De Acehers). Dalam buku itu Hurgronje
menyebut strategi bagaimana mahu menakluk Aceh.
Usulan strategi Hurgronje kepada Gabenor Tentera Belanda van Heutz adalah agar
golongan Keumala (iaitu Sultan yang tinggal di Keumala) dan para pengikutnya
disisihkan dahulu. Belanda harus tetap menyerang para ulama.Laporan Hurgronje
diterima van Heutz yang menjadi Gabenor tentera dan awam di Aceh (1898-1904).
Hurgronje kemudiannya diangkat sebagai penasihatnya.
Pendamaian
Pada tahun 1898 van Heutsz diberi jawatan gabenor Aceh dan, dengan
pembantunya, Hendrikus Colijn, yang kemudiannya menjadi perdana
menteri Belanda, berjaya menakluk sebahagian besar negeri Aceh. Mereka
mengikuti cadangan Hurgronje dengan mencari hulubalang yang mahu bekerjasama
dengan Belanda di kawasan pedalaman dan dengan cara itu menyisihkan para
penentang dari pangkalan mereka di kawasan kampung.[2] Pihak Belanda menyusun
strategi melawan pemberontakan dengan menggunakan unit-
unitGendamerie (pasukan separa tentera) yang bersenjata ringan dan dengan
menjalankan dasar bumi hangus.[1] Van Heutsz memberi tanggung jawab
mematahkan penentangan Aceh kepada Kolonel Gotfried Coenraad Ernst van
Daalen. van Daalen kemudiannya memusnahkan beberapa kampung dan
membunuh sekurang-kurangnya 2,900 orang Aceh termasuk 1,150 wanita dan
kanak-kanak. Korban Belanda sebanyak 26 orang, dan van Daalen dinaikkan
pangkat.
Jeneral van Heutz dan staf.
Pada tahun 1903, ketua-ketua sekular utama pergerakan penentang Aceh termasuk
Sultan Muhammad Daud, Tuanku Raja Keumala dan Muda Perkasa menyerah
kalah.[1] Menjelang tahun 1904 sebahagian besar Aceh terletak di bawah kawalan
Belanda, dan mempunyai kerajaan orang tempatan yang bekerjasama dengan
negara kolonial. Pihak Belanda mengukuhkan kawalan mereka terhadap Aceh
dengan mengamalkan dasar toleransi agama sebagai satu cara untuk meyakinkan
orang Aceh agar tidak menjalankan pemberontakan bersenjata.[1]Namun demikian,
kejadian kezaliman tentera Belanda masih berlaku pada waktu itu. Gambar-gambar
penyembelihan orang kampung Koeto Reh di wilayah Gayo dan Alas Aceh pada
tahun 1904 menunjukkan pembunuhan orang awam beramai-ramai berlaku.[15] Bilangan korban pihak Aceh dianggarkan seramai 50,000 ke 60,000 orang, dan
lebih sejuta orang tercedera.[2] Pemusnahan kampung juga menyebabkan 10,000
orang Aceh melarikan diri ke Malaya British.[2]
Di Belanda pula, van Heutz dianggap wira, dan digelar "Pendamai Aceh". Beliau
dinaikkan pangkat dan menjadi gabenor jeneral seluruhHindia Timur Belanda pada
tahun 1904. Sebuah tugu yang masih kekal didirikan di Amsterdam, mahupun nama
dan gambarnya kemudiannya dibuang sebagai bantahan terhadap legasi ganasnya.
Pentadbiran Belanda mempertahankan tindak tanduknya di Aceh dengan
menyatakan dorongan moral untuk melepaskan rakyat Aceh daripada penindasan
dan amalan mundur raja-raja merdeka tempatan yang tidak menuruti resam-resam
antarabangsa.[16] Perang Aceh juga menggalakkan Belanda mengilhak negeri-negeri
merdeka di Bali, Maluku, Borneodan Sulawesi antara tahun 1901 dan 1910.[16]
Pengaruh kolonial di tanah tinggi Aceh tidak seberapa dan, mahupun terhad,
tentangan gerila pimpinan ulama masih berjalan sehingga tahun 1942.[1] Kegagalan
menyingkirkan Belanda menyebabkan banyak ulama menghentikan tentangan
sedikit demi sedikit. Wilayah Gayo kekal sebagai pusat tentangan sehingga selewat
tahun 1914.[17] Seorang intelek,Sayyid Ahmad Khan menganjurkan
agar jihad menentang Belanda dihentikan oleh sebab perkataan itu ditakrifkan
sebagai perjuang ketenteraan melawan penindasan agama.[1]
Meriam Uthmaniyyah dan Aceh, dibuka berikutan kemenangan Belanda di Aceh pada tahun 1874. Illustrated
London News.
Perang Dunia Kedua dan Kemerdekaan Indonesia
Ketibaan Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua mula-mulanya disambut baik oleh oleh para
pejuang kebangsaan Aceh; namun perselisihan faham membawa kepada penentangan oleh
pemberontak yang memuncak dalam satu pemberontakan di Bayu.[21] Sewaktu Revolusi
Kebangsaan Indonesia yang berlaku berikutan kekalahan Jepun pada Ogos 1945, pihak
bangwasawan dijadikan sasaran balas dendam kerana bekerjasama dengan Belanda, dan
daerah Aceh menjadi kubu kuat para pejuang revolusi Sukarno yang mahu menjadikan
Indonesia sebuah republik.[18] Memandangkan perasaan anti-kolonial yang kuat di Aceh,
Belanda memintas wilayah itu dalam tindakan polisnya dari tahun 1947 hingga ke 1948.[21]
Berikutan pemindahan kedaulatan Belanda ke Indonesia pada bulan Ogos 1949, ramai
orang Aceh tidak berpuas hati pula dengan dasar-dasar kerajaan pusat Indonesia
di Jakartayang dikuasai orang Jawa, dan mula meminta kuasa autonomi.[22] Sungutan
termasuk penggabungan Aceh ke dalam wilayah Sumatera Utara yang dikuasi
kaum Batak Kristian, ganjaran politik dan kewangan yang sedikit dalam kesatuan Republik
Indonesia dan kegagalan pelaksanaan hukum syariah.[21][23] Faktor-faktor ini membawa
kepada pemberontakan pendek pergerakan Darul Islam pimpinan Daud Bereueh [21] yang
ditangani tentera Indonesia kendatipun tentangan berlanjutan di daerah pedalaman
sehingga tahun 1959 apabila pihak pemberontak berjaya mendapatkan status autonomi
buat Aceh.[23][24] Namun demikian, ramai orang Aceh dan Sumatera berasa geram akan
kedudukan orang Jawa yang menguasai jawatan-jawatan kerajaan dan tentera.[23] Pemberontakan ekoran perasaan ini, yang diketuai Gerakan Aceh Merdeka, berlanjutan
di wilayah itu sehinggalah sebuah perjanjian damai dimeterai antara pergerakan Aceh dan
kerajaan Indonesia berikutan tsunami Lautan Hindi pada tahun 2004.
Surat perjanjian tanda menyerah
Sewaktu perang Aceh, Van Heutz menciptakan surat pendek ("Korte Verklaring,
Traktat Pendek) tentang penyerahan yang harus ditandatangani oleh para pemimpin
Aceh yang telah ditangkap dan menyerah diri. Intipati surat pendek ini ialah: Raja
(Sultan) mengakui daerahnya sebagai sebahagian daripada daerah Hindia Belanda;
Raja berjanji tidak akan mengadakan hubungan dengan kuasa di luar negeri dan
berjanji akan mematuhi seluruh perintah yang ditetapkan Belanda. Perjanjian
pendek ini menggantikan perjanjian-perjanjian terdahulu yang rumit dan panjang
dengan para pemimpin setempat.
PERANG BATAK ( 1878 – 1907)
1. Sebab Perang Perang Batak atau perang Si Singa Mangaraja dimulai dari tahun 1878 – 1907 yang
terjadi selama 29 tahun. Perang batak ini terjadi disebabkan kedatangan bangsa Belanda
kepedalaman Batak yang waktu itu dipimpin oleh Si Singa Mangaraja XII sebagai ahli waris
dari Si Singa Mangaraja XI yang masih bebas dari bangsa Belanda. Daerah Batak ini terletak
di Danau Toba dan sekitarnya, Batak merupakan sebuah daerah yang tentram dan damai
karena terhindar dari pertentangan dan ketagangan dan juga masyarakat disekitar ini percaya
kepada pemimpin mereka yang akan menjaga kesalamatan mereka semuanya.
Masyarakat sekitar sangat susah menerima pengaruh dari luar yang meraka anggap
sebagai penganggu tradisi mereka, namun hal ini tidak bisa dihindari lagi karena
pemerintahan Hindia Belanda selalu ingin memperluas pemerintahan mereka. Sebelumnya
sudah ada juga pada masa VOC tetapi tidak begitu berpengaruh. Tapi sejak ahir abad ke
XIX pemerintaha Hindia Belada selalu mengirim ekspedisi mereka untuk melakukan
penaklukan dan pendudukan sehingga membentuk daerah pamong praja disana.
Setelah perang paderi berakhir, Hindia Belanda bergerak menuju daerah sekitar
termasuk daerah sekitar Danau toba terjadilah pendudukan dan selanjutnya Hindia Belanda
membentuk keresidenan disana. Dalam pebentukan keresidenan Daerah Batak yang berda
disebelah utara dimasukan kedalam keresidenan Tapanuli termasu daerah Sipirok yang belum
didudukinya dimasukan kedalam keresidenan tersebut dan beberapa kepala huta harus
berjanji dan tundudk kepada pemerintahan Hindia Belanda. Setelah daerah Sipirok dan
tapanuli di ambil alih oleh Belanda terbukalah jalan menuju Silidung dan Toba, sehingga
kedaulatan tanah batak mulai terancam.
Pemerintaah Hindia Belanda mengirim beberapa Residen[1] untuk meneliti daerah
perdalaman Batak. Dari penyelididkan diketahui Daerah batak belum memiliki agama resmi
sehingga terniatlah oleh pihak Belanda untuk menyebarkana agama keristen ditanah Batak
tersebut. Untuk kepentingan gama dikirimlah Dr.N.Van Der Tuuk, pada tahun 1849 ia sampai
di Barus dan berusahan menyusup kedaerah Toba . kedatangannya disambut dengan
kebencian oleh rakyat Toba sehingga ia hampir terbunuh tetapi karena menimpu rakyak ia
mengaku sebagai keluarga Si Singa Mangaraja X yang tewas dalam perang paderi dan juga
diperkuat oleh raja Lumbung ia bisa membebaskan diri dari ancaman tersebut. Tahun 1853 ia
diterima oleh Si Singan Mangaraja XI di Bakkara. Sejak tahun 1960 agama keristen banya
memasuki daerah Danau Toba pos – pos Zeding juga mulai berdiri didaerah
tersebut. Sejalan dengan itu pemerintaha Hindia Belanda mengerkan pasukan meliternya ke
daerah Barus dan Singkel dan memasukan perdalam Aceh. Dalam keadaan yang sama Si
Singa Mangaraja XI meninggal dan digantikan dengan Patuang Bosar Ompu Pulo Batu yang
bergelar SI Singan Mangaraja XII.
Melihat kondisi masyarakat sekitar Si Singa Mangaraja XI, takut agama keristen akan
berkembang dan banyak dipeluk oleh rakyatnya, disisi lain ia juga takut kedudukankya tidak
dianggap lagi maka yang ditakutkan lagi oleh Si Singa Mangaraja terputusnya
hubungan antara rakyat dan pimpinan negerinya yang dahulu sangat ketat sehingga hal inilah
yang menyebabakan Si Singa Mangaraja berusaha untuk mengusir Belanda dari tanah Batak.
2. Jalanya Perang
Puncak meledaknya perang ini dimana orang – orang dari Si Singa
Mangaraja membakar zeding – zeding dan juga membakar rumah – rumah, hal ini juga
dipacu oleh pihak Belanda dimana terdengar bahwa pasuka Si Singa Mangaraja XII
dengan batuan Aceh telah siap untuk perang di Slindung. Sehingga inilah yang
menyebabkan Belanda panas dan langsung pergi ke Silindung untuk menyelamatkan rakyat
yang beragama Keristen disana[2], masukan pasukan meliter Belanda disambut oleh Si Singa
Mangaraja dengan pernyataan perang maka tahun itu juga meletus perang di Silidung.
1 Februari 1987 untuk memperkuat pasukan Belanda di Slindung pasukan Belanda
diberangkatkan dari Sibolga dibawah pimpinan Kapten Scheltes yang terdiri dari 2 opsir, 25
orang prajurit Eropa dan 35 orang Prajurit Pribumi dll. 6 februari mereka sampai di Pea Raja
kepala kampung dikumpulkan dan meraka menuu Sipoholong dangan tujuan menduduki
Bahal Batu, dalam hal ini rakyat Batak memiliki 2 macam benteng yag sangat sulit ditembus
oleh pihak lawan[3].
Bulan februari 1987, ketika Si Singa Mangaraja megetahui bahwa pasukan Belanda
telah sampai di Bahal Batu ia segera ke Balige untuk mengumpulkan rakyat dan menyusun
kekuatan untuk melawan musuh. 700 orang pasukan Si Singa Mangaraja langsung
menyerang kubu – kubu pertahanan musuh. Pihak Belanda melakukan serangan
balik sehingga terjadilah pertempuran yang sengit di Bahal Batu. Namun melihat
persenjataan yang berbanding terbalik pihak Si Singa Mangaraja berserta pasukannya mundu,
hasilnya Belanda berhasil menduduki tempat tersebut.
7 maret 1987 Belanda mendapat bantuan dibawah pimpinan FJ Engel pasukan ini
disertai dengan residen Sibolga dan pendeta Nommesen. Pada saat itu pertempuran terus
merambat keperdalam Bahal Batu. Pertempuran di Butar pasukan Batak berhasil membunuh
seorang tentara Belanda sehingga belanda mengadakan pembelasan dengan membakar
kampung – kampung yang ada disekitarnya tapi kampung Butar dengan tembok yang tinggi
sangat sulit bagi Belanda untuk menerobos jantung kampun tersebut, namun Belanda dapat
menerobos kampung tersebut yang diketahui bahwa kampung itu kosong ternyata yang dapat
ditawan hanya kepala kampung Butar.
Pertempuran sengit juga terjadi di kampung Lobu Siregar dan Upu Ni Sirabar yang
awalnya sangat susah diduduki oleh Belanda namun karea kegigihan Belanda mereka
berhasil menduduki kampung tersebut, sedang pasukan Si Singa Mangaraja menarik diri dari
tempat tersebut sedangkan kepala kampung ditawan oleh Belanda dan kampung tersebut
dibakar. Namun sesudah perang di Lobu dan Upu pihak Belanda kembali ke Sibolga.
Sedangkan Si Singa Mangaraja sedang menyusun strategi untuk menyerang pihak belanda
kembali. Disaat bersamaan pasukan Belanda megepung daerah disekitar Danau Toba dan
menagkap semua kepala kampung yang membangkang. Disaat bersamaan pasukan Si Singa
Mangaraja menyerang pos pertahan Belanda di Bahal Batu. Akan tetapi Belanda berhasil
medahuluinya dengan tembakan – tembakan sehingga pasukanya ditarik mundur oleh Si
Singa Mangaraja.
Perhatian Belanda tertuju secara penuh kekampung Bakkara dan Lumbung Raja yaitu
tempat tinggal Si Singa Mangaraj. Pertempuran dimulai ketika pihak Belanda meladakan
motir kedalam benteng Bakkara dari bukit dimana tempat pasukan Si Singa Mangaraja
sehingga pertempuran mulai meletus. Tembankan dari pasukan batak dibalas dengan
lemparan granat oleh pasukan Belanda, sehingga pasukan batak kualahan menghadapi
Belanda yang berhasil mengepung dari seluruh penjuru walaupun awalnya sangat kesulitan
namun kampung Bakkara dapat diduduki oleh Belanda. Semua orang yanga ada didlamanya
menjadi tawanan oleh Belanda.
Setelah kampung bakkara dapat diduduki oleh belanda pasukan Si Singa
Mangaraja menyingkir menuju Paranginan untuk mempersiapkan penduduk bagian selatan
Danau Toba. Benteng pertahan segera dibuat di Meat, Balinge, Tambunan dan lagu Boti
yaitu tempat panesehat Si Singa Mangaraja XII yaitu Raja Deang. Bulan mei Belanda menuju
Paranginan kemudian bergerak ke Gurgur dengan maksud menyerang Baligen dan raja
Deang. Kemudian menuju Meat sesampai disana pasukan Pasukan Belanda dihujati oleh
pasukan Batak, karena tempatnya yang tidak cocok pasukan Batak menyerang dari atas
sedangkan pasukan belanda dibawah sehingga pasukan Belanda tidak sempat untuk
membalaskan dendam, namun pasukan Belanda dapat bantuan sehingga pasukan batak
menarik diri dari pertempuran .
Setelah daerah – daerah disektar Danau Tobak dikuasai oleh Belanda tahun 1883
pasukan batak sampai di Uluan yang bertepatan dengan tindakan Belanda
menempatkan seorang kontrolir di balige termasuk Uluan dan Lagu Boti. Tindakan Belanda
disambut oleh penduduk dengan acuh tak acuh, sehingga membuat kontrolir belanda
memintak bantuan sehingga dikirimlah pasukan.
Si Singa Mangaraja kembali ke Babanan dan merencanakan segera gerakan baru di
Uluan. Tanggal 18 Juli pasukan Belanda bergerak dari Balige meniju Lagu Boli dibawah
Pimpinan Kapten Genet. Berarti pasukan Belanda di Balige berkurang ini kesempatan bagi
pasukan Batak untuk menyerang Balige dan mebakar gedung – gedung pertemuan, penjara
dan juga membakar gudang kopi. Pihak Belanda membalas perbuatan tersebut dengan cara
ultimatun kampung Lagu Boti dan Uluang, menyerahka orang – orang yang dianggap sebagai
pembunuh belanda berserta dengan dendanya. Namun orang – orang yang berda dikapung
tersebut tidak ma sehingga Belanda menyerang kampung tersebut tanggal 29 juli.
Pertempuran demi pertempura membuat psukanbatak kualahan menghadapi pasukan belanda
sehingga kampung Huta Dalah akhirnya jatuh dan kepala kampung tewas. Kemudia Huta
Anggaris behasil direbut Belanda sedangkan Huta Angin diperkuat sehingga megakibatkan
Belanda susah masuk. Untuk memasuki Huta Angin, Belanda harus mengalahkan terlebih
dahulu Huta Ragga Bosi namun pasuka batak mengalir untuk mebantu Huta tersebut dan
menghantam pasukan belanda yang mengepung. Pertempuran demi pertempuran yang
mengakibatkan pasukan Batak kualahan menghadapi pasukan Belanda ang menyebabkan
pasukan Si Singa Mangaraja terbagi dua dan berhasil menguasai Huta Saon Angin.
Selain perperang di Huta Saon Angin di Umpu tinggi sedang terjadi perlawan yang
sengit melawan Belanda di Semanangkiang, serang itu dapat dipatahkan oleh
Belanda sedangkan pasukan Si singa Mangaraja terus didesak ke Barat laut Huta Timbang,
pada saat itu Huta Timbang telah diduduki oleh Belanda sehingga terjadi disana pertempuran
yang sengit sehingga Huta ini tidak bisa di amankan dan akhirnya Huta ini jatuh ketangan
Belanda.
Belanda akan menyerang Huta – Huta lainya tetapi cuaca tidak mengizinkan sehingga
mereka menuruna niat. Kemudian belanda mengrahkan pasukan ke Huta Tinggi yang Kedua.
Scafer dan Spandaw menyerang dari sebelah selatan dan timur tapi karena benteng ini dibuat
dari rajau – ranjau yang sangat menyusahkan bagi pihak belanda untuk menerobos kampung
tersebut. Namun ini berhasil diatasi sehingga Belanda dapat meguasai diseluruh penjuru
melihat kondisi ini pasukan Si Singa Mangaraja mengakat bendera Putih yang berarti tanda
damai.
30 Juli diadakanlah pertemuan kedua belah pihak, pihak Belanda memintak denda dua
kali lipat dari yang diminta awal, dalam keadaan sulit pihak Belanda tidak menuntut dalam
bentuk uang tetapi apa saja barang – barang asal dapat dibayar. Perperang diundur untuk
sementara . pembayaran ini dibatasi 1 Agustus, tetapi Huta Datu Hari tidak mau membayar
sehingga terjadilah penyerangan oleh pihak Belanda, sama dengan Huta – huta lainya sangat
sulit ditrobos dengan berhasilnya Belanda menduduki Huta Datu hari maka seluruh wilayah
Lagu Boli telah diduduki oleh Belanda.
Daerah yang belum dikuasai oleh belanda masih memihak kepada Si Singa
Mangaraja yaitu daerah Naga Seribu, Muara Bakkara, tangga Batu, dan Paraginan. Sehingga
pasukan Belanda terus – menerus melakukan perlawanan. Tanggal 7 Agustus Tangga Batu
dapat diduduki oleh Belanda, 9 Agustus Paraginan diduduki oleh Belanda dan kepala
kampungnya dikenakan denda, sedang bakkara menolah sehingga 6 Huta disekitarnya
dibakar oleh pihak Belanda. Tanggal 25 agustus pejuang – pejuang Batak melakukan
penyerangan terhadap Belanda dimalam hari dan menyatakan perag kepada pihak Belanda di
Semnangkiang.
Daerah Si Torang sudah mulai terancam, pada tanggal 27 Agustus pasukan Belanda
bergerak menuju Pintu Batu disebuah padang lalang mereka diserang oleh 80 orang pejuang
Batak dari Si Toramg, sedangkan dari sisi lain pihak Belanda juga diserang oleh penduduk
Belanda. Serag ini berhasil dipatahkan dengan tembakan antileri, senapan dan penghancur
dengan mitraliur dan infanteri. Huta Boksa dapat diduduki seterusnya Belanda menyerbu
Prabu Angin dalam usaha menjatuhkan Si Torang, denga berapa taktik Perabu Angin dapat
dikuasai oleh belanda demikian juha Si Jarot pusat dari kampung Si Torang. Patigi dan Si Ria
– Ria diduduki Belanda 1 September sesudah itu Pos Belanda kembali ke pertahanan Lagu
Bot, sedangkan Si Singan Mangaraja mengadakan perlawanan didaerah lain.
Perperang dari tahun - ketahun semakin menjadi. Tahun 1887 timbul perlawanan dari
Kota Tuo dengan bantuan pejuang – pejuang Aceh yang datang dari daerah Bebas di Trumor.
Perlawana ini dapat dipatahkan oleh Belanda dibawah pimpinan JA Visser. Selain itu tahun
ini juga terjadi penyerbuah dibawah pimpinan Sarbut, pos – pos zeding dibakar karena
peristiwa ini Lobu Si Reger diduduki oleh Belanda. Dipihak lain Belanda semakin membabi
buta dngan membakar kampung – kampung yang menolak mebayar denda. Pada saat yang
bersamaan Hindia Belanda juga melawan Aceh sehingga Belanda menfokuskan diri untuk
menghadapi Aceh yang kekuatanya jauh lebih besar sedangkan perlawan terhadap
tanah Batak dikurangi oleh Belanda.
Pada saat Belanda lenga Si Singa Mangaraja menghimpun pasukan untuk kekuatanya.
Tahun 1889 ia aktif didaerah bagian tenggara dan Barat Danau Toba serta Pulau Simosir.
Bulan Mei Si Singa Mangaraja di daerah Huta Paong siap untuk menyerang
Belanda bersamaan 90 pejuang batak, 70 orang letnal Pitlo, bulan Juli pertempuran mulai
meletus. Walaupun terdesak ke Lobu Tala kemudian 8 Agustus pasukan Si Singa Mangaraja
mengadakan serangan balasan dan berhasil menewaskan seprang pasukan Belanda dan
mengusir mereka dari sana. Untuk mebalaskan serangan dari Si Singa Mangaraja Belanda
mengirim tentara dari Padang.
Perlawanan demi perlawanan yang terjadi antara Pasukan Si Singa Mangaraja dengan
Belanda membuat pejuang Batak kaulahan menghadapi Belanda, sampai Simosir juga
diduduki oleh Belanda, sehingga gerak Si Singa Mangaraja semakn sempit menginggat
daerah kebayakan sudah jatuh ketangan Belanda. Sekarang pasukan Si Singa Mangaraja
bertahan di sebelah barat Danau Toba yaitu Pak – Pak dan Dairi.
3. Akhir Perang
Yang awalnya pasukan Si Singa Mangaraja masih melakukan perlawana namun tahun
1900 kekuatan Si Singa Mangaraja semakin surut. Sehingga perlawanna tidak dikerahkan
untuk melakukan penyerangan sebanyak mungkin melainkan memperthankan diri dari
serangan lawan selain penduduk daerah Dairi dan Pak – Pak Masih setia kepada mereka.
Selain itu Belanda juga melakukan gerakan pembasmi gerakan – gerakan perlawanan yang
ada diSumatera ( Aceh dan Batak). Operasi diketuai oleh Overste Van Daelan yang bergerak
dari Aceh terus ke Batak. Mereka mengadakan pengepungan dan mebakar kamung –
kampung yang membangkan pertempuran semakin sengit antara kedua belah pihak.
Pada saat Belanda sampai di daerah pak – Pak dan Dairi pasukan Si Singa Mangaraja
semakin terkepung sedangkan di lain pihak hubungan mereka dengan Aceh sudah terputus.
Denga terdesaknya pasukan Si Singa Mangaraja merka terus berpindah – pindah dari satu
tempat ketempat yang lain untuk menyelamatkan diri. Tahun 1907 pengepungan yag
dilakukan oleh Belanda terhadap pasukan Si Singa Mangaraja dilakukan secara intensif yang
dipimpin oleh Hans Christoffel.
Dimulai menelusuri jejak Si Singa Mangaraja oleh Belanda namun merak gagal
menangkap Si Singa Mangaraja dan anak istri Si Singa Mangaraja ditawan oleh Belanda.
Boru Situmorang ibu Si Singa Mangaraja tertangkap dan dijadikan tawanan perang oleh
Belanda sementara itu Si Singa Mangaraja belum juga mneyerahkan diri dan belanda terus
mencari sampai tanggal 28 Mei pihak belanda mengetahui bahwa Si Singa Mangaraja berada
di Barus maka Wenzel menarahkan pasukan untuk menangkapnya tetapi tidak
berhasil.
4 Juni 1907 pihak Belanda mengetahui bahwa Si Singa Mangaraja berada di Penegen
dan Bululage dan mereka melakukan pengerebekan melalui Huta Anggoris yang tak jauh
dari panguhon. Ternyata Si Singa Mangaraja telah meninggalkan tepat itu sebelum mereka
datang. Si Singa Mangaraja terus menyikir ke darah Alahan sementara itu Belanda terus
mengejar melalui kampung Batu Simbolon, Bongkaras dan Komi. Banyak penduduk sekitar
ditangkap karena dicurigai bekerjasma dengan Si Singa Mangaraja. Berbagai usaha yang
dilakukan Belanda tanggal 17 jJuni 1907 Si Singa Mangaraja berhasil ditangkap didekat Aik
Sibulbulon ( derah Dairi ) dalam keadaan lemah Si Singa Mangaraja dan pasukanya terus
mengadakan perlawanan. Dalam peristiwa Si Singa Mangaraja tertebak oleh Belanda
sehingga pada saat itu Si Singa Mangaraja mati terbunuh ditempat. Disaat yang bersamaan
anak perempuan dan dua putra laki – lakinya juga gugur sedankan istri, ibu dan putra – putra
masih menjadi tawana perang oleh Belanda . dengan gugurnya Si Singa Mangaraja maka
seluruh daerah Batak menjadi milik Belanda. Sejak saat itu kerja rodi didaerah ini meraja
lelah struktur tradisional masyarakat semaki lama semakin runtuh.
4. Dampak Perang
Orang batak banyak terbunuh dan banyak kerugian yang ditimbulkam, rumah – rumah
hancur dibakar, agama Keristen saat itu meraja lelah tampa ada halangan dari pihak manapun
sedangkan pihak Belanda mengalami kebangkrutan dana yag disebakan karena saat
bersamaan Belanda juga menghadapi Aceh yang begitu kuat sehingga didatang pasukan –
pasukan dari luar yang dibayar mahal
KESIMPULAN
Perang Batak yang terjadi selama 29 tahun yang berawal dari ketidak sukaan Si Singa
Mangaraja terhadap Belanda yang sengaja menyebarkan agama keristen yang mengakibatkan
Si Singa Mangaraja melakukan perlawan karena takut Belanda menguasai daerah tesebut
secara luas lagi sehingga ia takut peranya sebagai pemimpin dapat disingkirkan oleh Belanda
disisi lain Si Singa Mangaraja sebagai pemimpin juga takut Belanda mempengaruhi rakyat
dan bisa berubah struktur kebuadayaan yang ada disana. Perperangan demi perperangan yang
terjadi sangat merugikan bagi rakyat Batak. Perperangan yang berlangsung sangat lama
berhasil dimenangkan oleh Pihak Belanda dengan gugurnya Si Singa Mangaraja di medan
perang. Sehingga Belanda berhasil menduduki daerah Batak keseluruhannya.
top related