aceh berjihad dan perang batak

17
PERANG ACEH Perang Aceh ialah perang antara Kesultanan Aceh dengan Belanda antara tahun 1873 hingga tahun 1904 . Kesultanan Aceh menyerah kalah kepada Belanda pada tahun 1904 akan tetapi tentangan rakyat Aceh terhadap Belanda berlanjutan dengan perang gerila. Perang Aceh juga dikenali sebagai Perang Belanda ataupun Perang Kafir . Perang Aceh merupakan sebahagian daripada siri pertempuran pada kurun ke-19 yang memantapkan pemerintahan Belanda ke atas Indonesia moden. Latar belakang Pada sebahagian besar abad ke-19, kemerdekaan Aceh dijamin oleh Perjanjian Inggeris-Belanda 1814 dan juga taraf Aceh sebagai negeri naungan Empayar Uthmaniyyah semenjak abad ke- 16. Pada tahun 1820-an Aceh menjadi kuasa politik dan perdagangan serantau, dan membekalkan separuh daripada bekalan lada hitam dunia yang meningkatkan pendapatan dan pengaruh raja-raja feudal tempatan. [8] Permintaan bagi lada hitam yang meningkat di Eropah dan Amerika Syarikat membawa kepada pergeseran bersenjata antara pihak British, Perancis dan Amerika. Di bawah pemerintahan Sultan Tuanku Ibrahim(1838–1870), Kesultanan Aceh berjaya mengawal raja-raja tempatan dan memanjangkan kuasa kesultanan ke pantai timur. [8] Namun, pengembangan kuasa Aceh di utara membawa pertembungan dengan pihak Belanda yang sedang meluaskan pemerintahan kolonialisme di Sumatera. [8] Berikutan pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 serta perubahan dalam laluan perkapalan, pihak British dan Belanda memeterai Treati Sumatera Inggeris-Belanda 1871 yang menamatkan tuntutan British terhadap Sumatera dan membenarkan Belanda memperluaskan pengaruh mereka terhadap Asia Tenggara maritim sambil menggalas tanggung jawab menangani aktiviti-aktiviti lanun. [3] Sebagai balasan, pihak British memperoleh kawalan ke atas Dutch Gold Coast di Afrika dan hak perdagangan yang sama dengan Belanda di Siak. [7] Keinginan Belanda memperluas wilayah didorong oleh kehadiran sumber asli, terutamanya lada hitam dan minyak, dan juga untuk menghapuskan kuasa negara tempatan. Belanda juga ingin

Upload: anunsyrf

Post on 30-Jun-2015

5.682 views

Category:

Presentations & Public Speaking


30 download

TRANSCRIPT

Page 1: aceh berjihad dan perang batak

PERANG ACEH

Perang Aceh ialah perang antara Kesultanan Aceh dengan Belanda antara tahun 1873 hingga tahun 1904. Kesultanan Aceh menyerah kalah kepada Belanda pada tahun 1904 akan tetapi tentangan rakyat Aceh terhadap Belanda berlanjutan dengan perang gerila. Perang Aceh juga dikenali sebagai Perang Belanda ataupun Perang Kafir. Perang Aceh merupakan sebahagian daripada siri pertempuran pada kurun ke-19 yang memantapkan pemerintahan Belanda ke atas Indonesia moden.

Latar belakang

Pada sebahagian besar abad ke-19, kemerdekaan Aceh dijamin oleh Perjanjian

Inggeris-Belanda 1814 dan juga taraf Aceh sebagai negeri naungan Empayar

Uthmaniyyah semenjak abad ke-16. Pada tahun 1820-an Aceh menjadi kuasa politik

dan perdagangan serantau, dan membekalkan separuh daripada bekalan lada

hitam dunia yang meningkatkan pendapatan dan pengaruh raja-raja feudal

tempatan.[8] Permintaan bagi lada hitam yang meningkat di Eropah dan Amerika

Syarikat membawa kepada pergeseran bersenjata antara pihak British, Perancis dan

Amerika. Di bawah pemerintahan Sultan Tuanku Ibrahim(1838–1870), Kesultanan

Aceh berjaya mengawal raja-raja tempatan dan memanjangkan kuasa kesultanan ke

pantai timur.[8]Namun, pengembangan kuasa Aceh di utara membawa

pertembungan dengan pihak Belanda yang sedang meluaskan pemerintahan

kolonialisme di Sumatera.[8]

Berikutan pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 serta perubahan dalam laluan

perkapalan, pihak British dan Belanda memeterai Treati Sumatera Inggeris-Belanda

1871 yang menamatkan tuntutan British terhadap Sumatera dan membenarkan

Belanda memperluaskan pengaruh mereka terhadap Asia Tenggara maritim sambil

menggalas tanggung jawab menangani aktiviti-aktiviti lanun.[3] Sebagai balasan,

pihak British memperoleh kawalan ke atas Dutch Gold Coast di Afrika dan hak

perdagangan yang sama dengan Belanda di Siak.[7] Keinginan Belanda memperluas

wilayah didorong oleh kehadiran sumber asli, terutamanya lada hitam dan minyak,

dan juga untuk menghapuskan kuasa negara tempatan. Belanda juga ingin

mengelak kuasa kolonial lain, khususnya Britain dan Perancis, daripada

berkembang di Asia Tenggara.[9]

Strategi

Pihak Belanda mencuba strategi demi strategi dalam waktu beberapa dasawarsa.

Pada tahun 1873 mereka mencuba dengan satu serangan pantas, namun gagal.

kemudian mereka mencuba kepungan laut, perdamaian, berkumpul dalam barisan

kota-kota, dan kemudian pembendungan secara pasif. Mereka tidak berjaya.

Page 2: aceh berjihad dan perang batak

Dengan perbelanjaan yang menghampiri 15 ke 20 juta guilder setahun, keadaan ini

nyaris-nyaris menjadikan kerajaan kolonial muflis.[10]

Serangan Belanda pertama

Pada tahun 1873, rundingan dijalankan antara wakil-wakil Kesultanan Aceh dengan

konsul tempatan AS berkaitan kemungkinan pengwujudan sebuah treati dwipihak.[7] Pihak Belanda melihat ini sebagai pelanggaran perjanjian yang lebih awal dengan

pihak British yang dimeterai pada tahun 1871, dan menggunakan kesempatan ini

bagi merampas Aceh secara ketenteraan.[1] Sebuah ekspidisi di bawah

perintah Mejar Jeneral Johan Harmen Rudolf Köhler dihantar pada 26 Mac 1873,

dan peperangan bermula apabila Belanda membedil ibu kota Kesultanan

Aceh, Banda Aceh, dengan tembakan meriam dari kapal perang Cidatel van

Antwerpen. Pada 8 April 1873, angkatan Belanda mendarat di Pantai Ceureumen,

dan berjaya menawan daerah-daerah pesisiran pantai.[7] Sememangnya niat

Belanda untuk menyerang dan merampas istana Sultan yang sekaligus akan

membawa kepada penaklukan Aceh. Sultan meminta, dan berkemungkinan besar

menerima, bantuan daripada Itali dan United Kingdom di Singapura. Walau apapun,

tentera Aceh diperbesar dan dipermoden, dan kekuatannya dianggarkan antara

10,000 dan 100,000 anggota.[7] Pihak Belanda melakukan beberapa kesilapan taktik

akibat memandang rendah kebolehan ketenteraan Aceh, dan mengalami kerugian

termasuklah kematian Kohler dan 60 anggota.[7] Kekalahan ini menjejaskan

semangat dan martabat Belanda.[3]

Pihak Belanda terpaksa berundur dan kemudian meletakkan kepungan laut terhadap

Aceh. Dalam percubaannya bagi mengekalkan kemerdekaan Aceh, Sultan Mahmud

meminta pertolongan kuasa-kuasa Barat yang lain, dan juga Empayar Uthmaniyyah,

namun tidak diindahkan. Sementara Konsul Amerika bersimpati, kerajaan Amerika

tetap berkecuali. Pihak Uthmaniyyah pula tidak mampu membantu kerana

kedudukannya yang lemah di persada politik antarabangsa. Dalam masa yang sama

pihak British enggan membantu ekoran perjanjian mereka dengan Belanda

sementara Perancis juga tidak mahu membantu.[4]

Page 3: aceh berjihad dan perang batak

Serangan Belanda kedua

Tentara VOC Aceh setelah peperangan selesai

Pada November 1873, ekspedisi kedua terdiri daripada 13,000 tentera yang

diketuai Jeneral Jan van Swieten dihantar ke Aceh.[11] Serangan berbetulan dengan

peletusan penyakit taun yang mengorbankan beribu orang di kedua-dua belah pihak.[4] Menjelang bulan Januari 1874, keadaan yang bertambah buruk memaksa Sultan

Mahmud Syah dan para pengikutnya meninggalkan Banda Aceh dan berundur ke

darat. Dalam masa yang sama, tentera Belanda menakluk ibu kota Aceh dan juga

istana Sultan. Ini mendorong tanggapan pihak Belanda bahawa mereka telah

menang. Pihak penakluk Belanda kemudianya memansuhkan Kesultanan Aceh dan

mengisytiharkan bahawa Aceh diilhakkan kepada Hindia Timur Belanda.[4]

Berikutan kemangkatan Sultan Mahmud akibat penyakit taun, orang Aceh

menobatkan cucu kecil Tuanku Ibrahim, bernama Tuanku Muhammad Daud Syah,

sebagai Sultan dengan gelaran Sultan Ibrahim Mansur Syah (memerintah 1874–

1903). Mereka meneruskan perjuangan di kawasan bukit bukau dan hutan rimba

selama sepuluh tahun, dengan kerugian besar pada kedua-dua pihak.[4] Pada

lingkungan tahun 1880 pihak Belanda menukar strategi dan daripada meneruskan

peperangan, mereka menumpukan perhatian kepada strategi mempertahankan

kawasan-kawasan yang telah mereka takluk, yakni kawasan-kawasan yang terbatas

kepada ibu kota (Banda Aceh), [3] dan pekan pelabuhan Ulee Lheue. Kepungan laut

Belanda berjaya memaksa uleebelang(hulubalang) menandatangani treati-treati

yang memanjangkan kawalan Belanda terhadap kawasan-kawasan pesisiran. Walau

bagaimanapun, hulubalang-hulubalang kemudiannya menggunakan pendapatan

yang dipulangkan kepada mereka bagi membiayai angkatan pembangkang Aceh.

Campur tangan Belanda mengakibatkan kehilangan nyawa beribu-ribu anggota

tentera Belanda dan membebankan perbelanjaan kerajaan kolonial. Pada 13

Oktober 1880 kerajaan kolonial mengisytiharkan bahawa perang telah berakhir dan

meletakkan kerajaan awam, namun masih berbelanja besar demi mengekalkan

kawalan di kawasan-kawasan yang ditaklukinya. Dalam percubaan untuk meraih

Page 4: aceh berjihad dan perang batak

sokongan orang Aceh, pihak Belanda membina Masjid Raya Baiturrahman sebagai

tanda perdamaian.[3]

Jihad

1883 – 1900-an

Perang bermula sekali lagi pada tahun 1883, apabila kapal British Nisero terkandas

di kawasan yang tidak dikawal Belanda di Aceh. Seorang pembesar tempatan

meminta wang tebusan daripada kedua-dua British dan Belanda dan, dengan

tekanan kuat British, pihak Belanda terpaksa mencuba membebaskan anak-anak

kapal. Berikutan kegagalan percubaan menyelamat oleh pihak Belanda (seorang

pembesar tempatan, Teuku Umar, enggan membantu selepas diminta Belanda)

pihak Belanda bersama-sama British menyerang daerah itu. Sultan kemudiannya

menyerahkan sandera dan memerima sejumlah bayaran besar sebagai balasan.[12]

Menteri Perang Belanda, August Weitzel, sekali lagi mengisytiharkan perang

terhadap Aceh, dan, seperti sebelumnya, peperangan berlanjutan tanpa banyak

kemajuan. Berdepan dengan musuh yang lebih maju dari segi teknologi, pihak Aceh

memilih jalan perang gerila, khususnya dengan menggunakan perangkap dan

serang hendap. Tentera Belanda membalas dengan menghapuskan kampung-

kampung dan membunuh kedua-dua para tawanan dan orang kampung

sekali. [13] Pada tahun 1884, pihak Belanda bertindak dengan mengundurkan

kesemua anggota tentera mereka ke dalam barisan kubu di persekitaran Banda

Aceh.[3] Pihak Belanda juga mencuba mendapatkan khidmat pembesar tempatan:

Teuku Umar diupah dengan wang tunai, candu, dan persenjataan. Umar diberi

gelaran "Panglima Prang Besar".

Penaklukan Kuto Reh pada 14 Jun 1904, mengakibatkan beratus orang Aceh

terkorban

Umar sebaliknya menggelar dirinya "Teuku Djohan Pahlawan" dan pada 1 Januari

1894 Umar mendapat bantuan Belanda bagi membina bala tenteranya. Namun dua

tahun kemudian, daripada membantu pihak Belanda menundukkan kawasan

dalaman Aceh, Umar menyerang Belanda dengan tentera baharunya. Peristiwa ini

dicatatkan dalam rekod sejarah Belanda sebagai Het verraad van Teukoe

Page 5: aceh berjihad dan perang batak

Oemar(pembelotan Teuku Umar). Bermula dari pertengahan 1880-an, pucuk

pimpinan tentera Aceh dikuasai ulama, termasuk Tengku Chik di Tiro(Muhammad

Saman), yang mengetengahkan konsep Jihad melalui khutbah dan teks yang

dikenali sebagai "hikayat" ataupun cerita puisi. Pejuang Aceh melihat diri mereka

sebagai mujahid yang memerangi "penceroboh kafir".[1] Pada waktu ini Perang Aceh

menjadi tanda tentangan Muslim terhadap imperialisme Barat. [2]

Pada tahun 1892 dan 1893, Aceh kekal merdeka, walaupun Belanda cuba

menakluknya. Mejar Jeneral JB van Heutsz, seorang ketua tentera kolonial, menulis

siri rencana berkenaan Aceh. Beliau disokong Dr Christiaan Snouck

Hurgronje daripada Universiti Leiden, pada masa itu seorang pakar Islam Belanda.

Hurgronje berjaya mendapat kepercayaan ramai ketua Aceh dan mengumpul

perisikan tentang kegiatan jemaah Haji Aceh bagi pihak kerajaan Belanda.[2] Kerjanya menjadi rahsia rasmi buat beberapa tahun. Dalam analisis Hurgronje

tentang masyarakat Aceh (lihat di bawah), beliau memperkecilkan peranan Sultan

dan berhujah bahawa perhatian harus diberikan kepada ketua-ketua turun-temurun,

yakni Ulee Balang, yang difikirnya dapat dipercayai sebagai pentadbir tempatan.

Tentang ulama pula, beliau berhujah bahawa golongan ini tidak boleh dipercayai

atau dipujuk agar bekerjasama, dan harus dihapuskan. Sebagai sebahagian

dasar pecah dan perintah, Hurgronje menggesa kerajaan Belanda memperbesarkan

ruang antara ulama dan bangsawan Aceh.[2]

Pada tahun 1894 penghulu Hasan Mustafa juga membantu menghentikan

pertempuran dengan mengeluarkan fatwa yang menyuruh orang Islam tunduk

kepada kerajaan kolonial Belanda.[14]

Siasatan Snouck Hurgronje

Untuk mengalahkan pertahanan Aceh, pihak Belanda mengguna tenaga seorang

pengkaji, Dr Snouck Hurgronje, yang menyamar selama dua tahun di pedalaman

Aceh bagi meneliti kemasyarakatan dan ketatanegaraan Aceh. Hasil kerjanya itu

dibukukan dengan judul Rakyat Aceh (De Acehers). Dalam buku itu Hurgronje

menyebut strategi bagaimana mahu menakluk Aceh.

Usulan strategi Hurgronje kepada Gabenor Tentera Belanda van Heutz adalah agar

golongan Keumala (iaitu Sultan yang tinggal di Keumala) dan para pengikutnya

disisihkan dahulu. Belanda harus tetap menyerang para ulama.Laporan Hurgronje

diterima van Heutz yang menjadi Gabenor tentera dan awam di Aceh (1898-1904).

Hurgronje kemudiannya diangkat sebagai penasihatnya.

Pendamaian

Pada tahun 1898 van Heutsz diberi jawatan gabenor Aceh dan, dengan

pembantunya, Hendrikus Colijn, yang kemudiannya menjadi perdana

menteri Belanda, berjaya menakluk sebahagian besar negeri Aceh. Mereka

Page 6: aceh berjihad dan perang batak

mengikuti cadangan Hurgronje dengan mencari hulubalang yang mahu bekerjasama

dengan Belanda di kawasan pedalaman dan dengan cara itu menyisihkan para

penentang dari pangkalan mereka di kawasan kampung.[2] Pihak Belanda menyusun

strategi melawan pemberontakan dengan menggunakan unit-

unitGendamerie (pasukan separa tentera) yang bersenjata ringan dan dengan

menjalankan dasar bumi hangus.[1] Van Heutsz memberi tanggung jawab

mematahkan penentangan Aceh kepada Kolonel Gotfried Coenraad Ernst van

Daalen. van Daalen kemudiannya memusnahkan beberapa kampung dan

membunuh sekurang-kurangnya 2,900 orang Aceh termasuk 1,150 wanita dan

kanak-kanak. Korban Belanda sebanyak 26 orang, dan van Daalen dinaikkan

pangkat.

Jeneral van Heutz dan staf.

Pada tahun 1903, ketua-ketua sekular utama pergerakan penentang Aceh termasuk

Sultan Muhammad Daud, Tuanku Raja Keumala dan Muda Perkasa menyerah

kalah.[1] Menjelang tahun 1904 sebahagian besar Aceh terletak di bawah kawalan

Belanda, dan mempunyai kerajaan orang tempatan yang bekerjasama dengan

negara kolonial. Pihak Belanda mengukuhkan kawalan mereka terhadap Aceh

dengan mengamalkan dasar toleransi agama sebagai satu cara untuk meyakinkan

orang Aceh agar tidak menjalankan pemberontakan bersenjata.[1]Namun demikian,

kejadian kezaliman tentera Belanda masih berlaku pada waktu itu. Gambar-gambar

penyembelihan orang kampung Koeto Reh di wilayah Gayo dan Alas Aceh pada

tahun 1904 menunjukkan pembunuhan orang awam beramai-ramai berlaku.[15] Bilangan korban pihak Aceh dianggarkan seramai 50,000 ke 60,000 orang, dan

lebih sejuta orang tercedera.[2] Pemusnahan kampung juga menyebabkan 10,000

orang Aceh melarikan diri ke Malaya British.[2]

Di Belanda pula, van Heutz dianggap wira, dan digelar "Pendamai Aceh". Beliau

dinaikkan pangkat dan menjadi gabenor jeneral seluruhHindia Timur Belanda pada

tahun 1904. Sebuah tugu yang masih kekal didirikan di Amsterdam, mahupun nama

dan gambarnya kemudiannya dibuang sebagai bantahan terhadap legasi ganasnya.

Pentadbiran Belanda mempertahankan tindak tanduknya di Aceh dengan

menyatakan dorongan moral untuk melepaskan rakyat Aceh daripada penindasan

dan amalan mundur raja-raja merdeka tempatan yang tidak menuruti resam-resam

antarabangsa.[16] Perang Aceh juga menggalakkan Belanda mengilhak negeri-negeri

merdeka di Bali, Maluku, Borneodan Sulawesi antara tahun 1901 dan 1910.[16]

Pengaruh kolonial di tanah tinggi Aceh tidak seberapa dan, mahupun terhad,

tentangan gerila pimpinan ulama masih berjalan sehingga tahun 1942.[1] Kegagalan

menyingkirkan Belanda menyebabkan banyak ulama menghentikan tentangan

sedikit demi sedikit. Wilayah Gayo kekal sebagai pusat tentangan sehingga selewat

Page 7: aceh berjihad dan perang batak

tahun 1914.[17] Seorang intelek,Sayyid Ahmad Khan menganjurkan

agar jihad menentang Belanda dihentikan oleh sebab perkataan itu ditakrifkan

sebagai perjuang ketenteraan melawan penindasan agama.[1]

Meriam Uthmaniyyah dan Aceh, dibuka berikutan kemenangan Belanda di Aceh pada tahun 1874. Illustrated

London News.

Perang Dunia Kedua dan Kemerdekaan Indonesia

Ketibaan Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua mula-mulanya disambut baik oleh oleh para

pejuang kebangsaan Aceh; namun perselisihan faham membawa kepada penentangan oleh

pemberontak yang memuncak dalam satu pemberontakan di Bayu.[21] Sewaktu Revolusi

Kebangsaan Indonesia yang berlaku berikutan kekalahan Jepun pada Ogos 1945, pihak

bangwasawan dijadikan sasaran balas dendam kerana bekerjasama dengan Belanda, dan

daerah Aceh menjadi kubu kuat para pejuang revolusi Sukarno yang mahu menjadikan

Indonesia sebuah republik.[18] Memandangkan perasaan anti-kolonial yang kuat di Aceh,

Belanda memintas wilayah itu dalam tindakan polisnya dari tahun 1947 hingga ke 1948.[21]

Berikutan pemindahan kedaulatan Belanda ke Indonesia pada bulan Ogos 1949, ramai

orang Aceh tidak berpuas hati pula dengan dasar-dasar kerajaan pusat Indonesia

di Jakartayang dikuasai orang Jawa, dan mula meminta kuasa autonomi.[22] Sungutan

termasuk penggabungan Aceh ke dalam wilayah Sumatera Utara yang dikuasi

kaum Batak Kristian, ganjaran politik dan kewangan yang sedikit dalam kesatuan Republik

Indonesia dan kegagalan pelaksanaan hukum syariah.[21][23] Faktor-faktor ini membawa

kepada pemberontakan pendek pergerakan Darul Islam pimpinan Daud Bereueh [21]  yang

ditangani tentera Indonesia kendatipun tentangan berlanjutan di daerah pedalaman

sehingga tahun 1959 apabila pihak pemberontak berjaya mendapatkan status autonomi

buat Aceh.[23][24] Namun demikian, ramai orang Aceh dan Sumatera berasa geram akan

kedudukan orang Jawa yang menguasai jawatan-jawatan kerajaan dan tentera.[23] Pemberontakan ekoran perasaan ini, yang diketuai Gerakan Aceh Merdeka, berlanjutan

di wilayah itu sehinggalah sebuah perjanjian damai dimeterai antara pergerakan Aceh dan

kerajaan Indonesia berikutan tsunami Lautan Hindi pada tahun 2004.

Surat perjanjian tanda menyerah

Page 8: aceh berjihad dan perang batak

Sewaktu perang Aceh, Van Heutz menciptakan surat pendek ("Korte Verklaring,

Traktat Pendek) tentang penyerahan yang harus ditandatangani oleh para pemimpin

Aceh yang telah ditangkap dan menyerah diri. Intipati surat pendek ini ialah: Raja

(Sultan) mengakui daerahnya sebagai sebahagian daripada daerah Hindia Belanda;

Raja berjanji tidak akan mengadakan hubungan dengan kuasa di luar negeri dan

berjanji akan mematuhi seluruh perintah yang ditetapkan Belanda. Perjanjian

pendek ini menggantikan perjanjian-perjanjian terdahulu yang rumit dan panjang

dengan para pemimpin setempat.

PERANG BATAK ( 1878 – 1907)

1.      Sebab Perang            Perang Batak atau perang Si Singa Mangaraja dimulai dari tahun 1878 – 1907 yang

terjadi selama 29 tahun. Perang batak ini terjadi disebabkan kedatangan bangsa Belanda

kepedalaman Batak yang waktu itu dipimpin oleh Si Singa Mangaraja XII sebagai ahli waris

dari Si Singa Mangaraja XI yang masih bebas dari bangsa Belanda. Daerah Batak ini terletak

di Danau Toba dan sekitarnya, Batak merupakan sebuah daerah yang tentram dan damai

karena terhindar dari pertentangan dan ketagangan dan juga masyarakat disekitar  ini percaya

kepada pemimpin mereka yang akan menjaga kesalamatan mereka semuanya.

            Masyarakat sekitar sangat susah menerima pengaruh dari luar  yang meraka anggap

sebagai penganggu tradisi mereka, namun hal ini tidak bisa dihindari lagi karena

pemerintahan Hindia Belanda selalu ingin memperluas pemerintahan mereka. Sebelumnya

sudah ada juga pada masa VOC tetapi tidak begitu  berpengaruh.  Tapi sejak ahir abad ke

XIX pemerintaha Hindia Belada selalu mengirim ekspedisi mereka untuk melakukan

penaklukan  dan pendudukan sehingga membentuk daerah pamong praja disana.

            Setelah perang paderi berakhir, Hindia Belanda bergerak menuju daerah sekitar

termasuk daerah sekitar Danau toba terjadilah pendudukan dan selanjutnya Hindia Belanda

membentuk keresidenan disana. Dalam pebentukan keresidenan Daerah Batak yang berda

disebelah utara dimasukan kedalam keresidenan Tapanuli termasu daerah Sipirok yang belum

didudukinya dimasukan kedalam keresidenan tersebut dan beberapa kepala huta harus

berjanji dan tundudk kepada pemerintahan Hindia Belanda. Setelah daerah Sipirok dan

tapanuli di ambil alih oleh Belanda terbukalah jalan menuju Silidung dan Toba, sehingga

kedaulatan tanah batak mulai terancam.

            Pemerintaah Hindia Belanda mengirim beberapa Residen[1] untuk meneliti daerah

perdalaman Batak. Dari penyelididkan diketahui Daerah batak belum memiliki agama resmi

sehingga terniatlah oleh pihak Belanda untuk menyebarkana agama keristen ditanah Batak

tersebut. Untuk kepentingan gama dikirimlah Dr.N.Van Der Tuuk, pada tahun 1849 ia sampai

di Barus  dan berusahan menyusup kedaerah Toba . kedatangannya disambut dengan

kebencian oleh rakyat Toba sehingga ia hampir terbunuh tetapi karena menimpu rakyak ia

mengaku sebagai  keluarga Si Singa Mangaraja X  yang tewas dalam perang paderi dan juga

Page 9: aceh berjihad dan perang batak

diperkuat oleh raja Lumbung ia bisa membebaskan diri dari ancaman tersebut. Tahun 1853 ia

diterima oleh Si Singan Mangaraja  XI di Bakkara. Sejak tahun 1960  agama keristen banya

memasuki daerah Danau Toba  pos – pos Zeding juga mulai berdiri didaerah

tersebut.  Sejalan dengan itu pemerintaha Hindia Belanda mengerkan pasukan meliternya ke

daerah Barus dan  Singkel dan memasukan perdalam Aceh. Dalam keadaan yang sama Si

Singa Mangaraja XI meninggal dan digantikan dengan Patuang Bosar Ompu Pulo Batu yang

bergelar SI Singan Mangaraja XII.

            Melihat kondisi masyarakat sekitar Si Singa Mangaraja XI, takut agama keristen akan

berkembang dan banyak dipeluk oleh rakyatnya, disisi lain ia juga takut kedudukankya tidak

dianggap lagi  maka yang ditakutkan lagi oleh Si Singa Mangaraja terputusnya

hubungan  antara rakyat dan pimpinan negerinya yang dahulu sangat ketat sehingga hal inilah

yang menyebabakan Si Singa Mangaraja berusaha untuk mengusir Belanda dari tanah Batak.

2.      Jalanya Perang

            Puncak  meledaknya perang ini dimana orang – orang dari Si Singa

Mangaraja membakar zeding – zeding dan juga membakar rumah – rumah, hal ini juga

dipacu oleh pihak Belanda dimana terdengar bahwa pasuka Si Singa Mangaraja XII

dengan  batuan Aceh telah siap untuk perang  di Slindung. Sehingga inilah yang

menyebabkan Belanda panas dan langsung pergi ke Silindung untuk menyelamatkan rakyat

yang beragama Keristen disana[2], masukan pasukan meliter Belanda disambut oleh Si Singa

Mangaraja dengan pernyataan perang  maka tahun itu juga meletus perang di Silidung. 

            1 Februari 1987  untuk memperkuat pasukan Belanda di Slindung pasukan Belanda

diberangkatkan dari Sibolga  dibawah pimpinan Kapten Scheltes  yang terdiri dari 2 opsir, 25

orang prajurit Eropa dan 35 orang Prajurit Pribumi dll. 6 februari mereka sampai di Pea Raja

kepala kampung dikumpulkan dan meraka menuu Sipoholong dangan tujuan menduduki

Bahal Batu, dalam hal ini rakyat Batak memiliki 2 macam benteng yag sangat sulit ditembus

oleh pihak lawan[3].

            Bulan februari 1987, ketika Si Singa Mangaraja megetahui bahwa pasukan Belanda

telah sampai di Bahal Batu  ia segera ke Balige untuk mengumpulkan rakyat  dan menyusun

kekuatan untuk melawan musuh. 700 orang pasukan Si Singa Mangaraja langsung

menyerang kubu – kubu pertahanan musuh. Pihak Belanda melakukan serangan

balik  sehingga terjadilah pertempuran yang sengit di Bahal Batu. Namun melihat

persenjataan yang berbanding terbalik pihak Si Singa Mangaraja berserta pasukannya mundu,

hasilnya Belanda berhasil menduduki tempat tersebut.

            7 maret 1987 Belanda mendapat bantuan dibawah pimpinan FJ Engel  pasukan ini

disertai dengan residen Sibolga dan pendeta Nommesen. Pada saat itu pertempuran terus

merambat keperdalam Bahal Batu. Pertempuran di Butar pasukan Batak berhasil membunuh

seorang tentara Belanda  sehingga belanda mengadakan pembelasan  dengan membakar

kampung – kampung yang ada disekitarnya tapi kampung Butar dengan tembok yang tinggi

sangat sulit bagi Belanda untuk menerobos jantung kampun tersebut, namun Belanda dapat

Page 10: aceh berjihad dan perang batak

menerobos kampung tersebut yang diketahui bahwa kampung itu kosong ternyata yang dapat

ditawan hanya kepala kampung Butar.

            Pertempuran sengit juga terjadi di kampung Lobu Siregar dan Upu Ni Sirabar yang

awalnya sangat susah  diduduki oleh Belanda namun  karea kegigihan Belanda mereka

berhasil menduduki kampung tersebut, sedang pasukan Si Singa Mangaraja menarik diri dari

tempat tersebut sedangkan kepala kampung ditawan oleh Belanda dan kampung tersebut

dibakar. Namun sesudah perang di Lobu dan Upu pihak Belanda kembali ke Sibolga.

Sedangkan Si Singa Mangaraja sedang menyusun strategi untuk menyerang pihak belanda

kembali. Disaat bersamaan pasukan  Belanda  megepung daerah disekitar Danau Toba  dan

menagkap semua kepala kampung yang membangkang. Disaat bersamaan pasukan Si Singa

Mangaraja menyerang pos pertahan Belanda  di Bahal Batu. Akan tetapi Belanda berhasil

medahuluinya dengan tembakan – tembakan sehingga pasukanya ditarik mundur oleh Si

Singa Mangaraja.

            Perhatian Belanda tertuju secara penuh kekampung Bakkara dan Lumbung Raja yaitu

tempat tinggal Si Singa Mangaraj. Pertempuran dimulai ketika pihak Belanda meladakan

motir kedalam benteng Bakkara dari bukit dimana tempat pasukan Si Singa Mangaraja

sehingga pertempuran mulai meletus. Tembankan dari pasukan batak dibalas dengan

lemparan granat oleh pasukan Belanda, sehingga pasukan batak kualahan menghadapi

Belanda yang berhasil mengepung dari seluruh penjuru walaupun awalnya sangat kesulitan

namun  kampung Bakkara dapat diduduki oleh Belanda. Semua orang yanga ada didlamanya

menjadi tawanan oleh Belanda.

            Setelah kampung bakkara dapat diduduki oleh belanda pasukan Si Singa

Mangaraja  menyingkir menuju Paranginan  untuk mempersiapkan penduduk bagian selatan

Danau Toba. Benteng pertahan segera dibuat  di Meat, Balinge, Tambunan dan lagu Boti

yaitu tempat panesehat Si Singa Mangaraja XII yaitu Raja Deang. Bulan mei Belanda menuju

Paranginan  kemudian bergerak ke Gurgur  dengan maksud menyerang Baligen dan raja

Deang. Kemudian menuju  Meat  sesampai disana pasukan Pasukan Belanda dihujati oleh

pasukan Batak, karena tempatnya yang tidak cocok pasukan Batak menyerang dari atas

sedangkan pasukan belanda dibawah sehingga pasukan Belanda tidak sempat untuk

membalaskan dendam, namun pasukan Belanda dapat bantuan sehingga pasukan batak

menarik diri dari pertempuran .

            Setelah daerah – daerah  disektar Danau Tobak dikuasai oleh Belanda tahun 1883

pasukan batak sampai di Uluan yang bertepatan dengan tindakan Belanda

menempatkan seorang kontrolir di balige termasuk Uluan dan   Lagu Boti. Tindakan Belanda

disambut oleh penduduk dengan acuh tak acuh, sehingga membuat kontrolir belanda

memintak bantuan sehingga dikirimlah pasukan.

            Si Singa Mangaraja kembali ke Babanan  dan merencanakan segera  gerakan baru di

Uluan. Tanggal 18 Juli pasukan Belanda bergerak dari Balige meniju Lagu Boli dibawah

Pimpinan Kapten Genet. Berarti pasukan Belanda di Balige berkurang ini kesempatan bagi

pasukan Batak untuk menyerang Balige dan mebakar gedung – gedung pertemuan, penjara

Page 11: aceh berjihad dan perang batak

dan juga membakar gudang kopi. Pihak Belanda membalas perbuatan tersebut dengan cara

ultimatun kampung Lagu Boti dan Uluang, menyerahka orang – orang yang dianggap sebagai

pembunuh belanda berserta dengan dendanya. Namun orang – orang yang berda dikapung

tersebut tidak ma sehingga Belanda menyerang kampung tersebut tanggal 29 juli.

Pertempuran demi pertempura membuat psukanbatak kualahan menghadapi pasukan belanda

sehingga kampung Huta Dalah akhirnya jatuh dan kepala kampung tewas. Kemudia Huta

Anggaris behasil direbut Belanda sedangkan Huta Angin diperkuat sehingga megakibatkan

Belanda susah masuk. Untuk memasuki  Huta Angin, Belanda harus mengalahkan terlebih

dahulu Huta Ragga Bosi namun pasuka batak mengalir untuk mebantu Huta tersebut dan

menghantam pasukan belanda yang mengepung. Pertempuran demi pertempuran yang

mengakibatkan pasukan Batak kualahan menghadapi pasukan Belanda ang menyebabkan

pasukan Si Singa Mangaraja terbagi dua dan berhasil menguasai Huta Saon Angin.

            Selain perperang di Huta Saon  Angin di Umpu tinggi sedang terjadi perlawan yang

sengit   melawan Belanda di Semanangkiang, serang itu dapat dipatahkan oleh

Belanda  sedangkan pasukan Si singa Mangaraja terus didesak ke Barat laut Huta Timbang,

pada saat itu Huta Timbang telah diduduki oleh Belanda  sehingga terjadi disana pertempuran

yang sengit  sehingga Huta ini tidak bisa di amankan dan akhirnya Huta ini jatuh ketangan

Belanda.

            Belanda akan menyerang Huta – Huta lainya tetapi cuaca tidak mengizinkan sehingga

mereka menuruna niat. Kemudian belanda mengrahkan pasukan ke Huta Tinggi yang Kedua.

Scafer dan Spandaw menyerang dari sebelah selatan dan timur tapi  karena benteng ini dibuat

dari rajau – ranjau yang sangat menyusahkan bagi pihak belanda untuk menerobos kampung

tersebut. Namun ini berhasil diatasi sehingga Belanda dapat meguasai diseluruh penjuru

melihat kondisi ini pasukan Si Singa Mangaraja mengakat bendera Putih yang berarti tanda

damai.

            30 Juli diadakanlah pertemuan kedua belah pihak, pihak Belanda memintak denda dua

kali lipat dari yang diminta  awal, dalam keadaan sulit pihak Belanda tidak menuntut dalam

bentuk uang tetapi apa saja barang – barang asal dapat dibayar. Perperang diundur untuk

sementara . pembayaran ini dibatasi 1 Agustus, tetapi Huta Datu Hari  tidak mau membayar

sehingga terjadilah penyerangan oleh pihak Belanda, sama dengan Huta – huta lainya sangat

sulit ditrobos dengan berhasilnya Belanda menduduki Huta Datu hari maka seluruh wilayah

Lagu Boli telah diduduki oleh Belanda.

            Daerah yang belum dikuasai oleh belanda  masih memihak kepada Si Singa

Mangaraja  yaitu daerah Naga Seribu, Muara Bakkara, tangga Batu, dan Paraginan. Sehingga

pasukan Belanda terus – menerus melakukan perlawanan. Tanggal 7 Agustus Tangga Batu

dapat diduduki oleh Belanda, 9 Agustus Paraginan diduduki oleh Belanda dan kepala

kampungnya dikenakan denda, sedang bakkara menolah sehingga 6 Huta disekitarnya

dibakar oleh pihak Belanda.  Tanggal 25 agustus pejuang – pejuang Batak melakukan

penyerangan terhadap Belanda dimalam hari dan menyatakan perag kepada pihak Belanda di

Semnangkiang.

Page 12: aceh berjihad dan perang batak

            Daerah Si Torang sudah mulai terancam, pada tanggal 27 Agustus pasukan Belanda

bergerak menuju Pintu Batu disebuah padang lalang mereka diserang oleh 80 orang pejuang

Batak dari Si Toramg, sedangkan dari sisi lain pihak Belanda juga diserang oleh penduduk

Belanda. Serag ini berhasil dipatahkan dengan tembakan antileri, senapan dan penghancur

dengan mitraliur dan infanteri. Huta Boksa dapat diduduki seterusnya Belanda menyerbu

Prabu Angin  dalam usaha menjatuhkan Si Torang, denga berapa taktik Perabu Angin dapat

dikuasai oleh belanda demikian juha Si Jarot pusat dari kampung Si Torang. Patigi dan Si Ria

– Ria diduduki Belanda 1 September sesudah itu Pos Belanda kembali ke pertahanan Lagu

Bot, sedangkan Si Singan Mangaraja mengadakan perlawanan didaerah lain.

            Perperang dari tahun -  ketahun semakin menjadi. Tahun 1887 timbul perlawanan dari

Kota Tuo dengan bantuan pejuang – pejuang Aceh yang datang dari daerah Bebas di Trumor.

Perlawana ini dapat dipatahkan oleh Belanda dibawah pimpinan JA Visser. Selain itu tahun

ini juga terjadi penyerbuah dibawah pimpinan Sarbut, pos – pos zeding dibakar karena

peristiwa ini Lobu Si Reger diduduki oleh Belanda. Dipihak lain Belanda semakin membabi

buta  dngan membakar kampung – kampung yang menolak mebayar denda. Pada saat yang

bersamaan Hindia Belanda juga melawan Aceh sehingga Belanda menfokuskan diri untuk

menghadapi Aceh yang kekuatanya jauh lebih besar sedangkan perlawan terhadap

tanah  Batak dikurangi oleh Belanda.

            Pada saat Belanda lenga Si Singa Mangaraja menghimpun pasukan untuk kekuatanya.

Tahun 1889 ia aktif didaerah bagian tenggara dan Barat Danau Toba  serta Pulau Simosir.

Bulan Mei Si Singa Mangaraja di daerah Huta Paong siap untuk menyerang

Belanda    bersamaan 90 pejuang batak, 70 orang letnal Pitlo, bulan Juli pertempuran mulai

meletus. Walaupun terdesak ke Lobu Tala kemudian 8 Agustus pasukan Si Singa Mangaraja

mengadakan serangan balasan dan berhasil menewaskan seprang pasukan Belanda dan

mengusir mereka dari sana. Untuk mebalaskan serangan dari Si Singa Mangaraja Belanda

mengirim tentara dari Padang.

            Perlawanan demi perlawanan yang terjadi antara Pasukan Si Singa Mangaraja dengan

Belanda membuat pejuang Batak kaulahan menghadapi Belanda, sampai Simosir juga

diduduki oleh Belanda, sehingga gerak Si Singa Mangaraja semakn sempit menginggat

daerah kebayakan sudah jatuh ketangan Belanda. Sekarang pasukan Si Singa Mangaraja

bertahan di sebelah barat Danau Toba yaitu Pak – Pak dan Dairi.

3.      Akhir  Perang

            Yang awalnya pasukan Si Singa Mangaraja masih melakukan perlawana namun tahun

1900 kekuatan Si Singa Mangaraja semakin surut. Sehingga perlawanna tidak dikerahkan

untuk melakukan penyerangan sebanyak mungkin melainkan memperthankan diri dari

serangan lawan selain penduduk daerah Dairi dan Pak – Pak Masih setia kepada mereka.

Selain itu  Belanda juga melakukan gerakan pembasmi gerakan – gerakan perlawanan  yang

ada diSumatera ( Aceh dan Batak). Operasi diketuai oleh Overste Van Daelan yang bergerak

Page 13: aceh berjihad dan perang batak

dari Aceh terus ke Batak. Mereka mengadakan pengepungan dan mebakar kamung –

kampung yang membangkan pertempuran semakin sengit antara kedua belah pihak.

            Pada saat Belanda sampai di daerah pak – Pak dan Dairi  pasukan Si Singa Mangaraja

semakin terkepung sedangkan di lain pihak hubungan mereka dengan Aceh sudah terputus.

Denga terdesaknya  pasukan Si Singa Mangaraja merka terus berpindah – pindah dari satu

tempat ketempat yang lain untuk menyelamatkan diri. Tahun 1907 pengepungan yag

dilakukan oleh Belanda terhadap pasukan Si Singa Mangaraja dilakukan secara intensif  yang

dipimpin oleh Hans Christoffel.

            Dimulai menelusuri jejak Si Singa Mangaraja oleh Belanda namun merak gagal

menangkap Si Singa Mangaraja dan anak istri Si Singa Mangaraja ditawan oleh Belanda.

Boru Situmorang ibu Si Singa Mangaraja tertangkap dan dijadikan tawanan perang oleh

Belanda sementara itu Si Singa Mangaraja belum juga mneyerahkan diri dan belanda terus

mencari  sampai tanggal 28 Mei pihak belanda mengetahui bahwa Si Singa Mangaraja berada

di Barus  maka Wenzel menarahkan pasukan untuk menangkapnya tetapi tidak

berhasil.          

            4 Juni 1907 pihak Belanda mengetahui bahwa Si Singa Mangaraja berada di Penegen

dan Bululage dan mereka melakukan pengerebekan  melalui Huta Anggoris yang tak jauh

dari panguhon. Ternyata Si Singa Mangaraja telah meninggalkan tepat itu sebelum mereka

datang. Si Singa Mangaraja terus menyikir ke darah Alahan  sementara itu Belanda terus

mengejar melalui kampung Batu Simbolon, Bongkaras dan Komi. Banyak penduduk sekitar

ditangkap karena dicurigai bekerjasma dengan Si Singa Mangaraja. Berbagai usaha yang

dilakukan Belanda tanggal 17 jJuni 1907 Si Singa Mangaraja berhasil ditangkap  didekat Aik

Sibulbulon ( derah Dairi ) dalam keadaan lemah Si Singa Mangaraja dan pasukanya terus

mengadakan perlawanan. Dalam peristiwa Si Singa Mangaraja tertebak oleh Belanda

sehingga pada saat itu Si Singa Mangaraja mati terbunuh ditempat. Disaat yang bersamaan

anak perempuan dan dua putra laki – lakinya juga gugur sedankan istri, ibu  dan putra – putra

masih menjadi tawana perang oleh Belanda . dengan gugurnya Si Singa Mangaraja maka

seluruh daerah Batak menjadi milik Belanda. Sejak saat  itu kerja rodi didaerah ini meraja

lelah struktur tradisional masyarakat semaki lama semakin runtuh.

4.      Dampak Perang       

            Orang batak banyak terbunuh dan banyak kerugian yang ditimbulkam, rumah – rumah

hancur dibakar, agama Keristen saat itu meraja lelah tampa ada halangan dari pihak manapun

sedangkan pihak Belanda mengalami kebangkrutan dana yag disebakan karena saat

bersamaan Belanda juga menghadapi Aceh yang begitu kuat sehingga didatang pasukan –

pasukan dari luar yang dibayar mahal

 

KESIMPULAN

            Perang Batak yang terjadi selama 29 tahun yang berawal dari ketidak sukaan Si Singa

Mangaraja terhadap Belanda yang sengaja menyebarkan agama keristen yang mengakibatkan

Page 14: aceh berjihad dan perang batak

Si Singa Mangaraja melakukan perlawan karena takut  Belanda menguasai daerah tesebut

secara luas lagi sehingga ia takut peranya sebagai pemimpin dapat disingkirkan oleh Belanda

disisi lain Si Singa Mangaraja sebagai pemimpin juga takut Belanda mempengaruhi rakyat

dan bisa berubah struktur kebuadayaan yang ada disana. Perperangan demi perperangan yang

terjadi sangat merugikan bagi rakyat Batak. Perperangan yang berlangsung sangat lama

berhasil dimenangkan oleh Pihak Belanda dengan gugurnya Si Singa Mangaraja di medan

perang. Sehingga Belanda berhasil menduduki daerah Batak keseluruhannya.