abdullah presiden angkasa majlis perasmian program...

Post on 04-Nov-2019

4 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

1

TEKS UCAPAN

YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH

ABDULLAH

PRESIDEN ANGKASA

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM

PELANCONGAN KOPERASI

2

KELUARGA “JOM KE SAWAH PADI”

ANJURAN PAHANG ZON 2

27 SEPTEMBER 2019 (JUMAAT)

8:00 MALAM

HOMESTAY KAMPUNG LONEK,

NEGERI SEMBILAN

3

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM

ASSALAMUALAIKUM

WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

DAN SALAM SEJAHTERA.

4

TERIMA KASIH KEPADA PENGACARA

MAJLIS

SALUTASI: Disediakan Penganjur

Majlis

5

Pertama sekali, saya memanjatkan

kesyukuran ke hadrat ALLAH S.W.T.

kerana dengan limpah kurnia dan

izinNYA dapat kita berhimpun pada

malam ini dalam Majlis Program

Pelancongan Koperasi Keluarga

6

“Jom Ke Sawah Padi” Anjuran

ANGKASA Zon 2.

Terlebih dahulu ribuan terima kasih

saya ucapkan kerana sudi

menjemput saya merasmikan majlis

ini. Syabas dan tahniah kepada

7

pihak penganjur yang berjaya

mengadakan program ini sebagai

satu platform ‘perkongsian

pengalaman’ dari koperasi keluarga

dalam bidang pelancongan.

Hadirin yang dihormati sekalian

8

1. Sektor pelancongan mampu

memberi peluang pekerjaan kepada

masyarakat serta menjana

pendapatan individu mahupun

koperasi, terutama bagi koperasi

bersaiz kecil dan mikro. Peluang ini

harus direbut oleh koperasi kerana

9

sebahagian besar lokasi menarik dan

kaya dengan sumber semulajadi

terletak di kawasan luar bandar.

2. Umum maklum, kebanyakan

koperasi menceburi bidang

perniagaan hampir sama antara

10

satu sama lain, malah

sesetengahnya yang lama

ditubuhkan masih menjalankan

aktiviti sama dan tidak mengambil

peluang atas kepelbagaian bidang

perniagaan masa kini. Perubahan

persekitaran perniagaan sebenarya

11

mewujudkan peluang perniagaan

baharu, dan ini menjadikan koperasi

lebih berdaya saing dalam menjana

ekonomi.

3. Koperasi amat digalakkan

terbabit dalam aktiviti pengurusan

12

inap desa/homestay yang

mendapat sambutan hangat

pelancong selain menganjurkan

aktiviti-aktiviti lasak seperti mendaki

gunung, menyusuri sungai dan

merentasi hutan yang merupakan

13

produk ekopelancongan yang boleh

diterokai oleh koperasi.

Hadirin yang dihormati sekalian

4. Industri pelancongan terbukti

memberi pendapatan lumayan

14

kepada negara. Bagi suku pertama

tahun 2019, industri pelancongan

negara merekodkan peningkatan

perbelanjaan pelancong sebanyak

RM21.4 bilion berbanding hanya

RM18.3 bilion bagi tempoh sama

tahun lalu. (Sumber: Kementerian

15

Pelancongan, Seni dan Budaya

Malaysia).

5. Usahawan industri kecil dan

sederhana perlu merebut peluang

atas inisiatif kerajaan yang

memperuntukkan lebih dari RM500

16

juta melalui Tabung Pelancongan di

bawah Bank Pembangunan bagi

tujuan membantu usahawan yang

ingin membangunkan atau

mengembangkan produk-produk

pelancongan seperti hotel, chalet,

resort dan lain-lain kemudahan

17

penginapan. (Sumber: Berita Astro

Awani, 2019)

6. Sehingga Disember 2018,

perangkaan SKM menunjukkan

bilangan koperasi di seluruh negeri

Pahang ialah sebanyak 1,135 buah

18

dengan keanggotaan seramai

244,517 orang. Bilangan keseluruhan

koperasi di Pahang Zon 2

merangkumi Temerloh, Bera,

Jerantut, Maran/Jengka, Mentakab,

Triang, Bandar Pusat Jengka, Bandar

Jengka, Lanchang, Chenor,

19

Kemayan, Kuala Krau, Mengkarak

dan Damiak pula sebanyak 425 buah

dengan keanggotaan seramai

80,107 orang.

7. Dengan jumlah dan

keanggotaan koperasi seramai ini,

20

seharusnya koperasi-koperasi di

Pahang Zon 2, menggembleng

tenaga mewujudkan kerjasama

strategik untuk memajukan sektor

pelancongan di Pahang, ditambah

dengan kemudahan dan inisiatif

bantuan kewangan serta khidmat

21

nasihat pengurusan pelancongan

yang disediakan oleh kerajaan.

8. Kerjasama antara koperasi yang

menyediakan produk pelancongan

dan aktiviti hilirannya boleh

dimanfaatkan bersama seperti

22

perkhidmatan pemandu pelancong,

pertunjukan kebudayaan, jualan

kraftangan, permainan tradisional,

penyediaan makanan dan minuman

serta pengangkutan dan lain-lain

lagi.

23

9. Adalah wajar jika koperasi

keluarga mahupun koperasi dewasa

yang ada hari ini menjadikan

Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS)

sebagai benchmark atau penanda

aras bagi membangunkan aktiviti

pelancongan masing-masing

24

terutama berkaitan dengan

pelancongan homestay.

10. Pelancongan homestay di

kawasan bersawah padi juga satu

aktiviti yang boleh menjadi tarikan

pelancong. Selain pelancong

25

disajikan dengan suasana tenang

dan pemandangan sawah

menghijau, pelancong yang datang

boleh merasai pengalaman

mengemping padi, mengoca ikan

(menangkap ikan beramai-ramai

menggunakan tangan) di sawah

26

padi dan lain-lain aktiviti yang

menarik.

Hadirin yang dihormati sekalian

11. Sebagai badan apeks peneraju

gerakan koperasi negara, ANGKASA

27

sentiasa merancang projek-projek

perniagaan berimpak tinggi untuk

diceburi koperasi bagi memacu

sektor koperasi ke arah

berpendapatan tinggi dan

menyumbang kepada pendapatan

negara. ANGKASA percaya melalui

28

pelaksanaan 8 buah sektor peneraju

mengikut kluster bidang yang

diceburi koperasi, gerakan koperasi

di Malaysia akan lebih maju dan

berdaya saing.

29

12. Besarlah harapan saya agar

program seumpama ini akan

membuka jalan kepada lebih

banyak koperasi terutamanya

koperasi keluarga menceburi bidang

pelancongan yang mampu

menjana pendapatan kepada

30

koperasi seterusnya meningkatkan

pendapatan negara.

13. Akhir kata, tahniah sekali lagi

kepada pihak penganjur kerana

berjaya membawa dan

mengumpulkan koperasi keluarga

31

yang ada pada hari ini untuk

berkongsi pengalaman dan

berusaha mewujudkan ‘networking’

antara anggota dan juga koperasi.

Kerjasama dan kesungguhan semua

dalam menjayakan program ini,

amat saya hargai.

32

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarokatuh.

Terima kasih.

top related