8-contoh rph
Post on 30-Sep-2015
309 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA
Mata Pelajaran dan KelasBahasa Malaysia Tahun 4 Bestari
Tema/TajukKekeluargaan - Sambutan Tahun Baharu Cina
Masa7.30 8.30 pagi
Standard Pembelajaran3.8.1 Mengedit dan memurnikan sesuatu hasil penulisan daripada aspek ejaan, imbuhan, tanda baca dan penanda wacana.
Objektif PembelajaranPada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;i. mengenal pasti dan mengarisi kesalahan ejaan dan imbuhan dengan bimbingan guru.
ii. menulis semula petikan menggunakan ejaan dan imbuhan yang betul.
Aktiviti1. Murid membaca petikan yang diedarkan oleh guru.
2. Murid menggarisi kesalahan ejaan dan imbuhan dalam petikan yang dibaca.
3. Murid menampal kad perkataan yang salah ejaan / imbuhan di papan tulis.
4. Murid menulis semula perkataan yang betul ejaan / imbuhan di sebelah kad yang ditampal.
5. Murid menyalin semula petikan dengan ejaan dan imbuhan yang betul.
EMKNilai Murni kasih sayang
Celik Kewangan
Bahan Bantu Belajarlembaran kerja, kad perkataan
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran / PentaksiranMurid mengedit dan memurnikan petikan dalam lembaran kerja daripada aspek ejaan dan imbuhan.
B1 DT1 E1
Refleksi30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, garis dan betulkan kesalahan ejaan dan imbuhan yang terdapat dalam petikan.
Pada tahun baharu china yang lepas, saye dan keluarga bangun awal pagi. Selepas mandi, kami mempakai pakaian baharu yang cantik.
Kemudian, saye sekeluarga besarapan bersama-sama. Kami makan sambil berbual mesra. Walau bagaimanapun, saye dan adik berasa tidak saba untuk mengucapkan selamat tahun baharu china kepada ibu dan ayah. Oleh itu, kami segera makan lalu mengucapkan selamat tahun baharu kepada ibu dan ayah. Tanpa membuang masa, ayah menberi kami angpao yang mengandungi wang bernilai RM50.00.
Saye dan adik begitu gembira setelah medapat angpao itu. Niat di hati, saye teringin membeli alat permainan komputer(PSP). Namun begitu, setelah berfikir semula, saye perlu menyimpan wang itu untuk digunakan pada masa hadapan. Oleh itu, saye perlu mensimpan wang itu ke dalam bang.Ejaan yang salahEjaan yang betulImbuhan yang salahImbuhan yang betul
B1 DT1 E1: Menulis ayat dalam perenggan secara mekanis.
Salin semula petikan dengan ejaan dan imbuhan yang betul.
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
top related