6 langkah hasilkan gambar panorama
Post on 12-Apr-2017
252 Views
Preview:
TRANSCRIPT
E-Book
Oleh : Harris Fadzilah b. Rahmat (Reds)
Pengasas NahamPhoto.com
E-book ini diterbitkan dan diedarkan secara PERCUMA. Anda dibenarkan untuk mengedar dan mencetakkannya kepada
rakan, ahli keluarga, pelanggan, prospek dan sesiapa sahaja yang mencari ilmu tentang topik e-book ini.
NAMUN, anda dilarang untuk menjual dan mengubah semua kandungan serta pautan yang terdapat di dalam e-book ini
tanpa kebenaran dan pengetahuan pihak www.nahamphoto.com. Jika terdapat sebarang aduan, ralat atau
perubahan, sila emelkan ke info@nahamphoto.com untuk penambahbaikan pada masa akan datang. Terima kasih.
Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
1
KANDUNGAN
Kandungan
Pengenalan : M/s : 2
LANGKAH 1 : M/s : 3
LANGKAH 2 : M/s : 3
LANGKAH 3 : M/s : 4
LANGKAH 4 : M/s : 5
LANGKAH 5 : M/s : 6
LANGKAH 6 : M/s : 7
BONUS : M/s : 11
Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
2
Apakah itu Panorama?
Ada pelbagai istilah yang boleh dijelaskan mengenai gambar panorama dimana selalunya dihuraikan sebagai satu gambar yang tidak
terjangkau oleh mata manusia. Panorama dihasilkan dengan cantuman beberapa keeping gambar dan selalunya menghasilkan satu gambar
yang panjang tidak kira melintang atau menegak.
Kamera-kamera compact baru sekarang telah banyak menyediakan fungsi untuk menggabungkan gambar menjadi panorama. Namun anda
juga boleh menggunakan kamera DSLR yang mana jurufoto boleh lebih menumpukan kualiti serta setting yang mereka inginkan. Berikut
merupakan tips-tips sebelum mengambil panorama.
Pilih scene atau lokasi yang betul-betul akan memberikan satu pemandangan yang menarik atau boleh menceritakan sesuatu.
Panorama yang hanya menunjukkan sebaris pokok yang sama jenis tanpa sebarang subjek tarikan mungkin agak membosankan.
Jika anda tidak yakin dengan kemampuan gegaran tangan anda, guna tripod.
Panorama bukan sahaja untuk satu scene yang luas namun boleh juga dicuba ditempat/ ruang yang sempit dan kecil.
Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
3
Berikut merupakan cara-cara mengambil gambar panorama;
1) Gunakan setting MANUAL.
Disebabkan anda ingin mengambil beberapa keping gambar yang akan dicantum nanti,
pastikan anda menggunakan setting manual pada shutter, aperture & ISO agar anda
mendapat gambar yang sama exposure. Cari exposure yang sesuai ketika itu dan
gunakan untuk semua gambar.
2) KECILKAN saiz gambar anda.
Memandangkan anda ingin mencantumkan beberapa keping gambar, anda boleh
mengecilkan sedikit saiz gambar anda dikamera agar proses cantuman nanti tidak
mengambil masa yang lama. Tetapi anda juga boleh mengecilkan saiz gambar anda
kemudian menggunakan perisian dikomputer.
Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
4
3) Ambil guna format PORTRAIT.
Jika anda menggunakan format portrait, panorama yang akan dihasilkan nanti akan nampak lebih luas daripada menggunakan format
landscape. Pastikan juga anda menggunakan lensa dengan focal lengh yang agak luas seperti 12mm-18mm untuk menampakkan lebih
impak.
Portrait
Landscape
Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
5
4) Ambil lebih dari 7 KEPING gambar.
Tidak semestinya lebih 7 keping tetapi 7-10 keping gambar yang diambil dengan format portrait sudah boleh menghasilkan panorama
yang tidak terlalu panjang. Namun ia mengikut keselesaan & idea jurufoto itu sendiri bagaimana mereka inginkan gambar panorama
mereka terhasil.
Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
6
5) Setiap gambar ada KESINAMBUNGAN.
Jika anda mengambil gambar dari sebelah kiri ke kanan, pastikan disebelah kanan gambar pertama ada kesinambungan di sebelah kiri
gambar kedua dan begitulah seterusnya. Kesinambungan adalah lenih kurang 30% dan ini penting untuk cantuman menjadikan
panorama nanti.
Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
7
6) Cantum menggunakan ADOBE PHOTOSHOP
Simpan koleksi gambar-gambar yang diambil tadi dalam satu folder khas untuk memudahkan proses cantuman. Sila ikut langkah-
langkah seperti dibawah;
a) Klik FILE -> AUTOMATE -> PHOTOMERGE
b) Klik BROWSE dan pilih semua gambar yang telah diletakkan dalam folder (CTRL + A). Klik OK.
Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
8
c) Tandakan pada kotak BLEND IMAGES TOGETHER & VIGNETTE REMOVAL. Klik OK.
d) Tunggu sehingga proses selesai. Ia bergantung kepada kelajuan pemproses komputer anda.
Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
9
e) Jika telah selesai, ambil CROP TOOLS dan potong mengikut saiz yang anda inginkan. Jangan lupa merge (CTRL + SHIFT + E) semua
layer sebelum anda menyimpan (SAVE) gambar anda.
Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
10
Antara hasil gambar panorama yang telah berjaya dicantum;
Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
11
BONUS! - Editing Gambar Panorama Menjadi ‘Little Planet’
Apakah itu ‘Little Planet’?
Gambar little planet adalah effect gambar menarik & comel dimana seakan-akan dunia kecil yang ada beberapa subjek sahaja didalamnya.
Untuk membuat gambar effect little planet, ada beberapa tips yang boleh digunakan namun bergantung kepada kreativiti anda. Antaranya;
1) Menggunakan gambar panorama iaitu gambar yang bersaiz panjang yang selalunya dicantum dari beberapa keping gambar.
2) Gambar yang digunakan mestilah mempunyai bahagian langit yang sempurna tanpa sebarang gangguan objek lain.
3) Bahagian penjuru kiri dan kanan gambar sebaik-baiknya mempunyai satu kesinambungan yang elok untuk cantuman.
Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
12
Langkah-langkah
Pilih gambar yang ingin dijadikan little planet berdasarkan tip-tip diatas. Contoh seperti dibawah. Perhatikan bahagian langit (potongan
atas sekali) tiada apa-apa gangguan yang mengganggu potongan gambar. Hujung kanan dan kiri gambar pula adalah pokok yang hampir
sama warna dan saiznya.
Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
13
Buka gambar dalam Adobe Photoshop. Anda boleh membuat sedikit perubahan pada hujung gambar terlebih dahulu seperti dibawah
dimana sebahagian gambar disebelah kiri dipilih dan disalin (copy).
Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
14
Bahagian yang disalin akan dipusingkan secara horizontal.
Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
15
Setelah dipusingkan, ia dimasukkan dihujung sebelah kanan supaya kelihatan sama dengan sebelah kiri. Ini akan membuatkan
cantuman lebih kemas untuk langkah seterusnya. Anda boleh juga membuat trick ini dihujung langkah nanti. Ia terpulang kepada anda.
Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
16
Klik menu IMAGE dan klik IMAGE SIZE. Tukarkan saiz imej anda dalam pixel dimana saiz width dan height adalah SAMA. Klik OK
Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
17
Pusingkan keseluruhan gambar anda terbalik secara 180 darjah. Klik menu IMAGE dan klik INAGE ROTATION. Pilih 180 darjah.
Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
18
Apabila gambar telah dipusingkan, pilih menu FILTER -> DISTORT -> POLAR COORDINATES..
Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
19
Tandakan pada bulatan RECTANGULAR TO POLAR. Klik OK.
Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
20
Little planet anda telah terhasil! Selalunya ada terdapat sedikit kecacatan dibahagian sambungan gambar. Anda boleh menggunakan
PACTH TOOL atau CLONE STAMP untuk memperbaiki kecacatan tersebut. Hanya pilih kawasan yang cacat dan seretkan ke kawasan
yang anda ingin campurkan (blend).
Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
21
Simpan (SAVE) gambar anda seperti biasa. Semoga berjaya!
Disediakan Oleh :
Harris Fadzilah bin Rahmat (Reds)
Pengasas/ Jurugambar
NahamPhoto
013-7443734
info@nahamphoto.com
www.nahamphoto.com
www.nahamphoto.com/blog
www.facebook.com/NahamPhoto
top related