217888249 laporan kajian tindakan zon matematik
Post on 12-Oct-2015
98 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
-
5/21/2018 217888249 Laporan Kajian Tindakan Zon Matematik
1/13
-->
HALAMAN SOALAN MATEMATIK REKREASI SEJARAH ISU
ZON MATEMATIKSURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIFSURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF D20102043051D20102043051
MATEMATIK BUKAN SEKADAR NOMBOR TAPI KEHIDUPANMATEMATIK BUKAN SEKADAR NOMBOR TAPI KEHIDUPAN
LAPORAN
KAJIAN
TINDAKAN
LAPORAN KAJIAN TINDAKANDITULIS OLEH SURIATI ZURAIDA BT. MUHAMAD SHARIF PADA 03:06
Punca Kesilapan Murid Menyelesaikan Soalan PenyelesaianMasalah
Dalam Matematik
TUAN PUNYATUAN PUNYA
BUKA
MY FAMILYMY FAMILY
http://suriatizuraida.blogspot.com/http://suriatizuraida.blogspot.com/2011/12/laporan-kajian-tindakan.htmlhttp://suriatizuraida.blogspot.com/2011/12/laporan-kajian-tindakan.htmlhttp://suriatizuraida.blogspot.com/http://suriatizuraida.blogspot.com/p/isu.htmlhttp://suriatizuraida.blogspot.com/p/sejarah.htmlhttp://suriatizuraida.blogspot.com/p/matematik-rekreasi.htmlhttp://suriatizuraida.blogspot.com/p/soalan.htmlhttp://suriatizuraida.blogspot.com/ -
5/21/2018 217888249 Laporan Kajian Tindakan Zon Matematik
2/13
Oleh
Suriati Zuraida binti Muhamad Sharif
Sekolah Kebangsaan Slim River,
35800 Slim River,
Perak darul Ridzuan
ABSTRAK
Masalah matematik berayat (word problems) merupakan
komponen penting dalam kurikulum matematik KBSR.
Bagaimanapun, kebanyakan murid belum berupaya
menguasai kemahiran ini sedangkan mereka berupaya
melaksanakan operasi asas matematik. Satu strategi atau
teknik yang sesuai perlu dikenalpasti bagi membantu murid
menangani kesukaran dalam menyelesaikan masalahmatematik berayat. Penyelesaian masalah matematik
berayat bukan setakat mencari jawapan akhir tetapi
membabitkan kefahaman dan penguasaan strategi yang lebih
kompleks.Kajian kes ini bertujuan mencari punca kesilapan
murid-murid Tahun 4 Beta dalam menyelesaikan soalan
penyelesaian masalah matematik. Seramai 20 orang murid
Tahun 4 Beta daripada SK Slim River telah dipilih sebagai
subjek kajian. Saya memilih kelas tersebut kerana saya
mengajar kelas ini dari awal tahun 2011. Dalam kajian ini,
murid-murid telah diuji secara bertulis dengan menggunakan
satu set 12 soalan penyelesaian masalah matematik.
Selepas ujian pertama, murid-murid diuji sekali lagi secara
bertulis soalan-soalan yang gagal dijawab secara individu.
Peringkat seterusnya, murid-murid yang gagal dalam ujian
kedua ditemuduga berdasarkan Prosedur Temu Duga
Newman yang telah diubahsuai untuk mengenal pasti punca
kesilapan oleh murid. Hasil kajian menunjukkan beberapa
punca kesilapan yang ada pada murid yang lemah
terutamanya kegagalan murid menukarkan cerita kepadaayat matematik yang betul dan kesilapan penggunaan
strategi penyelesaian masalah.
1.0 PENDAHULUAN
Masalah matematik berayat sememangnya merupakan komponen
penting dalam kurikulum matematik KBSR. Ini jelas tergambar dalam
komponen soalan matematik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) 2001, yang terdiri daripada 70% soalan berbentuk masalah
berayat (Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia
[LPKPM],2001). Pengajaran dan pembelajaran matematik KBSR perlu
dirancang dan dikendalikan dengan berkesan bagi mewujudkan suatu
pengalaman yang menyeronokkan dan mencabar bagi pelajar.
MATEMATIKMATEMATIK
Dokumen Standard KSSR Tahun 1
HSP Tahun 3HSP Tahun 4
HSP Tahun 5
HSP Tahun 6
LAMAN WEB PENDIDIKANLAMAN WEB PENDIDIKAN
Astro Tutor TV
KPM
JPN PerakPPD Batang Padang
ARKIBARKIB
! 2011(8)
! December(8)
RANCANGAN PENGAJARANHARIAN TAHUN 4
LAPORAN KAJIAN TINDAKANREFLEKSI PEMBELAJARAN
MAKROPENGAJARAN
REFLEKSI PEMBELAJARAN
My Blog ListMy Blog List
http://suriatizuraida.blogspot.com/2011/12/refleksi-pembelajaran-mikropengajaran.htmlhttp://suriatizuraida.blogspot.com/2011/12/refleksi-pembelajaran-makropengajaran.htmlhttp://suriatizuraida.blogspot.com/2011/12/laporan-kajian-tindakan.htmlhttp://suriatizuraida.blogspot.com/2011/12/rancangan-pengajaran-harian-tahun-4.htmlhttp://suriatizuraida.blogspot.com/2011_12_01_archive.htmlhttp://void%280%29/http://suriatizuraida.blogspot.com/search?updated-min=2011-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2012-01-01T00:00:00-08:00&max-results=8http://void%280%29/http://ppdbatangpadang.edu.my/v2/http://www.pelajaranperak.gov.my/v2/http://www.moe.gov.my/http://www.astro.com.my/examtutor/articles/art_4154.htmlhttp://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/mate/kbsr/math%20yr6.pdfhttp://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/mate/kbsr/math%20yr5.pdfhttp://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/mate/kbsr/hsp_math_yr4.pdfhttp://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/mate/kbsr/hsp_maths_y3.pdfhttp://www.moe.gov.my/bpk/kssr_docs/09%20Matematik/01%20-%20DSK%20Matematik%20Tahun%201%20-%20BM.pdf -
5/21/2018 217888249 Laporan Kajian Tindakan Zon Matematik
3/13
Pengalaman, kebolehan, minat, daya dan gaya murid yang berbeza-
beza perlu diambil kira dan diberi perhatian.
Matlamat pendidikan matematik sekolah rendah ialah untuk membina
dan mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan
kemahiran asas mengira (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995).
Sehubungan dengan itu, program Matematik sekolah rendah memberi
tumpuan kepada kemahiran mengira iaitu tambah, tolak, darab dan
bahagi dalam penyelesaian masalah harian secara berkesan dan penuh
tanggungjawab. Penekanan terhadap aspek kemahiran berfikir secara
kreatis dan kreatif yang berteraskan penyelesaian masalah jug
dimasukkan ke dalam Sukatan Pelajaran Matematik.
Justeru penyelesaian masalah ialah fokus kurikulum dan menjadi tujuan
utama semua pengajaran dan aktiviti matematik KBSR. Oleh itu
penyelesaian masalah bukanlah satu topik yang berasingan tetapi satu
proses yang meliputi seluruh program pengajaran.
1.1 Latar Belakang Kajian
Kebolehan menyelesaikan masalah matematik merujuk kepada
kemampuan murid menyelesaikan masalah matematik yan
merangkumi masalah rutin dan masalah bukan rutin. Menurut Aziz
(2002), sekiranya penyelesaian masalah hanya mengaplikasikan
algoritma yang telah dipelajari, maka ia disebut sebagai masalah rutin.
Manakala sekiranya seseorang murid perlu berfikir secara mendala
untuk mengaplikasikan konsep asas matematik untuk menyelesaikan
masalah yang diberikan, ia dinamakan masalah bukan rutin. Masalahyang berkait dengan kurikulum sekolah rendah lazimnya merupakan
masalah rutin yang berbentuk masalah bersimbol dan masalah beraya
(Ong & Yoong, 2003).
Menurut Noor Azlan (1995), dalam sejarah perkembangan pendidikan
matematik di Malaysia, kurikulum mata pelajaran itu telah mengalami
banyak perubahan sejak merdeka hingga sekarang. Kementerian
Pelajaran Malaysia peka terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah. Banyak usaha telah dijalankan untuk meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran matematik. Justeru, pihak kerajaan telah
memperkenalkan pelbagai pendekatan yang kreatif dan inovatif untu
meningkatkan kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah
matematik.
1.2 Masalah Kajian
Penyelesaian masalah ialah satu bidang matematik yang tersendiri dan
istimewa kerana perkara ini lebih berkait rapat dengan situasi dan
pengalaman harian. Penyelesaian masalah merupakan kemuncak dalam
pengajian matematik sebab ianya menguji kepintaran berfikir dankemahiran lain seperti kemahiran dalam fakta asas, menaakul masalah,
operasi, menyusun data, menggunakan pelbagai konsep matematik dan
menyemak secara logik.
SATU HARI SATU CERITASATU HARI SATU CERITAAKU ...........2 years ago
Subscribe ToSubscribe To
FollowersFollowers
Join this site
with Google Friend Connect
There are no members yet.Be the first!
Already a member? Sign in
BLOG SEARCHBLOG SEARCH
Search
Posts
Comments
http://wayarputusfiusterbakar.blogspot.com/2012/01/aku.htmlhttp://wayarputusfiusterbakar.blogspot.com/ -
5/21/2018 217888249 Laporan Kajian Tindakan Zon Matematik
4/13
Murid-murid yang mengalami kesukaran dalam memahami konsep dan
kemahiran matematik perlu dikenalpasti bidang kelemahan mereka
seawal yang mungkin. Dengan membuat diagnostik pada peringka
awal, program-program pemulihan yang bersesuaian dapat dilakukan
sebelum mereka melangkah ke tahap matematik yang lebih tinggi lagi.
Program pemulihan ini harus dimulakan apabila kelemahan-kelemahan
asas dikenalpasti agar pembelajaran matematik dapat bermula daripada
kekuatan yang ada pada murid yang bermasalah itu. Jika murid-muri
mengalami masalah pembelajaran dalam matematik tidak dapat dibantu
dan diberi bimbingan yang sewajarnya dari awal lagi mereka dikhuatiri
akan menghadapi kegagalan yang berterusan. Pada akhirnya, murid-
murid ini akan kehilangan motivasi untuk belajar matematik dan
seterusnya membenci dan melupakan mata pelajaran ini.
1.3 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
menyebabkan murid-murid menghadapi kesukaran dalam
menyelesaikan soalan penyelesaian masalah dalam matematik. Kajian
ini akan menganalisis punca kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid
ketika menyelesaikan soalan penyelesaian masalah.
Tumpuan kajian ini adalah ke atas empat operasi asas matematik iaitu
penambahan, pengurangan, pendaraban dan pembahagian. Selain
daripada itu, kajian ini juga akan menumpukan kepada tahap matriks
soalan penyelesaian masalah iaitu item masalah tidak langsung, item
masalah yang mempunyai maklumat pengganggu dan item masalah
yang memerlukan dua langkah penyelesaian.
1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan kajian di atas, kajian ini akan menjawab soalan-soalan
berikut :
a) Apakah strategi yang digunakan oleh murid-murid Tahun 4 Beta yang
lemah untuk menyelesaikan masalah?
b) Apakah punca-punca kesilapan yang dilakukan oleh murid-muri
Tahun 4 Beta yang lemah dalam menyelesaikan masalah?
1.5 Batasan Kajian
Kajian ini terbatas kepada perkara-perkara yang berikut :
a) Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca kesilapan dalam
menyelesaikan soalan penyelesaian masalah dalam matematik di
kalangan murid-murid Tahun 4 Beta sahaja.
b) Pengkaji tidak mengambil kira faktor emosi, latar belakang keluarga,
persekitaran sekolah dan kecacatan fizikal yang mempunyai kaitan
dengan kesilapan murid dalam menyelesaikan soalan penyelesaianmasalah dalam matematik.
1.6 Kepentingan Kajian
-
5/21/2018 217888249 Laporan Kajian Tindakan Zon Matematik
5/13
Penyelesaian masalah merupakan satu kemahiran yang harus dimiliki
oleh semua orang terutamanya kepada golongan guru untuk
menyesuaikan kaedah pengajaran mereka. Tumpuan kepada aspek
pemulihan akan memberi manfaat kepada murid-murid dari segi
psikologi dan menambahkan motivasi belajar mereka.
Kajian ini bertujuan untuk membuat diagnosis terhadap kelemahan-
kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 4 terhadap soalan
penyelesaian masalah. Dengan mengenal pasti kelemahan murid-muri
pada peringkat awal akan membolehkan langkah-langkah pemulihan
yang sewajarnya dilakukan bagi mengelakan murid-murid terus meneru
mengalami kegagalan yang boleh melemahkan motivasi mereka untu
terus maju dalam mata pelajaran matematik. Setelah menguasai
kemahiran ini, mereka akan mempunyai keyakinan diri, menyukai
matematik, berminat dan bermotivasi tinggi untuk terus mempelajari
matematik.
Memahami dan menyelesaikan soalan penyelesaian masalah
memerlukan keupayaan dalam beberapa kemahiran seperti memahami
bahasa, memahami situasi yang dinyatakan, keupayaan untuk mencari
ayat matematik yang betul dan juga keupayaan melakukan komputasi.
Oleh itu, kajian tentang keupayaan kanak-kanak untuk menyelesaikan
soalan penyelesaian masalah yang mudah akan memberi sumbangan
terhadap keupayaan kanak-kanak untuk menguasai kemahiran
menyelesaikan soalan penyelesaian masalah yang lebih kompleks.
2.0 KAJIAN LITERATUR
Mengikut definisi Lester (1970-an), masalah merupakan suatu situasi
apabila seseorang individu atau kumpulan itu dikehendaki
melaksanakan kerja penyelesaiannya. Mereka hendaklah menentukan
strategi dan kaedah penyelesaian masalah terlebih dahulu sebelum
melaksanakan kerja penyelesaiannya. Strategi penyelesaian masalah itu
harus melibatkan pelaksanaan suatu set aktiviti yang boleh memberi
penyelesainnya.
Mengikut Newman (1977, 1983), apabila seseorang ingin
menyelesaikan soalan bermasalah , ia perlu mengikut hieraki berikut :
1. Membaca masalah.
2. Memahami apa yang dibaca.
3. Membuat transformasi pemikiran.
4. Mengaplikasikan kemahiran proses yang diperlukan.
5. Membuat pengkodan jawapan dalam bentuk bertulis.
Apa yang dipentingkan dalam Prosedur Analisis Kesilapan Newman
adalah setiap masalah dilihat dalam bentuk hieraki. Ini adalah keranakegagalan pada mana-mana tahap akan menghalang penyelesaian
masalah untuk menyelesaikan masalah dengan jayanya kecuali secara
tidak sengaja.
-
5/21/2018 217888249 Laporan Kajian Tindakan Zon Matematik
6/13
Baretta-Lorton (1997) juga menegaskan bahawa keadaan ini berlaku
kerana penyelesaian masalah memerlukan tahap pemikiran yang tinggi.
Selain itu juga, ia memerlukan kefahaman teks dan arahan serta prose
mengira. Sekiranya murid-murid dapat mengatasi masalah tersebut,
lazimnya kegagalan mereka dalam menyelesaikan soalan penyelesaian
masalah disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan dalam penyusunan
data atau langkah mengira.
Kajian menunjukkan murid sekolah rendah belum berupaya
menyelesaikan masalah matematik berayat walaupun mereka
menguasai kemahiran menjalankan operasi secara
prosedural (Mokhtar et al., 2001; Third International Mathematics an
Science Study [TIMSS], 1999; Fatimah, 1999; Hassan, 1998; Mohd.
Daud et al., 1997). Fenomena ini nampaknya secocok dengan kajian di
luar negara seperti Verschaffel et al. (1999), Bransford et al. (1996),
dan Hegarty et al. (1995) yang mendapati masalah matematik beraya
menimbulkan banyak kesukaran dan kesilapan di kalangan muri
peringkat awal persekolahan.
Dalam menjelaskan tentang teknik penyelesaian masalah matematik,
murid cenderung menyelesaikan masalah matematik menggunakan
teknik menghafal prosedur dan operasi matematik, menggunakan
angka-angka dan istilah yang menjadi kata kunci (Mohd Uzi, 1999;
Hassan, 1998; dan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan [JNSP],
1993).Selain itu, murid melaksanakan penyelesaian tanpa memahami
dengan sempurna maksud keseluruhan sesuatu masalah semas
menyelesaikan masalah matematik berayat (Bransfordet al., 1996; dan
Hegarty, 1995).
3.0 METODOLOGI
3.1 Persampelan
Sampel kajian adalah terdiri daripada 20 orang murid-murid Tahap 2
iaitu murid-murid Tahun 4 Beta dari Sekolah Kebangsaan Slim River.
Murid-murid di dalam setiap kelas diasingkan mengikut tahap
pencapaian mereka dan tidak ditempatkan berdasarkan kepada
pelbagai kebolehan. Murid 4 Beta dikategorikan sebagai sederhana
berdasarkan kepada pengasingan kelas.
3.2 Pengumpulan Data
Pengkaji akan mentadbirkan sendiri ujian ke atas murid. Murid-murid
diuji secara kelas dalam bentuk ujian bertulis yang terdiri daripada 12
soalan. Masa yang diperuntukkan dalam ujian ini ialah 40 minit.
Pengkaji memeriksa ujian bertulis yang diberikan untuk menentukansama ada jawapan yang diberikan itu betul atau salah.
Pada peringkat kedua, pengkaji menemu duga murid-murid yang
-
5/21/2018 217888249 Laporan Kajian Tindakan Zon Matematik
7/13
melakukan kesilapan dalam ujian bertulis yang diberikan itu. Temu dug
ini adalah berdasarkan Prosedur Temu Duga Newman yang telah
diubahsuai oleh pengkaji. Sebelum temu duga dijalankan, terlebih
dahulu saya memberitahu murid bahawa ini bukan ujian tetapi untu
mengkaji apakah kesilapan atau masalah yang mereka hadapi dalam
menyelesaikan soalan penyelesaian masalah.
3.3 Instrumen
Dalam kajian yang akan dijalankan, instrumen yang akan digunakan
adalah :
a) Soalan Ujian Penyelesaian Masalah
Soalan ujian ini mengandungi 12 soalan subjektif penyelesaian masalah
yang melibatkan operasi asas matematik iaitu tambah, tolak, darab dan
bahagi . Soalan ini telah diubahsuai mengikut aras pengetahuan murid-
murid yang mengandungi :
i) Pernyataan Langsung, Tidak ada Maklumat Pengganggu dan
Memerlukan Satu Langkah Penyelesaian sahaja.
ii) Pernyataan Tidak Langsung.
iii) Mempunyai Maklumat Pengganggu.
iv) Masalah Memerlukan dua Langkah Penyelesaian.
b) Temu Duga Individu.
Temu duga secara individu adalah berdasarkan kepada Prosedur Temu
Duga Newman yang telah diubahsuai. Mengikut Prosedur Temu Duga
Newman, seseorang murid yang melakukan kesilapan dalam ujian
bertulis yang diberikan akan diminta untuk menjawab soalan itu semula.
Apabila ujian semula ini dijalankan, pengkaji akan menemuduga murid-
murid berdasarkan 5 soalan mengikut urutan. Pengkaji akan
mengklafikasikan kesilapan murid berdasarkan Kriteris Newman iaitu
sama ada kesilapan berpunca daripada kecuaian, motivasi,
kebolehbacaan, kefahaman, keupayaan untuk membuat transformasi
(menukarkan masalah kepada ayat matematik), kemahiran proses
(komputasi) atau membuat pengkodan (menulis jawapan yang betul).
3.4 Analisis Data
Data dianalisis secara deskritif mengikut kes. Pada peringkat pertama,
ujian diagnostik dianalisis berdasarkan kepada jawapan betul atau
salah. Saya telah memeriksa jawapan daripada tugasan yang dilakukanoleh murid.
Pada peringkat kedua, jawapan dari sesi temu duga secara individu bagi
-
5/21/2018 217888249 Laporan Kajian Tindakan Zon Matematik
8/13
setiap soalan dianalisis untuk mengenal pasti punca kesilapan sama ad
berpunca daripada kecuaian, kurang motivasi, pemahaman,
transformasi, komputasi atau kebolehan membuat pengkodan.
3.5 Dapatan Kajian
Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan, saya dapati 5 punca
kesilapan yang telah dilakukan oleh murid Tahun 4 Beta seperti berikut :
Punca Satu : Kegagalan Membuat Transformasi
Sebahagian besar kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid Tahun
Beta ialah dalam memilih operasi yang sesuai untuk membua
penyelesaian. Murid-murid gagal menukarkan cerita kepada ayat
matematik yang tepat. Kesilapan yang dilakukan oleh murid ialah keliru
dalam operasi tambah untuk menyelesaikan masalah operasi darab dan
menggunakan operasi tolak untuk menyelesaikan masalah bahagi.
Punca Dua : Cuai Ketika Menjawab Soalan
Dapatan kajian ini menunjukkan kecuaian merupakan faktor yang kedua
terbanyak. Biasanya kesilapan ini berlaku pada soalan yang mudah iaitu
melibatkan masalah yang memerlukan satu langkah penyelesaian dan
juga masalah yang mempunyai maklumat pengganggu. Ini jelas terbukti
apabila murid dapat menyelesaikan masalah matematik apabila diuji
secara individu berbanding dengan ujian yang diduduki secara
kumpulan.
Punca Tiga : Tidak Memahami Soalan
Kesilapan juga berlaku disebabkan oleh kegagalan murid untukmemahami soalan. Ini jelas terbukti apabila murid yang lemah berbeza
dengan murid yang baik dalam menyelesaikan masalah dari segi
pemahaman bahan bacaan dan konteks ayat.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesilapan pemahaman berlaku
disebabkan oleh kegagalan murid memahami konsep-konsep asas yang
terdapat dalam soalan seperti konsep lebih daripada, kurang
daripada dan juga lebih 2 kali. Kelemahan murid untuk memikirkan
angka yang terdapat dalam soalan menyebabkan mereka mengabaikan
frasa kata yang terdapat pada sebelum sesuatu angka.
Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa murid kurang memahami apa
yang dibaca. Apabila ditanya, murid-murid hanya berdiam diri atau
mengatakan tidak tahu apa yang telah dibacanya. Maka jelaslah
bahawa murid boleh membaca dengan baik tetapi tidak memahami apa
yang telah dibaca atau kehendak soalan.
Punca Empat : Kurang Motivasi
Kekurangan motivasi juga menyebabkan murid-murid tidak dapatmenjawab soalan dengan betul. Ini jelas terbukti apabila murid-murid
yang gagal untuk menjawab soalan di dalam kedua-dua ujian bertulis
yang dijalankan tetapi berjaya menyelesaikan masalah setelah diberi
-
5/21/2018 217888249 Laporan Kajian Tindakan Zon Matematik
9/13
panduan melalui sesi temu duga. Dengan bantuan atau motivasi
daripada guru barulah murid berjaya menukarkan cerita kepada ayat
matematik dan akhirnya menyelesaikan masalah tersebut dengan betul.
Punca Lima : Melakukan Kesilapan Komputasi
Dapatan kajian ini menunjukkan hanya 5 daripada 20 (25%) kesilapan
yang ditunjukkan oleh sampel kajian berpunca daripada kesilapan ketika
melakukan komputasi. Kesilapan ini terbukti apabila murid melakukan
kesilapan dalam pendaraban nombor 1 digit dengan 3 digit dan
pembahagian 3 digit dengan 1 digit tetapi adalah jelas kesilapan
komputasi mempunyai pengaruh yang penting dalam menentukan
pencapaian penyelesaian masalah murid. Dalam kajian ini, kesilapan
komputasi didapati hanya berlaku dalam soalan penyelesaian masalah
yang melibatkan operasi bahagi dan operasi darab sahaja.
4.0 PELAKSANAAN KAJIAN
4.1 Perancangan Tindakan
Berdasarkan tinjauan awal yang telah dijalankan, saya membuat
perancangan kajian tindakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh
murid dalam menyelesaikan soalan penyelesaian masalah dalam matematik.
Oleh itu saya telah mengadakan sesi perbincangan dengan rakan yang
mengajar matematik dan berpengalaman dan menjadi pemeriksa kertas
UPSR bagi subjek ini. Saya meminta pandangan dan pendapat untuk
mengatasi masalah ini.
Beberapa aktiviti intervensi telah dicadangkan untuk membantu murid
mengatasi masalah ini seperti latih tubi berpandu membimbing murid
memahami masalah, mengecilkan skop operasi yang dipilih dan
mengukuhkan konsep tambah, tolak, darab dan bahagi.
4.2 Pelaksanaan Tindakan
Sebelum tindakan intervensi dilaksanakan, saya telah menerangkan kepada
mereka yang terlibat tentang perjalanan aktiviti-aktiviti yang akan
dilaksanakan sepanjang tempoh kajian. Semasa dalam proses menjalankankajian tindakan, saya mengambil langkah mengaplikasikan latih tubi
berpandu dalam pengajaran matematik saya ke atas murid-murid yang
terlibat. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:
" Aktiviti 1 - Penerangan menggunakan slide Powerpoint
" Aktiviti 2 - Lembaran kerja soalan penyelesaian masalah berpandu
dalam
kumpulan.
" Aktiviti 3 - Lembaran kerja soalan penyelesaian masalah berpandu
individu.
4.3 Refleksi dan Penilaian
-
5/21/2018 217888249 Laporan Kajian Tindakan Zon Matematik
10/13
Berdasarkan daripada proses kajian yang telah dijalankan, terdapat
beberapa kelemahan yang dihadapi, di samping terdapat beberapa
kelebihan yang boleh ditonjolkan.
Kelebihan
Saya amat berpuas hati khususnya dari segi pencapaian murid-murid
dalam Peperiksaan Akhir Tahun (PKSR 2) yang menunjukkanpeningkatan yang begitu positif dan memberansangkan. Daripad
temubual dengan murid-murid yang terlibat dalam kajian tindakan ini,
saya dapati mereka lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan
penyelesaian masalah. Mereka telah mengaplikasikan tekni
penyelesaian masalah berpandu yang disarankan dan mendapati
mereka lebih mudah memilih operasi yang terlibat.
Saya telah membuat analisis soalan penyelesaian masalah yang
terdapat dalam soalan peperiksaan Akhir Tahun (PKSR 2), saya dapati
murid-murid yang terlibat dalam kajian tindakan ini telah berjaya
menjawab 80% betul. Ini secara tidak langsung telah meningkatkan
peratus kelulusan mereka dalam mata pelajaran matematik.
Daripada pemerhatian saya sendiri semasa sesi temu duga, semu
pelajar (termasuk yang paling lembab) telah mengambil bahagian dalam
aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi tersebut dengan aktif.
Mereka perlukan perhatian daripada guru-guru yang mengajar untu
memotivasikan mereka dalam pembelajaran. Mengenalpasti punca
masalah murid-murid dalam pembelajaran merupakan perkara yanpenting dalam usaha merangsang murid untuk belajar dan berfikir.
Kelemahan
Walaupun secara keseluruhannya analisis telah menunjukkan hasil yan
baik, namun saya masih tidak berpuas hati. Ini memandangkan masih
terdapat segelintir pelajar yang menghadapi masalah dala
menyelesaikan soalan penyelesaian masalah terutamanya bagi
masalah operasi darab dan bahagi. Maklumat ini ditunjukkan oleh
beberapa orang pelajar dalam Peperiksaan Akhir Tahun (PKSR 2) .
Faktor tidak menguasai kemahiran ini merupakan penyebab merek
melakukan kesilapan semasa mencari jawapan.
Kekurangan masa juga menyebabkan sukar untuk memberi tumpuan
kepada murid yang lemah dalam membimbing mereka dala
menyelesaikan soalan penyelesaian masalah dengan secara terperinci.
Faktor kehadiran murid yang terlibat dalam kajian tindakan ke sekolah
juga mengganggu proses kajian tindakan ini.
4.4 Kesimpulan dan Cadangan
-
5/21/2018 217888249 Laporan Kajian Tindakan Zon Matematik
11/13
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, didapati bahawa sesetengah
murid memerlukan pendekatan yang berbeza dalam mempelajari
sesuatu kemahiran yang hendak diterapkan dalam pembelajaran. Oleh
kerana itu, perlu dilakukan kajian terhadap kaedah-kaedah yang boleh
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.. Sebagai
contoh, dalam tajuk operasi darab, perlu ada pelbagai pendekatan untuk
membantu murid menghafal sifir dan melakukan operasi darab. Saya
percaya, penerapan pelbagai kaedah intervensi dalam menghafal sifir
seperti kotak sifir dan teknik mendarab seperti teknik lappace, mampu
menarik minat murid untuk menguasai kemahiran tersebut.
Dalam menjelaskan tentang teknik penyelesaian masalah matematik,
murid cenderung menyelesaikan masalah matematik menggunakan
teknik menghafal prosedur dan operasi matematik, menggunakan
angka-angka dan istilah yang menjadi kata kunci (Mohd Uzi, 1999;
Hassan, 1998; dan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan [JNSP],
1993).Selain itu, murid melaksanakan penyelesaian tanpa memahami
dengan sempurna maksud keseluruhan sesuatu masalah semasamenyelesaikan masalah matematik berayat (Bransfordet al., 1996; dan
Hegarty, 1995).
Tidak dinafikan bahawa teknik menghafal prosedur dan operasi dapat
menghasilkan
penyelesaian yang betul bagi masalah matematik yang rutin. Dalam
penyelesaian masalah
matematik, murid tidak harus dikongkong oleh satu teknik penyelesaian
yang biasa
disampaikan oleh guru sahaja. Teknik lain yang sesuai perlu digalakkan,
lebih-lebih lagi
yang bersesuaian dengan peringkat perkembangan kognitif murid,
pengalaman dan
persekitaran pembelajaran yang dilalui oleh murid.
Guru perlu lebih prihatin terhadap masalah murid dan perlu kreatif
membuat pengubahsuaian terhadap teknik-teknik yang ada mengikut
situasi pengajaran dan pembelajaran. Pelbagaikan kaedah pengajaran
dan melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap pengajaran, mampu
merubah persepsi murid-murid kita terhadap pembelajaran matematik
yang selama ini dianggap sebagai mata pelajaran yang sukar sehingga
memadamkan minat mereka untuk belajar matematik.
Pengalaman kali ini akan membantu saya dalam meminimumkan lagi
kelemahan yang wujud semasa kajian akan datang untuk sampel yang
lebih besar. Saya percaya, perkongsian idea bersama rakan-rakan
sejawatan mampu memperbaiki kajian tindakan yang akan datang.
5.0 RUJUKAN
Atan Long, Pelbagai Kaedah Mengajar, Fajar Bakti Sdn. Bhd.
http://blogger.com/homehttp://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=8692920635487369435 -
5/21/2018 217888249 Laporan Kajian Tindakan Zon Matematik
12/13
Kuala Lumpur, 1991
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1999. Buku Teks
Mathematics Standard 4. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1999. Huraian Sukatan
Pelajaran Matematik :
Kementerian Pendidikan Malaysia. Tahun 4. KualaLumpur :
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(1999). Buku Panduan
Guru,Matematik. Tahun 4. Kuala Lumpur : Dewan bahasa Dan Pustaka
Mook Soon Sang, Penyuburan dan Perkaedahan Matematik,
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 1992
Mook Soon Sang, Psikologi, Strategi Pengajaran dan Penilaian
Matematik,Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 1992
Noraini Idris, Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik, Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 2005
Othman Lebar. Abdul Talib ,Mohamed Hashim,Omar Hisham
Mohd Baharin, Ismail Raof Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2.
KPD 3026, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim, 2011
Soon Sang & Siew Fook Cheong, Pengajaran & pembelajaran
Matematik untuk Pengajaran SekolahRendah, Heinemann (Malaysia)Sdn. Bhd., 1986
-.-' TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA MELAYARI BLOG INI=.="
0 balasan:
Post a Comment
+3 Recommend this on Google
http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8692920635487369435&postID=3102858315007528651&target=facebookhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8692920635487369435&postID=3102858315007528651&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8692920635487369435&postID=3102858315007528651&target=bloghttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8692920635487369435&postID=3102858315007528651&target=emailhttp://www.blogger.com/comment.g?blogID=8692920635487369435&postID=3102858315007528651&isPopup=truehttp://www.mylivesignature.com/ -
5/21/2018 217888249 Laporan Kajian Tindakan Zon Matematik
13/13
ZON MATEMATIKCopyright 2011 Designed by Ipietoon Blogger Templateand web hosting
SEGALA YANG TERMAKTUB DI SINI ADALAH HAKMILIK SURIATIZURAIDAMUHAMADSHARIF
NEWER POST OLDER POST HOME
http://suriatizuraida.blogspot.com/http://suriatizuraida.blogspot.com/2011/12/refleksi-pembelajaran-makropengajaran.htmlhttp://suriatizuraida.blogspot.com/2011/12/rancangan-pengajaran-harian-tahun-4.htmlhttp://webhostingmalaysia.net/http://www.ipietoon.com/http://suriatizuraida.blogspot.com/
top related