· 2020. 11. 27. · 4 senarai kandungan perkara muka surat kata alu-aluan ketua pengarah frim 5...
Post on 19-Feb-2021
12 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
1
FRIM_pcs@frim.gov.my
http://pcs.frim.gov.my
+603 62797372/7746/7730
+603 6270 1487
Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS)
JKR 508, Jalan Jelutong
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
2019
FRIM PCS
PERKHIDMATAN
PENSIJILAN PRODUK FRIM
-
www.pcs.frim.gov.my
2
-
www.pcs.frim.gov.my
3
EDISI: DISEMBER 2019
Disusun oleh:
Cawangan Latihan & Operasi
Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
Disemak oleh:
Dr. Sharmiza Adnan
Puan Suhana Rafidah Md Yusof
Puan Nor Haliyan Tan Shilan
Cik Nurfaizatul Ashikin Mokhtar
-
www.pcs.frim.gov.my
4
SENARAI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
Kata Alu-Aluan Ketua Pengarah FRIM 5
Kata Alu-Aluan Pengarah Urusan FRIM PCS 6
Pengenalan dan Latar Belakang FRIM PCS 7
Visi dan Misi 9
Piagam Pelanggan 9
Ahli- Ahli Jawatankuasa FRIM PCS 10
Ahli- Ahli Juruaudit 11
Ahli- Ahli Pasukan Teknikal 12
Ahli-Ahli Jawatankuasa FIAC 13
Laporan Aktiviti Tahun 2019
Pensijilan Produk FRIM PCS 15
Senarai Syarikat yang Mendapat Pensijilan Produk FRIM PCS 16
Produk yang Dipersijilkan 23
Audit Syarikat 26
Lawatan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan FRIM PCS Ke
Syarikat Meranti Marshal 27
Lawatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke FRIM
PCS dan Makmal Rintangan Api (FPL) 28
Lawatan Pihak CIDB ke Makmal Rintangan Api, (FPL) FRIM 29
Mesyuarat Perincian Teknikal Program 'FFU', In-Situ dan Spesifikasi
Perabot 30
Export Furniture Exhibition (EFE) 2019 31
Pengekalan Akreditasi ISO/IEC 17065:2012 (FRIM Sebagai Badan
Pensijilan Produk) 32
Pelaksanaan Latihan FRIM PCS 2019 33
Pembangunan Sistem Aplikasi E-Pensijilan 34
Akronim dan Singkatan 35
-
www.pcs.frim.gov.my
5
KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan
kepada pasukan FRIM PCS dalam
menghasilkan Laporan Tahunan 2019 ini.
Bagi meluaskan lagi peranan FRIM dalam
membantu pembangunan industri perabot
negara, Perkhidmatan Pensijilan Produk
FRIM yang dikenali sebagai FRIM PCS telah
ditubuhkan pada 2013. FRIM PCS
ditubuhkan untuk membantu industri
perabot tempatan supaya dapat bersaing
secara sihat bagi menghasilkan produk
berkualiti secara konsisten serta mematuhi
keperluan standard dan memenuhi
kehendak pelanggan. Keperluan ini sangat
penting bagi memastikan pengusaha
perabot tempatan mampu menguasai
pasaran tempatan dan seterusnya
menembusi halangan perdagangan
antarabangsa.
Sepertimana yang kita maklum industri perabot merupakan komoditi penting dalam industri kayu-kayan
negara ketika ini. Eksport perabot telah meningkat daripada RM7.58 bilion pada tahun 2016 kepada
RM 10.14 bilion (2017) dan dijangka meningkat kepada RM12 bilion menjelang 2020. FRIM PCS perlu
terus meningkatkan usaha untuk membantu industri perabot tempatan terutamanya bumiputera
menghasilkan produk yang berkualiti dan mampu bersaing di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Hasil kajian yang dilaksanakan, didapati pengusaha perabot bumiputera masih jauh ketinggalan
berbanding pengusaha bukan bumiputera. Oleh itu, sudah tiba masanya pengusaha perabot bumiputera
untuk keluar dari kepompong selesa dan meningkatkan usaha bagi melonjakkan diri sebaris dengan
pengusaha bukan bumiputera.
Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak FRIM PCS dalam usaha
melonjakkan industri perabot bumiputera dalam menghasilkan produk berkualiti secara konsisten
dengan Perkhidmatan Pensijilan Produk.
Sekian, terima kasih.
(DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD)
KETUA PENGARAH INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM)
-
www.pcs.frim.gov.my
6
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH
URUSAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera.
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan atas
kreativiti, inovasi dan komitmen Jawatankuasa
Penerbitan Laporan Tahunan FRIM PCS sehingga
terbitnya sebuah makalah hebat ini. Laporan ini
telah lengkap sepenuhnya, maka, laporan ini menuntut pembacaan setiap entiti dalam FRIM PCS supaya
semua yang dilaporkan ini mampu menjadi rujukan dan seterusnya menjadi pengetahuan yang pastinya
membantu kita dalam membuat keputusan. Laporan ini dapat menggambarkan kekuatan kerja
sepasukan, kebijaksanaan pengurusan, penggunaan strategi yang tepat dalam pentadbiran, ketepatan
membuat keputusan dan penggunaan kos yang tepat dalam menghasilkan output berganda. Laporan
bukan sekadar dibaca dan dilihat. Laporan perlu dihayati supaya ada fikiran yang tercetus untuk
melahirkan idea penambahbaikan pada tahun berikutnya.
FRIM dengan kelulusan Kementerian Kewangan (MOF) berusaha untuk membantu industri perabot
bumiputera ini. Sebagai permulaan kesemua pembekalan perabot kerajaan perlu dipersijilkan dahulu
melalui Skim Pensijilan Produk FRIM. Hal ini bagi memastikan bekalan produk perabot tersebut adalah
berkualiti dan memenuhi standard keperluan yang ditetapkan. Kewujudan pensijilan produk FRIM PCS
ini dapat menangani masalah bekalan perabot yang kurang berkualiti dan mengurangkan tanggungan
kos sekurang-kurangnya 50% oleh pihak kerajaan untuk penggantian perabot setiap tahun. Selain itu,
bagi melonjakkan lagi industri perabot bumiputera, FRIM dengan persetujuan MOF telah menggarapkan
tujuh program khas di bawah program Pemerkasaan Perabot Bumiputera bagi menangani isu-isu
semasa berkenaan kualiti perabot tempatan terutamanya melibatkan pengusaha perabot bumiputera.
Maka, saya mengharapkan laporan ini dibaca, dinilai dan terus dinilai. Ada bahagian yang boleh
didebatkan, kita debatkan. Ada bahagian yang boleh dianalisis, kita analisis dengan inferens yang jitu.
Percayalah, jika laporan ini hanya disimpan, prestasi kita akan kekal sampai bila-bila.
Sekian, terima kasih.
(DATIN SALAMAH SELAMAT)
PENGARAH URUSAN FRIM PCS
-
www.pcs.frim.gov.my
7
PENGENALAN FRIM SEBAGAI PENGAWAL SELIA KUALITI PERABOT DAN BADAN PENSIJILAN
PRODUK
Lanjutan daripada isu permasalahan kualiti perabot yang dibekalkan kepada kerajaan bagi Kontrak Pusat Sistem Panel (KPSP) terutama yang melibatkan kerusi meja murid sekolah oleh Kementerian
Kewangan Malaysia (MOF) dam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), FRIM telah mengambil
inisiatif untuk menubuhkan Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM atau lebih dikenali sebagai FRIM
PCS pada Jun 2013. Penubuhan FRIM PCS adalah bertujuan untuk memastikan kualiti produk
perabot yang dikeluarkan oleh pengusaha memenuhi keperluan standard dan spesifikasi produk
yang ditetapkan secara konsisten. Di samping itu ia membantu industri tempatan bersaing secara
sihat bagi menghasilkan produk kualiti serta melepasi halangan perdagangan antarabangsa.
Pada 18 November 2014, penubuhan FRIM PCS telah diluluskan melalui kuasa khas Menteri Sumber
Asli dan Alam sekitar sebagai tambahan kepada Akta 319 (1985) Lembaga Penyelidikan dan
Pembangunan Perhutanan Malaysia pada ketika itu. Tanggal 12 Disember 2014, FRIM telah berjaya
diakreditasi sebagai Badan Pensijilan Produk yang kelapan di Malaysia berdasarkan keperluan
ISO/IEC 17065:2012 (Conformity Assessment – Requirements for Bodies Certifying Products,
Processes and Services) dari Jabatan Standard Malaysia.
Pewartaan Akta FRIM 782 pada 2016 telah membenarkan FRIM untuk mengkomersialkan
penemuan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta memberikan penanda aras baharu
kepada produk-produk hasil hutan melalui proses pensijilan produk. Akta ini membolehkan FRIM
memainkan peranan yang lebih luas sebagai badan pensijilan produk berasaskan perhutanan dan
keluaran hutam serta memperkasakan industri yang berkaitan.
Pada 2018, FRIM PCS telah diberi kuasa sebagai badan pensijlan dan FRIM sebagai pengawal selia
kualiti perabot mudah alih untuk Perolehan kerajaan seperti yang termaktub di dalam Pekeliling
Perbendaharaan PK 2 Lampiran 2.1. Antara tujuan FRIM PCS adalah untuk mempersijilkan semua
produk perabot mudah alih untuk perolehan kerajaan. Ini membolehkan FRIM PCS mengembangan
skop pensijilannya kepada semua produk perabot-perabot di bawah kontrak panel kerajaan yang
melibatkan 24 kementerian di bawah projek pembangunan kerajaan.
Di samping itu, FRIM PCS juga telah bersedia untuk mempersijilkan kesemua produk perabot untuk
pasaran terbuka, eksport dan import. Kemampuan FRIM PCS dalam memastikan kualiti produk
perabot negara terjamin dapat meningkatkan lagi kepercayaan pengguna tempatan mahupun dari
luar negara.
-
www.pcs.frim.gov.my
8
FRIM-PCS ditubuhkan pada tahun 2013 di bawah
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).
Tujuan utama penubuhan adalah untuk membantu
industri perkayuan tempatan mengeluarkan, membekal
perabot berasaskan kayu secara berterusan, terutama
berkaitan dengan kestabilan, keselamatan dan
kekuatan produk. Tumpuan utama juga diberikan bagi
memastikan industri berasaskan hutan memenuhi
spesifikasi dan standard yang ditentukan oleh
pemegang taruh dan pengguna. Selain itu,
penubuhannya bertujuan untuk membantu industri
berasaskan perabot kayu untuk menghasilkan produk
berkualiti dan memenuhi standard tempatan dan
antarabangsa.
FRIM PCS telah diiktiraf sebagai Badan Pensijilan
Produk daripada Jabatan Standard Malaysia (DSM)
pada 12 Disember 2014. Skop Akreditasi Pensijilan
adalah perabot sekolah yang melibatkan kerusi dan
meja sekolah murid sekolah rendah dan menengah.
Verifikasi bagi FRIM PCS sebagai badan pensijilan
adalah diperlukan bagi memastikan tahap integriti dan
ketelusan dalam pelaksanaan skim pensijilan produk
terjamin.
Selain itu, skim pensijilan bagi produk lain berasaskan
kayu dan panel, pintu rintangan api serta lain-lain
produk perhutanan juga sedang dibangunkan.
LATAR
BELAKANG
PERNIAGAAN
-
www.pcs.frim.gov.my
9
VISI, MISI, POLISI KUALITI
& PIAGAM PELANGGAN
VISI
Menjadi badan
pilihan serantau
bagi pensijilan,
pemeriksaan,
pengesahan dan
pengujian produk
berasaskan
hutan menjelang
2025.
MISI
Memberi
perkhidmatan
ujian,
pemeriksaan,
pengesahan dan
pensijilan yang
melangkau
jangkaan bagi
operasi dan
rantaian bekalan
melalui jaminan
kualiti.
POLISI
KUALITI
Kami komited
untuk
memuaskan hati
pelanggan
dengan memberi
perkhidmatan
yang cekap dan
dipercayai.
PIAGAM PELANGGAN • Memastikan laporan audit diteliti sepenuhnya dalam tempoh dua
minggu setelah selesai audit.
• Memastikan sijil dikeluarkan dalam tempoh enam minggu selepas
selesai audit dan mesyuarat panel pensijilan.
• Memastikan laporan rasmi (bertulis) pelanggan ditangani dalam
tempoh sepuluh hari bekerja.
-
www.pcs.frim.gov.my
10
JAWATANKUASA DALAM PERKHIDMATAN
PENSIJILAN PRODUK FRIM PCS
UNIT PERKHIDMATAN PENSIJILAN PRODUK
Pengarah Urusan
Datin Salamah Selamat, BSc(Hons)(UKM)
Pengurus Pensijilan
Nor Haliyan Tan Shilan, MSc Information Technology (UiTM)
Pengurus Latihan
Suhana Rafidah Md. Yusof, MSc Qty & Product. Improve. (UKM)
Pengurus Jualan dan Pemasaran
Elia Suhaily Md Yacob, MSc Bio-resources, Paper and Coatings Technology (USM)
Pengurus Operasi
Nurfaizatul Ashikin Mokhtar, MSc Qty & Product. Improve. (UKM)
Timbalan Pengurus Jualan dan Pemasaran
Nurfarahin Mohd Sani, B. Marketing Financial Services (Hons) (USIM)
Timbalan Pengurus Pensijilan
Nur Liyana Izzati Rohaffin, BSc Furniture Technology (Hons) (UiTM)
Penolong Pegawai Tadbir
Nur Elysa Shakira Othman, B. Buss. Administration (UKM)
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Noor Khairani Abd Latif, Dip. Comp. Sc. (Col. Tech. Bestari)
Penolong Akauntan/ Accountant Assistant
Mohammad Nazri Ngadinin, Dip. Islamic Banking (KUIS)
7
-
www.pcs.frim.gov.my
11
PASUKAN
TEKNIKAL
Hadapan Dari kiri:
Khairul Masseat
Hashim W. Samsi
Khairul Azmi
Zairul Amin
Barisan Belakang Dari kiri:
Dr. Tumirah
Siti Zaliha
Yanti Kadir
Noor Azrieda
PRODUCT
CERTIFICATION
SERVICES (PCS)
Hadapan Dari kiri:
Dr. Zaihan
Hashim W. Samsi
Datuk Dr. Rahim,
Dato’ Dr. Abd Latif
Dr. Khali Aziz
Datin Salamah
Barisan Belakang Dari kiri:
Nor Haliyan
Elysa Shakira
Noor Khairani
Elia Suhaily
Nurfaizatul Asyikin
Nur Liyana
Suhana Rafidah
Nurfarahin
-
www.pcs.frim.gov.my
12
9
AUDITOR &
PEMBANTU
AUDITOR
Hadapan Dari kiri:
Saharuddin, Puad Elham,
Khairul Masseat, Dr. Zaihan,
Zairul Amin, Khairul Azmi,
Nor Haliyan
Barisan Belakang Dari kiri:
Fadzrul, Farid, Faris, Azzam,
Noor Azrieda, Suhana Rafidah,
Yanti, Ikhwan, Azidan, Fakhrul,
Salihin
MEMPERKASAKAN
PENSIJILAN
(MP)
Hadapan Dari kiri:
Ikhwan, Khairul Masseat,
Hashim W. Samsi,
Dr Gan Kee Seng,
Khairul Azmi, Azidan
Barisan Belakang Dari kiri:
Syafiq, Syed, Norlela,
Siti Zaliha, Noor Azrieda,
Yanti Kadir, Salihin,
Fakhrul, Wafiq
-
www.pcs.frim.gov.my
13
AHLI-AHLI JAWATANKUASA
KESAKSAMAAN DAN RAYUAN
Jawatankuasa Kesaksamaan dan Rayuan (FRIM Impartiality and Appeal Committee—FIAC) diwujudkan
bagi memastikan integriti dan kesaksamaan perkhidmatan pensijilan yang ditawarkan oleh FRIM PCS.
Ahli-ahli FIAC dipilih berdasarkan pengalaman teknikal mereka yang luas dalam sektor industri.
Komposisi, bidang tugas, terma rujukan, kecekapan anggota dan tanggungjawab Jawatankuasa FIAC ini
telah didokumenkan dan diberi kuasa oleh pengurusan tertinggi FRIM.
Ahli FIAC terdiri daripada pelanggan FRIM PCS, wakil-wakil persatuan perdagangan dan industri, wakil
badan-badan kawal selia kerajaan dan organisasi bukan kerajaan (NGO) termasuk wakil-wakil persatuan
pengguna. Ahli-ahli FIAC terdiri daripada wakil-wakil yang berikut:
1. Dr Khali Aziz Hamzah (Pengerusi)
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
2. Ir. Dr. Mohammad Adzizulrohim bin Abd Malek
Ketua Penolong Setiausaha Teknikal/Jurutera
Bahagian Perolehan Kerajaan
Kementerian Kewangan Malaysia
3. En. Salahuddin bin Yusof
Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Standard Kepenggunaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
4. En. Albert Khoo
Vice President
Malaysian Furniture Council (MFC)
5. Pn. Nur Asyikin binti Aminuddin
Pengurus Kanan
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia
6. En. Abdul Haris bin Haji Lakar
Setiausaha Bahagian,
Bahagian Perolehan,
Kementerian Pelajaran Malaysia
7. Datin Salamah Selamat (Setiausaha) Pengarah Urusan FRIM PCS
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
-
www.pcs.frim.gov.my
14
LAPORAN
AKTIVITI
-
www.pcs.frim.gov.my
15
PENSIJILAN PRODUK FRIM PCS
Sejajar dengan keputusan Kementerian Kewangan untuk melanjutkan tempoh untuk mempersijilkan
produk kepada semua syarikat di bawah Kontrak Panel Berpusat (KPB) sehingga 31 Disember 2019,
pihak FRIM PCS telah melaksanakan usaha bagi membantu syarikat memperolehi pensijilan produk
dalam tempoh yang ditetapkan. Setiap syarikat KPB perlu mendapatkan pensjilan produk FRIM PCS bagi
membolehkan syarikat memasuki tender atau sebut harga bagi pembekalan produk perabot ke agensi
kerajaan. Ianya merupakan syarat mandatori yang perlu dipatuhi oleh setiap syarikat KPB seperti mana
yang dinyatakan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.1 bertarikh 1 Julai 2018,
Perolehan Perabot Pelbagai Jenis Melalui Kontrak Panel Berpusat Oleh Semua Agensi Kerajaan di
Semenanjung Malaysia.
Sejumlah 76 daripada 87 syarikat di bawah KPB berjaya memperolehi sekurang-kurangnya satu (1) sijil
produk dalam tempoh yang ditetapkan. Terdapat empat (4) syarikat luar dari KPB juga telah berjaya
memperolehi pensijilan produk FRIM PCS pada tahun ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan syarikat
yang telah berjaya dipersijilkan adalah sebanyak 80 syarikat dengan 242 sijil produk.
Syarikat Yang Telah Dipersijilkan di Seluruh semenanjung Malaysia
1 Syarikat
4 Syarikat
6 Syarikat
5 Syarikat
7 Syarikat
34 Syarikat
3 Syarikat
t
1 syarikat
4 Syarikat
4 Syarikat
8 Syarikat
4 Syarikat
-
www.pcs.frim.gov.my
16
SENARAI SYARIKAT YANG MENDAPAT
PENSIJILAN PRODUK FRIM PCS 1. MABITA SDN BHD
Address: 177, Simpang Sekolah
Menengah, 08400, Merbok, Kedah
Darul Aman.
Tel: 04-4573300
Faks: 04-4575300
Emel: mabitasb@yahoo.com
2. FELAB ENGINEERING SDN. BHD. Address: Lot 113, JalanTimur 4/2
Kawasan Perusahaan Mergong Barrage
Fasa 2B 05150 Alor Setar Kedah.
No. Tel : 04-733 8300
No. Faks : 04-733 7200
Emel : felabengineering@gmail.com
3. ADUNAN KOMERSIL (M) SDN. BHD. Address: Plot 8, Fasa 4C, Jalan
PBR33,
Kawasan Perindustrian Bukit Rambai,
75250 Melaka.
Telephone No: 06-3519 367
Fax No: 06-3510118
E-mail: adunan_88@yahoo.com
4. KNS CREATIVE SDN. BHD. Address: No 6, Jalan 9/3 Taman Industri
Kecil Sederhana (IKS), Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Telephone No: 03-89267727 / 03-
89289727
Fax No: 03-89267727
E-mail: knscreative@yahoo.com
5. MS ZABKI SDN BHD Address: No. 58, Jalan Besar,
Enggor Karai,
33600 Perak.
Tel: 012.507.6598/ 012.553.8117
Fax: 05-7766460
Email: azalina@mszabki.com
6. MOCCIS FURNITURE SDN. BHD. Address: No. 19B, Jalan Indah 16,
Taman Cheras Indah, 56100 Kuala
Lumpur.
Telephone No: 03-9283 4431/4851
Fax No: 03-9283 4381
E-mail: info.moccis@gmail.com
7. RAMACO BENA SDN. BHD. Address: Lot 27927, Kawasan
Perindustrian Gong Badak, 21300
Kuala Terengganu, Terengganu.
Telephone No: 09-6660582
Fax No: 09-6671934
E-mail: rbsb636@yahoo.com
8. MUTIARA WOODWORK INDUSTRIES SDN. BHD.
Address: Lot 1204, Mukim II, Jalan
Padang Lalang, 14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang
Telephone No: 04-530 4670
Fax No: 04 - 530 4670
E-mail: mutiarawoodwork@yahoo.com
9. HASRO FURNITURE GALLERY (M) SDN. BHD.
Address: Lot 12, Fasa 4C, Jalan PBR 33
Kawasan Perindustrian Bukit Rambai
75250 Bukit Rambai Melaka
No. Tel : 06-353 1801 / 06-3531803 H/P : 012-680 0460
No. Faks: 06-353 1802
E-mel: yati@hasro.net / info@hasro.net
10. MYR CONSTRUCTION SDN. BHD. Address: Lot 1808, Kampung Wakaf
Delima, Wakaf Baru, 16250 Tumpat,
Kelantan.
Telephone No: 09-796 5633
Fax No: 09-7965622 E-mail: myrcsb@gmail.com
11. TERAS KREATIF SDN. BHD. Address: Kampong Baru, Batu 3 ½ ,
Jalan Changloon, 06100 Kodiang Kedah
Darul Aman
No. Tel : 04-925 2321
No. Faks: 04-925 4315
E-mel : teraskreatif_939@yahoo.com
12. NADYA PROPERTIES SDN. BHD. Address Lot 1003 Kg Teluk Kemunting,
Beris Kubur Besar, 16050 Bachok,
Kelantan.
Telephone No: 013-
7793242/0129812242
Fax No: -
E-mail: nadyaproperties@yahoo.com
mailto:mabitasb@yahoo.commailto:felabengineering@gmail.commailto:knscreative@yahoo.commailto:azalina@mszabki.commailto:mutiarawoodwork@yahoo.commailto:info@hasro.netmailto:teraskreatif_939@yahoo.com
-
www.pcs.frim.gov.my
17
13. BIDIN BIN JASIN SDN. BHD. Address: Batu 2, Jalan Raja Syed Alwi,
01000 Kangar Perlis. Telephone No: 04 9761858/017
4745740
Fax No: 04 9761858
E-mail: bzaharin@yahoo.com
14. NAGASTEEL EQUIPMENT SDN. BHD. Address: Lot 655, Kawasan
Perindustrian Ringan Kalumpang, Batu 46, Jalan Raya KL-Ipoh, 44100,
Kalumpang, Hulu Selangor, Selangor.
Tel: 03-41056791
Faks: 03-41056790
Emel: nagasteel@gmail.com
15. SUBKY SENDIRIAN BHD. Address: 3876 A, Kg. Gemuroh Lama,
Tepoh 21060 Kuala Nerus Terengganu
Darul Iman
No. Tel : 09-612 0125/011-2780
7881/014-508 7986
No. Faks: 09-662 2880
E-mel : subkytaju@yahoo.com
16. PROBIL INDUSTRIES SDN. BHD. Address: No.33, Jalan 57/10, Taman
Koperasi Polis Fasa 2, 68100 Kuala
Lumpur.
Telephone No: 03-6187 8888
Fax No: 03-6187 6788
E-mail: probil89@yahoo.com
17. ALWY DEVELOPMENT SDN BHD Address: Lot 4491, Kampong Bukit
Berangan, Tepoh 21060 Kuala
Terengganu Terengganu Darul Iman
No. Tel : 09-662 4992/4555/3555
No. Faks: 09-662 2555
E-mel: alwydev@yahoo.com.my
18. RABVOLKS HOMES SDN. BHD. Address: No.48, Tingkat 1 Jalan
Dagangan 2 Pusat Bandar Bertam
Perdana 2 Seberang Perai Utara 13200
Kepala Batas Pulau Pinang.
No.Tel: 04-351 5179
No. Faks: 04-351 5179
E-mel: admin@rabvolks.com.my
19. HASHIM BAKAR SDN BHD No. 1503, Jalan Dato' Haii Ahmad
Badawi
13200 Kepala Batas
Seberang Perai Pulau Pinang
Tel: 04-5754062
H/P: 0l2-235 5679
Faks:04 - 575 2632
20. RAUDAH MARKETING & SUPPLIES SDN. BHD.
Address: No. 15, Jalan Perusahaan 3/2,
Pusat Industri PKNS Batu 20, 48000
Rawang, Selangor Telephone No: 019-2787211 /019-
3572719
Fax No: 03-6057 4977
E-mail: raudahmarketing@yahoo.com /
raudahmarketingsb@gmail.com
21. HOMESTEAD WOOD INDUSTRIES SDN. BHD.
Address: Lot 906, Jalan Gemas, 73000
Tampin, Negeri Sembilan
Telephone No: 06-443 3027
Fax No: 06-441 7822
E-mail: homesteadind@gmail.com
22. SETIA MERANTI SDN. BHD. Address: Lot 2, Taman Perindustrian
Perabot Negeri Perak, Jalan Lahat
31550 Pusing Perak
Telephone No: 05-323 3025
Fax No: 05-323 3125
E-mail: setia.meranti@yahoo.com
23. PUNCAK BUMI UTAMA SDN. BHD. Address S-4 & S-10, Lorong Kendi 1,
Jalan Kendi, Kawasan Industri Mara,
14100 Simpang Ampat, Seberang Perai
Selatan, Pulau Pinang
Telephone No: 04-5883073
Fax No: 04-5874540
E-mail: puncakbumi@yahoo.com
24. TALNOOR ENTERPRISE SDN. BHD. Address: Lot 869-1, Zon Industri Sg. Sop
Jalan Sg. Sop, Batu 14, 43100 Hulu
Langat
Selangor Darul Ehsan
Telephone No: 03-9021 3535
Fax No: 03-9021 3888
E-mail: info@talnoor.com
mailto:nagasteel@gmail.commailto:subkytaju@yahoo.commailto:admin@rabvolks.com.mymailto:homesteadind@gmail.commailto:puncakbumi@yahoo.com
-
www.pcs.frim.gov.my
18
25. A.M.A.B BINA ENTERPRISE SDN. BHD. Address: No 4, Kawasan Perindustrian
Gong Badak 21300 Kuala Terengganu, Terengganu.
Telephone No: 09-667 2502/019-
9802957
Fax No: 09-6239759
E-mail: amabbina@yahoo.com
26. TIRAI INNOVATIF SDN. BHD. Address: No 3 Jalan Industri Semambu
9/5, Kawasan Perindustrian Semambu,
25350 Kuantan, Pahang, Darul
Makmur.
Telephone No: 09-5681424/0754
Fax No: 09-5681810
E-mail: tiraisb@yahoo.com
27. REGAL BONUS (M) SDN. BHD. Address: No. 2, Jalan Anggerik Vanilla W
31/W, Seksyen 31, Kota Kemuning,
40460, Shah Alam, Selangor.
Telephone No: 03-5122 4982
Fax No: 03- 5122 5982
E-mail: regalbonus1@gmail.com
28. WADAH EMAS SDN. BHD. Address: No. 7, Pusat Komersil Pekan,
Jalan Sultan Abu Bakar, 26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.
Telephone No: 09-422 6377
Fax No: -
E-mail: wdemaspekan@gmail.com
29. PRISMA TEGAS SDN. BHD Kilang Perabot Lot 509, KM 8, Jalan
Bukit Kayan, Bukit Katil, 75450 Melaka.
Tel: 012 700 3243/06 2680271
Fax: 06-2682299
Emel: prismategas@gmail.com
30. ZILANZA URUSNIAGA SDN. BHD. Address: Lot 386, Mukim 7, Jalan Paya
Kemian, Nibong Tebal, 14300,
Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Telephone No: 04-593 5375
Fax No: 04-593 9841
E-mail: manzusb@yahoo.com
31. KABIMAS MANUFACTURING SDN. BHD No. 1, Kawasan Perindustrian Semenyih
Integrated Park, 43500 Semenyih
Selangor.
Selangor Tel: 03-8724 2011
Faks: 03-8724 3011 Email: hani@kabimas.com.my
32. KERIS SEPAKAT SDN. BHD. Address: No 7, Tingkat 1, Jalan 4/4C,
Desa Melawati (Fasa 5), 53100
Setapak, Kuala Lumpur.
Telephone No: 03-4149 2033
Fax No: 03- 4162 9333 E-mail: kerisepakat@gmail.com
33. K.U.S INDUSTRIES (M) SDN. BHD Address: Lot 3.22 & 3.23, Tingkat 2,
Pertama Kompleks, Jalan Tuanku Abdul
Rahman, 50100 Kuala Lumpur.
Telephone No: 03-2691 9288/03-2698
8586
Fax No: 03-2694 0107
E-mail: kusindustries@gmail.com
34. ABM TWO SDN. BHD. Address: No.24-A, Kampung Lengkuas,
Bukit Pinang 06200, Alor Setar, Kedah
Darul Aman.
Telephone No: 04-714 1489/ 012-473
8972/
019-5788972
Fax No: 04-714 4189
E-mail: abm2sdnbhd@gmail.com
35. METRO MANUFACTURING SDN. BHD. Address: No. 49, Jalan Bulan U5/167,
Seksyen U5, Subang 2, 40150, Shah
Alam, Selangor.
Telephone No: 03-78425622
Fax No: 03-78424459
E-mail: metromsb@gmail.com
36. ONE-TECH (M) SDN. BHD. Address: No. 1A, Jalan Wawasan 2/1
Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan
Telephone No: 03-4296 2004
Fax No: 03-4296 2004
E-mail: sales@onetech.com.my
mailto:tiraisb@yahoo.commailto:manzusb@yahoo.commailto:abm2sdnbhd@gmail.commailto:metromsb@gmail.com
-
www.pcs.frim.gov.my
19
37. AZAS REKALOGAM SDN BHD Lot 1019B, Jalan 4/32A, Mukim Batu 6
1/2, Off Jalan Kepong, 52000 Kuala Lumpur
Tel: 03-6257 9066
Fax: 03-6251 2625
Email: plant@azasrl.com
38. REDAH JAYA SDN. BHD. Address: No 7-1, Blok C, Megamas
Business Centre, Jalan Gelen K, Sek U19
47000 Sg Buloh, Selangor D. Ehsan
Telephone No: 03-6148 2881/3382
Fax No: 03-6148 4890
E-mail: redahjsb@yahoo.com
39. BPNP KONSORTIUM SDN. BHD. Address: No.21 & 21-1, Jalan Sentosa
Kawasan Perindustrian Seri Cheeding
42700 Sungai Sedu, Banting Selangor
Darul Ehsan
No. Tel : 03-31914128/012-393 8734
No. Faks: 03-3191 5128
E-mel : enquiry@bpnpkon.com.my
40. NIK LAH SDN. BHD. Address: 1066, Batu 8, Jalan Sabak,
Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu,
Kelantan
Telephone No: 09-774 2859
Fax No: 09-774 5859
E-mail: niklahsb@gmail.com
41. MALPRO INDUSTRIES SDN. BHD. Address: Wisma MALPRO, Lot 1042,
Batu Satu, Jalan Sungai Buaya, Sungai
Choh, 48000, Rawang, Selangor.
Tel: 03-6092 9030
Fax: 03-6092 8020
E-mail: allmalpro@yahoo.com
42. DPM SDN. BHD. Address: No. 17 & 19, Jalan PJU 3/41,
Sunway Damansara, Section 12, 47810,
Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7885 0864/03-7885 0865
Faks: 03-78850965
Emel: dpm_bhd@yahoo.com
43. RUFFNTUFF SDN. BHD. Address: Lot 3848, Jalan Perusahaan
4/1 Kawasan Perindustrian Chembong
71309 Rembau Negeri Sembilan
No.Tel : 06-6855166
No. Faks : 066855396 E-mel : sales@ruffntuff.com.my/
nurhana@ruffntuff.com.my
44. HL BROTHERS INDUSTRIES SDN. BHD. Address: Lot 1071, Jalan Rantau
Panjang, 42100, Klang, Selangor Darul
Ehsan
Tel: 03-3291 7581
Faks: 03-3291 9548 Emel: hlbisb@gmail.com
45. PURNAMA BERSATU SDN. BHD. Address: Lot 11, Kawasan Industri Kecil
dan Sederhana, Pusat Pertumbuhan
Desa Kg. Soi, 25150 Kuantan, Pahang
Telephone No: 09-534 2382/ 016-921
3157
Fax No: 095342382
E-mail: purnamabersatu@gmail.com
46. MOHD ABIDIN YAHAYA (PERLIS) SDN. BHD.
Address: W2020, Jalan Guar Ipoh
Kubang Paya, 02600 Arau,
Perlis.
Telephone No: 04-986 5244
Fax No: 04-986 3760
E-mail: mayperlis10@gmail.com
47. TIMBER DYNAMICS CORPORATION SDN. BHD.
Address: No. 56 & 58, Jalan Kantan 2A,
Seksyen BB8, 48300, Bukit Beruntung,
Rawang, Selangor
Telephone No: 03-6156 5467
Fax No: 03-6154 4467
E-mail: tdc_timdyco@yahoo.com
48. PAHARUDIN INDUSTRIES SDN. BHD. Address: F-1, Kampong Melayu, 36700
Langkap
Perak Darul Ridzuan.
Telephone No: 05-659 7400
Fax No: 05-659 7420
E-mail: paharudin.industries@gmail.com
mailto:redahjsb@yahoo.commailto:enquiry@bpnpkon.com.mymailto:dpm_bhd@yahoo.commailto:purnamabersatu@gmail.commailto:tdc_timdyco@yahoo.com
-
www.pcs.frim.gov.my
20
49. Company: S.M. PLASTICS SDN. BHD. Address: Lot 2792 Ulu Rening Mukim
Batang Kali Hulu Selangor 44300 Batang Kali Selangor Darul Ehsan
Telephone No: 03-6093 6808 / 03-
6091 2757
Fax No: 03-6092 2512 / 03-6091 5849
E-mail: smiperabot@yahoo.com
50. PSB DECORATION SDN. BHD. Address: No.19, Jalan Mega 1/5, Taman
Perindustrian Nusa Cemerlang, 79200 Nusajaya
Johor Darul Takzim.
Telephone No: 07-558
6766/2766/3766
Fax No: 07-558 6755
E-mail: psbdeco@yahoo.com /
psbdeco1996@gmail.com
51. S.M.INDUSTRIES (M) SDN. BHD. Address: Lot 83, Batu 23, Jalan Batu
Arang, Kawasan Industri Kecil, Sg.
Bakau, 48000, Rawang, Selangor.
Telephone No: 03-6091 2757 / 03-
6093 6808
Fax No: 03-6092 4512 / 03-6091 5849
E-mail: smiperabot@yahoo.com
52. BERESTU RESOURCES SDN. BHD. Address: F-278, Tingkat 1, Jalan
Selayang, 28000, Temerloh
Pahang Darul Makmur
Telephone No: 09-296 8553
Fax No: 09-296 9553
E-mail: beresturesources@yahoo.com
53. GHAJ ENTERPRISE Address: F24, Kampung Pengkalan
Semeling, Kuala Muda, 08100, Bedung,
Kedah
Telephone No: 04-447 1077
Fax No: 04-447 1077
E-mail:mija@f24kitchen.com.my
54. PURPLESTAR INDUSTRIES SDN. BHD. Address: No.31, Jalan PP 11/4, Alam
Perdana Industrial Park, Taman Putra
Perdana
47130 Puchong, Selangor Darul Ehsan
Telephone No: 012-704 8567
Fax No: 03-8861 5454
E-mail: purplestar7818@gmail.com
55. B.TIS MANUFACTURER SDN. BHD. Address: Lot 1404, Batu 8 ½, Jalan
Pahang Lama, Gombak Utara, 53100, Selangor.
Telephone No: 03-6189 3246
Fax No: 03-6185 3246
E-mail: b.tis_86@yahoo.com
56. PT WOOD INDUSTIRES SDN. BHD. Address: 4B, Tingkat 2, Jalan Nirwana
37, Taman Nirwana, 68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan
Telephone No: 03-92817042/
Fax No: 03-92837042
E-mail: business@ptwood.com.my
57. MAZARUL ENTERPRISE SDN. BHD. Address: No.3778, Kampung Belat Raja,
Jalan Tambun Tulang, 02600, Arau,
Perlis
Telephone No: 04-986 0945
Fax No: 04-986 0945
E-mail: mazarul1@yahoo.com /
mazarul3@yahoo.com.my
58. PERNIAGAAN HUSSIN CHE LAD SDN. BHD.
Address: No. 193, KM 10, Batas
Lintang,
02700, Simpang Empat, Perlis.
Tel: 04-9805340 / 013-4807449
Fax No: 04-9805340
E-mail: phcl11@yahoo.com
59. MERANTI MARSHAL SDN. BHD. Address: Lot 169, Jalan Lima, Kompleks
Perabot Olak Lempit, 42700, Banting,
Selangor.
Telephone No: 03-31494993 / 03-
31494393
Fax No: 03-31493421
E-mail: merantifurnitures@gmail.com
60. KONSORTIUM BEKAS TENTERA (UTARA) SDN. BHD.
Address: No 2, Jalan Industri 1/1,
Kawasan Perusahaan Ringan Desa
Aman,Sungai Lalang, Bedong 08100
Sungai Petani, Kedah.
Telephone No: 04-4411 976
Fax No: 04-4412 003
E-mail: kkbtm_57@yahoo.com
mailto:smiperabot@yahoo.commailto:psbdeco1996@gmail.commailto:smiperabot@yahoo.commailto:business@ptwood.com.mymailto:phcl11@yahoo.com
-
www.pcs.frim.gov.my
21
61. Perabot Matang Sdn. Bhd. Address: No 1, Perkampungan Perabot
Ulu Yam Bharu, 44300, Batang Kali, Selangor Darul Ehsan
Telephone No: 03-6075 2301
Fax No: 03-6075 2630
E-mail: pmatang@yahoo.com
62. POINTRAY (MALAYSIA) SDN. BHD. Address: No. 6-2, Jalan 8/23E, Taman
Danau Kota, Setapak, 53300, Kuala Lumpur
Tel: 03-4142 0052
Faks: 03-4148 1720
Emel: info.pointray@gmail.com
63. LEMBUT BESTARI SDN. BHD. Address: No.98A, Kg. Bakap Baru Batu
Satu, Jalan Tanjung Tualang, 31000,
Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan.
Telephone No: No: 05-3653831
Fax No: 05-3653831
E-mail: lembutbestari@gmail.com
64. AMIZU INDUSTRIES SDN. BHD. Address: No.9 & 10, Kawasan
Perindustrian Gong Badak, 21300,
Kuala Nerus, Terengganu.
Tel: 09-6674422
Faks: 09- 6674499
Emel: aisb@amizu.com.my
65. IDEATION SDN. BHD. Address: No 2-43A, Jalan Prima Sg2,
Taman Prima Sri Gombak, Batu Caves,
Selangor
Telephone No: 03-61888567 / 03-
61888568
Fax No: 03-61888569
E-mail: ideationsb@yahoo.com
66. BIZMART RESOURCES SDN. BHD Address: No. 71, Jalan SP 8/5, Bandar
Saujana Putra, Lebuh Raya Elite, 42610
Jenjarom, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-3323 7344
Fax: 03-3324 7446
Emel: bizmartresources@gmail.com
67. Kilasan Venture (M) Sdn. Bhd. Address: Lot 1964, Batu 46 Kampung
Sepakat, 45600 Batang Berjuntai,
Selangor.
Telephone No: 03-3260 0443
Fax No: 03- 3260 0034
E-mail: kilasanventure@yahoo.com.my
68. MUSTAJAB IKHLAS SDN. BHD. Address: No 5, Kawasan Perindustrian
Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu
Darul Iman.
Telephone No: 09-624 6803
Fax No: 09-620 3356
E-mail: mustklas@yahoo.com.my
69. FIRUS SINAR INDUSTRY SDN. BHD. Address: No. 33, Persiaran Jelapang
Maju 3, 30020, Ipoh, Perak Darul
Ridzuan.
Telephone No: 05-256 0020 / 017-520
4380
Fax No: 05-2560020
E-mail: firus_sinar@yahoo.com
70. IMPRESSIVE TRANSFORMS SDN. BHD. Address: No.26 Jalan Bayan, Taman
Bukit Katil, Bukit Katil, 75450 Melaka
Tengah, Melaka.
Telephone No: 06-267 1180 / 016-425
7927
Fax No: 06-2682479
E-mail: itsbmlk@gmail.com
71. AXEC SERVICES & TRADING SDN. BHD. Address: No. 150-A, Jalan TUDM, Kg
Baru Subang 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Telephone No: 03-7847 2181
Fax No: 03-7847 2181
E-mail: axec_astsb@yahoo.com
72. KUMPULAN NOVALAB (M) SDN. BHD. Address: No. 60A, Jalan Anggerik Vanilla
Z 31/Z, Kota Kemuning, Seksyen 31,
Shah Alam, 40460, Selangor Darul
Ehsan.
Telephone No: 03-5122 5853/ 016-372
1699
Fax No: 03 – 5122 5852
E-mail: smdnovalab@gmail.com
mailto:info.pointray@gmail.commailto:aisb@amizu.com.mymailto:mustklas@yahoo.com.mymailto:itsbmlk@gmail.commailto:smdnovalab@gmail.com
-
www.pcs.frim.gov.my
22
73. CAMAR KREATIF SDN. BHD. Address: No.92 & 93, Jalan Villarata
1/3A, Villaraya Industrial Park, Jalan Sungai Lalang, 43500, Semenyih,
Selangor
Telephone No: 03-8724 5235
Fax No: 03-8724 7348
E-mail: camar_cksb@yahoo.com
74. MIROTRAD SDN. BHD. Address: No.307, Kg Padang Landak,
22000 Jerteh, Terengganu Darul Iman Telephone No: 09-697 1998
Fax No: 09-6973448
E-mail: manmirotrad@yahoo.com
75. CANTUMAN ANGGERIK SDN. BHD. Address: T1&T2, Kawasan Industri
M.I.E.L Teluk Kalong, Cukai, 24007,
Terengganu.
Tel: 09-862 3110
Fax: 09-862 3112
E-mail: c_anggerik@ymail.com
76. PERABUT MANAQ (PERAK) SDN. BHD Address: Lot 27320, Kampung Seri
Rahmat,
31500 Lahat, Perak Darul Ridzuan
Telephone No: 05-366 2659
Fax No: 05-366 2659
E-mail: manaq_733@yahoo.com
77. CITARASA TERAJU SDN. BHD. Address: Lot 1080 A, Kg. Jias, Beta
Hulu, Kadok, 16450, Kota Bharu,
Kelantan.
Telephone No: 09-7434 833
Fax No: 09- 7434 833
E-mail: cteraju@yahoo.com
78. JUSZJUNN EMPIRE SDN. BHD. Address: Lot 3801, Jalan Kilang 8,
Kawasan Perindustrian Ringan Tupai,
34000, Taiping, Perak
Tel: 012-5436176
Faks: -
Emel: juszjunn.empire@gmail.com
79. FAIR TOUCH SDN. BHD. Address: Lot. 367, Ratu 15, Jalan Klang
Banting, Jenjarum, 42600, Kuala
Langat, Selangor.
Telephone No: 019-345 3366
Fax No: 03-3324 7446
E-mail: fairtouch_id@hotmail.com
80. TUJU PERKASA SDN. BHD. Address: Pusat Perniagaan MYA, No.2,
Jalan Tampin, 71300, Rembau, Negeri
Sembilan.
Tel: 06-685 2058
Faks: 06-685 8588
Emel: tuju_perkasa@yahoo.com
mailto:camar_cksb@yahoo.commailto:manaq_733@yahoo.com
-
www.pcs.frim.gov.my
23
PRODUK YANG DIPERSIJILKAN
Kabinet Rendah
Terbuka
Meja Guru Karel
Berpedestal
Meja Guru
Berpedestal
Meja Murid
Meja Utama
Rak Fail
Kerusi Murid
Gerobok
Rak Pigeon Hole
PRODUK KAYU
-
www.pcs.frim.gov.my
24
Kabinet Besi 6 Bays
Kabinet Besi Keselamatan
Almari Keselamatan Rak Buku Bersisi 2
Tanpa Panel Tepi
Rak Tertutup
Rak Terbuka
Rak Pigeon Hole
PRODUK LOGAM
-
www.pcs.frim.gov.my
25
A
Kerusi Plastik
Tanpa Tangan
Kerusi Plastik
Dengan Tangan
Kerusi Tabika
Kerusi Berangkai 3
Banquet Besi
Kerusi Bertangkas
Kerusi Jurulukis
PRODUK PLASTIK
PRODUK FABRIK
-
www.pcs.frim.gov.my
26
Bagi mendapatkan sijil produk FRIM PCS,
audit dokumentasi dan audit pematuhan
di kilang perlu dilakukan. Pemilihan
sampel untuk ujian juga dilaksanakan di
kilang sebelum dihantar ke makmal untuk
ujian. Bagi memastikan syarikat di bawah
skim pensijilan produk FRIM sentiasa
mengamalkan kawalan kualiti produk
yang baik, audit pemantauan akan
dilaksanakan pada setiap tahun dan audit
pensijilan semula akan dilaksanakan
sebelum tempoh tamat sijil.
AUDIT SYARIKAT
Aktiviti Pelaksanaan Audit Dokumentasi
Aktiviti Pemeriksaan QC Produk
-
www.pcs.frim.gov.my
27
LAWATAN MOF DAN FRIM PCS KE SYARIKAT
MERANTI MARSHAL
FRIM telah menerima jemputan MOF bagi menyertai lawatan ke Syarikat Meranti Marshal Sdn Bhd
di Olak Lempit Furniture Complex, Banting, Selangor pada, 10 Julai 2019. Meranti Marshal
merupakan salah sebuah syarikat perabot yang telah menerima pensijilan produk FRIM PCS. Tujuan
lawatan MOF adalah untuk melihat sendiri proses pembuatan perabot yang dilaksanakan oleh
syarikat berasaskan kayu dan logam.
MOF dihadiri seramai 10 orang yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz (Setiausaha
Bahagian Perolehan Kerajaan (SBPK)) bersama Tuan Haji Zairi Mat Ali (Timbalan Setiausaha
Bahagian Perolehan), Hjh Rozita Ali (Ketua Seksyen Kontrak Pusat dan Sistem Panel) dan Dr
Mohammad Feezal Ahmad (Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sosial dan Ekonomi).
FRIM pula diwakili oleh YBrs. Dr Khali Aziz Hamzah (Timbalan Ketua Pengarah Operasi), YBhg. Datuk
Dr Rahim Sudin (Felo FRIM PCS), Hashim W. Samsi (Ketua Progam Pemerkasaan Pensijilan Bahagian
Keluaran Hutan), Dr Zaihan Jalaludin (Ketua Program Bio komposit & Perlindungan Kayu / Ketua
Juruaudit FRIM PCS Bahagian Keluaran Hutan), Nor Haliyan Tan Shilan (Pengurus Pensijilan FRIM
PCS) dan Khairul Azmi Jabar (Juruaudit FRIM PCS).
Tetamu disambut dan diberi taklimat oleh YBhg. Dato’ Hj. Mohd Pishal Abdul Raub (Pengarah Urusan
Meranti Marshal Sdn Bhd), YBhg. Datin Hjh Mariah Abdul Wahid (Pengarah Operasi) dan Umar Mohd
Pishal (Pengurus Besar).
-
www.pcs.frim.gov.my
28
LAWATAN JABATAN BOMBA DAN
PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) KE FRIM
PCS DAN MAKMAL RINTANGAN API (FPL)
Delegasi bomba telah mengadakan lawatan ke FRIM
pada 9 Julai 2019 bagi melihat struktur organisasi FRIM
PCS dan kesediaan Makmal Rintangan Api dalam
melaksanakan pensijilan dan pengujian produk pintu
rintangan api. Pihak BOMBA melaksanakan verifikasi
lawatan bagi membolehkan BOMBA mengiktiraf FRIM
sebagai Badan Pensijilan Produk Rintangan Api.
Delegasi BOMBA terdiri daripada 10 orang pegawai
yang diketuai oleh Tuan Jamri bin Masran (Penguasa
Kanan Bomba I) dan FRIM terdiri daripada 10 orang
pegawai. Antara pegawai-pegawai kanan yang turut
hadir ialah Tuan Abdul Fathul bin Muen (Penguasa
Kanan Bomba I) dan Tuan Jasni bin Ali (Penguasa
Kanan Bomba II).
Sesi dimulakan dengan taklimat perbincangan yang
dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi,
YBrs Dr Khali Aziz Hamzah di Bilik Mesyuarat Durio,
Bangunan BioD. Tuan Jamri selaku wakil bomba telah
menerangkan tujuan lawatan bagi mengetahui fungsi
FRIM dan pelaksanaan ujian di Makmal Rintangan Api.
En. Hashim W. Samsi selaku Ketua Program
Pemerkasaan Pensijilan telah membentangkan fungsi
FRIM PCS dan Makmal Rintangan Api.
Delegasi telah dibawa melawat sebelah petang ke
Makmal Rintangan Api bagi melihat kesediaan
peralatan makmal dalam melaksanakan ujian. Turut
hadir YBhg Datuk Dr. Rahim Sudin (Felo FRIM PCS),
YBhg. Datin Salamah Selamat (Pengarah Urusan FRIM
PCS), Dr Zaihan Jalaludin (Ketua Program Biokomposit
dan Perlindungan Kayu), Pn. Nor Haliyan Tan Shilan
(Pengurus Pensijilan) dan En. Khairul Azmi Jabar (Ketua
Makmal Rintangan Api).
-
www.pcs.frim.gov.my
29
FRIM telah menerima lawatan daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) pada 25
September 2019. Delegasi seramai 18 orang disambut oleh YBrs. Dr Wan Asma Wan Ibrahim, Pengarah
Keluaran Hutan di Bilik Mesyuarat Hevea, Bangunan Keluaran Hutan. Turut hadir YBhg. Datuk Dr Rahim
Sudin (Fellow FRIM PCS), Dr Zaihan Jalaludin dan Hashim W Samsi.
Tujuan lawatan adalah bagi melihat dan memahami kepentingan pengujian bahan binaan khususnya
bagi produk Industrialised Building Systems (IBS).
Delegasi CIDB diketuai YBhg. Datuk Ir. Elias Ismail, Pengurus Besar Kanan, Sektor Pembangunan
Teknologi, CIDB. Pembentangan taklimat berkenaan Makmal Rintangan Api FRIM telah disampaikan
oleh Khairul Azmi Jabar. Rombongan dibawa melawat ke Makmal Rintangan Api.
LAWATAN PIHAK CIDB KE MAKMAL
RINTANGAN API, (FPL) FRIM
-
www.pcs.frim.gov.my
30
MESYUARAT PERINCIAN TEKNIKAL
PROGRAM 'FFU', IN-SITU DAN SPESIFIKASI
PERABOT
Mesyuarat Perincian Teknikal Program ‘FFU’, In-Situ dan Spesifikasi Perabot telah dilaksanakan di Hotel
Concorde, Shah Alam pada pada 22 sehingga 25 Oktober 2019.
Jumlah peserta yang hadir adalah seramai 28 orang yang terdiri daripada pegawai di Bahagian Keluaran
Hutan (KH), Program Pemerkasaan Pensijilan Produk (MP) dan Program Perkhidmatan Pensijilan Produk
(PCS). Turut hadir Dr Wan Asma Ibrahim (Pengarah Bahagian Keluaran Hutan), YBhg Datin Salamah
Selamat (Pengarah Urusan FRIM PCS), YBhg Datuk Dr Rahim Sudin (Felo FRIM PCS) dan Ketua Program
Pemerkasaan Produk, Hashim W Samsi. Hadir sama wakil daripada FITEC. Majlis penutup telah
disempurnakan oleh YBrs Dr Wan Asma Ibrahim (Pengarah Bahagian Keluaran Hutan).
Objektif utama mesyuarat adalah untuk memperincikan prosedur teknikal berkaitan program validasi
dan verifikasi sijil “Fit for Use (FFU)” bagi produk mengikut segmen perabot yang belum dipersijilkan.
Selain itu, mesyuarat yang berlangsung selama empat hari ini adalah untuk mencapai objektif seperti
berikut bagi membuat Perincian Prosedur ujian Fit for Used Tahap 1.5 (lebih 10 produk) dan prosedur
ujian in-situ (kurang produk 10) yang telah diwartakan oleh Kementerian Kewangan dalam Pekeliling
MOF 2 lampiran 2.1; menyemak semula dan memperincikan spesifikasi teknikal reka bentuk produk
perabot yang akan dibekalkan kepada semua kementerian dan agensi; dan membuat penilaian FFU
tahap 1.0 ke atas 170 produk yang belum dipersijilkan dan menjalankan simulasi FFU Tahap 1.0.
-
www.pcs.frim.gov.my
31
FRIM telah menyertai Export Furniture
Exhibition (EFE) 2019 yang ke-15 di Kuala
Lumpur Convention Centre, KLCC pada 9-12
Mac lalu. Pameran tersebut telah dirasmikan
oleh Timbalan Menteri Kementerian Industri
Utama, YB Datuk Seri Shamsul Iskandar bin
Mohd Akin pada 9 Mac, dan turut dilawati
oleh Menterinya, YB Teresa Kok pada 11 Mac
2019.
Fokus utama FRIM dalam penyertaan
pameran tersebut adalah untuk
mendedahkan perkhidmatan pensijilan
perabot yang disediakan oleh Perkhidmatan
Pensijilan Produk FRIM (FRIM-PCS) kepada
pengusaha, pedagang dan pengeksport perabot antarabangsa. FRIM turut membentangkan mengenai
perkhidmatan FRIM-PCS yang disampaikan oleh Puan Elia Suhaily Md Yacob pada seminar EFE Industry
yang berlangsung pada 11 Mac dan dihadiri seramai 30 pengunjung.
Turut menyertai FRIM di dalam pameran ini ialah dua jenama tempatan yang bersetuju untuk
mempersijilkan perabot eksport mereka, iaitu Ramaco dari Ramaco Bena dan LINEA by NOKTA
(gabungan tiga syarikat pembuat iaitu NSF Manufacturing, One Tech dan Furnitech. Pengalaman kedua-
dua jenama di dalam pasaran eksport diambil kira dalam penyertaan ini. Turut dipamerkan ialah
pembangunan rekabentuk yang menepati standard yang dibangunkan oleh Unit Rekabentuk di bawah
Program Pemerkasaaan Pensijilan Produk.
Perkhidmatan FRIM-PCS mendapat sambutan yang baik daripada pengusaha perabot antarabangsa,
dan juga pedagang antarabangsa yang mahukan produk perabot mereka dipersijilkan. Pensijilan ini
mampu meningkatkan keyakinan pedagang dan pengguna dengan penghasilan produk berkualiti
melalui pembuatan yang baik dan pengujian produk mengikut keperluan standard.
EXPORT FURNITURE EXHIBITION
(EFE) 2019
-
www.pcs.frim.gov.my
32
PENGEKALAN AKREDITASI ISO/IEC
17065:2012 (FRIM SEBAGAI BADAN
PENSIJILAN PRODUK)
FRIM PCS telah dinilai oleh juruaudit daripada Jabatan
Standard Malaysia melalui bagi Audit Pemantauan 2
pada 14 dan 15 November 2019. Penilaian ini adalah
bagi memastikan FRIM sebagai badan pensijilan
mematuhi keperluan yang telah ditetapkan oleh
standard ISO/IEC 17065:2012 dan Jabatan Standard
Malaysia. Penilaian ini telah dilaksanakan oleh En.
Roslee Saad selaku Ketua Juruaudit dan En. Benardos
Bingkang selaku juruaudit. Hasil penilaian, satu (1)
penemuan ketidakpatuhan telah diberikan dan empat
(4) peluang penambahbaikan yang diusulkan kepada
FRIM PCS. Pihak juruaudit juga telah mengesyorkan
akreditasi ISO/IEC 17065:2012 diteruskan ke atas
FRIM selaku Badan Pensijilan Produk (Jenis 5).
Certification Standard Title
BS EN 1729-
2:2012+A1:2015
Furniture. Chairs and tables for educational institutions. Safety
requirements and test methods
BS EN 14073-2:2004 Office Furniture- Storage Furniture: Safety Requirement
BS EN 15372:2016 Furniture-Strength, durability and safety. Requirements for non-
domestic tables
BS EN 16121:2013 Non-domestic storage furniture. Requirements for safety,
strength, durability and stability.
BS EN 527-2:2016 Office furniture – Work tables. Safety, strength and durability
requirements.
BS EN 16139:2013 Furniture – Strength, durability & safety. Requirements for non-
domestic seating.
https://shop.bsigroup.com/ProductDetail?pid=000000000030302893https://shop.bsigroup.com/ProductDetail?pid=000000000030302893
-
www.pcs.frim.gov.my
33
PELAKSANAAN LATIHAN FRIM PCS 2019
Sebanyak sembilan (9) latihan dalaman FRIM PCS telah berjaya dilaksana sepanjang tahun 2019.
Latihan yang diadakan ini bertujuan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan tahap kompetensi
personel yang terlibat dengan FRIM PCS khususnya pasukan Juruaudit Dalam, Juruaudit Produk dan
Pasukan Teknikal FRIM PCS selain memenuhi keperluan sistem ISO/IEC 17065. Latihan dikendalikan
dengan kerjasama tenaga pengajar dalaman dan juga pekhidmat luar seperti SIRIM STS Sdn Bhd dan
Lembaga Getah Malaysia. Untuk tahun 2019, kos latihan terlibat adalah dianggarkan sebanyak
RM34,000.00.
Bil Tajuk Latihan Sasaran Peserta Bilangan
Peserta Tarikh Tempat
1 Latihan lanjutan- Semakan
Dokumen 7 Program
Ketua, Naib Ketua &
Sekretariat bagi setiap 7
program
15 orang 08/01/19 JKR 617
2 Pengurusan Audit Dalam MS
ISO 9001:2015
Bakal Juruaudit Produk &
Penjawat Awam FRIM
7 orang 22&23/01/19 Auditorium
3 Awareness ISO 9001
(kerjasama dengan Unit
Pengurusan Kualiti)
Personel FRIM PCS 60 orang 21/02/19 Auditorium
4 Proses Ujian Ke Atas Perabot
Dan Faktor Kegagalan Sampel
Ujian – Segmen Perabot
Logam, Katil Besi Dan Fabrik
Pasukan Teknikal &
Juruaudit dan Pengusaha
FRIM- 15,
Pengusaha-19
org, FRIM-13,
Pengusaha-11
29 &30/5/19 Garcinia
Morinda
5 Awareness ISO/IEC 17065 Pasukan Teknikal,
Juruaudit Produk &
Personel FRIM PCS
16 orang 18/06/19 Garcinia
Morinda
6 Awareness ISO/IEC 17020 Pasukan Teknikal &
Juruaudit Produk
13 orang 27/06/19 Garcinia
Morinda
7 Awareness ISO/IEC 17021 Pasukan Teknikal &
Juruaudit Produk
18 orang 13/09/19 Garcinia
Morinda
8 Tatacara Pengauditan &
Pelaporan (Skim Perabot)
Juruaudit Produk 14 orang 1&2/8/19 Garcinia
Morinda
9 Audit Dalam ISO/ IEC 17065 Juruaudit Dalam ISO/IEC
17065
17 orang 20&21/8/19 BM Durio
Proses Ujian Ke Atas Perabot Dan
Faktor Kegagalan Sampel Ujian -
Segmen Perabot Logam & Katil Besi -
29 Apr 2019
Latihan Tatacara Pelaksanaan Audit Kilang &
Penilaian Kompetensi Juruaudit -
1 & 2 Ogos 2019
Latihan Awareness & Refresher Course
ISO/IEC 17065 - 18 Jun 2019
-
www.pcs.frim.gov.my
34
PEMBANGUNAN SISTEM
APLIKASI E-PENSIJILAN
Bagi memastikan permohonan pensijilan produk dapat
dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersistematik,
FRIM PCS telah mengambil inisiatif untuk
membangunkan sistem atas talian yang dikenali
sebagai e-Pensijilan. Projek ini telah dimulakan pada 15
Mac 2019 dan telah disiapkan sepenuhnya pada 14
Oktober 2019. Sistem ini telah dibangunkan
menggunakan khidmat pembekal luar mengikut modul
dan spesifikasi yang telah ditentukan oleh pasukan
pensijilan FRIM PCS. Sistem ini dapat memudahkan
pihak pengguna untuk membuat permohonan di mana
sahaja tanpa perlu menggunakan sistem manual untuk
mengisi borang.
Sistem e-Pensijilan ini melibatkan modul pendaftaran,
permohonan, pengauditan, pemantauan ujian,
pengeluaran sijil serta stiker pelekat dan aduan. Melalui
sistem ini pengguna dapat melihat status ujian produk
dan status proses pensijilan produk syarikat tersebut.
Sistem boleh dilayari di http://ecertpcs.frim.gov.my.
-
www.pcs.frim.gov.my
35
Akronim dan Singkatan
AEP Panel Penilai Juruaudit
BG Bilik Gerakan
CIDB Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia
FFU Fit for Use
FIAC FRIM Impartiality Appeal
Community
FITEC Furniture Industry Technology
Center
FOMCA Federation of Malaysian
Consumers Associations
FRIM Forest Research Institute Malaysia
FTL Furniture Testing Lab
FPL Fire Protection Lab
IBS Industrialised Building Systems
IEC International Electrotechnical
Commission
ISO International Organization for
Standardization
JBPM Jabatan Bomba Dan Penyelamat
Malaysia
MFC Malaysia Furniture Council
MOE Ministry of Education
MOF Ministry oF Finance
NRE The Natural Resources and
Environment ministry
PCS Product Certification Services
PK Pekeliling Kerajaan
PKS Perusahaan Kecil Sederhana
SST Surat Setuju Terima
SV Surveillien Audit
-
www.pcs.frim.gov.my
36
Sebarang cadangan atau pertanyaan boleh menghubungi
maklumat seperti di bawah:
Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS) JKR 508, Jalan Jelutong
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), 52109 Kepong,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Email: FRIM_pcs@frim.gov.my
Website: http://pcs.frim.gov.my Tel: 603 62797372/7730/7746
Faks: 603 6270 1487
top related