2 soalan iks (obj).ppt

Post on 15-Dec-2015

280 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

1. Ciri-ciri industri kecil dan sederhana (IKS) boleh dikenalpasti daripada segi

A tingkat keuntungan

B nilai jualan tahunan

C keluasan tapak perkilangan

D jumlah barang yang dihasilkan

B

2. Manakah antara berikut merupakan ciri-ciri IKS? i. Kurang mengamalkan pengkhususan dalam Pengurusan. ii. Bersifat intensif modal. iii. Menggunakan teknologi yang mudah. iv. Lokasi kilang tidak terletak di kawasan bandar malahan ada juga di kawasan kediaman. v. Pekerja berkemahiran tinggi. A. i, ii dan iii B. iii, iv dan v C. i, iii dan iv D. ii, iv dan v

C

3. Manakah antara berikut bukan merupakan ciri-ciri Industri Kecil dan Sederhana?

A. Bilangan pekerjanya tidak ramai.

B. Berbentuk intensif modal.

C. Struktur organisasinya mudah

D. Nilai keluarannya tidak besar.

B

C

4. Industri sederhana mempunyai

i. nilai urus niaga yang melebihi RM 10 juta

ii. nilai urus niaga di bawah RM 10 juta

iii. jumlah pekerja sebanyak 100 orang

iv. jumlah guna tenaga melebihi 150 orang.

A I dan III B I dan IV

C II dan III D II dan IV

A

5. Encik Idris memiliki sebuah faundari besi

keluli di Pahang. Kilangnya

dikategorikan sebagai IKS kerana

A jualan tahunan tidak melebihi RM 10 juta

B penggunaan mesin yang kompleks

C kemahiran pekerja yang tinggi

D saiz pasaran meluas

C

6. Apakah ciri-ciri IKS dari segi

tahap penggunaan teknologi?

i. Setaraf dengan industri berat

ii. Berorientasikan buruh

iii. Warisan daripada keluarga

iv. Berintensif mesin.

A I dan II B I dan IV

C II dan III D III dan

A

7. Daya penggerak utama dalam

memajukan IKS berasal daripada

A. pekerja

B. kerajaan

C. pengguna

D. pengusaha

D

8. Bagaimanakah IKS dapat membantu

negara dalam mengurangkan

pengaliran mata wang ke luar negara?

A Memberi pelbagai pilihan barang.

B Mengeluarkan barang industri ringan.

C Melipatgandakan barang industri berat.

D Menghasilkan barang pengantian import

A

9. Pernyataan di bawah menunjukkan

kepentingan IKS.

“Meningkatkan kemahiran pengeluaran

Mengurangkan masalah pengangguran”

Maklumat di atas merupakan kepentingan IKS

kepada

A pekerja B pengguna

C Pengilang D pemborong

10. Apakah tujuan SMIDEC ditubuhkan?

A. Untuk menggalakkan pembangunan dan perkembangan IKS.

B. Untuk menggalakkan industri berat.

C. Untuk memberikan definisi yg sah kepada IKS.

D. Untuk memperkukuhkan hubung jalin antara IKS dan industri berat.

A

C

11. Senarai berikut menunjukkan barang yang

dikeluarkan oleh IKS.

Lampu kereta

Bumper kereta

Barangan di atas dihasilkan dalam

A industri komponen petrokimia

B industri komponen elektronik

C industri komponen automatif

D industri komponen logam

12. Manakah antara berikut merupakan produk yang dihasilkan oleh IKS?

A. Simen

B. Kereta

C. Besi keluli

D. Serbuk kari

D

13. Manakah antara industri berikut bersifat intensif buruh?

A. Tekstil

B. Pembuatan kereta

C. Besi dan keluli

D. Penapisan minyak

A

A

14. Apakah faedah yang diberikan oleh

pemasaran bersepadu kepada

IKS?

i. Mendapat bayaran segera.

ii. Memperoleh pasaran yang terjamin.

iii. Mendapat aliran teknologi secara langsung.

iv. Tidak memerlukan modal yang banyak dalam

pengeluaran.

A I dan II B I dan III

C II dan IV D III dan IV

B

15. Jalinan antara IKS dengan industri

berat yang melibatkan “konsep

payung” ialah

A penyusunan kontrak spesifik

B pemasaran bersepadu.

C perjanjian vendor

D subkontrak

16. Apakah program subkontrak yang dilaksanakan oleh Proton?

A. Program Pembangunan Usahawan

B. Program Pembangunan dan penyelidikan

C. Program Peningkatan IKS

D. Program Pembangunan Vendor

D

17. Badan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk mempelopori industri berat di Malaysia dikenali sebagai

A. HICOM

B. CELCOM

C. SMIDEC

D. MEDEC

A

18. Apakah masalah-masalah yg dihadapi oleh IKS?

i Kekurangan modal

ii Masalah pasaran

iii Produktiviti dan teknologi yg rendah

iv Kurang diberi bantuan oleh kerajaan

v Pengurusan yg kurang profesional

A. I, II, III dan IV B. II, III, Iv dan V

C. I, III, IV dan V D. I, II, III dan V

D

B

19. Faktor utama yang mengakibatkan daya

pengeluaran yang rendah dalam IKS ialah

A saiz pasaran asing yang kecil

B pengeluaran berintensifkan buruh

C kekurangan bekalan sumber semula jadi

D kesukaran untuk memperolehi bantuan

kewangan daripada bank.

A

20. Pernyataan di bawah berkaitan dengan

Kilang Biskut TK

Kilang Biskut TK mempunyai saiz

pasaran yang semakin kecil.

Keadaan di atas akan menimbulkan masalah dari

segi

A kos pengeluaran

B sumber bahan mentah

C tapak perindustrian

D kemudahan infrastruktur.

D

21. Encik Zaki memiliki sebuah kilang plastik.

Beliau menghadapi masalah kawalan mutu

keluaran. Masalah ini timbul akibat

daripada

A bekalan elektrik terputus

B buruh yang tidak mencukupi

C Masalah hutang lapuk daripada pelanggan.

D Kekurangan kemahiran dalam pengendalian

jentera

B

22. Masalah IKS menjejaskan perkembangan

sektor ekonomi setempat. Cara yang

sesuai untuk membaiki mutu keluaran dan

mempertingkatkan kemahiran pekerja

dijalankan oleh

i. SIRIM ii. MIEL

iii. UDA iv. SMIDEC

A I dan II B I dan IV

C II dan III D III dan IV

23. Hubungan jalinan antara IKS dan Industri

berat adalah berdasarkan kepada,

i Perkongsian bijak

ii Pemasaran bersepadu

iii Pengaturan kontrak khas

iv Subkontrak

v Hak pemilikan bersama

A. I, II dan III B. II, III dan IV

C. III, IV dan V D. I, IV dan V

B

24. Apakah kebaikan Program Pembangunan Vendor kepada pihak vendor?

i Berpeluang menyerap teknologi tinggi

daripada pihak anchor.

ii Pasaran bagi keluaran vendor terjamin

iii Dapat bantuan kewangan dan teknik daripada anchor

iv dapat mengetepikan peranan anchor

A. I, II dan III B. I, II dan IV

C. I, III dan IV D. II, III dan IVA

25. Mengapakah IKS sukar untuk mendapatkan

pinjaman bank?

A. Lokasi kilang IKS kurang strategik.

B. Teknologi pengeluaran IKs rendah.

C. Dasar Bank Negara meghadkan pinjaman

kepada IKS.

D. Status pengusaha IKS diragui oleh pihak

bank.

D

26. Apakah maksud ‘taraf perintis’ kepada IKS?

A. IKS yang mengeluarkan barang baru.

B. Pengecualian cukai bag I tempoh tertentu

bagi IKS yg mengeluarkan barang inovatif.

C. Pencapaian taraf antarabangsa dari segi

mutu pengeluaran dan kaedah pengurusan.

D. Pengiktirafan yg diberi kepada IKS yg

menepati mutu kepiawaian.

B

27. SMIDEC melaksanakan Program Rantaian

Industi untuk membantu IKS. Apakah tujuan

program itu?

A. Untuk menguatkan hubung jalin antara IKS

dan syarikat besar dan multinasional.

B. Untuk menggabuingkan IKS dan syarikat

besar dan Syarikat multinasional.

C. Untuk mewujudkan rantaian IKS di seluruh

negara.

D. Untuk memberi bantuan kewangan kepada

IKS. A

28. Program infrastruktur yang dilaksanakan

IKS bertujuan,

A. untuk meningkatkan kemahiran pekerja

IKS.

B. untuk meluaskan pasaran ke luar

negeri.

C. untuk meningkatkan tahap teknologi

IKS.

D. untuk menyediakan prasarana yg baik

dan tapak kilang yang sesuai untuk IKS.

D

A

29. Pernyataan di bawah berkaitan dengan agensi

tertentu untuk membantu IKS.

“Agensi ini memberi jaminan kepada pengusaha

untuk mendapatkan pinjaman daripada bank.”

Jaminan pembayaran balik pinjaman tersebut

diberikan oleh

A CGC B MPOB

C PKEN D PDPN.

Soalan esei

1. Huraikan ciri-ciri Industri Kecil dan Sederhana dari segi :

a. organisasi

b. modal dan lokasi

c. pekerja

d. teknologi pengeluaran ( 12 m )

2. a. Senaraikan dan terangkan empat masalah yang dihadapi oleh IKS. ( 12 m )

b. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut? ( 12 m )

Skema jawapan

1. Ciri-ciri IKS :

a. Organisasi

-Mudah dan berasaskan keluarga.

-Tidak banyak mengamalkan pengkhususan

-tidak menggunakan mesin pejabat yang canggih.

-Bilangan kakitangan tidak ramai

-pentadbiran kurang berbirokratik.

b. Modal dan lokasi

-Modalnya tidak besar.

-sukar mendapat pinjaman bank.

-Terletak di pinggir bandar atau di lot kawasan perusahaan yang lebih murah.

-Saiz kilangnya kecil dan ruang pejabat sempit.

Sambungan Ciri-ciri IKS……

c. Pekerja

-Bilangan pekerjanya tidak ramai.

-Pekerja IKS tidak berkemahiran dan tidak berpendidikan tinggi.

-Tahap kemahiran diperlukan rendah.

-Gaji dibayar juga rendah.

-IKS kurang berkemampuan mengendalikan kursus dan latihan kerjaya.

d. Teknologi pengeluaran

-Berintensif buruh, iaitu lebih menggunakan tenaga buruh daripada mesin.

-Taraf teknologi yang digunakan adalah rendah

-pekerja pula kurang terlatih.

2.a. 4 masalah yang dihadapi oleh IKS:

I) Masalah modal dan pembiayaan.

-Modal IKS disumbangkan oleh pengusaha sendiri serta pinjaman daripada saudara-mara.

-IKS menghadapi kesukaran mendapat pinjaman bank kerana:

a) tidak mempunyai cagaran yang sesuai.

b)status kewangan IKS diragui oleh bank.

c)kadar faedah dicaj atas pinjaman kepada IKS dihadkan oleh Bank Negara pada paras yan rendah.

-Justeru itu, IKS sering kali menghadapi kekurangan modal cair untuk membayar belanja hariannya.

ii) Produktiviti yan rendah

Produktiviti yang rendah adalah disebabkan oleh faktor berikut:

-pekerja yang kurang mahir

-kurang menggunakan mesin yang canggih

-tidak mampu mebayar gaji tinggi serta mengendalikan skim latihan pekerja

iii) Masalah pasaran

-IK tidak mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk mengadakan promosi bagi meluaskan pasarannya.

-Malah tiada wang yang cukup untuk mengupah pakar menjalankan promosi.

iv) Masalah pengurusan

-Majoriti pengusaha kurang berilmu dalam bidang pengurusan

-Pengurusannya kurang dinamik dan inovatif. Ini menghadkan perkembangannya.

2b) Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) mengadakan beberapa program untuk mengatasi masalah berikut:

I) Program bantuan kewangan

-untuk mengatasi masalah kekurangan modal IKS. -Pinjaman, pakej bantuan dan kewangan diberi kepada IKS melalui Bank Dunia, MARA, MIDF, bank dan

institut kewangan lain.

ii) Program pembangunan dan peningkatan kemahiran -diadakan untuk meningkatkan produktiviti IKS.

-Latihan peningkatan kemahiran diberi oleh Perbadanan -Daya Pengeluaran Negara (PDPN), Majlis Amanah -Rakyat (MARA), Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC) dan sebagainya.

Sambungan jawapan 2b…..

iii) Program pemasaran diadakan

-untuk mengatasi masalah pemasaran.

-Perbadanan Pembangunan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MATRADE) dan pelbagai badan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah mengadakan

pelbagai usaha promosi untuk memasarkan IKS, contohnya ekspo, pameran, lawatan dan sebagainya.

iv) Program latihan dan pengurusan

-diadakan untuk mengatasi masalah pengurusan. -Contohnya PDN, MARA, Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan lain-lain telah mengadakan program latihan pengurusan untuk meningkatkan pengurusan IKS.

NOW

I

KNOW!!

Sekian dan wassalam………………

top related