1.6 edward
Post on 06-Dec-2015
224 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
10
Persepsi pelajar kolej teknologi timur terhadap isu pergaulan bebas dalam kalangan remaja
1.6 Definisi Istilah
Tajuk : Persepsi Pelajar Kolej Teknologi Timur Terhadap Isu Pegaulan Bebas Dalam
Kalangan Remaja.
Persepsi
Konsepsual: Gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu
pandangan menerusi pancaidera, dan tanggapan. ( Kamus Dewan,
Edisi keempat, 2007)
Operasional: Tindakan menyusun, mengenali, dan menafsirkan informasi
maklumat terhadap gambaran atau pemahaman sesuatu perkara.
Pelajar
Konsepsual: Pelajar adalah seorang yang mengikuti dalam proses belajar. Menurut
Nasution (2014) belajar merupakan kegiatan mengumpulkan dan
Menambah Sejumlah ilmu dan pengetahuan.
Operasional: Pelajar merupakan seorang yang sedang atau menerima ilmu dari
Guru atau fasilitator dan mengalami proses pembelajaran sama ada
Sekolah rendah,menengah, mahupun kolej atau universiti.
EDWARD GERRY ANAK GREGORY PATAN B09001360
11
Persepsi pelajar kolej teknologi timur terhadap isu pergaulan bebas dalam kalangan remaja
Pergaulan bebas
Konsepsual: Istilah bagi remaja yang telibat dalam masalah seksual seperti meraba,
melancap, menyentuh, menonton video lucah, mengikut aksi lucah
membuat seks dengan sama dan lain jantina. ( Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2009)
Operasional: perilaku yang tidak wajar atau menyimpang dimana makna bebas
tersebut adalah menyelisihi dari batas norma agama mahupun norma
Kesusilaan, moral dan etika.
Remaja
Konsepsual: Remaja yang bermaksud pertumbuhan dari kecil ke alam remaja
istilah adolensence mempunyai erti yang lebih luas lagi yang
mempunyai kematangan dari segi mental, emosional, sosial
dan fisik. ( Hurlock, 1992).
Operasional: Remaja adalah aktu manusia yang berumur belasan tahun
masa remaja ialah masa peralihan manusia dari kanak-kanak
menuju awal dewasa.
EDWARD GERRY ANAK GREGORY PATAN B09001360
12
Persepsi pelajar kolej teknologi timur terhadap isu pergaulan bebas dalam kalangan remaja
1.7 Limitasi Kajian
Limitasi kajian yang terdapat dalam kajian ini adalah responden yang dikaji terdiri
daripada kalangan pelajar atau mahasiswa sahaja yang mana majoritidaripada golongan
ini terdiri golongan remaja dan awal dewasa. Oleh itu, kajian ini tidak mewakili impak
keseluruhan bagi peringkat umur yang lain. Bagi kajian ini, borang soal selidik digunakan
untuk mengumpul data dan kaedah ini mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya
adalah kemungkinana berlakunya ketidaktelusan ketika responden menjawab setiap
soalan. Bagi mewakili diri mereka, kemungkinan responden akan menjawab tanpa
mengikut gambaran sebenar dan bukan berdasarkan pendapat peribadi mereka atau apa
yang benar-benar mereka lalui.
Selain itu, seperti yang diketahui borang soal selidik dijawab sendiri oleh responden
dan unsur bias boleh belaku seterusnya mengakibatkan keputusan yang diperolehi kurang
jitu.mungkin terdapat golongan responden yang tidak mahu memberi kerjasama seperti
yang dikehendaki sehingga menyebabkan timbulnya masalah ketika pengumpulan data
dilakukan. Di samping itu, kajian mengenai isu pergaulan bebas dalam kalangan remaja
atau pelajar IPT ini hanya mampu dilakukan dalam tempoh masa tertentu sahaja dan tidak
secara menyeluruh atau jangka masa panjang. Hal ini sedikit sebanyak memberik kesan
kepada gambaran sebenar yang seharusnya diperolehi.
EDWARD GERRY ANAK GREGORY PATAN B09001360
top related