11 04 17_slide minggu 9- syi34102

Post on 21-Jan-2018

2.137 Views

Category:

Education

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

SYI34102

Pentadbiran Harta Pusaka

di Malaysia

Mohd Ali Mohd Yusuf

1. Objektif

1.1 Menerangkan akta-akta berkaitan denganpengurusan Harta Pusaka Kecil sepertiseksyen 8, seksyen 17 dan seksyen 29 APS(1955).

1.2 Menjelaskan proses-proses pentadbiranpembahagian Pusaka Kecil orang Islam diUnit Pembahagian Pusaka Kecil, JKPTG.

AKTA & PENTADBIRAN HARTA PUSAKA

Konsep yang yang diterapkan oleh AktaPusaka Kecil ialah:

1. Mudah2. Murah3. Cepat

KONSEP PENGURUSAN PUSAKA KECIL BERDASARKAN APS

Unit Pembahagian Pusaka Kecil:

Setiap Unit Pembahagian Pusaka Kecil diseluruh negara bertanggungjawab:

I. menerima dan memproses permohonanpembahagian pusaka kecil.

II. merekod permohonan pembahagianpusaka kecil.

III. membicarakan permohonan pembahagianpusaka kecil.

IV. mengeluarkan perintah pembahagian.

Samb. Kuasa Ketua Pengarah Tanah & Galian

Unit Pembahagian Pusaka Kecil (SAMB.)

Bagi daerah di mana tiada unit pusakakecil, urusan penerimaan borangpermohonan (Borang A & BorangP) boleh dibuat melalui Pejabat Tanah didaerah-daerah berkenaan.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL

(SEKSYEN 8) - AKTA HARTA PUSAKA KECIL (PEMBAHAGIAN) 1955

Setiap permohonan untuk pembahagianpusaka kecil hendaklah dibuatdalam Borang A

Setiap permohonan mestilah disertakan dengan:-

a) Bukti Kematian.1. Sijil kematian/permit menguburkan; atau2. Surat Akuan Sumpah oleh 2 orang saksi bebas

yang menyaksikan jenazah dikebumikan,contohnya bagi kematian semasa pendudukanJepun dan sebelumnya; atau

3. Perintah Anggapan Kematian yang dikeluarkanoleh Mahkamah Tinggi dalam keadaan sepertikematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukanJepun, tragedi 13 Mei 1969, tragedi Muassem, danperintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahundari tarikh berlakunya kejadian.

b) Dokumen Harta Tak Alih:Salinan hakmilik yang diakui sah oleh Pejabat Tanahatau Perakuan Carian Rasmi yang menunjukkanpegangan harta tak alih simati atau surat perjanjianjualbeli bagi rumah yang belum ada hakmilik yangberasingan, salinan resit cukai pintu bagikediaman/bangunan Hak Milik Strata yang belumdikeluarkan dan resit cukai tanah (jika ada).

c) Salinan dokumen harta - harta alih:Salinan sijil saham, salinan buku akaun simpanan,salinan hak milik kenderaan, salinan penyata KWSPdan sebagainya yang terkini.

Siapakah Yang Berhak Memohon

Di antara mereka yang berhak memohonadalah seperti berikut:-1. Waris - waris si mati seperti balu lelaki

atau perempuan, anak lelaki atauperempuan, ibu atau bapa, MajlisAgama Islam ( Baitulmal ) dansebagainya;

2. Pemiutang dan pengkaveat;

Siapakah Yang Berhak Memohon(samb.)3. Pembeli di bawah surat perjanjian jual

beli yang sah;4. Pemegang gadaian atau pemegang

pajakan tanah simati;5. Penghulu atau Pegawai Petempatan

yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;6. Amanah Raya Berhad .

Di Manakah Permohonan Dikemukakan ?

1. Di Unit Pembahagian Pusaka/Pejabat Tanahdi mana harta tak alih simati terletak.

2. Sekiranya simati mempunyai harta tak alih (tanah ) di banyak tempat sama ada di dalamnegeri yang sama atau negeri yangberlainan, permohonan pembahagiankesemua harta tak alih itu hendaklahdikemukakan di salah satu daerah sahajaiaitu di mana harta tak alih itu terletak.

Menghadiri Pembicaraan

1. Semua dokumen asal seperti buktikematian, hakmilik tanah, kad pengenalan,surat beranak, surat nikah, bukti-bukti hartaalih dan lain dokumen yang difikirkan perluhendaklah dibawa semasa pembicaraan.

2. Semua pihak yang diminta hadir adalahdikehendaki hadir di hari pembicaraan.

3. Semua keterangan semasa pembicaraanhendaklah diberi secara bersumpah/berikrar.

Menghadiri Pembicaraan

Mana-mana waris yang tidak dapat hadirbolehlah mengemukakan Surat AkuanPersetujuan (Borang DDA) yang ditandatanganidi hadapan Pentadbir Tanah, Majistret,Pesuruhjaya Sumpah atau Notaris Awam Silanyatakan cara pembahagian yang dikehendakidengan jelas. Surat Akuan Persetujuan bolehdidapati di semua Unit Pembahagian Pusaka,Pejabat Tanah atau di muatturun melalui lamanweb jabatan iaitu www.jkptg.gov.my

Cara Harta Pusaka Kecil Dibahagikan

1. Pembahagiannya adalah mengikut HukumSyarak (faraid) bagi orang Islam.

2. Bagi bukan Islam pula, Pembahagian adalahmengikut Akta Pembahagian 1958 (Akta300).

3. Pembahagian secara muafakat (antara waris– spr sama rata, sulh dan takharuj) bolehdilaksanakan jika semua waris yang berhakmewarisi harta pusaka si mati bersetuju.

Cara Harta Pusaka Kecil Dibahagikan (samb)

4. Pembahagian bagi pegangan desa di bawahAkta Tanah (Kawasan - kawasan PenempatanBerkelompok )1960 tidak boleh dibuat lebihdari dua orang. Jika lebih dari dua orangyang berhak dan mereka tidak bersetujusecara muafakat memberi kepada dua orangsahaja daripada mereka, Pentadbir Tanahboleh menjual pegangan itu dan hasiljualannya dibahagikan di kalangan orangyang berhak.

Cara Harta Pusaka Kecil Dibahagikan (samb.)

5. Jika simati meninggalkan tanah di DaerahJelebu, Kuala Pilah, Rembau , Tampin danJempol dan ianya adalah ahli sesuatu suku diNegeri Sembilan, pembahagian pusakanyaadalah mengikut Bahagian III Akta.

Perintah jualan secara tender dalam keadaantertentu mengikut peruntukan 15(4)(d) Akta.

pembahagian pusaka Negeri Sembilan adalahmengikut Bahagian III Akta.

Perintah jualan secara tender dalam keadaantertentu mengikut peruntukan 15(4)(d) Akta.

Jangkamasa Memproses Sesuatu Tuntutan

1. Jangkamasa minima memproses sesuatutuntutan kes biasa adalah dalam tempoh 5 ½bulan bagi Permohonan Baru – Borang ASeksyen 8.

2. Bagi kes yang melibatkan kematian berlapisdan harta berada didalam daerah yangberlainan jagkamasa proses mungkinmelebihi dari tempoh di atas.

Rayuan Terhadap Perintah

Mana - mana pihak yang tidak puashatidengan perintah pembahagian yang telahdibuat hendaklah membuat rayuanmelalui Pentadbir Tanah ke MahkamahTinggi dalam tempoh 14 hari dari tarikhperintah itu dibuat. (Seksyen 29 Akta &Peraturan 10, Peraturan Harta Pusaka Kecil1955) - Borang K1

Pendaftaran Perintah Pembahagian(pindah milik)

1. Setelah perintah pembahagian dikeluarkan,pihak waris hendaklah mengemukakanhakmilik tanah (Geran) ke Pejabat Tanahberkaitan untuk tujuan pendaftaran perintahpembahagian tersebut.

2. Bagi maksud pembahagian harta alih, pihakwaris hendaklah mengemukakan perintahpembahagian ke agensi /institusi yangbertanggungjawab terhadap harta alihtersebut.

PERMOHONAN BERIKUTNYA (SEKSYEN 17 AKTA)

Ianya adalah satu permohonan yangdibuat selepas permohonan awal (BorangA- Seksyen 8 Akta) telah diselesaikan.

Permohonan Berikutnya boleh dibuatdalam keadaan seperti:

Permohonan Berikutnya (Seksyen 17Akta) (samb.)

1. Ada harta si mati yang tertinggal didalam permohonan awal;

2. Apabila ada keperluan melantik seorangpemegang amanah yang baru;

3. Apabila terdapat keperluan melantikseorang pentadbir yang baru;

Permohonan Berikutnya (Seksyen 17Akta) (samb.)

4. Untuk membatalkan suratkuasa tadbirdan pembahagian dibuat secara teruskepada waris simati;

5. Untuk menarik balik sesuatu KaveatPendaftar ;

Setiap permohonan berikutnya hendaklahdengan menggunakan Borang P

Mengapa Permohonan Pusaka PerluDibuat Segera

1. Mengelakkan bilangan waris yang ramaiakibat daripada kematian berlapis.

2. Memudahkan proses utk pembahagianpusaka.

3. Membolehkan harta pusaka dimanafaatdengan segera bagi faedah semuawaris.

Mengapa Permohonan Pusaka PerluDibuat Segera (samb.)

4. Mengelakkan berlakunya tanah terbiar.5. Mengelakkan wang simpanan si mati

dalam mana-mana institusi kewangan,atau koperasi, saham-saham, bondaripada dipindahkan kepada PentaftarWang Tak Dituntut.

Bayaran Pendaftaran:1. Percuma bagi permohonan baru (Borang A -

Seksyen 8 Akta)2. Percuma bagi Permohonan Berikutnya

(Borang P - Seksyen 17 Akta ).

Bayaran Selepas pembicaraan :Bayaran perintah berdasarkan nilaian terkiniharta si mati ( seperti senarai harta si mati diBorang Permohonan- Borang A Seksyen 8 Akta).Jika nilaian keseluruhan harta si mati:

• RM1 – RM1,000 = RM10• RM1,001 – RM50,000 = RM30• RM50,001 ke atas = 0.2%

(contoh: Kalau harta si mati dinilaiRM100,000 bayarannya = RM200.)

Bayaran Lain Berkaitan

1. RM30 bagi bayaran perintah permohonanberikutnya ( Seksyen 17 ) yang melibatkanpermohonan seperti membatalkanPemegang Amanah, Kaveat Pendaftarataupun membatalkan Pentadbir. Jikamelibatkan ketinggalan harta, bayaranperintah hendaklah mengikut nilaian hartaterkini yang diselesaikan di bawah Seksyen17 Akta ( Permohonan Berikutnya ) sahaja.

Bayaran Lain Berkaitan (samb.)

2. Jumlah bayaran bagi mendaftarkanperintah pembahagian dalam hakmiliktanah (geran) adalah mengikut peraturan-peraturan tanah negeri;

3. Duti Harta Pusaka - (jika ada) akanditentukan di akhir pembicaraanmengikut nilai harta pada tarikh mati.Jumlah yang dikenakan tertakluk kepadaperuntukan di bawah Akta Duti HartaPusaka 1941.

Bayaran Lain Berkaitan

4. Salinan perintah pembahagian dibekalkansecara percuma bagi salinan pertama danbayaran RM 5.00 dikenakan bagi salinankedua dan seterusnya.

5. Salinan perintah pembahagian yangdiperlukan oleh mana-mana orang selaindaripada pentadbir/ waris dikehendakimembayar RM 30.00 bagi salinanpertama dan RM 10.00 bagi salinan keduadan seterusnya.

Sekiranya ada rayuan ke Mahkamah Tinggi bayaranyang akan dikenakan adalah seperti berikut:a) RM 50.00 bagi bayaran fee rayuan;b) RM 1500.00 bagi bayaran deposit rayuan;c) Bayaran menyediakan salinan dokumen yang

dikehendaki bagi salinan pertama adalah RM30. Bagi salinan kedua dan seterusnya adalah RM10;

Bayaran untuk mendapatkan salinan pertama NotaPembicaraan RM30.00- bagi setiap Folio 100 patahperkataan atau sebahagian daripadanya dan RM10.00 bagi salinan kedua/seterusnya setiap 100 patahperkataan atau sebahagian daripadanya.

CIRI-CIRI ISTIMEWA PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL

Di antara ciri-ciri istimewa dalampembahagian pusaka kecil ialah:

1. Borang permohonan ( Borang A ) bolehdidapati di Unit Pembahagian Pusaka Kecilatau Pejabat Tanah daerah;

Ciri - Ciri Istimewa Pembahagian HartaPusaka Kecil (samb.)

2. Pembicaraan boleh diadakan di Balai Raya/Balai Penghulu Dewan Orang Ramai yangberhampiran dengan tanah peninggalan simati;

3. Perkhidmatan peguam tidak diperlukan;4. Penyerahan/ penerimaan hak/ bahagian

sesama waris boleh dibuat semasapembicaraan dan tidak dikenakan apa -apa bayaran;

Ciri - Ciri Istimewa Pembahagian HartaPusaka Kecil (samb.)

5. Pembicaraan boleh dibuat di mana-manadaerah yang terdapatnya harta si mati;

6. Pembahagian boleh dibuat secara teruskepada waris si mati dan suratkuasa tadbirhanya diberi dalam keadaan tertentu.

https://www.jkptg.gov.my/ms

Ciri - Ciri Istimewa Pembahagian HartaPusaka Kecil (samb.)

5. Pembicaraan boleh dibuat di mana-manadaerah yang terdapatnya harta si mati;

6. Pembahagian boleh dibuat secara teruskepada waris si mati dan suratkuasa tadbirhanya diberi dalam keadaan tertentu.

https://www.jkptg.gov.my/ms

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan). Aras 3, Podium 1, No.25 Persiaran Perdana Presint 4, 62574 Putrajaya. Tel: 03-8171 2600 Faks: 03-8881 0796 Laman web: www.kptg.gov.my

RUJUKAN

top related