02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

36
Pengurusan HARTA PUSAKA di Malaysia 25 Okt. 2016 Mohd Ali Mohd Yusuf

Upload: abuhannan78

Post on 12-Apr-2017

693 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

Pengurusan HARTA PUSAKA di Malaysia

25 Okt. 2016Mohd Ali Mohd Yusuf

Page 2: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

 

1.1 Dari sudut Bahasa:

Menurut  Ibn.  Manzur  jika  disebut ‘Tarikah al-maiyit’ maksudnya  segala sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati. 

1.0 APAKAH HARTA PENINGGALAN?

Page 3: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

 

1.2 Dari sudut Syarak:

Disebut  dalam  kitab  Fiqh  al-Manhaji ‘Tarikah’ ialah  segala  harta  yang ditinggalkan  oleh  si  mati  selepas kematiannya  sama  ada  ia  harta  alih seperti emas, perak, duit dan peralatan rumah,  atau  tidak  alih  seperti  tanah, bangunan dan lain-lain. 

Page 4: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

Harta  peninggalan  ditakrifkan  juga oleh fuqaha lain sebagai: segala yang BERNILAI ditinggalkan oleh si mati sama ada ia masih terikat kepada hutang atau tidak, dan sama ada hutang itu ialah hutang berkaitan dengan barang atau berkaitan dengan orang.

Page 5: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

Justeru  itu  antara  ciri-ciri  Harta peninggalan itu:a) segala  sesuatu  BERNILAI  yang 

diperolehi  semasa  hidup  dan ditinggalkan selepas mati

b) sama ada ianya AIN atau MANFAATc) sama ada ianya tidak alih atau alihd) Sama  ada  ia  masih  ada  KAITAN 

dengan  hak  orang  lain  (bercampur) atau bersih daripada hak oran lain.

Page 6: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

Dalam konteks Malaysia kebiasaannya harta yang ditinggalkan si mati terbahagi kepada dua:a) Harta tidak alih  spr. Rumah,  tanah dan 

tanah di bawah akta Kaw. Penempatan Berkelompok (GSA 1960)

b) Harta alih (terbahagi dua)i. Harta  berdaftar  spr.  Kenderaan, 

akaun bank.ii. Tidak  berdaftar  spr.  Barang 

peribadi,  barang  kemas,  alatan rumah dll

Page 7: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

KEDUDUKAN HARTAHARTA

ALIH TAK ALIH

BERDAFTAR TAK BERDAFTAR

• Kenderaan• Akaun bank/simpanan

• Barang pribadi• Emas• Peralatan rumah

• Rumah• Tanah• Tanah Berkelompok

Isu• Akaun bersama• Akaun amanah• Syarikat• Kedai

Page 8: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

ISU-ISU HARTA

Harta peninggalan si mati @ TIDAK?a) Duit sedekah krn. Ziarah kematian.b) Khairat.c) Insuran/Takaful.d) Ganjaran.e) Pencen.f) Wang  pampasan  pekerja/tuntutan 

mahkamah.

Page 9: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

ISU-ISU HARTA

Harta peninggalan si mati @ TIDAK?a) Duit sedekah krn. Ziarah kematian.

Bukan  harta  peninggalan/pusaka  si mati  kerana  harta  diperolehi  selepas kematian.  Ia  menjadi  hak  waris terdekat yang menjaga dan mengurus si mati seperti  isteri, anak dan ayah si mati.

Page 10: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

ISU-ISU HARTA

Harta peninggalan si mati @ TIDAK?b) Khairat kematian.

Harta peninggalan si mati jika semasa hidup ia membayar caruman/yuran digunakan utk urus jenazah. Jika diperolehi selepas urusan jenazah maka ia  jadi  harta  peninggalan  yg  tertakluk  kpd hak berikutnya.Di bayar kpd waris jika waris mendahulukan wangnya untuk urus jenazah. 

Page 11: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

ISU-ISU HARTA

Harta peninggalan si mati @ TIDAK?c) Insuran/Takaful.

Insuran:  hanya  caruman  (modal) sahaja  yg  dijadikan  harta  si  mati. Faedah/manfaat  dianggap  riba  dan diberi kpd baitul mal.Takaful:  Caruman  adalah  harta pusaka/hibah.Faedah/manfaat  –  rujuk  kepada  akad pencarum.

Page 12: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

ISU-ISU HARTA

Harta peninggalan si mati @ TIDAK?d) Ganjaran.

Ganjaran yang diterima si mati semasa hidup adalah pusaka.Ganjaran  terbitan  (diterima  selepas mati) bukan harta pusaka.Muzakarah JawatanKuasa Fatwa Kali ke-21 (12 September 1988) telah bersetuju bahawa Ganjaran Terbitan dan Pencen Terbitan tidak termasuk sebagai harta pusaka, maka faedahnya tidak tertakluk kepada kaedah pembahagian harta pusaka.

Page 13: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

ISU-ISU HARTA

Harta peninggalan si mati @ TIDAK?e) Pencen.

Pencen  yang  diterima  si  mati  semasa hidup adalah pusaka.Pencen  terbitan  (diterima  selepas mati) bukan harta pusaka.Muzakarah JawatanKuasa Fatwa Kali ke-21 (12 September 1988) telah bersetuju bahawa Ganjaran Terbitan dan Pencen Terbitan tidak termasuk sebagai harta pusaka, maka faedahnya tidak tertakluk kepada kaedah pembahagian harta pusaka.

Page 14: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

ISU-ISU HARTA

Harta peninggalan si mati @ TIDAK?f) Wang  pampasan  pekerja/tuntutan 

mahkamah.

Page 15: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

ISU-ISU HARTA

Harta peninggalan si mati @ TIDAK?g) Simpanan KWSP dan SOCSO

Page 16: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

2.0 HARTA PENINGGALAN DALAM QURAN

ة يوص�ى به�ا أو دين� غير من� بعد وص�يه عليم حليم ه والل ة من الل مضار وصي

selepas  ditunaikan  wasiat  yang diwasiatkan dan tanggungan hutang tanpa kemudaratan. Sesungguhnya  inilah wasiat (pesanan)  dari  Allah  SWT  dan sesungguhnya  Allah  SWT  itu  maha mengetahui lagi maha lemah lembut.

Page 17: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

3.0  HAK-HAK HARTA PENINGGALAN

I. Hak Perhutangan Yang Berkaitan dengan Harta Si Mati.

II. Pengurusan Jenazah si mati.III. Hutang mutlak si mati.IV. Wasiat si mati.V. Hak-hak waris (PUSAKA).

Page 18: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

3.1 Hak Perhutangan Yang Berkait dgn fizikal Harta Si Mati

Maksudnya,  keadaan  harta  yang masih terikat dengan hak orang lain walaupun zahirnya  adalah  milik  si  mati  seperti barang gadaian,  barang yang disita, tanah dikaviet,  harta syarikat,  harta sepencarian dan lain-lain. 

Page 19: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

3.2 Pengurusan Jenazah si mati

Menurut  as-sheik  Muhamad  Ali  as-Shobuni, maksud pengurusan jenazah itu  ialah  segala  keperluan  yang diperlukan  oleh  si  mati  bermula  dari proses  mandi  mayat  sehingga pengkebumian.Mandi      Kafan      Solat       Tanam

Page 20: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

Perkara  sampingan  di  mana  harta   tidak boleh dibelanjakan:

1. mengupah orang membaca al-Quran

2. mengadakan kenduri arwah3. membina maqam (kecuali batu 

nesan yang sederhana) 4. membeli barang menghiasi

kubur si mati.

Page 21: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

Di atas : Binaan Kubur yang dilengkapi  dgn  bacaan  al-Quran mp3 

Di tepi :  Item  pengurusan jenazah  yang  mana sebahagiannya  tak  boleh menggunakan  harta peninggalan.

Page 22: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

Pekuburan Baqi, Madinan

Page 23: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

Pekuburan di Malaysia

Page 24: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

Pekuburan syiah, di Iran

Page 25: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

3.3  Hutang mutlak si mati

Maksud  hutang  mutlak  si  mati  atau Dain al-Shakhsi  ialah  apa  jua tanggungan  hutang  oleh  si  mati  tanpa cagaran atau deposit. Para ulama  telah membahagikan  hutang  ini  kepada  dua jenis  iaitu  pertama  hutang kepada manusia  dan  kedua  hutang kepada Allah SWT.

Page 26: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

Misal hutang kepada manusia:

1. Pinjaman  (dengan  orang  atau institusi kewangan)

2. Upah 3. Sewa 4. Hutang mas kahwin (kepada isteri)5. Diyah 6. dan lain-lain.

Page 27: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

Contoh hutang kepada Allah SWT:

1. Haji  (mampu  ketika  hidup  tetapi  tidak ditunaikan)

2. Zakat  (wajib  ketika  hidup  tetapi  tidak dikeluarkan)

3. Fidyah  iaitu  denda  kerana  meninggalkan ibadat tertentu.

4. Nazar.5. Kaffarah  (melanggar  sumpah/ melakukan 

larangan dalam ibadat puasa, haji)6. Dan lain-lain.

Page 28: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102
Page 29: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

3.4  Wasiat si mati

Al-Quran secara jelas telah menyebut perkataan  wasiat  ini  di  dalam  ayat-ayat  yang  berkaitan  dengan  harta pusaka. Umpamanya dalam surah an-Nisa’ ayat ke 11 & 12 Allah SWT telah mengulang sebut ayat :

من بعد وصية يوصى بها أو ) (الدين

sebanyak 3 kali…

Page 30: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

Syarat Wasiat :

1. Wasiat  yang  ditunaikan  pula hanyalah  sekadar  1/3  dari  baki harta  selepaskan  menunaikan  hak-hak  sebelumnya,  ini  berdasarkan sabda Rasulullah (s.a.w): 

""الثلث والثلث كثيرMaksudnya:  “satu pertiga malah satu pertiga itu sudah banyak”

Page 31: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

2. Wasiat  tidak  boleh  kepada  waris sendiri  kerana  mereka  telah  diberi bahagian  dalam  pusaka.  Sabda Rasulullah (s.a.w) :

إن الله قد أعطى كل ذي حق حقه فال وصية لوارث

Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan setiap waris yang berhak itu bahagian-bahagiannya maka tiada lagi wasiat untuk waris-waris ”.

Page 32: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

3. Wasiat  tidak  boleh  kepada  perkara maksiat  dan  dilarang  oleh  Allah S.W.T seperti wasiat untuk membina rumah  perjudian,  wasiat  kepada individu atau kumpulan yang secara terang  terangan  menentang  Allah S.W.T. dan lain-lain.

Page 33: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

6.5  Hak-hak para waris

Sesudah  menyelesaikan  empat  hak  di atas,  baki  harta  yang  tertinggal  baru dianggap  sebagai  harta  pusaka  atau  di dalam istilah fuqaha’ disebut sebagai al-mirath dan  dibahagikan  mengikut kaedah al-Faraid atau kesepakatan para waris.

Page 34: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102

Harta Peninggalan

Hutang ke atas harta

Pengurusan jenazahHutang

mutlak si mati

Harta Pusaka Wasiat si

mati

Perbezaan Antara Harta Peninggalan Dan Harta Pusaka

Page 35: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102
Page 36: 02 02 17_slide minggu 3 - syi34102