09-topik 9_kemahiran membuat pelaporan_sajap

Post on 14-Dec-2015

267 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

kemahiran pelaporan

TRANSCRIPT

GWP1092WACANA PENULISAN

Topik 9Kemahiran Membuat Pelaporan

Pensyarah:Dr. Sajap Maswan

Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesinalisme Keguruan

IPG Kampus Tuanku Bainun

Kandungan Perbincangan

1. Definasi Pelaporan2. Tujuan Pelaporan3. Ciri-ciri pelaporan berkualiti4. Kategori pelaporan5. Format menulis pelaporan mengikut

konvensyen penulisan akademik

Apakah definasi pelaporan?

Kemahiran Membuat PelaporanPelaporanLaporan ialah suatu wahana penyampaian

berita, informasi, pengetahuan atau gagasan dari seseorang kepada orang lain. Laporan yang disampaikan secara bertulis dan berisi serangkaian hasil pemikiran yang diperoleh dari hasil penelitian, pengamatan ataupun peninjauan juga merupakan satu bentuk penulisan ilmiah (Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah, 1995)

Apakah tujuan pelaporan?

Kemahiran Membuat PelaporanTujuan PelaporanAntara tujuan membuat laporan bertulis ialah;1. Mengenalpasti masalah 2. Memberikan maklumat dan fakta 3. Mencadangkan penyelesaian 4. Mencadangkan tindakan yang perlu

dilakukan 5. Membuat kesimpulan

Kemahiran Membuat PelaporanTujuan Pelaporan6. Menilai sesuatu penyelidikan7. Membuat rekod sesuatu peristiwa 8. Menganalisi aktiviti yang telah dijalankan9. Mensintesis sesuatu pelan tindakan 10.Menghuraikan sesuatu peristiwa,

prosedur, tindakan • dll.

Apakah ciri-ciri pelaporan berkualiti?

Kemahiran Membuat PelaporanCiri-ciri pelaporan berkualiti1. Nyatakan topik laporan dengan jelas

kepada pembaca.2. Apakah objektif penulisan anda? Ini perlu

dinyatakan dengan jelas supaya pembaca mendapat gambaran awal tentang tujuan penulisan tersebut

Kemahiran Membuat PelaporanCiri-ciri pelaporan berkualiti3. Kenal pasti bagaimanakah paparan atau

susun atur seperti format penulisan, struktur kandungan, penomboran dan sebagainya hendak diadakan. Paparan ini perlu diambil kira supaya penulisan anda menarik dan mudah dibaca dan difahami

Kemahiran Membuat PelaporanCiri-ciri pelaporan berkualiti4. Isi penulisan laporan hendaklah jelas dan

tepat5. Nyatakan kesimpulan laporan anda pada

akhir penulisan. Perkara ini perlu kerana di bahagian inilah letaknya pendirian, pandangan, dan dapatan anda tentang topik yang dibicarakan.

Kemahiran Membuat PelaporanCiri-ciri pelaporan berkualiti6. Berikan definisi yang jelas bagi setiap

istilah atau konsep yang hendak dibincangkan dalam penulisan anda. Sertakan contoh-contoh yang sesuai untuk memperjelas apa yang anda maksudkan dengan perkataan berkenaan.

Kemahiran Membuat PelaporanCiri-ciri pelaporan berkualiti7. Elakkan perkataan ayat, konsep dan

perenggan yang mengelirukan, isi yang bertindih-tindih, membuat andaian-andaian tertentu dan kesimpulan yang bercanggah

8. Wujudkan wacana yang menarik dengan menggunakan penanda wacana yang tepat, koherens dan mempunyai kesinambungan idea.

Kemahiran Membuat PelaporanCiri-ciri pelaporan berkualiti9. Berikan pendapat anda secara analitis dan

kritis. ini bermaksud hujah-hujah anda hendaklah disokong dengan bukti, alasan dan fakta.

10.Cadangkan saranan atau harapan anda jika ada pada bahagian akhir penulisan. Saranan ini mungkin dapat ditujukan kepada pembaca, masyarakat, pihak berkuasa dan sebagainya.

Kemahiran Membuat PelaporanCiri-ciri pelaporan berkualiti11.Jika perlu, sediakan apendiks pada

bahagian akhir penulisan. Apendiks berfungsi sebagai maklumat atau data tambahan

Apakah katogeri pelaporan?

Kemahiran Membuat PelaporanKatogeri PelaporanTerdapat sekurang-kurangnya empat jenis

laporan; 1. Laporan pemerian atau penyelidikan2. Laporan penyelesaian masalah3. Laporan penilaian dan 4. Laporan analisis

Kemahiran Membuat PelaporanKatogeri Pelaporan1. Laporan pemerian /penyelidikan a. Laporan pemerian memberikan gambaran

tentang sesuatu hal, objek atau seseorang dengan tujuan supaya pembaca dapat menafsirkan sesuatu yang digambarkan itu dengan jelas.

Kemahiran Membuat PelaporanKatogeri Pelaporan1. Laporan pemerian / penyelidikan b. Laporan pemerian tidak bersifat khayalan

atau rekaan semata-mata. Inilah aspek yang membezakan laporan dengan karangan naratif.

c. Laporan adalah berdasarkan pengkajian dan penelitian rapi penulis

Kemahiran Membuat PelaporanKatogeri Pelaporan2. Laporan penyelesaian masalaha. Tujuan laporan jenis ini adalah untuk

menyediakan suatu rancangan yang boleh digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh pihak-pihak tertentu atau organisasi tertentu.

Kemahiran Membuat PelaporanKatogeri Pelaporan2. Laporan penyelesaian masalahb. Laporan jenis ini memerlukan daya fakir

yang kreatif, kritis serta penaakulan yang mendalam. Ini kerana tanpa ciri-ciri ini, masalah yang dihadapi itu tidak akan dapat diselesaikan. Selalunya laporan jenis ini juga akan menyediakan beberapa strategi untuk penyelesaian masalah.

Kemahiran Membuat PelaporanKatogeri Pelaporan3. Laporan penilaiana. Laporan penilaian berfungsi untuk menilai

sesuatu. Biasanya, laporan jenis ini digunakan untuk menilai prestasi kerja seseorang atau sekumpulan orang atau mungkin juga sesebuah organisasi.

Kemahiran Membuat PelaporanKatogeri Pelaporan3. Laporan penilaiana. Laporan jenis ini perlu dibuat dengan

tepat dan bersifat objektif. Sesuatu keputusan yang bakal dibuat adalah bergantung kepada laporan yang diberikan itu.

Kemahiran Membuat PelaporanKatogeri Pelaporan3. Laporan penilaianb. Laporan jenis ini perlu dibuat dengan

tepat dan bersifat objektif. Sesuatu keputusan yang bakal dibuat adalah bergantung kepada laporan yang diberikan itu.

Kemahiran Membuat PelaporanKatogeri Pelaporan4. Laporan analisisa. Laporan analisis bertujuan untuk

menganalisa sesuatu perkara sebelum sebarang keputusan diambil tentangnya.

b. Laporan jenis ini juga memerlukan penelitian secara terperinci terhadap sesuatu perkara.

Terima Kasih

top related