02 02 17_slide minggu 2 - syi34102

Post on 12-Apr-2017

673 Views

Category:

Education

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

SYI34102Pentadbiran Harta Pusaka

di Malaysia

Mohd Ali Mohd Yusuf

PENGHARGAAN

Sebahagian daripada slaid powerpoint ini diambil daripada Mohammad Mahyuddin Khalid (UiTM Shah Alam) untuk kursus

Fiqh muamalat.

Perolehan harta- ihraz al-mubah, pindah hak milik suka rela, pindah milik terpaksa, pusaka

Penyucian – Zakat, sedekah, infaq, nazar, fidyah, diyyah dll

Pengagihan – Semasa Hidup (Nafkah, infaq, hibah dll) Selepas mati (waqaf, wasiat, hibah dll)

Perlindungan dan Jaminan – Takaful, kaedah simpanan dan Jaminan

Pengumpulan dan Pengembangan – Simpanan dan Pelaburan

KONSEP PENGURUSAN

HARTA

5.0 Konsep Pengurusan Kewangan

5.1 Pertama, Penghasilan Harta (Wealth Creation). Sebagai seorang Muslim yang sejati, Islam menggalakkan umatnya mencari harta dan tidak hanya pasrah pada qada' dan qadar seperti di dalam surah al-Juma'ah ayat 10.

5

CARA/KAEDAH MEMPEROLEH HARTA

Melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi atau dengan usaha sendiri seperti bekerja sendiri

Melalui pensyariatan seperti pesaka, nafkah, wasiat, pembahagian harta rampasan perang, agihan zakat

Kontrak pemindahan seperti jualbeli, hutang piutang, mas kawin atau berian

Bantuan orang lain baik individu, masyarakat atau kerajaan. seperti baitul mal,

5.2 Kedua, Pengumpulan Harta (Wealth Accumulation) atau dengan erti yang lain bermaksud pengembangan harta. Adalah tidak wajar jika harta yang kita ada disimpan begitu saja tanpa mengembangkannya. Pengembangan harta boleh dilakukan melalui simpanan dan pelaburan di institusi kewangan.

5.3 Ketiga, Perlindungan Harta (Wealth Protection). Antara matlamat manusia ialah untuk mendapat jaminan kewangan sepanjang hidup dan memiliki simpanan dan harta yang mencukupi. Harta juga harus dijaga daripada sebarang musibah dan perkara-perkara yang tidak diingini.

5.4 Keempat, Pengagihan Harta (Wealth Distribution). Islam memperuntukan beberapa cara atau kaedah untuk pengagihan harta sebelum atau selepas mati. Antara instrumen perancangan harta adalah wakaf, wasiat, hibah dan sebagainya.

5.5 Kelima, Penyucian Harta (Wealth Cleansing). Sebagai seorang Muslim kita tidak sewenang-wenang membelanjakan atau mempergunakan mengikut kehendak dan hawa nafsu. Ini kerana setiap harta ada hak-hak yang tertentu untuk dibahagikan seperti berzakat dan amal jariah kita seperti sedekah.

10

LARANGAN DALAM MENCARI DAN MENGGUNAKAN HARTA

• Larangan menimbunkan harta tanpa dilabur atau diusahakan

• Tidak boleh memakan dan menghasilkan harta dengan jalan yang batil

• Larangan mengusahakan harta yang merbahayakan peribadi, umum atau kemuliaan masyarakat.

• Larangan terlibat dalam riba, rasuah, penipuan, penyelewengan dan lain-lain.

11

JENIS HARTA

• Al-mal al-mutaqawwam• Al-mal ghair al-mutaqawwam

BERDASARKAN FAEDAH

• Al-manqul• ‘Aqar

BERDASARKAN PERGERAKAN

• Mithliy• Qimiy

BERDASARKAN PENGGUNAAN

• Istihlaki• Isti’mali

BERDASARKAN BANDINGAN

12

JENIS HARTA BERDASARKAN FAEDAH PENGGUNAAN HARTA

AL-MUTAQAWWAM

• Syarak mengharuskan penggunaannya

• Harta bernilai:• Nilai halal/haram• Nilai harga• Nilai manfaat/mudharat

GHAIR AL-MUTAQAWWAM

• Penggunaannya tidak harus kecuali ketika darurat

• Syarat:• Jika tidak

menggunakannya akan membahayakan jiwa secara spontan

• Tiada langsung harta yang halal

• Tidak boleh berlebihan

13

FAEDAH PEMBAHAGIAN

• Sah membuat atau tidak membuat kontrak ke atas harta mutaqawwam

• Tidak sah membuat kontrak ke atas harta ghair mutaqawwam

• Wajib membayar ganti rugi kerosakan harta mutaqawwam

• Tidak wajib bayar ganti rugi kerosakan harta ghair mutaqawwam milik orang Islam

14

JENIS HARTA BERDASARKAN PERGERAKAN HARTA

AL-MANQUL

• Harta alih adalah harta yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya kereta

AL-’AQAR

• Harta tak alih ialah harta yang tidak boleh digerakkan atau dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya tanah, bangunan.

15

FAEDAH PEMBAHAGIAN• Dalam masalah wakaf, fuqaha’ sepakat boleh mewakafkan harta

tak alih, tetapi harta alih mereka berselisih pendapat.• Dalam masalah wasiat, penjaga wasiat tidak boleh menjual harta

tak alih kecuali dengan sebab yang tidak dapat dielakkan, seperti untuk membayar hutang orang yang di bawah jagaannya. Harta alih boleh dijual pada bila-bila masa.

• Sesuatu barangan yang telah dibeli tetapi belum diterima lagi adalah sah jualannya jika barang itu dari jenis harta tak alih, tetapi jika harta alih, maka ia dianggap tidak sah, kecuali melalui tempahan atau hutang

• Seseorang yang muflis boleh dilelong hartanya untuk menebus balik hutang. Walaubagaimanapun lelongan tersebut mestilah didahului dengan harta alih, sekiranya tidak cukup barulah boleh melelong harta tak alih.

• Dalam masalah syufah, hanya harta tak alih sahaja yang dibenarkan hak syufah, manakala harta alih tidak boleh disyufah.

JENIS HARTA BERDASARKAN KAEDAH PENGGUNAAN HARTA

MITHLY

• Harta misli ialah harta yang mempunyai persamaan (homojenis) dengan harta lain sama ada dari segi bentuk dan nilai. Ia terbahagi kepada empat bahagian:• Barang yang disukat seperti

gandum dan padi• Barang yang ditimbang seperti

kapas dan besi• Barang yang dibilang yang

mempunyai bentuk yang hampir sama seperti telor, kelapa

• Barang yang diukur mengikut ukuran meter, ela, depa dll.

• Jika terdapat perbezaan antara keduanya, perbezaan itu boleh diterima oleh semua pihak.

QIMIY

• Harta yang tidak mempunyai bandingan atau keserupaan di pasar seperti permaidani

• Harta yang ada keserupaan tetapi tidak sama nilai di pasar spt buah limau

• Harta Qimmi ialah harta yang berlainan jenis atau jika ada persamaan ia berbeza dari segi nilai dan harga yang ketara tidak boleh diterima oleh semua pihak. Harta ini dikenali dengan harta senilai.

16

FAEDAH PEMBAHAGIAN• Harta mithliy boleh menjadi dhimmah (tanggungan

hutang)• Harta mithliy boleh berlaku muqasah (diskaun)• Harta mithliy yang dirosakkan secara sengaja mesti

diganti dengan kadar yang sama, manakala harta qimiy hendaklah diganti dengan nilainya

• Jika seseorang ahli syarikat menuntut harta dibahagi sesama mereka, pembahagian tersebut boleh dibuat ke atas harta misli sahaja. Untuk harta qimmi tidak boleh dibuat kecuali ada persetujuan ahli syarikat.

17

JENIS HARTA BERDASARKAN KAEDAH PENGGUNAAN HARTA

ISTIHLAKI

• Harta yang boleh digunakan dengan merosakkan zatnya seperti makanan dan minuman

ISTI’MALI

• Harta yg boleh digunakan sedangkan zatnya kekal seperti pakaian dan buku

18

FAEDAH PEMBAHAGIAN

• Harta istihlaki tidak boleh menggunakan kontrak seperti hutang dan pinjam

• Harta isti’mali boleh menggunakan kontrak sewa dan pinjam

• Kedua-duanya boleh menggunakan kontrak jualbeli dan simpanan

19

20

TANGGUNGJAWAB TERHADAP HARTA

Perbelanjaan Wajib

NafkahSeorang bapa bertanggungjawab untuk

memberikan nafkah kepada keluarga. Isteri, anak-anak dan ibubapa mereka.

ZakatKewajipan setiap muslim untuk membayar

zakat sama ada zakat harta benda atau zakat fitrah.

Infaq wajib Derma yang disyaratkan oleh kerajaan untuk membayarnya. Di Malaysia contohnya ialah

membayar cukai pendapatan.

21

TANGGUNGJAWAB TERHADAP HARTAPerbelanjaan Sunat

• Wasiat – Ialah harta yang telah dipesan oleh si mati kepada seseorang sebelum meninggal dan ia berkuatkuasa selepas ia meninggal dunia. Jumlah harta yang boleh diwasiatkan hanya 1/3 daripada keseluruhan hartanya.

• Wakaf – sumbangan seseorang dari harta yang kekal zatnya seperti tanah, bangunan.

• Sedeqah – sumbangan ikhlas seseorang untuk diguna, dimakan.

• Hibah – Pemberian semasa hidup• Sumbangan – cenderhati, hadiah, tandamata dan

seumpamanya.

6.0 Tujuan Mengurus Harta

6.1 Bagaimana harta itu diperolehi. Ia mestilah menerusi kaedah pemilikan yang sah dan jual beli, pelaburan secara Islam, hadiah dan sebagainya.

6.2 Bagaimana harta itu dibelanjakan. sama ada untuk kebaikan ataupun untuk perkara-perkara yang dilarang Allah.

aspek utama yang perlu diambil kira di dalam perancangan kewangan Islam adalah memperoleh KEBERKATAN. Harta yang melimpah ruah tidak bererti jika tidak ada keberkatan, malah harta boleh menjadi FITNAH, boleh menjadikan seseorang itu sentiasa berasa tidak cukup sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuklah rasuah, penyelewengan dan sebagainya.

top related