01_seksualiti & saya
Post on 24-Nov-2015
74 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
KATA PENGANTAR Pendidikan berkualiti yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk menghasilkan individu yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai sikap serta nilai yang positif. Bagi membina murid yang bersemangat waja, mempunyai kemahiran menangani risiko, menjaga kesihatan diri dan mengamalkan cara hidup yang sihat, unsur Pendidikan Kesihatan Keluarga/Seksualiti (PKK) diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam beberapa mata pelajaran KBSR dan KBSM. Pendidikan Kesihatan Keluarga/Seksualiti tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi ia diajar secara bersepadu dan merentasi kurikulum. PKK diajar dalam mata pelajaran bahasa, Sains, Sains Tambahan, Biologi, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Dalam Pendidikan Kesihatan, PKK diberi tumpuan khas dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Dalam menghadapi gejala sosial masa kini, murid perlu meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran serta memupuk dan menanamkan sikap dan nilai yang sihat dalam diri. Modul-modul Pendidikan Kesihatan Keluarga/Seksualiti yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum adalah bertujuan untuk membantu guru meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh merujuk panduan yang disediakan dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan bagi memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan seksualiti dan gaya hidup sihat terhadap kesejahteraan dalam kehidupan. Pelbagai pihak telah memberi sumbangan masa, tenaga dan fikiran untuk menyempurnakan modul-modul ini. Pusat Perkembangan Kurikulum ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Semoga modul-modul ini dapat dimanfaat oleh semua pihak. (Dr. SHARIFAH MAIMUNAH SYED ZIN) Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
v
-
KANDUNGAN Kata Pengantar
v
Kemahiran Pengetahuan Tentang Seksualiti
1 2 3 4 5 6
Seksualiti Mengamal Gaya Hidup Sihat Perkembangan Fizikal Diri Remaja Seksualiti Remaja Seksualiti Kekeluargaan
4 6 7
8 12 14
Kemahiran Asertif
1 2
Kekeluargaan Kekeluargaan
16 16
Kemahiran Penyelesaian Masalah
Kekeluargaan
1 21 Kemahiran Mengenalpasti Situasi Berisiko
Seksualiti Seksualiti
1 25
32 2
Kemahiran Membuat Keputusan Bertanggungjawab dan Pilihan Bijak
Seksualiti
1 35 Kemahiran Meningkatkan Harga Diri (KMHD)
Harga Diri
1 38
Kemahiran Mendapatkan Bantuan
Seksualiti
1
41
45 Panel Membina dan Kawal Mutu
-
BERILMU PENGETAHUAN 1. PENERANGAN :
Pengetahuan mengenai gaya hidup sihat ialah hubungkait dinamis antara keadaan fizikal, mental-emosi, sosial dan rohani seseorang. Kefahaman yang mendalam tentang konsep amalan gaya hidup sihat serta sikap positif terhadap pelbagai cabaran situasi hidup akan dapat menjamin kehidupan yang sihat dan seimbang. Segala pengetahuan, pengalaman dan tuntutan yang berkaitan dengan amalan gaya hidup sihat perlulah dimanfaatkan untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Melalui pengetahuan, pengalaman dan pemahaman pelbagai tuntutan untuk mencapai keseimbangan, remaja akan menghadapi cabaran dengan rasional di samping bijak membuat pilihan yang betul berlandaskan hukum-hukum keagamaan, adat dan budaya masyarakat serta undang-undang dan peraturan negara.
2. ILMU
BERILMU? ... YA! Menurut Al-Ghazali, akal dikaitkan dengan sifat orang berilmu mengetahui hakikat segala sesuatu menangkap dan mendapat segala ilmu
"Kejadian yang mula-mula dijadikan oleh ALLAH ialah ILMU (akal)"
[ Al-Ghazali ]
BERAKAL? ... YA! Akal merupakan : sifat ilmu yang disemat di hati daya fikir manusia untuk menilai sama ada baik atau keburukan pembentukan personaliti manusia
MEMANFAATKAN ILMU ... YA! Ilmu adalah : amalan yang baik mempunyai pengalaman dan pengetahuan mengenai penghidupan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat memupuk nilai baik dan kesempurnaan iman
1
-
SUMBER ILMU ... Ilmu diperolehi melalui keluarga alam semula jadi bilik darjah guru/ulama media dan lain-lain
3. KESIMPULAN Berilmu pengetahuan
merupakan daya fikir manusia untuk menilai kebaikan dan keburukan
menentukan pembentukan personaliti manusia memupuk nilai baik dan kesempurnaan iman menentukan hala tuju matlamat hidup menampilkan kesejahteraan dalam penghidupan mewujudkan suasana yang harmonis dan seimbang dalam
hubungan antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam dan manusia dengan penciptaNya
RUMUSAN GURU Guru hendaklah memberi penjelasan kepada murid berkaitan kepentingan ilmu dalam kehidupan seseorang dengan memberikan penekanan bahawa hanya ilmu dapat mendisiplinkan murid ke arah mengamalkan budaya hidup yang sihat. Perlu ditegaskan juga bahawa dengan berilmu dan mengamalkannya, seseorang murid dapat membeza, mentafsir, menganalisis, dan membuat pilihan terhadap keputusan yang perlu dibuat.
2
-
KEMAHIRAN PENGETAHUAN TENTANG SEKSUALITI CABARAN REMAJA MASA KINI 1. Memahami perkembangan mental, emosi,sosial, dan fizikal diri sendiri. 2. Menentukan personaliti. 3. Keperluan pengetahuan tentang konsep gaya hidup sihat bagi membina
ketahanan diri 4. Memenuhi dan menangani emosi dengan rasional 5. Menyelesaikan konflik akibat perubahan-perubahan fizikal, emosi sosial
dan sosial. 6. Membuat keputusan berkaitan dengan nilai, memilih rakan sebaya, hala
tuju dan cita-cita CABARAN REMAJA MASA KINI Memahami perkembangan diri sendiri dari segi aspek fizikal membantu menyelesaikan dan menagani konflik akibat perubahan-perubahan fizikal, emosi dan sosial dengan rasional. Pengetahuan tentang konsep seksualiti dapat mengenalpasti dan meningkatkan personaliti seseorang. Dengan pengetahuan ini dan ketekalan latihan dapat membantu membina ketahanan diri di samping ia dapat membuat keputusan berkaitan dengan nilai memilih rakan sebaya ke arah masa depan dan cita-cita yang mulia. Seksualiti bukan sahaja melibatkan reproduksi dan keseronokan hubungan seks malah keperluan untuk berkasih sayang dan keperluan untuk memenuhi hasrat diri sendiri. Ia merangkumi faktor-faktor fisiologi dan budaya berkaitan tabiat seksual manusia. Seksualiti juga termasuk kesedaran dan tindakbalas terhadap sifat kelelakian atau sifat kewanitaan. Seksualiti merangkumi beberapa dimensi atau aspek iaitu budaya, psikologi, biologi dan etika. Aspek-aspek ini membentuk seksualiti individu dan seksualiti merupakan sebahagian daripada personaliti atau sahsiah individu. Etika Budaya kesempurnaan peraturan beragama media
nilai murni masyarakat moral adat
Psikologi emosi intelek motivasi pengalaman
Biologi pembiakan pertumbuhan fizikal perkembangan
mental
3 perubahan fisiologi
-
Dari segi perundangan, salahlaku seksual boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Guru hendaklah memberi penjelasan kepada murid berkaitan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian. Penekanan hendaklah diberi bahawa ilmu pengetahuan mampu mendisiplinkan murid ke arah mengamalkan seksualiti yang sihat. Perlu ditegaskan juga dengan berilmu pengetahuan dan mengamalkannya seseorang murid dapat mentafsir, membeza, menganalisis dan membuat pilihan bijak terhadap keputusan yang akan dibuat. MENGAPA PERLU PENGETAHUAN TENTANG SEKSUALITI? Kemahiran pengetahuan seksualiti dapat memberi kefahaman berkaitan hubungan antara manusia meliputi perasaan, kewanitaan, kelelakian, keinginan, kepuasan, kasih sayang, kehilangan, kesedihan, kemesraan, tertekan, perhatian, perkongsian, sentuhan, cemburu, penolakan, harga diri dan kebahagiaan di kalangan remaja. Kemahiran pengetahuan seksualiti akan dapat membantu remaja mengelakkan diri daripada gejala sosial dan tingkahlaku berisiko seperti seks sebelum nikah, kehamilan, gangguan seksual, rogol dan gangguan tingkahlaku yang lain. Kemahiran pengetahuan tentang perundangan, budaya dan adat resam berkaitan seksualiti pula akan dapat membantu remaja menyedari tentang hak-hak asasi serta menghalang remaja terjerumus ke dalam kancah salahlaku seksual.
4
-
AKTIVITI 1 TAJUK : Seksualiti SUB-TAJUK : Pengetahuan tentang seksualiti MASA : 2 waktu OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran , murid dapat: 1. Menjelaskan konsep dan dimensi seksualiti
2. Menerangkan unsur-unsur yang terdapat dalam setiap dimensi
3. Mengamalkan sikap yang positif terhadap seksualiti BAHAN P&P : Poster, gambar, carta, pengurusan grafik KBKK NILAI : Kemahiran pengetahuan
Perkara Isi/Aktiviti Catatan Set induksi Guru mempamerkan
poster tentang budaya masyarakat Malaysia
Perbincangan Soal jawab
Sumbangsaran Murid melengkapkan
gambar berkaitan adat resam rakyat Malaysia
Perkembangan Guru menjelaskan
konsep dan dimensi seksualiti
Penerangan dan perbincangan Langkah 1
Guru menerangkan kepentingan pengetahuan tentang seksualiti
Langkah 2 Murid dibahagi kepada 4
kumpulan Pembelajaran
berkumpulan Murid diminta
mengklasifikasikan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap dimensi tersebut
Penerokaan nilai Grafik KBKK Pengelasan web
Melengkapkan grafik KBKK
Murid diminta membentangkan hasil
5
-
Perkara Isi/Aktiviti Catatan perbincangan
Penutup Guru membuat rumusan
tentang hasil kerja murid Sumbang saran Perbincangan
Murid memberi erti pengertian tentang elemen budaya, etika, biologi dan psikologi dalam dimensi seksualiti
Soal jawab
6
-
AKTIVITI 2 TAJUK : Mengamal gaya hidup sihat SUBTAJUK : Pengetahuan tentang seksualiti MASA : 1 waktu OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid dapat: Murid dapat menyenaraikan amalan-amalan gaya hidup
sihat BAHAN : Kertas mahjong, pen marker
P&P PROSEDUR : 1. Aktiviti ini dijalankan dalam 4 kumpulan
2. Kaedah penyampaian dalam bentuk pembelajaran koperatif
3. Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua 4. Setiap kumpulan dibenarkan mengadakan
perbincangan mengenai amalan gaya hidup sihat dan menyenaraikan dapatan kumpulan
5. Murid dikehendaki mengisi borang grafik KBKK dalam bentuk grafik pengkelsan
6. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan masing-masing, manakala kumpulan yang lain digalakkan memberi respons
7. Guru membuat rumusan pengajaran Arahan Senaraikan amalan gaya hidup sihat mengikut keutamaan
Bil Amalan Gaya Hidup Sihat 1
2
3
4
5
7
-
AKTIVITI 3 TAJUK : Perkembangan fizikal diri remaja SUBTAJUK : Pengetahuan tentang seksualiti MASA : 1 waktu OBJEKTIF : Murid dapat menyenaraikan persamaan dan perbezaan
perkembangan fizikal remaja lelaki dan remaja perempuan BAHAN : Kertas mahjong, pen marker, bahan rujukan
P&P PROSEDUR : 1. Aktiviti ini dijalankan secara 4 kumpulan
2. Kaedah penyampaian dalam bentuk pembelajaran koperatif
3. Setiap kumpulan diminta melantik seorang ketua 4. Murid membuat rujukan berkaitan tajuk yang diberi
mengikut kumpulan masing-masing 5. Setiap kumpulan dibenarkan mengadakan
perbincangan mengenai perkembangan fizikal diri remaja dan menyenaraikan dapatan
6. Murid dikehendaki mengisi borang grafik KBKK dalam bentuk grafik persamaan dan perbezaan
7. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan masing-masing, manakala kumpulan yang lain digalakkan memberi respons
8. Guru membuat rumusan pengajaran dengan menekankan bahawa perbezaan perkembangan fizikal antara remaja lelaki dengan remaja perempuan bukanlah merupakan halangan untuk saling menghormati antara satu dengan lain
: Arahan Senaraikan persamaan dan perbezaan fizikal remaja lelaki
dan remaja perempuan
PERSAMAAN FIZIKAL Remaja lelaki Remaja perempuan
PERBEZAAN FIZIKAL Remaja lelaki Remaja perempuan
8
-
AKTIVITI 4 TAJUK : Seksualiti remaja SUBTAJUK : Pengetahuan tentang seksualiti SUB-TAJUK : Perbezaan, persamaan dan penyelesaian masalah tingkah
laku remaja OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Membincang perkembangan seksualiti remaja dan
menyelesaikan masalah dengan bijak 2. Mengenal pasti tingkah laku khusus yang ditunjukkan
oleh remaja semasa proses kematangan atau perkembangan sosial dan emosi
3. Membezakan seksualiti antara remaja lelaki dan perempuan dari segi emosi, mental, fizikal dan sosial
MASA : 2 waktu BAHAN P&P : Penyusunan Grafik KBKK PROSEDUR : 1. Penyelesaian masalah dengan bijak
2. Persamaan dan perbezaan NILAI : Mengamalkan seksualiti yang positif
Perkara Isi/Aktiviti Catatan Set Induksi
Guru menyoal murid apakah
masalah remaja masa kini? Mengapa remaja mempunyai
masalah? Apakah kemungkinan masalah
itu boleh diatasi? Apakah cara yang terbaik untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi?
Soal jawab Sumbang saran
Perkembangan Langkah 1
Guru mengedarkan borang
penyusunan grafik untuk menyelesaikan masalah
Murid mengisi borang grafik untuk menyelesaikan masalah yang diberi
Penyelesaian
masalah secara bijak
P&P
9
-
Perkara Isi/Aktiviti Catatan Langkah 2 Apakah perbezaan antara
remaja lelaki dan remaja perempuan dari aspek fizikal, emosi, mental dan sosial
Apakah persamaan yang boleh dikesan di kalangan remaja lelaki dan perempuan
Bagaimana perasamaan dan perbezaan ini dapat membantu memahami tentang seksualiti
Rumusan Guru merumuskan aktiviti
langkah 1 dan langkah 2
Perbincangan
Merumus Guru perlu menjelaskan kepada
murid tentang nilai-nilai seksualiti yang positif
Melalui penyelesaian masalah yang bijak dengan kefahaman perbezaan dan persamaan remaja dapat membantu murid membuat keputusan bijak Contoh : - menghormati hak individu dari
segi seksualiti
10
-
Lampiran 1
PENGURUSAN GRAFIK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN
PERSAMAAN
PERBEZAAN
DARI SEGI
CORAK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN YANG PENTING
KESIMPULAN DARIPADA PENTAKRIFAN
11
-
CONTOH RANCANGAN PELAJARAN Aktiviti 5 TAJUK : Kepentingan tentang seksualiti SUB-TAJUK : Pengetahuan tentang seksualiti MASA : 1 waktu OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid dapat :
1. Melengkapkan grafik KBKK berkaitan dimensi seksualiti
2. Menerangkan unsur-unsur yang terdapat dalam setiap dimensi seksualiti
3. Menyatakan kepentingan pengetahuan seksualiti BAHAN P&P : Gambar, lembaran kerja NILAI : Kerajinan, rasional
Perkara Isi/Aktiviti Catatan Set Induksi Penerangan berdasarkan gambar
tentang budaya masyarakat Malaysia
Perbincangan Sumbangsaran
Guru bersoal jawab berkaitan adat
resam rakyat Malaysia
Perkembangan Guru menjelaskan maksud dan
dimensi seksualiti Perbincangan
Langkah 1 Penerangan Guru menerangkan kepentingan
pengetahuan tentang seksualiti Langkah 2 Murid dibahagikan kepada empat
kumpulan Pembelajaran
berkumpulan Guru mengedarkan lembaran kerja
grafik KBKK untuk dilengkapi oleh murid
12
-
Perkara Isi/Aktiviti Catatan Penilaian Murid melengkapkan grafik KBKK Sumbangsaran Murid membentangkan hasil
perbincangan Perbincangan Soal jawab
Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan hasil kerja yang dibentangkan
Guru meminta murid menyatakan kepentingan pengetahuan seksualiti
Murid menyatakan kepentingan pengetahuan seksualiti
Penutup Guru membuat rumusan pelajaran
dengan menjelaskan bahawa pengetahuan tentang seksualiti amat penting kepada remaja bagi mengenal pasti tingkah laku seksual dan tingkah laku berisiko
Grafik KBKK Pengelasan web
13
-
PENGURUSAN GRAFIK KLASIFIKASI WEB
Biologi
Etika Budaya
Dimensi seksualiti
Psikologi
14
-
AKTIVITI 6 TAJUK : Kekeluargaan SUB-TAJUK : Pengetahuan tentang seksualiti OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid dapat
1. Membincangkan hal-hal berkaitan seksualiti 2. Memberi pendapat untuk penyelesaian masalah
seksualiti 3. Menyenarai cara mengatasi masalah seksualiti
MASA : 1 waktu PROSEDUR : Terapi kumpulan P&P PERINGATAN : 1. Guru perlu peka terhadap murid yang melampaui tahap perkembangan umur. Terapi khas perlu diberi kepada murid ini 2. Keinginan seksual adalah normal. Amalan salah laku
seksual adalah tidak normal.
Perkara Isi/Aktiviti Catatan Set Induksi Gambar, statistik dan keratan akhbar Murid diminta menerangkan
kefahaman sendiri tentang bahan yang diedarkan
Soal jawab
Perkembangan Murid diminta memberi pandangan
tentang pergaulan bebas Perbincangan
Langkah 1 Murid dipecahkan kepada beberapa
kumpulan dan membincangkan tentang cara menghadapai risiko rogol dan cara menghadapi keinginan seksual yang mendadak tinggi
Langkah 2 Murid diminta membentangkan hasil
perbincangan : Perbincangan
kelas cara menghadapi risiko rogol
cara menghadapi keinginan seksual yang tinggi
15
-
Perkara Isi/Aktiviti Catatan Penutup Guru merumuskan langkah 1 dan
langkah 2 Merumus
Guru menjelaskan perkara-perkara
positif tentang cara untuk menghadapi risiko rogol dan masalah seksualiti
Perbincangan
16
-
KEMAHIRAN ASERTIF Kemahiran asertif merupakan satu bentuk komunikasi di mana seseorang individu melahirkan pemikiran, perasaan dan kepercayaannya secara jujur dan terus dengan mengambilkira pemikiran, perasaan dan kepercayaan orang lain. Setiap individu mempunyai hak-hak asasi tertentu. Kemahiran asertif boleh digunakan untuk membantu seseorang individu yang mengalami sesuatu konflik mencapai persetujuan yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak tanpa mengorbankan maruah dan kehormatan diri. MENGAPA PERLU KEMAHIRAN ASERTIF? Kemahiran asertif perlu dikuasai supaya individu boleh menyatakan TIDAK tanpa rasa bersalah, marah atau sebarang tekanan perasaan terhadap desakan daripada sebarang pengaruh. Aktiviti 1 TAJUK : Kekeluargaan SUB-TAJUK : Kemahiran asertif MASA : 1 waktu OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid dapat :
1. Menyatakan tiga situasi selesa dan tidak selesa. 2. Menyenaraikan situasi selesa dan tidak selesa yang
berlaku dalam kehidupan seharian. 3. Menjelaskan kemahiran asertif dalam situasi berisiko
BAHAN P&P : Soal selidik (Lampiran1) NILAI : Keselamatan diri
Perkara Isi/Aktiviti Catatan Set Induksi Murid diminta memberikan
situasi selesa dan tidak selesa.
Perbincangan
Penerangan
Langkah 1 Guru menjelaskan maksud
asertif
Soal-jawab
bersama Penerangan
Murid bersoal jawab berkaitan
kemahiran asertif.
17
-
Perkara Isi/Aktiviti Catatan Langkah 2 Guru mengedarkan helaian soal
selidik dan murid berbincang dalam kumpulan kecil.Murid menjawab soal selidik
Penyelesaian
masalah secara bijak
Penilaian Murid dapat menyatakan YA
atau TIDAK tanpa berasa salah dalam sesuatu situasi
Membanding beza situasi
Penutup Guru merumus hasil
perbincangan murid berkaitan kemahiran asertif
Sumbangsaran
Pebincangan Merumus
18
-
Lampiran 1 ARAHAN : Guru mengedarkan Lampiran A kepada setiap murid Tandakan [ YA ]atau [ TIDAK ] dalam ruang kosong di mana anda dapat memperaktikkan asertif. 1. Menerima pujian tentang kecantikan anda [ ] 2. Menyatakan tidak terhadap permintaan seorang kawan [ ] 3. Menerima pujian tentang sesuatu yang anda telah [ ]
lakukan
4. Mengingati seorang kawan yang telah menyatakan kasih [ ] kepada anda 5. Diajak oleh seseorang untuk temu janji dengan [ ]
seseorang yang tidak dikenali melalui e-mail 6. Diajak oleh seseorang untuk temu janji secara [ ]
bersemuka 7. Menolak temu janji daripada seseorang [ ] 8. Mengaku telah melakukan sesuatu kesilapan [ ] 9. Diberitahu oleh seseorang yang dia menyukai anda [ ] 10. Meminjam sesuatu daripada seorang kawan [ ]
19
-
Aktiviti 2 TAJUK : Kekeluargaan SUB-TAJUK : Kemahiran Asertif MASA : 2 waktu OBJEKTIF : Di akhir pembelajaran murid dapat :
1. Menyatakan maksud pelakuan asertif. (gambaran individu yang tegas diri) 2. Mengenal pasti situasi pelakuan ini patut diamalkan 3. Menyatakan tiga cara mengelakkan diri daripada
situasi yang berisiko. 4. Menjelaskan faedah perlakuan asertif serta hak
mereka untuk menyuarakan perasaan
BAHAN P&P : Senarai situasi, kad arahan NILAI : Perlakuan tegas diri, pasif atau agresif
Perkara Isi/Aktiviti Catatan Set Induksi Guru menerangkan gambaran
tentang situasi asertif dan murid diminta memberi ulasan.
Penerangan
Murid mengenal pasti dan menyenaraikan faedah bersikap asertif
Penerokaan kendiri Langkah 1
Langkah 2 Murid berbincang dalam
kumpulan kecil dan merancang role play yang diberi ( gunakan situasi berasaskan kes 1, 2, dan 4)
Pembelajaran
berkumpulan Sumbangsaran Perbincangan
Langkah 3 Murid merancang role play (main
peranan) berkaitan perlakuan asertif
Perbincangan
Lakonan
Langkah 4 Murid menilai/kenal pasti
perlakuan asertif dalam main peranan
Penerokaan
nilai Perbincangan
20
-
Perkara Isi/Aktiviti Catatan Penilaian Guru merumus penegasan
apabila mengamalkan pelakuan asertif kita dapat membina personaliti yang baik.
Perbincangan
Merumus
Penutup Murid menjawab soalan berikut.
1. Makna pelakuan asertif 2. Menyenaraikan situasi berisiko 3. Senaraikan tiga faedah
kemahiran asertif
21
-
KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH PENERANGAN Kehidupan seseorang remaja umumnya penuh dengan cabaran dan tekanan. Masalah seharian kadangkala mengakibatkan kesan negatif kepada seseorang remaja dan menjejaskan keupayaannya untuk berfungsi secara optimum. Oleh itu, setiap remaja perlu memperoleh kemahiran dalam penyelesaian masalah untuk membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan keupayaannya.
Takrifan penyelesaian masalah : mengenalpasti masalah dan puncanya serta kaedah yang dipilih untuk
mengatasi masalah berkenaan
Faedah kemahiran penyelesaian masalah berupaya : membuat pilihan yang bijak memperoleh keputusan yang bijak mengurangkan tekanan
Langkah-langkah menyelesaikan masalah : mengenal pasti masalah menjelaskan beberapa pilihan cara penyelesaian menilai kebaikan dan keburukan pilihan tersebut bertindak atas pilihan yang telah dibuat menyemak semula keberkesanan tindakan yang telah diambil
MENGAPA PERLU KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH? Kemahiran ini diperlukan untuk membantu remaja mengenal pasti dan menyelesaikan masalah secara rasional. CONTOH RANCANGAN PELAJARAN TAJUK : Kekeluargaan SUB-TAJUK : Kemahiran Menyelesaikan Masalah MASA : 1 waktu OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid dapat :
1. Memberi takrifan penyelesaian masalah 2. Menyenaraikan tiga faedah hasil daripada
penyelesaian masalah
22
-
3. Menyatakan lima langkah utama dalam proses
menyelesaikan masalah BAHAN P&P : Lembaran kerja 1, OHP, keratan akhbar,
grafik berkaitan NILAI : Yakin diri dan berupaya menyelesaikan masalah secara berkesan
Perkara Isi/Aktiviti Catatan Set Induksi Tiga orang murid menceritakan
contoh situasi di mana mereka perlu menyelesaikan masalah
Perbincangan Sumbangsaran
Murid meneliti edaran (nota)tentang kemahiran menyelesaikan masalah
Banding beza kejadian baik dan buruk
Perkembangan Guru menjelaskan takrifan
penyelesaian masalah
Langkah 1 Murid membincang dan
melaporkan butiran berkaitan faedah yang berkesan hasil daripada penyelesaian masalah
Soal-jawab bersama rakan/guru
Sumbangsaran (kumpulan berenam)
Penerangan berkumpulan
Langkah 2 Guru menayangkan grafik/
dialog berkaitan situasi yang bermasalah
Membuat
inferens
Murid membuat kajian kes dalam kumpulan mengikut topik tertentu seperti dalam lembaran kerja
Memberi pendapat dan nilai
Perbincangan Persembahan Rumusan murid
23
-
Perkara Isi/Aktiviti Catatan Penilaian Murid menyebut tiga faedah
hasil daripada penyelesaian masalah
Soal-jawab
Murid menjawab secara bertulis dan melaporkan lima langkah utama dalam proses menyelesaikan masalah
Pelapoaran bertulis
Pemerhatian tingkah-laku semasa beraktiviti
Satu kumpulan memberi satu gambaran situasi bermasalah dan kumpulan yang lain cuba menyelesaikan
Penutup Pengukuhan : guru memberi
rumusan untuk menghadapi masalah :
Bercerita
Memberi pendapat
1. Jangan panik 2. Ingat! setiap masalah ada
jalan penyelesaian 3. Jika perlu : luahkan masalah
kepada orang yang anda percayai
24
-
Lembaran kerja 1
KUMPULAN KAJIAN KES 1. John dalam perjalanan ke kelas tuisyen. Rakan-rakannya
mengajak dia untuk bersama mereka menonton video lucah. Apa yang harus John lakukan?
2. Janet tinggal bersama ibu kandung dan bapa tiri. Semasa
ibunya tiada di rumah, bapa tirinya selalu mengganggu Sofia dengan meraba-raba badan Janet. Apakah tindakan yang patut Janet lakukan dalam situasi ini?
3. Johan telah jatuh cinta dengan seorang kawan dalam "chat club" melalui laman web, dan ini telah menyebabkan dia tidak memberi perhatian kepada pelajaran. Johan akan menghabiskan masa berjam-jam "chatting" dengan kawannya itu. Ibu bapanya marah kerana bil telefon telah meningkat. Johan tidak sanggup memutuskan hubungan dengan kawannya itu. Apa yang harus Johan lakukan?
4. Sara mempunyai ramai kawan yang telah bekerja. Mereka
berpakaian berjenama dan selalu belanja Sara makan di restoran mewah. Mereka sering mengajak Sara keluar berpacaran bersama beberapa orang dewasa dengan menawarkan wang yang lumayan. Patutkah Sara ikut mereka?
25
-
KEMAHIRAN MENGENALPASTI SITUASI BERISIKO Situasi yang berisiko bermaksud situasi yang boleh membawa masalah atau berbahaya kepada seseorang dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Dalam kehidupan seharian kita mestilah dapat mengenal pasti dan membezakan antara perbuatan atau situasi yang selamat dan berisiko. MENGAPA PERLU KEMAHIRAN MENGENALPASTI SITUASI BERISIKO Kemahiran mengenalpasti situasi yang berisiko adalah perlu supaya murid mahir mengenal pasti situasi yang memudaratkan dan tahu untuk menyelamatkan diri. CONTOH RANCANGAN PELAJARAN TAJUK : Seksualiti SUB-TAJUK : Kemahiran mengenalpasti situasi berisiko MASA : 1 waktu OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid dapat :
1. Mengenal pasti sentuhan yang tidak membawa maksud seksual
2. Mengenal pasti tanda-tanda (isyarat dan lisan) yang membawa mesej seksual
3. Membanding beza antara perlakuan serta situasi yang selamat dengan yang berisiko
BAHAN P&P : Kertas mahjung, Lembaran kerja1-3 NILAI : Kebebasan, Hormat menghormati
Perkara Isi/Aktiviti Catatan Set Induksi Murid diminta bangun dan
berpegangan tangan atau memeluk rakan sejenis
Sumbangsaran
Guru bertanya soalan kepada pelajar :
Jawapan:
i. Apakah perasaan anda apabila dipeluk atau dipegang oleh rakan sejenis anda?
1. Tiada apa-apa kesan
2. Geli atau malu
ii. Bagaimana pula kalau anda dipeluk atau dipegang oleh
26
-
Perkara Isi/Aktiviti Catatan rakan bukan sejenis anda?
Perkembangan Guru membahagikan kelas kepada
lima kumpulan Perbincangan
Langkah 1 Sumbangsaran Setiap kumpulan diberikan
lembaran kerja yang berlainan Murid melakukan perbincangan
dalam kumpulan masing-masing lembaran kerja (rujuk) i. sentuhan membawa maksud
seksual ii. mencari cinta sejati iii. kenali isyarat dan istilah
seksual iv. kajian kes : seandainya
masa boleh diundur.
Langkah 2 Setiap kumpulan membuat
persembahan masing-masing
Guru menilai persembahan
tersebut, ahli kumpulan lain diminta merumus hasil persembahan folio
Berkongsi pandangan
Kemahiran mengelaskan
Penilaian Guru meminta murid menutup buku
folio masing-masing Soal jawab
Dengan menggunakan soalan, guru
bertanya kepada pelajar secara rawak : Lembaran kerja 1 :
- Apakah sentuhan yang membawa maksud seksual?
- Apakah sentuhan yang tidak membawa maksud seksual?
Penutup Guru merumuskan pembelajaran
yang telah dijalankan. rumusan
27
-
Lembaran kerja 1
SENTUHAN MEMBAWA MAKSUD SEKSUAL ARAHAN : Senaraikan bentuk sentuhan yang membawa maksud seksual dan yang tidak membawa maksud seksual di dalam lajur yang disediakan.
Sentuhan tidak membawa maksud Sentuhan membawa maksud seksual seksual
28
-
Lembaran kerja 2
MENCARI CINTA SEJATI Arahan:
1. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan tanggungjawab Saiful untuk menjamin cinta sejati mereka :
" ... Robert bertemu dengan Sara dalam satu pesta
sukan sekolah. Robert tertarik dengan perwatakan Sara yang seksi dan manja. Mereka bersetuju berkawan.Selepas 3 bulan menjalinkan hubungan melalui surat, telefon dan e-mail, mereka ingin bertemu.
. Apabila hubungan menjadi intim Robert mengajak Sara
datang ke rumahnya semasa ketiadaan ibu bapa Robert di rumah ... ...
2. Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh Sara untuk
mengelakkan diri dari dinodai cintanya?
29
-
Lembaran kerja 3 KAJIAN KES "Seandainya masa boleh berundur " ARAHAN : 1. Baca petikan di bawah dan bincang bersama rakan sebagaimana arahan
di bawah :
Jennifer, Mia dan Ben merupakan tiga orang rakan karib. Pada satu petang, semasa bersiar-siar, Jennifer dan Mia berjumpa dengan Ben dan teman wanitanya Suzy di perhentian bas. Ben mempelawa untuk menghantar mereka pulang ke rumah. Dalam perjalanan Ben mengajak mereka menghadiri majlis harijadi Suzy. Melihatkan kesungguhan Ben dan Suzy, kedua-dua gadis tersebut bersetuju untuk menghadiri majlis harijadi tersebut.
Dalam majlis tersebut tanpa disedari, minuman Ben, Jennifer dan Mia
telah dicampurkan dengan pil khayal. Apabila tersedar Jennifer dan Mia mendapati bahawa mereka telah diperkosa oleh rakan-rakan Suzy
Bincangkan bersama rakan anda tentang perkara berikut:
i. Murid perempuan : Bincangkan strategi dan tindakan yang
sepatutnya dilakukan oleh Jennifer dan Mia untuk mengelakkan kejadian tersebut dari berlaku
ii. Murid lelaki : Bincangkan peranan Ben bagi mengelakkan
kejadian yang tidak diingini berlaku kepada rakan-rakan karibnya
30
-
CONTOH RANCANGAN PELAJARAN TAJUK : Seksualiti SUB-TAJUK : Kemahiran mengenal pasti situasi berisiko MASA : 1 waktu OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid dapat :
1. Membanding beza sentuhan atau situasi yang membawa maksud seksual dan bukan seksual
2. Menyenaraikan tanda-tanda awal yang mendorong kepada hubungan seks tidak selamat
3. Menyatakan langkah-langkah pencegahan awal daripada berlaku hubungan seks
BAHAN P&P : Kajian Kes 1 dan Kajian Kes 2 NILAI : Menghargai diri sendiri
Perkara Isi/Aktiviti Catatan Set Induksi Guru memaparkan gambar
seorang doktor memeriksa pesakit dengan membuat sentuhan.
4. Soal jawab
5. Sumbangsaran
Seseorang dipeluk apabila mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan.
Seseorang diselamatkan dalam situasi kecemasan.
Guru bertanya; adakah sentuhan atau situasi itu adalah sentuhan atau situasi yang selamat atau tidak selamat.
Perkembangan Guru memberi penerangan mengenai
perbezaan situasi yang membawa maksud sentuhan seksual dan bukan seksual
Pembelajaran berkumpulan Langkah 1
31
-
Perkara Isi/Aktiviti Catatan Langkah 2 Guru mengedarkan kajian kes 1
dan kajian kes 2 Murid dibahagikan kepada empat
kumpulan untuk sesi perbincangan, membuat skrip lakonan berkaitan kajian kes yang diberikan oleh guru
Berkongsi pandangan
Kemahiran mengelaskan
- Kump. 1&2 : Kajian Kes 1 - Kump. 3&4 : Kajian Kes 2
Langkah 3 Murid melakukan perbincangan
dalam kumpulan masing-masing
Sumbangsaran
Bekerjasama Langkah 4 Setiap kumpulan membentang
hasil perbincangan
Pembentangan
Guru membuat penilaian Guru membuat penilaian bagi
setiap persembahan
Penilaian Guru bertanyakan murid, catatan
dibuat di papan tulis dalam bentuk peta minda
Soal jawab Membuat peta
minda - Apakah situasi yang boleh
mendorong kepada hubungan seks
- Bagaimanakah kita boleh menghindari daripada situasi tersebut?
Penutup Guru merumuskan pembelajaran
hari ini dengan bantuan murid rumusan
Guru perlu menjelaskan keburukan
hubungan seks Guru membimbing murid merumus
pembelajaran.
32
-
Lembaran Kerja 1 KAJIAN KES 1 TAJUK : "Remy dan Sarah" Remy dan kawan-kawannya mengunjungi sebuah pusat hiburan.
Sambil menyanyi mereka minum minuman keras sehingga mabuk. Sarah yang mabuk telah mengajak Remy balik. Remy memandu kereta. Dalam perjalanan balik Remy meminta Sarah menciumnya. Sarah menolak, tetapi Remy terus memujuk rayu agar Sarah membuktikan cintanya. Timbul perasaan serba salah dalam diri Sarah sama ada untuk menerima atau menolak pujuk rayu Remy. Sarah dalam dilema.
KAJIAN KES 2 TAJUK : "Gina dan Kenalan Lama"
Semasa membeli-belah di sebuah pasaraya, Gina menemui teman lamanya, Mike. Setelah berbual-bual, Mike mengajak Gina bersiar-siar. Kerana telah mengenali dan mempercayai Mike, Gina tidak menolak pelawaan Mike. Mike membawa Gina berjumpa dengan sekumpulan Mat Motor. Mike meminta Gina menunggu disitu kerana katanya ada hal yang mustahak. Mike bersama tiga orang Mat Motor tadi beredar dari situ dan pulang 20 minit kemudian. Kemudian Mike meminta Gina pulang bersama beberapa orang Mat Motor tadi setelah memberitahu motosikalnya rosak. Dalam perjalanan, Gina telah dibawa ke suatu tempat yang tidak diketahui. Gina diberitahu bahawa Mike telah kalah perlumbaan dan Gina adalah pertaruhan mereka kerana diugut dan rasa takut, Gina terpaksa menyerahkan tubuhnya kepada Mat Motor tersebut.
33
-
KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN BERTANGGUNGJAWAB DAN PILIHAN BIJAK Di dalam kehidupan harian setiap individu menghadapi pelbagai cabaran hidup dan perlu membuat keputusan yang bijak dan bertanggungjawab. Dalam hal seksualiti remaja, terdapat beberapa tingkah laku berisiko dan remaja perlu berhati-hati menghadapi tekanan-tekanan rakan sebaya yang boleh menjerumuskan mereka kepada risiko tersebut. Sememangnya amat sukar menolak tekanan rakan sebaya dan adalah penting bagi remaja mempelajari strategi membuat pilihan bijak dan keputusan yang bertanggungjawab.
MENGAPA PERLU KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN BERTANGGUNGJAWAB DAN PILIHAN BIJAK?
Kemahiran bertanggungjawab penting supaya seseorang remaja boleh membuat pilihan bijak dalam isu-isu berkaitan seksualiti dan bersedia untuk bertanggungjawab ke atas keputusan yang dibuat.
Aktiviti 1 TAJUK : Seksualiti SUB-TAJUK : Kemahiran membuat keputusan bertanggungjawab dan pilihan bijak MASA : 1 waktu OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid dapat :
1. Menyatakan tiga sifat yang ada pada remaja pilihan 2. menerangkan tiga situasi yang kritikal (tidak selamat) 3. Pelajar dapat mengenal pasti isu-isu positif dan negatif
jika mereka melibatkan diri dengan percintaan BAHAN P&P : Kertas mahjung, pen marker dan
gambar foto (pelbagai personaliti) NILAI : Berterus terang, kerjasama, peka
Perkara Isi/Aktiviti Catatan Set Induksi Guru mengedarkan gambar foto
(pelbagai personaliti) Perbincangan
Penerangan Murid melakukan inferens
mengenai gambar foto yang 34
-
Perkara Isi/Aktiviti Catatan diedarkan
Langkah 1 Murid dibahagikan kepada
empat kumpulan
Nilai kepimpinan
& kerjasama Setiap kumpulan diberi tajuk-
tajuk perbincangan Kump.1 : Bilakah masanya
paling sesuai untuk anda memikirkan urusan percintaan?
Guru mendapatkan pandangan murid dan memberi panduan
Kump.2 : Pada pandangan anda apakah kebaikan dan keburukan bercinta di zaman persekolahan?
Guru membimbing dan memberi pandangan positif
Kump.3 : Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada individu pilihan anda untuk dijadikan sebagai pasangan hidup?
Gambar foto individu sebagai role model
Contoh kajian kes
Kump.4 : Bagaimanakah
caranya kamu boleh mengelak/hindar situasi yang menjurus kepada salah laku seks?
Langkah 2 Membentangkan hasil
perbincangan
Menggalakkan penglibatan murid
Sumbangsaran daripada murid lain
Penutup Guru menyenaraikan isu-isu
positif dan negatif hasilan daripada rumusan aktiviti kumpulan
Mengisi jadual ciri-ciri positif & negatif
Murid melengkapkan jadual ciri-ciri positif & negatif
35
-
Aktiviti Pengukuhan : YA TIDAK1. Saya keluar rumah hingga larut malam tanpa kebenaran
ibu bapa.
2. Untuk mengelak perkara yang tidak diingini, saya harus berwaspada dari segi berpakaian dan tingkah laku
3. Bercinta tidak sesuai pada zaman persekolahan
4. Bahan-bahan lucah akan mengakibatkan perkembangan
pemikiran negatif 5. Saya akan menjauhi situasi yang tidak selamat
36
-
KEMAHIRAN MENINGKATKAN HARGA DIRI Aktiviti 1 TAJUK : Harga Diri SUB-TAJUK : Kemahiran meningkatkan harga diri MASA : 1 waktu OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid dapat :
1. Menguasai kemahiran memuji orang lain 2. Memberi sekurang-kurangnya dua pujian kepada
rakan berlainan gender 3. Menyatakan faedah memuji orang
BAHAN P&P : Senarai kata nama, Lembaran kerja 1 NILAI : Menghargai orang lain
Perkara Isi/Aktiviti Catatan Set Induksi Kad-kad imbasan dipamerkan di
depan (contoh: cantik, rajin, anggun, gagah dll.)
6. Sumbangsaran
Murid diminta mengaitkan kad nama tersebut dengan rakan dalam kelas.
Perkembangan Murid dibahagikan kepada dua
kumpulan
Langkah 1 Murid berdiri dalam dua bulatan,
satu bulatan di luar dan satu bulatan di dalam
Permainan kumpulan
Pembelajaran berpasangan
Murid bulatan dalam bersemuka dengan murid bulatan luar
Secara bergilir-gilir, murid akan menyatakan ciri-ciri positif pasangan masing-masing
Selepas dua minit bulatan dalam diminta bergerak ikut jam/lawan jam
Aktiviti ditamatkan selepas 1 pusingan
Murid diminta menyatakan perasaan diri selepas memberi pujian
37
-
Perkara Isi/Aktiviti Catatan Langkah 2 Setiap murid menyediakan dua
pujian untuk seorang rakan yang berlainan gender
1. Pembelajaran
rakan sebaya
Dengan sukarela murid berdiri dan meminta rakan yang hendak dipuji berdiri. Murid memberi pujian (contoh: Ali memuji Aminah "awak sungguh hebat kerana telah menjuarai pertandingan syarahan Bahasa Inggeris, awak tidak sombong, awak suka membantu orang lain.
2. Penerokaan nilai
Guru menegaskan bahawa : - cara memuji mestilah sopan - perlu memuji dengan ikhlas - bila memuji kita menghargai
orang lain dan meningkatkan harga diri kita
Penilaian Murid menjawab lembaran kerja Perbincangan dan membuat
rumusan bersama
Penutup Murid membaca ungkapan berikut : Ada ubi ada batas
Ada budi ada balas Kita puji dengan ikhlas Semoga hati ..... .....
38
-
Lembaran kerja 1 JAWAB SEMUA SOALAN 1. Semasa memuji orang lain,
a. kita patut berniat ...........
b. Kita menggunakan kata-kata yang ...........
c. Kita tidak menyebabkan orang lain berasa ...........
2. Beri dua contoh ayat bagaimana anda memuji seorang rakan yang
berlainan gender
a. ......................................................
b. ......................................................
3. Nyatakan dua faedah memuji orang lain
a. ......................................................
b. ......................................................
39
-
KEMAHIRAN MENDAPAT BANTUAN Apabila anda atau rakan anda menjadi mangsa penderaan, gangguan seksual atau kejadian rogol, JANGAN MENDIAMKAN DIRI, anda MESTI melaporkan kepada salah seorang daripada berikut iaitu ibu bapa, ahli keluarga, guru, guru agama, kaunselor, jururawat, doktor, rakan pembimbing, polis, agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan( NGO) atau orang dewasa yang boleh dipercayai. MENGAPA PERLU KEMAHIRAN MENDAPAT BANTUAN? Kemahiran menyampaikan apa yang telah berlaku kepada diri atau rakan adalah perlu supaya anda tahu kepada siapa dan bagaimana untuk mendapatkan bantuan. Anda boleh beritahu secara langsung atau tidak langsung, secara berselindung atau bersyarat kejadian tersebut kepada orang yang anda telah pilih. AKTIVITI TAJUK : Seksualiti SUB-TAJUK : Kemahiran mendapatkan bantuan MASA : 1 waktu OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid dapat :
1. Mengenal pasti kepada siapa untuk mendapatkan bantuan
2. Menyatakan bagaimana untuk mendapatkan bantuan BAHAN P&P : Lembaran kerja 1 dan lembaran kerja 2 NILAI : Berani, berterus -terang
Perkara Isi/Aktiviti Catatan Set Induksi Dengan menggunakan keratan
akhbar yang menyiarkan berita tentang sumbang mahram, guru menerangkan definisi 'sumbang mahram' dan bertanyakan pendapat murid mengapa ianya berlaku
Perbincangan Soal jawab
Sumbangsaran
40
-
Perkara Isi/Aktiviti Catatan Perkembangan Guru mengedarkan lembaran kerja 1
untuk murid memilih seseorang yang mereka akan temui untuk mendapatkan bantuan jika anda atau rakan anda menjadi mangsa penderaan seks, gangguan seksual atau rogol
Langkah 1
Langkah 2 Guru meminta beberapa orang murid
menjelaskan kenapa mereka memilih tindakan tersebut
Langkah 3 Guru mengedarkan lembaran kerja 2
sebagai panduan kepada murid untuk menjalankan main peranan bagaimana menyatakan kejadian penderaan seks, gangguan seksual dan rogol kepada orang yang dipilih dalam lembaran kerja 1
Main peranan
Menyelesaikan masalah
Langkah 4 Guru menerangkan empat cara
bagaimana remaja boleh memberitahu apa yang berlaku kepada mereka atau rakan mereka dan menyenaraikannya
Penerangan
Penilaian Murid dapat mengenal pasti individu
mana yang mereka boleh dapatkan bantuan
Bimbingan dan keyakinan kepada muird
Murid dapat menguasai kemahiran bagaimana menyatakan apa yang berlaku ke atas mereka atau rakan mereka
Penutup Guru merumuskan perkara-perkara
yang mesti dilaporkan dan kepada siapa mesti dilaporkan
Guru memberi contoh-contoh atau situasi lain yang boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual sama ada melalui percakapan, perlakuan atau isyarat
41
-
Lembaran kerja 1
ARAHAN 1. Jika anda atau rakan anda menjadi mangsa kejadian rogol, gangguan
seksual atau penderaan seks, siapakah yang akan anda beritahu atau hubungi untuk mendapakan bantuan. Sila pilih satu
a. Ibu
b. Bapa
c. Guru
d. Guru agama
e. Kaunselor
f. Jururawat
g. Doktor
h. Rakan pembimbing
i. Polis
j. Lain-lain. Sila nyatakan ___________________________________________________ ___________________________________________________
2. Jelaskan pilihan anda itu :
42
-
Lembaran kerja 2
MAIN PERANAN Seorang rakan remaja anda telah diperkosa oleh bapa saudaranya. Nyatakan bagaimana : 1. Anda hendak memberitahu perkara tersebut kepada orang pilihan anda
seperti dalam lembaran kerja 1. 2. Anda hendak membantu rakan anda itu supaya dia memberitahu perkara
tersebut kepada orang pilihannya seperti dalam lembaran kerja 1 CONTOH CARA-CARA UNTUK MEMBERITAHU KEJADIAN YANG BERLAKU SITUASI 1A : BERITAHU SECARA LANGSUNG
"........... saya telah dirogol oleh .................. di rumah ................ "
SITUASI 1B : BERITAHU SECARA LANGSUNG
"...........kawan saya telah dirogol oleh .................. di rumah ................
SITUASI 2A : BERITAHU SECARA TIDAK LANGSUNG
" .........., Pak Long telah kacau saya tidur malam tadi"
SITUASI 2B : BERITAHU SECARA TIDAK LANGSUNG
" .........., Pak Longnya telah kacau kawan saya tidur malam tadi"
SITUASI 3 : PEMBERITAHUAN SECARA BERSELINDUNG
" ............., saya tahu siapa yang pernah kena usik sebegitu"
43
-
SITUASI 4A : PEMBERITAHUAN BERSYARAT
" .............., saya ada masalah tetapi .......... mesti berjanji untuk tidak beritahu
sesiapa tentang apa yang saya nak katakan ................"
SITUASI 4B : PEMBERITAHUAN BERSYARAT
" .............., kawan saya ada masalah tetapi .......... mesti berjanji untuk tidak
beritahu sesiapa tentang apa yang dia nak katakan ................"
44
m6-1.pdfKATA PENGANTAR
m6-2.pdfPanel Membina dan Kawal Mutu
m6-3.pdfBERILMU PENGETAHUANRUMUSAN GURUCABARAN REMAJA MASA KINICABARAN REMAJA MASA KINIAKTIVITI 2AKTIVITI 3
AKTIVITI 4CONTOH RANCANGAN PELAJARANAktiviti 5AKTIVITI 6
KEMAHIRAN ASERTIFAktiviti 1Aktiviti 2KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH
PENERANGANCONTOH RANCANGAN PELAJARANKUMPULAN KAJIAN KES KEMAHIRAN MENGENALPASTI SITUASI BERISIKO
CONTOH RANCANGAN PELAJARANMENCARI CINTA SEJATI
CONTOH RANCANGAN PELAJARANAktiviti 1KEMAHIRAN MENINGKATKAN HARGA DIRIAktiviti 1
KEMAHIRAN MENDAPAT BANTUANAKTIVITIMAIN PERANANCONTOH CARA-CARA UNTUK MEMBERITAHU KEJADIAN YANG BERLAKU
top related