| khamis, 2 jun 2016 7 setempat gejala sakit … mereka yang diserang sakit jantung dan berusia 40...

Post on 09-Mar-2019

220 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

EHASLEEN BACHIKhasleen@sph.com.sg

USIANYA baru 40 tahun. Na-mun, pesakit kencing manis itusudah mengalami serangan jantung.

Itulah pengalaman yang dising-kap Profesor Madya, Abdul RazakjrOmar, dari Pusat Jantung Raffles,Hospital Raffles.

“Saya baru sahaja merawat se-orang wanita penghidap kencing ma-nis yang berusia 40 tahun dan terke-na serangan jantung. Amat jarangmelihat mereka yang diserang sakitjantung dan berusia 40 tahun tanpapenyakit seperti kencing manis, ta-hap kolesterol yang tinggi atau me-rokok.”

Menurut Dr Razakjr, beliau lebihkerap melihat penghidap sakit jan-tung wanita berusia dalam pertenga-han 60-an.

“Bagaimanapun, bagi wanitayang berpenyakit seperti kencingmanis, masalah jantung akan tibalebih awal,” ujar pakar jantung ber-usia 45 tahun itu, yang mula mence-buri bidang kardiologi sejak tahun2000 dan kini menerajui gerakanGeng Sihat SG (GSSG).

Sementara itu, Konsultan Ber-sekutu Jabatan Kardiologi, HospitalTan Tock Seng (TTSH), Dr DeannaKhoo, melahirkan kebimbangannyamemandangkan tidak ramai yang se-dar akan bahaya ekoran kehadiranpenyakit jantung yang umpama‘pembunuh senyap’ itu.

Apatah lagi dalam kalangankaum wanita, gejalanya tidak begitumenyerlah.

“Walaupun tanda klasik sepertisakit dada adalah serupa, wanita le-bih cenderung mendapat gejalayang tidak begitu lumrah sepertisenak dan gangguan pencernaan,sesak nafas, sakit belakang, malahkadangkala tanpa sebarang ketidak-selesaan yang ketara di bahagian da-da,” kata Dr Khoo.

Gejala yang tidak ketara itu, tam-bah beliau, termasuk rasa loya, pe-ning lalat, sakit pada satu atau ke-dua-dua lengan, rahang, leher ataubahagian belakang.

“Kaum wanita boleh mengambillangkah bagi memahami gejala unikpenyakit jantung dan mula me-ngurangkan risiko menghadapi pe-nyakit itu,” tambah Dr Khoo.

Menyentuh tentang mengapa ge-jala sakit jantung dalam kalanganwanita kurang ketara, Dr Razakjrberkata:

“Ini mungkin kerana sifat dan bu-daya mereka yang cenderung tidakmenghebohkan tanda yang mereka

alami. Mungkin juga manifestasipenyakit ini berbeza. Mereka (wani-ta) cenderung mengalami penyempi-tan pada arteri lebih kecil. Oleh itu,sakit dada yang mereka alami tidakbegitu kuat.”

Memberi contoh, Dr Razakjr sen-

diri pernah menangani wanita ber-usia 50-an tahun yang menghidapikencing manis.

“Gejala serangan jantungnya ada-lah ekoran asyik letih sejak kebela-kangan dan bukannya ekoran sakitdada. Beliau kemudian berasa nor-mal menyusuli rawatan pemasa-ngan stent koronari yang melancar-kan semula saluran darah di jantung-nya,” imbas Dr Razakjr.

Menurut Dr Khoo pula, ramaiberanggapan mereka tidak perlumenjalani ujian kesihatan bagi jan-tung sehingga lebih berusia.

Beliau menyarankan agar men-jalani ujian kolesterol setiap limatahun mulai usia 20 tahun. Namun,jika ada anggota keluarga yangmenghidapi sakit jantung, adalahlebih baik ujian kolesterol bermulalebih awal.

Apa yang merupakan salah tang-gapan ramai, kata Dr Razakjr pulaialah: “Jika anda berasa sihat, andasihat!

“Sakit jantung boleh wujud se-cara senyap terutama dalam kala-ngan mereka yang menjalani kehidu-pan sedentari (kerap duduk dantidak banyak bergerak).”

Apatah lagi disertai penyakit kro-nik lain seperti darah tinggi, obesitidan sebagainya.

PESERTA yang me-nyertai pemeriksaan kesi-hatan di Masjid Al-Ma-waddah Sabtu ini akanmendapat rujukan melebi-hi nasihat lanjut daripadadoktor.

Ini termasuk pendidi-kan berhubung pengesa-nan awal, perubahan gayahidup melalui dua prog-ram pengurusan kencingmanis dan kaunselingkewangan daripada peker-ja sosial perubatan.

Semua itu adalah usa-ha Sengkang Health(SKH) yang mengambil ini-siatif menjelang pembu-kaan Hospital Besar danMasyarakat Sengkang pa-da 2018 bagi mendampi-ngi pemimpin masyarakatdan badan keagamaan ba-gi membaiki kesejahte-raan penduduk dalam me-merangi kencing manis.

Pakar endokrinologiSengkang Health, Dr Sue-ziani Zainudin, berkata:

“Diabetes adalah kea-daan yang memerlukanpenjagaan diri agar pesa-kit dan pengurusan penya-kit bakal lebih baik.”

Sebagai pakar endokri-nologi, Dr Sueziani meli-hat setiap pesakit di klinikkira-kira 30 minit sekalidalam tiga atau empat bu-lan.

Sebagai sebahagian pa-sukan pelbagai disiplin, pi-haknya memberikan pan-duan penjagaan untuk ba-ki tempoh tersebut.

“Apa yang lebih pen-ting adalah bagaimana pe-sakit mengurus kehidupansehari-hari dan kegiatanmereka.

“Pesakit memerlukanpaling banyak sokonganmasyarakat – keluargamereka, doktor penjagaanutama atau pertubuhankeagamaan serta persatu-an bantu diri,” ujar DrSueziani.

Menyentuh ujian kesi-hatan percuma bersempe-na Hari Keluarga dari 8 pa-gi hingga 12 tengah hari

itu, pengerusi eksekutifLembaga Pentadbir Mas-jid Al-Mawaddah, EncikSharifuddin MohamedAli, berkata:

“Sebahagian besar pe-ratusan penerima BantuanKewangan (FA) kami dike-tahui menghidapi penya-kit kronik seperti kencingmanis.

“Ada di antara merekasudah mendapat pemerik-saan perubatan dan susu-lan secara tetap tetapimungkin terdapat lebihkeperluan bagi mengenalpasti dan membantu mere-ka yang masih belum dike-san dan belum dirawat.

“Kami berharap men-

dekati lebih banyak kelu-arga berpendapatan ren-dah kerana pemeriksaankesihatan klinikal disedia-kan secara percuma bagimereka yang berumur 40tahun ke atas.”

Jika Sengkang Healthmenawarkan pegawai per-ubatan sosial bagi men-jelaskan kepada merekayang mungkin khuatir kosrawatan jangka panjang,Lembaga Penggalak Kesi-hatan (HPB) pula mena-warkan dua program cam-pur tangan iaitu ‘Pra-diabetes’ (tiga minggu)dan ‘Take Charge!’ (enamminggu) bagi mereka yangmemerlukannya.EHASLEEN BACHIK

Gejala sakitjantung

di kalangan wanitakurang ketara

Sertai ujian kesihatan di Masjid Al-Mawaddahdan dapatkan bimbingan susulan

PENYAKIT JANTUNG ‘PEMBUNUH SENYAP’: Dr Deanna Khoo melahirkankebimbangannya memandangkan tidak ramai sedar bahaya ekoran kehadiran penyakitjantung yang bagaikan ‘pembunuh senyap’ itu. – Foto NHG

UJIAN KESIHATAN DI MASJID AL-MAWADDAH

DR SUEZIANI: Pesakit perlusokongan masyarakat. – Fotofail DR SUEZIANI ZAINUDIN

Tarikh: Sabtu, 4 Jun 2016.Masa: 8 pagi hingga 12 tengah hari.Tempat: Tingkat 4, Masjid Al-Mawaddah.Kelayakan: 40 tahun ke atas. Bawa kad pengenalan.Pendaftaran: Perlu daftar lebih awal dengan hubungitalian 6489-0224 atau ke pejabat masjid (waktu pejabat).

Semua peserta yang berdaftar akan diberi masa bagitemu janji dan mereka harus menepati masa.

Peserta juga perlu berpuasa sekurang-kurangnya lapanjam sebelum ujian. Hanya minuman air jernih dibenarkan.

Bagi yang perlu memakan ubat, usah makan ubatkencing manis. Ubat darah tinggi bagaimanapun dibenarkan.Keputusan ujian: Tidak diberi pada hari pemeriksaan.Bakal ada sesi susulan.Bayaran: Percuma.

DR ABDUL RAZAKJR: Pakar jantung iniberkata beliau amat jarang melihatmereka yang diserang sakit jantung danberusia 40 tahun tanpa penyakit sepertikencing manis, tahap kolesterol yangtinggi atau merokok. – Fto fail

Berita Harian | Khamis, 2 Jun 2016 7

Berita SETEMPAT

top related