amirul idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah...

26
M ajlis perasmian Pusat Perniagaan Lim berlangsung dengan meriah. Ribuan tetamu yang hadir memenuhi undangan mereka. Tetamu yang hadir datang dari pelbagai bangsa, tetapi mempunyai satu persamaan, mereka semua datang dari golongan berada yang rata-ratanya berstatus VIP. Orang yang dianggap ‘penting’ di Malaysia. Deretan kereta mewah tidak putus-putus tiba semenjak pukul 7:00 malam. Pelbagai ragam manusia yang keluar dari perut-perut kereta mewah itu. Tidak kurang juga ada sesetengah tetamu yang datang dengan pakaian yang agak pelik. Pelik pada mata rakyat kelas pertengahan, normal bagi pandangan rakyat kelas atasan. ‘Up-to-date’ kata mereka. Ada tetamu yang hadir dengan berpakaian sopan.

Upload: ngodieu

Post on 24-Jul-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amirul Idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan. Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai

Majlis perasmian Pusat Perniagaan Lim berlangsung dengan meriah. Ribuan tetamu yang hadir

memenuhi undangan mereka. Tetamu yang hadir datang dari pelbagai bangsa, tetapi mempunyai satu persamaan, mereka semua datang dari golongan berada yang rata-ratanya berstatus VIP. Orang yang dianggap ‘penting’ di Malaysia.

Deretan kereta mewah tidak putus-putus tiba semenjak pukul 7:00 malam. Pelbagai ragam manusia yang keluar dari perut-perut kereta mewah itu. Tidak kurang juga ada sesetengah tetamu yang datang dengan pakaian yang agak pelik. Pelik pada mata rakyat kelas pertengahan, normal bagi pandangan rakyat kelas atasan. ‘Up-to-date’ kata mereka.

Ada tetamu yang hadir dengan berpakaian sopan.

Page 2: Amirul Idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan. Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai

Amirul Idham

8

Ada sesetengah tetamu dengan selamba menayangkan separuh buah dada untuk tatapan umum. Baik yang muda mahupun yang sudah berstatus senja, tanpa segan silu mereka menayangkan ‘aset’ mereka. Ada juga mulut yang bersahaja memerli si tua yang berpakaian menjolok mata, namun perlian itu tidak dilayan. Telinga dipekakkan. Bagi mereka; ‘Ini badan aku. Suka hati akulah aku nak pakai apa.’

Tetamu yang hadir dihidangkan dengan pelbagai juadah yang disediakan oleh penganjur majlis. Semua juadah disediakan oleh chef-chef selebriti yang terkenal di seantero Malaysia. Semua nama makanan yang dihidangkan berasal dari bahasa yang dituturkan oleh bangsa berkulit putih.

Shah berasa kagum melihat suasana di majlis pelancaran ini. Tidak pernah seumur hidup dia menghadiri majlis berskala besar dan mewah seperti ini. Dia hanya memerhatikan gelagat para tetamu yang hadir. Kadang-kala dia tergelak kecil melihat gelagat orang-orang kaya yang cuba menunjuk-nunjuk dan berlawan harta kekayaan dengan kawan-kawan perniagaan mereka. Masing-masing cuba bermegah, tidak mahu kalah. Masing-masing mahu tunjuk harta kebendaan mereka.

“Aku ada rumah besar.”

“Aku ada kapal besar.”

“Aku ada helikopter peribadi.”

Shah tergelak kecil lagi. Pada mata dia, kesemua orang kaya ini bagaikan kanak-kanak kecil yang cuba

Page 3: Amirul Idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan. Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai

Kota Teroris : Zodiak

9

menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan.

Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai jalinan persahabatan? Wujudkah istilah kawan dalam kehidupan mereka? Bila berjumpa secara berdepan, hubungan mereka memang rapat. Akrab bagaikan adik-beradik sedarah, air dicincang tak akan putus. Tetapi apabila di belakang, kawan baik itulah yang biasanya menjadi bahan makian dan cacian. Jika punya peluang untuk menikam, pasti mereka akan memberikan tikaman sedalam yang mungkin supaya kawan mereka terkulai dan tersembam.

Mereka akan sentiasa memantau situasi perniagaan kawan mereka. Apabila didapati kawan mereka rebah, mereka kononnya cuba memberikan pertolongan. Tetapi sebenarnya, mereka cuba mengambil kesempatan yang terhidang. Jika kawan tersebut mula menunjukkan tanda kegoyahan, dia bakal menjadi orang pertama menghulurkan tangan tanda memberikan bantuan untuk membeli perniagaan kawan mereka itu. Kemudian, kawan itu hanya akan dipandang sepi kerana sudah tidak punya kepentingan pada mereka lagi. Mereka adalah opportunist. Mereka bagaikan burung Hering yang menantikan mayat dan bangkai yang tidak mampu melawan untuk dijadikan hidangan santapan.

“Dunia orang kaya, kau susah nak jangka. It’s a dog eat dog world out there.” Pesanan pak longnya itu masih utuh melekat di dalam ingatan Shah. Pak Longnya itu kemudian meninggal dalam keadaan muflis 2 tahun lepas akibat ditipu oleh kawan baiknya. Kawan

Page 4: Amirul Idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan. Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai

Amirul Idham

10

pak longnya itu lari ke luar negara dan gagal dikesan sehingga kini. Terbit rasa kecewa di hati Shah apabila memikirkan yang kawan pak longnya itu masih bebas di luar sana dan dia masih gagal menunaikan janjinya kepada mak long yang dia akan mencari orang yang menjadi punca kematian pak longnya itu.

Namun, bukan semua orang kaya mempunyai perangai yang buruk seperti apa yang selalu dibayangkan oleh orang kebanyakan. Ada juga orang kaya yang lebih suka dengan kehidupan low profile dan bersifat baik hati. Mereka selalu memberikan derma kepada badan kebajikan dan rumah anak-anak yatim. Mereka selalu menyumbangkan wang untuk mendirikan masjid-masjid baru. Menderma pun secara senyap-senyap.

Ya. Ramai juga orang kaya yang masih punya akhlak dan budi pekerti yang baik. Memang resam manusia begitu, ada yang baik dan ada yang buruk. Bukan semua buah rambutan yang tumbuh pada pokok yang sama rasanya manis. Ia terletak kepada hati dan iman manusia itu sendiri. Dan kerana kelakuan buruk segelintir orang kaya ini jugalah yang menyebabkan sesetengah orang dari golongan rendah atau golongan pertengahan selalu memandang serong terhadap orang kaya. Memang sifat manusia yang suka meng-stereotype-kan manusia lain mengikut kelas tertentu. Mereka menganggap golongan kaya semuanya tipikal, suka menunjuk kemewahan mereka dan mempunyai keluarga yang rosak akhlak dan goyah pegangan agama. Pandangan tipikal memang tidak boleh dielakkan dari dalam minda seorang manusia. Sama seperti pandangan tipikal golongan kaya kepada golongan pertengahan

Page 5: Amirul Idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan. Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai

Kota Teroris : Zodiak

11

dan golongan miskin.

“Jauh kamu termenung, Shah? Ke kamu dah rambang mata tengok anak dara orang kaya ni?” Tiba-tiba Hasnan menegur, mematikan lamunan Shah yang sudah melayang jauh entah ke mana.

“Eh? Ada ke macam tu pulak, tuan. Saya mana layak dengan anak orang kaya semua ni. Enggang sama enggang. Pipit dengan pipit.” Shah menidakkan tekaan Hasnan, walaupun sebenarnya mata Shah tidak lepas dari memandang anak-anak orang kaya yang hadir.

“Sekarang zaman moden, Shah. Pipit dah boleh bertukar jadi Enggang. Dan kalau Enggang terlampau selesa dan leka di langit, mereka boleh terhempas dan menjadi Pipit juga nanti.”

“Amboi. Bermadah-madah pulak tuan malam ni.”

“Macam mana tak bermadah. Anak-anak perempuan orang kaya ni dah buat saya tak keruan jugak. Tengok diorang pakai tu. Yang ini dedah dada. Yang itu dedah peha. Goyang juga iman saya ni.”

Shah dan Hasnan ketawa serentak. Hasnan merupakan rakan sekerja yang lebih senior bagi Shah. Hasnan 8 tahun lebih berusia dari Shah. Hasnan banyak memberi tunjuk ajar kepada Shah semenjak Shah menjadi anggota polis. Dia tidak pernah sesekali lokek ilmu. Segala pengetahuan dan pengalaman dicurahkan kepada Shah. Hubungan rapat antara Shah dan Hasnan menyebabkan seluruh balai menggelarkan mereka ‘adik-beradik jadian’. Hasnan baru sahaja dinaikkan pangkat menjadi Penolong Penguasa Polis (ASP) dua

Page 6: Amirul Idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan. Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai

Amirul Idham

12

bulan lepas. Dia masih agak kekok dengan pangkat barunya. Kadang-kadang dia masih tersasul menyebut dirinya sebagai ‘Inspektor Hasnan’.

“Tuan try la. Manalah tahu boleh sangkut sorang dua malam ni.” Shah sengaja mengusik Hasnan.

“Ish… Kamu tu muda lagi. Bujang. Kamu lah pergi. Lagipun saya nak letak mana bini saya dekat rumah tu? Mau saya kena hambat dengan bini saya karang. Mati saya. Saya tak nak tidur luar. Sejuk.” Hasnan menjawab sambil tersenyum kecil.

“Diorang tak pandang inspektor macam saya ni, tuan. Diorang pandang ASP je. Lagipun, nanti Puan Aishah dapatlah payung emas.” Shah berseloroh lagi. Mereka ketawa serentak lagi.

“Jangan mimpi la isteri saya bagi saya kahwin lagi. Kau cubalah, Shah. Lagipun, aku tengok anak dara orang kaya ni dari tadi asyik senyum-senyum dekat kamu”

Benar kata Hasnan. Bukan seorang dua, tetapi sudah ramai perempuan yang hadir melemparkan senyuman pada Shah. Tidak kurang juga yang asyik merenung Shah tanpa henti-henti. Dia mempunyai paras rupa yang kacak, berkulit sawo matang, tinggi dan berpenampilan segak. Tidak hairan dia menjadi tumpuan buat anak-anak orang kaya yang hadir di majlis tersebut.

“Mempersilakan Datuk Alex Lim naik ke pentas untuk memberikan sepatah dua kata, seterusnya merasmikan majlis untuk hari ini.”

Page 7: Amirul Idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan. Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai

Kota Teroris : Zodiak

13

Ucapan dari pengacara majlis yang berada di atas pentas telah menghentikan perbualan antara Shah dan Hasnan. Datuk Alex Lim lantas naik ke pentas.

Siapa yang tak kenal Datuk Alex Lim? Rasanya, semua rakyat Malaysia mengenali Datuk Alex. Beliau bersama tiga lagi kawanya, Datuk Alvin Wong, Datuk Mohd Aznam Jaafar dan Datuk Razali Saidi sudah terkenal di seantero Malaysia. Mereka berempat mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan sekitar tahun 1997. Mereka berempat berkongsi modal ketika menubuhkan sebuat syarikat import dan eksport yang dikenali sebagai The RAAA Cargo. Bermula tahun 2010, mereka berempat memulakan perniagaan secara individu. Mereka tidak membubarkan The RAAA Cargo, sebaliknya mengekalkan perniagaan tersebut sebagai tanda persahabatan mereka dan tanda sentimental permulaan kerjaya mereka.

Datuk Alex membuka beberapa wisma perdagangan dan pusat perniagaan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Pusat perniagaan yang dirasmikan pada hari ini adalah pusat perniagaan ke-12 yang didirikan oleh beliau. Datuk Alex juga ada menubuhkan syarikat pembinaan. Beberapa bangunan penting di Malaysia adalah hasil binaan syarikat beliau. Bukan setakat di Malaysia sahaja, tetapi syarikat pembinaan Datuk Alex juga menjalankan aktiviti pembinaan di Singapura, Thailand, Filipina dan Hong Kong. Semua projek pembinaan di luar negara menghasilkan keuntungan mencecah ratusan juta ringgit.

Datuk Aznam pula menubuhkan sebuah syarikat

Page 8: Amirul Idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan. Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai

Amirul Idham

14

penerbangan komersil yang dinamakan Fly Away Malaysia Sdn Bhd. Fly Away Malaysia menyediakan rangkaian penerbangan dari jenis penerbangan kos murah sehinggalah penerbangan kelas tinggi. Fly Away Malaysia juga menyediakan penerbangan ke serata dunia. Kewujudan Fly Away Malaysia telah berjaya memberikan persaingan perniagaan kepada Malaysian Airlines, Air Asia dan Fire Fly. Malahan, Fly Away Malaysia kini menjadi jenama penerbangan popular bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seantero dunia. Ramai penumpang kini memilih untuk menaiki Fly Away Malaysia kerana kualiti servis yang disediakan.

Datuk Alvin pula menceburi perindustrian makanan. Beliau telah menubuhkan syarikat pembuatan coklat. Jenama coklat Datuk Alvin, Alvin’s Chocolate, dihasilkan dengan biji koko yang berkelas tinggi. Beliau mempunyai ladang koko di Filipina seluas 10 hektar. Biji koko tersebut kemudiannya diterbangkan ke Malaysia dan diproses untuk menghasilkan coklat. Resipi coklatnya pula dicipta oleh seorang chef selebriti terkenal yang berasal dari United Kingdom.

Alvin’s Chocolate bukan sahaja dipasarkan di Malaysia, tetapi juga di eksport ke seluruh dunia. Penerimaan pengguna global terhadap Alvin’s Chocolate juga positif. Kualiti Alvin’s Chocolate yang tinggi membuatkan coklat itu mampu bersaing dengan jenama-jenama coklat terkenal di seluruh dunia seperti Cadbury’s, Ferrero, Van Haulten, dan lain-lain lagi. Alvin’s Chocolate kini bagaikan menjadi duta kecil Malaysia di pentas dunia. Sebut sahaja Alvin’s Chocolate, semua warga dunia sudah terbayang rasa coklat sejati terkandung dalam produk coklat buatan

Page 9: Amirul Idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan. Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai

Kota Teroris : Zodiak

15

Malaysia itu.

Alvin’s Chocolate juga telah mendapat kontrak eksklusif bernilai ratusan juta setahun dari Hotel Hilton untuk menyediakan pencuci mulut berasaskan coklat di setiap 530 buah Hotel Hilton di seluruh dunia.

Datuk Razali tidak kurang juga hebatnya. Beliau menjadi pengasas kepada Raze Electric. Raze Electric merupakan syarikat tempatan yang mengeluarkan barangan elektrik yang bermutu tinggi, setanding dengan syarikat pengeluar barangan elektrik dari Jepun. Malah, produk Raze Electric mempunyai kualiti yang lebih baik dari produk-produk syarikat import. Datuk Razali tidak lokek untuk menyediakan dana untuk pihak kerajaan supaya menjalankan Kempen ‘Beli Produk Malaysia’, yang mana ia secara tidak langsung telah mempromosikan produk keluaran Raze Electric. Dengan kualiti barang yang tinggi itu, rakyat Malaysia tanpa ragu-ragu menyahut seruan kempen tersebut dan membeli produk keluaran Raze Electric.

Selain itu, Raze Electric juga kini sedang giat menceburi bidang penghasilan kuasa solar. Raze Electric sudah berjaya membina photovoltaic system bermutu tinggi untuk menjalankan projek kuasa solar. Beberapa negara di benua Afrika dan Eropah telah mengupah Raze Electric untuk membina jana kuasa solar di negara mereka. Kerajaan Malaysia juga sudah berbincang untuk mengadakan kerjasama dengan Raze Electric bagi projek yang sama.

“Dengan ini, saya merasmikan Pusat Perniagaan Lim.”

Page 10: Amirul Idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan. Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai

Amirul Idham

16

Sebaik sahaja Datuk Alex selesai menuturkan ungkapan itu, muzik pun dimainkan dengan kuat. Pentas dilimpahi dengan cahaya dari lampu limpah yang penuh dengan warna-warni dari setiap arah. Beberapa saat berselang, letupan bunga api kedengaran dilangit. Letupan bunga api itu berterusan selama 5 minit.

“Dengar cerita, kos bunga api ni lebih kurang RM300,000.” Hasnan tiba-tiba bersuara sambil melihat keindahan bunga api yang masih galak meletup menerangi langit malam.

“RM300,000? Kalau bagi saya, saya mesti tengah bercuti dekat Hawaii sekarang.” Terang Shah yang juga ralit melihat api dari letupan bunga api yang menari-nari dilangit.

“Hawaii? Dari pergi sana, baik kamu kahwin. Takde lah kamu sunyi sangat tiap-tiap malam Jumaat.” Hasnan cuba berjenaka. Hasnan dan Shah ketawa serentak. Badri yang baru sampai menyertai mereka kehairanan melihat mereka berdua ketawa tanpa henti.

Datuk Alex turun menyertai tetamunya. Beliau bersalam dan berpelukan dengan ketiga-tiga sahabat rapatnya. Kemudian, bersalam dan beramah mesra dengan tetamu lain.

Majlis berlangsung selama 2 jam. Hasnan dan anak buahnya ditugaskan untuk berkawal dan memastikan tidak terjadi apa-apa insiden yang tidak diingini ketika majlis berlangsung. Majlis yang dihadiri oleh sejumlah tetamu VIP yang agak ramai perlulah diawasi dengan ketat oleh pihak berkuasa. Lagipun, ketua polis negara juga menjadi salah seorang tetamu kehormat pada

Page 11: Amirul Idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan. Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai

Kota Teroris : Zodiak

17

malam itu.

Selepas selesai majlis, Datuk Alex pun menaiki sebuah kereta limosin berwarna hitam untuk beredar pulang. Ada 4 buah kereta lain yang mengiringi beliau. Dua buah kereta mendahului kereta Datuk Alex, mengepalai perjalanan. Manakala dua buah kereta lagi mengekori kereta yang dinaiki beliau. Setiap kereta memuatkan seorang pemandu dan 3 orang pengawal peribadi. Di dalam kereta yang dinaiki Datuk Alex pula terdapat seorang pemandu dan seorang pengawal peribadi.

“Kau tengok. Punyalah ramai bodyguard Datuk Alex tu. Buang masa saje kita datang berkawal dekat sini. Kita ni macam tak dipandang pun.” Badri mencebik melihat Datuk Alex dan pengawalnya yang sedang bersiap sedia untuk bergerak meninggalkan majlis tersebut. Shah tidak bersuara. Dia hanya memandang ke arah kereta Datuk Alex dan pengawal-pengawalnya berlalu pergi.

“Dah tugas kita ni, Badri. Ikut sajalah arahan.” Hasnan menegur Badri. Hasnan masak benar dengan perangai Badri yang suka merungut sepanjang masa. Walaupun sering merungut, Badri merupakan antara anak buahnya yang cemerlang. Begitu juga dengan Shah. Badri hanya mengangguk mendengar penjelasan Hasnan, masih mendiamkan diri.

Kereta Datuk Alex dan pengawalnya berlalu pergi. Shah melihat rombongan Datuk Alex yang semakin menghilang dari pandangan matanya dengan satu renungan yang agak mendalam.

Page 12: Amirul Idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan. Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai

Amirul Idham

18

“Kenapa, Shah? Apa yang kamu tenungkan?” Hasnan dapat menangkap resah Shah.

“Entahlah, tuan. Cuma saya rasa macam tak sedap hati saja…”

Hasnan terdiam mendengar jawapan dari mulut Shah. Jauh di sudut hatinya, juga terbit rasa gelisah di hatinya. Dan dia juga tidak tahu apa puncanya.

Page 13: Amirul Idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan. Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai

“Fuh!!!! Penatnya aku!!!!”

Datuk Alex terus menghenyakkan tubuhnya ke kerusi limosin yang dinaikinya. Kerusi limosin itu

diperbuat dari fabrik lembut dan diimport dari Itali itu memang cukup selesa dan nyaman. Tidak hairanlah jika orang yang berbaring di atasnya boleh berada di alam mimpi dalam sekelip mata. Zainal, pengawal peribadi yang berada di dalam limosin yang dinaiki oleh Datuk Alex, sudah masak dengan perangai majikannya itu. Datuk Alex pasti akan tidur sepanjang perjalanan pulang dan menyuruhnya mengejut beliau apabila sudah sampai ke destinasi.

“Nanti dah sampai rumah, kau kejutkan aku.” Datuk Alex memberikan arahan kepada Zainal. Arahan yang biasa diberikan sebelum beliau melelapkan

Page 14: Amirul Idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan. Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai

Amirul Idham

20

matanya.

“Baik, Datuk.” Zainal mengiyakan arahan Datuk Alex. Memang itulah rutinnya setiap kali mereka menaiki kereta bersama.

Kebiasaannya, perjalanan pulang akan memakan masa 40 minit. Nasib baiklah jam sudah menginjak ke pukul 1:45 pagi. Kalau ditambah dengan kesesakan jalan raya yang biasanya berlaku pada waktu puncak, masa perjalanan boleh tergendala menjadi 1 jam 15 minit.

Memandangkan hari sudah agak lewat dan tiada kereta yang berada di atas jalan, kelima-lima buah kereta bergerak di lorong paling kanan dengan kelajuan yang agak tinggi. Datuk Alex sengaja mengarahkan anak buahnya untuk melalui jalan yang sunyi dan jarang dilalui kereta lain sebagai langkah keselamatan.

Sudah masuk 20 minit perjalanan mereka. Zainal kerap melihat jam ditangannya dan memandang kiri dan kanan tingkap kereta, bagai menantikan sesuatu. Tiba-tiba ada sebuah kereta meluncur laju dari belakang kereta mereka. Kereta tersebut merupakan sebuah kereta Hyundai Starex. Kereta tersebut meluncur laju, memotong semua kereta rombongan Datuk Alex. Hyundai Starex itu berada di lorong paling kiri sekali. Hanya lorong tengah yang memisahkan antara Starex dan kereta yang dinaiki oleh pengawal peribadi beliau. Starex itu berada sebaris dengan kereta pengawal peribadi Datuk Alex yang paling hadapan sekali.

“Laju gila kereta ni. Lain macam pulak aku tengok.” Tegur Zaman, salah seorang pengawal peribadi yang berada di dalam kereta paling hadapan.

Page 15: Amirul Idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan. Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai

Kota Teroris : Zodiak

21

Tiba-tiba pintu Starex itu terbuka. Kelihatan seorang lelaki yang lengkap berpakaian serba hitam. Mukanya ditutup dengan topeng warna hitam dengan corak berwarna perak, sama seperti topeng yang pernah dipakai oleh penggusti WWE, Rey Mysterio. Lelaki bertopeng Rey Mysterio itu mengambil sesuatu dari belakangnya. Terkejut pengawal peribadi yang berada di dalam kereta tersebut apabila mendapati lelaki bertopeng itu sedang memegang....

“RPG! Dia ada RPG!!!” Teriak Zaman panik. Seumur hidup dia menjadi pengawal peribadi, tidak pernah dia berhadapan dengan ancaman RPG-7 (Rocket-propelled grenade).

“Selamat malam, semua!!” Jerit lelaki bertopeng Rey Mysterio itu walaupun dia tahu tiada seorang pun yang akan mendengarnya. Dia bagaikan mengejek pengawal-pengawal peribadi Datuk Alex sambil melambai-lambaikan tangannya. Segalanya berlaku dengan pantas. Tidak ada apa yang dapat dilakukan oleh mereka semua. Lelaki bertopeng Rey Mysterio melepaskan tembakan. Peluru RPG tepat mengenai kereta pengawal peribadi yang berada paling hadapan.

BOOM!!!!

“Bullseye!!!” Teriak lelaki bertopeng itu. Dengan jarak yang begitu dekat, mustahil tembakannya tidak mengenai sasaran. Dengan letupan yang kuat itu, mustahil ada sasarannya yang masih hidup.

“Hah!? Apa yang jadi ni? Apa benda yang meletup tu?” Lena Datuk Alex diganggu bunyi letupan kereta yang diledakkan RPG itu.

Page 16: Amirul Idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan. Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai

Amirul Idham

22

“Kita kena attack, Datuk!” Zainal memberitahu Datuk Alex dengan tenang, walaupun hatinya kini sedang ligat bergolak.

Kereta pengawal peribadi Datuk Alex yang paling hadapan meletup dalam sekelip mata. Semua penumpang di dalam kereta tersebut mati akibat letupan itu. Daging-daging dari serpihan mayat mereka tercampak merata di atas jalan, mewujudkan satu pemandangan yang agak mengerikan, juga menjijikan.

Pemandu kereta kedua pengawal peribadi Datuk Alex tidak sempat menekan brek akibat panik. Kereta tersebut merempuh laju bangkai kereta pertama yang masih marak dijilat api letupan itu. Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta kedua juga turut meletup. Semua penumpang yang berada dalam kereta tersebut juga mati dalam letupan itu dengan serta-merta. Kereta yang dinaiki oleh Datuk Alex dan dua lagi kereta yang mengekori kereta beliau sempat mengelak namun mereka tetap tidak dapat mengelak dari terbabas di bahu jalan. Namun, semua penumpang selamat. Mereka cuma mengalami kecederaan yang minima.

Kelihatan beberapa penunggang motor scrambler datang dari arah belakang mereka. Semuanya mengenakan topeng beraneka rupa untuk menutupi rupa sejati mereka. Salah seorang penunggang scrambler yang memakai topeng ninja tiba di lokasi kejadian terlebih dahulu. Terlihat raifal AK47 tersisip di belakang badannya.

Lelaki bertopeng ninja itu cepat-cepat melompat ke atas bumbung kereta pengawal peribadi yang paling belakang. Sambil berdiri di atas bumbung kereta itu,

Page 17: Amirul Idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan. Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai

Kota Teroris : Zodiak

23

dia mengambil AK47 dari belakang badannya dan terus menembak ke arah bumbung kereta yang dipijaknya itu. Bumbung kereta tersebut berlubang-lubang seperti sarang tebuan. Kesemua 3 orang pengawal peribadi berserta pemandu kereta tersebut mati akibat tembakan dari lelaki bertopeng ninja.

Masih ada dua kereta yang penumpangnya masih hidup. Nasib mereka juga tidak ubah seperti telur di hujung tanduk. Tiga orang pengawal peribadi dari satu lagi kereta keluar dari perut kereta. Zainal juga keluar bersama Datuk Alex. Kedua-dua pemandu yang masih hidup tidak mahu keluar. Ketakutan merasuki hati mereka hingga terkaku kaki mereka untuk bertindak.

Semua penunggang motor scrambler sudah turun dari motor mereka sambil memegang AK47. Ada 7 orang kesemuanya. Hyundai Starex yang menembak kereta pertama tadi juga sudah tiba ke tempat kejadian. Turun lagi 5 orang dari kereta itu, termasuk si pemakai topeng pemakai topeng Rey Mysterio.

“Siapa korang semua ni, hah? Apa korang semua nak?” Teriak Johar, Ketua Pengawal Peribadi Datuk Alex. Namun, tiada seorang pun antara mereka yang bersuara untuk menjawab soalan tersebut. Mereka semuanya hanya berdiri tegak sambil memakukan pandangan kepada Johar. Soalan dia tergantung tanpa jawapan.

Johar buntu ketika ini. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Mereka telah menjalani latihan yang ketat untuk mendapatkan lesen pengawal peribadi. Namun situasi kali ini benar-benar di luar jangkaan mereka. Mereka tidak pernah diajar untuk menangani

Page 18: Amirul Idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan. Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai

Amirul Idham

24

situasi seperti ini. Musuh yang dilengkapi RPG memang di luar jangkaan mereka. Kalau mereka bertempur, sudah pasti dia dan kawan-kawannya bakal terkorban. Bilangan penyerang yang ramai memberikan kelebihan kepada pihak mereka.

Tiba-tiba datang sebiji kereta dari belakang dengan kelajuan yang amat pantas. Kereta tersebut berhenti di belakang para penunggang scrambler. Kereta tersebut adalah sebuah kereta Chevrolet Camaro berwarna kuning dan berjalur hitam yang merentasi dari hood sehingga ke boot kereta itu. Pintu kereta Camaro itu terbuka. Pemandu Camaro keluar dari perut kereta. Pemandu itu juga bertopeng. Topeng yang dipakainya berwarna merah. Topeng tersebut menutup seluruh mukanya kecuali pada bahagian mata dan mulut.

Dari susuk badan pemandu itu, boleh diagak yang dia adalah seorang lelaki. Lelaki bertopeng itu mempunyai susuk badan yang agak sasa. Lelaki itu mengenakan baju tidak berkolar berwarna putih, dipadankan dengan jaket kulit dan seluar jeans berwarna hitam. Di pinggangnya, ada tali pinggang yang terselit pistol dan pisau Rambo.

“Lawa tak Camaro aku ni? Aku rasa gaji kamu semua yang dah kerja 5 tahun jaga Datuk Alex tu belum tentu boleh beli kereta ni.” Lelaki bertopeng merah itu memulakan bicara. Bicaranya tidak disahut oleh pihak lawan.

“Mintak maaflah aku terpaksa mengganggu kamu semua malam-malam ni. Sudahlah kamu penat lepas majlis tadi, aku pulak datang mengacau.” Lelaki bertopeng merah terus berbicara dengan sedikit nada

Page 19: Amirul Idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan. Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai

Kota Teroris : Zodiak

25

sarkastik. Terukir senyuman kecil di bibirnya.

“Sudah! Siapa kau ni? Apa kau nak?” Johar sudah mula hilang sabar, juga merasa sangat panik dan sedikit takut. Dia sedar situasi tidak memihak kepadanya.

“Amboi... Garangnya kau ni, Johar. Patutlah anak bini kau, Balqis sama Natalia, semuanya menikus bila kau ada dekat rumah.” Lelaki bertopeng merah cuba berseloroh.

“Ma.. Mana kau tahu nama anak bini aku ni?” Johar mula panik apabila dia mengetahui yang lelaki bertopeng merah yang mengancam nyawanya itu kenal akan ahli keluarganya.

“Hahahaha! Terkejut aku tahu pasal isteri dan anak kau? Bukan setakat nama saja, aku tahu lebih dari itu. Aku juga tahu benda yang kau tak tahu pasal isteri kau.”

Air muka Johar berubah, agak terkejut mendengar kata-kata lelaki bertopeng putih. Apa pula perkara yang dia tahu tentang isterinya dan berada di luar pengetahuannya.

“Kau tahu yang isteri kau ada hubungan sulit dengan Ikhmal? Ya, Ikhmal yang ada di sebelah kau tu? Dah lebih dua tahun dia ‘main’ dengan isteri kau tu.”

Air muka Johar berubah. Sebagai seorang suami, maruahnya tercalar apabila isterinya sendiri telah tidur dengan lelaki lain. Lebih perit lagi, lelaki tersebut adalah kawan baiknya sendiri. Dia pun mengalihkan pandangannya kepada Ikhmal yang berdiri di sebelahnya. Muka Ikhmal pucat. Tidak sangka

Page 20: Amirul Idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan. Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai

Amirul Idham

26

rahsianya selama ini akan pecah di dalam situasi yang amat genting.

“Aku… Aku mintak maaf Johar…. Aku tak sang..”

Belum sempat Ikhmal menghabiskan ayatnya, Johar pun menghalakan pistol ke arah kepala Ikhmal. Ikhmal tidak cuba untuk mengelak. Dia tahu, jika dia mengelak sekali pun,dia belum tentu dapat melepaskan diri dari situ dengan bernyawa. Johar melepaskan tembakan. Peluru dari pistol Johar tepat mengenai kepala Ikhmal. Nyawa Ikhmal melayang. Tubuh kakunya jatuh menyembah bumi.

“Hahaha…. Bagus. Tak payah aku bazirkan peluru, kamu dah berbunuh sesama sendiri.” Lelaki bertopeng merah gelak besar sambil menepuk tangan. Mazlan, seorang lagi pengawal peribadi Datuk Alex, hanya melihat Ikhmal mati ditembak. Dia setuju dengan apa yang dilakukan oleh Johar. Lagipun, fokusnya kini lebih kepada musuh-musuhnya yang berada di hadapan.

“Okay. Enough is enough. Straight to our business. Aku tahu korang semua pun tengah letih. Aku tak nak banyak cakap. Serahkan Datuk Alex pada aku kalau tak nak anak bini korang semua sedekahkan Al-Fatihah dekat kubur korang esok.” Lelaki bertopeng merah mula membuat tawar-menawar. Datuk Alex rasa kaget bila mendengar namanya disebut oleh si pengancam nyawa. Peluh jantan mengalir di dahinya tanpa henti.

“Kalau kami tak mahu, kau nak buat apa?”

Page 21: Amirul Idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan. Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai

Kota Teroris : Zodiak

27

Johar cuba menduga situasi dan tindakan si topeng putih. Perasaan marahnya kepada Ikhmal dan isterinya membuatkan dia kini lebih berani mencabar si topeng putih.

Belum sempat lelaki bertopeng merah menjawab, sebutir peluru telah terbang menembusi kepala Johar dari belakang. Johar rebah mencium bumi. Nyawanya melayang begitu sahaja.

Belum sempat Mazlan mahu bertindak, kepala Mazlan juga sudah ditembusi oleh peluru, di tembak oleh penembak yang sama. Dia juga telah dihantar bertemu dengan pencipta-Nya dengan sekelip mata.

“Ap... Apa yang kau buat ni? Apa kau buat ni, Zainal?” Datuk Alex terkejut dengan apa yang dilihat. Rupanya, Zainal yang menembak kedua-dua rakan sekerjanya.

“Datuk tanya kenapa? Hari tu saya mintak pinjam duit dari datuk, nak buat rawatan kanser untuk mak saya, Datuk menolak. Datuk kata mustahil saya akan bayar hutang tu kan? Lelaki bertopeng ni yang tawarkan duit pada saya. Maaflah Datuk. Selama ni saya bersabung nyawa untuk Datuk, tapi Datuk tak pernah hargai pengorbanan saya. Saya cuma nak pinjam duit je. Itu pun susah Datuk nak tunaikan ye? Sekarang, Datuk rasalah sendiri akibat sikap kedekut datuk sendiri.” Zainal merenung tajam Datuk Alex sambil berbicara. Kalau ikutkan nafsu amarahnya, mahu sahaja ditembak kepala Datuk Alex itu. Teringin benar Zainal melihat kepala si tangkai jering itu pecah dengan mata kepalanya sendiri.

Page 22: Amirul Idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan. Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai

Amirul Idham

28

“Good job! Good job!” Lelaki bertopeng merah menepuk-nepuk tangannya. Dia berjalan menghampiri Zainal dan Datuk Alex. Situasi buat Datuk Alex semakin genting.

“Macam mana dengan mak kau? Dah beli ubat tu ke? Dah start buat rawatan kanser tu?” Lelaki bertopeng merah mula berbual dengan Zainal.

“Saya dah bagi semua duit tu pada adik saya. Dia dah uruskan kesemua rawatan, pembedahan dan ubatan mak saya.” Zainal menjawab soalan lelaki bertopeng putih, namun matanya masih merenung tajam Datuk Alex.

“Bagus! Kau memang anak yang soleh.” Selepas menghabiskan bicaranya, lelaki bertopeng merah dengan pantas mencabut pistol di pinggangnya lalu melepaskan tembakan tepat mengenai kepala Zainal. Peluru itu meluncur menembusi pelipis kiri kepala Zainal dan keluar dari pelipis kanan, menembusi otaknya. Dalam sekelip mata, Zainal telah hilang nyawa.

“Aku tahu kau nak masuk team aku. Tapi pengkhianat macam kau ni susah aku nak percaya. Kalau kau boleh khianat Alex, tak mustahil kau boleh makan aku jugak nanti. Bak kata pepatah Cina, anak harimau, usah dipelihara.” Lelaki bertopeng merah itu kini mengalihkan pandangannya pada Datuk Alex pula.

“Apa khabar Datuk Alex? Lama dah kita tak jumpa. Last kita jumpa, kau belum dapat lagi title Datuk tu kan? Kau pun miskin lagi. Belum mampu nak beli kot mahal ni.” Lelaki bertopeng merah mula berbicara sambil tangannya mengusap-usap kot yang dipakai oleh

Page 23: Amirul Idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan. Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai

Kota Teroris : Zodiak

29

Datuk Alex.

“Si.. Si.. Siapa kau? Aku tak kenal kau. Aku tak pernah bermusuh dengan kau. Tolonglah lepaskan aku.” Datuk Alex bagai merasakan malaikat maut sedang menghampiri dan merenung tajam ke arahnya.

“Alololo.. Kesian Datuk kita ni. Sampai terkencing dalam seluar.” Lelaki bertopeng merah menunjuk pada bahagian kelengkang Datuk Alex yang sudah dibasahi dengan air kencingnya sendiri. Semua pengikutnya yang lain ketawa dengan kuat.

“Datuk Alex... Tak sangka kau mudah lupakan aku. Ya lah. Jerat mungkin lupakan pelanduk. Tapi pelanduk tak kan sesekali lupakan jerat.”

Datuk Alex hanya terdiam memandang lelaki bertopeng merah itu. Perasaan takut yang amat sangat membuatkan mindanya hilang daya untuk berfikir. Membuatkan lidahnya kelu tanpa sebarang bicara.

“Macam ni lah Datuk. Apa kata Datuk ikut aku balik. Boleh kita berkenalan semula. Kita cerita ballik kisah-kisah silam kita. Mengimbau kenangan lama yang mungkin Datuk pun sudah lupa. Nak tak?”

Datuk Alex masih diam. Lidahnya masih kelu. Perasaan takut yang amat meragut keupayaan lidahnya menyusun kata. Lelaki bertopeng merah mula hilang sabar. Dia pun melepaskan satu tumbukan padu tepat pada batang hidung Datuk Alex. Tumbukan lelaki bertopeng merah itu sangat keras. Darah mula menyembur keluar dari hidung Datuk Alex. Hidung beliau sudah patah dengan hanya sekali tumbukan.

Page 24: Amirul Idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan. Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai

Amirul Idham

30

Datuk Alex jatuh menyembah bumi lalu pengsan serta-merta.

“Huh! Sampah! Sekali tumbuk dah tumbang. Angkat tua keparat ni masuk dalam Starex. Bawak driver 2 ekor yang hidup lagi tu ke mari.”

Pengikut lelaki bertopeng merah mengikut arahan. Si topeng Rey Mysterio mengangkat Datuk Alex ke dalam Starex. Kedua-dua pemandu yang masih hidup itu di bawa menghadap dengan lelaki bertopeng merah. Kedua-duanya menggeletar ketakutan.

“Kau! Siapa nama kau?” Lelaki bertopeng merah menyoal salah seorang pemandu itu.

“Saya... Saya Minhat.” Jawab pemandu itu dalam nada ketakutan.

“Umur kau... Berapa?”

“50... 50 tahun.”

Lelaki bertopeng merah melihat Minhat dari atas ke bawah. Bagaikan cuba mencari sesuatu.

“Kau pulak.. Apa nama kau?” Lelaki bertopeng merah mengalihkan perhatiannya kepada seorang lelaki pemandu Datuk Alex itu.

“Aku... Aku Solleh. Umur 28 tahun.” Jawab seorang lagi pemandu.

“Bagus. Aku tak tanya umur lagi, kau dah bagitahu.”

Lelaki bertopeng merah jalan mengelilingi mereka berdua. Hati Minhat dan Solleh berdebar. Mereka tidak

Page 25: Amirul Idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan. Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai

Kota Teroris : Zodiak

31

dapat meneka apa tindakan seterusnya yang akan dibuat oleh lelaki bertopeng merah itu. Tiba-tiba lelaki bertopeng merah mencabut pistol dipinggangnya, lalu menembak Minhat tepat di kepala. Kepala Minhat bersepai. Begitulah tamatnya hayat Minhat. Solleh semakin takut. Darahnya bagai sudah turun ke bawah. Mukanya pucat. Kalau ditoreh mukanya sekarang, mungkin tidak akan keluar darah dari luka torehan itu.

“Kau tahu kenapa aku bunuh si tua tu tadi?” Lelaki bertopeng merah menyoal Solleh. Laju sahaja Solleh menggeleng kepala.

“Dia dah tua. Lagipun aku tengok dia pakai kopiah. Macam orang yang kuat agama. Orang alim. Kalau mati, peratusan untuk dia masuk syurga agak tinggi. Kau ni muda lagi. Dekat leher pun penuh love bite. Kau tak puas enjoy lagi. Kalau mati, syurga pun belum tentu nak terima kau. Kau banyak dosa. Baik kau hidup dan sucikan dosa kau dulu. Faham?”

Solleh mengangguk deras. Sedikit perasaan lega timbul kerana nyawanya tidak diancam bahaya lagi.

“Tapi aku nak kau tolong aku satu benda.” Lelaki bertopeng merah tiba-tiba meletakkan syarat. Kegembiraan Solleh terbantut. Kebebasannya bersyarat pula.

“Mudah je permintaan aku. Aku nak kau pergi balai polis, buat report dan ceritakan semua yang terjadi ni. Bagitahu aku culik Datuk Alex. Faham?”

Solleh mengangguk deras lagi. Apa sahaja sanggup dilakukan asalkan nyawanya terselamat.

Page 26: Amirul Idham - writeandbrave.com file9 menunjukkan alat permainan hebat yang dibeli oleh ayah mereka. Mungkin begitu cara mereka berkawan. Kawan? Adakah mereka ini benar-benar mempunyai

Amirul Idham

32

“Kalau polis tanya, siapa aku? Kau jawab, nama aku..... Zodiak!”