amir___chin

7
Sustainable Education 1 Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012| Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang, 19 – 20 September 2012 Sikap dan Amalan Murid Sekolah Rendah dalam Konsep Lestari 1 Amir Hamzah Sharaai dan 2 Chin Chee Keong 1 Jabatan Pengurusan Alam Sekitar, Fakulti Pengajian Alam Sekitar, UPM 2 Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang : [email protected] Diterima untuk diterbitkan pada: 1 JUN 2012 Abstrak Kajian ini bertujuan meninjau sikap dan amalam murid sekolah rendah mengenai konsep lestari. Responden kajian terdiri daripada 647 murid sekolah rendah dalam beberapa buah negeri di Malaysia. Soal selidik yang digunakan terbahagi kepada tiga bahagian yang berkaitan dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap murid dalam konsep lestari. Hasil tinjauan mendapati pengetahuan murid berada pada tahap sederhana manakala amalan dan sikap kelestarian pada tahap baik yang baik. Analisis korelasi Pearson pula mendapati tiada hubungan signifikan antara pengetahuan, amalan dan sikap kelestarian. Walau bagaimanapun, murid sekolah dapat dianggap telah diberi pendedahan yang sewajarnya tentang kelestarian. Usaha meningkatkan pengetahuan, amalan dan sikap kelestarian dalam kalangan murid memerlukan komitmen yang tinggi bukan sahaja daripada pihak pendidik tetapi juga melibatkan ibu bapa dan masyarakat. Pengenalan Pendidikan Alam Sekitar merujuk pada pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Pendidikan Alam Sekitar merangkumi pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar (Palmer & Neal, 1994). Reid (2002) menyatakan bahawa pendidikan untuk alam sekitar berkait rapat dengan tanggungjawab dan empati individu dalam sikap dan tindakan yang positif. Matlamat pendidikan alam sekitar di sekolah adalah untuk melahirkan murid yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia telah dimulakan pada tahun 1998 dengan penerbitan Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia untuk kegunaan guru-guru di sekolah rendah dan sekolah menengah (Mohammad Zohir Ahmad & Nordin Abdul Razak (2007). Usaha penerapan nilai tentang alam sekitar juga disokong oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar yang giat menganjurakan pelbagai aktivit alam sekitar yang melibatkan murid sekolah (Jabatan Alam Sekitar, 2009).

Upload: amy-carter

Post on 06-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

C

TRANSCRIPT

  • Sustainable Education 1

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,19 20 September 2012

    Sikap dan Amalan Murid Sekolah Rendah dalam Konsep Lestari

    1Amir Hamzah Sharaai dan 2Chin Chee Keong1Jabatan Pengurusan Alam Sekitar, Fakulti Pengajian Alam Sekitar, UPM

    2Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang: [email protected]

    Diterima untuk diterbitkan pada: 1 JUN 2012

    Abstrak

    Kajian ini bertujuan meninjau sikap dan amalam murid sekolah rendah mengenai konsep lestari.Responden kajian terdiri daripada 647 murid sekolah rendah dalam beberapa buah negeri diMalaysia. Soal selidik yang digunakan terbahagi kepada tiga bahagian yang berkaitan denganpengetahuan, kemahiran dan sikap murid dalam konsep lestari. Hasil tinjauan mendapatipengetahuan murid berada pada tahap sederhana manakala amalan dan sikap kelestarian padatahap baik yang baik. Analisis korelasi Pearson pula mendapati tiada hubungan signifikanantara pengetahuan, amalan dan sikap kelestarian. Walau bagaimanapun, murid sekolah dapatdianggap telah diberi pendedahan yang sewajarnya tentang kelestarian. Usaha meningkatkanpengetahuan, amalan dan sikap kelestarian dalam kalangan murid memerlukan komitmen yangtinggi bukan sahaja daripada pihak pendidik tetapi juga melibatkan ibu bapa dan masyarakat.

    Pengenalan

    Pendidikan Alam Sekitar merujuk pada pembelajaran untuk memahami interaksi manusiadengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana danbertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Pendidikan Alam Sekitar merangkumipendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar (Palmer & Neal,1994). Reid (2002) menyatakan bahawa pendidikan untuk alam sekitar berkait rapat dengantanggungjawab dan empati individu dalam sikap dan tindakan yang positif. Matlamat pendidikanalam sekitar di sekolah adalah untuk melahirkan murid yang lebih peka dan prihatin terhadapisu-isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untukberusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar.

    Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia telah dimulakan pada tahun 1998 dengan penerbitan BukuPanduan Guru Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum oleh Pusat PerkembanganKurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia untuk kegunaan guru-guru di sekolah rendah dansekolah menengah (Mohammad Zohir Ahmad & Nordin Abdul Razak (2007). Usaha penerapannilai tentang alam sekitar juga disokong oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar yanggiat menganjurakan pelbagai aktivit alam sekitar yang melibatkan murid sekolah (Jabatan AlamSekitar, 2009).

  • Sustainable Education 2

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,19 20 September 2012

    Kajian Tiwi (2007) mendapati program Pendidikan Alam Sekitar untuk guru pelatih yangdijalankan secara kerja lapangan dapat meningkatkan kesedaran alam sekitar dan motivasi untukmengintegrasi Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum. Dalam satu kajian berasinganyang dijalankan dalam kalangan pelajar tahun satu Universiti Kebangsaan Malaysia, didapati42% responden menunjukkan keprihatinan terhadap isu-isu alam sekitar, manakala 52% tidakpernah terlibat dalam aktiviti berkaitan alam sekitar. Walaupun sudah hampir 25 tahunPendidikan Alam Sekitar dimulakan di Malaysia, keberkesanan inisiatif ini dalam kalanganmurid sekolah rendah masih tidak banyak diketahui. Kesedaran murid berkaitan alam sekitaradalah penting untuk dikaji kerana peluang pendidikan alam sekitar yang diwujudkan dalamkandungan kurikulum tidak semestinya dapat menghasilkan kesan pembelajaran yangdihasratkan.

    Persoalan Kajian

    1. Sejauhmanakah pengetahuan, sikap dan amalan terhadap konsep lestari dalam kalanganpelajar sekolah rendah?

    2. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara:a. Pengetahuan konsep lestari dengan amalan seharian pelajarb. Pengetahuan konsep lestari dengan sikap pelajarc. Sikap pelajar dengan amalan seharian pelajar

    Metodologi Kajian

    Kajian tinjauan ini telah dibuat di beberapa buah sekolah di Sarawak, Perak, Pulau Pinang danKedah. Seramai 647 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini. Pelajar yang dipilih untukkajian ini adalah pelajar yang berusia antara 9 hingga 12 tahun. Satu soal selidik diedarkankepada pelajar-pelajar ini bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan di atas. Terdapat 3bahagian dalam soalan selidik tersebut iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

    Bahagian A merupakan bahagian yang menguji pengetahuan pelajar terhadap kefahaman danpengetahuan mereka dalam konsep kelestarian. Terdapat 10 item dikemukakan bagi mengujitahap pengetahuan dan kefahaman mereka dalam konsep kelestarian ini. Bagi soalan yangpertama, pelajar diberi pilihan jawapan untuk memilih jawapan yang betul tentang bahan yangdikategorikan dalam bahan boleh diperbaharui. Terdapat 10 bahan yang perlu pelajar kenalpastisebagai bahan-bahan boleh diperbaharui. Manakala item 2 hingga 10 merupakan soalan objektifmudah yang memerlukan pelajar memilih satu jawapan yang benar-benar tepat. Pelajar hanyamemilih satu jawapan dari dua jawapan yang diberikan.

    Bahagian B menguji amalan kelestarian dalam kehidupan harian pelajar. Manakala Bahagian Cpula menguji sikap pelajar. Kedua-dua bahagian ini mengandungi 10 item dalam bentuk soalanobjektif dengan dua pilihan jawapan mudah.

  • Sustainable Education 3

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,19 20 September 2012

    Analisis secara deskriptif bagi mendapatkan peratus, kekerapan dan min telah digunakan bagimenggambarkan skor pelajar dalam ketiga-tiga bahagian. Hal ini juga berguna bagi menjawabpersoalan yang pertama kajian ini. Bagi memudahkan interpretasi dibuat pada nilai-nilai yangdiberikan, pengkaji telah mengkelaskan kepada 4 tahap pencapaian iaitu 0 39% (lemah), 40% 60% (sederhana), 61% 79% (baik) dan 80% - 100% (cemerlang).

    Bagi menjawab persoalan kajian yang kedua iaitu mengkaji perhubungan antara ketiga-tigapembolehubah (pengetahuan lestari, sikap dan amalan), ujian korelasi pearson telah digunakan.

    Analisis Data

    Dalam Bahagian A, pengetahuan pelajar terhadap konsep kelestarian telah diuji. Hasil darianalisis soal selidik (Jadual 1) didapati tahap pengetahuan pelajar adalah di tahap sederhana iaitudengan nilai purata keseluruhan adalah 55.31% (min 335.4 orang pelajar). Hasil dari analisis inijuga terdapat 3 soalan yang mencapai tahap lemah iaitu soalan A1 (31.6%), soalan A6 (soalan24.4%) dan Soalan A8 (22.1%). Tidak ada soalan yang mampu dijawab dengan baik olehpelajar-pelajar. Skor paling tinggi adalah 79.4% iaitu pada soalan A9.

    Jadual 1. Analisis Pengetahuan Pelajar Terhadap Konsep KelestarianSoalan Bahagian A. Bulatkan bahan-bahan yanganda kenalpasti sebagai sumber yang bolehdiperbaharui.

    Bilangan Pelajar Tahap Pengetahuan

    A1. Ikan 203 31.6%A2. Hutan 322 50.1%A3. Bahan api fosil 420 65.3%A4. Arang batu 440 68.4%A5. Tenaga angin 470 73.1%A6. Lobak merah 157 24.4%A7. Intan 482 75.0%A8. Ayam 142 22.1%A9. Tenaga solar 510 79.4%A10. Gas asli 408 63.7%PURATA 355.4 55.31%

    Bagi mendapat gambaran mengenai amalan pelajar dalam kelestarian alam sekitar, di BahagianB telah memperuntukkan sebanyak 10 soalan. Dari analisis yang dijalankan (rujuk Jadual 2),didapati tahap amalan pelajar dalam kelestarian alam sekitar adalah pada tahap baik iaitu padanilai purata 76.1%. Terdapat lima soalan yang dijawab dengan cemerlang (B1 91.8%, B6 80.9%, B7 83.9%, B8 82.7% dan B10 81.9%).

  • Sustainable Education 4

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,19 20 September 2012

    Jadual 2. Analisis amalan kelestarian dalam kalangan murid

    Soalan bahagian B Bilangan Pelajar Amalan PositifB1: Apabila membawa makanan dari rumah untuk

    dibawa ke sekolah, saya bawa sandwich buatan ibu593 91.8%

    B2: Semasa latihan sukan, saya membawa air kosongyang menggunakan botol isian semula

    502 77.8%

    B3: Saya tinggal berdekatan sekolah, saya berjalan kaki 383 59.8%B4: Saya perlu membeli alat tulis, saya akan memilih

    kertas yang ada tanda boleh dikitar semula506 78.3%

    B5: Ibu memberitahu susu di rumah sudah habis, sayaakan menawarkan untuk berjalan ke kedai yangjauhnya 500 m

    588 51.2%

    B6: Kami sekeluarga selalu ke pasar untuk membelibarang keperluan saya, saya mendapatkan buah-buahan tempatan seperti betik dan pisang

    522 80.9%

    B7: Kami memukat ikan untuk mendapatkansecukupnya untuk keperluan keluarga danmelepaskan yang selebihnya supaya ikan dapatmembiak

    540 83.9%

    B8: Saya akan mula berkebun. Saya bercadang untukmencabut rumpai dengan tangan sendiri

    534 82.7%

    B9: Apabila besar nanti, saya bercita-cita untukmembeli kereta sendiri. Saya bercadang membelikereta yang jimat minyak

    469 72.7%

    B10: Untuk mengekalkan hutan sebagai sumber yangboleh diperbaharui, hanya sebahagian sahajaboleh dipotong dan selebihnya dibiarkan untuktempat tinggal haiwan

    526 81.9%

    PURATA 516.3 76.10%

    Jadual 3 menunjukkan analisis sikap pelajar terhadap kelestarian alam sekitar. Dari jadual ini,jelas menunjukkan terdapat kecenderungan pelajar bersikap positif dalam memastikankelestarian alam sekitar. Secara puratanya sikap positif pelajar adalah pada tahap baik iaitu 68%.Terdapat 3 soalan yang menunjukkan sikap positif pada tahap cemerlang iaitu C1 (99.2%), C2(82.1%), dan C7 (96.3%). Namun begitu terdapat satu soalan telah menunjukkan kecenderunganuntuk tidak bersikap positif atau yang dikategorikan sebagai lemah iaitu soalan C5 (31%).

  • Sustainable Education 5

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,19 20 September 2012

    Jadual 3. Analisis Sikap Kelestarian Dalam Kalangan Pelajar

    Soalan bahagian C Bilangan Pelajar Bersikap PositifC1: Saya suka persekitaran yang sentiasa bersih 642 99.2%C2: Saya mengitar semula plastik yang telah digunakan 531 82.1%C3: Saya sering mengutip sampah dalam sungai 387 59.9%C4: Saya mengasingkan kertas, kaca dan plastik untuk

    dikitar semula462 71.4%

    C5: Saya mengumpul bahan buangan dapur basahuntuk dijadikan kompos

    200 31.0%

    C6: Saya menggunakan hanya secawan air untukmemberus gigi

    407 63.1%

    C7: Saya menutup lampu & kipas bila tidak digunakan 622 96.3%C8: Saya mandi dengan air yang banyak supaya saya

    benar-benar bersih335 51.9%

    C9: Saya sering mengumpul dan membakar sampahuntuk mencantikkan kawasan rumah

    347 53.8%

    C10: Saya sering menggunakan kertas terbuang yanghanya bercetak sebelah untuk membuat nota

    458 71.2%

    PURATA 439.1 68.0%

    Bagi menguji perhubungan antara pengetahuan, amalan dan sikap kelestarian alam sekitar,hipotesis-hipotesis dibina iaitu:

    Kes 1

    Ho1: = 0 (tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara pengetahuan dan amalan)Ha1: 0 (terdapat perhubungan yang signifikan antara pengetahuan dan amalan)

    Jadual 4 menunjukkan output program SPSS bagi pengetahuan dan amalan kelestarian alamsekitar. Memandangkan nilai kebarangkalian yang diperoleh dari program SPSS (.432) adalahlebih dari nilai alfa yang ditentukan (.05), maka hipotesis nol diterima. Terdapat bukti-buktikukuh untuk membuat kesimpulan bahawa > 0. Ini bermakna tidak terdapat perhubungan yangsignifikan antara pengetahuan dan amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan pelajar.Kesimpulan ini dibuat pada tahap kesignifikan, = .05 (5%) atau tahap keyakinan (95%).

    Jadual 4. Analisis perhubungan antara pengetahuan dan amalan kelestariandalam kalangan murid

    Bahagian B (Amalan)Bahagian A(Pengetahuan)

    Kolerasi Pearson -.281Sig. (2-Hujung) .432

  • Sustainable Education 6

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,19 20 September 2012

    Kes 2

    Ho2: = 0 (tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara pengetahuan dan sikap)Ha2: 0 (terdapat perhubungan yang signifikan antara pengetahuan dan sikap)

    Jadual 5 menunjukkan output program SPSS bagi pengetahuan dan sikap kelestarian alamsekitar. Memandangkan nilai kebarangkalian yang diperoleh dari program SPSS (.694) adalahlebih dari nilai alfa yang ditentukan (.05), maka hipotesis nol diterima. Terdapat bukti-buktikukuh untuk membuat kesimpulan bahawa > 0. Ini bermakna tidak terdapat perhubungan yangsignifikan antara pengetahuan dan sikap kelestarian alam sekitar dalam kalangan pelajar.Kesimpulan ini dibuat pada tahap kesignifikan, = .05 (5%) atau tahap keyakinan (95%).

    Jadual 5. Analisis perhubungan antara pengetahuan dan sikap kelestariandalam kalangan murid

    Bahagian C (Sikap)Bahagian A(Pengetahuan)

    Kolerasi Pearson -.143Sig. (2-Hujung) .694

    Kes 3

    Ho3: = 0 (tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara sikap dan amalan)Ha3: 0 (terdapat perhubungan yang signifikan antara sikap dan amalan)

    Jadual 6 menunjukkan output program SPSS bagi pengetahuan dan sikap kelestarian alamsekitar. Nilai kebarangkalian yang diperoleh dari program SPSS (.687) adalah lebih dari nilaialfa yang ditentukan (.05), maka hipotesis nol diterima. Terdapat bukti-bukti kukuh untukmembuat kesimpulan bahawa > 0. Ini bermakna tidak terdapat perhubungan yang signifikanantara sikap dan amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan pelajar. Kesimpulan ini dibuatpada tahap kesignifikan, = .05 (5%) atau tahap keyakinan (95%).

    Jadual 6. Analisis perhubungan antara sikap dan amalan kelestarian dalam kalangan murid

    Bahagian B (Amalan)Bahagian C (Sikap) Kolerasi Pearson .146

    Sig. (2-Hujung) .687

  • Sustainable Education 7

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,19 20 September 2012

    Kesimpulan

    Dari analisis di atas, didapati pelajar dalam lingkungan 9 hingga 12 tahun mencapai tahapsederhana dalam memahami konsep-konsep lestari. Hal ini berlaku dari pelbagai faktor yangmungkin menyebabkan perkara ini berlaku. Sistem pendidikan di negara kita perlu lebihmenekan konsep lestari lebih awal lagi iaitu di tahap satu persekolahan mereka.

    Walau bagaimanapun skor bagi amalan dan sikap pelajar terhadap kelestarian adalah pada tahapyang baik. Usaha menerapkan nilai lestari agar diterjemah kepada sikap dan amalan pelajarmerupakan satu perkara yang agak sukar tanpa komitmen yang tinggi dari para pendidik. Walaubagaimanapun masih ada ruang kepada sistem pendidikan kita untuk memastikan pelajarmenjadi warga Malaysia yang benar-benar mengamalkan budaya lestari dalam kehidupanmereka seharian.

    Analisis perhubungan pula mendapati tidak ada perhubungan antara ketiga-tiga pembolehubahyang dikaji iaitu pengetahuan, amalan dan sikap. Ini menunjukkan ketiga-tiga perkara ini adalahentiti yang terasing sama sekali. Misalnya pengetahuan tentang konsep lestari tidak adakaitannya dengan amalan dan juga sikap pelajar.

    Rujukan

    Hotinli, G. (2004). Environmental education in Turkey. Dalam MIO-ECSDE. The status ofenvironmental education in the Mediterranean countries within the formal & non-formaleducational systems, 12(4).

    Laporan Tahunan 2009. Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor. Dimuatturun daripadahttp://www.doe.gov.my/portal/wp-content/uploads/2010/11/BAB5.pdf pada 30 Julai 2012.

    Mohammad Zohir Ahmad & Nordin Abdul Razak. (2007). Pendidikan alam sekitar di sekolah:komitmen guru. Diges Pendidik, 7(2).

    Palmer, J & Neal, P. (1994). The handbook of environmental education. London: Routledge.

    Reid, A. (2002). Environmental change and sustainable development. Dalam Smith, M.Teaching geography in secondary schools-a reader. London: Routledge.

    Tiwi, K. (2007). Keberkesanan program pendidikan alam sekitar Institut Perguruan BatuLintang. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut PerguruanBatu Lintang. Dimuat turun pada 30 Julai 2012.