aminudin baki

18
Peranan Tokoh Pendidikan dalam Pembinaan Modal Insan Disediakan oleh : KHOR LING HUI MOHD SYAHIR BIN SHUHAIMI

Upload: harraz

Post on 18-Nov-2015

35 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

gtr

TRANSCRIPT

Peranan Tokoh Pendidikan dalam Pembinaan Modal Insan

Peranan Tokoh Pendidikan dalam Pembinaan Modal InsanDisediakan oleh : KHOR LING HUI MOHD SYAHIR BIN SHUHAIMI

TOKOH PENDIDIKAN

AMINUDDIN BAKI (1926-1965)

LATAR BELAKANGdilahirkan di Chemor, Perak pada 6 Januari 1926.merupakan orang pertama di negara ini yang telah dianugerahkan gelaran Bapa Pendidikan. - mempertingkatkan mutu pelajaran di Malaysia.Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Chemor dan meneruskan pelajaran di Sekolah Anderson,Ipoh.1946 April menubuhkan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) di Perak. ~ memperkenalkan perjuangan PERMI dengan slogan "Belajar terus belajar!

1947 - Ditawarkan ke Kolej Raffles.1948 Ogos menubuhkan Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).1949 terpaksa menghentikan kegiatan persatuannya kerana ditawarkan ke Universiti Malaya, Singapura. ~ menunjukkan keminatan dalam bidang perguruan. 1949-1951 menjadi seorang guru sambilan di Sekolah Malam Anglo-Melayu.

1950 - bergiat aktif dalam GPMS dan dilantik sebagai Yang Dipertua persatuan. - lulus peperiksaan Sarjana Sastera. 1951 memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dengan kepujian. - kembali ke Perak dan menjadi guru di Sekolah Inggeris Sultan Yusuf di Batu Gajah.1951-Julai, 1952 - berkhidmat di Sekolah Anderson.melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan, Universiti London dengan Biasiswa Queen.

1953 - mendapat Ijazah Sarjana (Master of Methods) dalam bidang pendidikan. Bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris,Tanjong Malim. 36 tahun - telah dilantik menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Selangor. - ditawarkan jawatan Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia. (Ketua Pengarah Pendidikan)

beliau aktif dalam Senat Universiti Malaya, Persatuan Al-Rahman, Persatuan Sejarah Tanah Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka.Beliau meninggal dunia pada 24 Disember 1965 pada usia muda 39 tahun.

MODAL INSAN

Merujuk kepada PIPP(2006) : Pendidikan memainkan peranan penting untuk membina modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia , berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020.

CIRI-CIRI MODAL INSANILMU KEMAHIRANPENAMPILAN YANG UNGGUL

Pembangunan modal insan juga termasuk melengkapkan diri seseorang dengan:kemahiran komunikasi berkesan kebolehan menggunakan ICT dengan baik berfikir secara kreatif dan kritis mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat nilai yang tinggi supaya berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat

Ciri-ciri modal insan yang berpenampilan unggul : individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing.KEPIMPINAN YANG UTUH

Modal insan yang ingin dilahirkan akhirnya : berupaya untuk berfikir kreatif dan kritis.berkemahiran menyelesaikan masalah.berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru.mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

PERANAN DALAM PEMBINAAN MODAL INSANBersama-sama Abdullah Ayob, mereka mengasaskan GPMS di Universiti Malaya Singapura sebagai pencetus kesedaran kepada pentingnya pendidikan di kalangan bangsa Melayu. GPMS sering mengingatkan ibu bapa Melayu ketika itu supaya mengambil berat pendidikan anak-anak. Orang Melayu yang berpelajaran tinggi pula digesa menumpukan perkhidmatan dalam bidang pendidikan.

PERANAN DALAM PEMBINAAN MODAL INSANMemperkenalkan Sejarah Islam tetapi tidak termasuk dalam sukatan pelajaran kepada guru-guru pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris.Beliau cuba membawa dan membuka pemikiran pelajar-pelajar MPSI tentang soal ketuhanan dan falsafah Islam.Melibatkan diri dalam penyediaan Penyata Razak.Mewujudkan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) , Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

PERANAN DALAM PEMBINAAN MODAL INSANMengaturkan pelbagai kelas bahasa Inggeris untuk anak-anak Melayu di beberapa tempat di Singapura dengan beliau sendiri mengajar di Sekolah Telok Belangah.Mewujudkan aliran sains di sekolah menengah Melayu bagi memperbanyak lulusan aliran ini dalam kalangan anak Melayu pada peringkat yang lebih tinggi di universiti.Menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

PERANAN DALAM PEMBINAAN MODAL INSANAspirasinya untuk melihat sistem pendidikan di mana kanak-kanak belajar di bawah bumbung yang sama, kurikulum dan bahasa pengantar serta membuat aktiviti bersama telah melahirkan satu sistem iaitu Sistem Pendidikan Kebangsaan Tanah Melayu (The National School of Malaya).Pelaksanaan sistem ini hendaklah berlandaskan kepada prinsip bahawa tiap-tiap matapelajaran hendaklah menuju ke arah perkembangan peribadi dan intelek murid agar matlamat melahirkan warganegara yang baik tercapai. Cadangan ini jelas menunjukkan beliau seorang yang progresif, semangat kesedaran dan keilmuan yang tinggi serta mempelopori sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai misi dan visi. Visinya tentang peranan pendidikan ialah suatu penanaman modal kepandaian rakyat (human capital investment) dan bukannya sebagai suatu usaha kebajikan masyarakat.

PERANAN DALAM PEMBINAAN MODAL INSANBeliau telah berjaya meletakkan asas pendidikan nasional yang terus berkembang sejajar dengan aspirasi dan keperluan sebuah negara yang merdeka. Asas-asas tersebut ialah menyediakan kemudahan belajar yang baik, pelajaran rendah percuma, pendidikan dalam aliran kebangsaan di peringkat rendah, menengah dan seterusnya ke peringkat pengajian tinggi, perkembangan institusi pengajian tinggi yang pesat, rancangan pendidikan guru yang tersusun, pertambahan bilangan guru dan lain-lain lagi.