amali 4.doc mengukur & beza kepelbagaian diversiti rama2x

5
AMALI 4: EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI TOPIK: Mengukur dan membandingbeza kepelbagaian (Diversiti) Spesies Tujuan: Untuk mengkaji diversiti spesies kupu-kupu dan membandingkannya antara tiga buah pulau iaitu Pulau Sipadan, Pulau Talang-Talang dan Pulau Redang. Pengenalan: Pelbagai bentuk hidupan di bumi ini dapat ditakrifkan sebagai biokepelbagaian dan bilangan spesies yang terdapat di bumi dianggarkan melebihi 80 juta spesies merangkumi tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma iaitu hidupan seni. Biokepelbagaian boleh diwarisi melalui proses evolusi yang berlaku berjuta-juta tahun dan akan berkurangan apabila spesies baru terhasil apabila ekosistem baru terbentuk dan apabila sesuatu spesies organisma pupus maka ekosistem dimusnahkan. Penggunaan morfospesies kupu-kupu daripada tiga buah pulau berlainan dapat membandingbezakan kepelbagaian spesies untuk mengenalpasti keutamaan dalam pemuliharaan spesies melalui perbandingan yang dibuat. Setiap kupu-kupu perlu dikelaskan mengikut ciri-ciri sepunya yang dimiliki tetapi di pulau yang

Upload: subhijuru

Post on 11-Aug-2015

248 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

amali 4

TRANSCRIPT

AMALI 4: EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

TOPIK: Mengukur dan membandingbeza kepelbagaian (Diversiti) Spesies

Tujuan:

Untuk mengkaji diversiti spesies kupu-kupu dan membandingkannya antara tiga buah

pulau iaitu Pulau Sipadan, Pulau Talang-Talang dan Pulau Redang.

Pengenalan:

Pelbagai bentuk hidupan di bumi ini dapat ditakrifkan sebagai biokepelbagaian dan

bilangan spesies yang terdapat di bumi dianggarkan melebihi 80 juta spesies

merangkumi tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma iaitu hidupan seni.

Biokepelbagaian boleh diwarisi melalui proses evolusi yang berlaku berjuta-juta tahun

dan akan berkurangan apabila spesies baru terhasil apabila ekosistem baru terbentuk

dan apabila sesuatu spesies organisma pupus maka ekosistem dimusnahkan.

Penggunaan morfospesies kupu-kupu daripada tiga buah pulau berlainan dapat

membandingbezakan kepelbagaian spesies untuk mengenalpasti keutamaan dalam

pemuliharaan spesies melalui perbandingan yang dibuat. Setiap kupu-kupu perlu

dikelaskan mengikut ciri-ciri sepunya yang dimiliki tetapi di pulau yang berbeza. Antara

ciri-ciri pengkelasan kupu-kupu seperti ukuran panjang antenna, warna dan tanda

sayap, saiz abdomen atau toraks serta bentuknya. Indeks kepelbagaian Simpson

digunakan untuk membuat perbandingan bagi mengutamakan program pemulihan bagi

pulau-pulau ini. Operasi unit taksonomi digunakan dalam membahagikan spesies baru

di samping memberikan nama yang unik pada spesies baru tersebut.

Prosedur :

1. Kesemua kupu-kupu dikelaskan kepada beberapa kumpulan tertentu mengikut ciri-

ciri persamaan yang dipunyai oleh semua kupu-kupu.

2. Operasi unit taksonomi (operational taxonomic units ) yang telah diberikan boleh

dianggap sebagai spesis yang telah dibahagi mengikut ciri-ciri sepunya dan setiap

spesis baru itu diberi nama yang unik.

3. Satu kumpulan spesies kupu-kupu dipilih, dibuat perbandingan antara ketiga-tiga

pulau dan dikumpulkan. Prosedur yang sama diulang untuk spesies kupu-kupu yang

lain sehingga semua kupu-kupu telah dikumpulkan.

.4. Bilangan individu yang hadir dalam sesuatu kumpulan spesis di setiap pulau dikira

dan data dimasukkan ke dalam jadual. ( Lampiran 1)

5. Kepelbagaian spesis dikira dari setiap pulau dengan menggunakan Indeks

Kepelbagaian Simpson D. ( Lampiran 2)

Keputusan: (Lampiran 1)

Spesies Pulau Sipadan Pulau Talang-talang Pulau Redang

A 11 0 11

B 4 12 4

C 3 2 0

D 0 0 14

E 0 0 18

F 0 0 3

G 6 0 10

H 0 0 10

I 0 0 7

J 3 40 0

K 3 15 0

L 10 23 0

M 63 8 0

N 9 0 0

O 2 0 0

P 1 0 0

BILANGAN

INDIVIDU

115 100 77

KEKAYAAN

SPESIES

11 6 8

INDEKS SIMPSON

(D)

KEUTAMAAN

UNTUK

PEMULIHARAAN

1 3 2

(Lampiran 2)

Pengiraan Indeks Simpson:

1. Pulau Sipadan

= 1/ (11/115)² + (4/115)² + (3/115)² + (6/115)² + (3/115)² + (3/115)² + (10/115)² +

(63/115)² + (9/115)² + (2/115)² + (1/115)²

= 1/ (0.10)² + (0.03)² + (0.03)² + (0.05)² + (0.03)² + (0.03)² + (0.09)² + (0.54)² + (0.08)² +

(0.02)² + (0.01)²

= 1/ (0.01 +