amali 2 sce3107

17
IPG PERLIS AMALI 2 SCE3107 NOOR AZLIANA BT KHAZALI PPG SCE B SEM 4 AMALI 2 PENDAHULUAN Kepelbagaian biologi ditakrifkan sebagai kepelbagaian bentuk hidupan di atas muka bumi ini. Bilangan spesis di dunia dianggarkan melebihi 80 juta, merangkumi pelbagai tumbuhan, haiwan, dan mikroorganisma yang wujud. Untuk memudahkan kajian, organisma perlulah dikelaskan kepada beberapa kumpulan secara teratur berdasarkan ciri-ciri sepunya yang dimiliki. Taksonomi merupakan satu bidang biologi yang melibatkan pengajian pengelasan, pengecaman, tatanama organisma hidup yang wujud di dunia ini. Taksonomi bertujuan menguruskan bahan, maklumat, dan data yang dikumpulkan dengan menggunakan satu pendekatan yang sistematik dan teratur supaya bahan, maklumat dan data tersebut boleh disimpan, difailkan dan dikelaskan secara sistematik dan teratur untuk memudahkan rujukan. Pengelasan merujuk kepada aktiviti mengkategorikan pelbagai jenis organisma dalam dunia berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan yang boleh diperhatikan di kalangan organisma hidup. Taksonomi menggunakan sistem pengkelasan semula jadi. Maka taksonomi menyediakan satu pendekatan untuk ahli biologi mengkaji kepelbagaian hidupan dan mencari perhubungan semula jadi di antara organisma dalam jaringan hidupan. Spesies adalah konsep taksonomi yang digunakan dalam biologi untuk menunjuk pada populasi organisma yang sejenis atau serupa dalam beberapa hal yang penting. Biasanya, organisma-organisma tersebut boleh membiak bersama. Dalam pengelasan saintifik, satu spesies diberikan tatanama binomial dalam bentuk nama genus dan diikuti satu nama unik, dan ditulis dalam keadaan condong. Contohnya ialah Homo sapiens, Panthera tigris dan Hibiscus rosa-sinensis. Suatu spesies boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza iaitu spesies biologi , di mana individu- individu yang berjaya membiak bersama-sama dianggap sebagai spesies yang sama, dan yang kedua ialah spesies morfologi di mana individu yang kelihatan sama (secara fizikal) dianggap sebagai spesies yang sama. Kaedah yang kedua sering digunakan apabila kita tidak mempunyai apa-apa maklumat tentang cara pembiakan sesuatu organisma. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesies atau kekeliruan mengenai nama-nama spesies. AMALI 2 : TAKSONOMI DAN KEPELBAGAIAN BIOLOGI SCE 3107 EKOSISTEM & BIODIVERSITI (PENSYARAH : PN. YUSMARINI YUSOFF) Page 1

Upload: noor-azliana-hanim

Post on 06-Dec-2014

136 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMALI 2 sce3107

IPG PERLIS AMALI 2 SCE3107 NOOR AZLIANA BT KHAZALI PPG SCE B SEM 4

AMALI 2

PENDAHULUAN

Kepelbagaian biologi ditakrifkan sebagai kepelbagaian bentuk hidupan di atas muka bumi ini. Bilangan spesis di dunia dianggarkan melebihi 80 juta, merangkumi pelbagai tumbuhan, haiwan, dan mikroorganisma yang wujud. Untuk memudahkan kajian, organisma perlulah dikelaskan kepada beberapa kumpulan secara teratur berdasarkan ciri-ciri sepunya yang dimiliki.

Taksonomi merupakan satu bidang biologi yang melibatkan pengajian pengelasan, pengecaman, tatanama organisma hidup yang wujud di dunia ini. Taksonomi bertujuan menguruskan bahan, maklumat, dan data yang dikumpulkan dengan menggunakan satu pendekatan yang sistematik dan teratur supaya bahan, maklumat dan data tersebut boleh disimpan, difailkan dan dikelaskan secara sistematik dan teratur untuk memudahkan rujukan.

Pengelasan merujuk kepada aktiviti mengkategorikan pelbagai jenis organisma dalam dunia berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan yang boleh diperhatikan di kalangan organisma hidup.

Taksonomi menggunakan sistem pengkelasan semula jadi. Maka taksonomi menyediakan satu pendekatan untuk ahli biologi mengkaji kepelbagaian hidupan dan mencari perhubungan semula jadi di antara organisma dalam jaringan hidupan. Spesies adalah konsep taksonomi yang digunakan dalam biologi untuk menunjuk pada populasi organisma yang sejenis atau serupa dalam beberapa hal yang penting. Biasanya, organisma-organisma tersebut boleh membiak bersama. Dalam pengelasan saintifik, satu spesies diberikan tatanama binomial dalam bentuk nama genus dan diikuti satu nama unik, dan ditulis dalam keadaan condong. Contohnya ialah Homo sapiens, Panthera tigris dan Hibiscus rosa-sinensis.

Suatu spesies boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza iaitu spesies biologi, di mana individu-individu yang berjaya membiak bersama-sama dianggap sebagai spesies yang sama, dan yang kedua ialah spesies morfologi di mana individu yang kelihatan sama (secara fizikal) dianggap sebagai spesies yang sama. Kaedah yang kedua sering digunakan apabila kita tidak mempunyai apa-apa maklumat tentang cara pembiakan sesuatu organisma. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesies atau kekeliruan mengenai nama-nama spesies.

SCE 3107 – EKOSISTEM & BIODIVERSITI (PENSYARAH : PN. YUSMARINI YUSOFF) Page 1

Page 2: AMALI 2 sce3107

IPG PERLIS AMALI 2 SCE3107 NOOR AZLIANA BT KHAZALI PPG SCE B SEM 4

AMALI 2 : TAKSONOMI DAN KEPELBAGAIAN BIOLOGI

Tujuan : Mengkaji dan mengelaskan kumpulan spesies

berdasarkan ciri-ciri sepunya.

Bahan / radas : Gambar ‘MoonMorphs’, gunting, gam, kertas A4

Prosedur :

1. Gambar moonmorphs digunting dan dikelaskan mengikut spesies

dengan berdasarkan ciri-ciri sepunya yang terdapat pada mereka.

2. Jumlah setiap spesies dicatat. Andaian dibuat dengan menyatakan

semuanya dewasa dan tiada perbezaan yang dapat dilihat antara

jantan dan betina.

Keputusan :

Berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan, pengelasan

dilakukan mengikut ciri sepunya iaitu bentuk badan MoonMorphs.

Bentuk badan merupakan ciri yang sangat ketara berbanding ciri lain

seperti bermata atau tidak bermata, bersesungut atau tidak, berkaki atau

bertangan dan sebagainya.

MoomMorphs ini telah dibahagikan kepada lima kumpulan spesies

iaitu, berbadan panjang, berbadan pendek bermata, berbadan pendek

tiada mata, badan yang bercorak dan badan berbonjol. Lima kumpulan

spesies ini saya wakilkan dengan nama Kumpulan A, B, C, D dan E.

Namun, terdapat variasi dalam setiap kumpulan spesies tersebut.

Jadi, setiap spesies boleh dikelaskan lagi ke dalam kumpulan-kumpulan

kecil. Contohnya bagi spesies yang berbadan panjang. Ianya boleh

dipecahkan kepada dua iaitu, spesies berekor dan tidak berekor, dan

sebagainya.

Kumpulan A – Berbadan panjang

SCE 3107 – EKOSISTEM & BIODIVERSITI (PENSYARAH : PN. YUSMARINI YUSOFF) Page 2

Page 3: AMALI 2 sce3107

IPG PERLIS AMALI 2 SCE3107 NOOR AZLIANA BT KHAZALI PPG SCE B SEM 4

Kumpulan A terdiri daripada MoonMorphs bernombor 19, 20, 26 dan 29.

Ciri umum yang terdapat pada mereka ialah memiliki badan yang

panjang. Selain itu, mereka juga mempunyai kepala, dua sesungut,

bersayap dan tiada mata. Kemudian, mereka dikelaskan lagi ke dalam

kumpulan kecil berdasarkan berekor dan tidak berekor. (Sila rujuk Rajah

1)

SCE 3107 – EKOSISTEM & BIODIVERSITI (PENSYARAH : PN. YUSMARINI YUSOFF) Page 3

Page 4: AMALI 2 sce3107

IPG PERLIS AMALI 2 SCE3107 NOOR AZLIANA BT KHAZALI PPG SCE B SEM 4

Kumpulan B – Berbadan pendek bermata

SCE 3107 – EKOSISTEM & BIODIVERSITI (PENSYARAH : PN. YUSMARINI YUSOFF) Page 4

Page 5: AMALI 2 sce3107

IPG PERLIS AMALI 2 SCE3107 NOOR AZLIANA BT KHAZALI PPG SCE B SEM 4

Kumpulan B terdiri daripada MoonMorphs bernombor 6, 9, 10, 11 dan

21.

Ciri umum yang terdapat pada mereka ialah memiliki badan pendek dan

bermata. Selain itu, mereka juga mempunyai tangan yang bercorak,

mempunyai kepala, dan ekor. Kemudian, mereka dikelaskan lagi ke

dalam kumpulan kecil berdasarkan bentuk ekor. (Sila rujuk Rajah 2)

SCE 3107 – EKOSISTEM & BIODIVERSITI (PENSYARAH : PN. YUSMARINI YUSOFF) Page 5

Page 6: AMALI 2 sce3107

IPG PERLIS AMALI 2 SCE3107 NOOR AZLIANA BT KHAZALI PPG SCE B SEM 4

Kumpulan C – Berbadan pendek tiada mata

SCE 3107 – EKOSISTEM & BIODIVERSITI (PENSYARAH : PN. YUSMARINI YUSOFF) Page 6

Page 7: AMALI 2 sce3107

IPG PERLIS AMALI 2 SCE3107 NOOR AZLIANA BT KHAZALI PPG SCE B SEM 4

Kumpulan C terdiri daripada MoonMorphs bernombor 7, 8, 13, 14, 15,

25 dan 28. Ciri umum yang terdapat pada mereka ialah memiliki badan

pendek dan tiada mata. Selain itu, mereka juga mempunyai kepala

yang berbentuk, tangan yang pendek, dan ekor. Kemudian, mereka

dikelaskan lagi ke dalam kumpulan kecil berdasarkan bentuk kepala. (Sila

rujuk Rajah 3)

SCE 3107 – EKOSISTEM & BIODIVERSITI (PENSYARAH : PN. YUSMARINI YUSOFF) Page 7

Page 8: AMALI 2 sce3107

IPG PERLIS AMALI 2 SCE3107 NOOR AZLIANA BT KHAZALI PPG SCE B SEM 4

Kumpulan D – Badan yang bercorak

SCE 3107 – EKOSISTEM & BIODIVERSITI (PENSYARAH : PN. YUSMARINI YUSOFF) Page 8

Page 9: AMALI 2 sce3107

IPG PERLIS AMALI 2 SCE3107 NOOR AZLIANA BT KHAZALI PPG SCE B SEM 4

Kumpulan D terdiri daripada MoonMorphs bernombor 2, 3, 4, 5, 12, 18,

22 dan 23. Ciri umum yang terdapat pada mereka ialah memiliki badan

yang bercorak. Selain itu, mereka juga mempunyai kepala, mata,

tangan, jari, kuku dan kaki. Kemudian, mereka dikelaskan lagi ke

dalam kumpulan kecil berdasarkan kuku. (Sila rujuk Rajah 4)

SCE 3107 – EKOSISTEM & BIODIVERSITI (PENSYARAH : PN. YUSMARINI YUSOFF) Page 9

Page 10: AMALI 2 sce3107

IPG PERLIS AMALI 2 SCE3107 NOOR AZLIANA BT KHAZALI PPG SCE B SEM 4

Kumpulan E – Badan berbonjol

Kumpulan E terdiri daripada MoonMorphs bernombor 1, 16, 17, 24 dan

27.

SCE 3107 – EKOSISTEM & BIODIVERSITI (PENSYARAH : PN. YUSMARINI YUSOFF) Page 10

Page 11: AMALI 2 sce3107

IPG PERLIS AMALI 2 SCE3107 NOOR AZLIANA BT KHAZALI PPG SCE B SEM 4

Ciri umum yang terdapat pada mereka ialah memiliki badan yang

berbonjol. Selain itu, mereka juga mempunyai kepala, mata, tangan

dan ekor. Kemudian, mereka dikelaskan lagi ke dalam kumpulan kecil

berdasarkan bilangan mata. (Sila rujuk Rajah 5)

SCE 3107 – EKOSISTEM & BIODIVERSITI (PENSYARAH : PN. YUSMARINI YUSOFF) Page 11

Page 12: AMALI 2 sce3107

IPG PERLIS AMALI 2 SCE3107 NOOR AZLIANA BT KHAZALI PPG SCE B SEM 4

Perbincangan :

1. Apakah ciri-ciri yang anda tekankan apabila meletakkan

beberapa

moonmorphs dalam kumpulan yang sama? Mengapa anda

memilih ciri-

ciri tersebut? Kenapa tidak pilih yang lain-lain ?

Ciri-ciri yang ditekankan sewaktu pengelasan MoonMorphs dibuat

ialah bentuk badan. Saya melihat ciri ini lebih menonjol dan mempunyai

persamaan antara semua haiwan tersebut. Ini kerana bentuk badan

memberikan perbezaan yang paling nyata berbanding bentuk fizikal yang

lain seperti panjang ekor, bentuk kepala, bilangan mata.

Selain itu, bentuk badan adalah bahagian yang paling mudah

dikenalpasti pada kumpulan itu kerana ada beberapa bahagian seperti

kaki, tangan, mata dan sesungut tidak dapat dipastikan dengan mudah

SCE 3107 – EKOSISTEM & BIODIVERSITI (PENSYARAH : PN. YUSMARINI YUSOFF) Page 12

Page 13: AMALI 2 sce3107

IPG PERLIS AMALI 2 SCE3107 NOOR AZLIANA BT KHAZALI PPG SCE B SEM 4

kerana terdapat beberapa kekeliruaan. Jika saya mengelaskan haiwan

tersebut mengikut ciri-ciri yang terdapat kekeliruaan pada awalnya, akan

memberikan masalah untuk melakukan pengelasan yang seterusnya.

Sebagai contoh terdapat dua ciri pada satu haiwan tersebut. Maka, saya

dapati bentuk badan haiwan tersebut adalah ciri yang paling sesuai untuk

digunakan semasa pengelasan.

2. Adakah semua individu dalam satu spesies mesti serupa

keseluruhannya?

Berapa banyak variasi antara individu yang boleh diterima

dalam satu

spesies?

Sesuatu spesies itu perlu nampak seperti sama tetapi tidak

semestinya serupa. Hal ini kerana di dalam sesuatu spesies itu terdapat

variasi. Beberapa variasi boleh diterima di dalam suatu spesies namun

apabila haiwan

daripada spesies yang sama kelihatan berbeza, ahli taxonomi akan

mengkelaskan mereka sebagai ‘subspesies’ yang berbeza tetapi mereka

tetap boleh membiak sesama mereka.

Contohnya seperti kucing adalah satu spesies tetapi subspesies

kucing adalah seperti kucing Parsi, kucing Siam, Maine Coon, Burmese,

dan Savannah. Begitu juga seperti spesies gajah dan subspesies gajah

pula adalah gajah Afrika dan juga gajah India. Walaupun begitu spesies

kucing dan spesies gajah tersebut tetap boleh membiak sesama mereka.

3. Apakah akan terjadi kepada spesies yang anda pilih jika anda

menerima

tahap variasi individu yang tinggi? Apa pula yang akan terjadi

jika anda

menerima tahap variasi yang terlalu rendah?

SCE 3107 – EKOSISTEM & BIODIVERSITI (PENSYARAH : PN. YUSMARINI YUSOFF) Page 13

Page 14: AMALI 2 sce3107

IPG PERLIS AMALI 2 SCE3107 NOOR AZLIANA BT KHAZALI PPG SCE B SEM 4

Jika setiap spesies menerima variasi individu yang tinggi, maka

MoonMorphs dapat dikumpulkan kepada banyak sub-spesies sehingga

pengelasan boleh dibuat daripada satu ciri kepada satu spesies.

Namun jika variasi inidividu dangat rendah, maka pengelasan yang

boleh dilakukan adalah sangat terhad kepada beberapa sub-spesies

sahaja atau pengelasan hanya dapat dilakukan melalui satu ciri asas

sahaja.

4. Terangkan bagaimana para taksonomis mungkin memecahkan

satu

spesies kepada dua atau lebih spesies baru.

Taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam mengenal pasti

dan mengumpul spesies. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan

biodiversiti untuk membezakan antara spesies atau kekeliruan mengenai

nama-nama spesies. Taksonomis dapat membahagikan sesuatu spesies

kepada dua atau

lebih spesies yang baru berdasarkan konsep spesies biological. Konsep

ini

merujuk kepada sekumpulan populasi yang berpotensi untuk membiak

secara semulajadi. Selain itu, kaedah lain yang digunakan adalah konsep

spesies morfological. Konsep ini membolehkan individu dikategorikan

dengan melihat persamaan dari segi ciri-ciri fizikal yang ketara.

5. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan variasi dalam individu

dari

sesuatu spesies terjadi?

SCE 3107 – EKOSISTEM & BIODIVERSITI (PENSYARAH : PN. YUSMARINI YUSOFF) Page 14

Page 15: AMALI 2 sce3107

IPG PERLIS AMALI 2 SCE3107 NOOR AZLIANA BT KHAZALI PPG SCE B SEM 4

Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan berlakunya variasi di

dalam individu antaranya mutasi, genetik, penghijrahan dan ilklim

persekitaran.

Mutasi ialah perubahan di dalam struktur genetik pada DNA semasa

interbreeds berlaku boleh menyebabkan variasi didalam spesies tersebut.

Selain itu, faktor genetik juga boleh menyebabkan variasi di dalam

individu kerana setiap individu mempunyai set gen yang berbeza antara

satu sama lain. Set gen ini yang membezakan individu melalui warna

mata, warna kulit, bentuk badan dan sebagainya.

Faktor penghijrahan pula boleh dilihat dalam konteks genetik di

mana individu akan mengawan dengan populasi baru di destinasi yang

dituju akan menyumbangkan gamet yang membawa alel yang boleh

mengubah jenis alel yang sedia ada. Maka, ini boleh menghasilkan satu

variasi baru dalam spesies. Faktor iklim persekitaran juga memberi

sumbangan kepada variasi inidividu. Cotohnya, iklim persekitaran yang

sejuk seperti iklim di England dan Jepun menyebabkan individu yang

menetap di situ mempunyai kulit yang lebih cerah berbanding individu

yang menetap di iklim bercuaca panas seperti Afrika. Ini kerana, ianya

turut mempengaruhi penghasilan melanin yang tinggi disebabkan oleh

iklim yang bercuaca panas. Penghasilan melanin yang tinggi

menyebabkan kulit menjadi lebih gelap.

6. Bagaimana spesies “MoonMorphs” ini dipanggil

“morphospecies”?

Konsep morphospesies merujuk kepada penggunaan perbezaan

dalam ciri- ciri morfologi untuk membezakan spesies. Perbezaan melalui

morfologi ini boleh dirujuk kepada bentuk, struktur dan konfigurasi

sesuatu organisma. Ini termasuk aspek penampilan fizikal seperti struktur,

SCE 3107 – EKOSISTEM & BIODIVERSITI (PENSYARAH : PN. YUSMARINI YUSOFF) Page 15

Page 16: AMALI 2 sce3107

IPG PERLIS AMALI 2 SCE3107 NOOR AZLIANA BT KHAZALI PPG SCE B SEM 4

bentuk, warna dan corak serta struktur dalaman bahagian-bahagian

seperti tulang dan organ-organ.

Spesies ‘MoonMorphs’ dikenali sebagai morphospesies disebabkan

spesies tersebut dikumpulkan berdasarkan ciri-ciri persamaan yang boleh

diperhatikan di antara MoonMorphs . Morphospesies adalah satu kaedah

tradisi yang digunakan sejak dahulu bagi mengelaskan sesuatu spesies.

Kaedah ini terbatas kerana maklumat yang digunakan untuk mengelaskan

spesies adalah sedikit dan perlu kepada perbezaan yang jelas daripada

spesies-spesies lain. Selain itu, variasi geografi selalunya tidak diambil

kira dalam kaedah pengelasan ini.

7. Huraikan bagaimana spesies yang anda pilih tidak dari

kalangan spesies

biologi.

Spesies tersebut merupakan bukan dari kalangan spesies biologikal

kerana tidak wujud maklumat bagi genetik, jantina, DNA, habitat,

kelakuannya serta maklumat lain yang lebih spesifik dan mendalam

seperti yang wujud pada spesies biologikal. Spesies ini hanya dikelaskan

melalui morfologi iaitu ciri-ciri yang boleh dilihat berdasarkan sifat fizikal

yang sepunya sahaja.

Kesimpulan :

Spesies boleh dikelaskan dengan berbagai kaedah. Pengelasan

boleh dilakukan merujuk kepada maklumat yang diperolehi sama lengkap

atau tidak. Jika lengkap seperti DNA atau jantina spesies yang dikelaskan

boleh dikategorikan sebagai spesies biologikal. Jika tidak spesies itu boleh

SCE 3107 – EKOSISTEM & BIODIVERSITI (PENSYARAH : PN. YUSMARINI YUSOFF) Page 16

Page 17: AMALI 2 sce3107

IPG PERLIS AMALI 2 SCE3107 NOOR AZLIANA BT KHAZALI PPG SCE B SEM 4

dikelaskan berdasarkan cara yang mudah iaitu melalui ciri fizikal sepunya

yang dimilikinya.

SCE 3107 – EKOSISTEM & BIODIVERSITI (PENSYARAH : PN. YUSMARINI YUSOFF) Page 17