kedah maju bandar mapan

11
LMCP 1552: PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM TAJUK: PELAN PEMBANGUNAN DI KEDAH PENSYARAH: PROF DATO’ IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT DISEDIAKAN OLEH: BASHIROH BINTI AZMI (A150894) NURUL AIDA BINTI MOHAMMAD NUIN (A148756) LUQMANUL HAKIM BIN MOHAMAND NOOR (A150462)

Upload: aidanuien

Post on 18-Jan-2017

38 views

Category:

Environment


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEDAH MAJU BANDAR MAPAN

LMCP 1552: PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM

 TAJUK:

PELAN PEMBANGUNAN DI KEDAH 

PENSYARAH:PROF DATO’ IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT

 DISEDIAKAN OLEH:

BASHIROH BINTI AZMI (A150894)NURUL AIDA BINTI MOHAMMAD NUIN (A148756)

LUQMANUL HAKIM BIN MOHAMAND NOOR (A150462) 

Page 2: KEDAH MAJU BANDAR MAPAN

PENGENALAN

Tajuk kajian yang dipilih adalah di negeri Kedah.

Negeri Kedah dilihat sebagai sebuah kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan dari segi alam sekitar, ekonomi dan sosial dengan lebih maju pada masa hadapan.

Negeri Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri yang secara tidak langsung telah menghasilkan keunikan perkembangan sejarah yang dilaluinya.

Perkembangan sejarah awal negeri Kedah di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh kedudukan ilmu alamnya yang begitu strategik di rantau ini

Jika dilihat negeri Kedah sekarang ini agak ketinggalan pembangunannya berbanding negeri-negeri maju yang lain.

Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mencadangkan pelan pembangunan di negeri Kedah yang akan memenuhi ketiga-tiga juzuk pembangunan mapan dalam Islam iaitu dari segi alam sekitar, ekonomi dan sosial.

Namun, aspek tersebut akan diselaraskan dengan prinsip pembangunan Islam.

Page 3: KEDAH MAJU BANDAR MAPAN

CADANGAN PELAN PEMBANGUNAN DI KEDAH

EKONOMI

SOSIAL

ALAM SEKITAR

Page 4: KEDAH MAJU BANDAR MAPAN
Page 5: KEDAH MAJU BANDAR MAPAN

EKONOMI

1) MENUBUHKAN YAYASAN WAKAF

• Wakaf memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara.• Yayasan Wakaf ini akan dibina di sebelah menara UTC Alor Star. Kawasan ini sangat strategik

kerana telah menjadi tumpuan orang ramai• Tujuan : untuk pembangunan projek-projek wakaf untuk masyarakat.• Antara projek yang akan dijalankan : memberi bantuan kepada orang yang berada dalam asnaf

zakat, bantuan kerana pembinaan, pengurusan, mengimarahkan masjid, surau, madrasah, klinik, hospital dan lain-lain, bantuan kepada orang yang ditimpa kemalangan, rawatan perubatan, anak-anak yatim, bantuan pendidikan, meningkatkan syiar Islam dan bantuan untuk membangunkan negara dan lain-lain yang berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan umat Islam.

Page 6: KEDAH MAJU BANDAR MAPAN

2) Projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY)

• Sektor minyak & gas menjanjikan pulangan yang besar kepada negeri dan negara umumnya.• Kedah mempunyai kelebihan untuk membuka zon industri penapisan minyak kerana lokasinya

yang strategik di bahagian utara Selat Melaka yang memudahkan kapal-kapal mengangkut bekalan minyak ke pasaran ketiga.

• Projek ZIPY di Pulau Bunting merupakan pembinaan kilang penapisan minyak bagi memproses minyak mentah dari Asia Barat sebelum dijual ke negara-negara di Asia Timur.

• Projek ZIPY ini menyasarkan keuntungan sebanyak RM400 juta setahun dalam bentuk cukai dari projek itu dan akan menawarkan pekerjaan kepada kira-kira 15,000 orang mengikut perancangan awal.

• Projek bernilai berbilion ringgit itu akan mampu memberi pulangan lumayan dari sektor minyak dan gas dan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan yang tinggi kepada anak tempatan

Page 7: KEDAH MAJU BANDAR MAPAN

3) Pembangunan perumahan mampu milik

• Pembangunan Projek Zon Industri Petroleum Yan, Kedah pesat berkembang memberi peluang kepada kawasan tersebut mengambil inisiatif untuk membangunkan bandar kediaman.

• Daerah Yan berpotensi dijadikan ‘Bandar Kediaman’ kepada penduduk yang bekerja di kawasan tersebut - menyebabkan keperluan mencari tempat tinggal yang tinggi bagi golongan yang berpendapatan sederhana - disewakan dengan harga yang rendah khususnya disewakan kepada golongan yang miskin.

• Projek perumahan mampu milik ini dinamakan sebagai Projek Rumah Al-Ehsan dengan anggaran kos pembinaan sebanyak RM 2.27 juta.

• Projek ini akan membangunkan kediaman bertingkat merangkumi dewan serba guna, lot perniagaan, tempat parker bertingkat, ruang pejabat, surau, pusat dakwah dan sebagainya.

• Dengan mewujudkan lebih banyak tempat kediaman ia akan memberi kelebihan kepada kawasan tersebut dari segi ekonomi seterusnya dapat mewujudkan bandar pelancongan.

Page 8: KEDAH MAJU BANDAR MAPAN

SOSIAL PEMBINAAN JARINGAN PENGANGKUTAN MESRA ALAM PENGANGKUTAN AWAM BERASASKAN ELEKTRIK (LRT,RAPID) PENUBUHAN SEKOLAH UNTUK ANAK-ANAK YATIM DAN SEKOLAH BERASRAMA DI KAWASAN LUAR BANDAR PUSAT KOMUNITI RUMAH ANAK-ANAK YATIM DAN WARGA TUA PENUBUHAN PUSAT RAWATAN DAN PERUBATAN PENUBUHAN UNIVERSITI BERTARAF ANTARABANGSA PEMBINAAN TAMAN BOTANI DAN FLORA DAN FAUNA DI KAWASAN BANDAR. PEMBINAAN MASJID YANG SERBA LENGKAP IAITU SEBUAH KOMPLEKS YANG DILENGKAPI DENGAN PELBAGAI

KEMUDAHAN SEPERTI HOSPITAL, TEMPAT PENGINAPAN PELANCONG, RUANG PERNIAGAAN DAN LAIN-LAIN LAGI. DI SAMPING ITU, DI SINI TERDAPAT JUGA ASRAMA ANAK YATIM DAN RUMAH WARGA TUA. SEKOLAH YANG BERFUNGSI SEBAGAI TEMPAT PENDIDIKAN DAN PEMBELAJARAN TURUT DISEDIAKAN. PRASARANA SEBEGINI DIANGGAP SEBAGAI SALAH SATU CARA MEMAKMUR DAN MENGGIATKAN AKTIVITI MASJID SUPAYA TIDAK DIPANDANG SEPI.

Page 9: KEDAH MAJU BANDAR MAPAN

ALAM SEKITAR

Penjagaan alam sekitar bermula dengan konsep manusia yang hidup dengan tiga tujuan iaitu tujuan khilafah, amanah dan ibadah.

Khilafah ialah menjadi ganti kepada nabi untuk menjaga agama dan memakmurkan alam dunia dengan agama.

Memakmurkan dunia itu termasuklah memakmurkan alam sekitar dengan panduan agama, menjadi tanggungjawab manusia yang beriman. Ia termasuk pemeliharaan, pemuliharaan dan pembangunan yang semua itu membawa kebaikan kepada agama, nyawa, akal, harta, keturunan dan maruah manusia, yang ke semua itu adalah memenuhi matlamat pensyariatan Islam.

Zon Bersih Zon bersih - suatu kawasan yang dikenalpasti kebersihan kurang memuaskan tetapi telah

dinaik taraf sebagai kawan bersih. Matlamatnya untuk memupuk kesedaran dan cintakan kebersihan melalui penglibatan komuniti serta menjadikan negeri Kedah terbersih berbanding negeri-negeri lain.

Persekitaran Hijau• Laluan penjalan kaki berbumbung yang bersambung sepanjang pusat membeli belah di Aman

Sentral serta dikelilingi oleh tumbuhan-tumbuhan hijau. • Penyediaan tong sampah kitar semula di kawasan-kawan “hotspot” sama ada di dalam mall

atau sekitarnya. Hal ini dapat mendidik masyarakat untuk mengamalkan kitar semula sewaktu berbelanja.

Page 10: KEDAH MAJU BANDAR MAPAN

Ciri-ciri Bangunan Hijau Pembinaan gerai-gerai makan perlulah mengambil kira berkenaan dengan aliran udara

sekitarnya. Tempat pengurusan sampah perlulah diselia dengan baik oleh PBT supaya ianya tidak

menganggu orang awam untuk menjamu selera. Pihak penguatkuasa perlu tetapkan garis panduan atau memberi pengetahuan tentang

tumbuhan-tumbuhan yang boleh ditanam sekitar premis.

Pengurusan Air, Tenaga dan Sisa Pepejal Disetiap tandas awam sekitar taman reakriasi di bandar Alor Setar perlulah menggunakan air

tadahan hujan sebagai sumber utama selain aktiviti-aktivi menyiram pokok. Penggunaan baja-baja yang dikompos di setiap pokok-pokok dan tumbuhan yang ditanam bagi

memaksimumkan sisa-sisa pepejal. Tempat reakriasi juga tidak terlepas peluang sebagai tempat pusat kitar semula bagi

menguruskan segala bahan-bahan terbuang.

Komuniti Pihak berwajib perlulah membuat program-program serta aktiviti gotong-royang dengan

masyarakat setempat. Perlu wujudkan satu pertandingan di seluruh bandar Alor Setar berkenaan perhiasan langskap

yang tercantik serta dijadikan taman contoh. Membuat kempen kesedaran berkenaan dengan pentingnya kitar semula serta cintai alam

sekitar pada masyarakat setempat serta di sekolah-sekolah. Pihak berwajib jugak perlu menggalakan masyarakat setempat untuk mengamalkan gaya hidup

sihat dengan berbasikal. Oleh itu, pencemaran dapat dikurangkan.

Page 11: KEDAH MAJU BANDAR MAPAN

KESIMPULAN

Pembangunan dalam Islam yang baik ialah kejayaan pada matlamat yang akhirnya memberi manfaat kepada umat manusia sejagar serta selaras dengan suruhan dan larangan Allah SWT.

Dengan berlandaskan kepada matlamat negara, pelan ini menyediakan landasan bagi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman menghadapi cabaran globalisasi dan ekonomi baru.

Ianya juga menyediakan landasan bagi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman mencapai objektif pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan matlamat utama mewujudkan Kedah Darul Aman negeri maju.

Usaha untuk mentransformasikan ekonomi dan sosial negeri perlu dilakukan dengan mewujudkan peluang pekerjaan, menjana ekonomi setempat dan meningkatkan hasil secara berterusan selaras dengan slogan ‘Kedah Aman, Makmur’.

Dalam usaha untuk mewujudkan bandar yang gemilang dan lestari, beberapa faktor perlu dititikberatkan meliputi aspek alam sekitar, ekonomi dan sosial. Namun, aspek tersebut perlulah diselaraskan dengan prinsip pembangunan Islam.