amalan cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga

20
AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz. Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w.. Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat. Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa. Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini. “Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. “Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?” kata beliau. Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang

Upload: ai-syah

Post on 31-Oct-2015

214 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Page 1: AMALAN Cukur Jambul Kebiasaannya Diadakan Sempena Menyambut Kehadiran Orang Baru Dalam Keluarga

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. 

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz. 

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat. 

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

“Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. “Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?” kata beliau.

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain. 

Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan. 

“Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan,” ulas beliau

Page 2: AMALAN Cukur Jambul Kebiasaannya Diadakan Sempena Menyambut Kehadiran Orang Baru Dalam Keluarga

mengenai kecenderungan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara besar-besaran.

Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu. 

Antara adat yang tidak boleh dipisahkan oleh masyarakat Melayu ialah persandingan dan menepung tawar pengantin ketika majlis perkahwinan. Walaupun Islam tidak melarang tetapi dari segi perlaksanaannya ia tetap bertentangan dengan syariat agama. Contohnya, menghiaskan pengantin dan ditambah dengan pelamin yang berhias bunga-bungaan dan sebagainya. Kemudian, pengantin diletakkan di atas pelamin dan diadakan upacara merenjis dan menepung tawar. Malah pengantin perempuan pada hari ini juga cenderung melukis pelbagai bentuk dan corak pada tangan mereka sedangkan ia jelas bertentangan dengan hukum Islam yang melarang sebarang lukisan dilakukan pada anggota badan.

“Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang bertentangan dengan syariat tetapi masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua perkara bidaah ini harus dihentikan demi menjamin kesejahteraan ummah. “Justeru, demi kebaikan bayi yang dilahirkan supaya menjadi manusia yang berguna kelak, tidak seharusnya mereka didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah sejak masih kecil,” tegas beliau.

Adat cukur jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.

Adat berendoi

Semasa adat berendoi, bayi akan diletakkan di dalam buaian dengan menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga nazam atau marhaban dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.

http://www.sabah.org.my/mns/allPDF/nov06/TAZKIRAH%2076%20021106%20Amalan%20Cukur%20Jambul.pdf

Page 3: AMALAN Cukur Jambul Kebiasaannya Diadakan Sempena Menyambut Kehadiran Orang Baru Dalam Keluarga

WARISAN BUDAYA MELAYUWARISAN BUDAYA

 

ADAT RESAM

Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat

dinafikan. Adat tersebut bermula dari dalam perut ibu, kelahiran, perkahwinan sehinggalah

kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan

kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak

budaya masyarakat tersebut.

 

 

ADAT RESAM  MASYARAKAT MELAYU

Kelahiran

Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami

isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak

yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu

disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat

tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung,

bersalin dan selepas lahir.

Page 4: AMALAN Cukur Jambul Kebiasaannya Diadakan Sempena Menyambut Kehadiran Orang Baru Dalam Keluarga

 Melenggang Perut (Sewaktu Mengandung)

Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung

Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada

wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau

lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang

mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di

dalam perut.

Peralatan untuk upacara ini termasuk

  Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan

  Segantang beras

  Sebiji kelapa

  Beberapa urat benang mentah

Damar

  Minyak kelapa atau minyak urut

  Lilin

  Tepak sirih yang lengkap isinya

  Pengeras sebanyak RM1.25

Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil tadi.

Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur.

Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan di kain

basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama. Wanita itu

didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat seekor ayam. Kemudian air

buyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi dilepaskan atau dijatuhkan dengan

kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi bersalin.

Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang bakal lahir

nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan akan membentangkan

Page 5: AMALAN Cukur Jambul Kebiasaannya Diadakan Sempena Menyambut Kehadiran Orang Baru Dalam Keluarga

ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yang lain. Ibu yang hamil

dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan akan mengurut ibu yang hamil dengan

menggunakan minyak kelapa atau minyak urut. Bidan mengambil buah kelapa yang telah

dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan di atas perut terus ke hujung kakinya

sebanyak tujuh kali. Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke

atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya. Akhirnya bidan akan

melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut  wanita hamil itu. Mengikut adatnya, kain

yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta dengan peralatan upacara tadi. Lazimnya

pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan dan ibu yang menjalani upacara ini

dipakaikan dengan pakaian baru. Adalah dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya

Hindu.

 Sewaktu Bersalin

Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga berkenaan.

Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Tetapi

adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang

dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan

digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam

rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Di samping

itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran ini.

Potong Tali Pusat

Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu

disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong dengan

menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di sesetengah

tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh

kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas bara api

sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri. 

  Azan/Qamat

         Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala bayi

perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan melakukan

Page 6: AMALAN Cukur Jambul Kebiasaannya Diadakan Sempena Menyambut Kehadiran Orang Baru Dalam Keluarga

upacara ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih merupakan amalan berunsur

keagamaan.

  Membelah/Mulut

Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam

agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula dengan

membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah mencecap atau

merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang menggunakan emas yang

dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru lahir tersebut. Sewaktu

menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun demikian, adat ini sudah tidak

diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini.

   Berpantang

Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang

yang bermaksud larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan

mengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama

empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang selama

seratus hari.

    Tempoh Berpantang

Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang makanan mengikut

kehendaknya atau berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak pergerakan. Antara

makanan yang dilarang keras ialah yang boleh mengakibatkan kegatalan di seluruh anggota

badan seperti udang, kerang, ketam dan ikan pari serta memakan  ikan yang mempunyai

sengat seperti ikan keli, sembilang dan baung kerana ia boleh menyebabkan bisa-bisa pada

badan. Sebaliknya mereka digalakkan memakan nasi dengan ikan haruan yang dibakar,

direbus dan dibenarkan minum air suam atau susu.

   Bertungku

 Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku. Bertungku

dipercayai dapat membantu perut wanita bersalin kembali normal.   Biasanya tungku

diperbuat dari batu yang dipanaskan di atas bara. Kemudian tungku itu dibalut dengan kain

yang di lapik dengan beberapa helai daun yang tebal seperti daun lengkuas yang dipercayai

dapat mengimbangi kepanasan tungku di samping berfungsi sebagai ubat.

Page 7: AMALAN Cukur Jambul Kebiasaannya Diadakan Sempena Menyambut Kehadiran Orang Baru Dalam Keluarga

Tungku akan dituam pada bahagian perut dan bahagian lain bertujuan untuk mengatasi

masalah kesakitan selepas bersalin. Selesai bertungku, si ibu akan menyapu perutnya

dengan air limau yang dicampur dengan kapur sebelum memakai bengkung. Amalan

berbengkung ini bertujuan untuk mengatasi perut buncit atau pinggul yang turun selepas

bersalin di samping memberi keselesaan kepada wanita selepas bersalin.

     Selepas lahir

         Selepas kelahiran terdapat beberapa adat tertentu yang dijalankan.

  Tanggal Pusat/Cuci Lantai

Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada ketika

itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai

kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur di

samping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.

Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai.

  Nasi kunyit dan lauk-lauk

  Seekor ayam hidup

  Paku, buah keras, asam, garam dan sirih pinang

  Hadiah untuk bidan sepersalinan

Kenduri doa selamat akan diadakan pada permulaan adat ini. Selepas itu bidan akan memulakan

jampi serapahnya sambil memegang ayam dengan cara mengais-ngaiskan kaki ayam ke atas

lantai tempat wanita itu bersalin. Seterusnya lantai itu akan dibersihkan. Mak bidan akan

menjalankan keseluruhan upacara ini. Sebelum itu, si ibu dan si bayi akan dimandikan, diurut

dan dibedak. Selesai upacara tersebut, bahan yang digunakan tadi beserta sedikit wang akan

dihadiahkan kepada bidan tersebut.  

Memberi Nama

Page 8: AMALAN Cukur Jambul Kebiasaannya Diadakan Sempena Menyambut Kehadiran Orang Baru Dalam Keluarga

Mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud yang baik kepada

bayi. Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut nama para nabi manakala

untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi akan dipilih.

Cukur Rambut/ Potong Jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong

jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.

Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan.

   Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar,beras  kunyit dan

bertih.

  Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku

seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian

kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil. Biasanya kelapa itu dihias, umpamanya dengan

melilitkan rantai emas atau perak di kelillingnya.   

 

 

Pada hari itu, bayi dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas talam yang dialas

dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa atau datuknya. Si bayi seterusnya dibawa ke tengah

majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil berselawat. Si bayi akan ditepung tawar serta

Page 9: AMALAN Cukur Jambul Kebiasaannya Diadakan Sempena Menyambut Kehadiran Orang Baru Dalam Keluarga

ditabur beras kunyit dan bertih. Para hadirin secara bergilir-gilir akan menggunting

sedikit rambut  bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi.

Bilangan orang yang menggunting rambut bayi tersebut hendaklah dalam bilangan yang ganjil,

iaitu tiga, lima, tujuh dan seterusnya. Setelah selesai pihak lelaki menjalankan acara

menggunting, pihak perempuan pula mengambil alih. Setelah selesai kedua-dua pihak

menjalankan adat bercukur barulah kepala bayi tersebut dicukur sepenuhnya oleh bidan atau

sesiapa sahaja yang boleh melakukannya. Kesemua rambut yang dicukur akan dimasukkan ke

dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon

anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan. 

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut     diadakan. Dari segi syarak, akikah

membawa         pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan.

Orang Islam yang berkemampuan disunatkan menyembelih ternakan seperti kambing, lembu

atau kerbau sebagai akikah anak yang baru lahir. Seorang anak disunatkan berakikah sekali

sahaja seumur hidup. Terdapat syarat-syarat tertentu dalam memilih haiwan untuk akikah dan

jumlah ternakan untuk akikah juga berbeza mengikut jantina bayi. Bagi bayi lelaki akikahnya

ialah dua  ekor kambing dan seekor kambing bagi bayi perempuan. Antara hikmah akikah adalah

sebagai permulaan kebajikan dan kebaikan bagi pihak bayi tersebut. Akikah sunat dilakukan

pada hari ke tujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan

adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.

Naik Buai 

Page 10: AMALAN Cukur Jambul Kebiasaannya Diadakan Sempena Menyambut Kehadiran Orang Baru Dalam Keluarga

Adat ini merupakan satu-satunya majlis yang masih diamalkan dan mendapat sambutan di

kalangan masyarakat Melayu hari ini. Upacara ini dilangsungkan dalam suasana penuh meriah

terutama sekali jika sesebuah keluarga itu baru mendapat anak atau cucu sulung.

Semasa upacara ini dijalankan bayi tersebut akan diletakkan di dalam buaian yang menggunakan

kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri

kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga, nazam

atau marhaban akan dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Seterusnya bunga telur dan

bunga rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan ini. Pada hari ini, masyarakat Melayu

menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.

JejakTanah/TurunTanah

Di sesetengah tempat, adat ini juga dipanggil adat memijak tanah. Ia sebagai meraikan anak yang

baru pandai berjalan. Turun tanah bermakna seorang anak kecil dilepaskan untuk    memijak

tanah sebagai lambang meneruskan kehidupannya. Adat ini dijalankan secara berbeza-beza dari

satu tempat dengan tempat yang lain baik dari segi cara mahupun barangan yang digunakan.

Lazimnya kenduri doa selamat diadakan untuk mengiringi upacara ini. Selepas kenduri    selesai,

tikar dibentang di hadapan tangga sebagai alas kanak-kanak berkenaan berjalan. Di  atas tikar

disediakan beberapa dulang yang berisi pelbagai jenis barang, termasuk makanan  dan minuman.

Antara barangan yang diletakkan di dalam dulang itu ialah cermin, sikat, jam  tangan, gelang,

cincin, rantai, bedak, kain, kasut, gunting, bubur, air sejuk dan wang. Lazimnya jumlah barangan

yang diletakkan adalah ganjil. Kanak-kanak tersebut akan  dibiarkan bergerak memilih barang

tersebut dan dihadkan mengambil tiga barangan sahaja.

  Menurut kepercayaan orang Melayu juga, adat ini dilakukan untuk meramal masa depan kanak-

kanak itu berdasarkan barangan yang diambil. Umpamanya jika kanak-kanak itu mengambil

gunting, kelak dia kuat bekerja atau pandai membuat kerja tangan. Adat ini jug boleh dilakukan

secara sederhana iaitu dengan  memijakkan kaki kanak-kanak itu ke  piring-piring kecil yang

berisi dengan padi, beras, tanah dan beberapa jenis daun yang telah dijampi oleh mak bidan.

Seterusnya bayi itu dijejakkan ke tanah dan doa dibaca.

 Bersunat / Berkhatan

 Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya   dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu

beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan

menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini akan

Page 11: AMALAN Cukur Jambul Kebiasaannya Diadakan Sempena Menyambut Kehadiran Orang Baru Dalam Keluarga

dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat atau juga

dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan

akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam ajaran Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib

kerana Islam menitikberatkan kesucian lahir dan batin. Di samping itu juga,ia baik dari segi

kesihatan. Majlis bersunat kanak-kanak perempuan tidak semeriah majlis berkhatan kanak-kanak

lelaki dan ada juga yang menjalankannya serentak dengan majlis perkahwinan.

Sumber : Perpustakaan Negara Malaysia

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/322-kebudayaan-di-malaysia/5669-warisan-budaya.htm

lCukur jambul merupakan adat resam masyarakat Melayu di Malaysia sempena 40 hari selepas kelahiran bayi. Sambutan tidak disambut selepas kelahiran kerana sang ibu masih belum lepas pantang atau belum sihat. Sesetengah tempat memangil adat Melayu ini sebagai:

Endoi di Kedah;

Naik buaian di sekitar Kampung Gajah dan Perak Tengah.

Antara acara semasa majlis cukur jambul ialah :

Menyembelih kambing atau lembu Aqiqah. Daging dimasak dan dimakan bersama-sama dalam kenduri tersebut. Ayam tidak boleh dijadikan aqiqah.

Barzanji atau Marhaban : satu bacaan salasilah dan pujian terhadap Nabi Muhamad S.A.W.

Bayi didukung dan diarak berkeliling tetamu lelaki yang sedang membaca Barzanji di ruang anjung rumah .

Beberapa tetamu penting seperti datuk kepada bayi, imam dan ketua kampung akan merestui dan mengusap jambul atau kepala bayi tersebut.

Beberapa bahan semasa majlis cukur jambul ialah:

Sedulang bunga rampai;

Sebiji kelapa muda : kelapa tersebut dibelah dan airnya jangan dikeluarkan;

Beberapa helai daun tertentu, termasuklah daun sirih alat perenjis;

Page 12: AMALAN Cukur Jambul Kebiasaannya Diadakan Sempena Menyambut Kehadiran Orang Baru Dalam Keluarga

Beras berwarna kuning (telah dilumur dengan kunyit);

Beras putih;

Air wangi (jika ada, sebagai pembaharuan);

Bunga telur : untuk diberi kepada setiap tetamu. Biasanya tetamu lelaki diberi keutamaan

http://fotografik.my/iso80/index.php?option=com_content&view=article&id=313:cukur-jambul&catid=86:pengetahuan-am&Itemid=295

Permasalahan cukur jambul

Soalan 2:

Saya ada kemusykilan berhubung dengan cara pelaksanaan majlis cukur jambul yang biasa dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam apabila mendapat anak. Ia seolah-olah satu kemestian dalam masyarakat. Apabila seseorang ibu baru melahirkan anak maka akan timbul soalan “bila nak buat kenduri cukur jambul anak?” Boleh huraikan apakah hukumnya membuat majlis cukur jambul anak yang baru lahir?

Page 13: AMALAN Cukur Jambul Kebiasaannya Diadakan Sempena Menyambut Kehadiran Orang Baru Dalam Keluarga

Noraini, Ampang, Selangor.

Jawapan:

Mencukur rambut bayi adalah sesuatu yang disunatkan oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap bayi tergadai dengan akikahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2838] Tujuan mencukur rambut adalah untuk membersihkan selaput kepalanya dan agar rambut yang baru lagi sihat dapat tumbuh. Oleh kerana itulah dalam riwayat yang lain, mencukur rambut juga disebut sebagai “bersihkan kotoran”, yakni hadis: “Bersama seorang anak satu akikah, maka tumpahkan untuknya darah (yakni sembelihan akikah) dan bersihkan kotorannya (yakni mencukur rambut).” [Shahih al-Bukhari, no: 5472, Fath al-Bari, jld. 27, ms. 24]

Mencukur rambut disunatkan ke atas bayi lelaki dan perempuan, dan sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Malang sekali, ramai ibubapa masa kini yang menyayangi bayi mereka dengan cara yang salah, mereka menyayangi rambut bayi mereka sehingga membelakangkan anugerah pahala dan rahmat daripada Allah s.w.t.. Justeru mereka menggantikan suruhan mencukur rambut bayi yang sunat hukumnya kepada majlis cukur jambul.

Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam. Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.

Adapun melaksanakan majlis sempena cukur jambul, maka yang sepatutnya dilaksanakan ialah majlis akikah. Majlis akikah membuktikan kesyukuran kepada Allah atas bayi yang dianugerahkan-Nya, pengumuman kepada jiran-jiran akan kelahiran anak yang baru dan persediaan awal bahawa bayi itu akan dididik menjadi hamba yang berkorban untuk kebaikan agama dan umat. Majlis akikah dengan sendirinya adalah satu bentuk ibadah, maka ia tidak perlu diubah-suai dengan ibadah-ibadah lain seperti membaca surah Yasin, zikir-zikir, doa selamat dan sebagainya. Walaubagaimanapun majlis akikah hukumnya sunat, maka mana-mana ibubapa yang tidak mampu tidak dituntut melaksanakannya.

Page 14: AMALAN Cukur Jambul Kebiasaannya Diadakan Sempena Menyambut Kehadiran Orang Baru Dalam Keluarga

http://hafizfirdaus.com/content/view/382/103/

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Page 15: AMALAN Cukur Jambul Kebiasaannya Diadakan Sempena Menyambut Kehadiran Orang Baru Dalam Keluarga

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

“Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. “Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?” kata beliau.

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.

Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.

“Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan,” ulas beliau mengenai kecenderungan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara besar-besaran.

Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.

Adat cukur jambul

Page 16: AMALAN Cukur Jambul Kebiasaannya Diadakan Sempena Menyambut Kehadiran Orang Baru Dalam Keluarga

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1640.0