amalan bagi wanita ketika haid

13
AMALAN BAGI WANITA KETIKA HAID & NIFAS DI BULAN RMADHAN Membaca Al Quraan tanpa musyhaf seperti membaca ayat-ayat alquraan yang tertulis di dinding2 atau di web-site dan you-tube. Mendengar bacaan AlQuraan daripada CD,TV, Radio dan seumpamanya. Membaca dan memahami ayat AlQuraan dari kitab tafsir. Perbanyakkan ber zikir-ziki, Selawat dan doa-doa sepanjang waktu dan tempat . Doa ketika haid: “Alhamdulillah ‘ala kullin hal waasta’firrullaha min kullin zambin. Maksudnya:Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan Aku memohon keampunan kepada Allah dari segala dosa. -maka menulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas Sirat dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan oleh Allah Taala baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala di dalam masa haidnya. Mendengar ceramah-ceramah serta tazkirah melalui kaset,CD dan seumpamanya. Membaca doa selepas mendengar azan setiap waktu . Memberi nasihat kepada ahli keluarga supaya senantiasa mengingati Allah dan berzikir sepanjang hari di bulan Ramadhan . Mengingatkan ahli keluarga supaya menunaikan solat fardhu setiap kali masuk waktu. Menggalakkan ahli keluarga menunaikan solat-solat sunat: dhuha, terawikh, tahajud dan witir.

Upload: rinteez

Post on 18-Jan-2016

109 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

la

TRANSCRIPT

Page 1: Amalan Bagi Wanita Ketika Haid

AMALAN BAGI WANITA KETIKA HAID & NIFAS DI BULAN RMADHAN

Membaca Al Quraan tanpa musyhaf seperti membaca ayat-ayat alquraan yang tertulis di dinding2 atau di web-site dan you-tube.

Mendengar bacaan AlQuraan daripada CD,TV, Radio dan seumpamanya.

Membaca dan memahami ayat AlQuraan dari kitab tafsir.

Perbanyakkan ber zikir-ziki, Selawat dan doa-doa sepanjang waktu dan tempat .

Doa ketika haid: “Alhamdulillah ‘ala kullin hal waasta’firrullaha min kullin zambin. Maksudnya:Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan Aku memohon keampunan kepada Allah dari segala dosa.

-maka menulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka

dan dapat lalu di atas Sirat dengan selamat dan aman

daripada azab dan meninggikan oleh Allah Taala

baginya dengan tiap satu hari dan satu malam

akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala

adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala

di dalam masa haidnya.

Mendengar ceramah-ceramah serta tazkirah melalui kaset,CD dan seumpamanya.

Membaca doa selepas mendengar azan setiap waktu .

Memberi nasihat kepada ahli keluarga supaya senantiasa mengingati Allah dan berzikir sepanjang hari di bulan Ramadhan .

Mengingatkan ahli keluarga supaya menunaikan solat fardhu setiap kali masuk waktu.

Menggalakkan ahli keluarga menunaikan solat-solat sunat: dhuha, terawikh, tahajud dan witir.

Disamping amal ibadah dan zikir seperti yang disebutkan,wanita dalam haid dan nifas juga bolih mendapat ganjaran pahala bulan Ramadhan Al Mubarak dengan melaksanakan tugas-tugas harian rumahtgangga. Antara lainya:

Menyedaikan juadah berbuka dan bersahur .

Menghulurkan juadah kepada jiran-jiran atau ke surau-surau yang berdekatan.

Page 2: Amalan Bagi Wanita Ketika Haid

Membangunkan ahli keluarga untuk bersahur.

Melibatkan diri dalam aktibiti dakwah dan kegiatan masyarakat pada waktu yang terluang dalam melaksanakan amal maaruf nahi mungkar.

Kesimpulannya setiap wanita yang kedatangan haid dan nifas, tidak pernah di beza dan di ketepikan olih Islam dalam menghayati bulan Ramadhan Al Mubarak dengan ibadah dan amalan kebaikan dalam lingkungan rumahtangga dan masyarakat sehari-hari. Hanya kerana mereka tidak dapat menunaikan ibadah puasa (dan solat )mereka tidak kehilangan peluang untuk menikmati kelebihan bulan Ramadhan Al Mubarak.

Page 3: Amalan Bagi Wanita Ketika Haid

Amalan Ketika Haid Dan Nifas 

Terlalu banyak amal-amalan yang boleh kaum hawa lakukan ketika datang haid dan

nifas atau dalam berhadas. Antara amalan tersebut adalah:-

.

1)      Berdoa ~ berdoalah untuk apa saja tujuan

2)      Memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat

3)      Memperbanyakkan zikir kepada Allah وتعالى سبحانه .

4)      Berselawat ke atas Nabi, seperti Selawat Taisir, Faith dan Nariyah.

5)      Qiamullail menghidupkan malam dengan;

                                               a.      Bermunajat

                                               b.      Bertafakur

                                               c.      Berzikir; bertahlil, bertahmid, bertasbih dan

sebagainya.

6)      Memuhasabah dan menghitung diri

7)      Membaca zikir Asmaul Husna

8)      Bersujud ketika mendengar ayat sejadah

9)      Membaca dan menghafal kitab-kitab Hadis

10)  Membaca buku, majalah dan risalah agama.

11)  Mengulangi surah-surah yang biasa diamalkan

12)  Mengkaji dan memahami terjemahan al-Quran

13)  ‘Tolabul Ilmi’ (menambahkan ilmu pengetahuan)

14)  Membaca Al-Ma’thurat (niatkan untuk berzikir)

15)  Mendengar ceramah melalui tv, dvd, youtube dsb.

16)  Mendengar bacaan al-Quran dari qari dan qariah yang baik

17)  Menghadiri/mendengar majlis-majlis ilmu yang diadakan

18)  Membasuh pakaian beribadat seperti telekung dan sejadah

19)  Membantu juga mencuci peralatan solat surau dan masjid

20)  Bersabar dan menjaga tutur kata serta kebersihan diri

21)  Berkhidmat dan membantu suami dan keluarga

22)  Melaksanakan urusan rumah dan keluarga

23)  Sediakan makanan untuk orang bersahur

24)  Memberi makan orang yang berpuasa.

25)  Melakukan kerja-kerja rumah

26)  Berbakti kepada Orang Tua

27)  Perbanyak infaq dan sedekah

28)  Melakukan khidmat masyarakat.

29)  Melakukan perbincangan ilmiah

30)  Menjalankan kerja-kerja dakwah

31)  Belajar dan bekerja dengan sabar dan tekun

32)  Menjalin dan mempereratkan tali silaturahim

33)  Melafazkan ucapan takbir ketika hari raya

34)  Menghadiri Solat Hari Raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha)

35)  Mengerjakan segala ibadah haji dan umrah kecuali tawaf dan solat.

.

Page 4: Amalan Bagi Wanita Ketika Haid

Ketika membaca dan menghafal surah-surah, berdoa, istighfar dan zikir yang diambil

dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar,

bukan dengan niat membaca al-Quran.

 

Menurut pandangan Jumhur ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat; Diharamkan

ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lisannya sekalipun satu

ayat. Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص

bersabda;“Janganlah wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran.” (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah).

Berdasarkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam

haid dan junub dilarang membaca al-Quran dengan bersuara. Adapun membaca dengan

hati (tanpa menggerakkan lidah), diharuskan.

 

Imam Malik pula berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-

Qurandari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi dan takut hilang dari ingatannya

jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang

sama sekali membaca al-Quran.

.

.

Selain dari 35 amalan sunat di atas, pada hari pertama ‘keuzuran’ boleh juga

dibaca ‘Doa Wanita Ketika Datang Haid ’  berikut:

.

.

Allah وتعالى سبحانه berfirman:

يم� ح� الر� ـن� م� ح� الر� الل�ـه� م� ب�س�

ر� ال�ع�ص� ل�ف�يخ�س�ر�  ﴾١﴿ و� �نس�ان� ا  ﴾٢﴿ إ�ن�اإل� و� ت�و�اص� و� ات� ال�ح� الص� ل�وا و�ع�م� ن�وا آم� ال�ذ�ين� إ�ال� ب�ر� ب�الص� ا و� ت�و�اص� و� ق/ ٣﴿ ب�ال�ح� ﴾

“Ðemi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan mereka

pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”

(Surah al-‘Asr 103: Ayat 1-3)

Page 5: Amalan Bagi Wanita Ketika Haid

Ibadah 10 Terakhir Ramadhan Bagi Wanita Haid

1.  Redha dengan ketentuan ALLAH

Mempunyai perasaan redha terhadap ketentuan ALLAH adalah sesuatu yang sangat penting ada di dalam hati seseorang mukmin.  Ia menandakan keimanan seseorang terhadap qadar dan qadha ALLAH.  Sifat redha akan membuatkan seseorang itu menjadi tenang dan bersangka baik dengan Tuhannya.  Dan sifat redha ini adalah sifat yang mahmudah yang insyaALLAH besar pahalanya di sisi ALLAH.  Bukan senang seseorang itu hendak redha.  Justeru, redhalah.  Ada ganjaran pahala buat orang-orang yang redha, insyaALLAH.

Redha adalah tanda kehambaan hamba kepada Tuhannya.

2.  Bangun malam di 10 terakhir Ramadhan

Memang ibadah terbaik pada 10 akhir Ramadhan ialah solat-solat sunat.  Namun, disebabkan oleh wanita-wanita haid/nifas tidak boleh bersolat, maka hendaklah dicari ibadah lain bagi menggantikannya supaya kelebihan beribadah pada waktu malam tersebut tidak berlalu begitu sahaja.  Contoh ibadah yang boleh dilakukan ialah:

Membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran tanpa memegang mushaf al-

Quran.

Mentadabbur ayat-ayat al-Quran iaitu melihat makna/terjemahan lalu

menghayati maksud ayat-ayat al-Quran.

Dzikrullah iaitu mengingati ALLAH sama ada melalui lidah, hati atau

perbuatan.  Banyak kalimah-kalimah dzikir yang boleh diucap dan diamati

berulang-ulang kali, antaranya:o “SubhanAllah” (Maha Suci ALLAH)

o “Alhamdulillah” (Segala Puji Bagi ALLAH)

o “Allahu Akbar” (ALLAH Maha Besar)

o “La Ilaha illa ALLAH” (Tiada Tuhan selain ALLAH)

Kelebihan Tasbih, Tahmid, Tahlil & Takbir o “SubhanAllahi wabihamdih, SubhanAllahil`Azim” (Maha suci ALLAH

dengan segala pujian kepadaNYA, Maha suci ALLAH Yang Maha

Agung)

2 Kalimah Ringan Disebut, Tetapi Berat Timbangannya

Page 6: Amalan Bagi Wanita Ketika Haid

o “La hawla wa la quwwata illa biLLAH” (Tiada daya dan tiada kekuatan

melainkan dengan ALLAH)o Dan lain-lain lagi.

Memohon ampun kepada ALLAH iaitu beristighfar.  Ucaplah“Astaghfirullah”

(aku memohon keampunan ALLAH) berulang-ulang kali.  Memohon

keampunan daripada ALLAH adalah ibadah yang utama dan penting untuk

dilakukan seseorang mukmin, terutamanya pada bulan Ramadhan.

RAMADHAN: Perbanyakkan Mohon Keampunan & Kembalilah

Kepada ALLAH

Berdoa memohon apa yang dihajatkan untuk kebaikan di dunia dan di

akhirat.  Berdoa juga adalah ibadah.

Doa Lailatul-Qadar

Bersolawat ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.

Keutamaan Solawat Ke Atas Rasulullah SAW

Muhasabah diri.

Membaca buku-buku agama yang darinya boleh menambahkan ilmu,

menimbulkan keinsafan dan peningkatan Iman serta makin dekat dengan

ALLAH.

Melakukan amalan-amalan sampingan lain seperti menyediakan juadah

untuk bersahur dan mengejut anak-anak atau teman-teman untuk bangun

sahur juga boleh dikategorikan sebagai amalan-amalan yang soleh yang

bakal mendapat ganjaran ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.

Page 7: Amalan Bagi Wanita Ketika Haid

Tidak ada sebab untuk seseorang meninggalkan ibadah berjaga malam walaupun sedang mengalami ‘uzur’.  Apatah lagi peluang menghidupkan malam pada 10 terakhir Ramadhan.  Kerana kita sangat digalakkan untuk memburu Lailatul-Qadar pada malam-malam 10 terakhir Ramadhan.  Oleh itu, janganlah ditinggal terus dari beribadah pada waktu malam walaupun anda sedang didatangi haid.

3.  Ibadah-ibadah dan lain-lain amalan soleh.

Menghadiri majlis-majlis ilmu.

Menjauhi perbuatan-perbuatan syubhah dan haram terutama yang

melibatkan lidah.

Haram Ghibah & Perintah Menjaga Lidah

Memberi nasihat, amar ma`ruf nahi mungkar.

Menulis di emel, blog, laman sosial dan lain-lain bentuk penulisan yang

mengajak manusia kembali beragama.

Menyediakan juadah berbuka puasa untuk ahli keluarga dan taulan yang

berpuasa.  InsyaALLAH, seseorang yang ikhlas memberikan makanan kepada

orang yang berpuasa untuk berbuka akan turut memperolehi pahala

berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa itu.

Berinfaq.

Membantu orang yang kesusahan.

Menyebarluaskan salam.

Keutamaan Menyebarluaskan Salam

Dan banyak lagi tidak terkira.

Page 8: Amalan Bagi Wanita Ketika Haid

Amalan alternatif buat wanita yang haid/nifas.

Itulah antara sebahagian yang sempat saya fikirkan untuk dimanfaatkan oleh wanita-wanita yang berada di luar sana.

Menurut isteri saya, memang ramai wanita yang tidak sedar akan ibadah-ibadah lain yang ada di dalam ISLAM.  Mereka ingat hanya solat dan puasa sahaja ibadah.  Ketidaksedaran ini membuatkan para wanita yang didatangi haid mati akal dalam mengisi masa yang berharga di dalam bulan Ramadhan.  Terbuanglah peluang begitu sahaja.  Malah ada yang tidur sahaja disebabkan oleh pada anggapan mereka bahawa mereka tidak boleh melakukan ibadah.

ALLAH Maha Pemurah.  Banyak peluang lain yang ALLAH sediakan buat hamba-hambaNYA.  Dan pahala dariNYA memang DIA sediakan buat hamba-hambaNYA yang suka mencari keredhaanNYA.  Konsep ibadah ini terlalu luas.  Bukankah seluruh kehidupan kita juga boleh jadi ibadah?  Selamat beribadah di 10 terakhir Ramadhan.  :)

Tak terkecuali wanita haid. Islam tidaklah melarang mereka untuk melakukan semua ibadah. Sekalipun kondisi datang bulan, membatasi ruang gerak mereka untuk melakukan amalan ibadah. Wanita haid masih bisa melakukan amalan ibadah, selain amalan yang dilarang dalam syariat, diantaranya;

Pertama, shalatDari Abu Said radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

�ه ا �ق�ص ان� د�ين �ك ن ص�م� ف ذ ل م� ت �ص ل� ، و ل م� ت �ذ ا ح اض ت� ل �س إ ي ل أ

“Bukankah bila si wanita haid ia tidak shalat dan tidak pula puasa? Itulah kekurangan agama si wanita.” (Muttafaqun ‘alaih, HR. Bukhari no. 1951 dan Muslim no. 79)Kedua, puasaSebagaimana disebutkan dalam hadis Abu Said radhiyallahu ‘anhu di atas.Ketiga, thawaf di ka’bahAisyah pernah mengalami haid ketika berhaji. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan panduan kepadanya,

ط�ه�ر�ى +ى ت �ت� ح ت ي �ب �ال ط�وف�ى ب ت ن� ال �ر أ �ح اج1 ، غ ي ف�ع ل� ال ف اف�ع ل�ى م ا ي

“Lakukanlah segala sesuatu yang dilakukan orang yang berhaji selain dari melakukan thawaf di Ka’bah hingga engkau suci.” (HR. Bukhari no. 305 dan Muslim no. 1211)Keempat, menyentuh mushafOrang yang berhadats (hadats besar atau hadats kecil) tidak boleh menyentuh mushaf seluruhnya ataupun hanya sebagian. Inilah pendapat para ulama empat madzhab. Dalil dari hal ini adalah firman Allah Ta’ala,

ون �م�ط ه+ر� �ال+ ال ه� إ م س1 ال ي

Page 9: Amalan Bagi Wanita Ketika Haid

“Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan” (QS. Al Waqi’ah: 79)Dalil lainnya adalah sabda Nabi ‘alaihish shalaatu was salaam,

�ت ط اه�ر8 ن + و أ �ال آن إ م�س1 الق�ر� ت ال

“Tidak boleh menyentuh Al Qur’an kecuali engkau dalam keadaan suci.” (HR. Al Hakim dalam Al Mustadroknya, beliau mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih)Kelima, I’tikafInilah adalah pendapat mayoritas ulama dari madzhab Maliki, Syafii, dan Hambali. Sementara madzhab Hanafi menyatakan bahwa i’tikaf wanita haid tidak sah, karena mereka mempersyaratkan orang yang I’tikaf harus dalam keadaan puasa di siang harinya. Sementara wanita haid, tidak boleh puasa.

Pendapat yang berbeda dalam hal ini adalah madzhab Zahiriyah.

Pendapat yang lebih kuat dalam hal ini adalah pendapat mayoritas ulama bahwa wanita haid tidak boleh melakukan I’tikaf. Dalilnya, firman Allah,

�ر�ي �ال+ ع اب < إ �با ن �ون و ال ج� ق�ول م�وا م ا ت ع�ل +ى ت ى ح ت ار ك �م� س� �ت ن �وا الص+الة و أ ب ق�ر �وا ال ت +ذ�ين آم ن 1ه ا ال ي ا أ ي

�وا ل س� غ�ت +ى ت ت �يلF ح ب س

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam Keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam Keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi…(QS. An-Nisa: 43).Keenam, hubungan intimAllah Ta’ala berfirman,

�م ح�يض� اء ف�ي ال �س �وا الن ز�ل ف اع�ت

“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari (hubungan intim dengan) wanita di waktu haid.” (QS. Al Baqarah: 222).Selain enam jenis ibadah di atas, masih banyak amalan ibadah yang bisa dilakukan wanita haid. Diantaranya,

1. Membaca Al-Quran tanpa menyentuh lembaran mushaf. InsyaaAllah, ini pendapat yang lebih kuat. Penjelasan selengkapnya bisa anda pelajari di: Hukum Wanita Haid Membaca Al-Quran.

2. Boleh menyentuh ponsel atau tablet yang ada konten Al-Qurannya. Karena benda semacam ini tidak dihukumi Al-Quran. Sehingga, bagi wanita haid yang ingin tetap menjaga rutinitas membaca Al-Quran, sementara dia tidak memiliki hafalan, bisa menggunakan bantuan alat, komputer, atau tablet atau semacamnya.

3. Berdzikir dan berdoa. Baik yang terkait waktu tertentu, misalnya doa setelah adzan, doa seusai makan, doa memakai baju atau doa hendak masuk WC, dll.

4. Membaca dzikir mutlak sebanyak mungkin, seperti memperbanyak tasbih (subhanallah), tahlil (la ilaha illallah), tahmid (alhamdulillah), dan zikir

Page 10: Amalan Bagi Wanita Ketika Haid

lainnya. Ulama sepakat wanita haid atau orang junub boleh membaca dzikir. (Fatawa Syabakah Islamiyah, no. 25881)

5. Belajar ilmu agama, seperti membaca membaca buku-buku islam. Sekalipun di sana ada kutipan ayat Al-Quran, namun para ulama sepakat itu tidak dihukumi sebagaimana Al-Quran, sehingga boleh disentuh.

6. Mendengarkan ceramah, bacaan Al-Quran atau semacamnya.7. Bersedekah, infak, atau amal sosial keagamaan lainnya.8. Menyampaikan kajian, sekalipun harus mengutip ayat Al-Quran. Karena

dalam kondisi ini, dia sedang berdalil dan bukan membaca Al-Qur’an.Dan masih banyak amal ibadah lainnya yang bisa menjadi sumber pahala bagi wanita haid. Karena itu, tidak ada alasan untuk bersedih atau tidak terima dengan kondisi haid yang dia alami.

IBADAH WANITA KETIKA HAID

Soalan; Ustaz, Saya ada kemusykilan tentang haid wanita. Apa yang saya tahu perempuan dalam haid dilarang melakukan puasa dan sembahyang, mengaji Alquran. tetapi tiada larangan untuk berzikir dan berdoa. Soalan saya, boleh tak ustaz tolong berikan hujah iaitu dalil al-Quran/Hadis tentang haid yang menjelaskan perkara diatas. Sekian terima kasih.

Jawapan;

1. Telah ijmak (sepakat) para ulamak bahawa wanita yang dalam haid dan nifas diharamkan mengerjakan solat dan juga puasa (termasuk puasa Ramadhan). Puasa Ramadhan wajib diqadha, adapun solat tidak perlu diqadha. Dalil larangan solat dan puasa tersebut ialah hadis Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. telah bertanya kaum wanita; “Bukankah kesaksian seorang wanita sama seperti separuh kesaksian seorang lelaki?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lalu berkata;

Page 11: Amalan Bagi Wanita Ketika Haid

“Itu tanda kurangnya akal wanita”. Baginda bertanya lagi; “Bukankah jika kamu kedatangan haid, kamu tidak boleh mengerjakan solat dan berpuasa?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lantas berkata; “Itu tanda kurangnya agama wanita” (HR Imam al-Bukhari dari Abu Sa’id al-Khudri r.a.).

2. Adapun hukum membaca al-Quran, terdapat khilaf di kalangan ulamak seperti berikut;

A) Menurut Jumhur ulamak (yakni pandangan teramai ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat); Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lidahnya sekalipun satu ayat. Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan Rasulullah bersabda;”Janganlah wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran” (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah). Berdalilkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam haid dan junub dilarang membaca al-Quran dengan lidah. Adapun membaca dengan hati (tanpa menggerakkan lidah), diharuskan.

B) Imam Malik berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran.

C) Terdapat ulamak-ulamak yang menganggahi pandangan jumhur ulamak di atas iaitulah Imam Daud az-Dzahiri, Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah dan beberapa lagi. Menurut mereka; harus bagi orang berjunub dan begitu juga wanita yang kedatangan haid membaca al-Quran keseluruhannya. Di kalangan Salaf, pendapat ini ada diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas dan juga Ibnu al-Musayyab. Dalil mereka ialah hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. sentiasa berzikir kepada Allah pada setiap ketika/masanya” (HR Imam Muslim) dan membaca al-Quran termasuk di dalam pengertian zikir. Adapun hadis yang dijadikan dalil oleh jumhur tadi, hadis tersebut adalah dhaif mengikut penilaian ulamak-ulamak hadis.

3. Mengenai zikir dan doa, tidak ada nas (dalil dari al-Quran atau as-Sunah) yang melarang wanita yang kedatangan haid dan nifas dari melakukannya. Oleh itu, ia kekal sebagai harus (tidak dilarang). Dalam kaedah Fiqh ada dinyatakan “Sesuatu itu kekal dalam hukum asalnya selagi tidak ada dalil yang mengubahnya atau mengecualikannya dari hukum asal”.

Dari keterangan di atas, kita dapat melihat bahawa ruang untuk wanita dalam haid dan nifas beribadah adalah luas seluas ruang doa dan zikir itu sendiri walaupun mereka tidak dibolehkan solat, puasa dan membaca al-Quran (mengikut pandangan jumhur tadi). Berikut kita senaraikan dengan terperinci ibadah-ibadah yang boleh dilakukan oleh wanita-wanita yang berada dalam haid dan nifas;

1. Berdoa dengan apa sahaja doa termasuk dari al-Quran

2. Beristighfar; termasuk istighfar dari al-Quran

3. Berzikir; sama ada bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.

4. Berselawat kepada Nabi

5. Mendengar bacaan al-Quran

6. Menghadiri/mendengar majlis ilmu (yang diadakan di tempat lain selain masjid)

7. Mengulang hafalan al-Quran (mengikut pandangan Imam Malik tadi)

8. Membaca buku-buku agama termasuk kitab-kitab hadis

9. Bersedekah

10. Membuat kebajikan kepada orang lain

Bagi doa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.